Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

12 April, 2010

Bekas Tembaga Kecil Saya


Salam dan hai

"Berangan ittew indah"-- slogan saya. Sengaja dieja "ittew" untuk menyerlahkan kegedikan.

Saya ada angan-angan. Kerana saya juga bakal pengantin yang biasa, diulit mimpi dan impian.

Angan-angan saya adalah untuk bagi cendera mata dalam bekas tembaga kepada tetamu-tetamu saya. Tapi bila kos jadi tembok penghalang, maka kena ubah rancangan, tapi tetap saya tak mahu korbankan impian saya. Jadi lepas difikirkan kos, satu-satunya cara untuk saya realisasikan angan saya adalah untuk berikan bekas tembaga ni kepada tetamu yang makan bersama kami di meja beradap.

Iye lah, bukan semua tetamu yang sanggup duduk semeja dengan pengantin, dengan makan mengadap semua orang, gambar tengah ngunyah, ternganga mulut atau perhatikan udang galah--semuanya akan diperhatikan oleh mata tetamu lain dan ditangkap dalam gambar. Tak termasuk lagi, nak makan, baru nak suap makanan, kena letak sudu ke bawah pasal nak bergambar (terutama pengapit).

Jadi, berbalik kepada angan-angan saya. Walaupun bekas tembaga kecil saya nanti tidak la halus buatannya, tidak la siap berukir-- sikit pun bukan macam gambar di bawah ni, tapi bila tengok gambar ni, sekurangnya dah dapat idea sikit nak hias macam mana.

sumber: Google images

Tadi ayah bagitau, bekas tembaga ikut size yang saya nak tu, takda dalam stok. Jadi tukang buat tu kena buat baru. Bila fikir, dah alang-alang tempah khas, baik ukir sekali nama. Tapi tak tau la berapa orang tu akan kenakan. Kalau terlalu mahal, mungkin kena batalkan sahaja niat nak ukir nama saya dan D.

Lagipun, yang saya nak cuma bekas tembaga kecil ni.

Harap saya berjaya dapatkan apa yang saya impikan ni. Kena tunggu sebulan lagi baru dapat tengok hasilnya.





12 April 2010

17 comments:

ashekeyn on April 12, 2010 at 9:29 AM said...

:))
jangan..!!
jangan korbankan angan2 itu..
nnt terkilan..hihi
cantik dan mmg praktikal bekas tembaga tu..
smoga ukiran nama tu tak memakan kos yg terlalu bsr n kak xora dpt ukir nama..waaah!! sgt spesel gitu..

as my dream jgk,berangan nk bg bakul kecil yg dibuat dari kulit manis tu..
tp mmndgkn org yg amik tempah tu sgt mark-up harga yg mnjdikn impian sy hmpir berkubur..
maka sy dgn bersungguh2nya telah wat sndri..huhu

tapi same la mcm kak xora,kuantiti utk vvip (org2 yg mkn kat meja beradab) ngn vip (kwn2 rapat,pengapit or dayang2 kalau ade nnt)..hehe

aCik GeE cHoMeY on April 12, 2010 at 9:54 AM said...

Menarik jugak kan...n so sweet kalau awak ukir nama...
nnti bile org lain dapat..
dorang akan teringat kan kamo...
saya rasa macam nak jugak la...jgn lupa adiah kan untuk saya ok:-)

Mrs.Qarlista on April 12, 2010 at 9:54 AM said...

great. jangan biarkan kos jadik batu penghalang. Biar ade walaupun sedikit. hehe. good. xora, angan-angan tu indah..jangan biar berkubur..at least, cube realisasikan..banyak ke sikit ke doesn't matter..mesti guests lain dok nyesal..ngape takmo rebut dok makan ngan penanten..dah miss goodies superb. hehe..

hana yoriee on April 12, 2010 at 10:18 AM said...

wow weee...mmg mengikut tradisi..gud gud.. =)

farahfatihah on April 12, 2010 at 10:45 AM said...

wahh xora..msti cntik kan bekas tembaga tu..kalau ukir nama lagi sweet..

Unknown on April 12, 2010 at 10:59 AM said...

banyak eh idea awk =)

Xora said...

Keyn: itu la. tetap nak gak bekas kecik tembaga tu :P usaha selagi tak mudaratkan saya dan kewangan. Gudluck ye dgn bekas kulit manis tu. saya pernah tengok dan cantik (wangi lak tu!)

Nad: Tu la, sedaya upaya nak realisasikan, kalau tak entah bila lagi kan?

Acik: hihi sempat dia request ye? :P

Hana: you know me very well :P guestbook songket ye :P eheheh.. cepat la bulan 6, nak gi booth mama kamu!

Fiza Zainal Abidin on April 12, 2010 at 11:46 AM said...

Dear...it doesn't matter mahal atau murah yg penting skali ianya dtg ikhlas dr hati awk kan :)

Xora said...

Cik Modus, takde la banyak idea saya. mmg nak satu tu aje :P

Fiza: seikhlas nak bagi bekas tembaga kecil, tapi harga mahal tapi tetap mahu usaha pasal .. (pasal letak 10 kat meja beradap, pengantin pun dapat sekali.. ahhahahahah..)

journey of a lady on April 12, 2010 at 10:12 PM said...

bleh tau range harge "itteww" :)
comel2 byk tu nk di decokan

journey of a lady on April 12, 2010 at 10:18 PM said...

owh i ade add ur link ye

beaucraft-ku on April 13, 2010 at 8:48 AM said...

cik xora: jom tgk2 doorgift menarik utk hari bahagia kat sini..
http://beaucraft-ku.blogspot.com/

Zainur on April 13, 2010 at 9:46 AM said...

memang sangat menawan...harga pon mesti la menawan...hehehe...

Cik Belle on April 13, 2010 at 11:48 AM said...

saya pon suke!!! macam ni nak sebok2 makan dengan pengantin la.. hihihi..

Xora said...

Journey of a Lady: saya depositkan dulu RM100. Kurang pasti berapa harga pasal kawan ayah yang uruskan di Kelantan.

Beautique: adik Hana kan? wah bagus muda2 lagi dah buat perniagaan.

Zainur: menawan dompet :P

Belle: ni nak duduk nak bekas tembaha ni! :P

Cik Belle on April 13, 2010 at 9:56 PM said...

alamak, xora dapat bau niat saya. hahaha. larik larik!!

hana yoriee on April 14, 2010 at 8:16 AM said...

hehe..a ah..beautique tu adik hana.. =) dia mmg minat bisnes dr kecik.

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates