Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

31 December, 2009

Kenangan yang Tak Ternilai


Salam dan hai

Mari ombakkan As Leenda, Eazy , Nadeera dan pengantin baru kita, Fikaryna atas kesudian mereka join pembaca tegar yang lain di blog ini! Terima kasih :D

Hari ni hari terakhir 2009 kan? Saya memang tak pernah raikan tahun baru tak kisah di rumah atau diluar. Biasa-biasa aja rasa. Tapi malam tadi, saya buat aktiviti berbeza. Saya gigih selongkar semua almari dan kotak-kotak lama dalam stor.

Terjumpa beberapa kenangan dulu... masa zaman akhir 90an dan awal 2000 :p
.
.
.
.

Masa music boyband dan girlband adalah "the in thing" masa tu.. 90s music amat bagus tanpa perkataan mencarut-carut atau "taking off your *****" ke apa ke..


Pasal masa tu cuma mampu beli kaset aje ok (iPod masih belum ada), maka mainkan aje kaset pakai ni..



Zaman masih pakai camera yang ada negatif gambar tu. mana ada lagi digital camera.. Masa tu kalau tak silap, boleh beli negatif roll 12, 24 dan 36 keping.


Benda mesti ada kat budak sekolah. Keychain kayu. Hadiah wajib untuk perpisahan yang murah dan mampu dibeli. Selain tapak kaki, kadang-kadang amik juga bentuk love.


Oh ya, saya belum bagitau apa tujuan saya selongkar kotak-kotak lama tu kan??

Untuk apa ya?--
.
.
.
.

Untuk ini

Untuk kenangan 12 tahun yang lalu; Uniform (yang saya masih muat dan tak senteng pakai), gambar kawan-kawan (tu Nity. Entah cmne gambar dia terletak kat atas. She's so gonna kill me for this!); dan jam tangan jenama Spoon tahun 1997 yang dah mati baterinya.


Untuk majalah sekolah 8 tahun dulu yang saya minta dia sign senyap-senyap tanpa dia tau majalah tu saya yang punya. Muka D cam ulat buku kan? (Perkara wajib buat sebagai seorang S.A sebelum sekolah ditutup. Kalau masa junior dulu, mesti cari sorang kakak angkat, minta kakak angkat amikkan gambar abang senior yang kita suka-- mesti korang pernah buat kan?)



Ok, guilty!! saya pun sama nerd :(


Tapi se'ulat buku' dia pun, masih juga jadi orang penting.


Erm.. saya pun ada! Saya jadi Sidang Redaksi Majalah Sekolah tapi tak jumpa mana letak name tag saya :( Not fair!!

Sampai bersin-bersin la mencari barang-barang memori.

Demi semua nostalgia ini.


Dah dapat agak kan tema pre-wed saya? :)

Apa yang korang agak tu, baru 25% aje betul.. nak tau baki 75% lagi, tunggu ya!

InsyaAllah kalau semua nya seperti dirancang, harap dengan IzinNya, pre-wedding berjalan dengan lancar tahun depan (ceh lagi sehari aje tahun 2010, gaya cam jauh aje kan? :P)

Nasib baik selongkar stor, pasal hampir terlupa yang kami ada buku scrap ini :D



Saya tau, tiada apa yang terlalu original tentang tema kami ini. Sudah banyak dibuat diluar sana. Udey Ismail pun pernah buat untuk pasangan Tawfiq dan Masreena. Baru-baru ni pun Sueannajoe sudah upload post wedding bertemakan High School Sweetheart.
Klik disini: http://sueannajoe.blogspot.com/2009/12/blog-post.html


Cuma bagi kami, ia memang teramat istimewa kerana cerita cinta biasa kami bukan dibuat-buat semata-mata memenuhi tema. (dan pasal masa sekolah tak merasa amik gambar dengan D pasal dia sombong dan tak layan secret admire :()

Doakan semuanya selamat seperti dirancang, insyaAllah

Oh ya, Selamat Tahun Baru 2010 :D Alhamdulillah, dapat ex-gratia payout dari tempat saya kerja. Tapi sudah tidak ada apa untuk dibeli sebagai barang hantaran. Jadi simpan aje la dulu :)

31 Disember 2009

29 December, 2009

Tips Mencari Kain Baju Melayu


Salam dan hai

Mari kita sama-sama ombakkan Diana Isa dan Faizura sebagai pembaca tegar ke 67 dan 68!!!! Bersedia ye untuk diOMMMBAAAKK!!

Fuuh, best gak buat ombak secara virtual ni :P

Kali ni, saya nak coret tentang baju melayu lelaki. Kebanyakkan kita, tak kisah pun beli kain apa pun untuk jadikan baju melayu masa nikah untuk bakal suami kan? Kebanyakkan kita, cuma kisahkan camne corak dan perincian manik pada kain untuk perempuan.

Sila ngaku, jangan pura-pura pandang belakang.

Sedangkan kalau pakej kat Jakel tu pun, RMXXX, percuma set kain satin untuk baju melayu lelaki dan sampin. Nampak sangat mereka selalu tidak diendahkan, kan?

Tak patut tak patut.

Nasib mereka adalah lelaki jadi hal camni, mereka tak amik pot (Tapi kalau mereka terlalu amik tau, nanti mahu bergaduh kat kaunter Jakel :P)

Jadi kali ni, saya nak post tentang pilihan kain untuk baju melayu lelaki.

Nota: Apa yang saya tulis ni, bukan pendapat professional dari saya mahupun dari mana-mana pihak. Ni hasil pendapat dari seorang kawan lelaki yang saya kira, ada baiknya saya kongsikan disini dengan pembaca lain. Pendapat ni adalah pendapat dan selera peribadi ye--sila ingat.

Kawan baik ni, saya namakan dia Li. Dia juga la orang yang sama bagi pendapat tentang
majlis abang saya dulu.

Mula-mula, dia sekadar tanya update pencarian kain ela saya dan D untuk hantaran. Lepas tu, macam-macam benda kami borak pasal rancangan majlis saya. Dalam banyak-banyak soalan, saya tanya pendapat dia, satin atau crepe untuk baju Melayu lelaki?

Jawapan dia 'Definitely crepe'.

Saya rasa pasal dia ni basic engineer, jadi semua pendapat dia, dia akan buat dalam bentuk point.

Pesanan dia pada saya: Elak kan la kain satin tuk baju Melayu.

Kerana:
1. Satu, satin amat leceh digosok.
2. Bila ada run in the fabric (kain teretas atau benang tertarik), ia amat visible (it’s less visible on a crepe)
3. Satin is too shiny (again, this is personal taste, aku prefer “shimmer” daripada “shinning” kerana it’s more subtle and not “too loud”)
4. Satin is light. Baju melayu cantik bila kain tu berat dan ia akan jatuh nicely over the body.
5. Kain satin bila peluh, melekat kat badan – bagak nye tak comfortable.

Saya paling setuju point no 5 pasal D memang amat mudah berpeluh.
Macam Li kata, semuanya terpulang pada selera masing-masing.

Tapi memandangkan saya sudah belikan kain satin sebagai hantaran, boleh la nak bagi D merasa pakai kain crepe pula untuk nikah.

Oh ya, Li ada tambah, untuk menaikkan seri pengantin lelaki, pilih sampin yg betul2 cantik. Nothing too busy or screaming for attention. Again, simple but elegant. keep the songket motive simple and elegant. And unique, one of a kind. Ramai orang bila buat baju Melayu pay too much attention on the kain sampai lupa nak beri perhatian pada sampin. The right sampin will make the baju Melayu cantik.

Erm.. mesti la saya mahu D nampak segak hari tu..

D, ada sebarang bantahan??--menggunakan kuasa veto! (I'm doing this because I love you~~Betul... hihih)

Li, kalau kau baca ni, thanks ya!

Nota Kaki: Rasanya dah kena buat kategori berbeza dalam blog list pasal dah ramai B2B dah sah menjadi wife dah :)

29 Disember 2009


28 December, 2009

Pilih Hantaran- Episod 4




Salam dan hai.

Rutin ombak kita dimulai dengan meraikan kedatangan Ms.Alin dan Missyanz sebab sudi menjadi pengikut ke 65 dan 66 blog ini! Terima kasih!!

Ok bebelan kali ni balik semula pada barang hantaran.

Minggu lepas D gi bercuti ke Langkawi. Tup2 dia bagitau saya yang dia sudah beli perfume tu.

"D epy dapat bli perfume B even B tak suka pakai tapi D nak juga beli"

Tak jadi nak marah. Saya tau yang dia memang berkenan sangat dengan perfume Rose The One tu pasal masa mencari hantaran dari Sogo ke MidValley, dia asyik kata nak belikan. (Mungkin pasal dia suka tengok ads kat TV yang Scarlet baring atas katil sambil makan ceri???!! D memang suka perempuan montok cam Scarlet dan Kate Winslett.. huh! )

Saya pula asyik berdalih pasal saya memang bukan hantu perfume.

Tapi memang wangi.

Bersyukur dengan apa yang dapat. Terima kasih D :D



Lepas aje D balik dari Langkawi, kami ke Jalan TAR pada 25 Disember-- lagi sekali.. ye saya tahu... Mencari kain ela untuk jadikan barang hantaran kami. Setelah asyik tengok iklan Jakel kat TV yang RM199 boleh dapat set lelaki+perempuan+samping, tu yang terus pergi hari ni juga.

Seperti biasa, pekerja Jakel amat la ramai :P Terus ke tingkat 3, mencari set RM199 tersebut. Memang dah lama set kat kepala nak warna cream, jadi terus aje ke beberapa pilihan. Sudah ada berkenan, tapi bila saya tengok pilihan samping, terus saya tak jadi amik pakej tu. Saya teringat yang ibu ada bagitau, cari samping yang penuh. Jangan cari yang samping yang pattern cam kain pelekat.

Jadi, untuk dapatkan kain songket yang kena piawaian ibu supaya ibu tak histeria, kena buat pilihan harga yang lain, yang akhirnya yang kami berkenan tu bukan songket dalam pakej. Saya suka songket yang ini pasal banyak warna boleh masuk. Pasal hati sudah mahu, kami redha aje la dengan tambahan harga lepas penat tawar. Dah cakap kat D, takmo dah fikir untung ke rugi ke, kita fikir rezeki atau tidak aje la (nak sedapkan ati). huuu perasaan nak tamak, kadang-kadang perlu juga dibelai hihihi.

Gambar di bawah, walaupun warna sebenar berbeza dengan dalam gambar :P


Terpenting, masih dalam budget.

Lepas aje keluar, boleh pulak terjumpa
Fieza. Dalam banyak-banyak orang berjalan, dia yang saya jumpa! Dia bawa mak mentua dia ke Jakel. Nasib dia bawa air cendol jadi saya tumpang minum sehirup dua.

Kemudian, saya ke SSF, mencari cupcake tray kecil untuk hantaran, yang kami jumpa ditingkat 3 tapi staff bagitau yang stok sudah habis. Stok baru dijangka sampai masa Tahun Baru Cina. Dia bagitau juga yang SSF hanya buat sale masa Tahun Baru Cina dan Hari Raya saja. Good to know :D. Sekurangnya, sudah tau range harga untuk tray tu dan boleh cari masa Raya Cina nanti.

Ok, sekian. Mungkin ini entry terakhir pencarian barang hantaran. Alhamdulillah, keseluruhan ekpedisi berjalan dengan lancar. Untuk side saya, sudah selesai 5 dulang, dan cuma tinggal 2 dulang makanan, sireh junjung dan 1 hantaran suprise yang boleh beli 2-3 bulan sebelum majlis insyaAllah. Untuk D, dia sudah settle 3 hantaran setengah (boleh kata cam tu ye D pasal ada yang dah lengkap separuh2 :P)

Dah boleh goyang kaki dah (NOT!!!)



28 Disember 2009


24 December, 2009

CIMB Sebagai Perunding Perkahwinan


Salam dan hai.

Hari ni saya kena kerja dengan amat produktif pasal tengah kejar dateline.

Kena buat report berkenaan e-payment di Malaysia. Prospek terlalu luas, jadi saya pun dah pening-pening.

Dalam mencari maklumat, saya pergi ke laman web CIMB. Niat di hati nak cari link dalam CIMB Bank untuk menulis tentang isu penipuan dalam e-bayaran.

Tapi tak jumpa-jumpa. Dalam sedang surfing dengan penuh gaya, saya tertekan pada Quick Tips dan terjumpa link yang ini "Finance a Dream Wedding"



Kemudian, mula la saya klik pada link seterusnya:

"Have a Romantic Wedding on a Tight Budget"

"Spend Less and Still Have a Great Wedding"

Artikel tu saya rasa, mana-mana bakal pengantin pun tau tentang semua idea dan isi yang disampaikan.

Kiranya, memang kat dalam kepala aje--tapi kita suka lupa :P

Jadi saya kira, kalau Bank pun dah bagi tips kita tak guna, tak tau nak guna tips dari siapa lagi kan? :D


24 Disember 2009

23 December, 2009

Kategori Mana Ya?


Salam dan hai

Tradisi blog ni, tiap kali ada follower baru, kita akan ombakkan dia tinggi~~ jadi, jom bersama saya menyambut kedatangan Fakhariah! O-M-B-A-K-!!!!!

OK, saya dah lama nk letak post ni, tapi masa tu belum dipinang jadi saya jadikan draft dulu. Sekarang Alhamdulillah majlisnya telah selesai(lihat ticker disebelah sana pun sudah mula mengira--walaupun cuma baru 2 minggu lebih. ha ha), baru saya berani nak letak badges pengantin perempuan ni.

Dapat link ni dari
Qistin. Boleh klik di website the.knot. untuk akses terus kepada badges tu.
Susah juga nak pilih saya yang mana 1 antara senarai dibawah.

1. Budget Bride
- Ye, memang saya ada budget yang ketat tapi tidak pada semua perkara (kerana saya bias). Jadi tak boleh amik yang ini.

2. Classic Bride
- Saya tak rasa, saya ada sentuhan klasik evergreen seperti Audry Hepburn.


3. DIY Bride
- Tak semua perkara saya mampu DIY disebabkan tiada bakat menjahit, tiada kemahiran menggunting dengan lurus, tiada kesabaran menyelesaikan perkara kecik-kecik.

.
.

Akhirnya saya pilih "Modern Bride"

Mungkin kerana..

Majlis saya tiada berinai kecik atau besar, khatam al-quran, dan sebagainya.
Majlis saya akan jadi majlis perkahwinan yang simple tanpa protokol.
Majlis saya tanpa ada majlis tunang besaran,hanya merisik dan ikat pada janji.
Majlis saya tiada gotong royong dari sedara mara.
Majlis saya akan dirancang oleh diri saya sendiri, dengan bantuan hli keluarga saya yang 9 orang tu (Echa pun termasuk dalam kategori orang) dan sahabat-sahabat rapat.
Majlis saya diilhamkan daripada idea-idea B2B yang lain
.
.

dan kerana majlis saya majlis sederhana yang berpijak di bumi nyata. Bukan membelakangkan adat-adat yang tersusun rapi, tapi itu sahaja yang saya mampu rancang dengan tenaga, sumber dan masa yang ada :D

InsyaAllah


23 Disember 2009

22 December, 2009

Tips Shopping Hantaran




Salam dan hai.

Selamat datang buat pembaca tegar ke-63 blog ni, Sh.athie! Harap Athie boleh bagi saya url blog Athie kalau ada, boleh kita kongsi dengan kawan-kawan lain di sini ya!

OK. Post kali ni berkenaan topik yang mesti berlaku kalau nak kahwin--shopping!

Kawan-kawan, saya nak tanya, korang mesti pernah rasa, betapa kecilnya diri nak melangkah masuk ke kedai yang gah-gah kan? Mesti pernah terasa dengan salesperson yang selalu pandang atas ke bawah dengan sinisnya kan?

Kawan-kawan, ini la masanya untuk kita lenyapkan perasaan tu semua.. Tiada masa lebih sesuai untuk terjah ke kedai-kedai baru selain daripada masa mencari barang hantaran.

Tips masuk ke kedai (yang berkesan pada saya) yang kamu belum pernah masuk samada atas faktor harga atau percubaan pertama.

1. Pemakaian
a. Tolong jaga pemakaian. Tak perlu la berkot dan pakai bag LV cop Petaling Street untuk naikkan gah, tapi cukup la pemakaian yang bersesuaian. Ini untuk naikkan keyakinan kamu sendiri untuk melangkah masuk. Walaupun tiada pun etika berpakaian yang dinyatakan, tapi kadang-kadang, bila diri sendiri tak yakin, secara langsung akan bagi kesan pada semuanya. Biarlah diri nampak molek dan tak nampak macam nak rompak kedai tu. Kalau kamu berpakaian macam budak sekolah dan masuk ke kedai emas, mesti la pekerja tu pun tak amik kamu seriuskan?

Tips: saya tak tau ngapa, tapi saya suka shopping dengan memakai warna merah. Entah, rasa cam aura yang bagus mungkin? :P

2. Misi
a. Tau apa yang kamu nak. Jangan sekadar kata, "nak tengok-tengok dulu ya". Baik terus ke tujuan kenapa kamu di kedai tu. Kamu pun tak buang masa kamu. Kalau kamu masih survey harga, jangan terlalu luaskan skop shopping kamu. Sentiasa keluar shopping dengan tujuan yang jelas.
b. Jangan berhenti di tengah-tengah kedai lepas kamu masuk. Kamu akan kelihatan macam anak kecil tersesat kat pasar malam. Mulakan pusingan survey dari kanan kedai kalau kamu tak pasti nak mula dari mana.

3. Saleperson
a. Buat eye contact dengan sale person. Jangan buat-buat tak perasan saleperson yang tercongok depan pintu dan baru menyapa kamu "Welcome", kamu terus menonong pandang barang-barang. Jangan begitu kawan. Bila kamu disapa, kata kan sahaja terima kasih dan senyum. Kalau kamu pemalu, cukup senyum dan angguk.

b. Untuk orang yang suka jalan mudah macam saya , saya suka terus ke sale person dan bagitau dia apa yang saya nak (mereka dibayar untuk layanan pelanggan kan?). Macam masa saya di MAC, saya terus menuju pada saleperson pertama yang menegur saya dan bagitau dia saya nak itu ini itu ini dan apa yang dia boleh cadangkan. Teruskan perbualan dari cadangan saleperson tu, bertukar-tukar pendapat. Saya suka berbual dengan saleperson sebab dari situ, kita dapat tengok samada dia betul-betul faham tentang produk atau sekadar menjualnya.

c. Jangan segan bertanya tentang diskaun. Pekerja kedai tu manusia biasa seperti kita. Kalau dia shopping di luar pun, dia pun harapkan diskaun juga kan? Kadang-kadang, bila kita bertanya, kita dapat double confirm tentang diskaun. Seperti masa saya masuk ke kedai G2000, yang tertulis kat board tu "belian pertama dan kedua, diskaun 30%, belian ketiga, diskaun 50%". Yang dibesarkan pada board 50% sedangkan kita cuma beli sehelai kemeja aje.
d. Sentiasa ucap 'terima kasih' pada sale person sebelum kamu keluar kedai, tak kisah samada kamu beli atau tidak. Budi bahasa budaya kita :)

3. Fulus
a. Sila bawa duit yang cukup. Kalau kamu rasa-rasa tak yakin dengan jumlah duit dalam wallet tu, jangan la selak depan-depan tu. Kamu boleh kata, kamu nak round-round dulu ke kedai lain dan akan kembali semula ke kedai kalau kamu berminat. Lepas keluar dari kedai, baru check duit cukup ke tak. Percaya la, orang kedai tu dah masak sangat dengan peel muka customer yang sama masuk keluar kedai.

4. Bahasa
a. Jangan ingat kamu perlu bertutur dalam bahasa Inggeris untuk dapatkan customer service yang bagus. Ingat tak
kes saya dan Patchi hari tu? Cakap aje dalam bahasa yang kamu selesa. Kalau kamu selesa berbahasa Melayu, jadi cakap aje. Biasanya, saleperson akan bercakap dalam bahasa Melayu juga, walaupun dia akan campur Inggeris sikit-sikit. Tapi tak apa, asal kamu lebih mudah berkomunikasi.

Rasanya, ini aje serba sedikit yang saya dapat fikirkan buat masa sekarang.

Saya bukanlah kaki shopping. Sebab tu, saya tak anggap shopping tu satu terapi mahupun satu jenis senaman. Shopping bagi saya keperluan, bila betul-betul perlu beli barang. Jadi, masa mencari hantaran ni la, baru la merasa jejakkan kaki buat kali pertama kali, di beberapa kedai yang amat baru buat saya.

Jadi saya nak kongsi pengalaman yang sejemput ni, sekadar coretan untuk kawan-kawan lain; pengalaman saya di top 5 kedai yang saya suka untuk dikongsi. Tapi ini sekadar pendapat peribadi saya dan tak mewakili keseluruhan cerita.

Senarai kedai di bawah ini, bukanlah dalam legasi kedai-kedai mewah seperti Coach, LV dan sebagainya. Saya bukan dari kategori kelas atasan. Saya hanya gadis biasa, yang berbelanja dengan hanya wang cash ditangan, tanpa kad credit, tanpa harapkan ehsan si dia. Saya percaya, kebanyakkan bakal pengantin di sini pun, kita hanya la gadis biasa yang menjalani hidup realiti biasa. kan?

1. Raoul
Saya ingatkan ada kedai Raoul di MV tapi tak terjumpa pula. Jadi kami menapak ke butik Raoul di The Garden. Saleperson baik dan ramah. Harga kemeja bermula dari RM300+, begitu juga dengan wallet dan belt. Cufflink di Raoul cantik. Ada design yang trendy dan ada yang lebih kasual. Harga cufflink bermula dari RM180++. Tapi selepas diskaun, semuanya akan murah sikit. Saya yang kononnya nak bagi kemeja Raoul untuk hantaran tapi malangnya D tak suka fabrik kemeja Raoul jadi dia tolak mentah-mentah. Tapi saya percaya, masih ramai yang sukakan Raoul.

2. Tissot
Kalau ada yang nak bagi jam Tissot pada pasangan, jangan segan-segan nak masuk butik Tissot di MV. Saleperson Tissot amat membantu. Siap buka kan buku koleksi depan kami dan tolong kami cari design yang kami nak, memandangkan yang kami nak tiada di butik tu. Dia bagitau, yang dia boleh call center dan minta delivery untuk model jam yang kita nak kalau stok masih ada, tanpa sebarang cost tambahan. Jangan takut-takut nak tengok barang di Tissot sebab tak semua jam ni disini harga RM2K ke atas. Harga bermula pada RM500. Untuk jam yang special edition, harga tidak akan berkurang. Tapi jam-jam lain, harga memang akan turun selepas diskaun (jika ada).

3. MAC
Kadang-kadang, saya segan masuk MAC kadang-kadang pasal salesperson yang lelaki, kadang-kadang kulit mereka lagi licin dari kita orang perempuan. Jadi kadang2 rasa low self estee sangat. Haha. Ok, masa saya masuk, MAC saleperson seperti biasa memang akan alukan kedatangan kita (kecuali kalau tengah peak hour gilas). Jadi saya terus aje bagitau barang-barang yang saya nak, spesifikasinya bagaimana. Biasanya, kita boleh dapat perhatian sepenuhnya kalau orang tak ramai dalam kedai tu. If ramai, kena la gak berkongsi :P Kalau ada siapa-siapa yang belum pernah masuk MAC, nasihat saya, minta pendapat saleperson di situ. Mereka amat mudah untuk berkongsi pendapat tentang warna, produk dan tips2 makeup. Kalau kamu tak tau macam mana nak apply warna eye shadow, minta saleperson tu ajarkan. Macam kes saya, abang lembut tu kata, 'You pakai tudung, mesti you tak gi club. Warna ni untuk orang gi clubbing. You amik warna lembut ni, sesuai untuk you pakai hari-hari pergi keja. You pakai macam ni tau.. yada yada yada--Ok, noted!! :P Walaupun kebanyakkan mereka berbangsa Cina, kamu tak perlu paksa diri cakap dalam bahasa Inggeris. Kamu cakap sahaja bahasa Melayu dan mereka sedaya upaya akan membantu kamu walaupun bahasa melayu mereka pelat. Bahasa bukanlah kekangan.

4. MPH
Biasa, di MPH kita semua akan buat hal sendiri kan? Takde sapa yang akan perhatikan dan biasanya saleperson akan membantu bila kita nak koyakkan plastik atau mencari di mana section kita. Saya nak kongsi sesuatu yang buat saya rasa sedar di MPH. Masa saya beli Terjemahan al-Quran, saya perasan yang bahagian situ, teramat la berhabuk. Tetiba rasa macam sedih aje. Nampak sangat bahagian tu paling kurang dibersih dan diusik.. :?( Oh ya, kalau ada yang nak jadikan buku bacaan sebagai hantaran, akan ada satu section dalam kedai (biasanya di pintu masuk kedai) yang akan letak buku-buku yang kiranya hot dan bagus untuk kebanyakkan koleksi buku. Jadi kamu boleh pilih senarai buku agama di koleksi itu. Tapi pastikan, pasangan kamu memang jenis suka membaca. Karang, berhabuk pulak buku tu di rumah.

5. G2000
Kedai favourite D. Baju tahun ni warna agak striking. Tapi D kata, nak baju biasa-biasa sahaja. Warna peach. Saya suka pasal ada butang cufflink. Nampak smart bergaya. Tapi entah kenapa kami tak jadi beli ye? Saya rasa, lepas D cuba seluar slack G2000, dia terus takmo apa-apa. D kata seluar G2000 potongannya fit. Mungkin dia terima kejutan budaya kot. Saya tengok model kat dindang tu pakai elok aje? Takpe la, pasal akhirnya kami tak jadi amik pun kemeja :P

Kesimpulan shopping kali ni, membelilah ikut budget yang telah dirancang. Buat apa nak kalah membeli menang memakai; kalau kita boleh menang membeli dan menang memakai, kan? Jangan pasal tak mahu kalah 'nama' di atas dulang, kita membeli di luar kemampuan kita. Yang penting juga, beli sesuatu yang pasangan kita suka kerana yang hendak memakai dan menggunakannya adalah dia. Kita hanya sekadar menumpang nama sebagai pemberi. Buat apa nak siksa orang yang kita sayang, sekadar kita nak menang bergaya di mulut dan ingatan orang.

Tapi, bukan maksud kita tak boleh belikan si dia barang yang mahal. Semua tu adalah hak individu. Saya sendiri pun, ada barang D yang saya belikan sedikit mahal dari yang lain. Sekali lagi, semuanya berbalik pada budget masing-masing.

Iye, kita selalu dengar orang kata, kahwin sekali, beli la sesuatu yang istimewa. Tapi istimewa sesuatu hantaran tu bukan terletak pada mahalnya atau pada tag 'limited edition'. Takde yang lebih mahal dari keikhlasan seorang isteri kepada suaminya, kan? Begitu juga sebaliknya.

Kerana erti hantaran tu terletak pada yang memberi.

p/s: Kalau ada sesiapa nak kongsi pengalaman shopping, tak kisah di mana pun kedainya, boleh kongsi di kotak komen ya?


22 Disember 2009

20 December, 2009

Pilih Hantaran- Episod 3



Salam dan hai

Shopping kali ni takde rancangan. Ingatkan hari ni cuma nak duduk di rumah, selepas 3 hari berturut buat shopping. Tapi last-last saya sms D dan ajak kuar beli kasut dia di MV. Dia cam malas-malas, tapi akhirnya dia setuju juga.

Kami tiba di MV awal juga dan rezeki dapat parking betul-betul di depan pintu masuk. Tapi ada dua kereta tu parking dalam keadaan yang pelik sangat. Jadi saya amik gambar kereta tu. Saya rasa, ruang parking masih luas dan tak perlu sampai bertemu plat kereta..



Ok, agenda adalah mencari kasut saya dan kasut dia.

Banyak juga kedai kami masuk, rasanya kalau jalan kat treadmill ni sudah ada 4km kami jalan. hihih.

Akhirnya, berjaya juga kasut yang masing-masing suka. Payah juga nak dapatkan kasut yang dapat 'OK' dari D pasal dia tak suka saya pakai heels yang terlalu tinggi. takut nanti sakit belakang. Penat sudah saya terangkan, kasut ni bukan untuk buat kerja tapi untuk gi majlis aje. Jenis yang keluar dari kereta, jalan setapak dua, duduk, makan, dan balik. Tapi dia tetap takmo saya pakai heels terlalu tinggi. Last-last, dapat juga la heels yang ini, tak terlalu tinggi, dalam 4 cm aje kot. Warna saya suka pasal banyak tone, boleh pakai dengan banyak kaler. :p Tapi kasut ni dari jenama yang saya tak pernah pakai jadi takut tak selesa. D kata kalau nak selesa, dia letak hantaran kasut Vincci..!! :P Tapi kali pertama saya pakai, terus saya "Awww.. I want this!!".



Kasut dia ni pulak, saya yang cerewet nak macam-macam style. Selalu lupa yang D ni orangnya simple aje. Rasanya, dah lama gak la dera perasaan dia (hihih), akhirnya saya setuju amik design yang ini pasal D suka.


Tapi clutch tak berjaya jumpa. Mungkin nak buat percubaan seterusnya minggu depan kalau ada rezeki. Tapi dah takmo MV. Mungkin nak ke OU.

D gi bercuti dengan famili dia di Langkawi sampai hari Rabu. Jadi adil lah saya dapat luang masa dengan dia selama 4 hari berturut-turut kan? :P

Oh ya, memandangkan kami hanya akan bagi kain ela setiap sorang sebagai hantaran, saya rasa lega pulak pasal tak perlu menempuh sesi fitting dengan D untuk pilih kemeja dan seluar dia.. Kalau la teknologi bukan batasan, mungkin aktiviti shopping ni tidak la membebankan, macam video kat bawah ni :( I wish.. one day, ladies.. One day...





20 Disember 2009

19 December, 2009

Hujan Rahmat



Salam dan hai

Hari ni saya ada 3 jemputan kahwin dalam hujan. Satu di Uniten, satu di Shah Alam dan satu di KL. Malangnya, saya tak dapat nak hadiri majlis jemputan dari
Azian Abdullah. Maaf sangat-sangat Azian, kami tersepit dalam kesasakan jalan raya yang dasyat di Shah Alam.

Saya namakan post ni sebagai Hujan Rahmat pasal seharian, hujan turun kejap-kejap lebat, kejap-kejap renyai. Bila sampai ke tempat pengantin, hujan renyai. Bila sudah dalam kereta, hujan lebat. Macam berjanji pulak :P

Majlis pertama kami di Uniten. Waktu bersanding dalam kad tulis 2pm, jadi kami pun datang la dalam 1pm. Tapi rupanya, pengantin dah siap tepung tawar dah! Mungkin mereka sudah cepatkan waktu bersanding. Patut la saya ada nampak kereta pengantin yang agak mewah, siap beriben pink-putih di luar (tapi segan nak amik gambar pasal ada driver kat situ :P) Ni majlis pertama saya hadiri di Grand Hall Residence Hotel di Uniten.

Tapi maaf tiada gambar saya dapat amik disebabkan camera saya bukan lah DSLR yang boleh 'makan' lampu hall yang alahai cantiknya.. Jadi saya cuma amik gambar pengantin Helmie Affandi Chew dan pasangannya Haliza Zulkefly semasa mereka berarak ke meja beradap.



Saya suka kombinasi warna mereka. Cantik, ungu dan putih. Kaum keluarga pun dengan tona ungu bermacam-macam, berkelip-kelip sana sini. Masa kami tiba, ada ukiran ais lagi di pintu masuk dewan.

Seperkara menarik tentang majlis ni, mereka buat dua set makanan; satu dome dan satu lagi buffet. Saya tak tau la dengan orang lain, tapi bagi saya tu tindakan yang bijak, terutama bagi tetamu yang mungkin ada 2-3 majlis lain pada hari tu untuk beredar dengan cepat, maca saya dan D. Meja buffet dia letakkan di luar hall dan meja untuk tetamu makan buffet pun diletakkan berhampiran dengan pintu keluar ke ruang buffet. Tak mengganggu tumpuan tetamu lain yang mengadap pengantin di depan.

Door gift yang comey! Sebenarnya, kami diberi paper bag dan dalam tu berisi kotak comey ni dan kotak kek. Tapi saya sudah koyakkan :P excited nak tengok apa kat dalam :)



Dalam tu ada gula-gula..


Memandangkan tak berpeluang untuk bergambar dengan pengantin pasal kena rush ke Bukit Jelutong, jadi saya amik gambar dari kad jemputan dia sahaja la :P


Oh ya, seperti kebiasaan, majlis kenduri macam ni la juga akan jadi masa untuk edarkan kad kahwin kepada kawan-kawan. Saya dah dapat kad kahwin dari Apai. Nampaknya, dia la penghulu untuk kerja kahwin untuk tahun 2010.


Cool kan kad dia? Klasik dalam hitam putih. Bila tengok kad kahwin bergambar macam ni, dah mula la berfikir nak letak kembali gambar untuk kad kahwin kami. Tapi harus tetap dengan pendirian!


Dalam 2.00 pm kami terus ke Bukit Jelutong, Shah Alam untuk majlis kedua. Meraikan majlis Siti Faezah Ahmad Fuad dan Mohd Ashaari Mohd Mohter.



Kami stuck dalam jam dan hujan. Hanya tiba kira-kira 3.15pm. Bayangkan..!! Tapi masa kami tiba, tetamu masih ramai gila. Bila tanya pada ayah pengantin, katanya disebabkan hujan ramai tetamu datang lewat jadi drag masa ketibaan tetamu. Rasanya, pukul 4.00 pm ni pun mesti masih ada ramai tetamu lagi ni.

Pengantin amat sibuk dikerumuni dengan saudara mara dan kawan-kawan.


Saya rasa, ini la kali pertama saya pergi wedding, jumlah fotographer hampir 20 orang!! Sana sini ada camera DSLR.. Tapi itu tidak patahkan semangat saya untuk snap beberapa keping gambar.

Tengok kepada ramainya dayang-dayang yang memakai sedondon, saya kira mesti perarakan masuk pengantin tadi meriah. Huuu.. tak dapat nak tengok :( Oh ya, pengantin tiada pelamin, tapi backdrop ni pun lawa kan? Kerusi-kerusi tu disusun untuk sesi family photo. Family K.Faezah memang suka bergambar, pasal masa sesi bergambar, memang sungguh meriah!





Lepas menyelit sana sini, dapat juga amik gambar pengantin full punye!



Wedding ni, kali pertama saya jumpa ada photo booth disediakan, siap dengan 3-4 orang fotographer tekun menanti berdekatan dengan photo booth. Mereka pun ramah, siap tawarkan diri untuk amik gambar. memang mata juling la pasal terlalu banyak sangat camera!



Alternatif yang sangat baik untuk mereka yang tidak mahukan pelamin, tapi tetap mahukan suatu sudut untuk tetamu bergambar. Boleh dijadikan 'guestbook' juga kan?

Ha, tak lengkap la post kali ini kalau tak masukkan apa door gift tetamu.

Tada!!


Dalam berisi lapik gelas sebanyak 6 helai. Nampaknya kena ada 4 orang anak la kot D? :P


Kami keluar dalam renyai kira-kira pukul 4.00pm. Tengok masa, memang surrender hendak ke KL. :( dengan hujan dan jam tak henti-henti, stuck dalam jam untuk kali ke berapa entah-- kami takut dah sampai, tuan rumah dah tutup meja. Jadi Azian, saya dan D minta maaf sangat2 tak dapat hadiri jemputan kamu. Saya akan nantikan kesempuranaan majlis kamu di blog kamu nanti ok?



19 Disember 2009

18 December, 2009

Pilih Hantaran- Episod 2




Salam dan hai.

Ini adalah episod ke 2 aktiviti memburu mencari barang hantaran.

Kali ni, barang hantaran sudah berubah senarai -- buat kali ke 3. Ok, yang itu nanti saya cite. Tapi sekarang nak kongsi apa belian kami di Sogo (selepas bertukar tempat dari OU pasal tak dapat parking!), berjaya membeli 3 barang; wallet, jam tangan dan minyak wangi.

Tanpa buang masa, tempat pertama kami pergi adalah minyak wangi. Ingatkan nak bagi D sesuatu yang baru, tapi akhirnya dia tetap pilih Hugo yang ini juga. Kami ada juga cuba bau minyak wangi lain, tapi saya sendiri pun tak suka, maka kami pilih untuk kekal dengan Hugo Boss.



Selesai minyak wangi, kami mencicit teruskan perjalanan, terus ke kedai jam di sana. Dari beberapa bulan lepas sudah ada berkenan tapi pasal pakai getah, saya kurang suka. Saya nak belikan dia kulit pasal dia takde koleksi kulit lagi. Alhamdulillah jumpa juga yang berkenan. Selepas dapat diskaun 20%, harga barunya di dalam budget :) Walaupun saya tak faham macam mana semua butang pada jam tu berfungsi, tapi saya suka reka bentuk elegant pada muka jam.



Selesai belian, terus keluar. Tetiba D jumpa pulak ex-boss dia di kedai Poh Kong. Saya pun terus aje la mundar mandir sementara D tengah borak-borak. Kemudian termasuk pulak dalam kedai ni, bila tengok nama kedai macam pernah saya dengar. Lepas tu baru ingat yang Nity pernah bagitau saya dalam sms masa saya minta dia cadangkan jenama untuk tali pinggang dan dompet lelaki.

Jadi berjalan la masuk. Tiada diskaun :( Mungkin saya di tempat yang salah. Kalau di Jusco Midvalley semalam, mesti ada kan? Tapi takpe. Yang penting D sukakan fabrik kulit wallet tu.



Ok, tadi permulaan post ni saya dah kata ada perubahan barang hantaran. Iye, kami dah setuju untuk gantikan hantaran kemeja dan seluar slack dengan kain ela baju melayu dan samping. Maka aksesori seperti cufflink dan tali pinggang, kami gantikan dengan songkok dan butang baju melayu. Kedua-dua orang tua pun dah setuju. Jadi waktu terbaik untuk kami beli kain ela dan aksesori baju melayu, pada bulan Ramadhan nanti.

Sekarang, sudah tamat ekpedisi mencari barang hantaran. Saya sudah dapat isi 3 dulang-minyak wangi, jam tangan+wallet, dan buku agama. Baki 3 baki dulang akan dibeli pada bulan Ramadhan nanti, dan yang tinggal cuma bahan makanan dan sireh junjung yang boleh dibeli seminggu sebelum majlis.

Sekarang boleh tutup buku tentang hantaran dulu :P

P/S saya masih mengarang tips nak masuk ke kedai tanpa mendapat pandangan sinis saleperson


18 Disember 2009

Pilih Hantaran- Episod 1



Salam dan hai.

Kali ni kena ombakkan tiga orang serentak sebagai tetamu pembaca tegar kali ni..!! Ayunni, Hunny dan Sue Terima kasih kamu bertiga atas kesudian singgah masuk ke blog ini :) .

Kali ni, saya nak kongsi pengalaman pertama membeli barang hantaran hari ini (Abaikan aje tempoh yang masih jauh.)

Amaran:
Post ini bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk belian barang-barang yang dinyatakan.

Punya la semangat nak membeli, tepat 5pm saya sudah cabut dari opis, mencicit balik ke rumah dan minta ayah tolong hantar ke Komuter, untuk pergi ke MidValley pasal D kerja kat area situ. Erm.. entah berapa lama kali terakhir naik komuter ni...

Dan saya masih menyimpan imaginasi untul menari pole dancing :)

Ok, kembali pada topik--- selama ini saya jangkakan, mencari barang hantaran ni sama sahaja macam kita shopping hari-hari. Macam kita jalan-jalan tengok barang dengan kawan-kawan perempuan pada hari Jumaat. Tapi rupanya tak sama langsung.

Menjadi-jadi perangai cerewet.. menjadi-jadi perangai tamak..Semua yang dirancang beli, tak menjadi!

Panjang ceritanya, hampir 4 jam melilau di Midvalley, keluar masuk kedai, pusing jalan yang sama 4-5 kali, tapi takde perkembangan langsung!

Walaupun rancangan asal, saya nak selesaikan 5 barang hantaran untuk D terus; tapi akhirnya, cuma berjaya dapat buku agama sahaja. Saya beli di MPH, tiada diskaun diberi. D kata, ilmu tu tak ternilai dengan wang.. huhuh...Lazer ok dia. Ok, ni la buku agama yang D nak sangat saya beli, "Indahnya Hidup Bersyariah" dari Dato' Ismail Kamus



dan D nak Terjemahan Al-Quran Al-Karim. Maka belikan juga.


D pulak, takde rancangan awal nak beli barang hantaran untuk saya, tapi entah macam mana, ayat D 'kita tengok-tengok aje la kat MAC dulu' tu, terus terjadinya belian.

Maka 'terbeli' set MAC yang ini- Pallet untuk lipstik+gloss, blusher dan eye shadow. Abang lembut tu kata, keluaran ni khas untuk X-mas. (Iye ke ko ni, entah-entah tengah bulan depan, ada lagi)


Ni set eyeshadow ada 6 warna


1 lipgloss (kiri) dan 2 lipstik


1 blusher dan 2 beauty powder (beauty powder tu boleh apply sebagai powder muka untuk nampak muka pinkie sikit dan tak pucat; dan juga boleh dicampur warna--kata abang lembut tersebut)


Cantik kan warna dia?? Mesti la cantik, abang lembut tu yang pilihkan :P haha. Harapkan saya, huh entah apa warna saya pilih.

Takde free gift, cuma paper bag cantik ni aje. Best gak pasal penutup pakai benda lekat-lekat cam kasut budak sekolah rendah tu.


Buat masa sekarang, ni aje set makeup yang saya beli. Mesti ada yang tertanya, kenapa saya tak beli aje set biasa dan minta staff tu ikatkan untuk dijadikan hamper kan? Pasal saya memang tak mahu set. MAC ni memang gunaan harian saya, jadi sekadar nak rasa istimewa, ini la cara saya-- beli barang dari jenama yang sama cuma dalam produk yang berbeza. Kalau nak ada tambahan pun, saya cuma nak produk semburan untuk lock make-up sahaja atau krim untuk bagi makeup tahan. Compact powder dan eye liner saya tak mo pasal tu kegunaan harian saya. Tapi rasanya takmo tambah dah. Cukup la dengan apa yang dah ada. Lebih dari cukup dah :)

Penat berjalan. Berapa kalori ye saya bakar :) Tapi.. pada pukul 10pm, saya gi bantai makan Prosperity burger yang ayam tu.. erm!!!! Bagus. Patut la ticker berat tu laaaambat giler nak turun!



Mungkin hari ni kami akan teruskan ekpedisi ke OU pula! Kalau berjaya, saya akan upload lagi di sini.

D asyik pesan pada saya, jangan guna makeup MAC tu. Memang geram juga tengok, tapi saya masih boleh tahan diri lagi. :) Kena cuba juga tahan diri! haha

Sekarang, siapa kata shopping itu mudah??!!

P/S Dalam post akan datang, saya akan kongsi tips cara meredah masuk ke kedai yang kita tak pernah masuk dengan penuh keyakinan dan tidak dipandang sinis. Tengah kumpul maklumat dulu :)




18 Disember 2009

17 December, 2009

Yati-Yati, Penyelamat Saya


Salam dan hai..

Ucapkan selamat datang kepada Lya sebagai follower yang ke 58! Kalau Lya ada blog, boleh saya kongsikan di sini, tapi kat profile dia takde tertulis pulak.

Ok. hari ni saya nak cerita tentang dua gadis bernama Yati dalam hidup saya. Kedua-dua Yati (mereka entiti berlainan dan tak kenal saya sama lain) menolong saya, secara mereka tak sedar.

Sorang saya namakan Yati Office. Sorang lagi Yati Serdang.

Kisah pertama: Masa sampai opis, Yati Office tanya pasal bila nak beli hantaran. Jadi saya bagitau la dia yang saya nak beli bulan 6 tahun depan pasal takmo barang berhabuk, nak amik yang latest sikit, etc etc. Dia angguk-angguk. Kemudian dia cerita kat saya, pengalaman dia uruskan barang hantaran untuk adik dia yang berkahwin, setahun dulu.

Sok sek sok sek.

Maka kesimpulannya yang saya dapat dari borak dengan dia, memang saya harus shopping akhir tahun ni. Bukan pasal faktor YES, tapi point yang dia bagi tu amat bernas. Dia bagi pendapat tanpa minta saya ikut. Dia cuma sekadar berkongsi cerita. Tapi saya dapat faham apa yang dia cuba sampaikan, tanpa perlu bebelan atau kata nasihat.

Alasan dia mudah: Supaya tak short duit.

Bukan atas alasan takut rasa takut air ngalir cam air. Bukan itu penyebabnya.

Nak buat majlis, memang kena bersedia dari mental yang duit akan mengalir--kata dia.

Dia kata, dalam 6-8 bulan terakhir, duit kebanyakkan dah kena bayar deposit kepada vendors untuk secure perkhidmatan mereka. Kalau la saya beli barang hantaran dalam bulan 6 tahun depan, besar kemungkinanan duit saya untuk hantaran akan jadi short sebab dah bayar deposit. Dan dalam tempoh 4 bulan aje sebelum majlis, sudah kalut untuk mulakan menabung.

Nak nya orang yang makan gaji tetap cam saya. Lain la kalau ada side income. Atau mendapat sponsor, maka kos mungkin perkara yang tak perlu timbulkan pening kepala.

Jadi untuk kurangkan risiko, baik beli dari sekarang. Kalau short sekarang, kita boleh kurangkan apa-apa kos harian yang tak perlu, untuk cover balik mana-mana yang dah short, sebelum tiba 6 bulan sebelum majlis.

Peraturan dia pun senang aje dan peraturan ni memang selalu kita baca kat kebanyakkan B2B.

1. Beli barang jangan ikut trend semasa, tak kisah dari segi design, warna dan sebagainya. Beli sesuatu yang praktikal, ikut budget dan pasangan kita suka.
2. Barang hantaran bukan la perkara terpenting masa majlis. Masa akad nikah, berapa kali lafaz tu yang diberi perhatian oleh tetamu.

Untuk orang biasa-biasa cam saya, tiada istilah 'limited edition'. Saya beli apa yang cantik di mata dan molek di 'tabung'. Tiada juga ekpidisi terbang ke Singapura atau Indonesia mencari barang kahwin. Semuanya hanya di KL. Kalau paling jauh saya pergi, mungkin ke Nilai sahaja :P

Kisah kedua:Yati Serdang pula menyelamatkan saya beberapa hari yang lalu.

Oh ya, dia adalah bakal pengantin yang saya pernah tulis tentang
kad kahwin dia yang sempoi dan cool.

Saya kongsi pendapat dengan dia, idea kad kahwin DIY.

Saya bagitau dia tentang idea nak letakkan gambar saya dan D pada kad.

Saya tau ramai akan kata kad tak perlu beria, nanti orang buang juga ke tong sampah. Bazir kos aje. Tapi alasan saya untuk letak pasal sayang tak kongsi gambar pre wedding saya nanti InsyaAllah. * perasan konon gambar pre-wedding akan jadi special.. haha*

Tapi Yati nye pendapat, "kalau tak letak gambar baru la surprise. Ni kang kalau dah letak, orang dah tau rupa bakal pengantin, dah takde special"

Terus baru saya terpikir. Iye juga! Sudah la majlis kami tempoh hari, tiada kehadiran saudara mara.

Saudara mara pulak memang beria nak tau camne rupa D. Saudara mara D juga tak pernah tengok saya.

"Kang dah tau muka pengantin, takyah datang pun tak apa pasal dah tengok muka" -tetiba terlintas macam tu kat fikiran saya.

Sama juga la kot kenapa saya tak letak gambar saya dalam blog ni :P

Jadi, disebabkan pendapat rawak Yati, maka terus saya tukar rancangan untuk tidak meletakkan gambar kami pada kad.

Sebab pendapat mereka sesuatu yang saya rasa berbeza. Walaupun isu yang dinyatakan, isu yang memang dah banyak post kat blog lain tulis tentangnya, tapi pendapat spesifik mereka, cukup berlainan dan lekat dihati saya.

Pertolongan dihulur tanpa diminta atau ditagih. Mana lagi nak dapat? :)

Untuk itu, saya nak ombakkan Yati dan Yati :)

Terima kasih!!

Nota: Post ni tidak ada niat untuk kecilkan mana-mana hati yang mungkin shopping tahun depan atau yang meletakkan gambar pengantin pada kad.


17 Disember 2009

16 December, 2009

Bunga Manggar DIY


Salam dan hai

Mari join saya untuk ombakkan follower saya.. Mari kita buat ombak BESAR PUNYE (kena cakap kuat-kuat cam iklan Maggi tu!) buat Shalala yang menjadi pembaca ke 57 blog ini. ~~Ombaaakkk!!!!

Ok, sudah lama saya tak begitu teruja menulis tentang perkara DIY, sejak kali terakhir menceburkan diri dalam
DIY untuk pomander rose. Masa tu, memang rata-rata B2B hangat berkongsi hasil tangan masing-masing untuk pomander rose tu.


Ni rose pomander saya buatkan untuk majlis Fieza dahulu.

Saya tau dah banyak blog B2B yang pernah post tentang bunga manggar DIY ni. Mungkin saya dah sedekad lambat untuk menulis tentang ni, tapi takpe. Tetap nak tulis juga :)

Kali pertama saya tengok bunga manggar DIY ni di blog
Shaja. Tapi disebabkan kesibukan majlis abang saya, terus terlupa nak post hal tentang bunga manggar. Tapi baru-baru ni, saya singgah ke blog Iryani dan dia sendiri telah mencuba DIY ni.

InsyaAllah kalau saya ada masa dan keizinanNya, saya akan buat bunga manggar DIY ni, dan tambahan sedikit ikut kreativiti kot-kot ada idea baru yang terlintas difikiran.

Oh ya, kalau ada sesiapa ada terjumpa atau memang ada idea bernas untuk DIY bunga pahar, boleh berkongsi idea dengan saya di sini ya?! Teringin nak buat bunga pahar sendiri.. tapi takde idea dan kreativiti..

16 Disember 2009


15 December, 2009

Nak Itu dan Nak Ini


Salam dan hai

Pernah tak korang baca blog-blog B2B (bride2be) yang lain, baca persiapan mereka, senarai vendors mereka, majlis-majlis sebelum akad nikah dan macam-macam lagi.. Kita, dihadapan skrin cuma ternganga mengalir air liur..

Dan secara tak sedar, terdetik dalam hati "Cantiknyaa..Kalau dapat cam ni kan bagus.."

Eh, korang tak pernah rasa cam tu ye? Tak pernah ye?? Erm.. mungkin saya aje la kot ada perasaan macam tu

haha.

Erm.. Masa waktu pejabat tadi, curi-curi juga emel dengan kawan opis a.k.a B2B yang InsyaAllah majlisnya akhir tahun depan juga. Ada satu bahagian dalam emel dia:-

"..S (bukan nama sebenar) kawen pun quite pricy la gak wedding die. Die mmg tahap high taste la. Wedding ring pun tempah kat Singapore, coz outlet kat mesia dah tutup. So definitely la bukan beli kat kedai diamond platinum ke, kedai emas Aik Cheong ke. Baju die tempah kat KAPAS Couture which is mmg la mahal! Siap buat reception hoke! adusss.."

Syaitan pun cepat aje jalankan tugas mereka kan?

Tiupkan anasir jahat dalam hati dan fikiran kita, lalu terhembur melalui kata-kata dan perbuatan kita

Tipu la kalau saya takde terasa, tak banyak cukup sedikit pun jadi la, rasa betapa bertuahnya dia dapat majlis yang cukup cantik. Mesti la kita suka tengok majlis kawan kita berjalan dengan cantik, tapi serba sedikit, kita pun berharap majlis kita secantik itu.

Emel dengan kawan opis tu disudahi dengan ayat yang acapkali juga, buat saya sedar, tapi malangnya mungkin bertahan dalam 2-3 hari saja. Dia menyambung:-

"Aku penah ckp kat en b, kenapa la kite takde duit. Tp die suh aku bersyukur dgn ape yg kite ada. Mungkin kurang kat sini, tp lebih di sana"

Ya Allah, saya tak mahu calitan tompok hitam dalam hati ni semakin membesar. Takut kebaikan dan kesempurnaan di depan mata, tak disedari.

Selalu begini.

Antara waktu yang dijangkakan berlakunya perasaaan negatif ini:-
1. Tengah berselisih pendapat dengan pasangan/ family/ bakal keluarga mentua tentang pemilihan atau rancangan perkahwinan kita.
2. Baca blog-blog B2B yang lain, terutama yang sudah atau bakal melangsungkan perkahwinan.
3. Masa proses mengumpul data vendors.
4. Menghadiri majlis perkahwinan yang lain.

Hai.. Selalu begini.

Walau dah banyak kali, ratus kali yakinkan diri kita, syukur dengan apa yang ada. Tapi bila tiupan tu sepintas lalu menyapa, mulalah anasir tu menjelma semula.

Mungkin saya belum cukup keikhlasan dalam kata.

Mungkin saya sendiri belum cukup tahu dan kenal diri saya.

Tahu dimana jiwa saya.

Kenal di mana bahagia saya.

Sekadar kata "Sederhana aje", tanpa ada keredhaan seikhlasnya.

Hentak kepala kat monitor computer*

Tapi kawan-kawan saya kata, dalam bulan terakhir, kita akan redha pasal kita dah tau disaat akhir, memang kena berserah sahaja. Jadi waktu sekarang, kena usaha giat-giat!

Kenapa la mentaliti masyarakat masih menilai majlis pada GAH.

Serius, kita sendiri pun asyik bercakap tentang pelamin, bunga hidup, kek potong (Tak main la dummy cake!), persalinan kena ada 3 jenis, makeup artis mesti yang dah established, pelamin pula boleh direject kalau kerusi tak memenuhi impian kita, baju nikah kena cari fashion paling latest dan kalau boleh, kena ada tempias artis-artis sikit..

Masa saya menulis ni, saya tetiba teringat sesuatu yang mungkin pernah saya dengar atau baca di suatu tempat.

'If you are talking about wedding dress, reception, flowers..you are talking about your wedding and not the marriage.'

.
.
.
tapi tanpa 'wedding', tetap tak sempurna permulaan "marriage" tu kan?

kan?

kan?


p/s: patut la D asyik kata saya ni degil :D



14 Disember 2009


14 December, 2009

Kad Kahwin Sempoi Bergaya!


Salam dan hai

Saya pernah tulis tentang kad kahwin
DIY Shima dulu.

Kali ni, saya dapat kad yang bukanlah dalam kategori DIY tapi saya sukakan idea kad ni.Saya tak pernah dapat kad macam ni, jadi saya suka keunikan kad ni.

Kad kahwin Yati dan Syarif.


Kad di dalamnya sekeping sahaja, satu bahagian depan kad. Satu lagi jemputan dari kedua ibu bapa pengantin.




Tapi yang paling saya suka, size peta pada kertas A4 biasa yang cukup best! Saya suka pasal besar, terang dan jelas! InsyaAllah, pemandu dari pelbagai generasi, takkan tersesat.

Amat menyenangkan kad jemputan Yati :) Tak perlu emboss berbagai. Kalau kad cantik macam mana pun, kalau tetamu sampai sesat-sesat, tak guna juga.

Lagi kurang dari 2 minggu aje majlis Yati. Semoga semuanya selamat ye Yati :)

14 Disember 2009

12 December, 2009

Saya Anak Selangor!


Salam dan hai

Kat Facebook sorang-sorang bagai berperang dengan status masing-masing yang lincah menulis tentang kenaikkan mas kahwin di Selangor dari RM80 kepada RM300.

D pun gelak. Dia dah kena gelak dengan parents dia malam tadi

Saya cakap kat dia "Ingat tak dulu kita pernah rancang nak mas kahwin RM300 kan sempena tarikh kita nikah. Kemudian kita decide tak perlu, Tup-tup nak taknak kena ikut RM300 juge"

Kali ni saya pula yang gelak :P


Tapi bila reaksi orang bujang yang mengatakan, mas kahwin yang baru ni membebankan, saya tak berani nak komen. Tapi saya amat setuju dengan statement dari JAIS, "mas kahwin ni tidak membebankan. Yang membebankan, wang hantaran yang beribu. Dengan barang-barang hantaran berbelas-belas,sambutan melampau-lampau, baju persalinan sampai 12 helai.."

Jauh dalam hati, saya setuju juga :p

Erm.. mungkin rasa cam nak turunkan wang hantaran kami (saya yang kena buat keputusan berapa wang hantaran pasal ayah ibu memang tak kisah langsung berapa wang hantaran yang D hantar. Ayah kata, kalau tak hantar pun tak apa-- bertuahkan D?? Tapi saya takkan bagi laluan semudah itu untuk dia :P), tapi rasanya takde kesan apa-apa pun. Lagipun wang hantaran nanti bukan la duit hangus kenduri belah saya, tapi ayah ibu akan bagi pada saya semuanya. (Beli beg LV lepas ni 3-4 beg.. nyumsss!! hihih), jadi saya dan D akan gunakan duit tu untuk kehidupan selepas kahwin.

Kan kehidupan selepas kahwin tu lagi penting :)

12 Disember 2009

11 December, 2009

Jemputan Bertimpa-timpa




Salam dan hai

Terlebih dahulu, nak ucapkan selamat membaca kepada pembaca tegar ke 56, Jaja!!

Saya tak sihat sekarang ni, jadi tak dapat menulis seperti kebiasaan. Mungkin lepas dah sihat balik, baru dapat menulis sesuatu berbaloi untuk dibaca oleh kawan-kawan yang lain ya?

Oh ya, bulan Disember ni memang bulan orang kahwin. Merata-rata saya nampak tunjuk arah, berbagai-bagai rupa dan style, dicucuk di sana sini. Ada di rumput, ada gak yang di lampu isyarat.

Bulan ni juga, saya ada 6 jemputan kahwin.

Pitam!

Tapi yang paling saya pitam, majlis pada 19 Disember nanti. Ada 3 jemputan serentak-- satu di Shah Alam, satu ni Uniten, satu di KL.

Ikutkan hati, semua saya nak pergi.

Tapi saya cuma berharap, keadaan dan masa mengizinkan.

Salah satu jemputan pada 19hb Disember ni pun, adalah kali pertama saya menerima jemputan dari blogger lain.
Cik Azian. Sebelum-sebelum ni, saya tak response kepada bloggers yang murah ati menjemput semua bloggers lain untuk datang ke majlis diatas faktor takut tak dapat memenuhi jemputan mereka, selepas tengok tarikh kenduri mereka yang sama denan kawan-kawan saya yang lain.

Kad Azian yang bewarna silver metalik, tiba dua hari selepas 2 kad jemputan lain untuk hari yang sama, telah saya dapat. Comey saya tengok, dia tulis dengan nama Xora dan Mr.D-- super cute!!!



Pitam~

Tapi apa-apa pun Azian, saya akan cuba penuhi jemputan itu nanti. Saya berharap sangat dapat tiba semasa pengantin tiba, tapi dua-dua majlis yang lain, juga berharap saya tiba masa mereka sampai.

Aduuuhh..

Takpe yang penting, kita penuhi jemputan :)

Cik Azian, seminggu aje lagi kan??!! Boleh la lepaskan rerama dari dalam perut tu :P


11 Disember 2009



09 December, 2009

Prosedur Perlu Tahu



Salam dan hai.

Selama ni saya asyik tulis perincian tentang majlis, termasuk la kenduri, hantaran, baju, pakej itu dan ini.

Tapi perasan tak saya tak pernah sentuh pasal prosedur perkahwinan?

Sebabnya, saya tak tau macam mana prosedur perkahwinan.

Saya takde pengalaman menguruskan hal tu. Masa abang saya kahwin, yang tu saya memang tak sentuh dan tak amik tau pun. Biarkan dia uruskan.

Walau saya ada juga bertanya pada kawan-kawan yang sudah berkahwin, tentang prosedur dan perkara yang mesti buat, termasuk lah borang itu dan ini, booking tok kadi la, HIV dan segala protokol; tapi saya tak dapat bayangkan bagaimana prosesnya.

Perlu menempuh baru saya dapat tulis.

Kali ni, saya nak kongsi satu post dari blog
CursingMalay (abaikan tajuk kontroversi tersebut. Blog ini memang kontroversi, tapi jujur) Saya ubah sedikit bahasa dan penyampaian, supaya bersesuaian dengan pembaca blog saya yang kebanyakkanya perempuan.

Langkah Yang Perlu Anda Penuhi Jika Anda Bujang Yang Ingin Berkahwin Mengikut Undang-Undang Malaysia!

Perkara Tak Rasmi

1. Carik pasangan mahu hidup bersama.
2. Kumpul duit dan simpanlah ikut kemampuan dan keperluan masing-masing. Bincang dengan pasangan tentang pengurusan belanjawan untuk majlis perkahwinan nanti, seperti siapa bayar apa, yang mana dibahagi dua dan sebagainya.
3. Dapatkan persetujuan keluarga masing-masing secara lisan untuk upacara merisik. Bincang dengan pasangan kamu tentang tarikh yang sesuai untuk merisik. Jangan meracau macam lipas kena sembur Sheldtox kalau tarikh yang diminta oleh keluarga lelaki, berlainan dari tarikh yang kamu harapkan (seperti tarikh ulangtahun couple ke, tarikh hari jadi kamu ke). Biasanya merisik ni cuma ada kehadiran ibubapa pasangan kita dan mungkin keluarga paling tua.
4. Bila dua2 pihak dah bersetuju,bolehlah ditetapkan tarikh untuk bertunang dan bernikah. Tetapkan juga wang hantaran, dulang, segala apa yang nak dibincangkan. Ada kes macam saya, merisik dan bertunang terus dijalankan pada hari yang sama. Tapi sekarang, biasanya merisik dan bertunang dibuat secara besar-besaran. Apa-apa pun, terpulang pada penerimaan keluarga masing-masing. Jangan panik kalau apa yang kamu rancang tak sama macam yang telah orang tua bincang. Semuanya masih terbuka untuk perubahan rancangan.

Protokol dan Undang-Undang

1. Untuk urusan borang-borang wajib, dinasihatkan diuruskan 3 bulan sebelum tarikh nikah. Sebabnya:
a. Sesetengah keperluan dalam borang ada tarikh luput sah, seperti HIV test yang cuma sah 3 bulan sebelum tarikh nikah.
b. Kadang-kadang, akan ada perubahan tarikh nikah (mahupun nama bakal pengantin!). Perkara ini diberitahu oleh salah seorang penceramah masa saya hadiri Kursus Kahwin dulu.
c. Ladies, sila pastikan si dia selesaikan borang dia (you know how man's brain works kan?) sebab borang perempuan hanya boleh diuruskan selepas mendapat borang dari pihak lelaki.

2. Pergi kursus kahwin. Biasanya harga kena bayar RM80. Ada sesetengah tempat boleh cecah RM200 sebab melibatkan harga untuk buffet, keperluan keselesaan lain (kiranya memang pakej manja :P) Boleh cari tempat yang berhampiran dengan kamu. Boleh klik di
laman web syokkahwin ni untuk dapatkan senarai tempat. Biasanya kursus kahwin ni 1 hari setengah. Sabtu, waktunya dalam 2.30pm-6.30pm, Ahad dari 8.30am-6.30pm. Pesanan saya berdasarkan ingatan dan pengalaman saya:

a. Kepada muslimah, sila bawa telekung siap-siap untuk solat.
b. Jaga kod pemakaian. Yang free hair, sila pakai tudung dengan sopan. Seeloknya, pakai baju kurung.
c. Sila bawa shawl yang tebal (untuk tempat berhawa dingin, takut sejuk sangat)
d. Bawa air mineral dan gula-gula sebab keadaan akan jadi super ngantuk!
e. Buat salinan IC depan belakang, sekurangnya 3 salinan. Biasanya pihak pengurusan cuma nak 1 keping, tapi buat saja lebih mana tau terconteng ke, terhilang ke. Tapi kalau terlupa, biasanya pihak pengurusan akan buat salinan untuk kita, tapi cam tak best la bagi kad pengenalan kita pada orang yang kita tak kenali, kan?
f. Kalau yang berpasangan, boleh bawa pasangan masing-masing. Yang masih single, boleh pergi bersama BFF masing-masing pasal tempoh sah sijil ni adalah seumur hidup.
g. Jangan nak berkepit dengan pasangan masing-masing. Masa pendaftaran pun, meja peserta lelaki dan perempuan diasingkan. Jadi masa makan lunch dan minum petang, jangan gatal nak duduk sebelah pasangan. Duduk kat meja semua perempuan.
h. Pastikan masa mula-mula sampai, tanya pada pihak pengurusan di mana surau dan tandas. Takde la kamu terkial-kial.
i. Jangan nak lancang mulut komplain itu dan ini pasal makanan dan tempat.
j. Biasanya, kursus kahwin ni boleh daftar awal melalui sms, email dan telefon. Tapi kalau tak daftar pun tak apa pasal kebanyakkan adalah walk in kursus. Asal bawa RM80 dan salinan IC.
k. Pastikan tunggu kursus sampai habis untuk kedua-dua tarikh pasal masa ni, nanti akan diberitahu oleh pihak pengurusan, waktu bila sijil kursus kahwin siap dan boleh diambil. Jangan fly awal sangat. Nanti tak tau.
l. Sila simpan buku-buku yang diberi dan rajin-rajin la baca, terutama di saat-saat akhir menjelang majlis nanti.

3. Saringan HIV
a. Hanya keputusan dari Klinik Kesihatan Kerajaan yang diterima.
b. Keputusan sah untuk tempoh 3 bulan.
c. Ada sesetengah hospital dan klinik kena buat temujanji dulu. Jadi pastikan kamu jangan terus amik cuti membabi-buta. Telefon siap-siap tempat yang kamu nak pergi, tanya dia paling awal pukul berapa tempat tu dibuka dan hari apa boleh buat ujian saringan HIV sebab biasanya sistem saringan adalah "First come first serve" disebabkan test kit tu adalah terhad. HIV test dijalankan hanya pada hari Selasa dan Khamis, dari pukul 2 sampai 4.30 petang.

4. Mengikut kata
Mantot, (saya kurang pasti jika proses adalah sama untuk lelaki dan perempuan --saya amat tak tau apa2, tapi kita baca aje la dulu) jika kamu menetap di daerah berlainan dengan alamat IC, pergi ke Jabatan Agama negeri dan mintak borang "Kebenaran Untuk Berkahwin" dan pastikan menerima "Borang Pengesahan Pemastautin" Isi borang itu selengkap mungkin.
Tips: Jika tidak pasti bila dan dimana akan berkahwin,biarkan kosong ruangan tu. Jika kamu seorang perantau, cari penghulu/ketua kampung/pengerusi JKKK mukim. Berikan borang "Pengesahan Pemastautin" tadi dan pastikan dapat cop beliau.

5. Selepas semua borang sudah pun diisi, bawak semua borang dan jumpalah Jurunikah atau Imam Masjid Bertauliah kawasan kamu. Jika tak kenal siapa, pastikan tanya dengan ketua kampung,dia mesti kenal (tips: sila la rajin-rajin ke masjid ya) Jurunikah ni perlu untuk mengesahkan semua butiran dalam borang adalah sah. Dia pun akan cop jugak. Jika tempat bakal kamu tiada jurunikah bertauliah, pergi ke Jabatan Agama Daerah anda. Kat situ ada jurunikah. Antara perkara kena tau:

a. Macam Selangor,perlu bawak dua orang saksi untuk sain borang tu depan Pegawai Jabatan Agama. Pastikan anda memintak IC saksi dua orang untuk difotostat terlebih dahulu.
b. Surat Akuan Bujang perlu disediakan dan boleh dapatkan dari Human Resource Department tempat kamu bekerja .

6. Langkah penamat
Bila semua benda tu dah siap,pegi ke Jabatan Agama Negeri dan hantar semua borang tadi. Tanya juga pada pekerja bertugas, bila boleh datang amik balik. Takde la kamu buat dua kali kerja :) Kesudahan akan dapat sepucuk Surat Kebenaran Berkahwin.

Perkara Tambahan

Mantot ada tulis;
1. Pegi kedai gambar dan amik gambar memakai SONGKOK. Wajib ada 5 keping untuk simpanan.
2. Fotostat semua borang yang ada 4 keping. 1 salinan untuk pihak lelaki simpan. Semua yang original dan 3 salinan bagi dekat pihak perempuan. Kenapa kena bagi yang original? Lain negeri, lain requirement. Kalau Jabatan Agama Negeri kita nak tengok yang original, kita ada dan boleh tunjuk. Takyah nak mintak dengan bakal suami.


Sekian, prosesnya mengikut kata Mantot

Kepada kawan-kawan yang pernah melalui proses yang sama, boleh la tinggal komen. Saya pun kurang pasti tentang prosedurnya.

InsyaAllah, dapat beri manfaat kepada kawan-kawan yang lain.



9 Disember 2009

08 December, 2009

Ikutkan Hati


Salam dan hai.

Ikutkan hati, hari-hari saya nak 'kompang' apa rancangan saya untuk majlis saya nanti.

Ikutkan hati, hari-hari saya nak berkongsi tentang impian perkahwinan saya.

Ikutkan hati, hari-hari saya nak tulis tentang apa yang berlaku.

Tapi saya tak mahu ikut hati saya.

Kadang-kadang, saya mahu menulis apa yang ingin dibaca oleh kawan-kawan blogger lain. Saya rasa semacam ada Blog Social Responsibility (BSR-- Takde term ini tapi saya cipta sendiri hihih). Lebih elok menulis sesuatu yang boleh saya kongsi sama-sama pendapat dengan kawan-kawan lain kan?

Tapi maafkan saya, kadang-kadang saya nak juga menulis untuk lepaskan semak dalam kepala ni.

Berita tentang majlis tempoh hari, memang saya tak bagitau secara terbuka. Tidak saya post di blog private saya, tak juga di status Facebook mahupun Friendster. Saya buat seperti tiada apa berlaku. Hanya beberapa kawan aje yang tau sebelum majlis, dan baki mereka tau selepas baca blog saya ni. Kalau ada yang terasa, saya betul-betul minta maaf. Bukan niat untuk pilih kasih, cuma saya memang nak sesuatu yang amat sederhana kerana sederhana adalah sesuatu yang saya kurang merasa.

Selepas berita tersebar, sorang-sorang call dan SMS ucapkan tahniah. Masing-masing merakam ucapan tak sabar nak tunggu majlis saya, nak tunggu kemeriahan majlis saya.

Kesan pada saya : PANIK!!!

aiiih.. Saya tau kawan-kawan saya semua berniat baik. Tapi bila dapat ucapan sebegini, saya jadi panik dan takut. Takut tak dapat capai paksi mereka. Entah kenapa saya risaukan hal tu, sedangkan mereka tiada niat nak buat saya tertekan, sekadar ekpresi perasaan mereka yang teruja. Tumpang gembira untuk saya. Saya yang perlu tetapkan ketetapan majlis macam mana yang saya nak. Tak perlu anasir luar.

Saya tau saya akan buat yang terbaik untuk majlis itu.

Untuk orang yang selalu menulis tentang merencana satu majlis perkahwinan, bila tiba saat saya pulak, terus saya tak tau nak buat apa. Tak tau dari mana nak mula. Sedangkan, sepatutnya selepas tarikh ditetapkan, segala rencana lebih mudah untuk diatur.Walau jauh dalam diri saya, saya sudah tau bila tarikh-tarikh penting yang perlu saya uruskan, tapi entah kenapa, seakan rasa ada yang tertinggal.
Serangan panik memang dasyat!

Tapi nasib baik saya masih ada beberapa kawan rapat yang memastikan saya tak buat perkara yang tak masuk akal. Saya tau saya boleh buat dan mengatur majlis saya sendiri, tapi entah kenapa saya rasa macam tak yakin untuk lepaskan tugasan pada orang lain pada waktu saya sudah menyarung busana sanding nanti.

Sedangkan pada hari majlis tempoh hari pun, abang saya Am pulak yang risau. Asyik dia tanya "nanti majlis kau macam mana? Sapa nak uruskan? Aku boleh jadi runner, ko suruh la aku buat apa pun, aku tak kisah. Tapi jadi project manager, aku tak boleh la. Aku kalau marah, dah tak ingat nak buat apa"

Saya pasti, saya tau apa yang hendak dibuat. Cuma mungkin, saya perlukan anjakan sedikit. Mungkin selepas pre-wedding tahun depan, baru aura dan semangat tu pun datang.

Sebab kadang-kadang, saya boleh buat lebih baik dalam keadaan tertekan.

Mungkin la.

Tapi kalau masih belum juga, harus untuk saya panik!!

8 Disember 2009

07 December, 2009

Mengatur Strategi



Salam dan hai.

Semorang rata-rata tengah teruja dengan Year-End-Sale (YES). Ramai yang cadangkan beli barang itu dan ini waktu ni. Serbu warehouse sale sana dan sini.

Tapi saya tak mahu.

Saya tau, memang bargain gila kalau beli barang-barang hantaran waktu ni. Dengan jualan akhir tahun dan Christmas bergabung, diskaun yang dapat memang sangat menyelerakan. Tapi saya kira, saya ada rancangan lain. Mungkin saya untung atau mungkin saya rugi. Tapi saya tak kisah pasal saya pasti, saya takkan dapat semua yang saya nak. Jadi usaha takat mampu sahaja.

Biarlah, orang nampak strategi saya merugikan, tapi saya tak mahu menyimpan barang-barang hantaran terlalu lama sampai berhabuk. Lagipun, saya percaya pada rezeki. Kalau saya lebih di sana, mungkin saya kurang di situ :)

Orang tak faham cara kita, akan ingat kita rugi. Tapi kita punye rancangan, mungkin tak terfikir oleh mereka :) Macam dalam video kat bawah ni :)




7 Disember 2009

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates