Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

23 August, 2010

Intai Misi Sulit RS (Raja Sehari) IV: Bunga Manggar



Salam dan hai

Rasanya, post ini post pertama yang saya buat previu (rasanya perkataan ini tak sesuai, tapi tak tahu dah nak pakai perkataan apa) tentang Misi Sulit saya.

Tapi tak mengikut susunan pula ;p Terus lompat ke Misi Sulit ke Empat.

Masa saya post Misi Sulit yang ini, ramai dapat agak, ianya tentang bunga manggar.

Memang bunga manggar dan terima kasih kepada idea asal daripada K.Shaja. Dia ajar tutorial dalam web dia:
DIY bunga manggar.

Walaupun kedua-dua famili setuju tak mahu bunga manggar di bawa berarak dalam dewan, saya tetap nak pakai bunga manggar. Masa kecik dulu, bunga manggar adalah tumpuan paling utama saya. Kalau dapat pegang sebatang lidi bunga manggar, memang kembang betul hati! Tapi memandangkan masa kecik masih pendek dan tak sampai nak capai bunga manggar, jadi saya selalu amik bunga manggar yang jatuh kat lantai. Kemudian dok lambai-lambai daripada tingkap kereta, berlagak dengan budak-budak lain yang tak dapat ;p

Kenangan..

Memandangkan bunga manggar sudah ditolak, jadi saya kurang berfikir mahukan bunga manggar yang bagaimana. Sehingga la saya ke kedai Fah Lean di Balakong. Tujuan untuk cari benda lain, tapi memandangkan ada masalah komunikasi dengan jurujual tu, lain yang saya nak lain yang dia tunjuk, terus saya dapat idea nak DIY bunga manggar sendiri. Teringat post K.Shaja tu yang pernah saya baca.

Berterima kasih pada jurujual yang tunjukkan benda lain ;p

Rezeki agaknya, pasal bunga ni memang untuk penghabisan stok. Tapi kuning cuma ada 2 peket sahaja. Jadi saya campurkan dengan yang silver, 3 peket. Harga setiap peket, dalam RM1.20/ 25 keping sepeket. Saya buka
tutorial k.Shaja dan saya fikir, memandangkan kelopak bunga saya ni lebih besar, jadi saya pun potong dua. Lagi banyak dapat kan?



Saya tak beli tape putih lagi pasal ada baki daripada penggunaan masa majlis merisik dulu. Nasib simpan!



Kalau nak amik gambar langkah demi langkah, tak sempat pula. Yang saya amik, gambar dah dipotong dan dawai dah digam

(Perhatian: ada watermark yang buruk ;p Malas nak tukar font)


Lepas tu, gulung elok-elok ikut kesesuaian kelopak.


Dah dapat bentuk kuntum yang kita nak, gamkan elok-elok. Kemudian lilit dengan tape bunga putih tadi



Dah siap lilit.


Berpandukan tutorial K.Shaja, saya pun satukan kelopak demi kelopak. Tapi tak dapat letak serapat yang K.Shaja punya pasal bahan-bahan pun terhad. Jadi sebatang lidi, cuma ada 6 kelopak sahaja.

Penat juga, letih mengumpil. Bergam-gamkan jari jemari. Malam-malam, SMS d ngadu tiada siapa nak tolong saya. Meracau-racau jap. D suruh tidur. Tapi saya tak mahu. Sambung buat esok harinya.

Bila dapat hasilnya--puas hati *senyum. Walau tak sama macam K.Shaja, tapi hasil tangan sendiri memang tiada bandingan.


Maaf la, latar belakang tak mengasyikkan pasal tengah teruja nak tunjuk kat ibu yang tengah basuh baju kat luar dapur. Hihi

Kelopak dan lidi belum dikemaskan. Tu yang macam tak semenggah sahaja.

Memandangkan bunga manggar yang terhasil pun tak banyak sangat, jadi, ingat nak campur sekali bunga manggar tradisional yang biasa kita lihat tu untuk bahagian bawah bunga manggar. Bahagian atas baru letak bunga manggar DIY ni. Sekurangnya, merasa buat DIY bunga manggar.

InsyaAllah, tunggu hari majlis nanti ya kalau tiada halangan. Buat masa ni, saya dah tak kisah macam mana rupanya lepas abang saya susun nanti.

Bunga manggar ni semua sudah saya gulung dan simpan dalam stor, ditanda ikut jenis dawai. Harap abang saya boleh susun bunga manggar ni dengan jayanya.

Tak perlu nak sempurna, cukup tak sakit mata memandang. InsyaAllah, bunga manggar ini akan diletak di gate utama dewan, mengalukan kedatangan tetamu.



23 Ogos 2010








24 comments:

Mysarah Rahman on August 23, 2010 at 9:37 AM said...

finally, reveal jugak kan! hehe

i pown terpk nak wat lain sikit bunga manggar ni tapi entah terbuat ke x. bunga pahar pown tak siap2 ni! :D

Mrs Diba on August 23, 2010 at 10:20 AM said...

cantiklah... suka sangat (^_^)

Byzura Mj (By) on August 23, 2010 at 10:39 AM said...

ooo ade dgr gak kedai kat balakong tu. dengar murah skit harga dia. tak pergi lagi

farahfatihah on August 23, 2010 at 10:45 AM said...

good job xora...fara dah malas nak DIY huhuhu dah xda mood nak DIY..lagi2 bunga manggar..so beli jelah...kalau kat kg mmg kena ada bunga manggar..dah jadi tradisi..kalau xda mcm pelik jer huhu

fash on August 23, 2010 at 11:17 AM said...

heyy sgt cantek okeyh! ((:
doing da same thing too.
tp sy sgt malas so gne bunga yg siap ade jerr
plus tyme nk bli kelopak2 tuh da price ley thn RM6.90 huu
((: x saba nk tgk misi seterusnya

Unknown on August 23, 2010 at 12:09 PM said...

amazing!! :D

Bushra Tajuddin on August 23, 2010 at 12:46 PM said...

yeay! congrats xora.. dah berjaya wat bunga manggar.. sonoknye dpt diy sendiri kann..?? chaiyok utk misi2 yg lain.. :)

Reen Tart Nenas on August 23, 2010 at 1:06 PM said...

yeayyy best2 :)

Hana on August 23, 2010 at 1:08 PM said...

Xora.. chanteqnya.. :) kalau la sy serajin tu nak wat.. hee~ Tapi nice la gambar diorang berarak ngan bunga manggar kt blog tu.. nampek chanteq

khairulhaya on August 23, 2010 at 1:20 PM said...

boleh tahan juga hasilnye..klu letak gula2(selang seli dgn kelopak bunga)pun cantik gak..tp gula2 yg mcm mercun tu.(x tau nk terangkan mcm mane la:(..)

kalau xnk lidi tu nampak melengkung sangat..xora guna lidi kelapa..maksudnye bukan lidi kelapa sawit tu ok..lidi kelapa tu lebih tahan berbanding kelapa sawit..tapi cume leceh la kot nk pnjt pokok kelape..pastu nk bersihkan lagi..terpulang la pada xora k..

Xora on August 23, 2010 at 2:12 PM said...

Balas secara pukal ye? Terima kasih utk kata2 semangat p(^0^)q Bai, ye kat Balakong ada kilang-kilang, terus ke sana ye. Tapi harga kedai kat Balakong dengan kat SinYin semua house lebih kurang sahaja. Malah ada barang kat SInYin lebih murah! ;p Roy, saya tak boleh pakai gula2 pasal macam saya dah kata, saya nak letak di luar gate, jadi gula2 tak praktikal dgn cuaca dan keadaan. saya tak pakai lidi pasal warna lidi coklat, jadi tak serasi dengan warna kelopak bunga. Dawai yang ni, rasanya no. 22. Yg no 20 lebih keras. No 18 lagi keras-- udah macam lidi :)

Anonymous said...

salam xora,sori,siti tak berapa nak paham n ader blur jugak..dawai tu nak smbung mcmmane yer?xora smbung brape btg yer nak jadi pjg?:)~siti~

Xora on August 24, 2010 at 1:30 PM said...

oh, utk 1 bunga manggar, saya pakai 2 batang dawai. saya ukur panjang dawai saya ikut batang lidi bunga manggar yang mmg dah sedia ada. jadi saya sambung dgn cara lekatkan dua dawai pakai floral tape warna putih tu. Rasanya blog K.Shaja buat lagi terperinci. Siti boleh rujuk daripada blog dia, saya dah link daripada awal post ni :)

izwahasnan on October 11, 2010 at 12:03 PM said...

cantik2 suka2....wa mmg dah plan nak buat macam 2 juga...

idea lain naik guna gula2...

Hunny Kitty on March 3, 2011 at 12:17 PM said...

nak tanya....u buat bunga manggar pakai lidi kelapa sawitk ke?
i nak tau la kat mana nak beli lidi nih.....trimas~

Xora on March 3, 2011 at 1:36 PM said...

Honey. tak. saya pakai dawai. ikut tutorial k.shaja. ada kod bagi setiap dawai. kamu buka tutorial dia, dia ada ajar semuanya

Hunny Kitty on March 3, 2011 at 2:11 PM said...

ohh pakai dawai je..nak kene testing dulu kat bunga sakura ai tu..takoot tak sesway je...

n0rraslida alias on June 22, 2011 at 4:37 PM said...

mohon share entri u lalink...boleyy???? ;D teruja akk (sengau) jmpe entri cmneyy....;))

Ita_comel on January 30, 2013 at 2:03 PM said...

Nak tanya Xora sewa dewan mana ek? Nampak besar. Dewan LLM ke? Saya stay kat Bangi ni.

Ita_comel on January 30, 2013 at 2:05 PM said...

Maaf..agak lambat saya nak comment.
Saya nak tanya..Xora guna dewan mana ya? Nampak besar. LLM ke? Sya stay kat Bangi.

Xora on January 31, 2013 at 7:50 AM said...

Ita, haah saya guna dewan LLM Bangi :)

Ita_comel on February 1, 2013 at 4:20 PM said...

Skrg org luar dah tak boleh guna lagi dewan tu. Staff LLM saja..huhuhuhu :(

Ita_comel on February 1, 2013 at 4:22 PM said...

Skrg org luar dah tak boleh sewa dewan tu. Hanya staff LLM saja..huhuhuhu :(

Xora on February 4, 2013 at 8:22 AM said...

pulaknye!! masa tahun 2012, ada gak kawan nak sewa tapi dia kata tak dapat. tak tau pulak kenapa. mungkin pasal ni la kot

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates