Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

10 November, 2009

Biarkan Saja


Salam dan hai

Serius, saya bukan seorang yang simple.

Yang kenal saya di dunia nyata, tau saya bagaimana orangnya.

Kalau baju takde manik, sanggup saya jahit manik. Kalau ke majlis, takkan tinggalkan rumah tanpa makeup dan smokey eyes.

Tapi, bila saya putuskan, tak mahu sebarang majlis tunang, ramai juga bertanya dua kali. Bila saya katakan, 'tak tunang pun, terus kawin', mesti bunyi 'HA??' akan saya dengar.

Mereka memang bukan salah dengar.

Ye, saya memang tak mahu sebarang majlis tunang. Tapi bukan bermakna saya tidak bertunang kan?

Syarat tunang bukan la terletak pada cantiknya baju baru, hebatnya mak andam, enaknya katerer, gah nya barang iringan atau betapa profesionalnya camera men.

Nasib kedua ibu bapa saya amat setuju. Saya tau, kalau saya minta nak diadakan majlis kenduri, siap ada pelamin mini, baju baru, jemput sedara mara dan kawan-kawan, pasti ayah ibu takkan tolak dan akan turutkan aja. Tapi entah, saya memang taknak.

Sama sekali bukan mahu menyendiri.

Jauh sekali bukan kerana kos.

Cuma saya menolak.

Ayah la orang paling lega bila saya katakan, saya memang tak mahu sebarang majlis. Malah, ayah kata cukup cincin aje sebagai tanda.

Tak kisah kalau ada yang rasa dan fikir, saya akan meroyan di kemudian hari bila takde gambar kenangan, bila tak rasa geletarnya jari disarung cincin oleh bakal mak mentua, takde barang-barang dan baju tunang sebagai sentimental value. Tu semua bisikan semata.

Yang saya mahu, pada hari mereka datang, saya cuma mahukan kedua ibu bapa saya, ibu bapa dia duduk di ruang tamu berborak...

...Dan saya hanya t-shrit di dapur, sedang memasak untuk mereka

Sebab tak semua kita berpeluang nak rasa pengalaman cam tu :)

Biar lah, sehari dalam hidup saya, saya dalam keadaan amat sederhana untuk mereka yang amat istimewa dalam hidup saya.

InsyaAllah :)

Doakan yang terbaik untuk saya!

11 comments:

Unknown on November 11, 2009 at 9:44 PM said...

slm

skrg awk concentrate utk mjlis awk pulak ek?

;)

xora said...

hihi.. yup insyaAllah. walau pun lama lagi, tapi baik prepare awal2. Tak berani amik risiko

mingming said...

samalah kite xora...
saya juga tak buat sebarang majlis utk tunang...hanya perjumpaan kedua org tua borak2 kat ruang tamu. tiada juga dulang hantaran, tidak make up, tiada baju khas, cukup hanya membawa cincin aje :)


tp itu semua tidak bermakna kite tidak serius dgn perkahwinan kite,kan...

xora said...

MM: yea.. so far dah 3 org saya jumpa begini :) yg bestnya, benda ni bagi saya kelebihan. sebab walau apa pun saya nak masa wedding saya, takde sapa boleh halang '.. dia kan tak tunang. biar lah dia' hihihihii

Anonymous said...

ooopsss...aku bertunang la :p

Moose on November 13, 2009 at 10:52 AM said...

both of us pun nak macam ni.ni special majlis for bertunang since we've known each other for 7 years already.kenapa nak delay dengan bertunang semua?we just want a simple majlis merisik/meminang where his family come and meet my family.kalau his side nak bagi cincin tanda or something else,thats enough with me. :)
and hopefully we can get what we want.insya allah.

xora said...

Moose: totally agree with you!! Yup, dah kenal lama. raya pun datang. Mak dia jumpa mak saya kat kenduri kawin pun dah boleh borak-borak pasal sakit migrain. (makcik2 mengatakan saya melanggar adat -- hahah.. saya mmg suka langgar adat yg saya rasa susahkan saya! :P) kalau dia bagi cincin hari tu, saya pun akan bagi blasan, tapi tanpa dulang, tanpa hiasan. Cuma hamper biskut dan kek aje .. yg kami buat sendiri.. :) :)

harzharun on November 16, 2009 at 12:20 PM said...

-Yang saya mahu, pada hari mereka datang, saya cuma mahukan kedua ibu bapa saya, ibu bapa dia duduk di ruang tamu berborak...

...Dan saya hanya t-shrit di dapur, sedang memasak untuk mereka

Sebab tak semua kita berpeluang nak rasa pengalaman cam tu :)

Biar lah, sehari dalam hidup saya, saya dalam keadaan amat sederhana untuk mereka yang amat istimewa dalam hidup saya.-

rs cam touching lak bc dat ayat..ermm...gud 4 u xora...u pun dh lm kenal kan...
tp i kne tunang, i know my arjuna juz end of mei dis year...so i think, tunang insyAllah akan menjadikn i lebih kenal dia n his family walaupun ptunangan kami nnti mebe singkat jugak...

xora said...

dalam islam pun (betulkan jika saya salah) pasangan dianjurkan bertunang sekurangnya 6 bulan sebelum tarikh nikah kan? tapi cm saya, tunangnya memang ada, tapi takde la majlis bagai semua. Saya memang takmo majlis :) Harz, awak tunang pun, kan best. ada kenangan :) takpe, kadang2 time dah tunang org kata, baru nampak sikit2 true colours :p

dh0bit on March 16, 2011 at 5:57 PM said...

t0uching entri neh..dah 2-3kali view bl0g ni..tapi hari ni yg paling lama..hahaa..n_n

Anonymous said...

Salam xora,

Tq for sharing. Indeed, blog awak memang diabadikan untuk bakal pengantin :)

I'm one of them. Tak tahu kenape bace entry awak one by one.. tapi this one sangat amat sweet.

Majlis tunang saye bermajlis (eh?)

Tapi,hari merisik tetap saye rase yang paling istimewa. Sebab tunang datang, hantar cincin risik berteman adik beradik dan disambut Ayah mak yang terpinga-pinga. Inikan lagi saye. :")

Memang tak de gambar bukti hari merisik. Tapi yang saye tahu, he is the man!

Semoga bahagia selalu Puan Xora~

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates