Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Persiapan: Baju Nikah. Show all posts
Showing posts with label Persiapan: Baju Nikah. Show all posts

05 November, 2010

Intai: Kasut Nikah


NOTA: Ini adalah post berjadual.




Salam dan hai

Saya memang mahukan gaya ni sebelum saya ada baju nikah sekalipun!
[
post penuh disini]

Mencari kasut memang cabaran!

Sehingga la akhirnya, alhamdulillah, berjumpa juga dengan kasut yang warnanya dalam kategori Shocking pink atau Pink terang. Kali pertama saya tunjukkan sedikit gambar kasut ni dalam post ini.

Saya beli di Sunway Prymid. Kedai yang saya tak pernah perasan pun namanya.

Blay Concept.



Made in Malaysia --tertulis kat tapak kasut! Walau dibuat di Malaysia, harga takmo Malaysia juga! Walau selepas potongan harga dapat bawah seratus, masih dalam kategori mahal bagi saya. Pasal saya sedikit berkira bab kasut, terutama kalau yang jarang dipakai macam kasut ni *gelak. Tapi syukur juga. Kasut ni terlalu banyak arahan kat bawah tapak nya ni, bagi pelindungan untuk manik dan tumitnya.



Macam mana kasut tu kelihatan dengan kain nikah saya?

Macam gambar kat bawah ini lah!



Saya suka bahagian tumit kasut ini! Sesuatu yang berbeza dan lebih kukuh.

Harap kamera OP dapat tangkap gambar lebih cantik daripada percubaan saya tangkap gambar sendiri *Hihi.





5 November 2010

30 October, 2010

Intai: Baju Nikah


NOTA: Ini adalah post berjadual. Segala komen dan pendapat saya akan baca kemudian. Terima kasih.


Salam dan hai


Saya sudah beberapa kali berceritakan tentang baju nikah saya.
Dalam proses pencarian design:
Post ini
Dalam proses mencari kain: Post ini
Dalam proses menerima hasilnya:
Post ini

Cuma sekali saya tunjuk sedikit pecisan gambar baju nikah saya dalam post ini
[post penuh disini]

Selebihnya saya simpan sahaja ceritanya--- Sehingga hari ni.

Untuk post ni, buat kali pertama-- saya tampilkan baju nikah saya.

Tapi maaf ya, watermark ni saya buat masa dalam keadaan sangat malas.











NOTA: Gambar ni saya amik masa mula-mula dapat baju nikah. Kemudian bulan terakhir sebelum majlis, berat turun mendadak. Baju sudah tak cantik pada badan dah..

Gambar kat bawah ni pula, masa saya cuba selendang dengan tudung.





InsyaAllah, pada waktu post ni dibaca, kami sedang bersiap untuk majlis pernikahan kami. Doakan ya semuanya selamat InsyaAllah.

Mungkin saya tidak dapat kemaskini blog saya dalam waktu terdekat. Jika mahu mengetahui persiapan majlis pernikahan saya, mungkin boleh merujuk kepada blog Reen atau Laling . Mungkin jika mereka sempat, mereka akan muatnaik gambar-gambar dan reviu majlis nikah saya. Atau mungkin OP saya A.Rashdi akan muatkan gambar saya dalam album dia. Kita tengok ya bagaimana.


Nota Kaki: Pada beberapa pembaca yang meminta fail excel tu, saya akan cuba balas dalam waktu terdekat. sabar ya?

30 Oktober 2010

11 October, 2010

Aktiviti Pada Hari Berbaki 20 dan 21 Hari Lagi



Salam dan hai

Hari ni, cuma tinggal 19 hari lagi sebelum majlis kami.

Hujung minggu masih padat. Kemas kini secara pukal!

1. Lawat Fieza Junior.
Alhamdulillah,
Fieza selamat melahirkan bayi perempuan di Prince Court pada hari Khamis, 7 Oktober, 6 petang. Sabtu baru dapat melawat dia.





Komen saya: macam pau gebu baru kuar kukusan. Geramnya!

2. Fitting baju nikah

Selepas episod
histeria dan kegagalan nak naikkan berat badan semula, maka redha hantar baju nikah ke Dzihni, yang juga butik K.Ina DzulldeClassique. Masa hantar untuk kecilkan baju minggu lepas, K.Ina tiada dan staff Dzhini yang amikkan ukuran. Risau juga pasal tak diberi resit, tapi pasal saya sudah dalam fasa 'biarla', jadi layan kan aje.

Janji seminggu selepas dan bila sampai, terus dapat cam baju saya yang mana. . Cuba. Ok. Sesuai. Suka! Tak perlu usaha nak tambah berat. Lagi best, K.Ina tolak bila saya nak bayar. Suka suka!

Alhamdulillah. Untuk baju nikah, semuanya sudah lengkap. Cuma kena beli stoking halus dan brooch kecil banyak-banyak. Sekarang, tinggal baju sanding sahaja. InsyaAllah ambil hari Jumaat ini.


3. Kad jemputan lagi

Dapat kad jemputan daripada kawan pejabat. Berkenan sangat dengan kad nya. Simple tapi element kain pelekat (saya melihatnya daripada segi kain pelekat), menarik mata saya. Tapi majlis nun jauh di Penang. Tak dapat hadir dalam keadaan berdarah manis.




4. Misi Sulit seterusnya

Abang saya sudah memulakan proses untuk misi sulit saya seterusnya. Minggu ini boleh dapat rasanya.




5. Majlis
Bakal Puan T atau Nuriah.

Saya datang daripada Nuriah tengah sibuk dimekapkan. Awal pagi, kira-kira 730pagi. Tapi pasal saya rakam video, jadi tak dapat nak amik gambar sangat. Baru perasan, gambar saya dan Nuriah takde dalam simpanan saya! Jadi kena tunggu hasil daripada
Abang Acai. Pastinya mabelez!





Lepas akad nikah, saya makan pagi dulu. Bagus sangat disediakan sedikit juadah pagi selepas bernikah, sekurangnya tetamu dapat alas perut dulu. Nasib ada kawan, Izzah pun datang kebetulan adik dia konvo di UPM (Aku baru perasan aku takde gambar dengan ko Izzah!!)

Lari ke Bangi untuk majlis doa selamat Pak Lang. Dalam 2 petang, datang semula ke majlis Nuriah. Tapi pengantin dah siap makan beradap. Meja beradap pun dah kemas.

Tapi sempat tarik pengantin bergambar



Nuriah memang suka amik gambar. Saya nak ambil gambar dia dan suami, tapi dia conquer kamera sorang-sorang!

Nasib dia teringat, dia dah bersuami! Jadi dia tarik sekali Thaqib. Reaksi Thaquib memang dibuat-buat. Dia suka amik gambar buat 'muka'



Sedikit sesi foto bersama kawan-kawan di pelamin.

Kemudian, pastikan diri dapat bunga pahar ni.



Sebabnya? Ni bunga pahar air tangan pengantin ok! Dia buat sendiri tau. Maka, harus tebalkan muka merembat.

OK. Penat. Nak rehat. Ada lagi progress tentang deko bilik pengantin dan kerja gila nak buat biskut untuk majlis sanding. Tapi penat dan malas untuk menulis.


Tak mo update blog, boleh?


Nota: siapa yang sudah RSVP pada saya tapi masih belum dapat kad, sila maklumkan kepada saya melalui emel. Terima kasih.

11 Oktober 2010

09 August, 2010

Tudung Nikah Saya



Salam dan hai

Hujung minggu lepas, saya temankan
Reen pergi jumpa PuanVispera di JJ Maluri. Saya pakat nak jumpa dengan Reen pasal ingat boleh la gi saing; saya nak amik tudung saya dan dia nak buat percubaan dengan koleksi Vispera.

Kami tunggu di McD. Biasa la, kes tak cam muka, jadi nak tegur pun teragak-agak. Bila jumpa, alahai kecilnya orangnya!

Borak sikit-sikit, kemudian terus mulakan perbincangan pasal tudung. Saya takde la terlibat sangat dalam perbincangan ni pasal tudung saya, memang sudah saya tempah dengan Vispera. Cuma Reen yang masih tercari-cari. Jadi, biarkan dia bincang dengan Vispera aje.

Ni tangan Reen, tengah tunjuk koleksi gambar yang dia suka.



Lepas kongsi pendapat semua, kami pergi ke tandas. Nak cuba pakai contoh tudung yang dibawa.



Tu, tudung saya yang warna putih tu. Tapi tudung saya ni, tak dapat amik hari ni, pasal ada kesan warna pink sikit. Tapi tak apa, pasal Puan vispera akan buatkan yang baru. Lagipun, takde hal InsyaAllah, sempat lagi.

Tada...! Saya dah pakai. Alhamdulillah! Saya suka! Tu, tulang pipi saya tinggi tengah senyum suka ;p



Tak, korang memang tak salah tengok. Memang tudung saya pilih ni kosong, tanpa sebarang manik ke apa ke. Saya nak tumpuan pada muka saya *boleh boleh kan?? Pernah saya cari di Ariani, tapi mereka takde koleksi yang kosong macam ni. Kalau cari kat jalan TAR tu pula, awning tak kena dengan bentuk muka saya. Tapi yang Vispera buat ni, elok-elok kat muka saya.

Ok, memang saya pilih yang teramat simple. Tapi itu yang terbaik untuk seimbangkan berat veil dan baju nikah saya.

Saya memang bawa vel saya sekali. Jadi bila dah pakai tudung dengan vel, reaksi saya "OK, ada aura orang nak bernikah" *suka!

InsyaAllah, dalam bulan puasa ni, harap Pn. Vispera dapat selesaikan tudung nikah saya :D


9 Ogos 2010

27 July, 2010

Hal Remeh


Salam dan hai

Saya nak balas emel pertanyaan secara pukal ya--berkenaan akaun FB saya. Ada beberapa reader yang bertanyakan emel saya pasal mereka nak cari saya di FB.

Tapi, maaf ya.

Saya memang khaskan akaun FB hanya untuk keluarga dan kawan-kawan yang kenal saya dalam hidupan harian. Bukan di alam maya. Isu sombong bukan penyebab, tapi saya putuskan atas sebab peribadi. Saya mahukan kehidupan peribadi saya, kekal peribadi. Itu sahaja.

Saya bukanla 'orang ada-ada' yang perlu diketahui setiap pergerakan, apa yang saya pakai, ke mana saya telah pergi, apa yang saya fikir.

Boleh jadi, saya seorang yang canggung dan membosankan, baik di emel atau chat. Tak rugi pun tiada saya alam senarai kawan korang. Album pun tak sampai 5, dan setiap album pun, gambar tak lebih daripada 30 keping. Kawan cuma dalam 200 sahaja, tu pun masih rajin nak delete. Kemudian, suka untagged diri sendiri daripada gambar merepek-repek.

Erm... maybe i'm socially retarded.

Tapi, serius, tak rugi pun takde saya.

OK, kembali tentang persiapan majlis saya.

1. Kad sudah siap dan boleh diambil! alhamdulillah. Tapi perasaan malas datang. Rasanya hari Ahad ni kot baru pergi pasal Sabtu tu kena jadi penaggah majlis kahwin.

2. Saya terjumpa gambar-gambar ni dalam laman heatherkincaid.com (Sangat suka tengok gambar-gambar dalam laman ni. Cantik-cantik!)

Nampak gambar kasut ni dan berharap kasut ni boleh ditarik keluar daripada monitor! Tengok tapak kasut yang bewarna pink terang tu!


Stoking ni adakah sesuai untuk D??


OK, lupakan sahaja niat.

Kadang-kadang koordinasi warna yang remeh ni, tak perlu sangat nak tekankan! Nanti, kita yang tertekan.

Cukup la, nak abadikan post ni dalam memori. Hihi


Terkini: baru dapat emel daripada BFF yang merangkap WP saya nanti. Dia sudah mula naik 'sheikh' pasal saya masih rilek-rilek sedangkan hari dah dekat. hahaha. Dia dah bagi senarai apa yang saya kena buat *aku malas la Nity! tau tak aku ni pemalas!*, rancang perjalanan waktu majlis saya, dan perkara-perkara lain (serius, kalau korang rasa saya detail, dia lebih detail gila babi) Memang semua itu perlu, tambahan dengan tenaga kerja yang sejemput aje daripada pihak saya. Jadi memang kena merancang betul-betul. Iye, iye nanti aku buat ye senarai tu Nity. Love *hugs!


27 Julai 2010

18 July, 2010

3 Bulan, 1 Minggu, 6 Hari


Salam dan hai

Semalam hari Sabtu. Sabtu hari yang padat buat saya dan D! Jadi nak kemas kini pun, secara ringkas sahaja. Cukup untuk kenangan masa hadapan.

1. Bilik pengantin

Ni pemandangan siling bilik saya pada hari khamis. Masa ni kontraktor belum datang.



Hari Jumaat- Mereka dah mula buat kerja.Gelap sangat bilik pasal wayar semua belum disambung.


Hari Sabtu- Mereka sudah siap buat siling baru. Kat tengah tu nak pasang kipas nanti. Tapi buat masa sekarang, kipas tak pasang pasal ada rancangan lain untuk bahagian tengah tu. Tunggu la, insyaAllah kalau menjadi.


Ok, Ibu dah boleh senyum lebar tengok siling dah siap. Haha. Memang penat gila nak kemas. Habis berhabuk satu rumah! Sekarang, tinggal beberapa perkara minor sahaja yang perlu diuruskan lagi.

Saya sakit mata mungkin disebabkan alahan pada renovation ni kot. Mungkin habuk atau siling atau debu.. tapi mata kena jangkitan mengikut kata doktor. Huhu


2. Ukir nama kat cincin
Akhirnya, siap juga ukiran nama pada cincin
lepas menunggu dengan teruja. Saya fikir, pasal sudah alang-alang ukir nama kat cincin nikah, saya minta sekali ukir nama kat cincin risik. Maka, bawah ni la hasilnya pada cincin risik kami, ukir ikut nama panggilan. Kena caj RM45. Cincin risik ni cincin belah rotan, jadi banyak sikit ruang nak menulis. Ukiran lebih jelas, berbanding dengan ukiran kat cincin nikah saya. Cinonet aje kat cincin nikah, tapi takpa. Cukup syarat. *senyum



Sebelum keluar daripada kedai emas tu, D kata "Ok, Jumpa lagi" kat salesperson tu. Saya cepat cuit D, kata "oh ada potensi la kita nak gi beli barang kemas lagi lepas ni?? " D nye response "GULP!"

3. Kasut Nikah
Terima kasih ye B2B semua yang banyak kasi kata-kata semangat mencari kasut nikah saya! Ok alhamdulillah, jumpa juga yang berkenan. Walaupun bukan 100% ikut spesifikasi yang saya nak, tapi tetap ada cantik pada kurangnya. Tak tau berapa banyak kedai saya masuk, sampai la ke kedai yang saya tak pernah dengar namanya pun, jumpa, belek sikit, minta saiz, kemudian bayar.



Saleperson kedai ni best. Pasal dia siap suruh saya berdiri sebelah D, nak tengok ketinggian tumit ni akan merosakkan penampilan kami atau tak, tapi nasib la D memang tinggi, walau kasut setinggi 10cm pun , tetap saya katik kat sebelah dia. Kasut nikah ni, rasanya tingginya dalam 5 cm. Jadi ok aje elok-elok.

Oh ya, saleperson ni orang pertama yang wish kami "Selamat Pengantin Baru"

Reaksi saya --GULP! *Tak tau nak response apa

Berkenaan kasut nikah ni, yang boleh saya kata, spesifikasi kasut ni banyak tak sama macam spesifikasi yang saya berangan nak. Tapi saya sudah malas nak layan sifat cerewet ni.

Sekarang, kasut sudah ada. Cuma keyakinan diri nak pakai sahaja yang perlu dicari! Pasal bukan senang nak yakinkan diri sendiri, yang kita boleh bawa style macam kat bawah ni.
Sumber: Google images

Saya impikan nak pasangkan warna kasut dengan warna bunga tangan, macam gambar kat bawah ni



Sumber: Google images


Kasut boleh dicari, keyakinan diri tiada dijual di kedai ok! Macam mana la boleh terlepas pandang yang ini!


Hari ni hari Ahad. Saya sakit mata semula! Tak tipu.
Mungkin penghapus dosa kecil.




18 Julai 2010

16 July, 2010

Sepatu.. Di Manakah Dikau!


Salam dan hai

Harap hujung minggu ni bernasib baik, jumpa kasut yang saya berkenan.

Saya hanya mahukan pose ini aje.



Stoking D pun nak beli ikut warna kasut saya lah.

D tak paham, kenapa warna stoking dia pun jadi isu. Tapi rasanya, dia fikir, tak berbaloi untuk bertegah hanya pasal stoking, jadi layan kan aje kerenah saya.

Harap dapat jumpa kasut saya.

Yakin, pasti ada sepasang kasut diluar itu untuk saya!
Misi mencari kasut nikah esok di Sunway pula!

Aja aja fighting!

KEMAS KINI PERSIAPAN: hari ni, orang buat siling dah datang pasang siling. Tapi tak tau diorang pasang siling yang mana dulu, kat ruang tengah ke, kat tempat makan ke, tapi saya harap mereka siapkan bilik saya dulu. Kemudian, Fara staff kedai emas tu dah telefon, bagitau cincin dah siap engrave. Mode: Teruja. Jadi esok akan jadi hari yang sibuk, daripada Sunway ke Ampang! Erm. bila ni kad nak siap. Mesti minggu depan kot ni.


16 Julai 2010

23 June, 2010

Baju Nikah vs. Baju Sanding



Salam dan hai

Petang semalam, jumpa vendor baju sanding. Mahu selesaikan cepat-cepat perbincangan yang dah tertangguh 3 bulan! Pasal saya malas :P Iye, siapa yang selalu rasa saya seorang yang teratur, sila fikir semula :p ada masanya (erm.. banyak masanya la :P) saya amat malas juga nak siapkan persiapan kahwin.

Dalam kemalasan petang, saya gi juga ke butiknya dengan D. Semangat sungguh designer tu cadangkan design yang dia nak syorkan. Dia pilih berdasarkan bentuk badan dan ketinggian saya. Kebaya labuh. Teringat dulu, K.Ina masa buat baju nikah saya pun, beria-ria cadangkan saya buat design yang macam tu juga.

Saya tengok, dalam hati sudah tak sedap. Dah terdetik "Ah, sudah. Cam baju nikah aku aje! Mesti kena lazer aku ni nanti."

Saya sudah berbelah bagi, nak tunjuk ke tak nak baju nikah saya. Saya memang sengaja bawa baju nikah saya masa jumpa dengan dia supaya dia dapat fikirkan design macam mana dia perlu buat supaya baju sanding tampil berbeza daripada baju nikah saya. Kita yang bercakap tanpa pengalaman dalam design-design ni, kena bawa bahan bukti, lebih memudahkan kerja. Pasal tu saya amik inisiatif bawa baju nikah saya.

Beranikan diri tunjuk walau masa tu dah dapat bayangkan dialog yang akan keluar "Oit perempuan, baju cam ni orang tak buat nikah! Orang buat sanding!".

Dan ye.. dialog yang sama keluar.. Dah imun. hahahah.

Mungkin kerana leretan ekor kain ni?? Norjuma boleh pakai, aku takleh ke :p


OK. tak kisah pun kongsi sikit pecisan gambar (dah minta kebenaran D untuk masukkan gambar)

Maka terpaksa la cerita kombinasi rentetan cerita dan drama yang berlaku yang telah menghasilkan baju nikah saya;

saya panik dan tak tau nak pilih design apa + baju kurung moden tak sesuai kat badan saya + dulu ingat nak sewa baju daripada ex-vendor baju sanding jadi kena all out utk baju nikah ikut design idaman pasal tu aje yang saya dapat simpan untuk kenangan + tak terfikir tailor mampu buat baju nikah macam tu + tak tau apa yang saya fikir masa tu.

Tengok, saya bukan la teratur sangat. Tetap banyak buat silapnya :)

Tapi tak kisah, tak amik hati pun pasal masing-masing ada pendapat sendiri. Kena biasakan telinga dengar, nanti hari majlis dah dapat dianggarkan mesti komen yang sama akan keluar.

Redha dan redah!

Memandangkan baju nikah dah siap dahulu, jadi designer tu ubah rekaan baju sanding saya. Nasib dia amat fleksibel daripada segi tu.

Saya pun jenis tak kisah sangat design apa (pasal baju nikah sudah saya realisasikan baju idaman saya kot :p pasal tu dah tak kisah apa dah :P), asalkan sesuai dengan badan saya. Jadi, biarkan sahaja dia pilih design. Hasilnya, kita tunggu dan lihat sahaja nanti.

Lepas dapat persetujuan untuk rekaan, jadi tutup buku dulu hal baju sanding. Warna tetap kekal kuning, cuma sudah bukan kuning raja tapi tone warna kuning yang sesuai dengan warna kulit D. Tone macam kat bawah ni, tapi sedikit gelap lagi, dan akan cuba cari songket penuh.


Designer tu pun faham yang D konservatif sikit, jadi dia reka design baju saya ikut spesifikasi D.



Seminggu selepas raya, designer suruh datang butik untuk fitting pertama (mana tau saya sudah kurus :P). Mungkin kalau semuanya selamat dan saya puas hati dengan hasil kerjanya, baru saya akan bagitau siapa vendor baju sanding saya. Dan pada siapa yang emel tempoh hari, tak. Bukan RR atau Unaisah.

Pada peringkat sekarang, kita sama-sama tunggu dan lihat sahaja la ye. Saya pun kena belajar percayakan hasil kerja orang yang lebih arif tentang ni.

InsyaAllah, harapkan yang terbaik!


NOTA: takut kalau ada salah faham tentang post ni. Saya tiada masalah dengan vendor baju sanding saya. Post ni hanya bercerita perjalanan persiapan untuk baju sanding saya, itu sahaja. Takut ada salah faham disitu.



23 June 2010



08 March, 2010

Baju Nikah Saya--- TIDAK SEPERTI YANG DIIMPIKAN



Salam dan hai

TIDAKKKKK!!!

Baju nikah saya... TIDAK!!

LANGSUNG JAUH DARI APA YANG SAYA HARAPKAN.

Dan dengan ini juga, dengan penuh semangat dan tanpa prejudis, saya bagitau pihak yang bertanggungjawab: DzullDeClassique

Ceritanya begini.

Ikutkan baju siap hari Sabtu, jadi saya dah D jenuh la gi ke bandar Kajang. Tup2, baju saya belum siap lagi tapi baju D yang untuk nikah dan baju melayu untuk hantaran dah siap. Jadi kami pun amik yang itu dulu, lepas D puas ati dengan fitting dia.

K.Ina minta saya datang esok petang. Saya pun tak kisah. Mungkin kerja jahit tu rumit kot, banyak benda kena buat (fikir positif sedangkan sebelum ni saya dah mimpi 2 kali, baju saya amat disaster!! siap baju kaler manik warna oren dan senteng!)

Saya pun, ok la takmo berkira sangat. Bukan jauh sangat pun Kajang tu dari rumah kami. Tak perlu meraban nak siap cepat sedangkan majlis lama lagi.

Kemudian, hari Ahad saya datang semula. Walau penat pasal tengah hari tu, majlis sanding kawan baik kami (nanti saya cover cerita majlis ni ya kat post lain), saya dan D gagahkan juga.

Sudahlah adik D tetiba eksiden masa balik dari kompang, saya dah fikir adakah itu petanda tak baik??

Malam pulak hujan lebat sangat! Adakah ni petanda air mata bakal berjujuran cam hujan tu kalau baju cam #%!%~V???

D kat sebelah, cuma tenangkan saya. Sabtu tu dah gaduh pasal saya terlalu saiko dan mengada-ngada, lalu terkurang ajar dengan D. Memang salah saya. Jadi malam ni pun, D takmo saya jadi saiko lagi. Jadi dia cuba tenangkan saya. D memang peminat nombor satu saya la!

Dah sampai kat kedai, tiada orang. Cuma K.Ina dan A.Dzull aje.

Jadi saya bagitau K.Ina pasal baju saya dan dia pun ingat-ingat lupa saya yang mana pasal customer ramai sangat. Kemudian dia masuk bilik belakang, katanya nak amik baju saya.

Kemudian, saya nampak dia bawa baju saya. Dub dab. (Sebenarnya masa ni tak ingat dah corak baju saya camne :P)

Rasa cam nak pengsan pun ada. Amik result masa UiTM pun tak cam ni.

TAKUT...
TAKUTTTTTT..
TAKUTTT!!! (cubaan ekpresi rasa ketakutan yang dasyat saya alami masa tu!)

D dari tadi asyik buat lawak yang saya rasa cam nak geget dia. Pendek kata, saya tambah-tambah tak tenang la kan.

Kemudian K.Ina bagi saya baju tu dan saya tengok--- TIDAKKKKK!!!

TIDAK SEPERTI YANG SAYA HARAPKAN..
.
.
.
.
.
.

JAUH DARI APA YANG SAYA HARAPKAN ...

Pasal, ALHAMDULILLAH, baju tu LEBIH BAIK dari apa yang saya harapkan :D

Syukur sangat-sangat. Baju kebaya labuh, dengan potongan yang saya nak, veil sampai betis. Terpenting, butang dummy cosry, elok terletak kat belakang. Itu yang pertama saya dan D check :P Kalau butang tu takde kat belakang, saya memang akan mengamok! Saya pakai zip di belakang dan butang tu cuma olok-olok aje :p

Bila tengok baju tu, rasa cam nak nangis pun ada (T.T)

Tapi, kena cuba dulu, baru tau sesuai ke tak. jadi saya pun tukar baju dan alhamdulillah, memang muat dan sedap pakai (kecuali bahagian peha memang ketat pasal saya tau saya dah abaikan rutin gym saya :( Memang padan dengan muka dan peha saya!)

Saya kagum juga pasal selama ni, tak semorang boleh jahit kebaya ikut badan saya. Pasal badan saya pinggang kecik tapi babat banyak berkumpul di bahagian bawah tu. Jadi biasanya, orang akan buat, muat di punggung tapi pinggang akan jadi gelebah gila. Tapi yang ini, memang muat-muat dan selesa.

Jadi apa lagi, pose depan cermin banyak kali. Kalau cermin tu ada perasaan, mesti dia dah pecahkan diri dia pasal bosan tengok muka saya :P

K.Ina dok ulang-alik, kata sudah la tu, kang terkoyak kain tu.. eheheh dan K.ina masih sempat tanyakan saya harga kain tu, semestinya saya takkan bagitau :p

Lepas dah puas belek badan kat depan cermin, jadi K.ina bungkus dan kami pun bayar baki upah.

Lega sangat. Saya syukur sangat semuanya selamat :) K.Ina pun
ada kata, "Kadang-kadang, bila customer pakai, mesti ada yang tak kena dengan baju diorang. Longgar ke, salah pattern ke. Tapi kamu nasib baik, takde masalah". Mungkin K.Ina pun sedar, ada kes-kes terpencil, yang mana baju tak seperti diharapkan. Agaknya itu memang risiko outsource kot kan. Dulu, masa borak-borak dengan A.Dzull, dia bagitau, dia ada lebih kurang 30 tukang jahit. Jadi memang dikira nasib juga la hasil kita. Saya tak mampu nak bayar pereka fashion ternama untuk hasil tangan mereka, jadi ikut pada kos mampu saya saje la.

Sepanjang balik, saya senyum lebar dan terus SMS kawan-kawan rapat saya
, bagitau semuanya OK. Dari semalam, mereka tanya. Mereka pun sudah sama teruja cam saya :P

Terima kasih Laling, pasal yakinkan aku amik dengan Dzull :D Saya sebenarnya agak sangsi nak buat kat situ lepas
post saya yang ini. Saya faham, kebanyakkan kedai jahit akan outsource baju, jadi memang akan terjadi 'kes terpencil'. Tapi saya kuatkan aje la azam pasal Laling pernah buat kat situ dan memang cantik kat badan dia. Jadi berserah dan pasrah..

B2B, sila jangan marah ye. Sebenarnya, memang sengaja buat intro ngeri cam tu. Sebagai persediaan pada bakal B2B, bersedia untuk sebarang kemungkinan (dan ini pun ditujukan untuk saya :P). Mungkin korang boleh bayangkan betapa ngerinya saya dan mana-mana B2B, masa nak amik baju nikah atau fitting baju sanding. Jadi korang nanti, akan lebih bersedia! :D

Pesanan K.Ina, jangan terlalu gembira. Banyakkan doa semuanya selamat. Saya tau perjalanan kami jauh lagi. Ticker tu pun masih menghitung dalam bulan. Jadi kami pun takmo la terlalu gembira. InsyaAllah, harap jalan kami dipermudahkan :D

OK, saya tau mesti korang nak tengok gambar baju tu kan? Tapi demi menghormati D dan keluarga saya, maaf ye, saya tak leh letak. Rasanya, rata-rata B2B pun memang tak letak gambar baju nikah mereka kan?

Masalahnya, saya sayangkan readers saya. Jadi saya tetap nak tunjukkan sikit baju saya.

Sopan kan tangan saya??? D yang suruh letak tangan cam tu, kalau tak, tangan saya tak leh duduk diam

Inspirasi baju nikah saya bukan lah rekaan terkini dan moden.

Bukan la potongan terbaru pereka ternama.

Bukan juga dihantar pada pereka tersohor.


Saya memilih fashion yang sesuai dengan badan dan ketinggian saya, bukan la apa yang tengah "in" sekarang.

Disebabkan alasan yang sama juga, saya memilih rekaan dibawah ni, pasal pemakainya saya rasa badan macam saya juga. Baju nikah saya adalah kompilasi rekaan:

Kebaya labuh Norjuma masa malam berinai
Sumber: Google

Veil Tuanku Zara
Sumber: Google

Butang baju belakang menantu DSAI
sumber: Daniel Zain

TAPI.. ADA TAPINYA.

Manik baju saya tidak secantik mereka semua. Kain saya tidak la semewah mereka. Saya buat apa yang bersesuaian dengan kos dan bahan yang saya ada. Jadi korang jangan membayangkan terlebih-lebih tau. Kadang-kadang korangnya daya imaginasi memang ekstrem! Jangan, nanti korang gak kecewa!

Baju saya biasa-biasa aje, cuma disebabkan hasilnya memenuhi impian saya, saya melihat baju tu jadi luarbiasa :)

Jadi sekarang, baju tu dah selamat saya simpan. Tapi sempat saya pakai depan ibu ayah. Ayah terus kata cantik (ayah tak suka kain belakang menjela dan dia suruh potong (T.T) Nangis aku!!! Saya kata, ni tak perlu pegang pasal leretannya tak melampau, sekadar nak mudahkan saya berjalan. Dia terima alasan saya, jadi OK kot :P) dan ibu muka cam nak nangis. Terharu mungkin..

Then, ibu bising-bising, kata jangan pakai lagi. Tak elok. Jadi saya simpan aje la. Nanti nak hantar dry-cleaning.



Di post yang lain, saya akan tuliskan, tips untuk memilih kain dan rekaan yang sesuai. Tapi ingat, tips tu nanti adalah berdasarkan pengalaman saya yang sejemput ni, dan bukan lah pengalaman berbelas tahun dalam fashion tau. Nak baca, boleh. Tapi jangan percaya bulat-bulat! Oh ya, kalau ada yang pernah ikut blog saya dari mula, mesti tau yang
saya nak rekaan yang ini untuk majlis nikah. Tapi saya ubah lepas jumpa K.Ina. Saya tak pernah cerita sebelum ini, tapi dalam post tips tu nanti, saya akan bagitau apa yang berlaku.

Tapi bagi saya masa untuk mengarang dulu ya?? Bulan ni akan sedikit sibuk pasal kena gi kelas terjemahan di opis. Jadi sebarang komen pada post, saya approve lambat sikit.

B2B yang geram pasal terkena dengan topik kontroversi kat atas tu, jangan marah-marah tau. Nanti kena jual ye Cik Salma! Ala, gurau jentik sikit aje :D Saya ni dah la tulis post skima dan formal habis. Sekali skala nak gak usik korang :P


8 March 2010

16 February, 2010

Tangkapan Hujung Minggu IV


Salam dan hai

Terlebih dahulu, selamat datang buat Wirdah, geng pembaca tegar kita yang ke 113 :) Terima kasih!

Update tentang persiapan nikah. Ada 'tangkapan' baru dibuat. Tapi kali ni, tangkapan ni dibuat oleh abang saya. Tapi tajuk tetap sama :P Saje-saje aje. Tapi lepas ni dah takmo buat sambungan tajuk yang sama la kot :) Ubah angin sikit.

Ok, saya keluar bersama kawan-kawan dari pagi tadi. Masa balik petang tadi, saya tengok atas katil dah ada ni.


Am belikan sampin ni masa dia balik Terengganu dengan Kak Rina masa Raya Cina hari tu. Saya pesan kat dia sampin untuk D. Penat gak la Am SMS dan MMS gambar-gambar sampin. Tapi tengok MMS pakai handset zaman batu saya ni, memang tak puas.
Tapi saya yakin aje la dengan pilihan Am pasal dia nye taste sama macam saya.

Masa mula-mula Am SMS bagitau harga sampin, jauh dari budget saya. Saya minta dia tawar separuh harga pasal kawan saya pernah bagitau, kalau beli sampin di Terengganu, Tip 1: tawar sampai half price dari harga jualan sampin. Tu harga reasonable untuk kedua-dua pihak.

Rupanya, Am tak dibenarkan bercakap langsung sepanjang masa dia di kedai tu. Kakak Ipar Am dah bagitau awal-awal Am jangan kuar suara pun :p Tip 2: Strategi untuk menawar, sila la bawa orang Ghanu yang original. Kang kalau Am cakap, dapat agak Am ni Ghanu celup jadi Am cuma pilih yang mana, Kakak Ipar dan K.Rina bergabung tenaga untuk menawar.

..Akhirnya alhamdulillah dapat pada budget saya. Cukup syukur.

Lompat-lompat saya masa buka sampin ni!

Lebih daripada apa yang saya nak :D Ada benang pelangi macam aiskrim Paddlepop tu saling-saling benang warna emas, campur kombinasi lembut warna ungu dan pink untuk tanah sampin, ada warna kuning sikit-sikit pada jalurnya. Lembut aje warnanya.

Saya memilih mana yang mata saya berkenan dan tak lebih dari budget. Rasanya kebanyakkan kita pun buat pilihan macam tu kan? Jadi bagi saya, ini amat saya berkenan, pada mata dan budget :D



Mok, terima kasih!!! Terima kasih K.Rina!

P.s saya bagi sampin hantaran sebagai contoh kat Am, bawa ke Ghanu supaya dia ingat corak sampin. Org kedai tu cakap "Ni bukan sampin Ghanu ni" lepas dia ronyokkan sampin tu :p eheheheh.. Jangan main-main dengan orang Ghanu dalam hal songket ..! :P

16 Februari 2010



06 February, 2010

Tangkapan Hujung Minggu I



Salam dan hai

Maaf, terlambat untuk alukan ketibaan Fadila Basir dan Cik Yana (wah kita dah ada beberapa nama Yana dalam pembaca tegar :P) ke blog saya ni. Terima kasih ye korang, sudi tekan klik jadi pembaca tegar :D muuaks!!

Dari seminggu lepas, sudah bagitau D, "D, D kena jaga Bnye budget, jangan bagi b lebih budget". Kami tau, masuk ke kedai kain ni pengalaman amat bahaya disebabkan godaan dan pujukan kakak-kakak kain amat dasyat! mereka memang amat bijak buat pasaran!

Jadi saya dan D gunakan pendekatan, apa-apa pun, kami akan buat 'mesyuarat keluarga' dan bisik-bisik sesama kita. Ni untuk memudahkan saya untuk dapatkan sense saya balik dari D. D lebih tenang dan bijak berfikir daripada saya. Jadi dia diperlukan di sisi untuk menepis kawalan minda bak X-men daripada kakak-kakak tu!:P

OK. terlebih bebel.

Terus pada cerita.

Kami sebenarnya, dari mula dah niat nak survey semata-mata. Takmo terus beli. Kami nak round round semua kedai kain di Jalan TAR. Jakel paling dekat dengan Semua House, jadi kami pergi sana dulu.

Sangat dasyat godaan dari kakak bernama Kak Rose (bukan nama sebenar). ahahhaha..

Berbuih kami bagitau yang kami nak survey dulu.

D siap kata, "Kak, kami memang nak beli hari ni. Tapi kami nak survey tempat lain dulu. Kalau nak, kami akan datang balik"

Kak Rose ada strategi sendiri juga!

Tengok kegigihan dia angkut papan kain, siap yang dalam plastik lagi dia amik untuk tunjuk kat kami. Kami elak-elak. Tapi kain-kainnya memang cantik.

Pada mulanya, kami nak amik pearl white. Tapi saya tengok, cam kurang berminat pulak. Tengok orang lain pakai cantik aje. Tapi mata saya lebih sukakan diri saya pakai putih salju (Kak Rose kata cam tu)

Ada yang saya berkenan sangat, harga pun dalam budget. Saya masa tu memang dah takleh cakap. Saya diam aje. Pasal saya tau kalau saya cakap aje, mesti K.Rose dapat pancing. Jadi saya minta D yang cakap.

Mesyuarat keluarga lagi. Kami tolak lagi. Kami nak gerak ke kedai lain.

Kak Rose amik lagi koleksi lain. Yang tu memang cantik!! saya suka sangat. Tapi bila akak tu kata "potong ya?". Kami kata, "jangan!!"

Pasal kami nak survey kedai lain.

Kok Rose suruh tunggu, dia nak gi amik kain lain.

Tapi rupanya, dia gi amik kain dan bawa sekali salah seorang anak Jakel. (lupa nak tanya nama akak tu apa :P)

Dengan dia-dia sekali, tolong angkat papan. Tunjuk itu ini. D dah tahan gelak tengok muka saya dah cam orang nak jawab exam pagi tadi tapi malam semalam tertido masa study.

Saat genting, perlukan bantuan D. Jadi buat la lagi sekali mesyuarat keluarga kat tepi cermin. Saya minta D cakap kat diorang, kami nak survey kedai lain dulu.

D kata "takpe kalau tak dapat kain ni. Tengok rezeki. Kalau ada rezeki kami, dapat lah". Jadi kami pun terus nak gerak.

Then anak Jakel tu keluarkan lagi kain baru. Mula la menanam gula di tepi bibir, potongan harga sesedap rasa mulut dia. Dah dia boss, memang sukati dia nak bagi berapa diskaun :p

Kami dah nak sangat gerak sangat masa tu. Patah balik. D dah gelak-gelak tengok saya.

Tapi kali ni, kain pilihannya memang lebih cantik dari sebelum ni.

OK, Fine saya angkat tangan, kalah. Yang ni memang cantik pada mata saya.

Saya pandang D, minta diselamatkan.

D kata, "OK la, kita amik yang ini"

ahahahah..

Mungkin D nampak sinar berkenan pada mata saya.

Huishh!!!

Maka, berakhir la impian kami nak survey di Jalan TAR :p Kami stuck di Jakel dengan godaan yang amat dasyat! :P

Sempat lagi saya bisik kat D, 'strategi kita lain kali, Jakel kedai terakhir kita masuk kalau buat survey'. D kata ''B bagi D kawin berapa kali?' WTFISH?? :p

Redha dan tawakal (tawakal kena kuat emosi ni kalau tersalah beli atau ada yang lebih murah)

Lagi satu perkara yang saya takutkan; kalau net tersalah beli jenis. Tailor dah kata, jangan beli yang kasar, beli yang jatuh lembut. Jadi saya pun dah tanya kat K.Rose banyak kali, boleh ke idak jadikan veil dan kain. Pegang memang lembut. K.Rose kata ada pelanggan yang sukakan kain net kasar supaya nampak kembang, tapi saya lebih suka jatuh (pasal takut muka saya nampak bulat sangat--ada ke kena mengena??)

Ye ke???? Kalau salah beli, memang pitam aku!!

OK, balik semula isu kain.

Saat kelemahan saya bila ada sorang pelanggan perempuan tu, dok tertengok-tengok kami, dan-dan tu Puan Jakel tanya "Ha, ramai yang dok tengok kamu. Ha kak, cantik kan kak kain ni?". Kakak tu pun spontan kata
"Cantik. Dah orangnya cantik, kain pun terus jadi cantik la"..

OK. TERUS BELI.

Tau pujian tu tak ikhlas pun, tapi saya mudah dibeli dengan pujian. D amat tau tentang tu :P (D kata, maybe Puan Jakel SMS kakak tadi suruh cakap cam tu :P)

Puan Jakel tu masih sempat menggoda, untuk sampin dan cadar pengantin. Tapi saya sudah ada strategi, saya katakan aje, "Dah beli dah kak"..Walaupun tak beli pun lagi.

Maka tips hari ni: Tak tahan godaan, sila kata, 'dah beli dah kak' :P Pasti berkesan. Takkan dia nak suruh kita beli 2-3. Tapi jangan kata 'parents dah belikan'. NO!! Jangan kata cam tu, pasal mereka akan kata "Yang nak kawin tu kamu. Cuba la tengok kot kena dengan selera kamu"


Lagi satu, jujur dengan budget kamu. Untuk diri saya, saya memang bagitau berapa budget saya sebab tak mahu berlakon macam kaya. Kalau takde kain yang dapat dalam budget saya, tak mengapa lah. Yang penting jangan lebih :)

Penat bebel, jom layan gambar kain, tapi sikit aje la dulu ye?

French lace pilihan kami untuk nikah, pearly-pearly (pasal kain hantaran lace yang beli awal tahun hari tu dah manik-manik)---- Kat tangan saya ada kayu besbol, sila katakan cantik!




Ni kain net, dengan harapan nak buat veil panjang.--Konon ilusi tinggi dan ramping-- merepek!!


Perjalanan kami berakhir di kaunter Jakel. Bayar dan 'senyum' aje la dengan harga. Ukuran kat bawah ni untuk baju kebaya labuh.
French lace: 5 meter (pasal 1 papan tu 2.5m, jadi jumlah memang kena beli 5m)
Kain net kosong: 7 meter
Kain satin: 4 meter


Kemudian, kami ke SSF. Saya nak cari tray cupcakes ni lepas baca post dari
Belle. Bagus betul Belle ni, tolong buatkan survey untuk kami semua. Tapi kat SSF, takde pulak tray yang saya nak. Tapi nasib teringat dalam post Belle tu, dia ada kata, gi survey kat Sogo. Jadi saya pun pergi la gak.

Kat Sogo, takde terjumpa-jumpa cam dalam gambar yang Belle post kan. Yang saya jumpa, semua harga 3 angka. Saya tak mampu untuk itu.Patutnya nak cari yang RM25.90 nye..

Jalan punya jalan.

Akhirnya jumpa!!!

dan rupanya, kotak tu kotak terakhir! kami tanya pada salegirl kat situ, dia kata dah kena borong pasal ramai orang nak guna untuk hantaran.

Kami juge begitu :P

Maka, tadaaaa-- berjaya dapat!! Thanks sangat pada Belle. Kalau dia tak post, saya tak tau pun ada kat Sogo :D


Ada yang 1 tier, tapi pasal saya dah rancang nak bagi kat atas coklat, dan bawah cheese tart, maka beli yang 2 tier.

Kami menjadi warga Jalan TAR, lebih kurang 2 jam 55 minit.

Terus balik dan pergi ke tailor. Nama tailor saya akan siarkan lepas siap baju pasal untuk elakkan saya concern kalau ada komen lepas tau siapa tailor kami :( Takut terjadi 'kes terpencil'. Nanti saya tak dapat fokus pulak :P


Ok. Rekaan bukan cam gambar yang terpapang tu! Tidak seglamour ittew. Gambar tu tiada kena mengena. Memang dah terbuka kat page tu. Mengikut tailor, kain net untuk veil lepas sampai ke betis dan bunga kat lace tu pun tailor kata sesuai. Jadi so far, semua OK (atau dia jaga hati saya??) InsyaAllah, saya harapkan semua seperti dirancang.

Soalan pertama yang akak tu tanya: beli kain ni berapa?

TIDAKKK..

Takmo ingat.. takmo ingat...!!!

Sampai kesudah saya takmo bagitau akak tu harganya walau dia tanya 2-3 kali.

Saya jadi ngeri sebenarnya.. Iye la, akak tailor tu dok tunjuk kain-kain yang orang yang beli kat Indon. Murah dan cantik juga. berkali ganda murah la dari beli kat Malaysia ni. Jadi untuk elakkan saya jadi ralat dan mengungkit, baik saya tak tau dan baik akak tu pun tak tau berapa saya beli :(

D pun tempah kat tailor yang sama. D nak simple aje, takde sulam apa-apa. Cuma plain dan bersih aja. Saya pun nak bagi mana yang dia selesa. Lagipun, saya rasa, aksesori lelaki yang sepatutnya dititik beratkan adalah sampin nya dan butang baju melayunya. Maka, dengan rekaan simple cam tu, kos pun murah, dalam RM100. Untung ye orang lelaki ni!

Harga jahitan saya erm.. takmo fikir takmo fikir..

Tapi yang buat D tergelak besar dan saya menjadi risau, bila akak tu dengan penuh semangat la sketch (tak tau kenapa akak ni semangat sangat tetiba. mungkin orang takde jadi dia boleh lebih berkomunikasi atau apa), bila saya katakan ni baju nikah dan bukan sanding, dia kata "wah, glamournye".. Terus saya rasa down giler.. Giler nye down.

Huuaaaa... Jangan la kata cam tu.. Takmo over. Tapi bagi mata saya dah cukup simple dah :( Arrgh! Malas fikir.. Tapi saya amik positif apa yang akak tu cakap :D

Oh ya, saya buat kebaya labuh.

Camne rupanya kalau dah siap? Jap saya keluarkan tongkat ajaib!

TING TING!!!



Yang pasti bukan cam gambar di atas.

Saje bagi korang harapan palsu.

Sekarang, redha dan tawakal aje la.

Sekian, wassalam

p/s tadi tengok kat TV, ada B2B kat oversea, beli wedding dress mereka pada harga yang murah masa sale. Ngeri ok tengok mereka berpusu masuk ke kedai tu dan ada yang sampai berkhemah kat luar kedai. Sampai guards kedai tu pun ketepi dalam ketakutan bila B2B merempuh masuk!


6 Februari 2010

15 January, 2010

Takpa Tanpa Tiara



Salam dan hai

Huh! Rajin betul saya update blog kan? Hampir hari-hari saya upload post baru. hihi. Tak pe la, sementara masih ada masa panjang lagi ni. Nanti dah makin dekat, mungkin masa tu sedikit berhabuk la blog ni.

Ok, saya tau ada follower baru di blog ni. Tapi saya tak dapat nak jejak empunya diri. Rasanya ada follower ke 85 dan 86, tapi yang saya dapat jejaki cuma Pinkchoc02 sahaja. Apa sekali pun, selamat membaca ye kawan-kawan baru.

Kali ni saya nk tulis tentang TIARA.

Ye satu-satunya masa kita dibenarkan memakai tiara tanpa diumpat adalah

1. Masa kita ditabalkan sebagai ratu cantik
2. Masa kita menjadi raja sehari.

Nombor 1 tu amat mustahil la kan atau mungkin satu dalam sejuta aje la. Tapi satu-satu nye peluang yang biasanya normal muncul untuk membenarkan kita memakai tiara, adalah pada hari kita menjadi raja sehari.

Tapi saya memang bukan 'gadis tiara'. Substitue pada tiara, cekak butterfly tu juga, pun saya tak mahu.

Saya tak percaya yang seri pengantin akan hilang tanpa memakai tiara, walau apa sekali orang kata (makcik-makcik saya pasti akan bising tengok saya tanpa tiara nanti :P). Perasaan ini makin kuat lepas saya tengok gambar dari
Daniel Zain.

Lihat, dia tak pakai tiara langsung pun untuk kedua-dua majlis dia.Tapi mungkin juga pemangkin pada serinya terarah pada baju dan empunya diri (tambah dekorasi majlis yang indah) yang memang sudah cukup cantik dan tak perlukan tiara untuk jadi 'penanda arah' di mana pengantin.

Ni masa upacara nikah


Ini pulak upacara resepsi.


Lihat, dia tak perlukan tiara pun!

Leher pengantin jinjang dan amat la cantik bila dia pakai tudung cam tu.. !! Erm.. takkan nak pakai besi cam kat bawah ni kasi leher jinjang?? Huu takpe la, bersyukur dengan apa yang ada.


Sumber: Google

Si pengantin cantik tu cuma memakai veil yang cukup heavy dan itu sudah pun mencukupi pada mata saya.

Sama juga pada tudung. Saya tidak mahu tudung yang penuh dengan butiran manik, tak perlu juga kerlipan bagai. Memang cantik, memang meriah. Cuma mungkin saya bukan orangnya. Saya hanya mahukan tudung polos, seperti si cantik di atas.

Aha, berkenan sangat dengan baju nikah dan baju resepsi dia!!! Cantik dan penuh di bahagian atas, tapi bahagian pinggang ke bawah tak penuh sangat (boleh pergi ke
link ini untuk gambar penuh) Mungkin sesuai untuk saya yang tidak mahu tumpuan terarah ke bahagian bawah yang--erm lebih besar dari biasa :P Bisa ye Sitti?



Malam ni, saya agak ter'hook' dengan blog Daniel ni. Kali pertama saya tau pasal dia masa kawan opis saya forward url blog dia. Tapi bukan pasal hasil kerja dia. Tapi pasal rupa Daniel ni yang saya kira.. erm.. Harus pandang kiri kanan sebelum keluar statement ni :P OK, saya tak kata, tapi kawan-kawan saya, kalau amik dia sebagai photographer, susah nak bagi tumpuan pasal photographer kacak.

p.s Untuk D, Laling kata muka D cam Daniel. Nama pangkal depan pun dah sama, jadi D tak marah ye? :P

Ye ye.. Kacak.

Ok tapi hasil kerja dia lebih utama ya?

Tumpuan. Fokus. Ok, hasil kerja dia saya suka. Mungkin mata kita sebagai seorang bakal pengantin, cepat aje dapat perasan sesuatu yang cantik dan berbeza.

Bila dah tengok gambar pengantin cam ni, maka makin la dapat idea.

Tengok, si jejaka selitkan sapu tangan sedondon dengan warna sampin. Alternatif untuk yang mahu alternatif lain selain warna stoking yang sepadan macam dalam
post saya tempoh hari.


Terasa hendak pakai gelang ini pula pasal saya tak mahu pakai rantai leher mahupun tiara. Tapi mungkin boleh sebagai ganti, nak pakai gelang kaki ni. Rasanya mak kawan saya ada gelang ni. Harap jangan la berat macam cerita Pontianak Harum Sundal Malam tu!



Siapa kata meja bulat sahaja sesuai untuk majlis kenduri? Lihat, meja empat segi pun kalau dihias kena pada cara, tetap cantik!


Banyak lagi gambar-gambar menarik di blog Daniel, yang kamu hanya perlu klik di bahagian OP Hebat di belah kanan blog ini.

Berbalik pada topik saya, memang saya tak mahukan tiara, baik untuk majlis nikah atau resepsi.

Bila saya bagitau kawan-kawan saya yang saya tak mahu pakai tiara, macam yang penah saya
post di sini, macam-macam reaksi yang saya terima. Saya tau apa juga pilihan saya, mereka akan sokong dan saya faham mereka nak saya kelihatan cantik pada hari majlis nanti. Tapi entah la. Saya memang takde nafsu langsung nak pakai tiara. Rasa cam ada benda kat atas kepala saya (oh atau mungkin masih trauma masa lipas terbang melekat kat rambut saya, jadi tak suka apa-apa kat atas kepala saya kecuali tudung).

Walaupun saya bukan peminat tiara, tapi saya memang peminat veil. Lagi panjang, lagi jatuh pada badan--lagi saya suka. Harap kelebihan pada ketinggian saya, memungkinkan saya untuk pakai veil labuh ke lutut ke (oh boleh sampai ke lantai?? erm. belum sampai ke situ saya fikir buat masa ini)

Cuma buat masa ini, saya memang belum ada keinginan untuk memakai tiara. Tapi siapa tahu kan, mungkin seminggu sebelum majlis, saya ubah fikiran dan mahukan tiara paling besar saya nampak! :P




Nota: Post ini adalah pendapat peribadi dan bukan untuk menidakkan atau mengiyakan pemakaian tiara oleh siapa-siapa sahaja.

15 Januari 2010


Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates