Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

05 November, 2009

Kertas Kerja


Salam dan hai

Terima kasih pada eyra yang menjadi pengikut ke 34 blog ini *tepuk tepuk*

Semalam, ibu minta salinan kertas kerja majlis abang saya. Pasal dia nak tolong kawan dia yang kena uruskan majlis perkahwinan pertama dalam keluarga tu.

Saya tension! bukan pasal kena tolong orang, tapi pasal pendrive yang simpan semua maklumat telah ilang!! geram sangat!! tak tau kat mana letak masa kat dewan, tak tau kot ada orang amik dalam bilik tu, tapi pendeknya, pendrive tu ilang tanpa dikesan.

Tapi nasib saya ada simpan hard copy. Jadi memang dua kali kerja kena edit semula file paling last pernah saya ada dalam computer rumah.

Sabar aje la..

Nasib tak banyak amendments sangat.

Jadi sudah alang-alang edit, saya rasa, baik terus masukkan aje dalam blog ini, dah alang-alang. Mana tau, boleh bantu bakal-bakal pengantin di luar sana.

Macam ni la kertas kerja saya. Bukanlah professional punye, tapi cukup untuk saya faham. Jadi cadangan saya, edit dan ubah ikut kesesuaian masing-masing. Sebab setiap orang cara berfikir dan menafsirkan sesuatu berbeza. Jadi ikut kesesuaian masing-masing.

Kalau ada typo, abaikan aja.. hihih

1- Aturcara Majlis


Ini untuk mudahkan saya check timelines perjalanan majlis dengan sekali imbas. Tak perlu details sangat pasal hal-hal details di muka surat lain.

2- Visual Kedudukan Dalam Dewan

Copy yang ini saya bagi pada Katerer bagi memudahkan kerja dari pihak mereka. Dari maklumat ini, kami susun kedudukan ikut kesesuaian majlis. Sebelum majlis, kami rancang meja buffet di letak di bahagian tepi dewan, tapi selepas susun meja, tak sesuai disebabkan ruang yang terhad jadi kami ubah ke belakang. Begitu juga dengan DJ dan slideshow.


3 - Visual Kedudukan Penanggah

Sebelum ni, list penanggah ramai tapi lepas apa berlaku pada hari majlis, saya keluarkan orang yang tak berapa membantu dan saya meletakkan nama orang yang betul-betul bekerja. Kedudukan ayah dan ibu patutnya di dalam dewan, tapi ayah dan ibu amik keputusan untuk diri di luar supaya memudahkan tetamu nampak mereka. Kami punya penyambut tetamu sikit punye ramai pasal kawan-kawan yang kena jadi flower ladies takmo makan dulu pasal nak tunggu kawan-kawan yang lain. Maka diorang pun berkumpul di tempat nak bagi door gift. Jadinya, mereka pun terus jadi tukang bagi doorgift.

4- Visual Perjalanan Majlis

Yang ini telah saya ubah sedikit ikut apa yang berlaku pada hari tersebut. Terdahulu, saya letak bunga manggar di ruang lobi, tapi pada hari tu, saya rasa tak praktikal pasal bunga manggar tinggi dan susah untuk dibawa masuk melalui pintu yang rendah. Jadi bunga manggar sudah siap-siap di bahagian dalam dewan.

5- Visual Tugas Penanggah Semasa Perarakan

Visual tugas penanggah semasa perarakan pun ada perubahan dengan ketiadaan rombongan perempuan. Yang lain-lain masih sama. Cuma konvoi GSR ikut berarak sampai abang saya naik pelamin, baru mereka berpecah cari meja makan yang kosong. Kedudukan pembawa bunga manggar dan pengapit memang di luar red carpet. Saya suka kedudukan itu pasal jelas nampak muka pengapit dan tak tersorok di belakang pengantin. Cuma ada sedikit konflik kedudukan bila mereka bertembung dengan flower ladies :P

6- Butiran Penanggah

Butiran penanggah ni ikut kesesuaian. Kadang-kadang ramai yang jadi runner secara tetiba. Nampak cam banyak tapi sebenarnya takde pun pasal ada tugasan yang hanya dilakukan pada awal majlis, ada yang ditengah majlis.

Ok, saya harap kali ni lebih terperinci. Di post yang lain, nanti saya akan masukkan budget excel macam mana saya buat ok?

Kalau korang ada apa-apa pertanyaan, sila sudi-sudikan. Kalau mampu saya jawab, saya akan jawab.


5 November 2009

25 comments:

juneHalim on November 6, 2009 at 8:50 AM said...

hye...mmg byk info dpt dr ur blog la..link u...thnx...

harzharun on November 8, 2009 at 2:32 PM said...

bagus2!..the best blog i ever read!!..u should keje as wedding planner

xora said...

Diri aku: Glad i can help you! Thanks.

Harz: hahah.. thanks..! tapi kerja as wedding planner, tak larat. hari tu abang saya kata, saya terlalu diktator :p hahahah.. Rasanya, saya menakutkan si dia juge :P

koala on November 9, 2009 at 12:24 PM said...

Dear..
thanks god i found your blog..
My majlis 5hb 12 ni..mmg neves n stress..
tp workflow yg u buat ni mmg dpt membuatkan i tarik nafas legaaa..
tq so much..^_^

pineappletart76 on November 12, 2009 at 12:40 AM said...

xora, layout dewan tu awk buat mcm mane, gune program ape ye?

xora said...

Saya guna program Microsoft Office Excel aje. buat bulat-bulat tu, empat segi. Selamat mencuba ye!

That's so Jaja on March 12, 2010 at 8:35 AM said...

wowww.....good planning! semuanya sangat teliti....

Nur Iman on September 12, 2010 at 1:02 PM said...

Great job..
Everything ada plan...
Boleh ke nk softcopy kertas kerja ni??my emel:naazira_iman86@yahoo.com..previously pernah request ur budget nyer softcopy if u still remember=)

Anonymous said...

nak softcopy ni blh x..as_avidnieda@yahoo.com.my

iza on October 1, 2010 at 1:36 PM said...

alhamdulillah...nsb bek jumpa blog awk ni...terima kasih sgt2 sb sudi kongsi..nk juga kertas kerja ni blh?
email: iza_babygarfield@yahoo.com

::Destinasi nurfadhilah :: on November 3, 2010 at 3:08 AM said...

wedding sy lamee lagi,tahun depan, beberapa bulan lagi, tapi xtau pulak camne nk agih tugas penanggah, bce kisah mak andam tambahan tu mmg ade berlaku mse sy jd O.P sblm ni.cian pengantin mcm terpakse tiba2.huhu..
blurr sgt nk agih tugas2 nih, risau sgt jd kelam kabut nnt.
boleh share x file tugas tu?

fadh_diela135@yahoo.com

p/s:tahniah dan semoge di kekalkan kasih sayang hingga ke anak cucu.

Unknown on December 26, 2010 at 9:30 PM said...

kak xora,
last time kan saya ada request file utk bajet kan?
hihi.. skrg nak file yg kt ats ni boleh?
email sy... jazzeyra.aj@gmail.com

Pn. Marliana on January 25, 2011 at 10:43 AM said...

TQ for the Info.. byk sangat benda i termiss out for my wedding preparation ble baca ur blog... really.. its an eye opener ... thanks

LumutHijau on February 19, 2011 at 5:22 PM said...

Assalamualaikum. Xora, boleh tak saya dapatkan softcopy contoh layout dan juga senarai tugas penanggah tu? Saya tak pandai la buat sendiri guna Microsoft Excel. Mungkin bila tgk contoh layout awak ni, saya boleh try buat perlahan2 layout tu. Terima kasih banyak, ye.

syahirah_skyhawk85@yahoo.com

LumutHijau on February 19, 2011 at 5:24 PM said...

Assalamualaikum Xora. Boleh saya dapatkan softcopy contoh layout dewan dan senarai tugas penanggah tu? Saya tak pandai buat sendiri guna Microsoft Excel. Mungkin dengan melihat contoh awak, saya boleh try buat sendiri perlahan2. Terima kasih. =)

syahirah_skyhawk85@yahoo.com

Anonymous said...

salam.. blh email sy cth kertas keje kawen x..? sy prlukan sgt2 nih.. thanxx..
ni email sy ek :

peacemaker_1203@yahoo.com

thanxx..

Anonymous said...

byk info berguna
boleh share krts kerja.tqvm
roz8182@yahoo.com

iza pjot on August 2, 2011 at 10:41 PM said...

salam..sy mohon emelkan kertas kerja kawen ni bleh x? izaishak3008@gmail.com
sy akan berkahwin awal tahun dpn..dr pembacaan blog u ni..byk info utk perancangan kawen yg sy dpt.thanks :)

AdindaJebat on October 30, 2011 at 8:38 PM said...

salam...menarik terbaek...leh x bg softcopy die?sy nk kwen awl bln 3 nnt...arrabella_leo@yahoo.com...thanks

amy oktavea said...

thanks..banyak sgt info..boleh sharekan softcopy kertas kerja?
oktavia001@yahoo.com

wawa^nurct on May 10, 2012 at 11:25 AM said...

eei awak...banyk softcopy awak... sangat detail..boleh tak kite nak sotfcopy2 yg berkaitan.. semua2 ni..

wa_nurct@yahoo.com

Gadis Kampung on August 1, 2012 at 4:16 PM said...

wah alang jadi wedding planner ye..GK dulu kawin buat kat kampung tak de la nak arrange tetamu nie pakai khmeah je..

cikinot on January 15, 2013 at 8:56 PM said...

Salam. Mohon bantuan untuk emailkan pada saya soft copy yg berkaitan dgn topik di atas? Email saya: cikinot@gmail.com

Terima kasih byk2...

Unknown on March 13, 2013 at 5:54 PM said...

salam minta tlg nk soft copy email kt mk_hilmi26@yahoo.com
abg sy nk kawin sy kd blur nk wt paper work.. tlg ye .. trima ksih

Unknown on March 13, 2013 at 5:56 PM said...

salam, minta tlg utk emailkn kt sy softcopy paperwork kwin nie bole tk? sy kne buat paperwork utk abg kawin,, email sy mk_hilmi26@yahoo.com tq. :)

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates