Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Jual Sewa dan Serah. Show all posts
Showing posts with label Jual Sewa dan Serah. Show all posts

01 January, 2012

Bekas Hantaran Kayu


Pengumuman.. Pengumuman..


Sape2 yg plan nak tunang / nak kawen sy ade wat khidmat sewe bekas hantaran kayu (7 bekas = RM50)

Klau ade sesape yang berhajat nak sewe bgtau ye…bekas die 4 segi tepat cam kt bwah ni

Klau berminat, boleh email rosecda232@gmail.com atau SMS/Call 
019-3939412; Whatsapp / 019-4659165 / 



28 February, 2011

Aksesori untuk Disewa



Salam dan hai

Saya buat post khas ini untuk seorang teman baik.

Dia telah terbuka pintu hatinya (serius Nailah, aku tak tau nak buat ayat camne ni. Aku suruh ko buat intro, ko malas kan..so aku tibai) untuk menyewakan aksesori yang dipakainya dalam majlisnya baru-baru ini

Barang-barang aksesori tersebut seperti dibawah (klik untuk tumbesaran yang sihat dan kuat)


Kod 01: RM50

Kod 02: RM50

(Bagi aksesori diatas, kalau disewa kedua-duanya skali, boleh dapat diskaun RM10, maka harganya RM90)


Kod 03:RM40


Kod 04: RM40

Jika ada sebarang komen tentang harga, maka boleh di ajukan kepada Nailah. Boleh dibawa berbincang. Xde masalah :D Jika mahu lihat dulu barang atau mahu bertanyakan tentang deposit, boleh emel terus pada Nailah

Emel:sitinailah@gmail.com


Nota 1: saya tidak mengambil sebarang keuntungan atau bakal menanggung sebarang kerugian diatas transaksi diatas; mahupun bertindak sebagai orang tengah dalam sebarang proses perbincangan. Saya hanya menyediakan medium untuk Nailah dan potensi penyewa. Diharap pihak yang berminat, boleh terus emel nailah ya.

Nota 2: Saya akan buatkan quicklink untuk post ini kemudian bagi memudahkan pembaca kembali kepada post ini semula

Nota 3: Rindu nak menulis panjang-panjang~ Tapi kekangan masa pasal dah nak masuk rumah baru, memang betul-betul sibuk dan penat..


22 Februari 2011

18 December, 2010

Nak Serah Ini Pada B2B


Salam dan hai

Ingat lagi tak post nak serahkan bongkah kayu ni kepada B2B [
Post]



Saya nak serahkan bongkah ini kepada mereka yang berminat



Tapi untuk berlaku adil kepada penerima, saya rasa kena serahkan mengikut penghakiman. Jadi kepada mereka yang berminat nak bongkah kayu ini, sila emel saya di diaterimanikahnya@gmail.com dan ceritakan bagaimana kamu rancang nak gunakan bongkah kayu ini untuk majlis kamu. Kalau susah nak cerita, boleh lukis. Kalau tak reti nak lukis, boleh kepilkan gambar yang kamu rasa boleh gunakan bongkah kayu ini jadi ganti. Kalau nak tambah hiasan kat bongkah ini ke, atau apa-apa sahaja idea, kamu sertakan.

Memandangkan kami dah guna bongkah kayu ini untuk dijadikan signage di meja berdamai kami, jadi idea ini sudah tidak boleh diterima pakai ye. Tapi kalau nak jadikan hiasan di meja buku tetamu ke, nak letak gambar ke apa ke, yang tu masih diterima.

Selamat mencuba ya? Emel saya SEBELUM 17hb (Jumaat) Disember

Nota: saya ada permintaan daripada pembaca yang mohon saya buat pertandingan cop mohor saya {Post} diberikan pada B2B FOC.


Kena tanya pemegang mohor besar (iaitu D ku Yayang) boleh ke tak boleh. Nanti saya bagitau di blog ya?



23 November, 2010

Layah Untuk Disewa


Salam dan hai

Saya belum terbuka hati untuk menyewa atau menjual baju nikah dan sanding kami walaupun ada permintaan. Maaf sangat, belum tiba masanya. Terlalu manis untuk dilepaskan.

Tengok macam mana nanti ya.

Tapi saya berbesar hati jika ada yang berminat untuk menyewa layah (veil) saya. Saya ada dua layah, satu bewarna putih untuk majlis nikah dan kuning untuk majlis sanding.

Layah nikah

Saya tiada asas tentang fashion dan fabrik, jadi saya cuba terbaik untuk menerangkan spesifikasi layah ni

Material: Net
Perincian: Patching lace (manik+pearl)
Panjang: Lebih kurang 1.5 meter
Harga sewaan: RM50 (Deposit RM50)

Saya belum minta gambar rasmi daripada A.Rashdi. Nanti kalau dah dapat, saya akan letak kat sini. Jadi buat masa ini, saya kongsi gambar-gambar yang dapat menunjukkan perincian layah saya tu.









Layah Sanding

Material: kurang pasti (sila lempang saya Haha)
Perincian: Seperti dalam gambar
Panjang: Lebih kurang 1.3 meter
Harga sewaan: RM50 (Deposit RM50)








Kalau berminat, boleh hubungi saya dan boleh tengok dulu layah tu sebelum buat keputusan. Tapi ada beberapa perkara yang kamu perlu tahu:

1. Urusan sewaan hanya dibuat secara face to face, permintaan untuk pos tidak dibenarkan.

2. Tempat pengambilan adalah di Masjid UPM (Isnin-Jumaat selepas pukul 5:30 dan sebelum 7 malam) atau Exit tol Bangi (Sabtu dan Ahad; dan selepas 7 malam untuk Isnin-Jumaat) .

3. Jika sudah emel booking veil dan tiada emel susulan seminggu sebelum majlis penyewa, saya akan anggap penyewa tidak berminat lagi dan saya boleh menyewakan kepada orang lain.

23 November 2010

18 November, 2010

Buku Tetamu yang Dikasari .. Tetap Indah!


Salam dan hai

Saya masih berhutang dua cerita daripada post dulu{
Post}

Kasihan dengan buku tetamu saya. Cacat bila hilang satu penjuru emas tu.


Saya baru perasan masa tengah sibuk berkemas sebelum pergi berbulan madu. Memandangkan sudah dua tragedi berlaku kepada barang DIY saya {
Post}, jadi sekurang-kurangnya, buku tetamu masih ada dalam tangan, saya rasa sudah cukup melegakan.

Walaupun sedih buku tetamu saya jadi macam ini, tapi bila baca semua ucapan dalamnya, memang sangat menyeronokkan. Ada banyak kurang dalam persiapan dan perancangan saya untuk majlis kami, tapi antara keputusan paling kami bersyukur kami setujui buat bersama--adalah buku tetamu. Macam-macam kerenah dan ucapan dalam buku ini. Tergelak-gelak kami baca setiap apa yang ditulis.

Pelbagai nasihat dan ucapan..


...daripada tetamu-tetamu yang kreatif!






Ucapan daripada ahli keluarga..
..

Bloggers..

..

dan kawan sekolah yang hampir sepuluh tahun tidak berjumpa

..

sampai la kepada vendor kami





Tetamu cilik juga sempat menyelit



Buku tetamu kami ada lebih kurang 100 muka surat, dengan ruang menulis depan dan belakang. Tak banyak muka surat kosong yang tinggal selepas majlis. Mana-mana yang masih kosong, kami tampal dengan kad ucapan daripada hadiah yang diberi tetamu.

Akhirnya, buku kami amat padat, berat dan montok! Hehe



Kad ucapan buatan tangan daripada
Nyomel!! Cantik sangat!!! Memang tangan emas dia ni!



Jadi kepada mana-mana B2B yang masih belum pasti sama ada nak buat buku tetamu atau tidak, pendapat saya ===SILA BUAT SEKARANG!~!!! Serius, amat berbaloi buat buku tetamu. Jangan risau, takut tetamu tak tandatangan.

Saya kongsikan tips untuk memastikan buku kamu penuh dengan tulisan dan ucapan tetamu

1. Pastikan ahli keluarga (terutama ibu ayah dan adik beradik) tahu yang kamu ada ruang untuk buku tetamu dan pastikan mereka memaklumkan tentang buku tetamu itu kepada tetamu yang bersalam dengan mereka (Biasanya tetamu akan bersalam dengan ibu ayah kita kan?)

2. Tugaskan dua-tiga orang kawan untuk mengiringi tetamu ke meja buku tetamu. Pastikan kawan-kawan yang dipilih kenal dengan kawan-kawan kamu. Dalam majlis saya, saya minta tolong Shima iringi kawan-kawan Serdang kami dan Reen dan Laling untuk 'paksarela' kawan-kawan pejabat saya menulis di buku tetamu. Biasanya tetamu akan lebih selesa bila muka yang memaklumkan tu, mereka kenal dan cam. Tapi pastikan kawan yang kamu pilih tu, bukan jenis yang segan-segan ya. Nanti kalau salah pilih, mereka hanya akan tersipu-sipu sorang-sorang kat tepi meja tu. TEET!!

3. Pastikan kedudukan meja buku tetamu itu dikawasan utama orang lalu lalang dan pastikan ruang yang mencukupi untuk mengelakkan tetamu terlalu ramai pada satu-satu masa dan menutup ruang meja buku tetamu ni

4. Maklumkan tentang buku tetamu ini kepada kawan-kawan kamu melalui blog atau status Facebook. Jadi tetamu yang hadir, sudah sedia maklum tentang kewujudan buku kamu.

5. Hias ruang meja dengan hiasan yang memadai dan sekurang-kurangnya, naikkan seri sudut untuk perhatian tetamu.

6. Sediakan kata-kata aluan untuk menjemput tetamu menulis di buku tersebut. Tak kisah kamu gunakan gambar berbingkai ke, atau sekadar tampalan kertas pada dinding ke. Tak kisah, asal sedikit kata-kata aluan menjemput. Untuk majlis kami, kami gunakan pantun

Bunga rampai dalam cepu
Taruh mari dalam raga
Ucap Selamat Pengantin Baru
Ibubapa menumpang suka (Sumber: Dewan Bahasa Pustaka)

7. Terpulang sama ada nak letak kerusi atau tidak. Kami letak kerusi pasal kami tak mahu tetamu tertonggeng-tonggeng menulis --tapi rupanya kerusi tu disalah guna bila tetamu dok duduk sambil baca ucapan-ucapan daripada tetamu lain. Barisan lak semakin panjang.. Aiseh..

8. Kalau ada buah tangan, pun lagi bagus. Tak perlu benda-benda mahal. Macam majlis kami, kami letakkan botol Innershine berisi bunga rampai {
Post}, jadi kalau nak letak gula-gula ke, atau apa sahaja, pun tak kisah. Ikut pada kreativiti dan budget masing-masing.

9. Kalau kamu nak buku tetamu yang ceria, pastikan kamu sediakan alatan seperti pensil warna, pen pelbagai warna atau mungkin guntingan kertas pelbagai bentuk hati atau sebagainya (sediakan gam juga untuk tetamu menampal!). Saya yang cadangkan Nuriah untuk tampal kad kahwin dia yang gunakan gambar pre wed dia dalam buku tetamu kami, tapi pasal dia terlupa bawa kad kahwin dia, jadi dia tukar dengan gambar passport. Ni sampai bila pun aku akan ingat muka ko Nuri!! ahahah

10. Reserved siap-siap beberapa muka surat hadapan untuk ahli keluarga terdekat menulis di buku tetamu. Kamu boleh letak kertas 'Post it' atau minta ahli keluarga tulis siap-siap sebelum hari majlis. Pada hari majlis, memang takkan sempat atau mungkin terkejar-kejar nak menulis.

Saya kongsi sedikit video, ruang buku tetamu di majlis kami.


Buku tetamu ini masih baru dalam majlis perkahwinan orang melayu. Sudah ada tapi masih belum meluas penerapannya. Jadi saya menyeru (cheeewah!) untuk B2B sediakan buku tetamu di majlis masing-masing.

Serius, mungkin setelah penat seharian di majlis, bila kamu buka buku tetamu ni dengan pasangan, kamu pasti akan amat teruja membaca ucapan tetamu dan mungkin ada nama tetamu yang menulis, mereka yang kamu tak sangka datang (pasal mungkin mereka perlu balik sebelum kamu tiba, tapi sekurangnya, kamu tahu mereka telah meninggalkan jejak dimajlis kamu!).

Tak perlukan buku tetamu yang mahal sampai beratus-ratus. Jika kamu mampu, tak apa. Tapi bagi mereka yang perlu berbelanja dengan ketat, kertas A4 biasa pun memadai.

Saya kongsi disini, bingkai bahagian dalam buku tetamu saya. Daripada biarkan ruang dalam buku tetamu kamu kosong, mungkin kamu boleh gunakan bingkai yang saya beri ini. Tak perlu nak kredit apa-apa pasal saya sendiri pun, asalnya pun, saya dapat penjuru kerawang tu daripada google images, jadi saya buat sikit-sikit, jadikan bentuk bingkai.


Hasilnya macam dibawah.





Kamu save dan nanti paste sahaja gambar tu di Microsoft Word. Ubah sikit allignment muka surat ikut kehendak kamu (orientasi page layout memainkan peranan potrait atau landscape)-. Gambar di atas tu, saiz asal yang sama saya gunakan untuk buku saya.

Masa nak print tu, jangan takut kalau bingkai dihadapan tak sama kedudukan dengan bingkai di belakang muka surat (jika kamu cetak kertas depan belakang). Tiada siapa akan perasan atau ada masa untuk amati pun.

Kandungan seterusnya dalam buku itu nanti, terpulang pada kamu nak buat macam mana. Sama ada nak selitkan dengan gambar atau kisah percintaan kamu berdua, semuanya terpulang. Macam kami, kami selitkan dengan gambar pre wedding kami dan kami bahagikan buku tu kepada 4 bahagian berbeza yang dipisahkan dengan pantun yang bersesuaian {
Post}

Ok Bakal pengantin semua, selamat mencuba!

Kadang-kadang, D yang akan ajak saya tengok buku tetamu kami :)



18 November 2010



17 November, 2010

Replika Basikal



Salam dan hai

Saya terjumpa gambar dibawah ni

Sumber: Google images

Tiba-tiba teringat, kan kedai barangan perkahwinan, ada jual replika basikal. Biasanya orang guna untuk hantaran benda kecil macam cincin. Tapi kalau kita nak gunakan semula untuk deko di bilik pengantin atau dimeja guestbook atau pun kat meja beradap, pun boleh.

Oh ya, saya berhajat nak serahkan kubah kayu ni pada sesiapa yang berminat. FOC sahaja. Tak mahu simpan dah. Tapi saya tengah cari apa lagi barang yang boleh diserahkan secara pukal dengan kubah ini. Mungkin lilin ros bulat kat meja beradap hari tu pun boleh. Tengok macam mana.



Nanti saya akan buat post khas untuk ini.


16 November 2010

11 November, 2010

Bantal Hantaran untuk Disewa



Salam dan hai

Sebenarnya, lebih teruja nak tulis ulasan pasal majlis sanding, tapi pasal dah terima banyak emel bertanyakan sewaan bantal hantaran saya, jadi saya buat post ini untuk penyewaan bantal hantaran ni. Nak reply melalui emel, rasa macam tak adil pulak pada yang lain, yang mungkin dalam diam-diam bertanya. Jadi saya buat post, biar serentak semua tahu.

Saya belum terima gambar edited bantal hantaran ni, jadi saya amik sendiri gambar dan letak disini.

Spesifikasi:

Jumlah: 9 bantal hantaran
Warna: Hitam (lapik) dan emas (jurai dan lilitan tepi)
Besar: lebih kurang 16" x 16"
Fabrik bantal: Tidak diketahui tapi bukan satin :p



Perincian sudut bantal hantaran


Harga: RM10/ satu (Potongan harga akan diberi pada mereka yang menyewa lebih daripada 7 bantal)
Lokasi untuk ambil: Masjid UPM (Isnin-Jumaat, selepas 530 pm dan sebelum 6:30 petang) atau exit tol bangi (Isnin-Jumaat selepas 7 malam dan Sabtu Ahad)
Deposit: RM 50 (akan dipulangkan jika tiada kerosakan pada bantal DAN dipulangkan mengikut tarikh yang dipersetujui bersama. Hanya untuk tarikh yang bertindan, deposit akan diminta untuk didahulukan bagi secure tempahan)
Perkara perlu tahu: Jika saya tidak menerima sebarang emel pemberitahuan daripada penyewa seminggu sebelum tarikh booking, saya akan anggap penyewa tidak berminat dan saya berhak menyewakan kepada orang lain.

Kalau ada yang berminat nak menyewa dulang hantaran tembaga ini, caj dikenakan RM10 setiap satu dulang. Tapi syaratnya, kena menyewa bantal hantaran sekali jika nak sewa dulang hantaran ya.

Kalau berminat, boleh emel pada saya. Jangan lupa sertakan tarikh majlis kamu dan tarikh bila agaknya kamu dapat pulangkan bantal ni.


NOTA:



11 November 2010


Tarikh Sewaan


Salam dan hai

Saya buat post khas ni bagi memudahkan saya dan juga bloggers untuk semak tarikh bila barang-barang sewaan saya telah ditempah dan tarikh mana yang masih kosong. Jadi memudahkan mereka untuk emel saya.

Veil Nikah

Amirah
Tarikh pengambilan: Tentatif

Tarikh majlis:4/5/2012
Tarikh pemulangan: Tentatif

Fiera
Tarikh pengambilan: Tentatif

Tarikh majlis:1/6/2012
Tarikh pemulangan: Tentatif

Ikin
Tarikh pengambilan: Tentatif

Tarikh majlis:12/5/2012
Tarikh pemulangan: Tentatif

Bantal Nikah

Fiera
Tarikh pengambilan: Tentatif

Tarikh majlis:1/6/2012
Tarikh pemulangan: Tentatif

Bantal Hantaran


Shaz
Tarikh pengambilan: Tentatif

Tarikh majlis:14/4/2012
Tarikh pemulangan: Tentatif



















Nota: Saya mohon kerjasama pada mereka yang menyewa, tolong tepati tarikh pemulangan barang ya, supaya kawan-kawan yang lain boleh guna untuk majlis mereka pula. Kalau ada kesilapan atau perubahan daripada segi tarikh, tolong maklumkan saya.


PERHATIAN:










Kalau tiada balasan melalui emel tentang pengesahan penyewaan daripada penyewa selewat-lewatnya 14 hari (2 minggu) sebelum tarikh pengambilan yang dipersetujui, saya akan beranggapan bakal penyewa tidak berminat dan saya boleh menyewakan barang tersebut kepada orang lain tanpa perlu memaklumkan kepada penyewa terlebih dahulu.









~~Saya budak baru belajar~~

10 November, 2010

Bantal Nikah untuk Disewa


Salam dan hai

Atas permintaan, saya akan buka sewaan untuk bantal nikah saya.

Untuk mengelakkan kelewatan saya membalas emel pada mereka yang bertanyakan harga, jadi saya letak sahaja la harganya disini. Jadi pada mereka yang berminat, boleh terus hubungi saya. Harap tiada masalah.

Harga:RM 50 dan dapat kedua-dua bantal nikah
Deposit : RM50 (akan dipulangkan jika tiada kerosakan pada bantal DAN mematuhi tarikh pemulangan yang telah dipersetujui bersama)
Lokasi: Masjid UPM (Hari bekerja 5:30 petang-630 petang) atau Exit Tol Bangi (hari bekerja selepas 7 malam dan Sabtu-ahad)



Maklumat berkenaan bantal
Material/ warna sarung bantal: Baldu/ Merah manggis
Material isi bantal: Kekabu
Saiz bantal: Anggaran 37 inci kali 37 inci (Lebih kurang 93cm)
Perkara perlu tahu: Jika saya tidak menerima sebarang emel pemberitahuan sama ada setuju atau membatalkan penyewaan daripada mereka yang sudah memberi nama, saya berhak menganggap penyewa tidak berminat dan saya boleh menyewakan pada orang lain.

Saya tinggi, dan D pun lagi tinggi daripada saya. Jadi besar bantal nikah memang menjadi isu bagi kami, terutama bila bersila dan bersimpuh kat atas bantal. Tak mahu bantal nampak cinonet. Pasal tu, gagah minta ibu jahitkan bantal nikah sendiri.

Besar bantal ni, sampai boleh muatkan empat orang sekaligus duduk diatasnya, macam gambar dibawah ni. Jadi kalau amik gambar dengan ibu ayah, boleh diorang duduk sekali atas bantal.

Sumber: Facebook Awang

Saya tak ada gambar perincian bantal ini pasal tak terfikir akan ada pihak yang berminat. Jadi mana gambar yang ada, saya letak disini. Walau cuma pecisan bantal sahaja. Hihi.

Sumber: Acai Jawa







.. Ini pula gambar daripada A.Rashdi



Ini pula rupa penjuru besi bantal nikah ni.



OK. Serius tak tahu macam mana nak tulis. Tak reti ni.

Saya cuma nak tulis, bantal ini sedap dipandang, tapi lagi sedap diduduk.

Sumber: Facebook Awang

Pengantin lama yang masih baru! Hihi

Pasal tu Shima nak bawa lari bantal ni hari tu /slap Shima*


10 November 2010

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates