Salam dan hai
Iye, saya masih disini. Ikutkan esok genap baby 40 minggu. Tapi masih belum ada tanda-tanda dia nak keluar. Seronok sangat kot duduk dalam perut ni. Berat pun dah 3.6 kg. Bukan salah ibu mengandung. Saya berpuasa seperti biasa, malah saya sendiri pun turun berat badan, cuma baby aje yang tambah berat badan.
Abang saya kata, berat bayi yang doktor kasi tu cuma anggaran dan biasanya masa timbangan adalah lebih berat. Jadi saya rasa ngeri. Tapi D kata, tak apa la. Yang penting sihat dan selamat.
Kalau baby tak keluar juga, saya kena induce 31 Ogos-- mungkin baby ni jadi baby merdeka? Mungkin boleh masuk suratkhabar kot berita kelahirannya nanti. Hehe.
Dikesempatan dapat menulis post ini, saya nak maklumkan pada siapa-siapa yang ada menghantar emel berkenaan kertas kerja majlis kahwin, mungkin saya tidak dapat melayan emel-emel tersebut buat masa terdekat ya diatas keadaan saya sekarang.
Sebenarnya, saya nak upload video yang saya sempat rakam masa baby gerak dalam perut. Saya rakam daripada atas. Pergerakan yang sangat aktif, boleh nampak perut saya ke kiri dan ke kanan masa dia bergerak. Nity sempat tengok video tu masa dia singgah ke rumah hantar rompers baby *dan pasal lepas tu dia outstation ke luar negara lagi. Keji la ko* dan dia rasa amat ngeri dan taksub. hehe. Korang rasa camne?
Perhatikan, minit ke 1:25, baby siap tendang tempat yang sama saya pegang. Ye, dia memang ada reaksi sebegitu. Tapi dengan saya dan D aje. Bila dengan orang lain, dia diam sahaja.
Buat semua pembaca blog Dia Terima Nikahnya, saya dan D ingin mengucapkan Selamat menjalani ibadat puasa dan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Saya ingin memohon maaf jika ada post-post saya yang menyinggung perasaan pembaca atau ada emel yang terlepas pandang.
Berhati-hati di jalan raya dan berhati-hati juga dengan juadah raya! :D
23 Ogos 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
26 comments:
selamat berpuasa dan selamat hari raya aidilfitri xora :)
semoga selamat melahirkan baby yang comel dan cute.
xora,baby ne mesti lincah dan pintar mcm bonda dia..sbb tu dia gerak laju je...suka tgk,tp xrasa sakit ke bila dia gerak tu?
saya bersalin 41 minggu.. kena induce pun takmo kuar jugak.. huhu...
saya doakan semoga you and baby sume selamat... :) this raya will be celebrated with the baby insyaAllah... salam hari raya! :)
Sweet: selamat berpuasa dan selamat hari raya juga buat kamu :D Iye doakan semuanya selamat ya buat saya dan baby InsyaAllah. Ha baby aktif dalam perut, tak tau la peelnya bagaimana bila dah keluar. Hehe. Time gerak tak sakit apa, rasa geli2 aje. Cuma kalau dia tolak lutuu dia ke siku dia ke, rasa nyilu sikit pasal boleh nampak daripada kulit perut kita.
Leonora: Tu la, doktor saya kata, kalau boleh dia taknak induce saya pasal takde sebab. Anak pertama orang kata memang susah sikit, pasal takde salurannya lagi. Doakan yg terbaik sahaja la kan?
Salam sis xora.
Semoga Kak xora selamat melahirkan permata baru dalam hidup kak xora & family.
Selamat Hari Raya juga utk Kak Xora ;))
rasa ngilu! it's like watching a sci-fi movie. cam cite species. masa alien nak keluar dari perut org. haha sorry xora, description sangat gore.
anyway, selamat hari raya jugak to you & family! semoga selamat semuanya, insya Allah.
Farrah: terima kasih :D selamat hari raya juga buat kamu dan famili
Moose: rasa ngilu dan mmg pun ngilu :P dan kita tak dapat nak stop. sukati dia nak gerak :P selamat hari raya utk kamu dan suami ya !
Yup berat doc bg estimate jer. Mcm asna 2 week b4 bsalin doc said berat baby dlm 3kg jer. Sekali kuar amik 3.8kg!!. Doc xsangka asna bleh bsalin normal. Klu ikutkan bdn asna nie kecik jer hehe.
lincahnya baby..semoa selamat bersalin yer :)
baby raya kot..
selamat hari raya
wahhh. sangat comel. semoga selamat semuanya ye. InsyaAllah :)
Salam Aidilfitri :)
wish raya macam artis la plak. nyampah.
hi xora...my baby pulak, kalao saya pegang kamera je, terus diam...aiseh...susah betol nak rakam...setakat ni, ada sikit je video yg dia gerak..tu pun gerak malu2 kucing...padahal, kalo xde kamera, amboi bukan main lasak...ajaib kan kuasa tuhan...
Asna: tu la yg akak ngeri. kalau estimated pun dah 3.6kg, kalau kuar berapa kg --pengsan~
Tqah: selamat hari raya juga buat kamu :D
Halisa: terima kasih halisa. selamat hari raya juge buat kamu
Reen: Ko jelez hapeee hall.. ok la, ko gi la buat post, nnt aku n laling menyemak kat page ko ye? :P
hai xora.. aktif nya baby gerak.. mine pun mcm tu jugak.. kekadang rasa naik senak.. setiap kali perut membuak2 tu.. terhibur.. tp kekadang.. cuak jugak.. =)
salam~
selamat berpuasa.selamat hari raya in advance.hehe
aktif btol bby die. dlam perut tak dok diam. suke tengok!~~
soo cute.. hee. suke tgok. takut pun ada he... selamat hari raya xora!!
Heee comel! Dah x sabar nak klua la tu kot. =D Hehehe. ^_^ Slamat hari raya Xora. Maaf zahir batin. ^_^
ya Allah..!!! baby sangat aktif..!!!! sangat2... boleh nampak ngan jelas.. eerr...ide nak kuar sangat dah tu kot..;p
ok honestly scary. n have the same thought mcm moose. hahaha..byk sgt tgk tv. semoga dipermudahkan xora!
wah... baby sgt aktif :)
selamat hari raya
semoga selamat melahirkan xora
tihihi. i suka tengok perut u gerak!!
sebab it's like mine.
abes terherot ke kiri kanan.
kadang2 ngilu, nak terkencing sampai..
tapi seronok.. =)
my case lagi kelakar, bila daddy dia pegang jer.. terus behave!
once daddy dia lepas, terus hyper balik!! pandai betul budak tu.. =D
btw, hope Xora selamat bersalin k.
nak dekat sangat dah time-nya..
all the best! insyaAllah.
MasyaAllah.... That's so awesome... Selamat Menjadi Ibu.... Selamat Hari Raya
xora! selamat bersalin. Insya Allah selamat semuanya :)
congretssssss Xora! baby aidilfitri!
selamat beraya & berpantang beb!
hehe :)
Ya Allah, seronoknya tengok satu lagi nyawa dalam badan kita bergerak. lincah tul. mesti best pengalaman waktu tu kan kan kan ;)
Post a Comment