Salam dan hai
Sudah lama saya tak kemas kini perjalanan "Dia Terima Nikahnya". Kadang-kadang, serba salah juga nak berkongsi. Takut terkompang lebih, bunyinya tiada. Jadi saya mengambil langkah selamat untuk tunggu dan lihat.
Tapi untuk rujukan saya dan D (dia pembaca senyap tapi saya tau setiap hari dia akan buka blog saya) saya post kan ni.
Senarai Semak
Bulan April, seperti mana bulan Mac, persiapan sedikit mendatar, tanpa apa-apa perkembangan. 5 perkara yang saya perlu siapkan:-
1. Senarai penanggah majlis
2. Reka kad kahwin
3. Penyelaras majlis (dah ada beberapa nama yang boleh jadi project manager :P)
4. Turunkan berat badan (masih ada 6 bulan untuk hasil yang dasyat!)
5. Senarai akhir tetamu (hari tu D baru kemas kini, jadi kena semak semula senarai tu)
Sepanjang 4 bulan persiapan dijalankan, alhamdulillah sudah banyak juga perkara sudah dilangsaikan. Tapi mesti la ada juga perkara yang lari dari rancangan, terkontang kanting tanpa hala :P
Barang Hantaran
Hanya yang merah masih belum diselesaikan. Lega juga pasal sudah tak perlu pening kepala pikirkan apa yang nak diisi atas dulang.
Untuk D
1. Sireh junjung
2. Buku agama
3. Baju melayu+butang baju melayu
4. Songkok+sampin
5. Kasut+stoking
6. Minyak wangi
7. Jam tangan
8. Kek
9. Coklat
Untuk saya
1. Tepak sireh
2. Mas kahwin+barang kemas
3. Sejadah+telekung
4. Kain Ela+tudung+brooch
5. Clutch+Heels
6. Set mekap+perfume
7. Coklat+buah
Hiasan meja buku tetamu.
Sebelum ni, dalam otak saya sudah bermacam-macam hiasan yang saya nak letak kat meja tetamu. Kalau hari ni sudah ada idea, hari esok pasti saya ubah, semata-mata terjumpa hiasan yang lebih cantik dan lebih moden. Memang tak pernah statik pilihan saya. Sehingga ke satu tahap, saya sedar, kalau macam ni la saya uruskan, memang tak kan dapat capai keputusan.
Jadi, lepas saya fikir-fikir, saya rasa ada baiknya saya selarikan sahaja tema majlis saya pada hiasan meja buku tetamu. Tema majlis saya bukannya moden sangat pun. Maka,langkah termudah dan klasik, gunakan barang-barang tembaga untuk hiasan meja buku tetamu. Dah selongkar almari perhiasan dan jumpa dua kaki lilin, dua set tepak sireh, tempat letak bunga rampai dan bekas renjis air mawar. Sudah dapat bayangan susunan. Jadi, rasanya sudah selesai perihal meja buku tetamu. Buku tetamu, tengah dalam proses dapatkan harga.
Buah tangan meja beradab
Majlis kami serentak, jadi memang tiada meja khas untuk mana-mana belah rombongan pun. Kedua-dua keluarga pun sudah setuju begitu, layanan sama rata. Cuma untuk meja beradab, saya mahukan bekas tembaga kecil, sebagai buah tangan tetamu dimeja beradab. Memandangkan meja beradab nanti nak DIY, jadi diharap kemunculan bekas tembaga kecil tu nanti, dapat mengisi kekosongan dan menaikkan seri hiasan meja nanti. InsyaAllah, mahu menghadiri majlis penting bulan Jun nanti, jadi mungkin dalam perjalanan ke sana, nak singgah kuala kangsar dan sungai perak,mana tau terjumpa sesuatu yang praktikal.
Persalinan Nikah
Saya berkira-kira nak hantar baju nikah untuk cucian kering di mana. Sebenarnya takut nak hantar :P Tapi lepas bincang dengan Nity, dia kongsi pengalaman kawan-kawannnya, kebanyakkan tidak hantar baju sebelum dipakai. Mana tau kain net teretas ke, tetiba mengecil ke. Jadi untuk elakkan apa-apa yang tidak diingini, baju nikah hanya dihantar selepas majlis. Jadi saya rasa, tu pun langkah yang saya akan ambil buat masa ini. Tudung nikah pun masih belum sempat dicari tapi sudah ada idea, memang tak mahukan tudung yang sarat dengan manik. Kalau boleh mahu plain sahaja pasal baju saya sudah terlalu berat maniknya. Kasut nikah pun belum sempat cari kasut warna ungu-pink.
Duit selepas majlis
Ini bikin hati saya sedikit gundah! Saya sudah letakkan sasarannya dan berharap dapat capai sasaran yang saya perlukan. Buat masa ni, memang tak terfikir untuk berbulan madu pasal ada perkara yang lebih penting menanti kami selepas majlis. Bimbangnya! Harap semuanya selamat.
Dekorasi Bilik Pengantin
Perkara ni yang paling ibu bising :P setiap minggu suruh saya kemaskan bawah katil :p Ye ye.. nanti.. nanti tunggu Nity datang dan garapkan idea :P
Sebenarnya masih banyak yang belum sempat saya senaraikan. Post ni peringatan untuk diri sendiri-- supaya sedar yang masih banyak belum diuruskan!! Sorry, tak dapat banyak dikongsi dengan kalian tentang persiapan saya :P
Baru masuk gear 1. Lagi 6 bulan sebelum majlis, jadi sudah boleh la masukkan gear 2 pula! Vroooooom!!!
6 April 2010

10 comments:
sayang, baru kite tau awak adik nawi ekk.. huhuuu. laaa apesal tk bgtau awal2 kekeke.. kite rindu karipap ibu kamu..! harituh pregnent ngidam kejap. tp x smpt nk order.. gudlak yer on the wedding planning..! kalau nk tips apape boleh je email kite.. ;p
Hihih.. takde la kak, saje aje muncul dalam diam :P karipap ibu masih jual.. nyums!!! (terliur tak? :P) haah macam tau2 aje kita nak tips utk majlis :P nanti kita emel akak ye bila dah dekat2 :P esp. bunga tangan huh fening.
owh barang bawah katil sy juga byk!! berhabuk2..adoi penat nk kemas tu..xlama je lg ni..
ada dlm astro aosis.. cerita tajuk sama ngan Title blog akak..
Dia terima nikahnya.
mcm asna rasa director tue tiru tajuk blog akak jer hehehe =))
Zeila: tu la, entah bila dok kumpul habuk!:P
Asna: eh, yg pelakon Rozita Che Wan tu ke? rasanya tajuk dia Aku Terima Nikahnya kot.. akak takleh terima nikah, jadi dia yg kena terima nikah :P
dear...bagus u fikirkan everything detail awal2 ni...for my weding hari tu, i x sempat buat guest book pun...dlm nak siapkan tu boleh tlupa sbb ada hal lain yg lebih perlukan phatian...huhuhu
hmmm..mmg info2 yg bguna buat bakal pengantin..hehe
inginkan pakej katering serendah rm6.90 per pax...lawati :
http://nazliezacanopycateringweddingplanner.blogspot.com/
i tag u dear..come to my blog..
Harz: wedding kamu dah cukup cantik saya tengok :) takde apa yg kurang :D
ok.JANGAN HANTAR BACA SEBELUM GUNA.sbr ye
Post a Comment