Salam dan hai
*Sekadar mengimbas kembali kenangan majlis kami
Dulu, ketika masih aktif google images, saya selalu juga terjumpa gambar-gambar yang dikategorikan 'first-look' dalam majlis perkahwinan di barat. Kononnya reaksi pertama pengantin apabila melihat pasangan masing-masing.



Saya tak pernah terfikir untuk jadikan saat itu sebagai pose wajib untuk majlis saya. Masa pagi nikah dulu, kedudukan bantal saya di belakang D, jadi D memang tak nampak saya masa saya masuk. Saya pun cuma masuk ke masjid selepas ketibaan pengantin lelaki. Kali pertama dia nampak saya ketika nak sarungkan cincin.
Tapi tak sangka, ada juga kamera yang berjaya tangkap reaksi pertama saya apabila bertentang mata dengan D buat kali pertama setelah perintah berkurung dilaksanakan.. erm.. OK, selama 5 hari. HAHA.
Reaksi saya dalam gambar.
Nampak macam teruja kan?
Tahukah anda dialog sebenar-benarnya yang berlaku adalah seperti berikut:
Xora: Yayang!
D: (muka segaris) B, mekap B tebal
X: (senyum). Trial hari tu pun camni!
D: (senyum dan sedikit kehadapan) Hari tu nipis sikit. Mekap b tebal ni.
X: (senyum) Tak peduli. B tetap cantik. D kata B cantik sekarang..!
D: (senyum) Cantik. Tapi mekap tebal
X: (senyum) Tak apa, asal dalam gambar cantik
Ok, punah saat "First Look" kami. Dalam gambar tak nampak macam kami tengah bertelagah kan?
Ingat ye bakal pengantin, sila belajar untuk marah dalam senyuman. Kalau nak maki orang sangat-sangat, sila serahkan tugas tu kepada pengapit. Jangan buat muka atas pelamin ok!
Korang punya 'pandangan pertama' macam mana?
14 Julai 2011


































