Salam dan hai
Tak tau zon waktu di Egypt, India, Jepun, Jerman dan Ukraine macam mana, tapi di Malaysia, sekarang belum lagi 8pagi.
Saya kurang tidur pagi ni. Semuanya gara-gara berduyun-duyun SMS dan PM yang saya terima di FB. Kali pertama saya SMS 2 jam tanpa henti (sakit oo jari jemari. SMS dengan D pun tak pernah sekerap ni!).
Lucu juga bila terima SMS daripada kawan-kawan yang memang jarang-jarang SMS, SMS yang bermula macam ni.
"Ei, ko dah tido ke?"
"Ko tgh wat apa tu??"
"Ko buka tak FB?"
"Ko kat mane?"
Saya tau tujuan mereka SMS. Semuanya atas alasan yang sama.
OK, terlalu banyak misteri. Jadi mari kita rungkai setiap bahagian penceritaan sebenarnya, daripada mula.
Petang yang ceria (pasal boss saya MC dua hari!! yeyay!!) saya balik tepat pukul 5 dengan gembiranya. Kemudian, terima SMS tulis
"Beb. Si Polan nye pre wed macam ko weh!"
Nasib tak terlanggar tiang masa saya tengah corner cucuk lagi OK.
Berkobar saya balik dan terus buka FB. Nasib la kelajuan Internet kat rumah tidak mengkhianati saya!
OK. Dah buka. Tergamam.
Blur jap.
Kemudian
*tet* SMS pertama masuk daripada sorang kawan sekolah.
*tet** SMS kedua masuk daripada kawan sekolah yang lain.
dan SMS seterusnya daripada pengirim yang berbeza (SMS saya takde la bunyi cam tu. Cuma nak bagi keseragaman bercerita :P)
Ok, dipendekkan cerita, macam ni kesnya. Ada seorang kawan sekolah saya yang menggunakan tema pre wed kembali ke sekolah, macam saya. Maka, kawan-kawan sekolah semua terkejut dengan tema yang sama.
Jangan salah faham. Tiada siapa ada hak mutlak terhadap tema ni. Saya faham pasal masa saya buat pre wed itu pun, saya bukan lah yang pertama. Macam saya tulis kat post yang ini. Saya antara orang yang menggunakan tema yang zaman sekolah. Cuma mungkin kerana saya dan si X pernah satu sekolah dan berkongsi kawan-kawan sekolah yang sama, jadi kawan-kawan kami perasaan persamaan itu.
Mungkin kalau si X bukan satu sekolah dengan kami, penerimaan mungkin berbeza. Kini, secara automatik, mutual friends kami beranggapan si X meniru tema pre wed kami. Jadi 2 jam saya kena reply SMS kawan-kawan yang teruja nak soksek tentang hal ini.
Penat ok, robot pun boleh jam kalau SMS tanpa henti! Dah atas katil, tapi kena reply juga dengan mata tertutup pasal kesian mereka dah SMS.
Pagi ni, tiada apa-apa perasaan pun. Semua perasaan negatif telah disalur keluar. Cuma mungkin simpati juga dengan si X pasal semua kawan-kawan sudah membina anggapan masing-masing terhadap dia.
Komen saya?
Seni dan idea adalah perkara yang sangat abstrak. Tiada hak milik mutlak.
Seperti yang Qis pernah tulis di postnya yang ini, "Imitation is the sincerest form of flattery".
Kalau kita cuba mengongkong sesuatu idea tu demi kepentingan masing-masing, teknologi takkan berkembang, kebudayaan tidak dapat disebar, ilmu tidak dapat dipelajari dan sifat kemanusiaan tidak dapat disemai.
Tipu la jika saya tak terkejut masa tonton video tu. Terkejut, tapi saya dah lepasi frasa itu.
Saya fikir, kalau OP saya sendiri boleh bagi sokongan kepada kawan dia, kenapa tidak saya? (sokongan hanya pada OP tu, bukan pada si X tu ye :p) Abang OP si X tu best dan saya pernah bekerjasama dengan dia. Dia memang berbakat besar dan saya tak rasa hal ini akan menjejaskan dia langsung.
Cuma saya rasa, si X mungkin kena hadapi realiti yang rata-rata kawan-kawan sekolah kami akan teringat pre wed saya dulu, sebelum pre wed dia.
Kadang-kadang jadi perintis ni, bagus juga ya :)
Bunga selasih di dalam dulang,
Dibawa orang ke negeri Kemboja;
Buah fikiran diambil orang,
Saya tumpang tertawa sahaja.
16 April 2010
18 comments:
ohohohohohoho!~hangat hangat hangat!!~~
huhuh suspen la xora ni hahahaha pasal tu rupanya yer heheh ngtkan xleh tido sbb pk pasal kawen...=)
hihihi biasa lah tu dear...specially benda yg related to wedding ni, kdg2 kita sendiri tak sedar idea kita sama dgn org lain :). As long as kita happy, that's the matter kan...
erm..kite mgkin akan aceept je..yela dah diye nak wat same jugak kan takkan nak halang jugak...tapi mungkin kite lebih terkejut bile kite tahu sebenarnye realiti si X tu bukan sebegitu..adeh!
itulah yg buat kite lebih tergamam!adoi..wat ever, u dah jadi perintis!hehehhe
hahahaha..(*mode sedikit jahat*)
saya rasa mau gelak kuat2..
proud of you xora! hahahaha...
hmm...marah gak..tapi cik xora bole control marah dia..then kami pun ok...tapi saya tak puas hati..realiti SI X tu bukan betul...bukan satu sekolah pun..tu yang hangin tu.. (oopss teremo la pulak :p)...ala kalau rajin google banyak je idea bole dicari dan dikembangkan lagi..
Ps : Cik Xora sayang, sila approve
ye comment saya..nanti saya
kurangkan pengambilan chicken
wing anda..hahahhaha
BPT: ye informer ku terhebat!
Farah: oh if pikir pasal kawen, saya tidor dalam senyuman tau :P
Fiza: yup! dan kita ada support system yg best, lagi happy!
Umie: Kawan kamu si A**** tu dari malam tadi dh cite semua tentang sejarah mereka :p. too many information!
SK: mood jahat, ada tanduk comel tak kat kepala tu? (sila gunakan jari kamu yg kecil tu buat tanduk jahat :P)
Shima: Cis, ko ugut aku ye.. ye aku approve, demi cikenwing ku tersayang. nyums!! cikenwing!! nyums!! aku tak dapat cikenwing kat BBQ ko, aku makan ko!!
cik Xora, kes cmni biasa la kn blaku.. maybe dia rasa dia berminat kut ngan theme yg cik xora pilih tu yg dia wat cmtu gak.. sy rasa pendapat sy yg kalo theme sama tp yg wat org lain2 mgkin hasil nye beza dan ikut kepuasan masing2 kn.... biasa la kwn2 kita kn suka hot story ni... :)
hangat topik imitasi nih..nad penah mengalaminya walaupun bukan wed nad..contoh si A buat theme xxx. si B pun nak buat theme xxx tapi mcm dah tawar hati sebab same theme and takut dikata org meniru si A. And i told her..
kalau setakat tema..tah berapa ramai yang dah selamat kawen dah pun dengan that kind of theme..any wedding pasti punye perbezaan kerana decor beza, family beza, environment beza, bunga telur beza, macam2 lah beza, kan..dan yang pasti, pengantin yang berbeza..setakat kaler atau tema..who really care?
oh. mungkin ade..but not all. :P
every immitation has its own beauty.
huhu..nnt mesti ramai lg b2b lain yg akan lalui ape yg xora lalui ini..hihi..kan?
Fiza: Betul. tapi itu la, pasal dia kawan sek, dan mutual friends kami sama, tu yg dgn saya2 kena serangan bertubi2 SMS :P
Nad: rasanya cam Nad penah tulis cite tu kat blog Nad, ke blog org lain saya ada terbaca. Tapi itu la, bila something tu terlalu berbeza, bila org lain aplikasi, terus semorang nampak benda tu ketara :P
Hana: kalau takmo alami, kena buat semua benda sorok2. tapi cam tu tak best gak kan Hana?
xora,
bace cite u tering kat my case since my wed date maybe rapat gak ngan my bro.. ma suggest bagi surah yassin mse majlis dia, but fara ngan cepat nye ngan suara agak tingginye (skang nyesal)..mane leh?? kan along nak bagi bende tu nnt. dahla tetamu nye same except kawan2 la kn. nnt dtg lagi dpt yassin lagi. mesti lak org berckap kan?
so my bro maybe bagi something mcm buku islamic jugakla..lupe name dia..
wah!! panas sungguh cerita ini sampai buat cik xora tak tido malam. biasa lah tu... idea diceduk, cuma kadang2 yg buat kita terasa bile diceduk oleh yang yang kite kenal, rasanya kalau strangers kite takkan terasa sgt.
pendapat saya, kalau sudah diceritakan di public mmg kene set kat otak bahawa ada kemungkinan idea ini akn dicedok, kalau ade kemungkinan kite akan terasa jika idea diambil, rasanya baik kita simpan sahaja idea itu. kalau kite perhatikan, ramai jer pengantin yang suke dgn design NGI, dan request pada dais decorator lain supaya buat design yang sama, tapi nama NGI tetap gah kerana originality nya. ppl will always remember the first, not the second. semua org hanye igt neil amstrong org yang pertama menjejak bulan, ade yang igt sape yang kedua???
biasa la kalo dkt2 sama tu kan... sbb mmg tak boleh lari drpd 'getting inspired' from some source... *kite ponnnn hehehe...
tahu tak apa yg akan ENHANCE imitation...?
- PERSONAL TOUCH. it will make it yours, in some way...
tp perasan tak hasil drpd perintis ni mcm ada aura je... like my 'Qistin & Asraf' framed-signage on the stripes wall... aura tak gah 'Bunga & Ashraf'...
*harapan... diorg tu sape kan... ahhaha
Fara: terlepas pitching suara ye? :P
Sya: Ye betul. Bila kita tulis secara terbuka, macam Qis pernah tulis dulu, memang untuk dikongsi. Memang kalau dia stranger, saya tak kisah. Tepat sekali kamu ni!
Qis: Ish, jgn kata cam tu. kamu tetap ada aura dikalangan B2B tau. BTW, dah tgk video kamu!! bila saya dengar lagu dalam video yg masa nikah tu pagi tadi kat radio, terus teringat video kamu!! see, kamu ada aura.. (* takut takut)
ye ke ko kesian kat si X tu? ye ke? ye ke? aku xcayeeeeeeeeeeeeeeeeee hehehe
Reen: ko tak tanya aku hari ni lagi :P Semalam petang tu lain cite :P skrang aku dah tenang :D
kita selaraskan adat dengan shariat. sesetengah adat dulu dibuat mungkin sebab jahil, kurang pendedahan agama, skrg ilmu tu mudah sgt dicari. so we dont just do wut we wanna do, instead kita reflect and selaraskan dgn alQuran dan asSunnah. jgn membazir, jaga aurat, jaga solat, ingat org miskin, tiada tabarruj mcm org jahiliyah, and so on.
as Rasullah said, tiada ketaatan dlm maksiat. even tu adat kita berkurun2. even mb melukakan hati org. even thats what we dream for all life. wallahua'lam.
may Allah bless
Post a Comment