Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

10 November, 2010

Bantal Nikah untuk Disewa


Salam dan hai

Atas permintaan, saya akan buka sewaan untuk bantal nikah saya.

Untuk mengelakkan kelewatan saya membalas emel pada mereka yang bertanyakan harga, jadi saya letak sahaja la harganya disini. Jadi pada mereka yang berminat, boleh terus hubungi saya. Harap tiada masalah.

Harga:RM 50 dan dapat kedua-dua bantal nikah
Deposit : RM50 (akan dipulangkan jika tiada kerosakan pada bantal DAN mematuhi tarikh pemulangan yang telah dipersetujui bersama)
Lokasi: Masjid UPM (Hari bekerja 5:30 petang-630 petang) atau Exit Tol Bangi (hari bekerja selepas 7 malam dan Sabtu-ahad)



Maklumat berkenaan bantal
Material/ warna sarung bantal: Baldu/ Merah manggis
Material isi bantal: Kekabu
Saiz bantal: Anggaran 37 inci kali 37 inci (Lebih kurang 93cm)
Perkara perlu tahu: Jika saya tidak menerima sebarang emel pemberitahuan sama ada setuju atau membatalkan penyewaan daripada mereka yang sudah memberi nama, saya berhak menganggap penyewa tidak berminat dan saya boleh menyewakan pada orang lain.

Saya tinggi, dan D pun lagi tinggi daripada saya. Jadi besar bantal nikah memang menjadi isu bagi kami, terutama bila bersila dan bersimpuh kat atas bantal. Tak mahu bantal nampak cinonet. Pasal tu, gagah minta ibu jahitkan bantal nikah sendiri.

Besar bantal ni, sampai boleh muatkan empat orang sekaligus duduk diatasnya, macam gambar dibawah ni. Jadi kalau amik gambar dengan ibu ayah, boleh diorang duduk sekali atas bantal.

Sumber: Facebook Awang

Saya tak ada gambar perincian bantal ini pasal tak terfikir akan ada pihak yang berminat. Jadi mana gambar yang ada, saya letak disini. Walau cuma pecisan bantal sahaja. Hihi.

Sumber: Acai Jawa







.. Ini pula gambar daripada A.Rashdi



Ini pula rupa penjuru besi bantal nikah ni.



OK. Serius tak tahu macam mana nak tulis. Tak reti ni.

Saya cuma nak tulis, bantal ini sedap dipandang, tapi lagi sedap diduduk.

Sumber: Facebook Awang

Pengantin lama yang masih baru! Hihi

Pasal tu Shima nak bawa lari bantal ni hari tu /slap Shima*


10 November 2010

47 comments:

My SouL and My HearT on November 10, 2010 at 3:36 PM said...

mn bleh xde org minat..ada je org minat..saya la org tu..hihihi

-cHenta- on November 10, 2010 at 3:42 PM said...

nak sewa..saya dari putrajaya.. caner ye =)

~PuRpLe BlosSom~ on November 10, 2010 at 3:42 PM said...

wow..!! kakak xora bg sewa..?? pluang2.. nnt if ade nk sewa nk contact kakak mcm mne eh..?? or trus bg taw BOSS (enchek Dzulq a.k.a yayang kakak) aci..?? ~ngeeee~

Xora on November 10, 2010 at 3:43 PM said...

My Soul: Hehe. kalau kamu tak tanya, memang saya tak buka utk sewaan :P

Chenta: Emel saya Chenta? Kita bincang kat emel. Pasal saya perlu tahu tarikh kamu nak sewa dan nak pulangkan supaya tak bertindih dengan orang lain.

Xora on November 10, 2010 at 3:47 PM said...

Purple: hihih. kalau kamu, akan ada caj tambahan *kena nyanyi lagu satu album, baru kasi pinjam :P

-cHenta- on November 10, 2010 at 3:52 PM said...

dah email =)

~PuRpLe BlosSom~ on November 10, 2010 at 4:01 PM said...

adoiihh..!!! *nanges guling* zalim nyee..!! i dun care.. *takot bernanah je telinga korg berdua..!!* ahahaha

Puan T on November 10, 2010 at 4:09 PM said...

typo dikesan!!~ maroon sayang, bukan marron. teeettt~~

Xora on November 10, 2010 at 4:18 PM said...

Chenta: nnt saya response ya. gmail tak boleh masuk pulak

Purple: zalim bukan negegegeg

Puan T: semata2 ko pakai warna tersebut utk wedding ko, jgn hengat aku nak ikut ejaan sebenar :P aku tukar kepada merah manggis (check Dewan Bahasa Pustaka :P)

ashekeyn on November 10, 2010 at 8:36 PM said...

berminat,berminat,berminat!!! :)))

k.xora, nk tahu plak crite psl bunge your bunga manggar diy..! :)

Elya Roza on November 10, 2010 at 10:12 PM said...

ixa...bantal tu sgttttt menarik....klo bj nikah bukan kaler putih, sesuai tak dear???

Syima Syaz on November 10, 2010 at 11:19 PM said...

hye xora
saya ada plan nak beli carpet kat ikea untuk letak kat mini pelamin..tau kalau beli sure mak bising bla bla membazir etc...

tgh pikir ni....igt nak sewa je...=)

Xora on November 10, 2010 at 11:51 PM said...

Keyn: tiba2 sedih.. ada kisah disebalik bunga manggar saya tu.. bunga manggar saya telah dicuri org. bukan sebatang dua, kesemua bunga manggar kena rembat T.T nanti saya cite

Elya: Soalan menarik gak tu. kalau baju warna pink lembut, maybe naik kot.. tapi apa2 pun, ekperimentasi itu boleh!

Syima: tak apa. kalau dah ada keputusan, boleh aje emel saya.

Aishah Shahuddin on November 11, 2010 at 8:13 AM said...

entry yang ditunggu-tunggu..hehe lambat pulak saya baca :) thanks xora

Fifie on November 11, 2010 at 1:24 PM said...

kak xora,nak sewa bantal tu boleyh x?saya da pening nak cari bantal untuk nikah

Xora on November 11, 2010 at 1:29 PM said...

ANET: biar lambat asal baca :P

Fifie: kamu check kat list tarikh sewaan bawa label Jual Sewa dan Serah tu. kalau tarikh kamu kosong lagi, kamu emel pada saya ya?

chenta on November 12, 2010 at 7:50 AM said...

dear..i dah email but no feedback.. sedih =(
pliss nak sewa.. nak guna 7hb .. amik 5hb nak amik pulang 8hb dec.. ok x?

chenta

ciksu on November 22, 2010 at 9:29 PM said...

xora..cantik bantal tu..
klu kena dgn tema sue,sue dah sewa.hehe..pastu jauh pulak majlis sue..tp takpe,cedok idea dr xora,wat bantal sndiri jugak,hehe..
cuma sue nak tnya psl carpet pink tu,carpet mcm mane yea xora..blh sue sewa..kena dgn tema sue yg pink..klu tak keberatan...nnti sue emel xora

Nadya Zahid on December 23, 2010 at 5:03 PM said...

Tq Xora...hehehehh,nanti i amik maybe 1 week before the majlis eh?probably bulan 4 mcmtu..tq dear...muahs!

fazila on April 21, 2011 at 11:25 AM said...

i nk sewa..21 mei ni..msh kosong x?email sy kat fazilasultan@ymail.com

Lina on May 25, 2011 at 4:22 PM said...

hi xora.. utk 28 Mei ni still available tak?

Xora on May 26, 2011 at 8:02 AM said...

Lina, 28 mei dah ada booking. in fact bantal pun dah kat penyewa

annie on June 4, 2011 at 12:40 PM said...

salam xora,
ani nak sewa bantal nikah xora untuk majlis 11jun, masih available lagi ke?
email ani: neo_82001@yahoo.com
tq ;)

Xora on June 4, 2011 at 8:55 PM said...

maaf ani, dah ada penyewa utk tarikh tersbt

n.dah on June 30, 2011 at 2:05 PM said...

salam. saya nak sewa bantal nikah utk tarikh 24.7.11. dah ada penyewa ke pd tarikh tu?

n.dah on July 2, 2011 at 7:48 AM said...

salam. kalau available saya nak sewa bantal hantaran (7)biji juga pada tarikh 23.7.11. tolong jawab ASAP.

n.dah on July 3, 2011 at 7:40 PM said...

salam. saya juga nak sewa bantal hantaran (7) biji utk tarikh 24.7.11. di harap saya masih tidak terlambat.

Xora on July 4, 2011 at 8:11 AM said...

tarikh tu masih kosong. boleh emel saya ye

faera said...

sy nak bertunang 17 sept ni... bantal nikah tu boleh sy sewa ke? faerah

faera said...

17 sept masih kosong tak?

Xora on September 6, 2011 at 1:05 PM said...

Faera, saya tak buka sewaan utk bulan september pasal saya berpantang. maaf ye

Ms Shahanaz on September 18, 2011 at 10:21 PM said...

12 nov ni available x?

Xora on September 24, 2011 at 12:30 PM said...

Ms Shahanaz, tlg emel saya ye

Rina Lia (◕‿◕)✿ on September 25, 2011 at 7:20 AM said...

salam. wah..ade sewakan bntl lah..agak2 thn depan elok lg x bntl ni hee :)

Nur iman on October 18, 2011 at 12:16 AM said...

salam, if sy nk sewa untuk 5/11/11 ni boley tak?????

Ummi Balqis Ismail on December 8, 2011 at 10:24 PM said...

Minat jugak...kalo 10 mac 2012, ade org booking lg x?

Xora on December 20, 2011 at 11:32 AM said...

ummi, tarikh masih kosong. boleh emel saya kalau berminat

cuna on January 14, 2012 at 12:08 AM said...

salam.. akak, kedai akak kat area mana ye??

Xora on February 13, 2012 at 10:25 PM said...

cuna, akak takde kedai dik. tak niaga pun. online aje.

aisyah solehah on March 2, 2012 at 11:34 AM said...

salam..16 march ni available x.. sy da email :)

aisyah solehah on March 2, 2012 at 11:36 AM said...

Salam awk. bantal nikah available x 16 march ni.. interested to rent with u ;)

MiSsJue on June 19, 2012 at 1:23 PM said...

nak tanya, bantal nikah ni nak guna untuk bertunang.Kalau nak sewa 1 je boleh? Nak guna 1/9 ni..available tak

Xora on June 19, 2012 at 1:40 PM said...

boleh sewa 1 aje :) nnt emel saya ya? lebih senang nak communicate

Anonymous said...

layah and bantal nikah free x 22hb dec 2012 ni?

Ita_comel on February 16, 2013 at 11:18 PM said...

Bekas hantaran kayu tu masih boleh sewa lagi ke?

Ita_comel on February 16, 2013 at 11:18 PM said...

Bekas hantaran kayu tu masih boleh sewa lagi ke?

Xora on February 28, 2013 at 8:55 AM said...

Ita, ita kena tanya pada tuan punya bekas hantaran kayu tu. saya cuma panjangkan niat beliau kat blog ni. boleh hubungi dia terus. emel ada diberi

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates