Salam dan hai
Terima kasih kepada Norzariza Rizwan yang menggenapkan bilangan pembaca tegar yang ke 200! Terima kasih juga kepada semua kawan-kawan pembaca tegar dan mereka yang lebih selesa menjadi pemerhati senyap, yang sudi bersama-sama saya dalam perjalanan ke tarikh 31.10.10 saya InsyaAllah :) Sudah lama saya tak mulakan post saya dengan mengalu-alukan kedatangan pembaca semua. Huu, teruk kan!? Sedangkan itu merupakan tradisi blog saya dari awal masa. Baik, saya nak mulakan semula tradisi mengalu-alukan pembaca tegar yang baharu.
OK, Topik pagi ni. Baru-baru ni, masa saya berborak dengan kawan opis, dia tanya saya "Bila majlis?". Saya macam segan nak war-warkan pasal masih awal, walaupun memang sudah ditetapkan.
Dia pesan kat saya "Nanti buat e-kad Save the Date ok. Senang nak reserve tarikh awal-awal."
Saya terfikir, perlu ke? Rasanya dalam budaya kita orang Melayu, memang takde istilah "Save The Date".
Tapi saya rasa, pendapat dia tu ada betulnya. Dapat tau tarikh cepat, senang la tetamu nak buat perancangan. Namun, kita hanya manusia biasa, tetap ada had kawalan kita terhadap sesuatu perkara. Walau macammana bersungguh pun kita nak hadiri majlis orang tu, kalau tiba-tiba ada perkara lain yang menyebabkan kita tak dapat hadiri, tak dapat buat apa juga.
Apa-apa pun, saya tetap rasa, macam suatu yang personal juga kalau kita usahakan. Kalau nak sesuatu yang lebih tradisional atau lebih ada personal touch, mungkin idea DIY Magnet Save the Date ni agak cool juga, tapi dalam budaya majlis orang Melayu, mahu pengsan nak buat dekat 500?? (mewakili 1000 tetamu--anggaran secara kasar)
Sumber: Projectwedding.com
Jadi pendapat saya, mungkin lebih praktikal kalau tukar magnet ni jadi hadiah untuk pengapit atau bridemaids, daripada buat Save the Date. Tulis nama mereka siap-siap dan ucapan khas daripada mempelai atas jasa mereka pada hari majlis. Pasal magnet macam ni, paling tidak pun orang akan letak di peti ais atau CPU komputer. Peratusan untuk dibuang memang rendah.
Nity, ko nak tak? Aku buat besar supaya boleh letak kat tengah-tengah board yang kita beli kat IKEA hari tu?? hihih.
Untuk Cara nak buat magnet ni boleh
klik di sini Jadi pendapat saya, mungkin lebih praktikal kalau tukar magnet ni jadi hadiah untuk pengapit atau bridemaids, daripada buat Save the Date. Tulis nama mereka siap-siap dan ucapan khas daripada mempelai atas jasa mereka pada hari majlis. Pasal magnet macam ni, paling tidak pun orang akan letak di peti ais atau CPU komputer. Peratusan untuk dibuang memang rendah.
Nity, ko nak tak? Aku buat besar supaya boleh letak kat tengah-tengah board yang kita beli kat IKEA hari tu?? hihih.
Untuk Cara nak buat magnet ni boleh
Berbalik pada perbualan dengan kawan tu, terus menyebabkan saya sudah ada idea untuk buat video sendiri untuk Save the Date kami. Buat pengganti e-kad. Kemudian letak dalam Facebook untuk Invitation. Video tu akan gunakan gambar-gambar pre wedding kami. Jadikan jalan cerita. Lagu latar belakang pun tetiba sudah saya pilih. Kena lagu yang catchy dan comel. Macam e-invitation paling cool saya pernah tengok dulu tu.
Dulu, D dah bagi pendapat, dia rasa tak perlu pakai slide show untuk majlis kami pasal dewan kami masuk cahaya matahari jadi gambar kat slide show akan jadi tak terang. Ni nak gamelan lagi. Takut terlalu banyak perkara berlaku dalam satu masa dan tetamu tak tau nak fokus kat mana. Jadi buat masa sekarang, kami memang tak mahu slide show. Satu-satunya cara kami nak kongsi gambar pre-wedding kami, adalah dengan buat video Save the Date.
Banyak lak idea datang sekarang ni. Tapi kena tunggu D balik daripada Perak akhir bulan ni, baru boleh bincang.
Oh ya, buat kawan baru yang emel saya semalam, bertanyakan pendapat dan idea untuk gift kepada kawan-kawan dia, mungkin boleh fikirkan DIY Magnet ni sebagai tambahan. Dengarnya, kat CM ada servis ni (kalau masih ada la). Orang tu hanya akan tulis ucapan kita pada mozek (mozek cam kat dinding rumah tu tapi bentuk kecil sedikir), magnet kita boleh beli sendiri dan lekatkan.
Hanya cadangan. Kalau kawan-kawan ada idea lain, jom kongsi kat ruang komentar ya?!
20 April 2010
11 comments:
kamu nikah n kenduri ari yang sama ker? 31.10.10?
tak. Nikah 30.10.10. sanding 31, majlis serentak. kenapa ya?
xora..vclip tu xleh bukak pon..huk..
btw..i agree with early invitation.especially to those that close..atleast diorg bleh plan..nk dpt tiket flight pon murah kalo booking awal2..kalo ade ape2 yg menghalang tu blkg punye cite..we did our part, so do they..so yg len tawakal je.
saya yg baru nk bertunang pun ngade2 invite awal..mula2 ingat nk wat suprise lah..dkt2 br nk invite. skali..tau2 ada yg dh plan nk pegi aussie..xleh jd ni..sblm lebih ramai buat plan..baik booked diorg dulu.
lgpon..e-day, mmg kecik je..for yg rapat2 je kan.
xora..war2 awal mudahkan planning kawan2 n tetamu yg nak datang..tp jgn terlalu awai..takut terlupa..normal kan..wink2..
sajer tanyer..sbb baru tau kamu kawen bila.. :-) so next year kita leh sambut ulangtahun perkahwinan sama2 yer..sbb saya pun nikah 30.10..tapi tahun jer beza.. i 30.10.09 u 30.10.10
xora, idea kamu sangat menarik! hehe.
idea yg sangt menarik !!! nak mgnet gak leh heheheh
wah..dasatla..ur followers sudah 200
SK: awat tak leh buka? serius ke takleh buka? cuba lagi lagi dan lagi..! takpe SK, majlis kamu buat aje ikut kemahuan dan kemampuan kamu ya?
Ryna: haah kawan saya yg lain pun igtkan benda yg sama. kita org melayu suka lupa :p
Nadeera: ecece.. cam kembar tarikh ye, beza tahun aje :)
Cik Belle: idea dari pakcik google :P
Farah: apa? farah nak buat magnet dan nak bagi kat saya? boleh boleh :P
Afira: ish, takde dasyat. org lain beribu2. tak layak ni lagi didasyati :P
hmm..idea bagus tapi mane nak beli magnet tu? Saye cube google tp tak dpt info sgt la. If Xora tau, leh inform ok...mcm nak try idea Xora ni huhuhu
Anony: itu la, saya pun tak pasti nak cari magnet kat mana. rasanya kat kedai stationery yg besar2 mungkin ada. atau hati kering, mungkin org yg buat kraf. boleh tolong. kalau saya dapat cari, nanti saya akan kongsi dalam blog ni ye?
Post a Comment