Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

15 July, 2010

Sahibba sebagai Deko dan Props?



Salam dan hai

Menjawab soalan B2B secara pukal

1. kenapa saya jarang update tentang persiapan majlis saya
-- Issh, mana ada jarang. Selalu juga tau saya kemas kini. Biasanya saya akan kemas kini secara pukal. Kalau ada perkembangan, saya akan kemas kini. Kalau perkembangan masih berjalan, saya akan bagi pengenalan sahaja. Bukan nak sembunyi atau nak bagi kejutan, cuma saya lebih suka, kalau dah dapat hasil, baru saya akan canangkan dan kongsi di sini. Cuma yang saya boleh jawab, persiapan saya berjalan seperti biasa alhamdulillah :D doa kan yang baik-baik ya untuk saya.

2. Kenapa tak senaraikan vendors kat tepi blog saya, senang nak rujuk
-- Saya memang tak mahu terlalu awal menyenaraikan vendors saya. Takut ada perubahan rancangan atau konflik di kemudian hari. Tapi saya memang akan tulis siapa vendor saya dalam post saya. Cuma memang kena rajin baca satu-satu post kot *maaf. Tapi InsyaAllah, lepas majlis nanti, saya buat ulasan semua vendor saya ye?

Ok, sekarang berbalik pada post ni.

Tajuk kat atas pasal Sahibba.

Kalau digunakan sebagai props macam kat bawah ni, selalu juga kan nampak?


Kali ni, terjumpa gambar ini pula. Frame Ikea semurah RM5 3 keping, dengan sedikit kreativiti, boleh buat macam ni. Letak di meja guestbook atau gantung pada tombol pintu bilik pengantin ke.. atau mana-mana sahaja ikut kreativiti kawan-kawan.



Sekurangnya, sebagai alternatif lain daripada cetak tulisan komputer.



15 Julai 2010

14 comments:

Mrs Kecik on July 15, 2010 at 8:56 AM said...

thumbs up!!! suka sgt idea ni! mau buat..hehehe..thanks xora.

PurPLe LaDy AiFA on July 15, 2010 at 9:32 AM said...

nice one! utk wat reservation dekat meja pon boleyyy n dkt meja guestbook tu mmg terbaek!

Cik Belle on July 15, 2010 at 10:31 AM said...

wow!! niceee.. hihi

farahfatihah on July 15, 2010 at 10:36 AM said...

ok mari kita beli sahibba beramai2..habis majlis leh main ngan family lak huhu

Orkid on July 15, 2010 at 11:48 AM said...

very nice ideaa!! xpnah terpikir ponnn hehehe

ZE on July 15, 2010 at 12:32 PM said...

hai xora..
Banyak btol idea awak..semua best...
macam nak buat semua tapi tak terdaya.. :p

Hana on July 15, 2010 at 1:03 PM said...

Nice idea :)

Mrs Kecik on July 15, 2010 at 2:12 PM said...

mungkin boleh buat prop pre-wed..
ataupun 'terima kasih' snap gamba, idea for tq tag.

Nur Rawaidah Rahmat on July 15, 2010 at 2:19 PM said...

comel =) boleh juga letak word just married guna sahibba kan =)

cik xora, letaklah la 'search' dlm blog, senang nr cr entry reference hehe thanks for a lot of wonderful idea =)

famzmhj on July 15, 2010 at 2:37 PM said...

comel!!!! nak buat tp nk kena fikir nak carik kat mana for decent frames selain drp ikea. Ipoh ni xde ikea. [sedey]

thanks for sharing~

Xora on July 15, 2010 at 2:40 PM said...

dear all, iye sesiapa nak pakai idea ni utk majlis masing-masing, amik aje. saya pun kebetulan terjumpa gambar ni, jadi rugi kalau tak kongsi dengan kawan2 kat sini :). Nora, saya tak reti godek blog setting saya tapi insyaAllah nnt saya akan cuba letakkan ya? Cik Atun, frame kedai 2 hengget pun ok, banyak yang cantik. Kalau nak jimat, boleh aje pakai frame kat rumah yang sedia ada, keluarkan dulu gambar, pinjam kejap aje dulu, then lepas majlis, letak semula gambar dalam frame. tak perlu bazir beli baru :) tak semestinya Ikea. Ikea tu sbg contoh aje :) jgn sedih2 tau..

Nur Rawaidah Rahmat on July 15, 2010 at 2:58 PM said...

hehe thanks cik xora =) saya minta izin link post ni utk satu entry saya sbb ia bersesuaian. keep good work ! :))

sk on July 15, 2010 at 4:35 PM said...

rajin betul la xora ni bg idea kt kitaorg. smpi i rambang mata dah nak buat yg mana satu. tp suka dgn idea sahibba nih!! :D

famzmhj on July 15, 2010 at 4:56 PM said...

suka yang mcm dlm contoh sbbnye my wedding insyaallah akan ade byk kaler putih... mmg penah jumpa yang murah tp selalunye nipis jer, takut sahibba pieces tu tak muatla pulak... XD

ok, tak sedih2.. huhu. akan dengan semangatnye mencari. ^^

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates