Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

13 April, 2010

9 Perkara (Tak Cukup Lagi 1 Tapi Tak Apa)


Salam dan hai

Ada beberapa B2B yang emel saya, bertanyakan perkembangan persiapan majlis saya. Mungkin pasal kebelakangan ni, saya sudah jarang tulis tentang vendors saya dan perjalanan perkembangan majlis saya.

Bukan apa, cuma semuanya vendors alhamdulillah sudah ditempah dan bayar deposit. Cuma tunggu hasil kerja yang mungkin hanya dapat dilihat, 2H 2010 nanti (Kecuali baju nikah yang dah tersiap awal dengan jayanya) Lagipun, saya hanya mampu merancang, takut terkompang lebih, apa yang dicanang tak dapat dilaksanakan, sudah jadi satu umpatan.

Tapi demi mereka yang rajin emel saya, saya beri jawapan secara pukal ya. Bagus juga untuk rujukan saya dan D (Hai Yayang, B tau D silent reader.. Love you! Reply SMS B!)

1. Bunga pahar
Ahad lepas, kedua-dua ibubapa dah jumpa dan mereka sepakat untuk:-
a. Bunga pahar disediakan oleh famili D; telur pindang disediakan oleh famili saya (sumbangan dari kawan ayah). Ibu kata, bunga pahar mak D buat cantik, jadi saya cuma percayakan saja pendapat Ibu.
b. Akan ada dua kaki bunga pahar di pelamin. Satu lagi bunga pahar (kurang pasti bunga pahar atau bunga emas), diarak masuk oleh sedara kecil D, yang akan berpakaian ikut adat Perpatih (Mak D orang Negeri Sembilan)
c. Seorang sedara D akan diberi tugas bagi bunga telur di atas pelamin masa tepung tawar dan seorang lagi di bahagian lobi dewan, bagi bunga telur kepada tetamu yang berminat nak (pasal zaman sekarang, tak semua orang nak bunga telur. Jadi taknak paksa orang)

2. Silat
Ibu D ada nak buat jemputan silat, tapi pasal saya dan D nak amik gamelan, jadi budget untuk sekumpulan silat, lebih daripada budget kami. Jadi Plan B, mungkin sepupu D yang akan buat silat pengantin, bunga-bunga aje. Takde tetiba nak bertarung kat tengah tu. Aku geget kang! Tak pasal-pasal, aku lak yang buka langkah!

3. Katering
a. Sudah selesai perbezaan pendapat kedua-dua famili. Jadi lauk dan makanan sampingan masih kekal seperti dari awal perbincangan. Mungkin nak letak kerepek kat setiap meja pasal ada kawan ibu yang nak sponsor bekas dan kerepek. Jadi layan aje. Tak perlu fikir center piece lagi.
b. Saya dan D perlu berjumpa A.Arif untuk bincang kek fondant kami dan warna tema majlis. Tapi mungkin akhir bulan 4 nanti baru jumpa pasal D ada induksi seminggu, bermula esok.

4. Baju sanding
Tailor saya menunaikan umrah bermula dari minggu lepas alhamdulillah. Sempat hubungi dia sebelum dia berlepas dan dia sempat melazer saya.

Saya: abang, kalau baju saya tak meletop, saya letopkan abang!
Tailor: Kalau meletop, ko bayar abg dua kali ganda.
Saya: (mencik mencik!!) ahahahah

Dia bagitau yang dia hanya akan hantar sketch lepas dia dah beli kain. Dia takut kalau dia sketch awal-awal, nanti terjumpa kain yang lebih cantik dan idea datang, dia tak dapat nak brain wash saya. Hihi.

5. Meja beradap
Bekas tembaga kecil saya telah saya post dalam
blog ni semalam. Selain daripada itu, hiasan meja beradap mungkin hanya DIY yang tidak terlalu sarat. Mungkin nanti bulan 6 jalan-jalan, boleh terjumpa sesuatu yang bersesuain.

6. Berkat
Tradisi keluarga kami, mesti bagi berkat. Daripada majlis abang yang sulung kepada majlis abang kedua tahun lepas. Dah bincang antara ibuayah kedua-dua pihak, dendeng (Reen dan Laling, sila kesat air liur pasal aku tau korang amat suka kan dendeng famili kami :P) dan acar buah ibuayah akan masak dan packing kan. Buat masa sekarang, 20 bungkus berkat untuk saudara-mara famili D, 20 bungkus berkat untuk pasukan kompang dan 20 bungkus untuk saudara-mara ayahibu. Nasi putih untuk belah saya, tapi belah D, nak nasi minyak. Yang tu masih belum pasti pasal yang itu, mak D kena berurusan dengan katerer. Yang pasti, ibuayah akan bungkus lauk berkat siap-siap dan bagi 40 bungkusan kepada family D. 20 bungkus berkat untuk famili kami insyaAllah takde masalah kalau diizinkanNya.

7. Perarakan Masuk Pengantin
Kedua-dua ibubapa famili dah minta:
a. takde bunga manggar dibawa masa perakan pengantin. Saya setuju juga berdasarkan pengalaman di dewan yang sama, payah benar nak bawa masuk pasal pintu rendah, kemudian lagi satu hal nak cari budak lelaki untuk bawa (budak ye.. bukan bapak budak atau bakal bapak budak yang tidak berpakaian baju melayu walau sudah diberitahu --masih terasa bisanya daripada majlis abang saya yang dulu :P). Tapi saya tetap berdegil mahukan bunga manggar, jadi nak letak kat gate kat pintu masuk bangunan. Saya rasa, impak bunga manggar lagi cantik bila kena matahari, bersinar-sinar (harap hari tak hujan huhu)
b. Atas karpet merah, cuma ada sorang budak [yang dalam perkara 1(b)] dihadapan kami, pengapit di belakang kami dan pasukan kompang. Majlis kami majlis gabung, tiada rombongan dari kedua-dua belah jadi tak perlukan juga meja rombongan. Kalau ditakdirkan ada jemputan kehormat, kami cadang menjemput mereka makan di meja beradab.

8. Pengantin bersiap.
Sudah maklumkan pada famili saya, yang pada hari bersanding, saya dan D akan bersiap di rumah ibuayah saya. Jadi D akan bersiap dalam bilik abang saya dan saya dibilik saya sendiri (kalau satu bilik pun takpe pasal dah sah insyaAllah :p). Tapi saje nak pakai dua-dua bilik, untuk nampak kepelbagaian dalam gambar. Jadi bilik abang saya pun, kena bersihkan dan hias elok sikit. Lepas saya mekap, baru MUA tu akan siapkan D pulak. Pengapit lelaki (Hafiz, pinjam kereta ko :P) akan datang jemput kami dan Nity (Pengapit perempuan pun kena mekap sikit) dan terus ke dewan. Berdasarkan pengalaman masa majlis abang, rumah memang kosong lepas adik beradik saya semua ke dewan, jadi selesa la kami nak bersiap dan tiada siapa yang nak buka tutup pintu bilik (kecuali OP dan MUA)

9. Gamelan
Sudah call pengurus gamelan dan sebut harga mereka boleh diterima. D sudah bagi tarikh majlis, cuma nak tunggu bayaran deposit nak buat lepas D habis induksi. Harap tiada masalah InsyaAllah. Kalau diizinkanNya, saya kena buat perubahan aturcara majlis supaya DJ dan gamelan lebih tersusun, tapi tu bulan 5 la buat. Tak perlu terkejar pun.

Sekian kemas kini persiapan majlis saya. Semua ini masih tentatif dan terbuka untuk sebarang perubahan.




13 April 2010




17 comments:

-yani- on April 13, 2010 at 2:10 PM said...

bestnye kalau dpt jd tetamu kenduri xora hehehe
ape pun sy doakan semua berjalan lancar k..

sue'hn on April 13, 2010 at 2:35 PM said...

hai xora.. sgt detail ek planning u ni.. harap2 time sy nnt,sy pun mampu buat sedetail ini.. good job ye bebeh

adda_shariff on April 13, 2010 at 2:55 PM said...

hai xora..sori nk tanye gamelan itu brapakah cost nye? i was thinking to do the same so mana la tau gamelannye service nih ada standard price ke ape kan..hihihi..err..emel me lah ek.. syuhadashariff@yahoo.com

Elya Roza on April 13, 2010 at 4:19 PM said...

dear..MUA tu stand for ape yeh??sorry laaa mmg tak tauuuu ( malu malu..larikkkkkk )

cik fiza on April 13, 2010 at 4:51 PM said...

semoga perjalanan majlis cik xora berjalan dengan lancar yer... saya doakan.. aminnn...

MaZNi PutERi on April 13, 2010 at 5:11 PM said...

seperti tak sabar mahu ke majlis xora. tapi xora ke majlis saya dulu ya! hehehe

zielalala... on April 13, 2010 at 5:18 PM said...

tailor g umrah? mcm tau je..mula huruf'R' ke?

Xora said...

Yani: InsyaAllah, kalau ada rezeki saya jemput ya? majlis lama lagi ni :P

Sue: ish, takde la details sgt, cuma apa yg teringat ditulis :)

Adda: Adda, saya dah emelkan ye?

Elya: Saya rasa, maksudnya MakeUp Artis. saya pun perasan acronym ni bila baca blog B2B lain. takpe, takde benda nak malu, kita belajar sama2 :P

Fiza: * hugs* terima kasih ya!

Mazni: hihih.. insyaAllah, 1 mei bukan?! Bangi, nanti kan saya!

Zeila: Aiseh, rasanya kita cam serupa la.. :P

oshinz on April 13, 2010 at 6:22 PM said...

tak sabo nak tgk pic xora kawen. mesti meletops ni! adoiyai..

wani on April 13, 2010 at 8:26 PM said...

gamelan best!
hihi.

zielalala... on April 13, 2010 at 10:55 PM said...

ms entry xora yg dulu tu pn dh terasa org tu..tp sy amik pelamin..mula2 amik full pakej ngn baju sekali tp xjd.. :D

sall on April 13, 2010 at 11:16 PM said...

sall doakan semuanye berjln ngan lancar ya.

sue'hn on April 14, 2010 at 8:09 AM said...

terasa xsabar nk tgk gambar2 sepnjg wedding xora nnt..

sri seri on April 14, 2010 at 1:49 PM said...

sgt x sabo nk tggu majlis xora nanti..tp xora leh dtg majlis saya je...jauh la..kt johor...tp saya akan jemput kamu :)

Reen Tart Nenas on April 14, 2010 at 2:04 PM said...

ok ok mencikkkssss kat ko! berkat tu aku nak gak, tp nak dendeng jer...
wey, sila pastikan ada tempat utk letak tart nenas aku tu :)

MamaPatch on April 14, 2010 at 2:30 PM said...

planning yg sgt detail miss xora. hope everything berjalan dgn jayanya. wish u all dbest!

Xora said...

Osh: Ish! takde la meletop, majlis biasa2 aje. ni lebih imaginasi ni.. babab kang!

Wani: semestinya best kan?!

Ziela: Oh iye ke? dia pun ada tunjukkan koleksi pelamin dia. mesti cantik majlis kamu nnt Ziela!
Tapi saya nye baju, cuma mampu berdoa yg terbaik huhu.

Sall: terima kasih ya!

Sue: ish, lambat lagi majlis ni :P (kata nak sedap kan ati bila perasan byk lagi tak siap :P)

Seri: kalau ada rezeki, tentu aje saya jemput kamu ke majlis saya :) Majlis Seri tak lama lagi aje kan! bestnye!

Reen: aku buat2 tak nampak part dendeng. Tart nenas ko telah aku sediakan tempat utk dia mencemar duli hokey~ sila tulis skali contact number, senang org nak order!

Aisheteru: Saya takut juga ni, pasal bila details takut tuhan uji kan? :(

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates