16 December, 2010

Langkah Demi Langkah



Salam dan hai

Saya rasa, adalah lebih baik saya buat post khas tentang langkah demi langkah untuk menghasilkan hantaran saya. Kebanyakkan emel yang bertanya, saya sudah jawab setiap satu. Langkah-kangkah nak siapkan hantaran pun saya dah kongsi dalam {
Post} ini, cuma mungkin ada yang tak perasan tentang post ini.

Jadi pada mereka yang nak dapatkan idea buat gubahan hantaran menggunakan bantal, berikut adalah langkah-langkahnya. Ingatan tulus ikhlas ya, yang idea dan pendapat dibawah ini sekadar pendapat sendirian berhad yang saya belajar sepanjang proses siapkan hantaran ini. Mungkin ada penggubah hantaran profesional mempunyai cara dan teknik berbeza, jadi semuanya terpulang pada diri masing-masing ya. Saya disini sekadar berkongsi idea dan pengalaman kami (Saya dan Nity) yang amatur.

Langkah Pertama: Sediakan bantal hantaran.
Boleh sewa daripada saya atau boleh buat sendiri. Boleh rujuk laman web dibawah untuk cara-cara buat bantal hantaran sendiri:-

tripfantasticbride2be
Meeya
Thirah


Langkah Kedua: Beli Span H20

Kalau nak bentuk hantaran membulat macam saya, kena beli span yang bulat juga. Nak tahu saiz mana yang tepat, kat situ tricky sikit tapi tak bermaksud tak boleh. Macam saya, saya ukur saiz hantaran saya pakai surat khabar. Kemudian potong surat khabat tu dan bawa ke kedai dan cari saiz span yang paling dekat dengan saiz potongan surat khabar. Contoh, untuk hantaran minyak wangi, saya ukur bawah kotak minyak wangi tu besar mana, kemudian saya cari saiz span bulat yang paling hampir. Tak perlu terlalu besar daripada saiz kotak. Kalau dapat sedikit kecik atau sama saiz pun dah ok pasal masa nak potong tangkai ros tu, kita boleh panjangkan tangkainya. *atau mungkin saya beli yang kecik pasal melibatkan kos :P Lagipun, sesuatu yang saya belajar, kalau span tu lebih besar daripada saiz hantaran, nanti kita kena letak lebih banyak bunga untuk tutup aluminium foil tu.

Kalau pada hari nak beli span tu, terlupa pula nak bawa kertas potongan surat khabar, anggarkan sahaja saiz jadi pilih span saiz sederhana. Lepas dah beli, praktis kedudukan span, barang hantaran dan bantal hantaran semuanya. Jangan lupa ambil gambar. Jadi nanti kamu boleh rujuk semula pada hari nak buat hantaran.



Ada jenis span yang ada cupboard keras dibahagian bawah. Elok jenis yang macam ini, pasal pegangan span lebih kukuh dan air tak menitik ke atas bantal. Cuma kos nya sedikit mahal banding dengan yang tiada. Jadi cadangan saya, baik tak perlu beli span H20 yang ada cupboard keras pasal nanti, span tu tetap kamu akan balut dengan aluminium foil.


Masa kamu rendam span tu, pastikan kamu jangan lupa letakkan tag span mana untuk hantaran mana (kalau saiz span berbeza-beza) Memudahkan aturan dan supaya kamu tak kalut tak tahu span yang mana untuk hantaran mana.


Masa beli span H20 pastikan kamu tanya pada orang kedai
i- berapa lama perlu rendam untuk resapan yang sempurna. Ada sesetengah span, dah ada siap tulis berapa lama tempoh rendaman dan ada yang tidak.
ii -span ni betul ke tak betul span H20 (Mana tahu orang kedai nak tipu ke kan, kita tak tau)

Jadi kalau span kamu jenis cepat serapan macam yang saya beli di Floristika, saya rendam span tu pagi saya nak buat hantaran. Tu pun dalam beberapa saat sahaja pasal ikut pada arahan span tu, kalau terlebih rendaman, nanti akan rosakkan bahagian cupboard span tu. Biasanya kita rendam sepenuhnya dibahagian atas dan air akan sedikit demi sedikit meresap ke semua bahagian span.

Seperkara lagi, ada jenis span bulat yang dijual ada tiga lapisan dalamnya; kecil-sederhana-besar. Jadi contoh kalau kamu nak letak hantaran baju, dah tentu kamu boleh keluarkan span paling kecik ditengah-tengah tu. Jadi span kecik tu, kamu dah boleh simpan untuk guna deko yang lain-lain (deko bilik pengantin, meja beradap). Jadi sebelum beli, fikir betul-betul penggunaan maksimum span ni. Kalau rasa bahagian tengah span tu akan ditutup dengan hantaran, jadi mungkin kamu boleh gunakan span bahagian tengah untuk hantaran lain. Jimat disitu daripada terbeli banyak-banyak.

Ingat ye, selepas direndam span dalam air (ikut pada jangka masa rendaman yang disyorkan), bila angkat, terus balut span dengan aluminium foil. Alternatif kalau tak mahu pakai aluminium foil (bagi hantaran pakai bantal hitam macam saya, mungkin warna silver aluminium foil akan ketara atas bantal hitam), boleh guna teknik dalam {Post} ini, cuma mungkin sedikit leceh pasal kena pakai dawai untuk semat bekas plastik tu. Di bawah aluminium foil ni, lekatkan double selotape lagi. Tapi jangan buka lagi double selotape.

Langkah Ketiga: Double selotape
Lekatkan double selotape di permukaan bawah bantal hantaran pula (pastikan kedudukan double selotape tu mengenai permukaan dulang hantaran) dan cari posisi yang tepat agar bantal terletak ditengah-tengah dulang. Kalau tersasar sedikit tak apa, tarik bantal dan betulkan semula. Jangan letak double selotape di bahagian badan tembaga, nanti susah nak tanggal.

Hanya selepas dah letak bantal pada dulang hantaran, baru amik span berbalut aluminum foil tu dan buka double selotape dibawahnya dan letak kedudukannya pada bahagian tengah hantaran. Cuba gerak-gerakkan sikit, tengok melekat atau tak. Tak perlu genggaman yang kuat, cukup sekadar ianya bertahan pada kedudukannya.

Langkah Keempat: Deko hantaran

Memandangkan kamu nak buat hantaran DIY, ada eloknya kalau kamu sudah ada contoh hantaran yang kamu berkenan. Saya dulu pun siap print rupa hantaran yang saya berkenan.


Imitasi berguna pada saat ini.

Perkara yang kamu perlu tahu tentang bunga sebelum mulakan proses mencucuk bunga pada span hantaran

i. Tanya kat orang kedai, bila waktu terbaik untuk buka serkup bunga ni (kalau kamu pilih bunga yang ada serkup). Bagitau dia bila hantaran nak diserahkan dan orang kedai itu akan beri tarikh cadangan bila waktu sesuai nak bunga serkup bunga. Kalau buka lambat, nanti bunga lambat kembang (macam hantaran saya hehehe.. ) kalau terlalu awal, nanti bunga habis kembang dan layu. Kamu boleh tiup kelopak bunga untuk 'paksa rela' bunga untuk kembang.

ii. Bagitau kat orang kedai, kamu nak bunga yang kembang. Kembang sangat-sangat. Bunga yang kembang dapat jimatkan duit pasal kamu tak perlu pakai banyak-banyak. Kalau orang kedai tipu kamu, nanti kamu akan serang dia semula lepas majlis :P Kalau tak silap saya (betulkan saya kalau saya tersilap) bunga import daripada China memang kembang, berpenjuru tajam setiap kelopak, macam gambar dibawah ni.


Kalau bunga Cameron yang kembang pun ada, tapi jenis hujung kelopaknya membulat, macam hantaran nikah saya.

Bunga tak sempat kembang pasal ada orang tu degil takmo tanggal serkup ikut waktu yang telah diberitahu oleh orang kedai :P

iii.Trim bunga. Kamu boleh google cara-cara nak trim bunga daripada Internet. Tapi untuk persiapan hantaran saya, saya cuma potong serong hujung tangkai bunga ros, buang daun-daunnya, tapi tak buang duri. Pasal saya pernah terbaca, jangan buang duri bunga ros. Lepas dah trim, rendam semula hujung bunga dalam air sementara kamu nak siapkan apa-apa yang patut. Kalau boleh, elakkan guna air paip. Saya guna air bukit, jadi bunga tahan sikit. Saya ada dengar orang kata, letak panadol dalam air tu untuk kasi bunga tahan lama, tapi saya tak pernah guna lagi cara ni.

Mungkin lain orang lain tekniknya, tapi masa saya dan Nity buat dulu, kami trim bunga ros ikut dulang. Kiranya kalau nak buat hantaran kasut, baru saya keluarkan satu bundle bunga ros dan trimkan satu demi satu tangkai bunga ros. Bunga ros yang lain-lain, saya biarkan sahaja dalam baldi berendam. Kami buat macam tu supaya lebih teratur pasal setiap panjang tangkai ros, mungkin sesuai untuk hantaran berlainan. Cara ini juga memudahkan kita menganggarkan berapa baki ros yang belum digunakan, jadi takde la terkurang bunga ros dalam dulang terakhir nanti.

iv. Mulakan dengan bismillah. Pastikan keadaan masa tu tak hiruk dan kecoh. Kalau boleh jauh daripada gangguan orang lain.

Langkah Kelima: Operasi cucuk bunga pada hantaran.

Jangan potong tangkai bunga terlalu pendek. Biar panjang dan dipendekkan, daripada pendek terus takkan nak sambung dengan dawai pula, ini bukan bunga palsi :p Jangan lupa cari cutter pokok yang tajam, supaya potongan kamu lebih licin dan tak 'mencederakan' tangkai bunga.

Kalau terpotong pendek tangkainya, jangan takut. Ketepikan dulu, nanti cuba tengok boleh padankan tak pendek tangkai tu dengan hantaran lain. Mungkin bunga terpotong pendek tangkainya tu, sesuai pula untuk hantaran sireh junjung.

Ini antara gambar panduan saya. Teknik susun jarak-jarak macam gambar kat bawah ini. Memang nampak macam kosong dan ada ruang diantaranya, tapi kalau bunga dah kembang, ruang kosong tu dah ditutup dengan kelopak yang kembang


Kami gunakan teknok susunan ini untuk hantaran baju melayu, macaroon, jam tangan, samping dan songkok. Tapi untuk hantaran minyak wangi dan kasut, kami gunakan teknik zig-zag untuk susun bunga pada span pasal kalau nak susun bunga dua lapis, kena buat zig zag, baru bunga dapat kembang dengan sempurna.



Jangan takut-takut nak cucuk tangkai pada span. Redah sahaja. Satu perkara pasal bunga hidup, susun macam mana pun, kalau dah bunga hidup, tetap nampak cantik.

Selesai buat hantaran, bagi bunga tu kembang dengan sendiri. Kalau dapat bilik ada penghawa dingin lagi amat-amat bagus. Bunga memang lambat layu. Cuma pastikan kerap sembur bunga dengan air untuk elakkannya kering dan kalau boleh, tutup dengan plastik, takut penghawa dingin terlalu sejuk dan mengeringkan bunga. Tutup sekadar sikit-sikit sahaja, tetap ada ruang untuk penghawa dingin masuk.

Saya dah kongsi tips yang sama dalam {
Post} ini.

Kalau ada sebarang soalan lagi, boleh terus emel pada saya. Mana yang saya boleh tolong, saya tolong.
Hasil kerja saya dan Nity di takuk amatur, tapi apa yang saya boleh bantu, saya akan bantu. Saya tahu tak semua antara kita mampu upah penggubah hantaran profesional. Jadi kalau DIY dapat bantu kita kurangkan kos, tapi masih mampu hasilkan hantaran yang memuaskan hati kita, apa salahnya kan.

Saya sendiri pun pernah bertanya kepada beberapa penggubah hantaran, berapa mereka akan caj jika saya mahukan rekaan hantaran bunga sebanyak ini. Rata-rata mengenakan caj hampir RM80-RM100/ dulang. Kalau kali sembilan dulang?? *nangis. Kos yang saya keluarkan untuk semua dulang tak cecah RM200 pun (tambahan harga bunga turun masa saya nak ambil dan bunga hantaran tu saya guna semula untuk deko meja tetamu. Guna sehabis-habisnya!). Setakat bunga tak seimbang ke, nampak aluminium foil ke, itu onar yang kecil. OP boleh tutup semua kekurangan tu. Duit dapat dijimatkan, boleh saya tampung untuk keperluan lain. Hantaran memang akan kekal selamanya dalam gambar, tapi fikiran rasional, duit yang dapat dijimatkan, kita boleh buat banyak benda untuk kehidupan selepas kahwin.

Memang hantaran ni makan masa hampir 5 jam disiapkan, tapi semuanya berjalan dengan lancar. Ingat ya, selain persediaan barang-barang gubahan hantaran, kamu juga perlu susun masa sebijaknya. Atur jadual dan anggaran masa nak menyudahkan hantaran ini semua agar kamu tak kalut kemudian hari.

Seperkara lagi, amalkan cara kerja bersih jangan bertangguh. Bentang surat khabar dan bekerja diatas surat khabar atau kain pelekat. Tangkai-tangkai yang kamu potong akan jatuh atas surat khabar dan kamu boleh terus kemas sekali harung. Jimat masa mengemas lagi.

Bila nak kahwin, setiap sen yang keluar memang perlu dihitung. Saya dulu pun bakal pengantin dengan baget ketat, jadi saya faham perasaan dan situasi bila kita perlu seimbangkan selera dengan duit yang kita mampu. Jadi, mana yang saya boleh tolong, saya akan tolong.


Kat bawah ini, beberapa koleksi gambar hantaran saya yang mungkin boleh jadi rujukan pada mereka yang nak menggunakan idea yang sama. Kami cuma cucuk membulat semuanya pasal tak reti nak gubah. Pasal itu juga kamu gunakan satu warna sedondon sahaja untuk hasilkan imej yang kami selesa. Tak perlu guna bunga gemuk macam dalam hantaran untuk kasut dan minyak wangi jika tak perlu. Kamu boleh jimatkan penggunaan bunga dengan cara kamu tabur kelopak bunga ros untuk tutup bahagian aluminium foil di atas tu. Lagi satu, span yang tinggi akan menyebabkan kamu menggunakan bunga yang banyak. Memang nampak cantik, tapi ingat kos yang kamu perlu tanggung. Jadi pilih span yang rendah jika ada.

Hasil gambar tangkapan OP






















Pada sesiapa yang mahukan layout hantaran saya seperti dalam Langkah Keempat diatas tadi sebagai rujukan, boleh emel saya ya.

Ingat ya, peraturan DIY yang paling penting, ukur kemampuan diri sendiri. Kalau kita rasa susun bunga macam ini lagi memudahkan kerja kita, buat la. Kalau kita ada banyak masa untuk main banyak warna pada gubahan, buat la begitu. Yang penting, pilih jalan kerja yang memudahkan kita dan atur masa sebijaknya. Kita sepatutnya kena menikmati setiap saat kita DIY. Baru kita rasa seronok dan tidak stress.

Selamat mencuba! Yakin pada diri sendiri, InsyaAllah kamu dapat hasilkan hantaran cantik-cantik!


Nota 1: Saya baru sekali buat hantaran, itu pun dengan bantuan kawan jadi tak mungkin boleh lawan pengalaman mereka yang dah berpuluh kali buat hantaran. Saya cuma mahu menolong bakal pengantin dengan idea dan pendapat saya. Kekhilafan saya, saya dahului dengan maaf. Kita sama-sama perbaiki diri ya.

Nota 2: Kalau pembaca berminat nak tahu apa-apa tentang projek DIY saya, boleh emelkan pada saya. Saya tak tahu apa yang korang berminat nak tahu dan baca. Saya akan cuba tunaikan post sikit demi sikit ya.

Nota 3: Kalau nak baca kisah kami membuat hantaran sehari sebelum majlis, klik {Post} ini.

16 Disember 2010

31 comments:

hana yoriee on December 16, 2010 at 10:02 AM said...

waaahh..mmg detail langkah2 buat hantaran..=)

hana setuju sgt2..kos utk buat hantaran tak cecah pun rm80-100 sedulang..beli bunga setakat rm100-150 aje utk 9dulang..mmg boleh jimat lebih kurang 50% kalau kite upah pd org..

pinky mouse on December 16, 2010 at 10:59 AM said...

thank you sebab sharing. even simple but really nice and nampak sangat loving serta kemas hantaran tu. tak nampak serabut langsung. nanti share yang lain2 lagi ek.

.: an :. on December 16, 2010 at 10:59 AM said...

teratur ja susun atur hantaran xora. biasany kalau nak ambil gmbo hntaran, mmg kntoi. sb hntaran 'berhimpit2'. huhu.. neway, good job xora! =D

Xora on December 16, 2010 at 11:09 AM said...

Hana: cakap melalui pengalaman ye bt hantaran sndiri :) betul, DIY amat jimat banding upah.

Pinky: kalau ada apa2ttg details majlis saya yg kamu nak tahu, emel saya ye pasal kadang2 saya tak sangka details tak penting bgi saya, tapi org nak tahu.

An: Kredit utk penyusun hantaran ni. Kalau dalam video, rasnya kawan saya Shima dan makcik saya seorang. mereka yg susun hantaran dgn amat lurus. heheh. tapi nota utk b2b, jangan susun hantaran terlalu dekat

amy fahmi on December 16, 2010 at 11:12 AM said...

thank you for sharing..sangat details. memang kena rujuk lagi nanti maa nak gubah hantaran. :D

lovelyadibah on December 16, 2010 at 12:01 PM said...

thanks xora..:) t xpayah hantar orang wt kan :) leh wt sendiri:)

nizabeba on December 20, 2010 at 2:15 PM said...

thanks xora!! entry yg ditunggu2...like like like!! niza cuba nk try DIY hantaran ni, bile tau upah kat luar mahal sgt.. =)

Azila on December 23, 2010 at 1:32 PM said...

hi dear.. thx 4 wonderful info.. i nk tanya.. utk satu dulang.. u guna brapa roses utk ltk disekeliling dulang? thx

Xora on December 23, 2010 at 4:15 PM said...

Dear all, haah upah mmg mahal. kalau ada duit, upah tak jadi isu. tapi utk org biasa2 cam kita, baik kita DIY aje. Azila, bunga satu dulang tak tentu jumlahnya, ikut diameter span juga dan besar hantaran. kalau kamu tgk drp gambar pun mmg tak sama jumlahnya. pendek kata, ikut kesesuaian

AdaNaz87 on January 6, 2011 at 4:54 PM said...

sis, beli bunga tu terus dari cameron atau beli dekat florist je? setangkai berapa rm ye? nak budget duit ni. hehe. (:

Xora on January 6, 2011 at 5:55 PM said...

Ada, saya beli terus daripada Floristika. tak pandai nak deal dgn org Cameron. hehe tapi masa saya amik bunga, harga bunga tgh jatuh, jadi saya dapat dalam setangkai RM1.10

allene on January 7, 2011 at 6:43 PM said...

cantik... nk buat same mcm ni gak boleh x sis? nk tiru... ;)

naazyra on February 22, 2011 at 12:46 AM said...

mn lg murah ek? hantaran pakai fresh flower or artificial flower? igt nk beli kt ssf jer. memula nk tempah, tp rasa mcm nak gak ade experience serabut2 nk buat hantaran, pastu boleh jimat sikit kan. hehe.

Xora on February 22, 2011 at 7:54 AM said...

allene: saya pun imitasi daripada org lain heheh

naazyra: kalau nk bandingkan harga, rasanya semuanya tetap terpulang pada material. tapi kebanyakkan komen saya dengar dan baca, org kata bunga aritificial lagi mahal aripada bunga hidup pasal bunga hidup tak perlukan byk hiasan sokongan yg lain utk kasi cantik (cam riben, daun emas, etc). tapi ttap terpulang pada berapa banyak bunga yg kita nak guna, samada artificial atau bunga hidup.

Anonymous said...

salam,,sy suke sgt ngn hntran awak..le x email kt sy scre detaiil,,,sy nk sent email kt awk xle la,.sy nk blaja ngn awk thru email..jd tok guru r kirenye ye..hehe..jtuh cinte ngn hntran awk sume nie..pless..pless.pless eh nk blja sgt..echa8188@yahoo.com
xpon,awk bg jek email awk kt sne..

Xora on March 14, 2011 at 1:16 PM said...

Cik Anony, saya dah htr emel, dapat tak?

Anonymous said...

salam...akak buat sendiri hantaran ni kan??? akak buat malam sebelum majlis atau beberapa jam sebelum majlis???

Anonymous said...

salam kak,,akak buat hantaran ni sehari sebelum ker atau beberapa jam sebelum???

Xora on March 30, 2011 at 8:21 AM said...

salam anony. akak buat sehari sebelum, bermula daripada pukul 3pm, hari Jumaat. sampai malam, sebelum 11pm dah siap. So malam tu pasang aircond habis, sambil sembur2 bunga sikit2. then nikah 930 sabtu, bunga masih ok dan segar. masih belum kembang sepenuhnya :P

Nadia on April 8, 2011 at 1:26 PM said...

Thanks for the tips! im looking forward to do the hantaran using fresh flowers and ur post really help me a lot! wish me luck ya!

BitsBest on April 20, 2011 at 4:24 PM said...

Good info dear..thanks for sharing..
just nk tanya span h2o tu beli kt mane dan bape rega nyer satu?

sharing is caring!

sazilahasnisaaibun@yahoo.com

Shiba Hisham on April 20, 2011 at 11:03 PM said...

Salam, tumpang tanya. Kalau nak beli fresh flower tu, berapa hari sebelum majlis? Contohnya majlisnya sabtu, so kena beli hari apa? And boleh digubah start hari ape?

Shiba Hisham on April 20, 2011 at 11:03 PM said...

Salam, tumpang tanya. Kalau nak beli fresh flower tu, berapa hari sebelum majlis? Contohnya majlisnya sabtu, so kena beli hari apa? And boleh digubah start hari ape?

F.A.R.A.H on May 19, 2011 at 4:44 PM said...

kak... kalo nk suruh akak je yg buat kn leh tk.. saya ni tk berbakat...

Anonymous said...

Tumpang tanya, mana nak beli span basah bentuk bulat tuh? Kat kedai selalunya ada 4 segi jer? nak kene potong2 sendiri... Terima kasih...

Xora on July 21, 2011 at 12:12 PM said...

kena cari kat kedai yg ada jual span bentuk bulat. Span bentuk bulat mmg ada. saya cari di Floristika Bangsar, ada. jangan kan bulat, bentuk kon, bentuk hati, pun ada :) kalau nak pakai empat segi dipotong, ukuran tak tepat saya rasa.

Anonymous said...

Terima kasih...

Boleh tahu berapa range harganya? dan utk 9 hantaran awak tuh, berapa anggaran kuntum bunga ros awak beli. Terima kasih ya...

Xora on July 22, 2011 at 8:50 AM said...

Anonymous, kita emel2 nak? kamu emel saya diaterimanikahnya@gmail.com ya

Anonymous said...

Maaf Xora, lupa nak perkenalkan diri. Saya baizura. Nanti saya emel Xora...Terima kasih banyak2...

Anonymous said...

salam kak, boleh x saya nk belajar gn akak mcm nk diy hantaran ni.. sgt berminat nk wat sendiri tp xkretif sgt.. hope akak boleh tolong ajar kan.. tq
nanti akak emailkan layout hantaran kt yipsha8588@yahoo.com
betul ke akak abis 200 je utk wat deco hantaran? berpatutan jgk dr tempah..
tq

Aja on April 15, 2012 at 6:01 PM said...

Thanks so much sebab bermurah hati sharekan tips ni for B2B. Blh x tlg emailkan layout pada ajacrab@gmail.com. Tq ya!

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates