Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

07 October, 2010

Intai Misi Sulit RS (Raja Sehari) V: Botol Bunga Rampai



Salam dan hai

Jom, saya kongsi tentang Misi Sulit dakan post yang
ini.

Saya ada projek khas untuk botol innershine saya.

Idea yang datang tiba-tiba masa tak tahu nak buat apa dengan botol kosong ni. Tiba-tiba terfikir, nak buat letak bunga rampai sebagai sumbangan kecil pada mereka yang menulis di buku tetamu saya.

Mula-mulanya, saya rancang nak spray botol tu pakai warna putih. Biar nampak macam seramik. Tapi kemudian, masa bulan Ramadhan lepas, masa di kedai kek, saya terjumpa kertas Dollie ni, terus dapat idea baru yang lebih mudah tak tak sememeh. Jadi saya fikir baik biarkan sahaja dengan warna asalnya.

Proses pertama: rendam botol untuk tanggalkan pembalutnya dengan cara lebih licin. Dah tanggal label, baru nampak cantik sikit.

Tips: cetak gambar yang kamu berkenan, senang nak tengok puas-puas




Kemudian, saya letak kertas Doily ni atas permukaan botol. Susun-susun dulu, untuk dapatkan kedudukan yang betul.



Untuk secure kedudukan kertas Doily ni, saya pakai getah ;p Saya cuba pakai riben tapi tak berapa berkesan. Jadi ideanya pakai getah.


Lepas tu, baru saya ikat dengan riben. Riben pula, saya pakai riben sedia ada. Mula-mula nak warna pink tu, tapi pasal material organza, jadi tembus dan nampak getah. Jadi saya pakai warna kuning dan warna lemak ketam ni (atau warna peach). Kemudian, dapat riben lagi daripada Nity, saya rembat juga!



Langkah-langkah yang sama untuk semua botol.



Saya simpan semuanya dalam kotak. Nanti, kalau nak diisi bunga rampai, cuma tanggalkan semula getah, letak bunga rampai, dah tutup semula, pasal kertas tu dah terbentuk dengan elok, ikut besar penutup botol.




Hasilnya macam ni.


Saya potong juga semua riben-riben ikut panjang diperlukan siap-siap. Pasal nanti semua kerja ni akan diteruskan oleh kakak ipar saya, jadi ni dapat mudahkan kerja mereka. Cuma tinggal untuk ikat pada tutup botol sahaja.




Ibu cadangkan letak ucapan. Terfikir nak letak pada penutup, tapi ruang terhad. Nak letakkan ucapan kat badan botol, macam leceh nak buat --Sebenarnya saya malas. Lagipun ikut logik, tujuan saya gunakan riben dan semua botol tu, untuk habiskannya. Mungkin untuk tambahkan lagi bahan dan kerja.

Fikir punya fikir, saya rancang gunakan frame sahaja dan taip siap-siap ucapan mengalukan tetamu. Semestinya menggunakan pantun pasal saya tak tahu macam mana nak susun ayat biasa. Pasti akan jadi janggal. Pantun apa? Kita tunggu ya hari majlis.

Mula-mula nak pakai bingkai gambar yang besar, tapi fikir mungkin ada masalah nak lekatkan pada dinding. Jadi Plan B saya, DIY bingkai gambar Ikea kat bawa ni (abaikan bongkah empat segi tu. Tu projek lain)



Ting~~! Ok la, untuk orang yang malas nak cat. hahaha. Benda pink tu saya tak tahu apa namanya, tapi saya beli kat kedai barang kahwin. Saya cuma ukur panjangnya, kemudian gamkan terus pada kedudukannya. Dua bingkai dah pasti akan letak di bilik pengantin. Satu lagi, mungkin letak di meja guestbook jika perlu.



Kita tengok nanti macam mana InsyaAllah.

Botol-botol kecil ni akan diletak di meja guestbook, jadi jangan lupa ye tanda tangan buku tetamu saya, terus amik sekali sebotol bunga rampai. Tapi botol ni terhad sahaja, berdasarkan first come first serve. Kalau botol kecil tu dah habis, kami gantikan dengan bunga rampai yang diletak dalam daun sireh. Post akan datang, saya akan tulis tentang perancangan yang ini pula.

Nota: Hingga tarikh ini, saya berjaya kumpul hampir 55 botol Innershine. Tiba-tiba terfikir, ada mungkin kah, saya turun berat badan pasal minum Innershine? Mungkin ia jaga penghadaman saya? Mungkin kah??? Pasal saya mula minum Innershine 3 hari sebelum puasa dan terus sampai hari ini. Mungkin juga!!?


7 Oktober 2010

24 comments:

cik fiza on October 7, 2010 at 8:51 AM said...

nampaknya sy pn kena beli innershine la nk bg kurus hehehe

-cHenta- on October 7, 2010 at 9:01 AM said...

kamoo tau x bahawa kamoo sgt kreatif??? go baby go!!!

Unknown on October 7, 2010 at 9:37 AM said...

rajinnya kamu xora

PurPLe LaDy AiFA on October 7, 2010 at 9:46 AM said...

rajin nye.. and teratur! hmm penurup botol innershine pon berguna gak kalo nak wat welcoming board je ape.. best2!

famzmhj on October 7, 2010 at 9:48 AM said...

Xora.... saya pun nak isi bunga rampai dalam koleksi botol innershine saya... haha~ idea kita serupa...

cumanya finishing nye lain dan mungkin tak seberapa nak lawa sgt cam Xora punya. hehe. ^^ dan saya tak bagi kot dekat guest. wat hiasan dalam bilik pengantin je, nak bagi wangi.

tak sangka idea kita hampir serupa...

♥♥ eija ♥♥ on October 7, 2010 at 9:57 AM said...

hehe macam mane xora boleh dapat kan botol nyer yang banyak?? xora pengguna tetap innershine ker???

rose on October 7, 2010 at 10:04 AM said...

comel nyer gift kamu.. =)

baru nk tnye mana beli botol..hehe..tp dah terjawap rupanya..

Xora on October 7, 2010 at 10:07 AM said...

Dear all: terima kasih utk semua komen. Saya bukan pengguna tetap innershine, baru mula minum tu pun pasal nak kawin. kalau tak, huuuhh tak mungkin kot. mahal benor T.T Nanti jgn lupa rembat 1 tau, jadikan kenang-kenangan :)

farahfatihah on October 7, 2010 at 10:13 AM said...

ala nmpaknya fara xdapat la ek....huhuu

Byzura Mj (By) on October 7, 2010 at 10:19 AM said...

ooo beli kedai kek eah? cun la beb. beb dah dapat kad kamo!

Elya Roza on October 7, 2010 at 10:41 AM said...

elya pun minum innershine.effect die dekat elya..elya jadi segarrrrrr sepanjang masa..
cewahhh!!jd promoter pulak :D

hana yoriee on October 7, 2010 at 10:51 AM said...

rajennye kamu!! kot sempat dapat lah kat bloggers ek? =)

SUHAIDA on October 7, 2010 at 11:12 AM said...

wahh..bagus ni..

reen on October 7, 2010 at 12:51 PM said...

haha...xora idea awk same ngan idea kt nk decorate ole-ole tuk kluarga pengiring..tapi rase tak proper tuk guest yg kire vvip kan..so kt wat box sendri..yg ni lei bg idea kat adik nnti..

Baby Gina on October 7, 2010 at 3:40 PM said...

xora, di mana awak beli doileys tu?!!sila lah beritahu...hehehe

Xora on October 7, 2010 at 3:43 PM said...

Gina, saya beli di kedai nama Yummies di Bangi. sederet dengan kedai Al-Ikhsan Bangi.

Unknown on October 8, 2010 at 4:05 PM said...

hi xora,

bak kate mak kamu, ble letak thank you note jugak dkat botol innershine tu.

maybe by cucuk gne lidi pencungkil gigi and buat cam bendera ;) tp nk kne fikir la plak camne nk menten bendera tu atas botol kn :P

Xora on October 8, 2010 at 4:10 PM said...

hai ain, terima kasih utk pendapat. tapi tambah hal2 kecik ni yg leceh kan. lagipun saya pakai doily paper mudah terkoyak, jadi mmg idea lidi tu amat risiko mengoyakkan kertas tu

Cik Puan Azfar on December 20, 2010 at 12:27 PM said...

berape ye harga bingkai gmbar ikea tu?

Xora on December 20, 2010 at 1:38 PM said...

Ya@ saya tak ingat la, tapi semalam pergi Ikea, bingkai tu masih ada :)

nur aishah bte abd hadi on February 23, 2011 at 8:30 AM said...

comel..botol tu dpt dari mana??

Xora on February 23, 2011 at 8:33 AM said...

aishah, botol tu saya reuse, daripada botol innershine

Anonymous said...

salam..akak,,mana jumpa doily paper yg murah tu?? 250 pcs rm 2.70??? atau saya salah tengok???

Xora on May 11, 2011 at 11:18 AM said...

Anonymous: mmg harganya RM2.70 utk jumlah banyak tu :) kedai tu kat Bangi, sederet dgn kedai al ikhsan

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates