Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

14 April, 2010

Songket dan Segala yang Tradisi



Salam dan hai

Masa dulu-dulu, saya pernah tulis
post berkenaan Buku Tetamu idaman saya.

Masa tu, memang dah set dalam kepala, mahukan PhotoBook.

Sehingga la baru-baru ni lepas saya baca post ni dalam
blog Hana. (Ye saya orang pertama yang komen dalam post tu. Teruja sungguh bukan??)

Saya mahukan Buku Tetamu ini kerana ianya diperbuat daripada songket. Itu sahaja sebabnya. Saya mahu terapkan unsur-unsur tradisional dalam majlis saya, jadi kehadiran Buku Tetamu ini amat kena dengan tema saya.


Sumber: Beaucraft

Baru-baru ni, adik Hana dah buat blog khas untuk promosi perniagaan famili ni di
Beaucraft. Boleh klik link tu untuk jalan-jalan, cuci mata.

Harga: RM300
Material : Pure songket and 100% pewter (all handmade)

Hana ada bagitau saya yang ada juga Buku Tetamu yang pakai material kain broked, harga lebih murah daripada pakej songket. Harga, size buku, warna dan hal-hal lain semuanya boleh dibawa berbincang. Untuk maklumat lebih lanjut, boleh hubungi
Hana atau terus kepada adiknya di Beaucraft.

Nak tunggu bulan 6 ni pasal Hana kata, bulan tu InsyaAllah mama dia akan buka 1 booth dalam Promosi Kerja Kahwin, di Kompleks Kraf Jalan Conlay. Jadi nak tengok buku ni dekat-dekat, nak belek-belek dulu, tenung-tenung dulu..

Jadi, sekarang kena kumpul duit. Berusaha! Ellfazira, mari kita sama-sama kumpul duit!

Pada saat kawan-kawan baca post ni, saya sedang menduduki Ujian Kursus Terjemahan. Doakan saya berjaya ya!

Nota: Saya tidak menerima sebarang bayaran daripada Hana atau Beaucraft . Satu-satunya bayaran yang saya nak adalah daripada Nuffnang. Tabung Nuffnang, sila la aktif supaya saya dapat kumpul duit beli buku tetamu idaman ini!!


14 April 2010

11 comments:

hana yoriee on April 14, 2010 at 8:29 AM said...

XORA, terharunye awk buat post utk blogshop adik hana (beaucraft-ku)..hihi..THANKS so much Xora for promoting our bisnes yg baru nak menapak dlm dunia blogger ni.. =)

InsyaAllah, jika takde aral bulan 6 nnt kite jmp k? kawan2 yg lain pun jemput dtg jenguk2 kami ye..

beaucraft-ku on April 14, 2010 at 8:36 AM said...

Cik Xora..mekaseh byk2 kerana sudi promote blog beaucraft.. ;-) nnt saya bg harga special utk cik xora kalau berminat k?

anyway, gud luck for ur test! doakan xora yg terbaik.

Hasnah on April 14, 2010 at 9:23 AM said...

asna xde nak buat guest book =)

farahfatihah on April 14, 2010 at 10:13 AM said...

wahhh xora..kamu mmg kena beli..sesuai ngan tema kan...so beli jgn x beli...hana pasni bg % sket yer sbb dah tlg promote hahahaha

beaucraft-ku on April 14, 2010 at 11:17 AM said...

kak XORA thx yea promote my beaucraft-ku..hehe...wish u all the best for ur test yea..=D

mama affan on April 14, 2010 at 12:46 PM said...

xora..selamat berjaya..

pastu buku 2 mmg cantik tp rege pun bole tahan..huhu..moga impian jadi kenyatan..

Iryani Azlan on April 14, 2010 at 12:50 PM said...

Xora, kelakar tak saya baru tahu beaucraft tu adik Hana punya. (padahal selalu baca blog dia and ber YM)Hahah... But anyway thanks for sharing.... Bagus betul kan support business another bride to be...Xora, nak YM awak, saya nak tanya pasal Dzull De Classique boleh tak ?

supersepet© on April 14, 2010 at 12:57 PM said...

oh yes mari kita kumpul duit muahhaha hana,kite pn promote jgk so nak discount herk3;p

Xora said...

Hana : takpe, semua benda kena bertatih dulu. InsyaAllah, bulan 6 ke booth mama Hana! hissh Hana, jgn susah2. ni nanti jenuh hana kena bagi promosi kat semua (Private Msg me ni utk harga diskaun ahaha).

beautique: Selamat maju jaya dengan perniagaan ye! oh, exam tadi amat teruk.. amat susah.. sakit hati dan leher. sakit zahir dan batin.. ahahah

Asna: takpe Asna, cuci mata kat sini aje

Farah: ahah.. saya promote ni takde agenda sembunyi. mula2 kan nak sorok takmo kongsi :P takut org lain beli sebelum saya-- dengki kan saya? :P

Ryna: sila klik nuffnang saya :P

Yanie: saya tak dapat online pasal kat opis ken block (i hate you IS department!!!!) jadi malam aje boleh. tapi nanti kamu emel saya id yahoo kamu? nanti saya add ye?

Ell: Ye, teman penabung saya! kamu lebih awal post tentang Beaucraft kan? mari kita tabung duit seposen.. dua posen.. dah ckup dah lima posen Ell?

harzharun on April 14, 2010 at 4:34 PM said...

dear....my kazen weding hr tu, dia bg bunga pahar d rpd songket!...i xamik gmbr kot..tp kalo x silap, bunga pahar tu ada lg kat rumah...of kos la my mom simpan...t i cr n amik gmbr letak kat blog...kot2 la u nak tgk...

sweetDesigncReative on April 15, 2010 at 12:13 PM said...

WEDDING GUEST BOOK

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates