Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

10 November, 2010

Deko Guna Semula


Salam dan hai

Selepas akad nikah, saya dan D balik ke rumah masing-masing. Saya makan dulu, salin baju, tanggal mekap, kemudian D datang amik. Kami ke dewan untuk buat rehearsal perarakan. Masa sampai dewan, budak-budak kompang dah tunggu di luar lobi.

Mak D yang uruskan rehearsal, jadi saya tak kisah sangat nak buat apa. Ikut sahaja. Pengantin, jadi malas nak ambil tahu. Sampai ketua kompang tu, Anip tanya saya "Kali ni akak dah tak incharge ya?" Hihi. Malas. Saya kan pengantin.

Ini bahagian dalam dewan. Dewan serbaguna yang simple sahaja, tapi luas. Masa ni, meja dan pelamin belum masuk.



Rehearsal sekejap sahaja. Lepas selesai, saya masuk bilik VVIP, tengok kek Restu Rezeki dah sampai. Ayah pun dah bawa pasu bunga telur ke bilik.


Kami dah rancang awal-awal, nak gunakan balik bunga hantaran daripada belah saya untuk deko meja tetamu. Anak buah D, cepat-cepat cabutkan semua bunga ros merah deko untuk hantaran dan dibawa ke dewan. Banyak sangat-sangat!



TIPS 1: Gunakan semula barang-barang yang boleh dijadikan hiasan semula seperti bunga hantaran dan bekas hantaran. Dapat menjimatkan kos kita. Bukan orang tahu (.. ok sekarang korang dah tau kan? :P)

Nity datang lepas Asar. Datang membawa bakat! :P

Terus tak buang masa, kami mulakan operasi menggunakan bunga tangan nikah, untuk deko dewan juga

TIPS2: Gunakan sehabisnya semua bunga-bunga hidup, jika ada.

Ni bunga tangan sebelum digubah baru



Sebenarnya, deko ni tak dirancang. Mula-mula, kami cuma mahu letakkan bunga ni pada air. Tapi bila tengok, macam cantik juga digunakan jadi deko meja beradap. Jadi kami pun, Ok la. Pakai sahaja.



Ni Nity tengah nak buat bunga tangan majlis sanding saya. Abang saya Am kena lari semula ke Bangsar, pasal saya nak tambah bunga ros merah. Dalam hujan-hujan dia naik motor pergi *Terharu.



ingat tak post bunga tangan idaman saya {
Post}





Gambar kat atas tu D amik masa saya tengah selotape tangkai bunga tu. Gubahan bunga pastinya Nity yang buat. Saya cuma trim.

Hasil penuh bunga tangan kami, macam gambar yang diambil oleh A.Rashdi ni





Terima kasih Nity!

OK. Berbalik semula pada topik deko DIY meja beradap.

Siap elok-elok, kami susun dan amik gambar. Esok senang nak terus atur sahaja.



Kemudian teringat, bunga tangan nak letak mana. Mula-mula ingat nak letak dalam palsu tapi fikir, letak la atas meja sahaja.

Jadi amik gambar lagi sekali, dengan bunga tangan diatas meja (konon-konon)



Baru perasan, tertinggal bunga yang letak dalam gelas berkaki tu! Bunga tangan masa nikah yang diguna semula. Jadi ambil gambar lagi sekali. Letak dipenghujung meja, jadi nampak penuh sikit.



TIPS3: Sentiasa ambil gamabr kedudukan macam mana kita nak, jadi keesokan hari nya kita boleh terus letak barang-barang ni ditempat sepatutnya.

Ini penting! Ratu dan Raja



Tada~~ begini la deko pada hari majlis.



Selesai hal deko meja. Tapi maaf la, gambar pakai kamera telefon sahaja, imej dan pencahayaan tidak memuaskan.

Yang bawah ni baru gambar daripada OP















Saing-saing tu, Nity berjaya buatkan deko baru meja mekap di bilik pengantin yang menggunakan semula bunga tangan majlis nikah. Pasal bunga di meja solek {
Post}, saya bawa nak letak di meja Buku tetamu pasal ianya besar dan lebih makan ruang.Jadi nampak la penuh sikit meja tu.


Ni la rupanya. Asal ada. Hehe.

Selesai sebelum 11 malam. Nity terima kasih *hugs!

Bila keluar, nampak ayah dah siap cucuk bunga telur ni! Yang membungkus telur pindang ni, abang saya dan kakak ipar saya, saing dengan pak ngah dan mak ngah. Kejung tangan mereka lilit-lilit Hihi.



Saya pergi tambah batu sungai pasal ada banyak baki. Kemudian kelopak bunga ros merah yang kami buang, saya letak semula sikit-sikit. Bunga ros yang terpotong pendek, kami letakkan juga, buat tambah seri. Baru naik sikit pasu ni.

Ni gambar daripada OP



TIPS4: Biasanya, kelopak paling luar bunga ros, lebam sikit. Jangan buang terus. Tanggalkan dan simpan. Mungkin boleh digunakan untuk deko hal-hal kecil seperti gambar diatas ni atau untuk flower girls.

Baru perasan deko di meja Buku Tetamu saya tak sempat nak ambil. Takpe, kita tunggu gambar rasmi daripada A.Rashdi.

Meja tetamu, saya dan D tanggalkan kelopak bunga ros merah hantaran kami yang banyak-banyak kat atas tadi untuk deko meja tetamu.


Memandangkan masih terlalu awal nak letak malam tu, takut layu esok pagi, jadi pagi-pagi masa majlis sanding, saya dan D gegas ke dewan dan deko meja tetamu. Kami letak centerpiece {post} malam hari dan esoknya cuma tinggal nak tabur kelopak bunga ros merah sahaja. Saya masih ada baki bunga harum sundal malam dan bunga merah kecik masa hantaran, jadi semuanya saya gunakan untuk ini. Baki bunga rampai yang ada pun saya gunakan.

Hasilnya begini. Ni gambar daripada Laling, dia ambil gambar bunga rozek dia berdekatan dengan centerpiece kami. Ikutkan, kelopak bunga ros ditabur membulat mengelilingi centerpiece kami. Hasil yang sifar kos memang mengujakan!



Ni hasil daripada OP




Inspirasi menggunakan semula bunga hidup majlis nikah untuk majlis sanding, saya peroleh daripada gambar ini



Post seterusnya, saya akan kongsi tentang majlis persandingan kami pula.


10 November 2010

5 comments:

Unknown on November 10, 2010 at 10:00 AM said...

tabik spring kat xora!! kreatif sgt2, tambah pulak ade bff mcm nity!


awesome!!

farahfatihah on November 10, 2010 at 10:16 AM said...

jarang skg ada tmpat bunga telur yg bayk2 mcm tu..teringat plak zamn budak2 dulu....

rose on November 10, 2010 at 11:24 AM said...

wah!!suka idea kamu!sy pun da terpk bnyk benda dlm majlis sy ley diguna semula untuk majlis sebelah lelaki nnt..thanks xora!*hugs*

khairulhaya on November 10, 2010 at 12:12 PM said...

wah..memang teruja dgn hasil kerja xora n nitty..sgt efektif..lpas ni da bole jd wedding planner plak..untungnye ade kwn mcm nitty kan..untung xora..

bestnye dpt kawan yg saling membantu..nak jadi kawan korang gak...

Nadia on January 30, 2011 at 3:32 PM said...

Im lovin the IDEA!

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates