Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

25 October, 2010

Intai Misi Sulit RS (Raja Sehari) VII: Plat Kereta


NOTA: Ketika post ini dibaca, saya masih sibuk dengan persiapan-persiapan akhir kami. Jadi semua post , telah dijadualkan. Segala komen dan pendapat saya akan baca kemudian. Terima kasih.





Salam dan hai

Imbas kembali Misi Sulit yang ke
VII

Saya serah bulat-bulat kepada kepakaran abang saya pasal buat plat-plat kereta ni, 'makanan' sahaja bagi dia.

Iye, misi tersebut: Plat kereta pengantin . Hasil sepenuhnya oleh abang saya. Saya cuma bagi idea sahaja.

Ketibaan pengantin biasa-biasa sahaja. Tiada konvoi bagai. Cuma mungkin kereta dua orang kawan D, yang juga kawan saya. Kami? Kami naik kereta Gen2 D sahaja. Takde BMW, Merc atau mana-mana kereta mewah dan antik.

Kereta D, Gen 2 yang saya bagi nama Gennie. Kereta D ada banyak pengalaman manis kami. Semua persiapan kami pun, Gennie yang bawa kami ke hulu hilir. Jadi nak abadikan Gennie dalam gambar kami. Terima kasih Nity yang meyakinkan aku walaupun Dzulq tak berjaya pujuk aku guna Gennie. Haha.

Idea buat plat ni memang dah lama saya nak, tapi tak tau nak cari vendor. Kemudian, teringat abang saya Am tu amat berbakat dalam benda-benda macam ni (bakat yang dikumpul masa zaman rempit dia haha). jadi minta dia buatkan dan dia pun ok.

Kemudian--tada! Tau-tau dah siap. Serius kagum, entah macam mana abang saya boleh buat curve pada huruf-huruf tu dengan moleknya.



Yang bahagian nama ni, letak di plat belakang. Tapi plat depan, tak guna perkataan "Just Married". Tak perlu. Bahasa Melayu ada yang bersesuaian. Nak tengok rupa penuh plat depan dan belakang, kita tunggu hari majlis ye InsyaAllah.

Masa peringkat awal perancangan, saya takut juga nak realisasikan idea ni. Idea asal, papan plat tu nak pakai kuning dan tulisannya hitam. Baru rasa macam raja sehari. TAPI tiba-tiba takut pula kalau jadi isu, Bak kata Laling "Hapa, ko ingat ko anak raja??" tup-tup masuk muka depan surat khabar "Pengantin Baru Ditahan Isu Plat Kuning". OK, tajuk tak kreatif. Tapi faham la kan, maksud saya, plat kuning memang dikhaskan untuk raja, jadi saya risau kalau akan jadi isu kemudian hari.

Lepas fikir punya fikir, saya pilih merah dan putih. Pasal? Untuk padankan dengan bunga tangan saya. Pasal saya fikir, InsyaAllah kalau sempat buat outdoor, plat kereta asal akan dipasang dan kami boleh jadikan plat kereta pengantin ni sebagai props. Lagipun, takkan la semata-mata baju kami warna kuning, semuanya kami nak taram kuning. Tak cantik juga :) Jadi nanti D boleh pegang plat kereta, saya pegang bunga tangan merah saya. InsyaAllah, lepas majlis boleh bingkaikan molek-molek, letak kat rumah. Tanda kenangan, kan?

Kami takkan letak plat ni siap-siap daripada rumah ke dewan. Mahunya kena tahan dengan polis pulak. Jadi rancangannya, InsyaAllah abang saya akan pasangkan plat sebelum kami masuk ke perkarangan dewan. Harap semuanya tidak terlalu terkejar-kejar.

InsyaAllah kalau semua diizinkan, kita tunggu hari majlis ya? Kereta ini InsyaAllah akan kami parkir betul-betul dihadapan pintu masuk dewan. Tak mungkin akan terlepas pandang kereta ni. Hihi.





25 Oktober 2010

12 comments:

Yana on October 25, 2010 at 9:46 AM said...

idea plat kuning tu x salah.. sultan johor pakai plat hitam jgk.. kalau kat jb, plat keta singapore ada 3 kaler, hitam putih, kuning hitam dan merah putih.. saya rasa x salah kalau awak buat kuning hitam.. tp sbb plat awk pun dah siap, x pe la..

Xora on October 25, 2010 at 9:51 AM said...

Yanz, tak berani amik risiko. nak seronok2 kang jadi tak seronok, diri sendiri juga yang kena :)

farahfatihah on October 25, 2010 at 10:16 AM said...

alaa fara xdapat g majlis kamu so xdapat la tgk plat itew huhuhu apa2 pun mahu kamu upload pic plat tu ek =)

Xora on October 25, 2010 at 10:19 AM said...

Farah, takpe.. nnt ada la kot blogger yg sempat snap plat kereta. tak pun, OP saya akan snap kan juga.. jgn risau erk..

p.s thanks utk hadiah kawin :D tak tau apa isi dalam pasal kena tunggu kawin baru leh buka T.T

Unknown on October 25, 2010 at 10:27 AM said...

gud luck xora. seminggu je lagi =) love this idea. saya suka merah hehe

Iryani Azlan on October 25, 2010 at 10:56 AM said...

Xora, bestnyewww lah siap ada plat kereta bagai... Oh ya nak bagitau ni. InshaAllah, saya akan memeriahkan majlis kamu ya. Datang dengan Hana. mungkin :)

Bushra Tajuddin on October 25, 2010 at 10:57 AM said...

suke idea ni! xora mmg kreatif kann.. hehe! xlame je lg..
1 week to go!
dup dap dup dap..

Byzura Mj (By) on October 25, 2010 at 11:01 AM said...

putih merah pun ok. cantik! cerah je.. hehehe

iedayah on October 25, 2010 at 11:42 AM said...

wa...xsbr rsnye nk tgk actual nye dpn2 mata..merah gitu..class...

Unknown on October 25, 2010 at 3:58 PM said...

wow...sungguh kreatif idea ni!congratz in advance cik xora ^__^

kay kamal on October 26, 2010 at 12:25 AM said...

i nk wat gak tapi just the simple "just married" tu kot

pandai lak abg u wat =]

cik senah on October 26, 2010 at 2:19 PM said...

sakan betoi bakal pengantin nieee.. macam2 aihh idea yg terbitt.. hehe..

p/s : tak sabaq nak tgk plat kereta iteww di gennie.. buleh order plat keta pengantin kat Xora gak kot lepaih nie.. heheh.. :P

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates