Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Majlis Abang. Show all posts
Showing posts with label Majlis Abang. Show all posts

12 February, 2010

Post Super Duper Basi


Salam dan hai.

Takde post lebih super-duper basi dari post ni :p

Ni gambar wedding kawin abang saya hari tu.. ermm... Ok, 3 bulan yang lepas :P. Hihih.. K.Rina pun dah mengandung.. Semalam baru saya sempat nak amik CD ni dari A.Rashdi. Kalau korang ikut perjalanan blog saya, pada mulanya saya nak A.Rashdi jadi OP, tapi dia sudah dibook pada tarikh abang saya kawin. Tapi dia tetap amik tanggungjawab untuk editing dan sediakan album, cuma gambar abang Yus yang akan amikkan.

Masa first time jumpa A.Yus, saya rasa dia dan A.Rashdi hampir sama perangai. Cuma A.Yus sangat terlebih ramah, rasa cam dah kenal lama. Sangat mudah nak mulakan perbualan dengan dia. Jadi lepas jumpa dia dan tengok gambar yang dia pernah amik, rasa yakin dengan hasil kerja dia.

Ni semua gambar original tanpa sebarang editing dari OP. Mana ada gambar OP amik semua diedit kan. Mesti selected aje. OP2 korang pun semua memang edit gambar tertentu aje kan? Giles la sampai semua ratusan gambar nak edit.! Jangan tipu :P

Gambar terlalu banyak jadi saya sudah mahu pitam tengok satu-satu. Korang, kalau OP korang lambat bagi gambar, jangan marah-marah. Bukan senang nak pilih gambar yang terbaik daripada terbaik. .. Dan begitu banyak!

OK kita layan gambar jom?

Ni bunting yang dapat extra pasal kesilapan vendor kad kawin tu :P Satu dah selamat kat rumah abang saya, satu lagi K.Rina bawa balik kampung. Masa majlis tu, satu kami letak dekat pintu masuk, satu lagi kat luar gate entrace LLM.


Masa ni, dewan masih suci dan belum ada tetamu lagi datang. Cuma pekerja Azue Caterer aje ke hulu hilir siapkan apa yang perlu.


Pemandangan dewan hari tu. Cuaca baik alhamdulillah.


Kemudian pengantin datang dalam keadaan macam ni!! Dia nak amik sampin, dia selamba aje pakai camni dlu. Bila nampak camera, dah tak tau nak lari mana :P


Saya tolong ayah pakaikan rozek dia.


Masuk pintu masuk, terus nampak pelamin. Ayah sebenarnya dah lupa nak pasangkan lampu pentas, malap aje lampu kat pentas tu. Sedangkan spot light semua ada tu kat pentas!


Sebenarnya ayah terlupa pasal dia dah excited jumpa kawan-kawan lama dia.


..dan sedara mara jauh


anak buah pun ada.


Kawan-kawan adik perempuan pengantin pun datang :P ekekke


Ayah tak bawa spek jadi dia tak nampak sapa yang datang.


Abang saya sorang lagi sangat suka dengan tugasan dia hari tu. Amik video amik video amik video. Yang teruk jadi mangsa D la, pasal abang saya asyik buli dia hari tu.


Pak Lang pun seronok amik gambar pakai phone dia juga.. Dari nikah kat Terengganu, Pak Lang rajin amik gambar.


Kawan-kawan saya pun nampaknya sama suka dapat amik gambar


Tapi mereka tetap efisen jalankan tugas. Ni Falin dan Laling yang amat saya sayang!


Dan bila tetamu takde, ni kerja mereka. Bergambar.


Sepupu kecik pun sama tau bergambar.


Sebelum pengantin tiba, ada pulak family meeting kat tengah tu


Bila tetamu balik, mereka salam berisi :D


Konvoi GSR datang mengaum. Ramai sangat sampai riben ungu tu tak cukup..


Pengantin nak drive kete sendiri.


Pengapit lak takde songkok size dia. ehehehh. Tapi sampin tetap maintain bang~


Pengantin dua-dua dah keluar.


Saya bebel bebel. budak berada di tengah-tengah gambar saya dan abg saya ni, tu insyaAllah bakal adik ipar :P Dia main kompang juge.


K.Rina dapat ciuman dari nenek. Orang jawa memang suka cium-cium.


Lepas turun dari pelamin, terus nak ngap!


Masa ni sudah ngap pasal kat meja cuma tinggal dessert aje :P


Air bandung ni sangat sedap! Saya dapat rasa masa semuorang sibuk serbu pelamin untuk bergambar dengan pengantin. Saya minum dengan budak katerer yang bertugas di meja beradab. ehehe.. Pakat sama-sama curik air bandung.


Lepas makan, kena potong kek pulak.. Nyums!! Masa potong kek ni la, lagu tema rock kangkang mereke keudara (dah lupa tajuk dia apa) Kek ni sangat sedap! Tetamu yang stay sampai habis aje yang sempat makan kek ni.


Kembali ke pelamin untuk bergambar


Flower ladies yang banyak tolong saya sampai akhir majlis :D Dalam gambar ni Nuriah yang paling bersungguh buat flying kiss (kiri sekali), Laling cam segan-segan nak tiup, Along berlatih untuk wedding dia bulan 5 nanti, dan Yati yang tiup dalam iman :D



Seterusnya, out door!! free style~





















Sekian, gambar pengantin yang masih belum hilang inai di jari :D



Semua gambar adalah dari
Abang Yus a.k.a Mat Ranggie. Pada sesiapa yang masih mencari OP, boleh hubungi dia 012 3545657. Fotopages dia saya ada letak di dalam senarai tepi ni. Kawan A.Yus bernama Fadh pun banyak amik gambar details.


12 Februari 2010

17 November, 2009

Post Basi



Salam dan hai..

Terima kasih pada Fatrina yang menjadi pembawa tegar yang ke 40..!

Ni adalah post basi :P

Sebenarnya, video ni dah lama up dalam facebook. Tapi cuma baru-baru ni ada peluang nak grab video ni menggunakan software yang bersesuaian. Payah betul!!

Enjoy!!



17 November 2009

09 November, 2009

Konvoi Pengantin


Salam dan hai.

Terlebih dahulu, nak ucapkan selamat membaca kepada 3 orang followers baru; Fatts (ello bro!), Fyda dan Nad (saya rasa mereka yang terbaru, ikutkan susunan followers-- betulkan jika saya silap :P)

Kali ni, saya nak menulis hal berkenaan konvoi.

Merancang konvoi sebenarnya amat lah penting. Teramat penting. Saya terasa kepentingannya pada waktu majlis abang saya. Dan baru-baru ini, konvoi dari belah suami Shima.

Serius dari amatan saya, konvoi ni amat memainkan peranan dalam menjaga mood pengantin. Mood pengantin boleh ubah 360 darjah kalau konvoi lambat, tak kisah la tersesat atau apa.

Yang saya nak kongsi disini adalah daripada apa yang saya perhatikan masa abang saya mengetuai konvoi ke Terengganu. Kalau ada siapa-siapa nak tambah apa-apa, sila tulis di box komen ya?

Kami pergi dengan 3 kereta; ayah saya tak pernah ke Terengganu dan abang saya yang pertama yang pernah ke Terengganu tapi tak berapa ingat jalan di sana.

Abang saya yang kedua ni memang selalu pergi konvoi dengan geng2 forum dia. Jadi dari caranya, saya perhatikan, memandangkan dia di depan sekali, dia selalu perhatikan cermin tengok kedudukan lagi 2 buah kereta. Pendek kata, kalau ayah saya terkebelakangan sangat, abang saya akan perlahankan kereta untuk bagi ayah saya catch up. Begitu juga selepas tol, dia akan bawa perlahan bagi memastikan dua kereta yang lain telah bayar tol.

Dan pantang kalau termiss jauh sikit, abang saya akan cepat-cepat berhenti di tepi dan tunggu sehingga yang lain dapat kejar.

Antara perkara lain yang selalu buat konvoi terputus adalah lampu isyarat dan bila kereta memotong.

Saya perhatikan, perkara yang abang saya buat, bila dia dekat lampu isyarat, kalau dia rasa lampu isyarat tu sudah terlalu lama hijau, dia akan perlahankan kereta, takut dia aje terlepas hijau tapi yang lain stuck pada merah.

Kalau dia memotong kereta, dia akan pastikan kereta bertentangan tiada pada jarak yang amat luas :P Kiranya, dia akan agak, jarak selesa bagi semua kereta konvoi lepas selepas potong. Dan abang saya takkan masuk line selagi kereta di belakang sekali belum lepas masuk line. Kadang-kadang, abang saya akan bagi lampu pada kereta hadapan yang bertentangan dan biasanya mereka ke tepi.

Pada hari pernikahan pun, abang saya dan pengapitnya naik kereta di hadapan sekali. Dan di tengah-tengah saudara mara. Dan di belakang sekali, kereta kawan abang saya. Abang saya bagitau, ni cara yang betul untuk konvoi. Marshall kena ada paling hadapan dan paling belakang. Paling penting juga, kena ada contact number setiap orang dalam kereta. Kalau tak dapat contact driver, boleh contact penumpang.

Alhamdulillah, dalam semua perjalanan ni, kami tak pernah sesat atau terputus konvoi.

Jadi bila kes konvoi merata tertinggal, abang saya memang cukup pantang! Dia tak leh terima, marshall yang tak boleh jaga konvoi dengan baik.

Saya rasa, ni untuk rujukan orang yang konvoi ye, seeloknya, hafal jalan ke sana dulu. Tak salah luangkan sedikit masa (ni untuk perjalanan yang tak berapa jauh, bukan yang merentasi sempadan negeri)untuk bawa seorang ahli rombongan tengok jalan dan pastikan orang itu memang jenis yang boleh ingat jalan. Jadi sekurangya, dia boleh ingat beberapa landmark penting.

Pastikan, bertolak 2 jam lebih awal. Kiranya kalau majlis mula pukul 1 dan hanya perlukan 1 jam untuk sampai ke destinasi, pastikan bertolak seawal 11 pagi. Tak apa sampai awal. Jangan lewat. Bila sudah lewat, hati pun sudah panas. Bila sudah panas, kadang-kadang perangai pun tak menentu, mulut pun lancang terbabas. Mula la maraha-marah. Perjalanan pun dah tak seronok. Sudahnya, terus tak ingat jalan bila otak tak dapat nak fikir apa. Lagipun dalam perjalanan, segala kemungkinan boleh berlaku. Sekurangnya, kalau sampai awal, kita dapat berehat pergi ke tandas ke, beli air ke atau buat panggilan telefon ke.

Sekurangnya, kalau la konvoi terputus juga, leweh masa 1 jam tu hampir ideal untuk digunakan sebagai masa menunggu.

Paling penting dan takde yang lebih penting dari ini ialah: DOA SEBELUM PERJALANAN.

Itu amat penting. Doa mengiringi kita.

Hanya secebis pengalaman mengikuti konvoi. Readers lain boleh tambah ye? Lagi banyak pendapat, lagi bagus. Kita kongsi ramai-ramai dekat sini.

9 Oktober 2009


05 November, 2009

Kertas Kerja


Salam dan hai

Terima kasih pada eyra yang menjadi pengikut ke 34 blog ini *tepuk tepuk*

Semalam, ibu minta salinan kertas kerja majlis abang saya. Pasal dia nak tolong kawan dia yang kena uruskan majlis perkahwinan pertama dalam keluarga tu.

Saya tension! bukan pasal kena tolong orang, tapi pasal pendrive yang simpan semua maklumat telah ilang!! geram sangat!! tak tau kat mana letak masa kat dewan, tak tau kot ada orang amik dalam bilik tu, tapi pendeknya, pendrive tu ilang tanpa dikesan.

Tapi nasib saya ada simpan hard copy. Jadi memang dua kali kerja kena edit semula file paling last pernah saya ada dalam computer rumah.

Sabar aje la..

Nasib tak banyak amendments sangat.

Jadi sudah alang-alang edit, saya rasa, baik terus masukkan aje dalam blog ini, dah alang-alang. Mana tau, boleh bantu bakal-bakal pengantin di luar sana.

Macam ni la kertas kerja saya. Bukanlah professional punye, tapi cukup untuk saya faham. Jadi cadangan saya, edit dan ubah ikut kesesuaian masing-masing. Sebab setiap orang cara berfikir dan menafsirkan sesuatu berbeza. Jadi ikut kesesuaian masing-masing.

Kalau ada typo, abaikan aja.. hihih

1- Aturcara Majlis


Ini untuk mudahkan saya check timelines perjalanan majlis dengan sekali imbas. Tak perlu details sangat pasal hal-hal details di muka surat lain.

2- Visual Kedudukan Dalam Dewan

Copy yang ini saya bagi pada Katerer bagi memudahkan kerja dari pihak mereka. Dari maklumat ini, kami susun kedudukan ikut kesesuaian majlis. Sebelum majlis, kami rancang meja buffet di letak di bahagian tepi dewan, tapi selepas susun meja, tak sesuai disebabkan ruang yang terhad jadi kami ubah ke belakang. Begitu juga dengan DJ dan slideshow.


3 - Visual Kedudukan Penanggah

Sebelum ni, list penanggah ramai tapi lepas apa berlaku pada hari majlis, saya keluarkan orang yang tak berapa membantu dan saya meletakkan nama orang yang betul-betul bekerja. Kedudukan ayah dan ibu patutnya di dalam dewan, tapi ayah dan ibu amik keputusan untuk diri di luar supaya memudahkan tetamu nampak mereka. Kami punya penyambut tetamu sikit punye ramai pasal kawan-kawan yang kena jadi flower ladies takmo makan dulu pasal nak tunggu kawan-kawan yang lain. Maka diorang pun berkumpul di tempat nak bagi door gift. Jadinya, mereka pun terus jadi tukang bagi doorgift.

4- Visual Perjalanan Majlis

Yang ini telah saya ubah sedikit ikut apa yang berlaku pada hari tersebut. Terdahulu, saya letak bunga manggar di ruang lobi, tapi pada hari tu, saya rasa tak praktikal pasal bunga manggar tinggi dan susah untuk dibawa masuk melalui pintu yang rendah. Jadi bunga manggar sudah siap-siap di bahagian dalam dewan.

5- Visual Tugas Penanggah Semasa Perarakan

Visual tugas penanggah semasa perarakan pun ada perubahan dengan ketiadaan rombongan perempuan. Yang lain-lain masih sama. Cuma konvoi GSR ikut berarak sampai abang saya naik pelamin, baru mereka berpecah cari meja makan yang kosong. Kedudukan pembawa bunga manggar dan pengapit memang di luar red carpet. Saya suka kedudukan itu pasal jelas nampak muka pengapit dan tak tersorok di belakang pengantin. Cuma ada sedikit konflik kedudukan bila mereka bertembung dengan flower ladies :P

6- Butiran Penanggah

Butiran penanggah ni ikut kesesuaian. Kadang-kadang ramai yang jadi runner secara tetiba. Nampak cam banyak tapi sebenarnya takde pun pasal ada tugasan yang hanya dilakukan pada awal majlis, ada yang ditengah majlis.

Ok, saya harap kali ni lebih terperinci. Di post yang lain, nanti saya akan masukkan budget excel macam mana saya buat ok?

Kalau korang ada apa-apa pertanyaan, sila sudi-sudikan. Kalau mampu saya jawab, saya akan jawab.


5 November 2009

04 November, 2009

Pengan


Salam dan hai

Abang saya sempat singgah ke dewan untuk ambil kain samping pada pagi majlis. Apa lagi, banyak la gambar yang abang OP amik! Bukan senang nak tengok pengantin pakai sempoi cam nak gi bengkel kereta pagi sebelum majlis :P

Dengan hanya pakai seluar pendek dan t-shirt, dia menggelarkan dirinya sebagai "Pengan". Kalau dah siap nanti baru boleh panggil "Pengantin"




4 November 2009

Ketibaan Pengantin


Salam dan hai

Terlebih dahulu, terima kasih apda Floral yang jadi follower ke 33 blog ini

Ok, saya nak kongsi rentetan entrance abang saya dan K.Rina

Memang sudah dalam rancangan, pengantin memang nak bawa kereta sendiri. Konvoi oleh GSR Forum. Mula-mula, saya anggarkan dalam 20 lebih. Tapi tup-tup bila abang saya, nak pitam saya. Hampir 40 buah kereta. Tu pun ada yang stuck tak dapat masuk pasal dah penuh ruang dewan.














Entrance pertama di depan dewan dengan kereta sukannya seperti dalam video di bawah. Tiada masalah. Tapi bila tengok kereta tak henti-henti masuk, risau juga saya..Saya nampak yang OP telah berjaya merakam moment pengantin keluar dari kereta :) Lega disitu.



Kemudian, entrance di dalam dewan yang kilam kabut!

Kalau tengok dari video di bawah, seperti tiada masalah kan? Tapi sebenarnya, saya sudah cut! sebab dekat ending video, memang buat saya bengang lepas ada seorang mak andam tambahan masuk campur dalam perarakan. Arrgh lupakan aje mak andam tambahan tersebut.

Saya nak kongsi susunan semasa perarakan ini. Saya telah mengikut kata
Acai, yang mencadangkan pengapit dan pembawa bunga manggar berjalan diluar red carpet dan hasilnya memang cantik! pengapit tidak terlindung di belakang pengantin.



Kalau ada yang bertanya (even flower ladies sendiri pun tertanya2 ngapa mereka disusun zig zag dan jauh-jauh), sebenarnya faktor utama saya susun begitu adalah untuk pendinding :P heheh. Serius, saya memang nak flower ladies dalam kedudukan sebegitu untuk block camera tetamu dari halang tugas OP yang bertugas. Saya tak mahu OP terpaksa bersaing dengan camera tetamu untuk dapatkan angle yang cantik. Sebab tu dari mula sudah saya arahkan, pembawa bunga manggar berjalan jauh kira-kira 10 kaki dari pengantin supaya ruang ditengah itu boleh OP berdiri untuk mengambil gambar. Dan camera tetamu tidak dapat masuk kerana flower ladies saya sudah block mereka (secara halus.. hihihi)

Tapi malangnya, selepas mak andam tambahan masuk campur --seterusnya malas nak ingat!!

Cuba jangan masuk campur..

Kesian saya tengok Abang Yus terus ke belakang siap geleng kepala sebab angle yang dia nak sudah terhad. Saya cuma berharap aje gambar yang dia ambil sebelum masuk campur oleh mak andam tambahan, sudah memadai.

Video di bawah ni sudah dipotong pendek sebab saya sakit hati tengok moment mak andam tambahan sibuk tarik pembawa bunga manggar tu. Saya hanya ingin mengingati moment entrance yang cantik, yang dimulai dengan gamelan dan disusuli dengan paluan kompang :)



Nota:
Kalau nampak pengantin lupa senyum, sila ingatkan mereka untuk senyum. Kadang-kadang mereka stress lalu terlupa. Saat 0:20 adalah moment saya ingatkan abang saya supaya senyum :P


4 November 2009

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates