Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

31 March, 2010

Kad Jemputan Origami


Salam dan hai

Saya dah lama tak ombakkan pembaca tegar blog ni yang baharu. Saya betul-betul sudah hilang jejak. Jadi kepada semua pembaca tegar baru, terima kasih ya semua! ;D Harap kita boleh saling bertukar pendapat!

Masa saya gatal tangan lompat-lompat baca blog orang, saya terjumpa post yang saya rasa mungkin boleh diguna pakai oleh B2B kalau nakkan kelainan.

Bila saya perhatikan origami ni, saya rasa origami bentuk hati ni sesuai dijadikan kad jemputan tunang. Sekarang ni, walau bertunang, B2B tetap mahukan majlis tampil serba istimewa dan unik.

Kad origami ni boleh juga jadikan Guestbook yang gantung-gantung kat ranting tu, tapi lagi sekali, jumlah kad origami ni mungkin akan jadi satu masalah juga. Jadi rasanya kad tunang la paling sesuai pasal biasanya jumlahnya tetamu lebih sikit.

Tapi, saya rasa, kalau B2B yang lain tengok, mesti ada sahaja idea mereka. Saya nampak 1 cara, tapi mereka past akan nampak 5-10 cara untuk guna pakai kad origami ni :P

Kad origami ni saya percaya mesti ada langkah demi langkah, cara nak lipat seni kertas ni. Tapi saya belum terjumpa lagi. Yang berminat, rajin kan la diri untuk Google ya?

Jom layan gambar, mari tengok rupa kad jemputan origami ni

Tali tu boleh tukar pada riben ikut warna tema.


Depan dan belakang kad origami.


Letak dalam sampul molek-molek.


Gantung sahaja macam ni.


Nota pemberitahuan di sini.


Juga ada ruang rahsia untuk tetamu coretkan.

Sumber:
http://www.eatdrinkchic.com/post.cfm/diy-origami-heart-love-note

Tapi ada juga soalan yang berlegar kat kepala kecil ni:
1. Pastinya jenuh nak buat satu demi satu origami ni kan?
2. Kalau dah banyak-banyak, nak buat apa pula ye? Sebulan dua, tahan lagi la atas nama "kenangan" tapi kalau dah buat simpan habuk, jenuh juga ye.. (dan sakit mata juga). Mungkin simpan dalam kotak kenangan :P

Memandangkan usahanya agak memakan masa dan memakan tenaga, jadi saya cuma berani nak cuci aje mata lah. Hihi




31 Mac 2010

30 March, 2010

LO-LO-L.O.V.E


Salam dan hai

Apa kejadahnya aku ni google images hari-hari???!!!! Penggunaan Internet yang tidak mengecewakan, sering buat saya leka dengan google images ni :P

Kali ni, kita cuci mata dengan L.O.V.E.


Sumber: Google Images

Sesiapa ada idea, material apa yang digunakan ni? Teringat Qis pernah buat macam ni untuk majlis dia. Tapi Qis menghalang penggunaan Polisterin. Bukan pilihan yang bagus, mengikut
post dia yang ini.

Letak kat meja Guestbook pun cantik juga ni. Gantung-gantung sebagai deko pun boleh juga. Kalau nak letak kat bonet kereta pengantin pun boleh. Atau sebagai dekorasi bilik pengantin.

Mari kita sama-sama fikirkan materialnya!


Nota: pada sesiapa yang kagum saya buat post hari-hari, sebenarnya bukan begitu kisahnya. Saya memang sudah jadualkan post saya untuk sekian-sekian tarikh dan masa. Semua post sudah ditulis terlebih dahulu sehari dua. Sangat mudah begitu pasal semua post saya tulis malam harinya. Tanpa gangguan boss yang jahat :P dan kawan-kawan pejabat yang suka usik saya bila update kat opis :p




30 Mac 2010







Penyepit, bukan Pengapit



Salam dan hai

Perasan tak saya dah jarang update tentang persiapan saya? Ha biasa la, apa-apa perkara pun ada naik turunnya. Jadi sekarang, persiapan saya tengah mendatar-- seperti yang dalam jadual persiapan kami. Memang sudah ada beberapa projek berjalan, tapi tunggu siap 50%-75% baru berani nak post kat sini.

Memang masa lengang ni, saya rajin google image, nak cari apa-apa idea yang boleh dikongsi.

Jadi, buat masa sekarang post saya lebih berlegar-legar pada idea yang mungkin boleh diguna pakai oleh B2B. Apa-apa aje yang boleh dikongsi dengan korang, terutama Dekorasi DIY ni.

Kali ni, nak kongsi kisah penyepit baju ni.

Iye, ni penyepit baju dalam material kayu.

Tapi penggunaannya saya kira paling jimat dan paling boleh diguna semula lepas kahwin untuk sidai baju.










Sumber: Google Images

Penyepit ke pengepit ni?? Tak kisah la kot! :P

Kalau kena dengan susunan, memang nampak sangat mudah dan menarik. Boleh la tetamu tengok-tengok gambar korang (atau kalau nak lekatkan gambar keluarga pun tak apa). Memang dekorasi yang jimat dan mudah.

Kalau nak cantik, mungkin boleh gunakan riben buat ganti tali. Penyepit baju tu boleh diwarnakan ikut warna tema atau ditampal dengan bentuk hati ke, atau apa-apa aje daya kreativiti kamu.

Mudah dan murah.



30 Mac 2010


29 March, 2010

Nyanyikan Lagu Cinta Untukku!



Salam dan hai

Cuba teka, gambar di atas ni, orang yang pegang mic ni tengah berucap atau tengah menyanyi??

Sumber: google

Saya memang tak mahu sebarang karoeke sepanjang majlis untuk mengelakkan orang yang perasan suara dia sedap, nak merasa jadi tumpuan---tak kisah atas sebab yang betul atau tidak :p

Tapi, saya nak sangat, bestie saya yang sorang tu, menyanyi cukup satu lagu untuk majlis saya.

Walau masih tak tau nak masukkan slot tu bila dan tajuk lagu, tapi tetap nak jadikan ini tentatif.

Dia sorang sahaja.

Harap dapat bagi ekspresi air muka macam pengantin dua orang tu :D

dan harap suara dia tak rosakkan mood saya :P




29 Mac 2010


Tema Hitam Putih



Salam dan hai

Geram sebenarnya dengan kamera kesayangan ni. Saat-saat ada majlis, masa tu la dia nak buat perangai :( Huhu, banyak gambar tak cantik hari ni pasal lensa tak sharp. Tak tau ngapa. Nanti la nak hantar servis.

Kami dapat jemputan 28 Mac. Majlisnya teramat la dekat dari rumah saya dan D. Kurang 2 minit pun dah sampai :p Jemputan kawan sekolah kami berdua,
Naufal Norowi.

Pasal majlis dekat, kami pun datang la dalam 12.00 tengah hari. Elok kami sampai, pengantin tengah berarak. Rupanya, ketibaan pengantin dalam 12.15. Saya suka betul ketibaan pengantin awal pasal dapat la jumpa pengantin lama sikit. Takde la pengantin terkejar-kejar nak buat outdoor ke apa ke.



Pengapit lelaki baju biru turqoise tu insyaAllah akan jadi pengapit kami juga. Sekurangnya, Hafiz dah ada pengalaman tentang tugas seorang pengapit :P Dia siap dah ada tisu yang kebetulannya warna sama pulak dengan warna baju dia! memang teruk la saya bahan dia :P, dan peka juga dengan kedudukan pengantin atas pelamin. Sampai masa gambar berkumpulan, dia bagitau saya yang tudung saya kemek :P Hafiz Habib, ko lulus ya :P Baju pun dah siap kan? :P Tinggal cari sampin.



Sebenarnya, saya agak terkejut dengan warna tema pengantin kali ni. Hitam Putih.



Ishh, jangan salah faham. Takde salah tema hitam putih, cuma saya tak pernah tengok di depan mata saya. Selalu tengok dalam gambar aje. Tapi saya sangat suka penggunaan hitam-putih dalam majlis ni pasal element warna tu tidak diterapkan untuk semua dekorasi majlis.

Pengapit pakai warna turqoise.

Pelaminnya takde hitam putih. Malah bunga telurnya warna pink


Family belah Naufal pun pakai warna pink ni. Malah bunga manggar pun cantik dengan warna pink dan kuning.

Cuma tempat makan beradap aje element ni diterap.



Jadi kombinasi warna yang digunakan, nampak cantik kat mata saya. Nak cari pengantin pun senang :D Bagusnya, masih ada warna lain yang diterap minimum. Cantik hasilnya :D

Majlis ni dibuat rewang. Bagus betul komuniti kawasan rumah Naufal. Siapa kata duduk dibandar sudah hilang semangat komunitinya. Jamuan dibuat secara gotong royong dari penyedian menu, ke mengemas meja, bagi buah tangan dan macam-macam lagi, semuanya dibuat oleh ahli komuniti. Tanpa itu semua, komuniti di sini tetap jalankan tugas mereka dengan rancak.

Lauk pengantin memang masak gotong royong dari 3 pagi sebelum majlis. Saya tau ni pasal makcik sebelah saya bergosip. Siap dia cerita kat saya, lembu tumbang seekor untuk majlis ni. Teet, saya sudah dapat merasa element Cik Joyah disitu, jadi saya cuma angguk aje la.. Kemudian beredar dalam keadaan tak disedari ketika makcik tu bercerita dengan makcik depan tu, tentang berapa ekor lembu pulak kawan dia akan tumbangkan.. Haish!

Oh ya, makanan majlis amat sedap!!! Saya rasa, ada la 3 kali saya tambah ayam goreng :P Lauk nye amat mudah, nasi putih, ada lauk udang, lembu, ayam goreng dan ulam-ulam. Siap ada budu dan sambal belacan. Kemudian kat meja-meja diletak acar buah. Kombinasi yang mudah tapi memang sedap sangat lauknya sampai D dah bagi signal supaya saya jaga diet :P


Pasal kami cuma ada 1 majlis, jadi saya dan D pun pakat lepak sampai habis. Iye la, kami perasan dah banyak majlis, kami cuma sempat datang makan, jumpa pengantin dan berkejar ke majlis lain. Rasa cam tak sedap pula tak tunggu pengantin. Bukan hari-hari pun dan bukannya nak kejar masa pun. Jadi kami tunggu sampai pengantin dah siap buat "royal walk" dan masuk ke rumah.

Jadi masa ni la kami bergambar ramai-ramai.

Sian pengapit kena buli pasal dia masih single.


Tapi pada saat genting ini la, kamera saya buat hal!! Sayang, banyak gambar tak jadi pasal kamera saya tetiba tak dapat nak fokus zoo. Habis semua gambar kabur. Kalau bandingkan gambar atas dengan gambar kat bawah ni, memang la ketara kabur :( Tapi takpe la, asal ada.



Tapi apa-apa pun, saya rasa seronok gi majlis ni pasal ramai kenalan dari sekolah :D jadi mudah nak bawa diri.

Tahniah Naufal! (ceh! macam la ko baca blog aku :P)




29 Mac 2010

28 March, 2010

Dekorasi Riben



Salam dan hai

Hiasan pakai bunga hidup memang takleh lawan cantiknya :D Tapi tak semua kita mampu nak bayar harga ratus-ratus untuk bunga aje kan? :(

Jadi, alternatif yang selalu B2B kreatif buat, DIY aje pomander rose! Kadang-kadang pakai kertas untuk buat bunga, atau beli bunga plastik, cucukkan aje kat bebola tu. Alternatif deko lain, gunakan aje lilin yang berbagai bentuk dan warna. Lepas majlis, boleh simpan guna kat rumah kalau blackout!

Masa saya sibuk google images, saya perasan yang majlis perkahwinan di barat, mereka banyak juga gunakan riben dalam deko majlis mereka. Jadi saya gabung-gabungkan gambar ni, mana tau dapat bagi idea baru kat korang.


Ikat riben pada barang deko, pun cantik juga.

Dari amatan saya, cantik guna riben ni untuk majlis di rumah atau tempat terbuka. Tu dari amatan masa kasar saya je la. Saya rasa, majlis diluar ni, bila ada angin sepoi-sepoi bahasa bertiup, cantik aje riben tu ikut rentak angin. Best tengok :P Kalau hujung riben tu diletak bunga atau kristal, pun cantik.



Gantung sempoi camni aje kat dahan pokok


Tak pun, cucukkan kuntuman bunga di hujung riben


Abaikan gambar suami isteri tersebut. Perhatikan objek di kanan, belakang. Cantik pakai riben. Tapi benda tu saya tengok sekali imbas, dah cam tiang bunga manggar pulak :P Cuma tak rimbun dicucuk dengan bunga manggar :P


Agak tricky juga hiasan pakai riben ni. Kalau silap pasang, nampak serabut. Kalau kena pada caranya, boleh naikkan suasana juga.

Saje nak kongsi deko ni dengan korang. Mana tau, dah siap-siap buat hantaran dan perasan banyak riben berbaki, mungkin boleh guna deko ni untuk tampilkan kelainan pada majlis nanti :)


Sumber semua gambar di atas: Google Images



28 March 2010


27 March, 2010

Dugaan: Episod Pertama



Salam dan hai :D

:D


:D

Kena letak muka smiley face walau hatiku mengkal, bercampur sayu rawan

:D

'Maduku' telah tercedera! Hebat bukan? belum kawin sudah ada madu??

Maduku= Genie= Kereta Gen2 D

Kecian, Genie eksiden atas kecuaian kami. Tergesel dengan kereta lain.



Sebenarnya saya agak teruja pasal tak penah kemalangan dan tak tau macam mana bunyi kemalangan, macam mana perasaan trauma, dan seribu satu soalan yang sentias berlegar kat kepala.

Hari ni sudah terjawab :D
Macam tu rupanya bunyi kereta bergesel.
Macam tu rasa gegaran dalam kereta.

Maka, terbang la sudah RMXXX untuk baiki apa yang patut, pada Genie dan pada kereta yang kami kami gesel.

Tapi saya masih boleh tersenyum ;D

Sumpah, ni bukan emoticon yang dibuat-dibuat.

Memang saya betul-betul tersenyum.

Sudah berjanji dengan Allah, yang pada saat tu dan ketika tu, memang kemalangan berlaku.

Kun fa ya kun kan? Kalau kita boleh baca berita tentang kemalangan maut dalam surat khabar, dan cepat-cepat kata, "dah ajal dia cam tu", takkan bila tiba masa kita, nak salahkan situasi.

Yang penting, belajar dari pengalaman dan kesilapan :D

Pasal sekurangnya, kedua kami tak mengalami kecelakaan yang lebih dasyat.

Paling tidak, kedua kami tau yang kami memang berpegang pada moto kami "susah senang bersama"

Paling busuk, duit masih boleh dicari.

Paling indah,kami masih berdiri di alam fana ini dengan izin dari Yang Maha Esa.




Life is a tragedy for those who feel, and a comedy for those who think




Mengkal: marah dalam hati.
Sayu rawan: perasaan sedih (pilu, gundah, hiba, dll)




27 March 2010




26 March, 2010

Mencari Tema Pre Wedding


Salam dan hai

Dah lama saya terima emel ni, cuma hari ni baru saya sempat tulis post tentang hal ni. Ada seorang B2B ni, emel pada saya bertanyakan kalau-kalau saya ada idea untuk tema pre wedding.

Payah ni nak jawab. Pasal saya tak mengenali penulis emel secara dekat. Jadi tentula mustahil untuk saya bagi idea tema apa. Bagi saya, pre wedding ni sesuatu yang amat istimewa dan sepatutnya menjadi sesuatu yang dekat dihati pasangan.

Memang ada banyak tema pre wedding sekarang. Kalau google images aje, memang amat banyak sekali tema. Kalau saya nak tulis semua pun, memang tak habis. Pengantin sekarang semakin kreatif! Cuma semuanya bergantung pada budget, idea dan kelapangan.

Lepas fikir-fikir, saya bagi dia idea, kisah cinta zaman ala-ala Gerak Khas :P

Pasal dia cerita, tunang dia seorang polis. Jadi saya pun rasa, cam best juga kalau buat pre wedding pakai uniform (ok, saya bias :P saya memang suka lelaki beruniform. Jadi sedikit semangat bab-bab berkenaan uniform :P) Tapi tak tau la kalau-kalau ada peraturan yang tak membenarkan nak pakai uniform untuk tujuan pre wedding. Kurang pasti untuk itu :)

Saya cuma bagi dia idea asas sahaja. Selebihnya, terpulang pada dia untuk explore idea tu dengan tunang dan OP dia. Iye la, sesetengah orang sukakan pre wedding jenis posing, ada yang buat jalan cerita, ada yang suka patah ke zaman silam. Jadi kesesuaian tu, terpulang bulat-bulat pada kehendak dia.

Kalau la kos dan masa bukan isunya, memang saya sarankan dia buat pre wedding macam kat bawah ni. Kisah cinta zaman dolu-dolu.. :D Zaman Sarjan Hassan kot hihihi.. Tapi nak cari uniform zaman dolu-dolu bukan senang. Takkan nak pecahkan Muzium Negara, semata-mata nak amik baju tu :P

Kalau lokasi, boleh gak buat adengan kat keretapi yang kat Muzium Negara tu :P Tak pun kt Keretapi Tanah Melayu :)

Vintage Love Story
Sumber: http://www.youropenair.com/

Zaman berzaman




Berkenalan


Bercinta


Lamaran!

Iklan: HAAAA!!! masa pre wedding kami, saya ada buat baaanyak mimik muka konon-konon terkejut masa D tunjukkan cincin :p Tak tau hasilnya camne :P

Semuanya, berbalik kepada kreativiti dan idea B2B. Kena buat homework sikit. Google sikit, bincang dengan OP, bincang dengan pasangan. Garab idea kamu elok-elok, baru laksanakan.

Saya harap pada B2B yang nak buat pre wedding masing-masing, semoga berjaya!


26 Mac 2010





25 March, 2010

Anugerah Terindah



Terima kasih Elya



Terima kasih Ryna



Terima kasih Ryna


Terima kasih sekali lagi, Ryna


Terima kasih Yanie



Terima kasih B.P.T

Semangat Seorang Bakal Pengantin



Salam dan hai

Semangat seorang bakal pengantin memang mengkagumkan.

Terbaru, saya terkagum yang amat sangat, dengan Faradiba.

Dia dengan semangat yang hebat, berjaya
DIY veil nikah dia sendiri.


Sumber: MyfavColourispink

Serius, memang saya kagum. Amik kira semua kos yang terlibat, saya rasa Fara dah jimat lebih RM100-RM200 secara kasar. Nak baca lebih lanjut tentang harga dan prosesnya, boleh
klik di sini untuk baca veil nikah Fara.

Bercakap pasal nikah, saya terfikir, nak cari karpet bulu-bulu kucing ni untuk dijadikan alas masa akad nikah nanti. Ish!, bukan nak dibuat ganti red carpet macam dalam gambar kat bawah ni ye B2B sekalian.


sumber: soulmatesphoto.com

Beli yang besarnya boleh dipikul ke masjid :P bentangkan dan boleh tabur kelopak bunga-bunga sikit kat atasnya, kemudian letak bantal nikah untuk D. Tok kadi dan saksi-saksi boleh tumpang duduk sekali, kalau muat la :P

Kena beli dua carpket la kot, pasal saya pun nak duduk atas carpet bulu-bulu tu!Itu aje la termampu pasal takleh nak buat pelamin mini ke masjid :P Jadi kena pilih sesuatu yang praktikal untuk digunakan selepas majlis.

Saya tak ingat saya baca kat blog mana, tapi blogger tu ada kongsi info nak cari carpet bulu-bulu ni. Boleh cari di Nilai 3 atau di SSF. Mungkin saya akan tinjau-tinjau dulu.
Amirul pun pernah pakai carpet bulu-bulu ni buat bantal hantaran pelanggan dia. Nanti la nak tanya kat dia.

Bantal nikah kami, ibu bersungguh nak buat pasal kalau sewa, buta-buta aje bagi kat orang RM100++. Kalau buat sendiri, pada kos kurang dari tu dan boleh dipakai untuk kat rumah sendiri. Sabtu ni InsyaAllah cari kain untuk alas bantal dengan ibu ayah. Nanti bila ibu dah siap jahit, baru saya boleh masukkan post.

Tapi tu cadangan aje dulu. Saya tulis kat sini pasal takut saya sendiri lupa apa yang saya nak :P Iye la, semakin hari semakin banyak gambar baru yang dijumpai. Jadi semua dah bercampur aduk dalam kepala ni jadinya :)

25 Mac 2010

24 March, 2010

Anugerah Terindah ke-2


Salam dan hai

Update pantas dari opis. Dulu pernah dpat award tapi pasal tak update, dah tak dapat nak pass award kat kawan-kawan lain :( Jadi belajar dari kesilapan.

Lepas aje Fakryna bagitau, cepat-cepat saya buat post ni.
Terima kasih Ryna untuk anugerah ni. Boleh saya letak kat tepi ni. Saya perasan, Ryna antara bloggers yang paling rajin tinggalkan komen tak kisah kat blog siapa pun. Saya harap saya boleh jadi macam dia, bina hubungan baik dengan semua orang :D



Saya nak amik kesempatan memanjangkan anugerah ini kepada 20 bloggers yang lain :D Nama ditulis tidak mengikut susunan ya.

Kali ni, saya pilih mereka yang saya belum berkesempatan untuk tagged atau bagi anugerah.

1.
Qis
2. Yani
3. Ms.bridetobe
4. Mazni
5.
SiKecil
6.
Belle
7.
Moose
8.
Azian
9.
Harz
10.
Elya

lagi 10 orang, saya pilih followers secara rawak
1. Eurika
2. Squarecut Ring
3. Mom Guess
4. Qilah
5. Salfaizura
6. Misz_Atiey
7. Ieza Hashim
8. Nina Mazda
9. Leonora Halim
10. Intan Suhana

Kawan-kawan yang tersenarai, sila berikan anugerah tersebut kepada 20 bloggers pilihan kamu, tak kisah atas sebab blog mereka menarik, atau kamu kamceng dengan dia ke, atau apa juga sebabnya. Yang penting, kamu anugerahkan award tu pada mereka.

Kalau sempat, maklumkan kepada mereka kamu telah pilih mereka.

Kalau la ada sistem dalam blog ni membolehkan saya pilih semua kawan-kawan secara serentak, saya dah buat. tapi sayangnya, takde.. Lain anugerah, saya akan bagi kepada mereka yang saya belum sempat pilih.

Sebar-sebarkan!



24 Mac 2010


Tersangkut pada Penyangkut Baju


Salam dan hai


sumber: google images

Kalau jumpa penyangkut baju cantik cam ni, buat gantung baju nikah atau baju sanding, kemudian OP amik gambar baju tu masa masih tergantung, mesti cantik :D

Tapi, tak tau nak cari kat mana.

Nak nya aku bengkokkan semua hanger kat rumah, nak kasi dapat bentuk macam ni, boleh??!!!!



24 Mac 2010

Tagged dari Cik Belle


Salam dan hai

Sebab kena tag oleh
Cik Belle, maka wujudlah entry ini. Lebih kepada sesi berkenalan dengan Xora dan pasangannya, D. (Belle, saya copy paste ayat kamu ahahahha :P)


1) Siapakah diri anda di rumah?
- Seorang bossy, suka arah adik saya makan nasi pasal dia degil nak makan nasi. Teman berbual ibu yang setia. dan selalu kena usk dengan ayah!

2) Siapakah diri anda disamping rakan?
- teman ofis- saya bertukar menjadi seorang yang blur dan baik
- teman setaman- saya menjadi havoc dan kecoh.

3) 5 benda yang anda idamkan tetapi masih belum tercapai
- sambung belajar ke peringkat master dan phd kalau diizinkan
- mahu pergi umrah dan haji insyaAllah
- mahu mendapat berat badan ideal masa zaman UiTM
- Mahu ada aset sendiri :D
- Ingin ada perniagaan sendiri

4.Siapakah nama pasangan anda?
- Panggil aje D, pun boleh

5.Ceritakan 5 perkara yang anda paling suka tentang pasangan anda
- D penyabar walaupun dia garang sikit bila keadaan memerlukannya buat cam tu.
- D tak banyak cakap tapi suka mendengar
- D suka jaga keselamatan saya masa melintas (pasal saya suka menonong masa jalan)
- D boleh baca fikiran saya.. Selalu gak buat-buat fikir nak makan makanan sedap :P
- D seorang yang tenang dalam apa juga keadaan (emoticon takde perasaan)

6.Bila tarikh anda couple?
- 20.01.05 (er... ye ke D? tak ingat la yayang!)

7.Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?
- Bila di duga pihak ketiga.. kan Yayang kan?

8.Lagu tema cinta anda?
- Takde lagu tema la.. Tapi kitorang takleh dengar lagu "Pupus" oleh Dewa, mesti teringat kisah dulu :P

9.Apa perubahan yang ingin anda lihat dari pasangan anda?
- Yayang, nak tengok yayang gemok!!!



10.Tag 10 rakan anda yang lain

Suka suka..!! maka pemilihan rawak bermula!
Jadi saya pilih 5 orang dari senarai blog
- T
- Ziela
- Wan Norfadzlina --rupanya dia dah tagged saya dulu!!!!
- Laling
- NurulHuda

5 lagi dari follower baru :D Nak lebih mengenali korang :p
- Izan_Ali
- Zainur
- Fikaryna
- Nora
- Rose



Sekian sahaja ya?



24 Mac 2010


23 March, 2010

Pandang Boleh, Tenung JANGAN!



Salam dan hai

Saya dah lama perhatikan sindrom ni. Satu sindrom yang semakin menular. Masih boleh diterima jika berlaku pada majlis pertunangan dan pertunangan. Tapi kalau terjadi selepas berbulan kedua-dua majlis selesai, itu agak ngeri.

Lokasi kejadian tiada sempadan. boleh jadi ditepi jalan, boleh jadi juga dikedai mamak.

Cuma baru-baru ini saje, seorang kawan berkongsi cerita tentang sindrom ini.

Dia pun terkena dan dia tergamam.

Sindrom apa??

Sindrom bila ada pihak yang pergi amik tangan kita, dan tenung cincin kita betul-betul. Tak kisah la cincin risik, tunang atau nikah.

Tapi akar ceritanya, melibatkan pergerakan tenung menenung pada cincin, dengan jarak mata pelaku dan cincin mangsa, amat dekat. Tak tau la kot itu cara nak tengok berapa karat cincin yang orang tu dapat ke apa ke..

Rasanya, rata-rata yang pernah buat majlis pertunangan, mesti akan hadapi situasi kurang selesa ini (atau mungkin pada saya aje dan mungkin ada pihak yang selesa dan tak kisah cincinnya ditenung bagai nak dimakan!)

Rasanya, kalau masa majlis, amat normal la kalau orang nak lihat. Tapi kalau selepas berbulan-bulan majlis, saya rasa macam ngeri gak kalau tetiba perbualan dimulakan "nak tengok cincin ko?", ketika sedang makan chicken chop kat kedai.

Perasaan aneh itu muncul.

Pehal la ni??!

Tapi bila fikir-fikir, rasanya saya pun pernah buat macam tu gak. Rasanya kat Laling kot, masa lepas dia tunang. Tapi rasanya, takde la ditala cincin tu betul-betul kat anak mata. Takde kan Laling aku buat cam tu?? Ke ada?

Tak tau la kot tenungan saya bagai harimau melihat mangsanya? atau sekadar renungan penuh kekaguman? Iye la, kadang-kadang, kena la juga tengok pasal kang si penerima rasa cam takde istimewa lak bila tiada siapa berminat nak tengok cincin dia?

Paling kalau saya nak sangat tengok pun, mungkin saya curi-curi pandang sahaja kot.

Entah, ke saya sorang aje rasa tak selesa cam tu?

Syukur, kawan-kawan paling rapat dengan saya, selepas majlis tunang saya pun, mereka langsung tak berminat nak tengok. Sekadar bertanya apa berlaku kat majlis. Itu aje. Takde pulak mereka beria berkumpul nak tengok cincin saya. Sekadar amik tau perjalanan majlis tunang memandangkan mereka tiada dalam majlis tu. Selebihnya, mereka lebih berminat apa yang boleh mereka tolong dalam majlis nikah dan sanding saya.



Macam yang Fieza pernah kata "Aku tak berminat nak tengok, banding-bandingkan. Aku lebih berminat nak tau apa yang aku boleh tolong kau"


Terima kasih, ladies :D Korang memang tau apa yang aku lebih selesa dan apa yang tidak.

Oh, tapi.. jika lensa camera abang OP yang merenung ke cincin ini, oh silakan ya.. harus ada gambar cincin dalam album!! :P

23 March 2010




22 March, 2010

Meja Potong Kek



Salam dan hai

Memandangkan ayah amik katerer yang sama masa abang saya kawin untuk majlis saya, jadi saya rajin-rajinkan diri tengok gambar dari majlis abang saya hari tu. Nak kesan mana yang perlu diubah, mana yang perlu dinaik taraf, mana yang perlu dibiarkan sahaja seadanya.

Antara perkara yang saya perasan, tentang kek pengantin ni. Sebenarnya, takde la kisah sangat pasal kek pengantin ni. Kalau diberi peluang, saya lebih berminat nak potong pulut kuning, tapi dalam pakej katerer tu memang dah ada kek percuma, jadi rembat aje la. Kalau tolak, cam tak hargai rezeki pulak. (Tengah melobi ibu buatkan pulut kuning, nak potong masa nikah.. huuu.. boleh Ibu.. boleh laaaaa..Ibu buat la pulut kuning.. makan dengan dendeng.. Nak potong pulut kuning~~)

Ni gambar masa majlis abang saya yang dulu.


Vendor kata, untuk majlis kami, dia akan bagi percuma kek tiga tingkat, jenis butter cream cam abang saya. Tapi saya dah rancang nak letak bunga hidup antara kek, macam gambar-gambar kat bawah ni (perhatikan bunga rosnya, bukan ketinggiannya :P), jadi takleh amik kek jenis cream.




Kalau ada rezeki, memang mahukan yang kosong camni aje


Pasal tu saya kena amik jenis fondant. Vendor kata kalau fondant, dia cuma boleh bagi 2 tingkat. 2 tingkat pun 2 tingkat la labuuuuu.. Asal fondant.

Meja kek kat atas masa majlis abang saya tu memang dah OK. Tapi demi menurutkan kegatalan nak google, jadi bermula la operasi google images.

Sudah pasti meja yang kecik tu cuma perlukan sedikit hiasan. Kang tenggelam pula kek. Takmo orang ingat tu upacara memotong bunga!

Oh tidak, saya tidak bernafsu dari segi keinginan mahupun kewangan untuk dapatkan kek yang mahal beribu. Memang cantik di dalam gambar dan mendapat pujian ramai, tapi bukan itu yang saya nak. Lagi satu, I takmo dummy yuuuh!! Biar cinonet, asal asli hihih.


Kalau nak longgokan bunga meriah, kek kena tinggi sikit. Mungkin saya akan letak kaki kek di dasar untuk tambah ketinggian sedikit, macam gambar kat bawah ni. Tapi kena pandai-pandai cover dari kelihatan dengan jelas, nyata dan terang. (Takleh letak gelas tu.. tak sesuai ye kawan-kawan)


IKLAN BERMULA

Oh, saya pernah tengok DIY, dia tak gunakan kaki kek kat atas tu. Sebaliknya, dia gunakan bongkah kayu yang bulat, dicat elok lalu dijadikan kaki kek. Memang kukuh dan tinggi! tapi tak jumpa link website tu!!), yang saya jumpa, dia pakai gelas nak jadikan kaki. Tapi nampak cam tak selamat. Nak tengok, boleh klik di sini:
DIY Cakestand



tapi kalau ada sesiapa yang nak cuba buat cupcake tier sendiri, boleh klik kat url ni:
Cupcake Tower


.. atau trend sekarang: Candy Bar


Sumber: mydiyweddingday

IKLAN TAMAT.

Lepas tu, baru boleh hias melangit dengan bunga.. tapi tak mungkin la bunga semeriah ini. Tenggelam la kek saya yang cinonet tu nanti :P


Hiasan lilin kalau dalam dewan tertutup atau waktu malam mungkin lebih memberi impak, macam gambar kat bawah ni. Mungkin perkataan "I DO" boleh ditukar kepada huruf pangkal saya dan D. Mungkin aje la..



Sama juga lampu hari raya ni (saya nak juga panggil ni lampu hari raya :P). Tapi rasanya kena sederhana juga penggunaan lampu tu, takut silau yang terhasil mengganggu hasil gambar. Iye la, masa potong kek, bukan hanya camera DSLR aje. Mesti ada la camera cap ayam kawan-kawan kita yang nak juga abadikan gambar kita. Jadi sila jangan lupakan mereka!


Oh ye Nity, sila pastikan aku tak pegang bunga tangan masa potong kek. Nanti orang bahan aku, nak angkut bunga tangan ke hulu hilir aje! Baru perasan, bunga tangan tu pun boleh jadikan hiasan meja kek juga.


Oh berangan itu indah..

Google images itu terapi untuk impian yang indah..
Giler terasa cam saiko bila dok fokus hal ni!

Tapi realiti tetap realiti...


Setelah mengambil kira kos dari segi masa dan kewangan, jadi saya rasa DIY yang sederhana adalah jalan paling selamat dan ekonomi untuk saya. Walaupun idea kat atas dan idea dalam Internet ni tiada sempadan, tapi ada baik saya kekal dengan perkara yang asas. Tak mahu semak kepala.

Sekadar taburan bunga disekeliling meja macam ni pun dah naik cantiknya.


Kalau dalam google images, ada yang letak coklat bentuk hati dalam celahan kelopak bunga, letak cupcakes mengelilingi kek, atau kristal dan lilin juga boleh. Ada gak yang letak gambar pasangan kat celah kelopak bunga.

Saya masih berkira-kira memilih hiasan yang bebas stress, tapi masih dapat diabadikan dalam gambar. Takpe, masih ada banyak masa nak perah otak.

Buat satu-satu dulu ni.

Ok. Fokus.

Jadi perkara mesti buat:

1. Jumpa vendor nak dapatkan anggaran ukuran keluasan kek dan ketinggian kek.
2. Dapatkan anggaran ketinggian meja kek dan luas diameter meja. Kalau takde, refer kepada gambar-gambar majlis abang hari tu.

3. Baru boleh fikirkan deko dan berusaha mendapatkan perhiasan yang bersesuaian.

Ok, boleh ni buat. Boleh boleh!! Tiba-tiba terfikir, rajin pulak aku nak gi ngadap abang Arif semata-mata untuk kek tu ajek??!!!



23 March 2010


Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates