Salam dan hai
Erm. Mata memang sakit, tapi masa nak tulis blog, tau sahaja tak sakit *hihi
Tapi post kali ni jatuh dalam kategori syok sendiri, pasal saya cuma nak buat kemas kini persiapan saya. Saya rasa nak namakan setiap post saya yang saya buat untuk kemas kini persiapan saya--berdasarkan jumlah hari yang tinggal sebelum majlis kami InsyaAllah.
Nota: Saya tulis disini sebagai kenangan saya selepas majlis kami nanti InsyaAllah. Harap penulisan saya lebih menjurus ke arah itu, dan bukannya untuk berlagak ke atau menunjuk-nunjuk.
1.Senarai tetamu
Alhamdulillah. Sudah selesai menaip senarai tetamu ayah. Yang masih tinggal tu, ibu kata tak perlu sticker pasal cukup setakat tulis nama sahaja pasal nak kasi pakai tangan. Kat bawah ni gambar kertas stickernya. Memudahkan kerja, tak perlu gam lagi, tak perlu gunting. Cuma tanggalkan saja.
Senarai kawan-kawan sekolah dan pejabat saya dan D, buat peringkat pertama, sudah siap ditaip. Yang tinggal, kawan-kawan yang kami kena pos kad kahwin. Jadi untuk itu, masih dapat proses mencari alamat rumah diorang.
2. Bantal hantaran
Oh, saya memang sangat suka bantal hantaran saya! Bukan la kerana secantik, segebu macam bantal hantaran Arma, tapi mungkin pasal DIY pertama yang berjaya--walaupun bukan saya yang buat. Terima kasih ibu! Ibu buat daripada 0. Daripada gamkan span, jahitkan sarung bantal. Memang kerja yang amat leceh, tapi perlukan ketekunan macam Ibu. Nasib juga ada tutorial daripada Amirul Syafique. Sudah siap 9 bantal semuanya alhamdulillah. Ibu nak teruskan dengan projek jahit langsir dia pula, sebelum ke projek bantal nikah saya selepas raya. Nampaknya ibu monopoli projek DIY semua! Ibu hebat!
3. Kad Kahwin
Alhamdulillah, sudah boleh tarik nafas lega dengan draft kad kahwin dan bunting saya. Tengok daripada bunting ni, dah dapat agak kan kad saya pun memang simple. Menerapkan tema yang sama. Terima kasih pada Yatie LH Creative ni. Melayan email saya, hantar draft tiga kali (post ini dan yang ini), sampai saya puas hati. Nampak efisyen LH ni, rasanya sebelum akhir bulan ni pun InsyaAllah sudah boleh dapat kad kahwin dan boleh teruskan misi mengikat kad dengan riben pula.
Gambar atas ni, bunting majlis kami. Sangat simple, tiada gambar apa. Sekadar tulisan nama kami besar-besar dan jelas-jelas, supaya senang tetamu nak nampak. Gambar pun memang tak mahu letak. Ada sebabnya. Nanti selepas majlis, saya akan kongsi kenapa saya buat bunting kahwin simple yang amat macam ni, InsyaAllah. Hujung minggu ni nak ke LH Creative, nak terus sign-off dan double check dengan staff tentang bilangan kad kami.
4. Kek hantaran
Ayah daripada bulan lepas suruh saya kasi gambar kek fondant yang saya nak, jadi dia boleh kasi kepada kawan dia untuk buatkan. Tapi saya selalu lupa pasal saya malas. Hari ni baru teringat nak kasi. Saya nak kek simple macam ni aje, tak perlu warna apa-apa pada badan kek. Tapi saya ingat nak buat permintaan, minta dia sapukan glitter kat corak kek tu (saya suka kilat-kilat). Tapi tengok la macam mana hasilnya. Permintaan dan harapan saya tak tinggi melangit pun. Asal ada.
Sumber: Google images
5. Tudung nikah
Tudung nikah hari tu sudah cari di Ariani. Tapi mereka tiada stok untuk tudung putih kosong. (Diorang ni sorok stok tudung putih plain ke apa!) Tudung putih banyak gila manik diorang ada. Jadi saya rasa, saya akan beli online sahaja. Buat masa ini, semuanya sudah berjalan. Dalam dua minggu lagi, baru saya boleh hubungi puan tu untuk bertanyakan khabar tudung saya. Rasanya, tak sukar mana kot pasal saya cuma nak tudung yang simple, tiada langsung manik walau sebutir.
6. Post atau Pre honeymoon
Ni memang pembelian mengada-ngada, selepas pembelian yang pertama dulu. Voucher daripada Cyberview Lodge lagi, tapi kali ni untuk pakej 2 hari 1 malam, beserta beberapa layanan lain tapi tak boleh tulis di sini. Nanti staf HR cekik saya! Hihi. Selepas majlis, harus la berehat di spa sambil diurut. Wah.. segar segar!
7. Barang kemas hantaran
Alhamdulillah. Sudah dapat panggilan telefon daripada staff kedai tu, bagitau barang kemas sudah boleh diambil hujung minggu ni. Sempat bertanya pada dia, kalau nak engrave, boleh ke tak. Dia kata boleh, tapi kena bayaran RM30. RM30 pun RM30 la, asal dapat engrave. Baik Laling, aku ingat pesanan ko, engrave pakai style italic. Noted! Thanks Laling@
7. Bunga pahar
Dalam post saya yang ini,saya ada bagitau yang saya perlu fikirkan idea lain untuk ganti tempat tingkat bunga rampai yang saya pernah pakai masa majlis abang saya dulu. Sudah dapat jawapannya dan bukan saya yang bagi. Tapi ayah ibu yang fikirkan. Untuk majlis kami, insyaAllah semua tetamu memang kami akan bagi kek. Ayah memang nak buat telur pindang tapi tak semua orang suka rasa telur pindang. Jadi pilihan pada tetamu yang suka telur pindang, ayah ibu nak cari pasu untuk bunga pahar, diletak kat tempat yang sama masa bunga rampai dulu. Kalau tetamu nak amik, terus sahaja amik. Saya pernah nampak orang buat macam tu kat majlis kawan ibu. Jadi pakai idea yang sama.
Tapi idea ayah ibu mati kat situ sahaja pasal tak tau macam mana nak buat pasu bunga pahar tu-- sehingga la semalam, masa kami berjalan ke Nilai 3. Mata sahaja sakit, kaki tak * senyum. Ayah ternampak kedai yang buat contoh set bunga pahar yang ayah nak, terus ayah terjah.
Ni sesi penerangan orang kedai kepada ayah, tentang macam mana nak buat. Rupanya amat la senang!! Beli/ guna pasu yang bersesuaian tinggi, masukkan polisterin yang bulat tu. Jumlah polisterin bergantung tinggi mana kita nak. Kemudian balut dan lilit dengan dawai untuk kukuhkan kedudukan polisterin tu semua. Kemudian, cucuk!!
Gambar ni ada kena mengena dengan rancangan bunga pahar kami. Siapa dapat teka, memang hebat!
8. Majlis nikah
Ingat tak, dulu saya pernah post berkenaan karpet bulu kucing idaman saya tu? Saya mencarinya di Nilai 3 semalam. Misi gagal. Tapi saya berkenan pula satu karpet warna merah jambu! Besar juga, rasanya boleh muat dua bantal nikah. Saya suka pasal karpet pink semua, tanpa ada warna lain. Ringan pun iye, mudah untuk dibawa ke masjid.
Terus lupakan angan karpet bulu kucing tu. Terus amik yang pink ini. Ni idea ibu juga. Selepas difikir-fikir, hantaran D pada saya bunga warna pink InsyaAllah, saya kepada dia bunga warna merah hati. Jadi karpet kami warna pink, bantal nikah warna maroon. Rasanya kami yang serba putih ni, akan timbul di tengah-tengah karpet tu--membayangkan. Lantak! Aku kahwin, takde nya tok kadi nak tengok karpet aku tu match ke tak dengan bantal nikah! Sengal~ Ok, Lepas ayah tawar, dapat dalam RM50.
Fuuuh! Penat juga maraton kemas kini ni, untuk masa berbaki 3 Bulan, 3 minggu, 1 hari. Korang yang baca ni pun, mesti terasa penat kan? Saya melawan masa! Bukan apa, kalau boleh InsyaAllah, berhajat nak selesaikan mana yang boleh sebelum bulan puasa. Bulan puasa nak buat aktiviti yang pasif sahaja, seperti mengikat riben pada kad kahwin dan e-kad.
Ingat kan petang ni nak pergi ke Midvalley, mencari kasut nikah yang amat susah mencapai piawaian saya. Tapi malangnya, sakit mata saya semakin teruk pula. Sudah berjangkit ke sebelah lagi. Jadi kena batalkan rancangan petang ni. Ingat kan, nak nyelam sambil minum air, sambil cari kasut, boleh jumpa D. Tapi kang, D sakit mata, dah satu hal. Jadi kena hibernasi dalam rumah.
Nak taip keyboard ni pun tak nampak *sedih .. Ok tipu, saya nampak lagi, tapi ibu saya sudah bising, kata "sakit mata pun nak blogging gak ke!"
OK. jadi kena pura-pura tak blogging.
8 Julai 2010
16 comments:
saket2 mate pun sempat lg jalan2 setelkan hal kawen ekk..?? gud2.. naseb baik tak cuti blogging kann..?? get well soon xora~!! :)
beli tudung online kt mana ek?aku sedang mcari ni
Nyomel, thanks! mata dua2 sudah sakit. huaaa...
Ida: saya deal dengan Vispera aje. malas dah nak cari2 :P
weh jorah.aku nk kasik ko award.sile ke belog aku.
xora..gigih sggh berjalan walau mata x berapa sihat tp kaki sihat kan..hehe..
3 bulan 3 minggu tolak tido, makan, tgk tv, jalan2, mandi, dating..dah tinggal sebulan setengah lagi 2..hehe..tapi tgk pada semua persiapan dah berjalan lancar, insyaAllah semuanya baik2 aje kan..
hmm..ryna pulak x sabar tggu harinya..mau tgk gambar karpet pink..hehe..
xora,
saya sgt suka baca blog awak!! byk info + gaya penulisan yg kemas so sgt senang nak baca.
anyway, nak tanya kalau kat nilai 3 tu kedai mana yg plg best utk beli brg2 hantaran ye?yg murah dan byk option?
Ryna: huu.. cepat la habis. dalam nk cepat habis ni, tau mesti saya akn rindui saat hectic macam ni kan? :)
T: ha, baik! mekacih!!
Dhiya: Oh, yg ni susah nak komen pasal semalam saya cuma gi kedai carpet aje. eloknya, bila beli barang2 cam tu, bawa parents pasal org kdai ni kalau parents yg menawar, diorang lembut ati sikit :P saya pernah gi Thank Q tapi org kata mahal. cuma masa saya gi, tgh murah pasal mega sale sekali. saya rasa, elok masa gi jalan2 dulu, jgn terus beli barang. kadang2 harga jauh beza!
xora : mmg akan rindu..tapi kalau dah lepas..lega manyak..hehe..
xora...weekend ni pun fara g amik kad kat LH =)
sudah lame tak ngomen di sini..xora..cane bleh saket mateeee??sib baik lagi 3 bulan nak kawen..kalau kene time kawen takkan nak pakai spec hitam pulak kan..hehe..get well soon.
nanti nak 'kecek' satu kad kawen, k..
;p
Fara: mungkin kita bakal terserempak!! saya kena wajah kamu.. eehehhe
Nad: ni kes gi tidur bilik abg la. pagi2 bgn mta sudah merah2. bahaya ok!! betul tu, kena jaga kesihatan
karpet bulu kucing puteh idaman kalbu.......
hehhh, xpela xora...pink pun orait....
dear, u letak ubat mata titis tu x?...pahit kan rasa dia...titis kat mata tp boleh terasa sampai ke anak tekak..haihhss..
bagus xora! dah banyak dah nak settle tuh.. ehehe. all the best xora! =)
bantal 'arma' mak awak nanti cantik bergaya! hehehe..suka2!
xora!!! gi cari kasot nikahh katt Nose warehouse...mana tau jumpe jugak mcm EilaPInky
wah smkn banyak persiapan yg berjaya dilaksanakan..wlu penat menyiapkn apa yg patut, tp hati ada taman kan:-)..Kata org penat untuk sesuatu yg membahagiakan..
Semoga segalanya dipermudahkan.
Post a Comment