Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

11 November, 2010

Bantal Hantaran untuk Disewa



Salam dan hai

Sebenarnya, lebih teruja nak tulis ulasan pasal majlis sanding, tapi pasal dah terima banyak emel bertanyakan sewaan bantal hantaran saya, jadi saya buat post ini untuk penyewaan bantal hantaran ni. Nak reply melalui emel, rasa macam tak adil pulak pada yang lain, yang mungkin dalam diam-diam bertanya. Jadi saya buat post, biar serentak semua tahu.

Saya belum terima gambar edited bantal hantaran ni, jadi saya amik sendiri gambar dan letak disini.

Spesifikasi:

Jumlah: 9 bantal hantaran
Warna: Hitam (lapik) dan emas (jurai dan lilitan tepi)
Besar: lebih kurang 16" x 16"
Fabrik bantal: Tidak diketahui tapi bukan satin :p



Perincian sudut bantal hantaran


Harga: RM10/ satu (Potongan harga akan diberi pada mereka yang menyewa lebih daripada 7 bantal)
Lokasi untuk ambil: Masjid UPM (Isnin-Jumaat, selepas 530 pm dan sebelum 6:30 petang) atau exit tol bangi (Isnin-Jumaat selepas 7 malam dan Sabtu Ahad)
Deposit: RM 50 (akan dipulangkan jika tiada kerosakan pada bantal DAN dipulangkan mengikut tarikh yang dipersetujui bersama. Hanya untuk tarikh yang bertindan, deposit akan diminta untuk didahulukan bagi secure tempahan)
Perkara perlu tahu: Jika saya tidak menerima sebarang emel pemberitahuan daripada penyewa seminggu sebelum tarikh booking, saya akan anggap penyewa tidak berminat dan saya berhak menyewakan kepada orang lain.

Kalau ada yang berminat nak menyewa dulang hantaran tembaga ini, caj dikenakan RM10 setiap satu dulang. Tapi syaratnya, kena menyewa bantal hantaran sekali jika nak sewa dulang hantaran ya.

Kalau berminat, boleh emel pada saya. Jangan lupa sertakan tarikh majlis kamu dan tarikh bila agaknya kamu dapat pulangkan bantal ni.


NOTA:



11 November 2010


20 comments:

tonziluv on November 11, 2010 at 10:45 AM said...

kalo sy berminat utk menyewa bole?majlis cny thn hadapan...3/2/2011..majlis di ayer hitam, batu pahat johor..

Xora on November 11, 2010 at 10:49 AM said...

Boleh aje. nnt kamu emelkan pada saya ye?

tonziluv on November 11, 2010 at 2:45 PM said...

hehehe thanx..dh email dh..dr jel174_0510@yahoo.com tue..dpt x?
keep in touch..

tonziluv on November 11, 2010 at 3:12 PM said...

hehe thanx tau...sy dh email dh jel174_0510@yahoo.com(my email)..keep in touch..

banana on November 18, 2010 at 9:55 PM said...

xora,

kalo nak sewa sekali dgn dulang tembaga tu..will u consider it?? hehe..its okeh kalo tak boleh...:)

n a d i r a on November 26, 2010 at 7:39 PM said...

salam...sy nak sewa bole? saye dah email tp awk x reply lagik...

miracle_hariahs@yahoo.com

thx!

Xora on November 27, 2010 at 9:47 PM said...

Banana: Oh itu kena tanya ayah saya dulu. hak milik kekal dia punya :P

NAdira: saya ada reply emel kamu pada 22 hb hari tu, cuba check kat junk mail. takut tersalah masuk kat situ pulak T.T

cik senah on December 9, 2010 at 2:06 PM said...

xora : skali chek pandang material kain yg digunakan utk bantal hantaran ampa tuee.. chek rasa.. kain tue jenis baldu kottt.. :)

p.s : sori kalau tersilap.. chek pun bkn mengaji kat skolah fesyenn.. :P saja gatai tgn nak boh komen jugak.. ayway.. cantik bantal hantaran awak tueee.. :)

Xora on December 9, 2010 at 2:11 PM said...

Cik Senah: dak eh.. bukan baldu. nampak cam baldu tapi bukan baldu. kalau baldu, berpeluh nak membayor :P

allene on January 7, 2011 at 6:48 PM said...

hi,

sy nk sewa bantal ni... wedding sy 30/4/2011....
9 pcs... da ade org booking x?

Xora on January 9, 2011 at 9:13 PM said...

Allene, ikutkan tarikh tu masih kosong. tapi ap2 pun harap boleh terus berhubung melalui emel

Azila on January 28, 2011 at 8:57 PM said...

Hi Dear,
nk tau mcmana cara nk menjaga bantal hntaran tu.. majlis sy lg 6 hari.. tp bantal sebijik mcm kain Xora tp dh berhabuk n berbulu sakan! tensen tgk!! ble bg tips cara menjagaan x? tq dearie..

Azila

Xora on January 28, 2011 at 11:39 PM said...

azila. patutnya kamu tak boleh sarungkan lagi sarung bantal pada bantal. asingkan. kalau boleh, gi cari berus buang habuk. saya beli di Ikea, murah aje, diorang display bersepah2. tapi rasanya berus biasa yg org buat bersihkan songkok tu pun, boleh pakai. lepas kamu dah bersihkan, kamu lipat dan balut dengan kertas, tak kisah kertas minyak atau suratkhabar. asal berbalut penuh. kemudian simpan dalam plastik bag. sehari sebelum majlis baru keluarkan dan sarungkan. lepas tu, kamu alaskan bahagian atas bantal tu dengan kain atau kain batik, buat cukup untuk halang daripada kumpul habuk. baldu mmg susah sikit nak jaga

AzilaFaiz on January 31, 2011 at 1:54 PM said...

thx dear 4 helping.. nk g cari berus tu! majlis lg 4 hr! waaaa

Nurul on April 30, 2011 at 10:45 AM said...

hi xora,

saya dalam nak menghasil kan bantal hantaran untuk wedding saya Oct nanti. tapi nak minta tips, mcm mana xora lekatkan accesories kat setiap bucu bantal? gam ke? tqvm =)

Xora on May 3, 2011 at 8:58 AM said...

nurul
yg bucu tu mak saya jahit. pasal takleh dapat gamkan. nnt pilih warna benang yg dekat dgn warna aksesori bcu kamu nnt ya?

Unknown on May 23, 2011 at 11:24 AM said...

salam..nak tnye kat mane beli aksesori kat setiap bucu bantal tuh?? yg bulu2 juntai tuh sy beli renda langsir je tp nak cr yg aksesori tuh kat mane ek??

Xora on May 23, 2011 at 1:55 PM said...

bucu tu saya beli kat kedai bunga riben, kat jalan tar tu, yg sederet dgn semua house.

Nadia Dhia on August 15, 2012 at 10:57 AM said...

Assalamualaikum Xora.. Nak tnya klu saya nak sewa bantal nikah n veil nikah tue camne.. tarikh nikah sya 11/11/12..

Xora on August 27, 2012 at 8:17 AM said...

nadia, kamu hubungi saya melalui emel diaterimanikahnya@gmail.com nnt kita boleh set lokasi nak jumpa dan tarikh nak ambil barang2 :)

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates