13 October, 2010

Telur Pindang di Tengah Dunia



Salam dan hai

3 Bulan 3 minggu dan 1 hari yang dulu, saya pernah tulis tentang rancangan ayah nak letak bunga pahar kat tengah-tengah ruang antara dua pintu ini. Lokasi yang saya bulatkan dibawah ini.



Masa majlis abang saya dulu, saya letakkan bunga rampai.

Majlis saya, InsyaAllah ayah ibu nak letak bunga pindang kat tengah situ.

Saya ingatkan mereka gurau sahaja. Tapi bila tengok kesungguhan mereka cari barang-barangnya di Nilai, rasanya mereka memang serius. Ayah terutamanya, asyik sibukkan telur pindang dia --tipikal Johor mungkin. Dia nak juga selitkan telur pindang dia dalam majlis.

Saya tak pernah bertanya tentang projek ini pasal saya tak faham dan tak amik tahu sangat--sehingga la awal minggu lepas, tiba-tiba baru perasan ada benda alah ni kat tengah dunia! Saya pun tak tahu macam mana ayah buat ni.



Yang saya nampak masa belek-belek, dalam tu ayah pakai benda putih (alamak, apa namanya?? masa nak taip ni pulak lupa!) yang orang selalu guna untuk cucuk bunga manggar. Ayah gabungkan, ikat dengan wayar, kemudian lilit lagi dengan selotape untuk cengkaman lebih kukuh. Ni tips dapat daripada kakak kedai di Nilai yang tak lokek ilmu alhamdulillah. Nak tanam dahan pada pasu ini, ayah guna kapur. Ni bukan simen. Tak tau juga macam mana ayah buat. Tapi ayah kata, lepas majlis, kapur ni boleh pecahkan dan pasu masih boleh diguna.



Rasanya tunggu hari sahaja untuk cucuk semua bunga telur. Saya tak tau nak ulas macam mana pasal bila balik kerja, benda tu sudah siap.

Hiasan bahagian atas pasu ni lebih kurang macam ni nanti rupanya.


Lepas cucuk lidi bunga telur.




Nuriah, masih kah ko ingat bunga telur ini????!!

Bunga telur untuk pasu bunga pahar ini akan ada pelbagai bentuk dan jenis. Jadi pilih yang mana berkenan di hati. Semua bahan adalah kitar semula. Mungkin akan kelihatan agak kucar kacir kerana berbeza warna, saiz dan ukuran. Tapi yang penting, impian telur pindang ayah InsyaAllah tercapai.

Jadi, kepada mereka yang bakal hadir (InsyaAllah) ke majlis saya nanti (bloggers dan kawan-kawan setaman yang membaca secara sembunyi ni!), suka untuk saya ingatkan, jangan segan-segan ambil bunga pindang tu nanti. Self service tau, tiada dayang yang akan bagi. Pasal kami faham, tak semua orang nak bunga telur, apa tah lagi telur pindang (walau saya sendiri memang tak makan telur pindang, tapi kalau diberi saya pasti amik dan bagi pada ayah. Harus la kan, orang Johor kena pandai makan telur pindang!) , jadi atas kerelaan masing-masing sama ada nak atau sebaliknya.

Ayah terfikir, takut-takut tetamu takut nak amik dan sekadar pandang pasu bunga telur ini. Ayah minta saya tulis "Sila ambil satu" tapi saya rasa macam terlalu tak berlapik ayatnya, jadi saya pun google, dan terjumpa satu pantun yang sesuai mempelawa tetamu amik bunga telur ni. Kena ubah suai sikit rangkapnya untuk masukkan perkataan "bunga telur" (tapi saat ini, berbelah bagi nak pakai perkataan "bunga telur" atau "telur pindang"). Saya cetak elok-elok dan gunakan sahaja bingkai gambar Ikea yang ini. Nanti boleh tampal kat dahan bunga telur ini.

Tunggu ye selepas majlis, saya kongsikan rangkap pantun tu.

Ingat ya, telur pindang di sini adalah terhad. Dalam 300+ sahaja, berbanding tetamu 2,000 orang. Cepat-cepat, sampai sahaja, terus bawa lari setangkai ok.

Nailah, satu sahaja ya, bukan setandan tu!!!


Nota 1: Selamat hari jadi yang ke 26 buat Ibzani Amri yang jauh di Pasir Gudang. Menua la dikau!!!! hahahah..
Nota 2: Akan datang, saya nak menulis tentang "Saya Sekeping Biskut" dan "Tips Mengedarkan Kad Jemputan kepada Cik Bedah" .

13 Oktober 2010


13 comments:

Res Judicata on October 13, 2010 at 8:40 AM said...

haha...benda putih tu polisterin la xora. :) cantik! kreatif sungguh ayah awak..

mizz sue on October 13, 2010 at 8:43 AM said...

best! suke2

farahfatihah on October 13, 2010 at 10:04 AM said...

wahh rajinnya gun atelur pindang!!! rebus sendiri?

Xora on October 13, 2010 at 10:09 AM said...

Res: haa.. itu dia perkataannya !:p

Sue: saya pun sukee

Farah: tak, kawan ayah yang rebuskan.

iedayah on October 13, 2010 at 10:34 AM said...

hihi..ayah i pn org johor dear..xlari dr telur pindangnye..agagaga..

PurPLe LaDy AiFA on October 13, 2010 at 11:00 AM said...

nnti akan jd cm pokok bunga telur yang tinggi mcm zaman dulu2 kan? aritu g kenduri member kat perak and tgk pokok bunga telur dlm pasu besar, terkesima jap... tp cantik sbb nampak meriah..

saya suka telur pindang!!! harus amik berkali2 ni sbb nak makan banyak2.. ngeh ngeh

harzharun on October 13, 2010 at 2:14 PM said...

xora...i xpernah jumpa benda alih ni..i tau keweujudannya..sbb tgk kat internet la...tp, area kelate tganu, xde org buat pun...jakun tau i nih...

btw, ur kad dah selamat sampai!!

Anonymous said...

xora, i nak ambik setandan tu x bole ke? plis..plis..plisss... :)

Xora on October 13, 2010 at 4:47 PM said...

Nelly, hapa ko igt ko artis!!??? nak amik setandan??

kay kamal on October 13, 2010 at 5:31 PM said...

suke telur pindang! mesti mau amik ni

Anonymous said...

menua apa pulak??
ke 16 kan ... 10 thn dulu:P

mrs zach on October 15, 2010 at 8:52 AM said...

ooo..saya orang johor. telur pindang kebanggan kami ok. jawa johor gitu. msa saya kawen dlu..buat telur pindang juga. idea letak telur pindang ala2 pokok macam tu memang banyak buat kat johor. macam kami di kampung2 ni, guna batang pisang. balut dengan kertas lutsinar yang warna warni tu. then..beli la pasu tinggi kat air hitam dan cucuk batang pisang kat pasu tu. hasilnya...walllaweh..pokok telur pindang di mana-mana :) meriahhh

Puan T on October 28, 2010 at 2:45 PM said...

haaaaaaaaaaa bunga telur air tanganku!!~ yeay~ interferem gk bunga telur ku kt wedding ko. ye ye ye ye!!~

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates