18 October, 2010

Intai Misi Sulit RS (Raja Sehari) I: Jubah Mandi



Salam dan hai

Ingat lagi tak Misi Sulit BG kira-kira dua bulan lepas?

[Post disini]


Sulit la sangat kononnnya~


Ini la hasil misi sulit tu. (Maafkan watermark buruk ittew!)



Inspirasi daripada post ini

Post penuh disini

Saya ke kedai sulam di Warta, Bangi untuk buat sulaman nama BRIDE dan GROOM belakang jubah mandi kami. Sebenar, misi ini sudah hampir tinggal misi pasal jubah mandi sangat mahal! Hampir beratus (untuk yang kualiti bagus). Sehingga la saya pergi ke Batu Pahat [
post disini], dan terjumpa jubah yang sama, tapi pada harga --RM 9.00. Serius, saya tak tipu! TAPI tali untuk bathrobe kami tiada *gelak jadi kena fikirkan alternatif lain sebagai peganti tali bathrobe. Rasanya kualiti fabriknya juga, mungkin tidak penyerap air dengan jaya, tak seperti jubah mandi yang beratus. Tapi pasal tujuan nak beli untuk jadikan props, jadi tak apa.

Alhamdulillah, memang rezeki kami, ada satu warna pink dan satu warna biru. Itu sahaja stok dalam kedai tu. Bathrobe ni tak labuh,cuma pada takat lutut sahaja. Ada hood, tu yang saya suka. Nanti keluar daripada bilik air, boleh tutup kepala dengan hood tu. Nak mekap masa majlis pun senang. Takda la terdedah sangat depan OP. Dengan ini, saya angkat jubah mandi ini sebagai persalinan rasmi ketika bersiap. Hihi.

Secara peribadi, saya suka jenis tulisan yang dipilih, tapi saya kurang suka saiz tulisan kat bathrobe saya. Pasal terlalu kecil (the bigger, the better!!). Saya ingatkan, 4cm tu dah cukup besar. Patut amik 8cm lagi cantik kan? Tapi tak apa la, rezeki saya pada 4 cm aje kot. Lagipun harga sulam pun mahal, jadi pilih ikut kemampuan. Yang penting, kamera OP insyaAllah masih akan timbul.


Saya suka tulisan D. Pasal nampak maskulin dan mengingatkan saya pada orang tinju. Saiz tulisan kami sama, tapi D nye nampak lebih menonjol kan?


Sebenarnya, masa ini bila fikir, rasa macam tak suka pula tulisan Bride & Groom. Kalau tukar Ratu dan Raja, pun best. Tapi tak apa la, layan aja.


Elok langsai misi sulit ini, saya terjumpa satu idea yang lebih murah dan praktikal untuk tujuan yang sama. Haih, kalau saya jumpa idea ni lebih awal, kan lebih bagus.. Nanti saya kongsikan apa idea tu ye dalam post akan datang.


18 Oktober 2010

20 comments:

farahfatihah on October 18, 2010 at 9:36 AM said...

wahhh itew rupanya =) nice!!! good idea!!

anaztasias einz on October 18, 2010 at 9:37 AM said...

suka la idea ni.xperlu cari jubah mandi mahal2 dan paling penting ada tutup kepala kan. love it. thanks sharing info =)

Meey@ on October 18, 2010 at 9:42 AM said...

xora!rm9?sulit betul ni!kt mn batupahat kamu beli ni?
last week saya ke tery palmer (betul ke eja.haha!) kedai yg jual towel and bathrobe niat hati nak beli bathrobe jadikan hantaran.sekali tgk harga..299, 399.juling mata saya kejap.haha..terus sambar towel!

Xora on October 18, 2010 at 9:45 AM said...

dear all: takde la sulit sangat pun kan? hihi..Meey@ BETUL, ni bukan Cobaan.. RM9 aje, beli kat BP, kedai mana ntah, kedai kecik2,nak cari benda lain, benda lain yg dapat :)

si kecil on October 18, 2010 at 9:48 AM said...

xora, sgt cool! batu pahat?? alaa..kedai mana plak nk terjah ni..
pakai riben je pengganti tali..

Xora on October 18, 2010 at 9:52 AM said...

SK, hei saya pun terfikir idea riben juga! tapi lepas tu, saya igt amik brooch besar. comel ada brooch kat tepi :P

fikaryna on October 18, 2010 at 9:55 AM said...

persediaan yg bagus utk bermekap..idea yg bernas..huhu.

si kecil on October 18, 2010 at 10:04 AM said...

ok juga tu letak riben..saya penah buat. ada baju blouse yg agak besar (mcm baju mengandung).. pastu saya lilit pinggang pakai riben, letak brooch besar kt tgh2...taraaaa..terus nmpk cantik. (perasan).

cKyN WaN on October 18, 2010 at 10:08 AM said...

uwahhhhh comel je!
kongsi la idea baru tu. boleh la kami2 y belum kawen ni guna pulak kekeke

Cik Belle on October 18, 2010 at 12:18 PM said...

suka la xora idea ni! =)

III bDkNaKaL III on October 18, 2010 at 1:11 PM said...

aina da pnh tgk jubah mandi nih..tp xingat ktne..btw, sgt cool...i ♥ pink blue!

keharumanku on October 19, 2010 at 10:15 AM said...

xora.....! sangat best idea ini...nak buat jugak.... u beli robe tu kat batu pahat or air itam?

Xora on October 19, 2010 at 10:17 AM said...

batu pahat. muktamad! :p

gorgeous ♥ on February 8, 2011 at 12:14 AM said...

salam pn xora =) i really lurve to read ur blog..sbb byk sgt info..tq so much tau! =) di kesempatan ini, fariha nk minta kebenaran guna idea jubah mandi brsulam ni dlm wedding i nanti..harap halalkan ilmu ni yek xora..u inspire me...may Allah bless u =)

miss puteri on February 10, 2011 at 9:50 AM said...

xora! put suke sgt idea jubah mandi.. kebetulan inche tunang pun dah beli siap dah jubah mandi. so, bolehkah kiranya put ingin mengunakan idea xora??hee..

my Wonderful Life on March 14, 2011 at 11:02 PM said...

kiutnyer...:)

miey anna on May 10, 2011 at 7:11 PM said...

idea yang sangat menarik ^_^

ketawariang on August 26, 2011 at 10:30 AM said...

batu pahat? tmpt sy tu...boleh x share tmpt bathrobe tu? nak pergi beli la... :D jahit nama tu kat bp jugak or kl?

Xora on August 30, 2011 at 9:46 PM said...

ketawariang, saya tak dapat igt nama kedai tu, tapi kedai bundle. dekat dgn area hotel Pelikan

ketawariang on September 5, 2011 at 9:46 AM said...

owh.... dkt bundle? rsnye mcm dah xde bundle kt ctu...tp nnt sy carik... :)

thanks tau!

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates