Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

21 September, 2010

Intai Misi Sulit RS (Raja Sehari) II: Buku Tetamu - Episod 1



Salam dan hai

Bulan lepas saya masukkan post tentang
Misi Sulit RS (Raja Sehari) II . Saya beli masa pergi ke Pameran Pengantin. Beli tanpa tujuan--mungkin pasal jurujual tu baik. 1 pek ada 2 bongkah.



Kegunaan bongkah bingkai itu seperti dalam gambar dibawah, mengcantikkan lagi suis elektrik. Satu saya dah gunakan untuk tujuan yang sepatutnya. Satu lagi saya simpan untuk tujuan yang tidak sepatutnya. Idea yang datang secara rawak.




Ini buku tetamu yang saya baru ambil semalam. Kosong sahaja kan? Sampai orang kedai tu pun tanya dua-tiga kali untuk pastikan kami nak macam ni sahaja ke.


Ini lepas deko DIY sikit dengan bongkah lagi satu.


Buku tetamu saya biasa sahaja. Saya cuma hantar binding hard cover macam thesis, tebal lebih kurang 130+ muka surat, dengan ruang menulis depan belakang. Harga keseluruhan buku, termasuk deko dan kertas= kurang daripada RM40.

Selain daripada pantun-pantun sebagai pembahagi bahagian, saya khaskan muka surat terakhir Buku tetamu saya untuk coretan OP rasmi saya (kalau dia sempat turunkan tanda tangan dan ucapan. Hehe).



Ruang kosong kat atas tu, nak letak gambar ni.



Rupa penuh buku tetamu saya, kena tunggu pada hari nya nanti ya InsyaAllah :)

Tengok boleh.. Nak imitasi pun boleh.. Tapi kot ye pun, tunggu la saya rasmikan dulu, boleh kan? *senyum


21 September 2010

31 comments:

farahfatihah on September 21, 2010 at 9:18 AM said...

yeayy kamu pun wat hardcover jugak ek..bagus2..tahan lama buku kalau guna hard cover kan?insya'allah kamu akan lihat tanda tangan ku yg kurang glamor di buku itu hehehehe ehhh idea kamu letak bingkai tu mmg superb!!

Byzura Mj (By) on September 21, 2010 at 9:21 AM said...

waduh! buat by teringin buat bila by kahwin nanti! seronok!!! thanks Xora!

Xora on September 21, 2010 at 9:24 AM said...

Farah: betul! buat hardcover kan? cantik pun cantik, kukuh pun kukuh kan?

Bai:DIY aje Bai. murah. Saya binding ni pun dalam RM20 sahaja. nanti dah deko2, dah tak nampak cam buku thesis lagi :)

thezaila on September 21, 2010 at 9:36 AM said...

anda sangat kreatif.. two thumbs up.. saya kepingin mahu ke wedding kamoo.. tapi apakan daya wedding kita pada hari yg sama =(...

Mrs Diba on September 21, 2010 at 9:43 AM said...

cantikla guest book u.. syangnye.. i tak boleh buat camtu.. confirm takde sape nak sign n wish.. huhu

Nadira Baharudin on September 21, 2010 at 10:23 AM said...

oh sukaaa~

creative n innovative..*tepuk-tepuk amai2*

how i wish nk bwt guest book jgk..tp..ada ke org yg nk sign ek?

Unknown on September 21, 2010 at 10:27 AM said...

creative xora! idea guna bongkah tu memang superb! heheheh tak sabar ni nak sign dalam buku tu!

Xora on September 21, 2010 at 10:30 AM said...

Zaila: Ish, majlis saya bukan ada apa-apa, sederhana aje. doa saya mengiringi kamu :)

Die & Nadira: soalan amat bagus! pasal trend ni dikira masih baru lagi, jadi tak mustahil tetamu tak perasan. Jadi bagi memastikan orang tandatangan, antara cadangannya:

1. letak guestbook berdekatan dgn meja hadiah
2. assign penanggah yang alertkan tetamu
3. Bagitau tetamu awal-awal masa edarkan kad
4. Bagitau kat dalam blog (macam orang ni tgh buat.. eehhe)
5. Minta juruacara umumkan sepanjang majlis
6. Letak meja guestbook di bahagian utama nak masuk pintu supaya tetamu perasan.
7. Deko cantik-cantik sikit meja tu, supaya standout.
8. Minta ibu ayah, adik beradik, saudara mara, dan kawan paling rapat untuk tandatangan sebelum majlis pasal mungkin pada hari tu masing2 sibuk atau tak dapat fikir apa ucapan terbaik.

Saya rasa, biasanya buku ini, orang2 muda cam kita aje yang suka suki conteng. Org2 tua cam tak berapa layan sangat. macam Cik Senah pernah tulis kat komen sebelum2 ni, dia cadangkan, kalau ada ruang kosong lagi, tampal card hadiah daripada tetamu. jadikan cam ala-ala buku scrap

hana yoriee on September 21, 2010 at 11:03 AM said...

Xora!! I like ur idea laaaa..hehehe..hana nye yg kat suis bilik bunga2 kaler pink putih..comels guestbook xora! insyaAllah hana pun akan tulis2 kat guestbook tu nnt..hehe..

gurlarroche on September 21, 2010 at 11:10 AM said...

laling!!!

nice n cantik! i loikeess!!!

Xora on September 21, 2010 at 11:16 AM said...

Zaa & Hana : jemput ye tandatangan, nak lukis ke, ucapan ke, buat cam guestbook sendiri ;p

Laling: Laling, ko tak perlu terkejut sangat.. aku dah tunjuk lama dah kan. Geget mahuk?!

Unknown on September 21, 2010 at 12:03 PM said...

boleh wat kenangan..hard cover mmmg thn tue

sk on September 21, 2010 at 1:01 PM said...

xora,
cover guestbook tu mmg cover thesis tu ke atau material yg lain? sbb sy pon plan nak DIY sendiri. tp kalau cover thesis tu material dia tak betul2 licin kan? mcm menggerutu sket. hehe

cik fiza on September 21, 2010 at 1:38 PM said...

so sweet n creative :)

br sy tahu buku tetamu ni letak kt mane.. tadi macam confius xtau ape fungsi n mane nk letak.. biasa la kenduri kn kalut2 takut org x perasan..

Xora on September 21, 2010 at 2:02 PM said...

Mia: itu la. buku thesis saya dah 3 tahun masih ok lagi

SK: yg betul2 thesis nye. haah menggerutu tapi tak ketara pun. Maybe ikut kedai kot

Fiza: saya rasa ikut pada majlis. Kalau macam di dewan, pintu masuk 1 jadi lagi mudah. kalau khemah, pintu masuk byk dan boleh jadi orang tak perasan. tapi saya rasa,kedua2 lokasi ni tiada masalah, asal kita letak ditempat yg org perasan dan tetamu dah dimaklumkan.

hazlynda kushairi on September 21, 2010 at 2:22 PM said...

Eh mek, suke lak aku tengok buku tetamu kau. selalunye orang akan tulis guest book atau weddong of bla bla bla. tapi urs sangat sweet. aku dah dapat bayangkan buku tetamu kau, pasti cantek n indah dgn pantun² :D

Cik Belle on September 21, 2010 at 6:50 PM said...

suka idea letak pantun. nak tiru boleh, xora? hihi.. xora, agak-agak kan, ada tak cover thesis ni warna putih ya? macam takda kan? heh.

but ya, saya pun memang terfikir untuk buat hardcover style thesis ni dan balut sendiri aje. sobs. takde budget nak tempah..

Bushra Tajuddin on September 22, 2010 at 9:25 AM said...

xora.. canteknye buku tetamu..
simple and sweet..
insyaAllah, sy pun akan tulis di buku itu.. hmm.. ape nak tulis ye..?? (*pk skang~!!) heheee.. ;)

Fifie on October 4, 2010 at 11:07 AM said...

hai..kite nak tanye..mane nak cari guest book yang dah siap..boleh beli je??kat mane ye

Xora on October 4, 2010 at 11:12 AM said...

Fifie: cari kat kedai cam memorylane tu semua ada. cuma terpulang pada pilihan masing2. kat kedai2 kertas dan alat tulis, biasanya mmg ada

luvira on October 11, 2010 at 11:07 AM said...

hye, bolew tau tak kat mana nak binding buku tuh??ira search kat google, tetibe jumpe blog u..

nanti kalau bolew, email kat ira ye

TQ

aienadhira@gmail.com

Cikpuanmuda Juju on November 17, 2010 at 12:01 PM said...

hye, awk tempah kat mane yer buku tetamu tu?

eMMaBirD on March 3, 2011 at 9:45 PM said...

nak tanya,buat hard cover untuk buku tetamu tu kat mane?selalunye kalau nak tempah untuk bind hard cover cmtu kat kedai ape?

eMMaBirD on March 3, 2011 at 9:46 PM said...

salam...nak tana selalunye kalau nak bind hard cover untuk guest book nie kat kedai ape?

Xora on March 4, 2011 at 8:03 AM said...

Luvira, Juju: kalau nak buat binding, boleh cari kedai fotostat biasanya, yang ada servis buat binding. Biasanya, kedai2 cam ni ada kat area-area berdekatan dengan universiti pasal student kena buat thesis. Boleh je masuk mana2 kedai fotostat, dan tanya diorang blh buat binding tak. Kedai2 camni, biasanya diorang akan display beberapa contoh hardcover yg diorang buat, kat dinding kedai.

tira miss u said...

xora, binding buku katne? kite ade tanye beberape kedai tp diorang x buat melintang la... huhu...

Cik Sunflower on November 26, 2012 at 9:42 AM said...

nak tanya ley.. gust book tu beli katne? kosong nye

Xora on November 27, 2012 at 8:10 AM said...

Sunflower, kosong pasal saya gunakan kertas A4 biasa tu. cuma amik brand Double A, utk dapatkan ketebalan kertas. Kat dalam post ni ada perenggan yang saya cerita lengkap pasal buku tetamu tersebut

EINDUNK (FULLSTOP) on January 22, 2013 at 10:20 PM said...

Nak tanya lah hehehe.. hrap sudi menjawab soaln yg xseberapa ni...urm... yg kertas dalam untuk orng sign tu kite kena buat sendiri ker..kalo yer nk guna kertas saiz pe n kertas per yer

Xora on January 23, 2013 at 8:32 AM said...

saya beli kertas A4 biasa, tapi gred yg bagus sikit, jenis yg tebal sikit. Brand AA tak silap.then kat Words, saya just insert image bingkai *ada kat kolum tepi tu, saya kasi percuma utk download* adjust sikit alignment muka surat, then print. htr kedai binding kan, siap :)

Anonymous said...

Salam xora... kalo xkeberatan blh x emailkn template yg ada border tu?... sy dh try buat tp x menjadi la... tq :)

nadirah.murat@yahoo.com

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates