Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

05 July, 2010

Senarai Lagu Majlis Kami


Salam dan hai

Ada beberapa B2B yang emel saya, bertanyakan seleksi lagu yang bakal diputarkan sepanjang majlis saya nanti. Nak buat perbandingan katanya, takut ada lagu yang mereka suka, tapi terlupa nak masukkan dalam senarai.

Tapi, betul-betul minta maaf. Seleksi lagu saya mungkin kawan-kawan kurang berminat. Pasal untuk majlis saya, saya amik keputusan untuk masukkan lagu tradisional sahaja. Iye, semua lagu tradisional dan rentak melayu.

Tiada lagu popular daripada Rossa.
Jauh sekali apa-apa lagu daripada penyanyi Indonesia.
lagu-lagu moden yang selalu masuk dalam Jangan Lupa Lirik, semua tiada dalam senarai saya.

Kenapa?

Banyak sebabnya. Mungkin antaranya pasal masa majlis abang saya dahulu, lagu-lagu moden sudah dipasang, jadi kali ni saya nak aura yang berbeza. Lagipun InsyaAllah kumpulan gamelan akan mainkan muzik seawal 12.30 hari jadi saya mahukan seleksi muzik majlis selari untuk kekalkan aura majlis. Biar tradisional sahaja.

Walau keutamaan saya kepada lagu tradisional, tapi tetap saya selitkan lagu yang rentak modennya masih kekal dengan lirik mendalam seperti lagu Asmaradana. Buat masa sekarang ni, itu la pilihan saya. Tapi tak tau la kalau seminggu sebelum majlis, selera berubah *senyum

Tiada garis panduan tentang pemilihan lagu apa yang sesuai. Zaman sekarang ni, lagu-lagu yang dipilih kebanyakkannya bergantung kepada citarasa pengantin tu sendiri. Jadi tiada masalah pun sama ada nak pilih lagu moden atau sebaliknya.

Kalau B2B yang masih tercari-cari lagu-lagu yang sesuai, mungkin boleh rujuk kepada kawan-kawan B2B yang lain seperti Bakal Puan T , Zila dan Huda

Kalau kawan-kawan lain yang pernah tulis post berkenaan senarai OST masing-masing, boleh juga tinggalkan link post tu kat kotak komen ni ye.



5 Julai 2010

6 comments:

Inimeeya on July 5, 2010 at 3:46 PM said...

xora,u punye citarasa sama ngan i.
haha.i tgh kumpulkan material utk lagu2 tradisional mcm zapin, joget.hehe.insyaALLAH,nnti i post kt next entry.maybe kita boleh share juge!=)

Xora on July 5, 2010 at 6:18 PM said...

Yeah!!! bagus la. dapat gak jumpa org yg citarasa cam saya. saya masih belum mulakan lagi la Meeya. nanti kalau dah ada senarai, saya bagitau kamu ye!

Inimeeya on July 5, 2010 at 8:59 PM said...

haha..ok xora.sharing is caring laling.i punye wed insyaALLAH buat hometown.berkonsepkan kampung..so, mn sesuai kan nak bg dengar org kg lagu-lagu balada jiwang ni.hehe.sy masih mengumpul.baru dpt dlm 15 lagu.nnti i tambah lg,baru share oke!

harzharun on July 6, 2010 at 10:22 AM said...

helo dear...i hr tu, ms dah ptg, pasang gak lagu2 yg ada dlm jgn lupa lirik tu..hehe..buat budak2 main karoke...

cik fiza on July 6, 2010 at 10:59 AM said...

wah pilihan yang baik dan bijak.. sebab lagu tema cmtu lebih santai dan relax di dengar oleh semua lapisan masyarakat.. lagi pun tak serabut.. kadang pi majlis resepsi serabut ngan bunyi muzik yang kuat dan lagu yang ntah ape2 dan adakala pelik.. kalau yang santai mudah nk berbual2 juga.. terutama bagi makcik2 yang slalu jadikan majlis kenduri kawen ni medan jejak kasih :)

Xora on July 7, 2010 at 11:36 PM said...

Meey@ saya start cari lagu masa bulan ramadhan nanti pasal takde aktiviti banyak sgt. nnt kita sharing2 ya?

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates