Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Persiapan: Baju Sanding. Show all posts
Showing posts with label Persiapan: Baju Sanding. Show all posts

27 October, 2010

Aktiviti 3 Hari Sebelum Majlis


NOTA: Saya masih sibuk dengan persiapan-persiapan akhir kami. Segala komen dan pendapat saya akan baca kemudian. Terima kasih.


Salam dan hai

Kemaskini pendek

1. Tudung sanding memang dah ada dalam pakej tapi saya tetap nak cari tudung yang lebih simple. Warna awning tu tak sepatutnya macam tu, mungkin kesan amik gambar pakai telefon. Belakang tu tudung yang diberi dalam pakej. Kita tengok hari sanding, mana yang saya akan pakai.



2. Gilap tembaga. Ni dulang hantaran nanti InsyaAllah.

Pakai petua daripada Internet. Saya campur air paip dengan cuka dan garam. Rendam barang tembaga dalam 2-3 minit, tak perlu nak gilap. Semulajadi, dah kembali kilatkan sinar tembaga



Perbezaan.


Siap 9 dulang.


3. Bantal hantaran . Ketepikan siap-siap. Nanti nak buat hantaran hari Jumaat, mudah sikit.



Rupanya nanti macam ni.



4. Bantal Pouf

Saya pernah tulis tentang
bantal ni dulu. Ibu dah berjaya siapkan.



Tak besar mana. Kecil sahaja, besar Mikail aje. Nak letak dalam bilik pengantin sahaja.Sedap untuk dibaring.


5. Konvoi

Saje beli riben untuk konvoi.


6. Makan Kentaki . Sedap, hidup tanpa diet :D



7. Siapkan bingkai untuk diletak di
pasu bunga telur . Main bantai ubah pantun yang saya jumpa di Internet, nak sesuaikan dengan maksud kami.


8. Bantal nikah
Ibu hebat!!


Perasan tak persamaan bantal hantaran dengan bantal nikah?

Ok sehingga saya menulis lagi.


27 Oktober 2010

24 October, 2010

Seminggu sebelum Perintah Berkurung




Salam dan hai

Ok. Memang tipu, Kalau dikira daripada hari ini, mana genap seminggu perintah berkurung. 5 hari sahaja rupanya. Haha. Nak buat macam mana, masih ada urusan disaat akhir yang perlu diselesaikan. Sabtu dan Ahad, memang masih ke hulu hilir selesaikan beberapa perkara penting. Jadi perintah berkurung mula hari Isnin ni.

1. Fitting baju sanding
Selamba sahaja saya pergi buat fitting kat orang lain. heheh. Takde, ikutkan dah ok, tapi rasa gatal nak buat kecikkan lagi, jadi hantar kat kedai amoi depan tu sahaja. Saya berkenan dengan jahitan dia buat untuk baju adik saya, jadi yakin sahaja la (walau sebenarnya langsung tak yakin). Gila sahaja cari pasal kan? Kalau la apa jadi, memang tak berbaju sanding saya! Tapi alhamdulillah, semua OK walau hati asyik risau. Pantang tapak tangan kiri gatal, dah fikir bukan-bukan. Bila dah amik, ok puas hati.

2. Aksesori
Amik rantai, brooch tengkolok, dan tiara. Tapi tudung, abang vendor tu tertinggal pulak, jadi cuma boleh ambil hari Isnin. Nampaknya, D la yang kena ambil daripada KL. Saya suka rantai yang diberi pasal simple tetapi tetap cantik. Brooch di tengkolok tu, rasanya kami pakai yang kami punya, tu yang belah kiri. [post dahulu]



Tapi tiara.. erm ermm.. Ingat tak post saya yang
dulu ini. Walaupun ramai yang galakkan saya pakai tiara, tapi sebenarnya saya tetap segan nak pakai tiara ni pasal rasa cam ada benda atas kepala saya yang besar dan berat. Tapi bila tanya pada famili saya, semua kata OK dan cantik, sesuai dengan kepala saya yang besar ni. D memang suka, jadi tak apa la, pakai sahaja la. Dah alang-alang sewa kan?

InsyaAllah, ini la tiaranya. Segan nak pakai~~


3. Kemas bilik pengantin

Luang sehari untuk kemas bilik pengantin. Selama ini rasa macam sudah tinggal bawah jambatan. Memang teruk sangat bilik bersepah.



Nak kemas pun, tahan 10 minit awal sahaja. Kemudian bersepah semula. Ni dah kemas betul-betul, jadi hari Rabu nanti InsyaAllah, cuma perlu kemas sikit-sikit dan mop sahaja. Ayah dah pasangkan katil, jadi best boleh kuasai katil sorang-sorang.

Semua barang simpan dalam stor. Barang-barang yang penting sahaja ditinggalkan diluar. Cadar katil pasang sehari sebelum majlis nikah. Tiada apa sangat nak dibuat dengan bilik pengantin pasal perabot bilik ni jenis kabinet terbina dalam. Jadi memang tak dapat buat apa-apa pun.

Ni meja mekap bilik.Memang sengaja kosongkan meja tu pasal senang nanti MUA nak letak barang mekap dia. Sedikit gubahan bunga disudut meja. Dah, siap. Langsir pun simple putih sahaja.



4. Memenuhi Jemputan
Saya tak dapat penuhi jemputan seorang silent reader yang melangsungkan majlisnya di Putrajaya. Maaf sangat, memang tak sempat. Tapi saya yakin, majlis dia insyaAllah semuanya selamat dan baik-baik sahaja. Saya cuma sempat penuhi jemputan perkahwinann abang kepada seorang sahabat baik, Ibzani dan seorang kawan daripada sekolah rendah, Azeem.

Ni majlis abang Ib. Suka pelamin yang bersih macam ini.



Arch tu pun molek. Tanpa perlu pakai bunga, lampu kelip-kelip ni pun menjadi sahaja.



Buah tangan daripada Ib sekeluarga. Penuh ha!! Dapat epal hijau. Amat suka.


Majlis Azeem saya tak sempat ambil gambar pasal sibuk mengedarkan kad jemputan. Sebelah tangan pegang kad kami, sebelah lagi pegang kad daripada kawan lain yang nak kahwin juga.

Tapi kami tunggu sampai pengantin sampai. Perkara mesti buat : Tunjuk muka 'ha.. aku datang tau ko kahwin". Perkara paling menarik dalam majlis ni, tentang telu ni untuk buah tangan tetamu. Memang sangat ekonomi dan saya rasa amat praktikal untuk mana-mana bakal pengantin yang mahukan sesuatu yang lebih ringkas dan kemas. Dah lama tak dapat bunga telur macam ini. Paling akhir, saya dapat masa kat kampung, pakai napkin, membalut telur. Amat praktikal.





5. Cuti Kahwin

Cuti saya bermula hari Rabu 27hb ni. Sudah tetapkan yang hari Rabu, mahu kemas bilik pengantin sehabis-habisnya. Khamis erm.. Buat keputusan cari pasal -- tapi nak juga buat. Saya nak buat muffin dalam bekas kecil-kecil. Nanti boleh buat tambah lagi kat meja kuih-muih nanti. Kalau tetamu dah kenyang pun, boleh tapau balik.. Ok air tangan pengantin yang kedua. Tapi tak banyak pun buat, dalam 200 biji lebih sahaja. Orang Jawa (walaupun saya tak reti cakap Jawa tapi budayanya saya boleh teruskan), harus la makanan perlu sebanyak-banyaknya.



OK. Sehingga saya menulis lagi. Kena pulun kerja bagi habis sebelum cuti ni.


Nota: Sebab musabab saya letak semua gambar aksesori diatas ini, pasal saya tak mahu selepas majlis, saya sibuk-sibuk cari gambar daripada kamera OP dan tiada gambarnya, saya rasa kehilangan. Jadi baik saya amik gambar siap-siap kan? Sentiasa berdoa semuanya dipermudahkan olehNya InsyaAllah




24 Oktober 2010

20 October, 2010

Dua Digit Terakhir



Salam dan hai

Hari ni merupakan hari terakhir sebelum pengiraan menjadi bilangan sa.

Apa ye cerita hari ini?

1. Baju sanding
Sudah ambil daripada vendor. Tinggal nak amik aksesori sahaja hujung minggu ini+tudung sanding. Tengok, elok sahaja dah susun baju nikah dan baju sanding kami sebelah menyebelahi.

Motif hitam putih kan gambar?! Supaya yang membaca ini dikelilingi misteri~~

Dah berarak satu rumah tunjuk baju ni kat ibuayah dan abang saya. Saya suka, reaksi pertama abang saya "OOOOO!!" tu tandanya dia suka. Warna kuning yang abang vendor ni pilihkan memang cantik, cuma saya rasa, baju tu macam longgar sedikit di badan saya (atau mungkin kerana ianya songket) tapi bila saya kata nak ketatkan, dibangkang oleh semua orang, biar sedang-sedang sahaja kata mereka. Jadi, saya lebih suka tengok baju saya pada penyidai baju, daripada dibadan saya sendiri. Huhu. Benci. Nak kecikkan lagi~~

Ni veil saya.



.. sepatutnya :) Saya amik gambar masa fitting pertama. Tapi untuk diri saya, macam tak berapa berkenan pasal terlalu sarat (kepala saya besar ok dan manik meriah camni akan buat kepala saya semakin besar. Nanti Nity amik gambar dia tagged kepala saya kat fesbuk, tulis "enormous!!!") dan panjang veil tu betul-betul atas punggung saya, jadi macam tak sesuai pasal perhatian akan terus ke situ. Tapi pasal mood masa fitting pertama sangat menerujakan, jadi terlupa nak cakap tentang ini.

Bila saya amik baju sanding selepas fitting, OK veilnya sudah ditukar. Macam tahu-tahu sahaja. Hehe. Veil kali ni maniknya lebih sederhana dan humble, saya suka pasal saya takmo yang terlalu menjerit nak perhatian.

Keseluruhan baju ni, saya puas hati alhamdulillah (kecuali part nak kecikkan baju semorang bangkang) tapi tak apa, pasal piawaian saya, tak mahu kain meleret dan tak mahu veil meleret. Itu sahaja. Simple sahaja kan? * serik baju nikah macam tu. Hihi. Bagaikan merak nak gostan. Ngeri ok. * .

2. Masih mengekalkan gaya hidup tanpa sempadan pemakanan. Hehe. Makan dan makan.. Makan lagi.. Ni gambar selepas fitting baju sanding. Makan di Yati Ayam Percik, di Bangi. Tak apa, 2 minggu lemak tak sempat jadi babat jahat. Reen, sila jelez.



3. Hadiah kahwin pertama
Hua, sangat terkejut bila dapat hadiah ni. Rupanya, Farah ni serumah dengan salah seorang kawan pejabat saya. Cik Eno yang membuat penghantaran pantas ke meja saya! Reaksi pertama: blur. Siapa pulak yang kasi hadiah ni.



Reaksi kedua: Tak .. tak.. saya tak tulis blog.. takmo ngaku ada blog.. Hahah . Bahaya ni, makin ramai kawan pejabat tahu blog saya. Sedikit kurang selesa disitu.

Terima kasih buat
Cik Farah Fatihah untuk kad undangan dan hadiah. Tak buka lagi pasal kena kahwin dulu baru boleh buka Hihi. Terima kasih Farah. Walau tak dapat nak hadiri majlis saya, saya harap kamu doakan majlis saya dan Zaila selamat dan lancar ya moga-moga.

Sekarang ni, memang tengah pulun kerja pejabat seberapa pantas yang boleh. Tak pernah rasa serajin ni. Kali terakhir serajin ni, mungkin masa mula-mula masuk kerja dulu kot.

Perkara paling penting minggu ini: Kertas Kerja majlis! Huuuuaa... Harus siapkan minggu ini jadi dapat kasi salinan pada penanggah.



Nota: Selamat hari jadi yang ke 29 untuk abang saya, Awi. Hujung minggu kita sambut nak? cantik hooo nombor ko 20.10.2010 .. Berbahagia la menyambut hari jadi 20an yang terakhir.. Menua la dikauuu!!!~~


20 Oktober 2010

06 October, 2010

Baju Sanding Kami: Seperti yang Kami Impikan



Salam dan hai

Teringat pos tentang baju nikah saya dulu yang bertajuk "Baju Nikah Saya-TIDAK SEPERTI YANG DIIMPIKAN"

Tak mahu bagi kejutan macam tu lagi. Walaupun post tu menyebabkan trafik blog saya meningkat mendadak dua kali ganda daripada biasa.

Jadi kali ni, post baju sanding saya bertajuk : Baju Sanding Kami: Seperti yang Kami Impikan.

Daripada minggu lepas, sudah berjanji dengan vendor nak jumpa untuk fitting.

Perasan: berdebar-debar.

Saya paling takut kalau abang tu terlupa yang saya tak mahu satin, tapi nak songket. Tapi tak mahu songket tabur, tapi songket penuh. Saya takut kalau abang tu salah buat design yang saya nak. Saya takut kalau abang tu pergi pilih warna kuning yang bukan daripada skima warna yang saya nak.

Memang patut saya risau tentang semua tu. Pasal memang kerja gila bila saya dan D setuju tanpa tengok apa-apa lakaran daripada abang tu. Tanpa tengok dan pegang contoh warna yang kami nak. Saya tak peduli manik macam mana dia nak jahitkan. Kami serahkan bulat-bulat pada abang tu. Pasal masa tu, malas nak fikir apa. Asal ada baju songket warna kuning, selesai.

Memang setuju pakai mulut.

Redha sahaja.

Akhirnya;

Masa sampai kedai, abang tu tunjuk satu baju ni, katanya baju saya. Saya sudah "Arhh, apasal lak salah warna ni!" tapi saya senyum sahaja. D pun turut ngusik kata tu baju saya. Saya monolog dalaman "Arh, takkan la abang ni pilih warna ni. Aku kata kuning! Ini oren van sekolah!"

Kemudian, taaddaa~~ abang tu bawa baju lain. Sengaja dia nak usik saya rupanya!

Kuning!!! Lompat juga saya kat sana! Serius, saya lompat.

Alhamdulillah.

Sangat suka.

Tak perlu nak huraikan.

Cukup kata, kami cukup syukur untuk semuanya.

Sangat-sangat syukur, takdir bawa kami kepada dia. Dia memang bukan pilihan pertama kami. Tapi selepas pilihan pertama tak dapat penuhi permintaan kami, seperti mana jodoh, takdir bawa kami kepada dia.

Nak intai sikit?

Boleh. Nah. Tapi ni tangkap pakai kamera telefon, warna tak makan dalam gambar pula, tapi kamera pembantu abang tu, gambar nya cantik. Serius, masa ni, memang amat segan pasal kedai abang tu, orang lalu lalang boleh nampak. Dah jadi hal bila orang lalu lalang tu pun turut amik gambar. Gila segan!!! Tak rasa cam artis. Rasa cam dalam zoo pulak.


Belakang saya tu la, baju yang abang tu usikkan, kata tu saya punya!!

Secara keseluruhan, baju saya adalah gabungan lace dan songket penuh. Pakai songket pasal tu impian ibu saya, yang hari-hari brainwash saya agar saya setuju pakai songket. Hihi. Songket didalam saya pilih jadikan dress, kain payung. Lace disarung diluar, berbutang dihadapan baju.

Manik dan sebagainya, semua memuaskan hati saya pasal saya tak mahu manik terlalu sarat atau warna manik terlalu kontra daripada tanah songket pasal saya nak songket itu yang menonjol, berbanding manik. Cukup manik tu tambah seri pada songket saya, memadai.

Memang kena kecikkan banyak bahagian pasal terlalu longgar untuk badan saya yang tiba-tiba terkurus ni. Kain dibahagian bawah kena tambah lace lagi pasal bila duduk, terus senteng. Tudung pun tengah tunggu abang tu buatkan.

Penampilan saya nanti, memang akan cukup ringkas. Tiada rantai pasal saya tak mahu rantai bersaing dengan manik dibaju dan dibahagian leher. Kain tidak keterlaluan meleret pasal saya serik baju nikah saya, kainnya amat meleret, susah berjalan. Kasut pun, simple seperti yang saya mahukan, asal selesa.

Semua sederhana sahaja. Kami kan Raja Sehari berhati rakyat ;p Baru la puas dapat ke hulu hilir berjumpa dengan tetamu.

Sekarang, sedang memikirkan mahukan tiara atau tidak kerana manik di kepala saya sudah berat. Tapi, bergolak fikir, bila lagi nak pakai tiara.

Belum putuskan. Masih berfikir-fikir.

Oh ya, selepas puas hati fitting (iye, memang kena outer banyak sangat pasal saya dah hilang berat badan tanpa kerelaan), abang tu cadangkan pergi ke kedai atas untuk beli brooch nak letak kat tengkolok D dan beli butang baju melayu sekali. Dia minta pembantu dia temankan kami.

Maka bertiga la ke kedai aksesori diatas beli barang D. Pilih punya pilih, masa nak membayar, rupanya kakak tu kasi diskaun 50%. Serius, terkejut. Diskaun tu diberi pasal abang tailor tu.



Alhamdulillah. Boleh jadikan koleksi letak kat almari perhiasan.

Syukur berganda-ganda hari ini.

Siapa abang ni? Nanti, selepas saya selamat amik baju daripada dia, saya akan masukkan lebih banyak gambar dan maklumat tentang abang ni.

Nota 1: Terima kasih Nity pasal ko yang cadangkan abang ni kat aku!

Nota 2: Sila tolong kawan saya, si Reen ni!!

Nota 3: Siapa lagi B2B yang dah bagikan alamat tapi masih belum dapat kad? Sedikit risau ni! Ikutkan dalam rekod excel saya, semuanya telah saya pos. Untuk Ira Amira dan Zulaina, insyaAllah kad saya poskan esok ya. Kuku panjang, saya masih menunggu alamat kamu tau.

6 Oktober 2010

23 June, 2010

Baju Nikah vs. Baju Sanding



Salam dan hai

Petang semalam, jumpa vendor baju sanding. Mahu selesaikan cepat-cepat perbincangan yang dah tertangguh 3 bulan! Pasal saya malas :P Iye, siapa yang selalu rasa saya seorang yang teratur, sila fikir semula :p ada masanya (erm.. banyak masanya la :P) saya amat malas juga nak siapkan persiapan kahwin.

Dalam kemalasan petang, saya gi juga ke butiknya dengan D. Semangat sungguh designer tu cadangkan design yang dia nak syorkan. Dia pilih berdasarkan bentuk badan dan ketinggian saya. Kebaya labuh. Teringat dulu, K.Ina masa buat baju nikah saya pun, beria-ria cadangkan saya buat design yang macam tu juga.

Saya tengok, dalam hati sudah tak sedap. Dah terdetik "Ah, sudah. Cam baju nikah aku aje! Mesti kena lazer aku ni nanti."

Saya sudah berbelah bagi, nak tunjuk ke tak nak baju nikah saya. Saya memang sengaja bawa baju nikah saya masa jumpa dengan dia supaya dia dapat fikirkan design macam mana dia perlu buat supaya baju sanding tampil berbeza daripada baju nikah saya. Kita yang bercakap tanpa pengalaman dalam design-design ni, kena bawa bahan bukti, lebih memudahkan kerja. Pasal tu saya amik inisiatif bawa baju nikah saya.

Beranikan diri tunjuk walau masa tu dah dapat bayangkan dialog yang akan keluar "Oit perempuan, baju cam ni orang tak buat nikah! Orang buat sanding!".

Dan ye.. dialog yang sama keluar.. Dah imun. hahahah.

Mungkin kerana leretan ekor kain ni?? Norjuma boleh pakai, aku takleh ke :p


OK. tak kisah pun kongsi sikit pecisan gambar (dah minta kebenaran D untuk masukkan gambar)

Maka terpaksa la cerita kombinasi rentetan cerita dan drama yang berlaku yang telah menghasilkan baju nikah saya;

saya panik dan tak tau nak pilih design apa + baju kurung moden tak sesuai kat badan saya + dulu ingat nak sewa baju daripada ex-vendor baju sanding jadi kena all out utk baju nikah ikut design idaman pasal tu aje yang saya dapat simpan untuk kenangan + tak terfikir tailor mampu buat baju nikah macam tu + tak tau apa yang saya fikir masa tu.

Tengok, saya bukan la teratur sangat. Tetap banyak buat silapnya :)

Tapi tak kisah, tak amik hati pun pasal masing-masing ada pendapat sendiri. Kena biasakan telinga dengar, nanti hari majlis dah dapat dianggarkan mesti komen yang sama akan keluar.

Redha dan redah!

Memandangkan baju nikah dah siap dahulu, jadi designer tu ubah rekaan baju sanding saya. Nasib dia amat fleksibel daripada segi tu.

Saya pun jenis tak kisah sangat design apa (pasal baju nikah sudah saya realisasikan baju idaman saya kot :p pasal tu dah tak kisah apa dah :P), asalkan sesuai dengan badan saya. Jadi, biarkan sahaja dia pilih design. Hasilnya, kita tunggu dan lihat sahaja nanti.

Lepas dapat persetujuan untuk rekaan, jadi tutup buku dulu hal baju sanding. Warna tetap kekal kuning, cuma sudah bukan kuning raja tapi tone warna kuning yang sesuai dengan warna kulit D. Tone macam kat bawah ni, tapi sedikit gelap lagi, dan akan cuba cari songket penuh.


Designer tu pun faham yang D konservatif sikit, jadi dia reka design baju saya ikut spesifikasi D.



Seminggu selepas raya, designer suruh datang butik untuk fitting pertama (mana tau saya sudah kurus :P). Mungkin kalau semuanya selamat dan saya puas hati dengan hasil kerjanya, baru saya akan bagitau siapa vendor baju sanding saya. Dan pada siapa yang emel tempoh hari, tak. Bukan RR atau Unaisah.

Pada peringkat sekarang, kita sama-sama tunggu dan lihat sahaja la ye. Saya pun kena belajar percayakan hasil kerja orang yang lebih arif tentang ni.

InsyaAllah, harapkan yang terbaik!


NOTA: takut kalau ada salah faham tentang post ni. Saya tiada masalah dengan vendor baju sanding saya. Post ni hanya bercerita perjalanan persiapan untuk baju sanding saya, itu sahaja. Takut ada salah faham disitu.



23 June 2010



14 February, 2010

Tangkapan Hujung Minggu III



Salam dan hai

Semalam luangkan masa hampir separuh hari dengan Nity. Malangnya saya tak bawa camera! damn :( Tak dapat nak masukkan apa-apa gambar.

Rasanya rutin shopping kami penuh dengan makan sahaja. Macam pelancong betul kami berdua.

Ok, tujuan utama ke Jalan TAR pasal nak jumpa potentail vendor untuk baju sanding. Memandangkan appointment pukul 3.30, jadi kami pun kill the time dengan pusing-pusing, makan-makan, dan macam-macam lagi. Cuaca pulak sangat la terik petang tu.

Oh, saya cuma sempat beli kain untuk pengapit lelaki aje. Warna peach. Nity belum decide nak buat baju baru atau pakai baju warna peach yang dia baru hantar kat tailor hari tu.


Masa tengah shopping tu, D sms saya, bagitau dia dah set appointment dengan potential vendor untuk pelamin. Nak jumpa dalam waktu terdekat ni.

Dalam 3.30 kami ke butik vendor tu. Bila jumpa orangnya, alahai mudanye!! apakah rahsia awet muda beliau??!!! Tak susah nak mulakan perbualan. Dia ramah dan sangat terbuka tentang pemilihan saya. Saya bagitau dia yang saya nak baju cam tu (cam yang saya pernah tunjukkan dalam
post yang ini) Saya fleksibel kalau dia nak ubah design ikut kesesuaian badan saya, kecuali hal berkenaan warna. Saya takmo ubah kuning raja. Dan dia pun tak kisah tentang warna pilihan saya.

Harga pun sudah ditetapkan dan alhamdulillah, menepati budget kami. Tambahan, persalinan termasuk tanjak, kasut dan veil, semua kami akan terus amik. Contoh kasut yang dia tunjuk pun saya suka, sangat simple dan saya boleh guna untuk event lain. Sebenarnya, saya tak tau apa yang patut saya buat dengan semua tu, tapi tu kemudian la fikir :P

Hasil berbincangan peringkat awal kami masih terlalu awal untuk ditulis, walaupun vendor sudah ada idea dan design untuk saya. Semestinya, saya takmo tiara dan takmo terlalu sarat dengan manik. Rabu nanti InsyaAllah saya akan jumpa semula dengan dia, kali ni bersama D pulak. InsyaAllah dalam waktu terdekat juga. Mungkin nanti vendor boleh lakarkan rekaan saya macam mana dan saya boleh masukkan dalam blog ni nanti ye?

Saya tiada gambar baju rekaan vendor pasal susah nak cari kat Internet. Yang saya ada, gambar kawan Nity yang dah tolong saya.

Sumber: Amyrah's Facebook

InsyaAllah, saya harap vendor yang ini mampu merealisasikan apa yang saya nak. Bukannya saya mahukan klon rekaan Cosry atau mahukan manik yang penuh satu badan.. tapi cukup la persalinan yang sesuai dengan bentuk badan saya dan budget saya. Saya mahukan hasil kerja dan komunikasi yang memuaskan. Itu sahaja :D Saya ni mudah untuk digembirakan :)

Siapa vendor saya, nanti saya bagitau lepas fitting yang pertama. Jauh lagi kan? :P hhih.. bukan berahsia, tapi kalau saya mahu promote pun, saya mahu promote vendor yang saya sendiri yakin dan puas hati dengan khidmat mereka. Takmo tersilap promote. Sabar ye kawan-kawan.


Selamat Pengantin baru buat
WhiteLaceTale, Amy, dan Iryani !!


14 Februari 2010


10 February, 2010

Baju Sanding dan Saya



Salam dan hai

Nak buat ucapan secara pukal, terima kasih kepada Xi Da Ya, Syidah, Aim dan Leonara Halim kerana sudi klik menjadi pembaca tegar blog ni. Menggenapkan kepada bilangan 112 orang sudah :D

Sedikit kemas kini tentang perjalanan majlis saya. Sebenarnya, ada sedikit isu tentang lokasi untuk pernikahan. Hal perihal procedure yang agak rumit untuk ditulis. Saya berharap, mungkin boleh dengar khabaran menggembirakan beberapa bulan sebelum majlis nanti. InsyaAllah :D

Frasa baju nikah sudah ditahap redha aje dengan hasil. Itu pun, saya jumpa tailor 2 kali lepas baju dihantar, semata-mata nak pastikan dia faham apa yang saya nak. Ke tahap tailor tu kata "Jangan risau. Cantik punye"-- Saya sangat ngeri dengan kenyataan tu. Itu juga la kenyataan yang saya pernah baca kat blog2 lain, tup2.. nauzubillah! :( Minta jauh~~!

Fieza amat terperanjat bila saya kata, baju nikah saya jangka siap bulan depan~! Ye ye, saya tau awal lagi. Jangankan korang, saya pun terperanjat. Awal sangat kan? Tapi saya harap, saya dapat mencari sesuatu yang positif dari hal ni. Oh, mungkin saya tak de la menggelupo mencari tudung yang bersesuaian nanti kan? Atau mungkin saya lebih semangat untuk menyingkirkan 'babat' saya. Atau mungkin saya ada banyak untuk tidak histeria tentang baju nikah.

Ok, isu tentang baju nikah, kita simpan untuk topik bulan depan ya?

Hal baju sanding pula. Semalam, lepas balik dari opis, saya tanya ibu "Ingat nak pakai songket la masa sanding nanti". Ibu kata, "Tukar lagi??!"Hihih.. Memang! Selagi belum finalize, selagi itu la ada aje yang saya nak buat.

Memang dari awal, tiada rancangan langsung nak pakai songket masa sanding. Tapi saya terfikir, sudah la kain hantaran pun lace, baju nikah full french lace, takkan baju sanding nak pakai lace lagi? Tapi sebelah otak saya kata, apa salahnya pakai lace untuk semuanya. Yang penting saya suka.

InsyaAllah, saya dan D tetap mahukan kuning (terima kasih untuk majalah Ratu Sehari. Sangat informative!), jadi pada mata kasar saya, kuning raja lagi cantik dan vintage kalau busananya dari songket. Tapi saya tidak mahukan songket penuh. Saya rasa semacam mungkin tidak kena dengan personaliti saya (tu jawapan orang tak tau nak bagi jawapan apa). Jadi campuran songket dan lace, mungkin pilihan terdekat untuk saya.

Masa selak majalah InTrend, ternampak design ni.


Lalu berangan, pakai dress songket di dalam tu, lace diluar. Tapi leher tu takmo cam tu, terlalu terdedah untuk saya. Kena buat tertutup sikit atau mungkin pakai inner kat dalam.


Buat perincian dibelakang lace macam ni. Jadi tak perlu nak pakai veil. Saya impikan busana yang mudah untuk saya gerak (pasal saya mahu bergambar-bergambar dan gambar!!) dan perincian hanya pada lace. Songket tu jangan di jahit dengan manik. Biarkan ia seadanya.


*berangan ittew indah dan perlu dibelai*

Realiti: bukan saya yang akan jahit :p Jadi tiada sempadan untuk ekperimen fantasi saya hihih :P Oh encik vendor, sila pisahkan realiti dengan fantasi :P. Tunjuk ajar saya apa yang sesuai.

Sabtu ni kalau tiada masalah, insyaAllah nak pergi jumpa dengan vendor baru (terima kasih Nity dan Fieza!) untuk baju sanding pasal dah tak jadi amik Rumah Kebaya. D tak ikut pasal D kata, nanti masa nak buat booking baru dia akan ikut. Maka, InsyaAllah saya pergi dengan Nity. Sambil tu, boleh singgah cari kain ela untuk pengapit D.

Tapi semuanya hanyalah rancangan aje dulu. Mana tau ada perubahan rancangan kan?

Tunggu je la hujung minggu ni apa yang akan saya coretkan :D Harap saya ada sesuatu yang menarik untuk dikongsi.



10 Februari 2010


15 January, 2010

Takpa Tanpa Tiara



Salam dan hai

Huh! Rajin betul saya update blog kan? Hampir hari-hari saya upload post baru. hihi. Tak pe la, sementara masih ada masa panjang lagi ni. Nanti dah makin dekat, mungkin masa tu sedikit berhabuk la blog ni.

Ok, saya tau ada follower baru di blog ni. Tapi saya tak dapat nak jejak empunya diri. Rasanya ada follower ke 85 dan 86, tapi yang saya dapat jejaki cuma Pinkchoc02 sahaja. Apa sekali pun, selamat membaca ye kawan-kawan baru.

Kali ni saya nk tulis tentang TIARA.

Ye satu-satunya masa kita dibenarkan memakai tiara tanpa diumpat adalah

1. Masa kita ditabalkan sebagai ratu cantik
2. Masa kita menjadi raja sehari.

Nombor 1 tu amat mustahil la kan atau mungkin satu dalam sejuta aje la. Tapi satu-satu nye peluang yang biasanya normal muncul untuk membenarkan kita memakai tiara, adalah pada hari kita menjadi raja sehari.

Tapi saya memang bukan 'gadis tiara'. Substitue pada tiara, cekak butterfly tu juga, pun saya tak mahu.

Saya tak percaya yang seri pengantin akan hilang tanpa memakai tiara, walau apa sekali orang kata (makcik-makcik saya pasti akan bising tengok saya tanpa tiara nanti :P). Perasaan ini makin kuat lepas saya tengok gambar dari
Daniel Zain.

Lihat, dia tak pakai tiara langsung pun untuk kedua-dua majlis dia.Tapi mungkin juga pemangkin pada serinya terarah pada baju dan empunya diri (tambah dekorasi majlis yang indah) yang memang sudah cukup cantik dan tak perlukan tiara untuk jadi 'penanda arah' di mana pengantin.

Ni masa upacara nikah


Ini pulak upacara resepsi.


Lihat, dia tak perlukan tiara pun!

Leher pengantin jinjang dan amat la cantik bila dia pakai tudung cam tu.. !! Erm.. takkan nak pakai besi cam kat bawah ni kasi leher jinjang?? Huu takpe la, bersyukur dengan apa yang ada.


Sumber: Google

Si pengantin cantik tu cuma memakai veil yang cukup heavy dan itu sudah pun mencukupi pada mata saya.

Sama juga pada tudung. Saya tidak mahu tudung yang penuh dengan butiran manik, tak perlu juga kerlipan bagai. Memang cantik, memang meriah. Cuma mungkin saya bukan orangnya. Saya hanya mahukan tudung polos, seperti si cantik di atas.

Aha, berkenan sangat dengan baju nikah dan baju resepsi dia!!! Cantik dan penuh di bahagian atas, tapi bahagian pinggang ke bawah tak penuh sangat (boleh pergi ke
link ini untuk gambar penuh) Mungkin sesuai untuk saya yang tidak mahu tumpuan terarah ke bahagian bawah yang--erm lebih besar dari biasa :P Bisa ye Sitti?



Malam ni, saya agak ter'hook' dengan blog Daniel ni. Kali pertama saya tau pasal dia masa kawan opis saya forward url blog dia. Tapi bukan pasal hasil kerja dia. Tapi pasal rupa Daniel ni yang saya kira.. erm.. Harus pandang kiri kanan sebelum keluar statement ni :P OK, saya tak kata, tapi kawan-kawan saya, kalau amik dia sebagai photographer, susah nak bagi tumpuan pasal photographer kacak.

p.s Untuk D, Laling kata muka D cam Daniel. Nama pangkal depan pun dah sama, jadi D tak marah ye? :P

Ye ye.. Kacak.

Ok tapi hasil kerja dia lebih utama ya?

Tumpuan. Fokus. Ok, hasil kerja dia saya suka. Mungkin mata kita sebagai seorang bakal pengantin, cepat aje dapat perasan sesuatu yang cantik dan berbeza.

Bila dah tengok gambar pengantin cam ni, maka makin la dapat idea.

Tengok, si jejaka selitkan sapu tangan sedondon dengan warna sampin. Alternatif untuk yang mahu alternatif lain selain warna stoking yang sepadan macam dalam
post saya tempoh hari.


Terasa hendak pakai gelang ini pula pasal saya tak mahu pakai rantai leher mahupun tiara. Tapi mungkin boleh sebagai ganti, nak pakai gelang kaki ni. Rasanya mak kawan saya ada gelang ni. Harap jangan la berat macam cerita Pontianak Harum Sundal Malam tu!



Siapa kata meja bulat sahaja sesuai untuk majlis kenduri? Lihat, meja empat segi pun kalau dihias kena pada cara, tetap cantik!


Banyak lagi gambar-gambar menarik di blog Daniel, yang kamu hanya perlu klik di bahagian OP Hebat di belah kanan blog ini.

Berbalik pada topik saya, memang saya tak mahukan tiara, baik untuk majlis nikah atau resepsi.

Bila saya bagitau kawan-kawan saya yang saya tak mahu pakai tiara, macam yang penah saya
post di sini, macam-macam reaksi yang saya terima. Saya tau apa juga pilihan saya, mereka akan sokong dan saya faham mereka nak saya kelihatan cantik pada hari majlis nanti. Tapi entah la. Saya memang takde nafsu langsung nak pakai tiara. Rasa cam ada benda kat atas kepala saya (oh atau mungkin masih trauma masa lipas terbang melekat kat rambut saya, jadi tak suka apa-apa kat atas kepala saya kecuali tudung).

Walaupun saya bukan peminat tiara, tapi saya memang peminat veil. Lagi panjang, lagi jatuh pada badan--lagi saya suka. Harap kelebihan pada ketinggian saya, memungkinkan saya untuk pakai veil labuh ke lutut ke (oh boleh sampai ke lantai?? erm. belum sampai ke situ saya fikir buat masa ini)

Cuma buat masa ini, saya memang belum ada keinginan untuk memakai tiara. Tapi siapa tahu kan, mungkin seminggu sebelum majlis, saya ubah fikiran dan mahukan tiara paling besar saya nampak! :P




Nota: Post ini adalah pendapat peribadi dan bukan untuk menidakkan atau mengiyakan pemakaian tiara oleh siapa-siapa sahaja.

15 Januari 2010


09 January, 2010

Kemas Kini Laju-laju


Salam dan hai.

Walau ini post cepat-cepat taip, tapi tetap nak alukan pembaca tegar ke 81, Hana! Terima kasih Hana. Saya tengok di blog Hana, dia ada masa lebih 11 bulan untuk merancang. Harap Hana dapat buat yang terbaik ya!
Dari pagi ke petang menguruskan hal persiapan majlis perkahwinan kami. Update ringkas, langsung takde gambar pasal terlupa nak amik semua moment.

Mula-mula pagi ke rumah Fieza. Terasa cam terharu lak tengok Fieza dah kahwin. Ok, memang dia dah lama kahwin, tapi tengok rumah dia, tetiba rasa "wah, kawan aku dah besar. Dah ada rumah, dah leh deko deko deko"

Tujuan jumpa Fieza pasal nak cari rekaan baju. Dia pernah emelkan saya satu rekaan yang saya tengok boleh tahan cantik juga. Tapi dalam gambar tak jelas. Jadi saya datang untuk pinjam majalah tu.

Jadi rekaan baju dah ada :) InsyaAllah kali ni memang mahukan rekaan ini untuk baju sanding. Kebaya labuh. Warna masih pending pasal nak bincang dengan OP dulu. Mungkin akhir bulan ni baru boleh tetapkan keputusan.

Kedua: sudah jumpa dengan tailor untuk baju nikah. Mula-mula sekadar ingin survey, tapi layanan mereka best sangat (saya mudah dipengaruhi). Walaupun saya dan D datang tegar takde bawa kain apa-apa pun untuk tempah, tapi mereka tetap bagi khidmat nasihat percuma.

Ingat tak jubah yang saya mahukan tu? Ohhhoo.. Telah bertukar rancangan. hihih.. Baju kebaya labuh juga. Sifon pun tak jadi digunakan, tapi ganti dengan French lace. Baju melayu pun sudah bertukar fabrik!

Sila jangan marah kawan-kawan.

Oh ya, vendor mana yang saya amik, nanti saya akan update selepas saya beli kain dan hantar ke kedai tailor tu. Seperti mana-mana vendor, saya pun pernah dengar cerita positif dan negatif tentang kedai ni. Tapi memandangkan tailor saya kat Bangi yang cadangkan kedai ni, saya rasa mungkin saya kena redha aje lah.

Saya rasa, bila majlis ni semua telah selesai, saya akan tengok balik semua perjalanan saya dan ketawa. Kenapa? Pasal saya adalah pengantin yang tak dapat tetapkan dengan pilihan :P Asal cantik, saya mahu juga!

Ok, nanti saya update lagi.

Masih mengejar vendor untuk pelamin pula.

Harap rancangan korang semua lebih stabil daripada saya ya :P Jangan buat peel macam saya, kecuali bakal suami korang ada tahap kesabaran amat tinggi. Hihi.

p/s: To Along Firdaus: Ye aku faham sekarang kenapa ko asyik tukar keputusan :P Ye ye.

9 Januari 2010


07 January, 2010

Ku Sangka Hujan Sampai Ke Malam



Salam dan hai

NOTA: Post ini adalah post belum lengkap. Segala komen yang saya tulis disini masih dalam peringkat permulaan pemikiran saya. Jangan salah anggap pada komitmen dan kemampuan tak belah bagi dari Rumah Kebaya berdasarkan isian pada post blog ni. Sila tunggu post saya akan datang untuk tips bernas yang saya harap dapat kongsikan bersama di sini.

Tajuk post kena drama sikit, baru orang nak baca.. eheheh Teruskan membaca ye, kepada pembaca tegar Zielala , Ole-Ole Manis, Fifi dan Ashekeyn. Selamat datang ke blog saya :)

Saya baru lepas balik dari jumpa Sitti. Kesian Sitti, dia tak sihat malam ni tapi demi janji, dia tetap layan kami dengan baik (walau datang lewat pasal ada kemalangan pulak kat Kinrara). Korang mesti tau kan yang saya amat berminat nak pakai warna kuning raja untuk majlis sanding nanti. Saya memang tiada kekeliruan untuk pemilihan warna, walaupun rata-rata kawan rapat kami memang terperanjat dengan pemilihan warna ni. Tapi lepas bincang-bincang, skrang sudah terbahagi beberapa belah dah ni untuk pemilihan warna. Komen mereka sangat bernas.

Pendapat yang Sitti dan suaminya, Fairus kongsi dengan saya, sesuatu yang saya tak terfikir langsung pasal takde sapa pun pernah highlightkan perkara tu pada saya. Mereka la yang pertama berkongsi maklumat sepenting tu. Lagipun, pasal semua orang pun aplikasikan perkara yang sama, jadi saya kira, benda tu adalah normal. Tapi rupanya, mengundang masalah juga dalam gambar. Kan hasil gambar hasil sampai bila-bila. Harus cantik!

Ini la sebabnya saya suka berbual dengan orang yang betul-betul terlibat dalam majlis perkahwinan macam mereka berdua. Pasal pendapat dan pengalaman mereka, sesuatu yang kita orang biasa selalu terlepas pandang. Kita fikirkan cantik, tapi rupanya ada banyak hal kecik yang perlu diamik kira. Dari sekecil-kecil jahitan manik pada baju, kepada warna chandelier pelamin. Sekurangnya kita tau dan keputusan akhir sama ada nak teruskan atau tidak, berbalik pada kita semula. kan Hari Besar kita? Cakap aje warna apa, semua boleh dibawa berbincang.

Perkara tu terlalu panjang untuk saya tulis di sini. Nanti saya upload di post yang akan datang. Segala hasil perbincangan kami dan perkara yang selama ni kita tak tau. Saya kira, hanya buat B2B yang terbuka (serta tak panik-- jangan jadi cam saya, kena panic attack), post akan datang mungkin dapat membantu korang daripada korang buat kesilapan pada pemilihan warna.

Sampai Nity yang turut ikut pun turut sama pening. Mungkin dia pening pasal tengok saya meraban tak leh buat keputusan. Atau dia sma pening pasal design semua lawa.. hihi Bayangkan, saya datang dengan yakin ke rumah Sitti, kononnya warna sudah tetap, cuma pilih design sahaja. Tapi rupa-rupanya, tak dapat nak gerak pasal saya dan D rasa cam nak berfikir dua kali tentang warna kami.

Sitti memang tiada masalah langsung dengan apa juga warna yang kita nak, apa juga design, memang Rumah Kebaya mampu realisasikan apa juga impian kita, jadi dari segi komitmen, saya yakin yang Sitti memang berkemampuan dan komited. Tapi kami ni, sebagai bakal pelanggan yang takleh buat keputusan, maka kami sudah pening. haha. Ketawakan diri sendiri rupanya susah juga.

Tapi dalam pening-pening tu, sempat la kami cuba sehelai baju aje pasal sudah malam. Dah cukup baik mereka tunggu kami sampai lewat. huhu. Saya suka lak masa sarung baju ni pasal lengan dan pinggang muat (kecuali peha ketat sikit dan peyut uncet eket :p !! hehe. )


Ini lah gambar yang saya post dalam post sebelum ni. Sudah jumpa alternatif kalau takmo letak songket di pinggang :D Kalau ada siapa-siapa nak tengok material ni dengan lebih dekat, boleh ke Rumah Kebaya di USJ. Map di laman web Rumah Kebaya.


Bayangkan, saya tak dapat nak amik keputusan untuk pilih design yang mane. Pasal semuanya cantik-cantik. Memang tak dapat nafi, pakaian pengantin Indonesia memang amat cantik. Tapi kan, saya dah pernah kata, baju sanding memang semua cantik-cantik kat mata saya. Huhu. Amat cantik! Erm.. berapa kali dah sebut perkataan cantik dalam perenggan ni?? :P Ada kot 7kali?? :P


Kini, saya ada masa lebih kurang 2 minggu untuk mengumpul maklumat. Mungkin saya perlu gunakan masa pre-wedding nanti untuk tanya pendapat OP. Tapi apa-apa pun, keputusan perlu dicapai sebelum bulan 2 ni dan maklumkan warna pilihan kami kepada Sitti! Harus!


Maaf, saya memang tak snap koleksi baju-baju dari Rumah Kebaya, tapi korang semua boleh hubungi Sitti untuk setkan temujanji ya. Mana tau, dah alang-alang amik Sitti, amik sekali suaminya sebagai OP korang. Boleh klik di link Rumah Kebaya, yang ada saya letakkan ditepi ini untuk perbincangan yang lebih terperinci bersama Sitti dan suaminya.



Dan untuk saya, hujung minggu ni kena buat sesi perbincangan dengan D! Jangan risau ye D, B takkan pilih pink :P--- agaknya la eheheheh


8 Januari 2009

22 July, 2009

Warna Warni


Salam dan Hai

Masih berhempas pulas fikirkan kaler apa untuk sanding.

Kemudian terjumpa website ni
http://theperfectpalette.blogspot.com/


Tapi masalahnya, dari takde pilihan, sekarang dah terlalu banyak yang berkenan..

Balik semula kepada kosong :(

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates