Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

29 June, 2010

Menilai yang Lama untuk yang Akan Datang



Salam dan hai

Tak tau la kalau tips ni berguna atau tak, tapi ni pendapat peribadi saya; melihat semula gambar-gambar majlis dalam dewan yang sama mungkin boleh tolong kita idea kasar macam mana nak setup kedudukan dalam dewan. Sambil tu, boleh nilai sekali presentation katerer.

OK, sekurangnya bagi saya mungkin kerana kami buat di dewan yang sama, katerer yang sama. Melihat semula gambar-gambar dalam majlis abang saya hari tu, sedikit sebanyak dapat bantu saya ingatkan semula susun atur kedudukan dalam dewan macam mana, di mana yang kurang dan apa yang boleh diperbaiki.

Bukan mencari kesempurnaan tapi kalau dapat menutup apa yang kurang atau dapat betulkan sedikit keadaan, pun cukup la.

Gambar bawah ni pintu utama dewan. Bunga tu ada pasal sehari sebelum majlis abang saya, ada majlis lain disitu. Jadi untuk majlis saya, tak tau la pihak pengurusan akan letakkan atau tidak. Bunting kami, insyaAllah diletak di tempat yang sama. Hiasan kat atas pintu tu memang minit terakhir. Tu yang nampak tak nampak sahaja. Pun memikirkan deko DIY kalau rajin atau masa mengizinkan. Kalau tidak, biarkan sahaja. Majlis tetap berlangsung, kan?!



Ni ruang lobi dewan. Sudah belajar daripada pengalaman lepas, tak mahu terlalu ramai orang berada dalam ruang ni. Jadi kalau saudara mara nak duduk-duduk, kami nak letak kerusi kat bahagian dalam dewan, di belakangnya. Tapi tak tau la kot-kot mereka pergi angkut kerusi dan bawa keluar. Masa tu, memang tak dapat kawal orang pun kan. Kat kawasan lobi ni nak letak meja buah tangan, meja buku tetamu dan meja hadiah.



Ruang ni saya nak jadikan ruang letak buku tetamu. Kena minta caterer sediakan meja. Ingat bersebelah dengan meja buku tetamu, nak letak meja letak hadiah (cukup syarat sahaja *senyum*).



Dewan ni dewan serbaguna. Jadi memang la ada line badminton. Lepas makan boleh main badminton—beregu! Haha. Tak apa, abaikan sahaja. Memadai dewan ni memuatkan tetamu pada budget kami—itu keutamaan famili kami. Kerusi stadium kat kiri kanan dewan ni, tak pasti berada kat mana pasal baru-baru ni dewan ni mengalami ubah suai tapi tak tau kalau melibatkan ruang dalam dewan atau tak.



Red carpet amik daripada katerer. Jadi kali ni nak pastikan saya bawa selotape yang warna hitam tu untuk lekatkan hujung karpet, takut ada tersadung.


Katering amik catering yang sama, jadi rasanya deko majlis takkan lari banyak InsyaAllah.

Ikut pakej caterer, bunga meja beradap cuma kat depan pengantin sahaja. Pasal tu saya nak buat DIY deko sikit-sikit. Kalau nak upah orang, mungkin makan tiga-empat ratus. Tak mampu. Ingat nak buat permintaan kat caterer, gunakan warna ros warna champagne. Kalau tak dapat, apa-apa sahaja bunga warna putih dan peach.



Ni keadaan pentas dewan menggunakan lensa Mata ikan. Tabir dewan warna biru. Kurang pasti berapa kaki tingginya. Tapi dah tunjukkan kat vendor pelamin, dia akan cuba tutup pakai backdrop. Memandangkan saya dah batalkan pergola potong kek, jadi potong kek mungkin berada di sebelah kanan pentas. Tapi kedudukannya, nanti kena fikirkan.


Abaikan pengantin lama berseluar pendek. Scallop depan pintu masuk tu, tak pasti nak buat apa. Sama ada nak letak scallop atau lagi satu projet DIY. Yang pasti, tempat bunga rampai yang kecil di tengah-tengah tu, tak pakai dah. Saya nak pakai idea lain pula. Mungkin untuk memudahkan kerja, nak bincang dapatkan walkway tambahan daripada vendor pelamin. Kita tengok macam mana nanti.


Perasan tak scallop dewan kat belah kiri dan kanan ada yang terjatuh. Masa majlis ni tak perasan pula. Jadi ni kena periksa semula.


Ni meja potong kek, dalam pakej caterer. Saya nak minta kek fondant. Katerer kata, kalau saya amik cream, dapat tiga tingkat, tapi tak apa la. Saya nak kek fondant juga. Sudah ada projek untuk ini. Mungkin nak beli kaki kek untuk tinggikan sikit ketinggian kek. Rancangnya sahaja *senyum sumbing*.



Rasanya, itu sahaja ruang dewan yang penting untuk diambil kira. Yang lain-lain macam susunan kerusi dan meja, saya serahkan sahaja pada caterer. Mereka pernah buat majlis di dewan ni dah banyak kali, jadi rasanya percayakan sahaja pada pengalaman mereka. Biarkan mereka buat kerja mereka.



29 Jun 2010

5 comments:

hana yoriee on June 29, 2010 at 8:27 AM said...

memandangkan tempat berlangsungnya majlis kita adalah sama..hehe..saya tumpang take note semua perkara2 yg xora tulis dlm entry ni..hihi..thanks xora! =)

ryn on June 29, 2010 at 9:40 AM said...

bagus la awak ni xora... teliti
harap majlis nanti lancar

Kak Teeha on June 29, 2010 at 9:51 AM said...

saya pun buat blog kahwin sbb nk jadikan sbgai panduan masa depan..masa adik2 saya kawin nnt.spya dpt kurangkan perkara terlepas pandang..

walaupun dah lama kawin, baru terhegeh2 nak buat blog=)

farahfatihah on June 29, 2010 at 12:27 PM said...

hi xora, fara punya mjlis kat umah je...so ruang yg perlu diambil kira adalah halaman rumah itu je huhuhu

ashekeyn on June 29, 2010 at 9:27 PM said...

two thumbs up! heheh
quite details..
even mjlis sy kat rmh je, tp rasenya byk jgk ruang yg nak kena concern kot..especially kalu buat kat rmh, membe2 suka lepak2 dlu tunggu kwn2 lain dtg..tak pun diorg suka wat ala-ala reunion gitu..haha
so, as mine..1st though ruang kat rmh selain pelamin..kena reserve ruang utk tetamu lepaking...heee =)

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates