Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

14 July, 2010

Deko Jar Kaca


Salam dan hai

Tak tau apa masalah mental saya dengan jar kaca ni atau lebih mudah dikenali dengan nama 'bekas Mayo' ni, tapi saya amat sukakan jar ni! Sudah pastinya kerana:-
1. percuma
2. plain tanpa sebarang tulisan timbul pada kaca
3. kaca yang kukuh


Saya rasa, bekas mayo ni ada banyak potensi untuk dijadikan deko yang amat menjimatkan. Fungsinya pun pelbagai.

Kat bawah ni, antara gambar-gambar yang saya dapat satukan daripada gambar-gambar yang saya jumpa dalam google images.

Bekas mayo ni boleh dijadikan pasu bunga, bekas simpan krayon atau pen untuk meja guestbook, boleh jadikan tempat lilin (tapi saya kurang pasti kalau bekas ni tahan panas atau tak), sebagai letak gambar--dan macam-macam lagi--semua ikut kreativiti.


Walaupun bekas kaca ni jernih, tapi ada DIY kalau nak jadikannya bewarna, macam
link ini.

Saya pun sedang fikir deko pakai jar kaca ni untuk majlis saya nanti. Rasanya, dengan deko yang betul, tetap boleh tampil cantik.

Nanti kalau menjadi projek DIY saya untuk jar Mayo ni, saya akan upload kan post ya.

Kemas Kini Persiapan: Semalam lepas balik daripada kerja, tengok-tengok dalam bilik, ayah dah kemaskan katil. Abang saya Am cuti hari ni, jadi dah alang-alang. Huuuu.. tidur atas lantai. Bilik amat bersepah. Nanti ada masa, saya snap gambar.


14 Julai 2010

12 comments:

mama affan on July 14, 2010 at 8:11 AM said...

kalau dah lepas majlis..kumpul2 wat balang kuih pulak..huhu..

hana yoriee on July 14, 2010 at 8:27 AM said...

iskh..berguna jugak kan bekas2 terpakai ni..huhu..tp banyak dah dibuang..kalo tau boleh collect dr awal tahun..

Lala on July 14, 2010 at 9:16 AM said...

sweet jugak.. skrg ramai yg nak buat this kind of gift lah kan..

ada website kugeeku.com yang ada offer gift macam ni.

Moose on July 14, 2010 at 9:27 AM said...

xora, nama bekas ni mason jar. hihi.

i pun tgh kumpul2 mason jars ni gak. nak senang, beli spaghetti sauce banyak2, lepas tu makanlah ko spaghetti hari2, lepas tu dapat bekas. haha

Xora on July 14, 2010 at 9:34 AM said...

Ryna: wat balang kuih pun boleh, kalau nak bagi hadiah dalam tu pun boleh kan? bagi kat org2 kuat majlis :D

Hana: Takpe, masih sempat nak mulakan koleksi ni! :P

Lala: pasal mudah dan jimat kan Lala? Thanks utk url tu. baru nengok!

Moose: cam colgate, even pakai darlie, tetap ku panggil colgate :P so ni pun panggil mayonese pasal balang mayo cam tu hihih.spaghetti hari-hari, harus la kan lemak bertambah-tambah!

farahfatihah on July 14, 2010 at 10:49 AM said...

dear..xperlu belikan..sbb kita leh recycle botol2 mayo, etc la..huhu jimat!!! mudah kan! =)

Reen Tart Nenas on July 14, 2010 at 1:56 PM said...

suka yg macam dlm belog link tu yg die letak bunga daisy tu...
xora, nak pinjam eik bekas mayo ko tuh :)

Xora on July 14, 2010 at 2:09 PM said...

fara, haah, yg penting jimat. tapi jar mayo tu kena hias sikit la kan, letak riben ke kan?

Reen: apa kata ko nye diet mulai skrang, masukkan mayonesse? confirm la kan ko takkan kurus2 kan..

PurPLe LaDy AiFA on July 14, 2010 at 3:35 PM said...

kreatif! sy suka~ aah, penah dpt wedding gift dr member kawen dr kugeeku tue.. mmg buat hiasan je, centrepiece pon boley.. tp jgn jd macam i, lps majlis, semua centerpiece kne colek ngan tetamu.. huhu

puan nona on July 14, 2010 at 9:28 PM said...

xora dh siap beli katil ke xora?

Xora on July 14, 2010 at 10:18 PM said...

Aifa: kalau diorang curi botol mayo saya, tak tau la berapa size handbag mereka! :P

Nona: Ayah saya dah belikan. Saya tak tau pun rupa katil tu macam mana. ada lagi dalam kotak :P

Lala on July 15, 2010 at 11:23 AM said...

Purple Aifa: lala rasa aifa dpt gifts dari kugeeku tu kat natrah punyer wedding kat manjung kan?

coincidence natrah ialah ex-housemate lala!

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates