Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

26 April, 2010

Pakai Spek pun Masih Cantik



Salam dan hai

Hai B2B semua. Macam mana weekend korang? Ada produktif dengan aktiviti pencarian? Saya cuma sempat ke Floristika di Bangsar. Tapi tak dapat amik gambar pasal sudah terang lagi bersuluh, ada gambar kamera dipangkah kat cermin kedai :P Jadi tak boleh amik gambar. Memang wangi la kedai tu. Tapi malangnya, tiada aura keterujaan menyelubungi saya. Mungkin pasal pergi dengan Nity dan bukan dengan D. Tapi sudah dapat idea untuk bunga tangan nikah, terima kasih Nity. Semestinya, bunga tangan saya adalah kombinasi warna sampin D dan takmo warna putih, nanti sia-sia aje pegang bunga tapi bunga tak menonjol dalam gambar.

OK, berhenti pasal bunga.

Saya nak tulis post seperti mana pada tajuk di atas.

Saya ada terima emel dari cik bakal bertunang. Dia tanya pendapat saya tentang nak pakai CL (Contact Lense) untuk hari bertunang dia atau tak. Dia pemakai spek yang tegar dan tak pernah pakai CL, tak kisah masa majlis makan malam atau kenduri.

Saya kongsi di sini, pasal mungkin ada kawan-kawan diluar sana yang masih berkira-kira nak pakai CL atau tidak.

Jawapan saya mudah dan statik: Pakai apa yang kita rasa selesa.

Itu paling asas. Saya faham, kita semua nak kelihatan cantik dan berbeza untuk hari majlis, baru la ada aura. Tapi, semuanya berbalik semula sama ada kita selesa atau tidak dengan penampilan kita pada hari itu. Dah pasti kita tetap mahu kekalkan identiti dan keselesaan kita. Kalau kita tak selesa, semuanya akan amat ketara daripada bahasa gerak geri (body language) kita dan seterusnya, diabadikan dalam gambar. Mesti kita tak mahu kan?

Jadi, berbalik pada soalan kawan muda kita tadi, jawapan saya, kalau benar dia nak cuba CL, jangan buat percubaan pertama pakai pada hari bertunang nanti. Kalau boleh, biasakan diri dengan pemakaian CL 2-3 bulan sebelum majlis. Supaya diri lebih selesa dan biasa dengan rutin pembersihan CL yang cerewet.

Untuk hari majlis, pakai la CL yang pakai buang untuk kegunaan 1 hari. Lebih selesa dan lebih kurang rumit untuk menjaga.

Ok, saya bukan ahli oftalmologi tapi dari sudut pengguna kedua-duanya, itu la nasihat saya.

Tapi, dari gaya emel kawan baru ni, saya rasa dia seperti kurang berminat untuk pakai CL dan hanya mahu kekalkan imej cermin mata dia. Mungkin juga dia takut nak pakai. Tapi apa-apa pun, saya rasa, kalau pun dia kekal memakai cermin mata pada hari bertunang dia, tiada apa masalah.

Dari cara dia bercerita melalui emelnya, dia ni saya kira seorang yang sederhana. Rancangan majlis tunang dia pun memang serba ringkas. Jadi saya rasa, tanpa kehadiran juru mekap profesional sekalipun, saya rasa dia boleh hias dirinya sendiri.

Boleh tengok di YouTube, cara bersolek untuk pemakai cermin mata. Ada banyak YouTuber yang kongsi cara-caranya. Tapi kat bawah ni antara tutorial yang saya rasa terbaik:





Sebelum mengakhiri post ni, saya nak kongsi gambar majlis pernikahan Dzurina Dzulkhaini (Wondermilk owner) dan Khairil Akhbar. Dzurina pakai cermin mata dan takda yang kurang pasal penampilan dia hari tu. Masih cantik dengan aura pengantin dan semua tahu dia la Ratu Sehari majlis.








Sumber:
Fadmanaf

Nota: Walau sekarang tudung sudah bermacam-macam fashion, saya tetap kekal dengan tudung bawal biasa sahaja. Tengok, Datin Norjuma tetap cantik tanpa tudung-tudung berfashion tu pun! (Budget diri cam Datin Norjuma :P)



26 April 2010

8 comments:

syaliz said...

saya setuju dgn pendapat xora, yg penting selesa,

hehe tapi saya perasan, saya nie akn senyum dgn lebih manis kalau pakai CL, konfiden mungkin.
yg penting cuba dulu biase biasakan akai CL utk kenal pasti pasti masalah kalau pakai CL,
mcm saya, mata saya kering, jadi kalau pakai CL senang blur ,
situasi bahaya siket kalau kat tempat aircond, selalu blur, kalau majlis kat dewan aircond nie, boleh tak nampak tangge, bahaya bahaya, sebab tu jugak kalau tgk wyg saya tak pakai CL, tapi kalau kat open air selalunye ok, cume kene berhati2 kalau angin tiup pasir masuk mata la.
kerana nak cantik punya pasal, saya selalu pakai CL kalau ade function di hotel dan photo session. tapi saya selalu pastikan kat handbag, saya bawk bekas tempat letak CL, solution dan spek, in case kalau keadaan teruk sampai terpakse bukak CL n tuka spek, semua ade. jadi pastikan semua ade kat beg pengapit, susah kalau tak nampak.

kepada sesiapa yg berhajat nk pakai CL, biasa biasakan pakai sebelum majlis berlangsung, untuk kenali masalah2nya, lain org, lain penerimaannya. lepas tu baru decide ok.

Xora said...

Syaliz! thanks! komen kamu ni dah melangkapkan post saya. maklumat yg setiap org yg nak cuba pakai CL perlu tau! ditulis dengan cukup baik Syaliz. Thanks!

zielalala... on April 26, 2010 at 9:20 AM said...

sy xpnh pkai CL..tp masa kawin nnti teringinnn sgt nk pkai..sy nk try pkai sebelum kawin utk biasakan mata ni..

xora wat sndri ke bunga tangan? sy tgh pening psl bunga tgn ni nk upah org ke x..psl sy mmg xreti lgsg n xkreatif..hehe

Xora said...

Ziela, saya masa kat floristika tu, diorang jual dalam satu jambak penuh. yang saya berkenan tu, bunga sweet william. drpada susunan bunga tu, dah cantik dan tak perlu tambah bunga lain. tu yg igt nak buat sendiri aje. Saya nak upah org, mahal benar la Ziela diorang amik. Jadi saya ingat, baik belajar dari youTube :P

Ibu Najla on April 26, 2010 at 12:10 PM said...

dzurina nampak cool giler pakai spek bingkai hitam camtu...chomel!

zielalala... on April 26, 2010 at 12:40 PM said...

oo yeke..berape ye..klau xnk bgtau hrga kt sini emel ye..tau kn emel sy..hehe

Elya Roza on April 27, 2010 at 12:44 AM said...

ikut keselesaan masing2...pakai spek pun kalao pandai ebrgaya..tampak manis jugak:)

sumpit on April 27, 2010 at 1:11 AM said...

yup, i wore glasses on my engagement day, even planning on wearing them on solemnization (ni mmg pemakai spek tegar la ni), tp maybe CL for the reception.

Nak selesa is one thing, another sbb saja nak variety hehehehe

Tp for first timers, kena practise la pakai sbb kalu x biasa n mcm syaliz ckp tu, aircond kuat, it'll become dry n bole senang keluar dgn sekelip mata (literally ni, based on my own experience) :D

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates