Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Persiapan: Prosedur. Show all posts
Showing posts with label Persiapan: Prosedur. Show all posts

23 August, 2010

Status Prosedur Pernikahan Kami: 100%



Salam dan hai

Alhamdulillah.

Dengan ini saya isytiharkan, status prosedur pernikahan kami sudah 100% selesai.

Pagi tadi, saya ke Shah Alam untuk selesaikan prosedur untuk belah perempuan pula.

Parking memang tak berapa heaven (atau mungkin pasal kami sampai sudah 9.30pagi), tapi asal jadi aje la letak kereta kat tepi. Prosedurnya begini.

1. Ada 2 bangunan kat situ, masuk kat pintu lobi utama, belok kanan. Terus ke kaunter pertanyaan tu. Bagitau nak ke Pendaftaran Nikah. Nanti sistem barter akan berlaku: kamu dapat pas pelawat. Dia dapat lesen memandu kamu

2. Naik lif. Lif sedikit gelap dan horror. Sampai nombor pun tak nampak. Pejabat di tingkat 6

3. Kamu kena guna pas pelawat untuk masuk. Kena TETET, cam kat opis tu. Tempat TETET ada kat belah kiri pintu masuk.

4. Masuk, jumpa orang pertama. Bagitau tujuan dan dia akan minta borang kamu. Dia selak, kemudian dia suruh kamu belok kiri, masuk bilik situ.

5. Masuk, terus ke kaunter depan. Staff kesibukan bincang persiapan raya. Tapi masih ada masa nak layan kamu dengan senyuman. Dia akan amik borang dan minta kamu duduk.

6. Duduk. Dalam kurang 15 minit dia akan panggil kamu (atau tertakhluk kepada berapa orang yang perlu dilayan sebelum kamu).

7. Pergi ke akak yang panggil kamu. Dia akan bagi kamu borang 4A Rekod Catatan Akad Nikah. Ada beberapa perkara yang dia sudah tick, yang itu sahaja kamu isi. Yang tiada, jangan gatal nak isi. Dia akan bagi sedikit penerangan. Dengar!

8. Kemudian dia akan tunjukkan Surat Kebenaran Nikah kamu (perempuan). Dia akan minta kamu periksa nama dan IC pasangan betul-betul. Boleh terjadi kesilapan manusia. Macam borang saya, tersilap eja nama D. Tapi cuma perasan masa nak keluar daripada bangunan. Dah satu kerja kena patah naik semula. Nasib D tak marah.

9. Jangan lupa bayar RM10 untuk borang tu. Sila sediakan duit kecik. Pagi-pagi, tau la baru keluar duit daripada Mesin ATM tapi tak perlu sangat pakai not RM50 ok.

10. Ucap terima kasih dan sila pulang ke rumah/ pejabat/ urusan lain.

Peringatan:

1. Sila bagi salam dengan semua orang yang kamu berurusan.
2. Sila pakai pakaian menutup aurat. Terpampang Zon menutup aurat OK. Semanisnya, pakai baju kurung.





D kata: Dah boleh kahwin dah ni B!

Yeah alhamdulillah. Lagi 68 hari InsyaAllah.


Lepas selesai urusan kami, terus ke PKNS Shah Alam. Nak terus cari songkok dan butang baju melayu untuk hantaran dan baju nikah. Nak ke KL, malas dan payah.

Dapat dan rembat. Tak perlu nak cerewet (walaupun butang melayu empat segi saya tak jumpa-jumpa *mad)

Ingatkan nak balik pasal D nak masuk kerja. Tapi tiba-tiba (dan-dan ni tiba-tiba) teringat kena beli kerusi untuk meja solek. Ayah nak beli kerusi kayu tapi saya tak mahu pasal saya tak mahu kerusi yang rendah. Saya nak kerusi tinggi macam masa saya buat trial mekap dulu. Sedap duduk, kaki tak cecah lantai.

Jadi terus ke IKEA.

Jumpa kerusi ni. Amik paling murah, RM39.



Masa nak balik, jam sudah pukul 2 petang. Hihi. D kena amik cuti terus yeay!

Ok, sekian sahaja kemas kini hari ini.

..erm.. pst.. rasanya macam boleh deko sikit kat kerusi tu. erm..... GOOGLE IMAGES!!


23 Ogos 2010

17 August, 2010

Status Prosedur Pernikahan Kami: 80%


Salam dan hai

Selamat berpuasa-- sudah seminggu kita berpuasa Alhamdulillah :)

Kali ni, saya menulis tentang prosedur pernikahan. Sebenarnya, setiap bakal pengantin akan melalui proses prosedur yang berlainan daripada segi pengalaman dan cabaran. Ada yang jalan mereka dipermudah, ada pula yang mengalami saat benar-benar mencabar pemikiran secara rasional (Bridezilla: Gear 1).

Tapi apa-apa pun, bagi mereka yang mudah jalannya, anggap itu rezeki. Yang menerima dugaan, anggap itu pembakar semangat ya?!

Kali ni, post saya berkenaan prosedur majlis nikah kami

1. Kursus kahwin

Kami dah amik kursus kahwin tahun lepas lagi, Julai 2009.



Kami amik di Putrajaya. Ini saya kurang dapat bagi komen pasal D yang uruskan semuanya. Ingat-ingat lupa saya, D sms orang yang bertanggunjawab untuk masukkan nama kami dalam senarai peserta untuk khusus. D rujuk pada
laman sesawang ini.

Tapi rasanya, kalau tidak mendaftar dulu pun tak apa pasal kebanyakkan peserta, datang terus pada hari tu. Cuma jangan lupa bawa salinan kad pengenalan siap-siap ya. Tempoh pendaftaran dibuka seawal 12 tengah hari. Lepas daftar dan bayar RM80, kami pun makan tengah hari di Taman Warisan (pasal makan tengah hari untuk hari pertama tidak disediakan. Sila tanya atau dapatkan tentatif kursus daripada pihak pengurusan dahulu tentang aturcara majlis pasal setiap penganjur, mungkin berbeza aturacara kursusnya)

Saya pernah tulis tentang kursus kahwin saya dalam
post yang ini.

Ingat ya, selepas selesai kursus kahwin, jangan lupa amik tahu bila dan dimana boleh ambil sijil kursus kahwin. Ada yang boleh terus dapat selepas tamat kursus dan ada yang kena tunggu seminggu kemudiannya. Dah amik nanti, jangan lupa hantar kedai untuk plastic laminate @ lapisan plastik kat sijil tu. Baru cantik dan terjaga sijil tu. Kenangan tu tau!

Seperkara yang lain, pastikan berapa tempoh sah sijil tu. Yang saya tahu (maaf kalau saya tersilap), tak semua kursus kahwin ni, tarikh sah seumur hidup. Ada yang tiga tahun. Jadi sila dapatkan maklumat betul daripada pihak pengajur. Pastikan sijil itu juga mendapat pengikhtirafan daripada Jabatan Agama Islam negeri.

2. Lokasi majlis nikah

Sebenarnya, ada sedikit isu tentang lokasi majlis. Ayah nak buat di rumah. Saya nak buat di masjid. Nasib ibu nye ayat kepada ayah "Biar la. Majlis dia, biar dia tetapkan kat mana nak buat" *hugs ibu! Jadi, masjid la lokasi kami InsyaAllah.

Lepas dapat persetujuan lokasi, baru pergi ke langkah seterusnya --kebenaran menggunakan ruang masjid. Proses nak menggunakan ruang masjid ni, tertakhluk kepada pihak pengurusan majid. Ada yang tak perlukan sebarang dokumentasi cukup sekadar janji mulut, tapi ada juga yang perlu melalui proses yang betul.

Hal surat menyurat untuk kebenaran menggunakan ruang masjid, saya serah kat ayah saya untuk uruskan. Dia kariah masjid tu, jadi dia lebih tahu selok belok pentadbiran macam mana. Katerer untuk majlis nikah pun ayah yang uruskan. Saya cuma bagitau ayah saya, majlis nak berlangsung pukul berapa dan hari apa. Itu sahaja. Saya mahu majlis diselesaikan di masjid, baik daripada akad nikah, tukar barang hantaran sampai ke jamuan. Mula di masjid, selesaikan di masjid.

Saya percayakan aje ayah uruskan dan bila dah tengok surat kebenaran, OK lega alhamdulillah.Senang hati.



Nota: Perkara diatas berkaitan majlis nikah yang tidak dilangsungkan di kawasan kediaman. Tapi bagi yang melangsungkan di rumah, antara perkara yang perlu kamu sensitif, antaranya tentang kebenaran untuk menutup jalan daripada pihak berkuasa tempatan (jika perlu) dan penggunaan khemah yang akan menggendalakan aktiviti jiran tetangga. Jangan lupa tanganinya dengan berhemah. Terpenting, sama ada buat di rumah atau sebaliknya, kena dapatkan persetujuan bersama tentang lokasi pasal nanti kena isi info pasal lokasi nikah dalam borang kahwin tu.

3. Ujian saringan HIV
Saya amik awal bulan 8, supaya tak lari sangat daripada tempoh 3 bulan sah sebelum majlis kami nanti. Saya dah pernah tulis ulasannya dalam
post ini.



Sangat mudah dan cepat prosesnya kalau kita ikut prosedur yang betul.

4. Surat kebenaran nikah (pihak lelaki)


Prosedur ni kena ke garisan-sedia-mula oleh pihak lelaki dulu. Mereka kena isi borang yang berkaitan, lampirkan dokumen-dokumen yang dikehendaki macam salinan sijil kursus kahwin dan IC saksi-saksi. Lepas tu pihak lelaki dapatkan tanda tangan penolong pendaftar nikah kariah dia. Kemudian, baru hantar borang ke Shah Alam (dalam kes kami)



Lepas pihak berkenaan proses borang, kemudian baru dapat surat Kebenaran Berkahwin Lelaki. Dalam surat tu, tertulis la nama korang dan pasangan, serta tempat di mana majlis pernikahan akan berlangsung.


Bayaran RM10 dan ingat, borang sah selama 3 bulan sahaja


Segala cop-cop yang diperlukan.


Dah dapat Surat Kebenaran Nikah lelaki, baru pihak perempuan boleh mulakan operasi yang sama.


Maka, baki 20% tunggu daripada pihak saya sahaja. Tak sempat lagi nak jumpa tok kadi kawasan saya. InsyaAllah, mungkin minggu ini cuba selesaikan.


Suka betul D bila saya bagitau, dia dah dapat surat kebenaran bernikah ;p

Nota: Saya kurang pasti, di mana nak dapatkan borang berkaitan pasal dalam kes saya, ayah saya yang pergi ambil untuk pihak saya dan D pergi amik sendiri untuk pihak dia. Mungkin ada B2B lain dapat tolong bagitau sumber, boleh kongsi di ruang komen. Kalau tak silap saya, borang juga boleh diperoleh daripada Penolong Pendaftar Nikah kawasan qariah masing-masing.


17 Ogos 2010



05 August, 2010

86 Hari Lagi



Salam dan hai

Post semalam saya ada bagitau saya akan amik HIV test [
post penuh]

Saya amik cuti separuh hari. Rata-rata, ramai yang kata tak perlu amik cuti pun, tapi saya amik pasal saya nak ikat riben kad lepas buat saringan HIV. Setiap masa amat berharga! (saya anggarkan, alau saya dapat ikatan riben 60 keping sehari, saya perlukan 16 hari untuk siapkan semuanya!)

D jemput saya dalam 1.50 petang tapi disebabkan trafik, kami sampai dalam 2.05pm sedangkan Klinik Kesihatan Seri Kembangan bukannya jauh daripada rumah kami. Saringan HIV test disini bermula pada pukul 2 petang dan sehingga 4 petang, hanya pada hari Isnin, Rabu dan Khamis. Kepada B2B yang belum buat ujian saringan HIV, tolong ingat untuk pergi ke Klinik kesihatan terdekat dan tanya dulu hari apa diorang akan buat ujian saringan ni pasal setiap Klinik Kesihatan, mungkin berbeza pada hari dan waktu. Ada klinik kesihatan yang buat ujian ni ikut jumlah berapa ramai yang mendaftar pada hari itu.

Terima kasih banyak-banyak pada B2B dan mantan B2B yang pernah tulis cite tentang proses saringan HIV pasal kalau tak kerana semua post-post tu, mungkin kami akan amik nombor dan tunggu giliran yang tak kunjung tiba ;p

Saya terus gesa D ke kaunter dan amik borang. Memang tak perlu beratur (tapi kena beratur la depan kaunter. Jangan potong barisan di kaunter tu!) Borang ni dapat percuma sahaja. Kalau boleh, bawa pen sendiri. Tak perlu terkial-kial depan tu karang tunggu giliran nak pakai pen di klinik.


Lepas isi borang (cuma isi maklumat peribadi macam tulis nama penuh, alamat, nombor telefon), hantar borang semula ke kaunter. Kami orang yang pertama *yeay

Duduk sebentar.



Tapi kerusi tak sempat panas lagi, staf dah panggil nama kami. Diberi nombor giliran. Terus ke tempat yang dia suruh tunggu, letak borang dalam tray, kemudian duduk tunggu dipanggil.


Sekejap sangat buat saringan tu. Tak sampai 10 minit pun. Tapi masa cucuk jarum kat jari, sedikit sakit banding masa
derma darah hari tu. Pembantu perubatan tu titiskan darah kat satu alat, tunggu sebentar kemudian dapat keputusan. Kalau tak silap saya, staf tu kata kalau negatif, akan ada garisan kat bahagian C-T. Kalau positif ada perubahan pada ruang D. Tu kalau saya tak salah dengar la.

Terus dapat keputusan masa tu juga.


Lepas tu, terus boleh balik. Kejap sahaja kan ujian saringan ni?!

D masuk pejabat semula dan saya teruskan kerja melangsaikan deko kad jemputan.



Nota: Dengan baki hari kurang daripada 2 bulan, sudah tiada lagi masa untuk saya mencari idea baru. Sekarang, masa kena digunakan sepenuhnya untuk laksanakan apa yang dirancang. Jadi besar kemungkinan post saya yang kemudian-kemudian ni, akan menjadi semakin ringkas dan semakin kurang idea-idea baru. Tapi kalau saya terjumpa idea baru, saya akan kongsikan disini InsyaAllah



5 Ogos 2010

04 August, 2010

87 Hari Lagi



Salam dan hai

Status saya: Gigih ikat riben pada kad jemputan


Siap 30 keping. Tinggal lagi.. erm.. erm.. 970 keping kad *haha.

Takpe. Sikit-sikit, lama-lama nanti habis juga. Naknya dalam bulan puasa ni, rasanya tangan lagi pantas buat kot.

Bulan puasa InsyaAllah nanti nak mulakan operasi minta alamat rumah daripada B2B lain (.. Dan juga mantan B2B & silent reader --kena tulis nanti Zaa merajuk ;p) *yeay!

Petang ni nak buat HIV test. Kena siapkan borang kebenaran nikah dalam minggu ini InsyaAllah.



Gerak pantas, pantas!


4 Ogos 2010

14 July, 2009

Kursus Kahwin


Salam dan Hai

Kali ni baru dapat update hal berkenaan khusus kawin yang saya hadiri baru-baru ini di JAKIM, Putrajaya.

Ikutkan kursus kawin ni ada di dua tempat, di JAKIM dan di Masjid Putra tapi disebabkan Masjid Putra ada renovation kat tempat ceramah, maka dibuat di JAKIM sahaja.

Siap ada drama penceramah tetiba kena sawan.. jadi panik juga la.. saya ingatkan orang Jakim menjerit pasal nasi makan t.ari lambat sampai tapi rupanya penceramah tu mendadak kena sawan. kali pertama nampak berlaku depan mata dan harap2 takmo tengok lagi cam tu.. Kesian!

Banyak ilmu dan pengalaman yang dikongsi oleh penceramah. Alhamdulillah, sesi kursus kawin saya memang seronok dan tak membosankan langsung. Mula-mula agak risau la sebab ramai kawan-kawan kata kursus kawin memang bosan dan mengantuk.

Benda perlu dibawa ke ceramah

1. gula-gula dengan banyaknya
2. shawl
3. Air mineral

Ada beberapa perkara yang saya nak kongsikan di sini:

1. Untuk pemilihan saksi untuk nikah, jangan sebarang pilih. Kalau dibuktikan saksi pernah fasikh, kena biarkan selama setahun baru dia boleh jadi saksi semula. Jangan lupa untuk test bacaan Fatihah samada lancar atau tak. Sebaiknya, mengikut kata penceramah, biarkan Tok Imam/ Kadi yang carikan saksi untuk pernikahan.

2. Peranan Mahkamah Syariah dan JAIS/ JAWI adalah berlainan. Ada kes-kes nak bercerai, pihak pengadu pergi ke JAIS. kemudian complaint ngapa kes beliau belum disebut-sebut. Sedangkan untuk rekod aduan dan dakwaan, hendaklah dibuat di mahkamah. Kalau ke JAIS/ JAWI, hanya untuk bantuan kaunseling untuk pasangan.

3. Seeloknya buat permohonan perkahwinan dalam 3 bulan sebelum kahwin diatas sebab takut ada perubahan tarikh atau perubahan nama pasangan. Tapi kalau pasangan kita polis atau askar, proses adalah berbeza dari orang biasa kerana perlukan pelepasan dan kebenaran dari pihak polis.

4. Istilah 'mengucap cicak' digunakan bila pihak perempuan meletak demand yang bukan2 dan tinggi kepada pihak lelaki.

5. Semua pengantin perempuan yang sudah berkahwin, sila ingat tips ini. Pada giliran kita tidur di rumah ibubapa pengantin lelaki, PASTIKAN handset anda telah charge penuh dan credit pun penuh. Ini adalah untuk memastikan, jika mak mertua nak menguji ilmu masakan anda dengan request resepi yang bukan-bukan, pastikan anda masuk ke bilik air dan buat panggilan pada emak untuk resepi. Jika tak berjaya, telefon kawan-kawan yang boleh dapatkan resepi dengan pantas dari Internet

6. 'Bacon' adalah nama baru untuk David Beckham--mengikut sebutan seorang penceramah dari Ghanu tersebut. Saya dok fikir apa la Bacon bakon yang disebut-sebut dia.. haiii.. david becham rupanya!

Selesai sudah fasa pertama untuk menuju ke perkahwinan. Cuma saya berharap, kursus kawin ni patutnya ada kan sesi soal jawab antara penceramah dan peserta. Banyak soalan saya dah siap tulis, tak tertanya.. haaiii

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates