03 December, 2010

Skrip Emcee Majlis Kami



Salam dan hai

Ok, saya memang tak suka emcee majlis saya. Noktah. Erm.. mungkin perkataan 'tak suka' tu terlalu kuat kot momentumnya. Ok, saya rasa emcee majlis saya boleh buat lebih baik daripada apa yang dia jalankan pada majlis kami tempoh hari (atau mungkin kah standard saya terlalu tinggi?), tapi tak apa la. Perkara dalam pakej dan diluar kawalan kami, jadi tak apa.

Setakat ni, penceritaan majlis saya sudah selesai ke makan beradap {Post} dan upacara memotong kek selepas ucapan daripada pengantin {Post}. Maka, post kali ini, saya nak kongsi skrip majlis kami bulan lepas. Dah ada beberapa email bertanyakan tentang skrip majlis kami, jadi memudahkan kerja, saya post terus skripnya disini ya.

Original skrip ni, saya ambil daripada skrip lama majlis abang saya dulu {
Post} kemudian saya ubah ikut majlis saya. Saya kurangkan penggunaan pantun berbanding dulu pasal saya tengok, emcee tak dapat nak selarikan skrip dengan pergerakan pengantin disebabkan pantun yang panjang.

Jadi pada sesiapa yang berkenan nak guna skrip yang sama, dipersilakan. Antara perkara perlu tahu tentang skrip ini:

1. Saya dah edit skrip ini mengikut penggunaan umum. Jika majlis dibuat untuk belah perempuan, nama pengantin perempuan dan ibu bapanya didahulukan. Jika bertandang, sebaliknya.
2. Kalau diantara slot majlis ada persembahan silat, tarian atau gamelan, masukkan mengikut keperluan majlis.
3. Skrip ini tiada slot menepung tawar kerana majlis saya tiada upacara itu.

-----------------------------------------------------------------

---------------
ALUAN JURUACARA
---------------

Pengumuman Juruacara:

SIREH BERLIPAT SIRI PINANG
SIREH DARI PULAU MUTIARA
PEMANIS KATA, SELAMAT DATANG
AWAL BISMILLAH PEMBUKA BICARA

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM

ASSALAMUA’LAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA

MERAFAKKAN RASA KESYUKURAN KE HADRAT ALLAH KERANA DENGAN IZINNYA, KITA DAPAT BERKUMPUL BERSAMA-SAMA PADA HARI INI.

SAYA BAGI PIHAK TUAN RUMAH, KELUARGA (Nama ibu dan ayah pengantin) DENGAN BERBESAR HATI MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN.

-----------
BACAAN DOA
-----------

Pengumuman Juruacara:

DIIRINGI PALUAN KOMPANG, PASANGAN PENGANTIN YANG SEGAK LAGI BERGAYA, YANG CANTIK LAGI MENAWAN, PASANGAN RAJA SEHARI; (Nama penuh pengantin perempuan) DENGAN PASANGANNYA (nama penuh pengantin lelaki)

TETAK BULUH PANJANG SEPULUH
MARI JOLOK SARANG PENYENGAT
ANGKAT TANGAN JARI SEPULUH
DOA DIMINTA BIAR SELAMAT

BAGI MEMOHON SERIBU BERKAT KE ATAS, DIPERSILAKAN ( Nama individu yang akan membacakan doa) BAGI MENGETUAI BACAAN DOA SELAMAT.

*Tamat bacaan doa

Pengumuman Juruacara:

MAHA SUCI ALLAH, PERKENANKANLAH PUTRA PUTRI KAMI UNTUK MENGIKUT SUNNAH RASUL, MEMBENTUK KELUARGA MUSLIM YANG BERPEGANG KEPADA AL-QURAN DAN AS SUNNAH.

-------------------------
TIADA MAJLIS TEPUNG TAWAR
-------------------------

DALAM MENCANAI SIBESI WAJA
DIBANDING SEGALA MALAH DIJAGA
MALAM BERINAI ADAT SAHAJA
BERSANDING PUN SAMALAH JUGA

MAJLIS MEMPERSILAKAN PASANGAN MEMPELAI BERANGKAT MENINGGALKAN PELAMIN UNTUK MAJLIS MAKAN BERDAMAI. DIPERSILAKAN.

----------------------
UCAPAN WAKIL KELUARGA
----------------------

* Juruacara teruskan dengan skrip selepas pengantin sudah duduk selesa.

Pengumuman Juruacara:

TAK MOLEK JIKA ADA ALU TIADA LESUNGNYA
TAK BERGUNA JIKA ADA DAYUNG TIADA PERAHUNYA
TAK LENGKAPLAH MAJLIS JIKA TIDAK ADA YANG BERBICARA

DENGAN ITU, MAJLIS INGIN MEMPERSILAKAN (Nama wakil) SELAKU WAKIL BAGI KELUARGA PENGANTIN UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN. DIPERSILAKAN.

* Wakil tampil untuk berucap

Pengumuman Juruacara:

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA (NAMA WAKIL) YANG MERUPAKAN (HUBUNGAN DENGAN KELUARGA PENGANTIN) DI ATAS UCAPAN YANG TELAH DISAMPAIKAN SEBENTAR TADI.

--------------
MAKAN BERDAMAI
--------------

Pengumuman Juruacara:

TUAN PUTERI TERSENYUM-SENYUM
MELIHAT LAKSAMANA BERMAIN RODAT
SENYUM-SENYUM JANGAN TAK SENYUM
SUDAH SEMPURNA SEGALA ADAT

SEMERBAK BUNGA SEROJA
DIBELAI DARA PINGITAN
LAUK PAUK PENUH SEMEJA
JEMPUT MEMPELAI MENIKMATI HIDANGAN

* Makan berdamai lebih kurang 30 minit

* Jika ada persembahan, tetapkan anggaran waktu persembahan dimulakan dan bila ianya akan tamat.

----------------
BIODATA PASANGAN
----------------

Pengumuman Juruacara:

SAMBIL TETAMU-TETAMU DAN PASANGAN MEMPELAI KITA MENIKMATI HIDANGAN YANG DISEDIAKAN, MARI KITA SINGKAP BIBIT-BIBIT PERKENALAN PASANGAN PENGANTIN INI.

(Nama penuh pengantin), BERASAL DARIPADA (nama negeri), MERUPAKAN ANAK (ke berapa daripada berapa) ORANG ADIK BERADIK. MERUPAKAN GRADUAN (pendidikan tertinggi jika ada) DAN KINI, BELIAU BERTUGAS SEBAGAI (jawatan) DI (Nama tempat kerja), ( Tempat/ Negeri).

PASANGAN BELIAU, (nama penuh pengantin)PULA BERASAL DARIPADA (nama negeri), MERUPAKAN ANAK (ke berapa daripada berapa) ORANG ADIK BERADIK. MERUPAKAN GRADUAN (pendidikan tertinggi jika ada) DAN KINI, BELIAU BERTUGAS SEBAGAI (jawatan) DI (Nama tempat kerja), ( Tempat/ Negeri).

KEDUA-DUANYA MERUPAKAN (cerita ringkas bibit perkenalan; kenalan siber ke, kenalan atas kenalan ke, rakan sekolah, rakan universiti)

SETELAH MENGENAL HATI BUDI MASING-MASING DAN MENDAPAT RESTU KELUARGA, MAJLIS (Merisik atau bertunang jika ada, beserta tarikh) DAN PADA HARI YANG PENUH BERMAKNA INI, JANJI SEPAKAT YANG TELAH DIBUAT TELAH DITUNAIKAN DI DALAM MAJLIS YANG PENUH BERBAHAGIA INI.

ALHAMDULILLAH, KEDUA-DUA MEMPELAI INI TELAH SELAMAT DIIJABKABULKAN PADA (tarikh nikah dan lokasi)

BUAT (nama pengantin ) DAN JUGA (nama pengantin ),
INGAT PESAN DALAM KHUTBAH NIKAH,
SENTIASA WARAS DALAM SUSAH
RAHSIA DI RUMAH JANGAN DI BAWA KE TANAH
DIDENGAR ORG JADI FITNAH
BANYAK SABAR BANYAK TABAH
INSYAALLAH RUKUN DAMAI SERUMAH-RUMAH.
SAMA BERINGAT PESAN DAN NASIHAT
PESAN ORG TUA MEMBAWA BERKAT
INSYAALLAH

* Tamat bacaan biodata mempelai, juruacara bebas mengacara majlis. Tapi perlu buat pengumuman dari semasa ke semasa berkenaan:

- Surau dan tandas (jika dibuat di dewan)
- Mengingatkan tetamu untuk tidak lupa menandatangan buku tetamu (jika ada)
- Warna baju tema keluarga pengantin
- .. dan lain-lain

-------------
SEKALUNG BUDI
-------------

Pengumuman Juruacara:

SEKAPUR SIRIH, SEULAS PINANG

MAJLIS SETERUSNYA, MEMPERSILAKAN KEDUA MEMPELAI UNTUK MENYAMPAIKAN SEPATAH DUA KATA.

* Pengantin berucap

MAJLIS MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA PASANGAN MEMPELAI KITA DI ATAS UCAPAN ITU TADI.


-------------------
MAJLIS MEMOTONG KEK
-------------------

Pengumuman Juruacara:

SIANAK DARA MEMAKAI LOKEK
LOKEK TERSANGKUT DIHUJUNG JULAI
UNTUK MAJLIS MEMOTONG KEK
JEMPUT PERSILAKAN KEDUA MEMPELAI

DENGAN INI MAJLIS MEMPERSILAKAN KEDUA MEMPELAI UNTUK MEMOTONG KEK.

* Pengantin berangkat ke meja potong kek

* Lagu pilihan pengantin dimainkan semasa majlis memotong kek
(Tajuk Lagu: XX)

---------
BERSURAI
---------

Pengumuman Juruacara:

HADIRIN YG DIMULIAKAN, KITA BERTUKAR KE ACARA TERAKHIR IAITU SESI BERGAMBAR. DIPERSILAKAN KEDUA MEMPELAI BERANGKAT KE PELAMINAN SEMULA BAGI MENERUSKAN SESI BERGAMBAR BERSAMA KELUARGA DAN SANAK SAUDARA DAHULU.

* Wakil keluarga masing-masing kumpulkan ahli keluarga untuk sesi bergambar

PARA HADIRIN YANG BERHAJAT MENGABADIKAN GAMBAR BERSAMA PASANGAN MEMPELAI, JANGAN MALU JANGAN SEGAN. SILA TAMPIL KEHADAPAN.

MAJLIS BAGI PIHAK TUAN RUMAH MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK MERAKAMKAN SEKALUNG TERIMA KASIH KEPADA SEMUA TETAMU DI ATAS KESUDIAN MERAIKAN KEDUA MEMPELAI. SEMOGA MAJLIS DIBERKATI ALLAH S.W.T DAN TERSEMAT DI INGATAN SEPANJANG HAYAT.

SAYANG SELASIH DI BUKIT DULANG,
DIPUTIK SEDULANG LAUT SEBANDI,
TERIMA KASIH BERULANG-ULANG,
SUDI BERSAMA KAMI DI SINI.

* Juruacara bebas mengendalikan majlis
* Masa ini kadang-kadang emcee ada nak buat sesi karaoke, jadi terpulang la pada kamu.

----------------------------------------------------------

Kalau mereka yang selalu baca post-post saya terdahulu, mesti perasan yang saya tak ada kongsi tentang layout majlis berbanding abang saya dulu {
Post}Sebenarnya, dalam kertas kerja yang sama, saya ada sediakan skrip ini beserta aturcara majlis, siap dengan siapa yang bertugas. Jadi dah tak perlu layout bagai. Lagipun layout tu sesuai untuk project manager majlis sahaja untuk memudahkan sekali imbas tentang tugasan yang ada. Memandangkan saya la project manager majlis sendiri, jadi saya tulis dalam skrip, memudahkan semua penanggah tahu dan peka dengan perjalanan majlis (walaupun ada tunggang langgang tapi tak apa).

Kertas kerja ini bukan asal daripada saya. Saya dapat daripada blogger lain yang juga terjumpa kertas kerja ini daripada Google. Skrip majlis kami diolah semula oleh seorang rakan baik, Jamali. Dia selalu jadi emcee untuk majlis-majlis, jadi pengalaman dia yang menyusunkan majlis kami untuk lebih teratur.



Pada sesiapa yang mahukan kertas kerja ini, boleh emelkan pada saya.

Post akan datang: Wajah ceria tetamu-tetamu kehormat majlis!





3 Disember 2010

67 comments:

Byzura Mj (By) on December 3, 2010 at 9:19 AM said...

thanks Xora. sangat berguna! Tapi kalau buat kat rumah, lain skit kan?? ada tips tak? Sebab By rata-rata pergi majlis kalau kat rumah.. tetamu tak dengar pun. huhuhu. Mungkin momentum untuk rumah tak sesuai dengan ucapan?

Xora on December 3, 2010 at 9:23 AM said...

majlis kat rumah lebih santai. jadi mmg tetamu selalu tak dengar. TAPI kalau diumumkan oleh emcee yg penganti nak berucap, confirm tetamu akan terus bagi perhatian. boleh aje bagi ucapan, jadi jadikan lokasi membantutkan kamu. mungkin pengantin boleh berdiri di atas pelamin dan berucap. background pun cantik dan semuorang dapat lihat (kes pelamin diluar)

Anonymous said...

nak ^_^

ila_2908@yahoo.com

tQ in advance.

lovelyadibah on December 3, 2010 at 9:45 AM said...

wah~..bgs la xora:) thanks tau for sharing..t dba nk guna skrip nie dalam majlis dba t:)

missAtiey on December 3, 2010 at 9:47 AM said...

good entri darlink.sngt berguna .thanks sharing :)

Lala on December 3, 2010 at 9:57 AM said...

oyay!! boleh copy!!hehehe
*mintak izin yah*

annie on December 3, 2010 at 10:52 AM said...

salam xora,
im your follower,tak pernah komen pun.Boleh tak ani nk one copy xora punya kertas kerja tu.
ni emel ani:neo_82001@yahoo.com
thanks alot ;)

siti said...

Salam xora,sekali lagi info yg besh n sgt
organize..:)
Tensen gak kekadang xdpt bce entri baru
xora kat opis sbb IT dpmt kami block
access to blogspot *bengang*....
Nway,nak jgak..leh email to
ctrohani82@yahoo.com..thanksss aaaa ;)

siti said...

Salam xora,sekali lagi info yg besh n sgt
organize..:)
Tensen gak kekadang xdpt bce entri baru
xora kat opis sbb IT dpmt kami block
access to blogspot *bengang*....
Nway,nak jgak..leh email to
ctrohani82@yahoo.com..thanksss aaaa ;)

fati on December 3, 2010 at 11:49 AM said...

me want tooo!! email to me pls!
thanx for sharing!

fatihiah@yahoo.com

Yuhaini Ayu on December 3, 2010 at 11:53 AM said...

Thx again xora.....

::Destinasi nurfadhilah :: on December 3, 2010 at 11:58 AM said...

salam..mmg kebiasaannye pengantin akan buat kerja lebih sblm majlis dan untuk pastikan majlis kita nanti berjalan seperti yang kita rancangkan. good job lah xora berjaya buat semua tu. :D
p/s: mintak share skrip and kertas kerja ye.

[fadh_diela135@yahoo.com]

cik senah on December 3, 2010 at 2:11 PM said...

Salamm..

Nak jugak skrip & kertas kerjamu ituuu.. :)
>>>> nurasyidah1981@gmail.com

Macih naaa.. :)

p.s: Baguih arrr Xora nie.. begitu tersusun skali.. :).. untung En. Suami..

Fara Atiqah on December 3, 2010 at 2:26 PM said...

hi xora,
thanks for sharing.
sy pun plan takde merenjis. tp akan ada pelamin. haha. suka part pantun2. ;)
skrip very simple yet complete.
mind to share it with me?
thanks.
hai_ika@yahoo.com

LittleSunshine on December 3, 2010 at 3:01 PM said...

wawawa..best best..boleh la share nnti..thanks darling...he3

Anonymous said...

wooww...nak jugak kertas kerja Xora :)majlis da nk dekat..tp blurr lagi nih...aiyaaa...watsukin@yahoo.com..
thanks sbb blog sgt membantu

akak gina on December 3, 2010 at 7:47 PM said...

saya mahu..cik xora..
sila email kat saya ekkk
baby.gina22@gmail.com

Diyana on December 3, 2010 at 8:14 PM said...

Salam Xora,

kalau nak gak kertas kerja tu boleh?tq!!! diyana.azlan@gmail.com

liana on December 3, 2010 at 8:49 PM said...

terima kasih sbb sudi sggah blog sy

aNis ZaiNal on December 4, 2010 at 2:58 PM said...

salam...xora.
thnx skrip tu... i copy tau:)
nak kertas kerja bleh x?
email i, aniszainal@gmail.com
thnx alot dear...

I'm LeGend on December 6, 2010 at 6:05 PM said...

nk paper work xora... huhu
lepas ni boleh jadik WP la u xora.. really adore ur writing... terase ada ditmpt kejadian :)

sarra+legend@yahoo.com

III bDkNaKaL III on December 7, 2010 at 8:41 AM said...

Puan Xora,

Sy suke skrip emcee awk...tersusun aturannye...sy mau kertas kerja nye boleh?.thnax in advance xora!

Xora on December 10, 2010 at 8:50 AM said...

dear all, harap pada mereka yang minta skrip ni, tlg check emel masing2 ya. kalau ada yg masih belum dapat, terus emel saya diaterimanikahnya@gmail.com

0sh!Nz d' sen0r!ta on December 10, 2010 at 1:18 PM said...

hai sis.. rindu blog ni since laptop buat hal plak lately. saya nak semua info dalam post ni boleh? ehehe. tamak okeh. ehehe..

email-butterflyorange.me@gmail.com

tqvm sis!!! sis memang terbaik!

Anonymous said...

dear xora ...
leh x share dis skrip emcee?
emel : ashrin_infinity@yahoo.com.my

thanks in advace dear :)

Asz Miza on January 18, 2011 at 10:25 AM said...

hi sis,

sy nak satu boley?

email : asz_neko@yahoo.com

thanks in advance.!

Anonymous said...

nak gak boleh...
as_avidnieda@yahoo.com.my

eicha on February 2, 2011 at 11:38 AM said...

hye xora...

tanx sharing..;)
bole x klau i nk copy u punya kertas kerja...
my email eastmanyza@yahoo.com
;)

Fardilla Fawzi on February 14, 2011 at 12:38 PM said...

Salam,

Selalu baca blog xora sebagai inspirasi untuk majlis sendiri.

Banyak info yang berguna, no wonder bole menang award kan. Hehe

Anyway saya pun nak jugak kertas kerja ni...

fardilla86@yahoo.com

Thanks

nadiAtika on February 25, 2011 at 8:09 PM said...

sis xora
saya pun mahu juga ye!
=)

nadiAtika on February 25, 2011 at 8:29 PM said...

lupe plak nk bagi email huhu
nutz20988@yahoo.com.my

farah said...

salam xora...
best tol bace blog awk ni..xbosan n byk info..
anyway, sy nk gk kertas keje...
cyclohexaneduck@yahoo.com...
mekacihh

NJA cyomel on April 12, 2011 at 1:29 PM said...

salam xora
dulu selalu jugak jadi silence reader here but now i already follow to ur blog.. can i get one copy of ur paperwork
nie email kita yea si.cyomel@gmail.com
thanks a lot..
muacchh.... ;)

Miss Nuraf on May 9, 2011 at 1:06 PM said...

aslmkum...xora..boleh emailkan x kertas kerja kepada nurafridayati@yahoo.com.
TQVM ya

Anonymous said...

thanks for the info.. nak mnx antakan kertas kerja sume kat saya.. are_you_91@yahoo.com..thank you so much

Xora on May 30, 2011 at 11:46 AM said...

salam semua

tlg check emel masing2, semua saya dah htr. cuma takut ada emel termasuk kt junk emel.

puteri279 on June 4, 2011 at 10:15 PM said...

assalam....sy nak gak kertas kerja nie....mjls sy dlm 3 bln lg...hu hu hu...kalu ada senang sikit...tq...nbn7761@yahoo.com

PERCAWANGAN on July 30, 2011 at 12:00 PM said...

Salam...
seronok baca n tgok majlis pkahwinan awak..teratur sgt...byk info bguna...hrp boleh dptkn paperwork awk utk rujukan majlis sy nnt...ni email sy
cupidlove_lien@yahoo.com

thanks..

Anonymous said...

salam, xora..sy pun nk copy kertas kerja ni..huhu..cuak dah lg sbln nk majlis br terhegeh2 nk pk pasal perjlanan majlis..kindly emel me @ mysoulmatelove@ymail.com
thanks a lot!!! ^__^

Xora on August 5, 2011 at 7:59 AM said...

Salam semua. tlg check emel masing2 ya, takut ada yg saya terlepas pandang dan masih belum dapat. tlg check juga di junk mail masing2 ya, takut masuk kat situ.

Utk Anonymous mysoulmatelove, saya dah htr 2 kali ke emel diberi tapi failed delivery. harap kamu dapat hubungi saya direct di emel saya ya?

Azwan Ismail on August 16, 2011 at 5:05 AM said...

Salam Xora,
Thanks for sharing those infos..informatif sqali tambah utk kitorg2 yg nak kawin ni =)
Nak minta copy paperwork ni dr Xora..
Email saya
vortexmai@gmail.com
Thanks!

SriwanieyRetroSillygal on October 12, 2011 at 5:16 PM said...

KAK XOra..
boleh emailkan ke saya gak tak..?

terima kasih..

sri.hazwani@gmail.com

Fish on October 13, 2011 at 7:50 PM said...

hye, boley emailkan kertas kerja ni? thanx... ;)

ct_piezah@yahoo.co.uk

Anonymous said...

salam.

boleh emailkan jugak kertas kerja ni? thanks :)

email saya: namia_lene[at]yahoo.com

Anonymous said...

salam k.Xora.ur writing really inspired me.:)

if tak keberatan, boleh tak shara layout penanngah and layout pengntin serta layout dewan tu? & kertas kerja. majlis saye di rumah.tp harap2 layout ni dpt mmbntu.
saye akn berkhwin hjg buln ni. so klu tak keberatan, k.Xora dapat reply asap. thanks ye kak.

Anonymous said...

e mail saye ff_antiseptic@yahoo.com..td lupe nk sertakan sekali. hehehe

Anonymous said...

sis nk share juge leh..email mimieglurz@yahoo.com.my

i n n z c h u b b y on November 28, 2011 at 12:53 AM said...

assalamualaikum...

hye, kak xora!

saya ni silent reader blog akak. saya mengikuti blog akak ni dari zaman akak mengendalikan kenduri kawen abang kak xora lagi sampai la skrg ni.

boleh tak akak share kan file kat email saya.

innzchubby@gmail.com

thanks a lot! :)

aLya on January 2, 2012 at 12:19 AM said...

slm. sy pun mahu kertas kerja tu! emel to me pls!! alya_syaqiera@hotmail.com
thanks alot muahmuah

~Hani~ on January 12, 2012 at 12:29 PM said...

sgt bergua..thx dear!!!pls email me kertas kerja tu ye..thx a lot..majlis sy 18/2 ni..event kt dewan..rasanye mmg sgt2 berguna entry ni..ni email sy ye : shah_honey88@yahoo.com.my

~Hani~ on January 12, 2012 at 12:31 PM said...

salam dear..sgt2 berguna entry u ni..majlis i 18/2 buat kat dewan so thx a lot ye..pls email me kertas kerja tu ye...thx a lot dear..honey_shah88@ymail.com

m U c h ! k on February 19, 2012 at 11:12 PM said...

Assalamualaikum hye xora.
I'm very grateful jumpe entry bergune sebegini. Mohon share ye kertas keje to my email darlene3110@gmail.com

May Allah bless you and family
Thankyou!

Anonymous said...

salam sis xora..
saya bru start bace blog akak..

mohon share kertas kerja akak..
sgt2 berguna..

tqvm
tasha
yipsha8588@yahoo.com

Anonymous said...

emelkan pada say.. terima kasih.

danhawaujang2707@yahoo.com

zayy said...

Thanks Xora... Really2 appreciate...
Maybe masa dah sgt suntuk.. Kalau bleh email kepada saya yer zai_leo87@yahoo.com.... tHanks for your attention...

Anonymous said...

MOHON SHARE YE....

syikin_hepygurl@yahoo.com.my

thanks :)

Miz Sharmia on September 24, 2012 at 4:05 PM said...

salam...i nak blh x xora....


sharmiazara@gmail.com

tenqiu.. ;)

Pn Syaima' on October 8, 2012 at 12:53 PM said...

salam sis, nak jgk boleh? syausj@gmail.com

Pn Syaima' on October 8, 2012 at 12:54 PM said...

salam sis, nak jugak boleh? syausj@gmail.com

farah said...

salam..skrg baru terbaca post ni. saya nak minta izin ambil info dalam entry kali ni..tqvm..

norfa said...

salam..sy nak minta izin ambil info dalam entry ni..tqvm..

Anieariff on January 8, 2013 at 4:49 PM said...

Boleh email dekat anieariff73@gmailcom..tq

Anieariff on January 8, 2013 at 4:49 PM said...

Boleh email dekat anieariff73@gmailcom..tq

durrah ithnain on April 19, 2013 at 1:21 PM said...

Hi.. boleh x email pada saya. info yg sgt di perlukan.

wannur_durrah@yahoo.com

Farhain Azmi on May 20, 2013 at 3:13 PM said...

Salam kak xora, blh x sy nk kertas kerja ni jg? mjlis sy bln 8. tq :)

Farhain Azmi on May 20, 2013 at 3:14 PM said...

opss lupa bg emel. ni emel sy farhain2010886686@gmail.com

thanx a lot :)

rozy rosli on May 26, 2013 at 12:01 AM said...

salam..boleh email pada saya dhia26@gmail.com & boleh saya minta tolong sekiranya ada contoh teks ucapan daripada pasangan pengantin...tq

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates