Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

29 July, 2010

Save The Date: Bila Waktu Nak Letak?


Salam dan hai

Dengan detik majlis berbaki 3 bulan saja dalam lagi ni, persoalan yang saya tengah fikir: Dah kena Save the Date kah?

Mulanya, rancang nak letak video Save The Date ni dalam pertengahan bulan 9 tapi bila baca post
Lynda,Belle , Zara dan beberapa B2B lain, buat terfikir juga-- Dah kena letak ke?

Video STD memang dah
lama siap (terima kasih Nity!) cuma tunggu tarikh sahaja untuk upload dalam FB dan blog.

Tapi, kalau saya letak sekarang, tidak kah terlalu awal? Ia la, kita cuma merancang, Allah yang Esa menentukan. Takut-takut, ada dugaan, ada cabaran, kita tak tau kan? Tapi saya doa, InsyaAllah, harap semuanya selamat.

Tapi kalau tak letak sekarang, kawan-kawan ramai dah dok tanya, bila mereka nak RSVP. Dah banyak kali kena tanya ni. Walaupun tarikh saya bukan tarikh panas atau cuti sekolah, tetap bahangnya terasa juga.

Macam mana ya? Kebiasaan yang B2B tengok daripada blog B2B yang lain, mereka letak seawal bila?

Bercakap tentang video Save The Date saya ni, kad jemputan saya pun alhamdulillah sudah siap, cuma tunggu diambil sahaja daripada kedai. Harap sangat D akan cuti esok, jadi boleh la kami pergi amik kad tu, tapi nampak gayanya D macam nak amik hari Ahad nanti aje *marah marah!

Sabtu ni kena jadi penanggah. Kena jadi floor manager (nama nak gempak lagi, tapi sebenarnya cuma orang suruhan) untuk majlis kahwin anak kawan ibu. Tapi budaknya, tak datang-datang jumpa saya lagi, bincang apa yang dia nak, apa dia nye rancangan. Haiish! InsyaAllah kalau sempat saya amik gambar, saya akan ulas majlis ya?




29 Julai 2010

15 comments:

PurPLe LaDy AiFA on July 29, 2010 at 9:20 AM said...

letakla xora.. x sbr nak tgk video tue.. dh ok kot mase nak letak nie.. tp sy punya aritu pon 2 minggu b4 majlis br nak letak and invite org.. huhu

er, maybe pengantin tu busy kot.. biase la, dh last2 day nak jd pengantin ni, semua keje pengantin tu nak kne buat.. i think lg better xora yang pergi jumpe die.. that's what my floor manager did for my wedding aritue. ;)

Xora on July 29, 2010 at 9:25 AM said...

ooo tak aci! pasal nak tgk video tu, request letak skrang ye? hihih.. kita tgk apa kata survey erk? kes pengantin tu, bukan takat takleh jumpa saya, dia di mana pun tak tau. tak dapat cari waktu dia free, jadi camne nk jumpa. ada gak aku redah aje hari sabtu ni kang :P

Unknown on July 29, 2010 at 9:35 AM said...

ermm..zaa rasa takyah letak dulu kot..rasanya awal lagi dear..memang kawan2 nak RSVP cepat2, tapi memandangkan semuanya kat tangan Dia, kan? maybe sebulan lg ke?


p/s : wlaupun hatiku tak tertahan nak tengok video STD kamu!

♥♥ eija ♥♥ on July 29, 2010 at 9:36 AM said...

ermmm mengkiut ape yangja tahu STD nie dalam blog ja de entry dia..
STD kena diberi tahu 6-12bulan sebelum majlis kita tau hehe..

jadi xora nie dah patut letak :)
tak mahu letak yang video tuu, xora buat laa banner ker kan??? hehe...

Hasnah on July 29, 2010 at 9:38 AM said...

klu letk skrg rasa mcm awal lagi. better letak 2bulan sebelum. sebab dlm blog nanti nak save n collect kawan2 punye address nak post kad.

jgn jadi mcm asna la. sebulan lagi nak kawin baru letak. last2 ada lagi org bg adress 1 week b4 majlis. and then ada kad xsampai. dah kena resend semula =)

Xora on July 29, 2010 at 9:38 AM said...

Zaa, saya pun terfikir macam tu gak. mungkin dalam awal atau pertengahan bulan 9. pasal majlis saya akhir bulan 10 insyaAllah. jadi kiranya kad diedarkan 3-4 minggu sebelum majlis. jadi STD tu masukkan dalam 7-8 minggu sebelum tarikh majlis, patutnya ok kan?

Unknown on July 29, 2010 at 10:21 AM said...

yup..just nice xora.. :)

farahfatihah on July 29, 2010 at 10:26 AM said...

xora, yg fara tau STD ni boleh letak seawal 6 bulan kurang dari tarikh nikah kita...so letak lah..jgn pk yg bukan2..doa yg terbaik saja..

♥♥ eija ♥♥ on July 29, 2010 at 10:34 AM said...

yeaa kak fatihah same pandagan dengan ja :)

hana yoriee on July 29, 2010 at 10:59 AM said...

tu lah kan..kalau letak awal kite tak tahu ape yg bakal terjadi..tapi minta Allah permudahkan urusan kite..yg xora ckp tu dah sedang elok dah..letak pada pertengahan bulan 9..=) tak sabar nak tgk..hana lom wat pre-wed lagi..wuwuwu..

MaZNi PutERi on July 29, 2010 at 11:12 AM said...

xora, mungkin blh letak 2 bln sblm. so, kwn2 blh rancang utk pergi majlis awk nnt. awk pun boleh kumpul alamat kwn2 yg mgkn tertinggal tu...

thezaila on July 29, 2010 at 11:33 AM said...

xora.. bagus nya kad kawin dah siap.. i baru nk tempah sabtu nih.. ngee...

good question.. i pun wonder bila nk letak STD..

|Liyan| on July 29, 2010 at 11:41 AM said...

maybe sebulan awal kot....tapi actually i tak sabar nak tengok video tuuu.....hihihih..

hazlynda kushairi on July 29, 2010 at 12:01 PM said...

babe, kamu tinggal lagi 3 bulan je nih. haros letak dah kot? kami ni 5 bulan lagi.......... LAMBAT lagi haha.

babe, tak sabo nak tgk video std kamu. I tot of doing that too. check out kawan i punye, pon sangat chomel, http://www.youtube.com/watch?v=sqI7YQOaNJM&feature=player_embedded

can't wait for urs *wink*

Reen Tart Nenas on July 29, 2010 at 11:49 PM said...

babe, i think dah boleh letak la save the date tu... at least, dah boleh collect address utk mana yg kite termiss dalam list kan... ye lah mana la tau, kot ada yg tertinggal... std ko dlm betuk video? hermmm... ok dah kalau nak put up babe :)

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates