Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label isu padat. Show all posts
Showing posts with label isu padat. Show all posts

16 May, 2012

Antara Realistik dan Optimistik


Salam dan hai

Baru-baru ini, saya sempat mendengar motivasi pagi di satu stesen radio. Walaupun saya cuma berkesempatan untuk dengar ditengah-tengah cerita, tapi saya rasa topiknya amat menarik. 

Perbezaan antara realistik dan optimistik.

Untuk rekod, maksud realistik dan optimistik mengikut DBP


realistik /réalistik/: berhubung dgn kenyataan atau menunjukkan keadaan yg sebenarnya:
optimistik : penuh harapan baik dlm meng­hadapi sesuatu:


Berapa ramai diantara bakal pengantin yang rasa, optimistik itu lebih penting daripada realistik? Berapa ramai pula yang beranggapan realistik itu perlu mendahului sifat optimis seseorang itu?

Dimana sempadan dan had kedua-duanya?

"Ok, saya mampu uruskan gubahan hantaran malam sebelum majlis pernikahan, sempat kemaskan bilik pengantin pada pagi majlis pernikahan dan pastinya saya berjaya uruskan deko dewan untuk majlis persandingan pada hari esoknya".


Ya, seorang bakal pengantin yang sangat optimis-- tapi adakah dia sudah cukup realistik? Bagaimana jika tiba-tiba berlaku perkara atau gangguan yang tidak diduga muncul di saat-saat akhir, seperti bekalan elektrik terputus pada malam gubahan hantaran patut dimulakan, atau pengantin terbangun lewat sebelum sempat mengemas bilik pengantin, mungkin juga gubahan bunga dan deko yang akhirnya kelihatan tidak sesuai dengan keseluruhan tema majlis.

Si optimis diatas adalah diri saya yang dahulu. Tanpa mengambil kira risiko dan kejadian yang tidak diundang, saya menetapkan perancangan ini, tanpa ada rancangan sandaran lain. Alpa kemampuan diri 100%. Tapi saya bersyukur, pengapit saya sentiasa ada disisi untuk mengheret semula kaki saya yang terapung-apung untuk kembali berpijak di bumi yang nyata. 

Ya, saya optimis saya mampu melaksanakan apa yang saya rancang, tapi  saya terlupa untuk meletakkan realiti yang perlu saya semuka, iaitu mustahil untuk saya melaksanakannya seorang diri. Kekangan daripada segi tenaga, masa, kreativiti dan bakat memustahilkan saya untuk menyudahkan apa yang perlu. Itu kenyataannya. Disini lah muncul bantuan daripada pengapit, kaum keluarga dan pasangan saya sendiri yang memenuhi ruang-ruang kosong yang tidak mungkin mampu saya isikan. 

Tidak akan kurang optimistik seseorang jika dia berfikir realistik dengan merancang Plan B, Plan C dan seterusnya, kalau-kalau Plan A nya tidak berjaya. 

Tidak akan kurang optimistik bakal pengantin itu jika dia secara realisitiknya mengakui dia tidak mampu melaksanakan sesuatu rancangan itu sendirian.

Bagi saya, bersikap realistik adalah lebih penting daripada optimis. Realistik yang meletakkan sifat kemanusiaan dalam diri manusia kita. Realistik yang menjadikan diri seseorang itu kreatif menyelesaikan masalah yang timbul, siaga menghadapi kemungkinan kegagalan.

Optimis, jika tidak kena dengan acuannya, bukan sahaja menyebabkan kita tidak berpijak dibumi yang nyata, malah bersandarkan azam semata-mata tanpa menetapkan ukuran kemampuan kita dan situasi untuk menyusun strategi,  sememangnya tindakan yang memperjudikan segalanya.

Ingat, optimis dan redha pada Nya adalah dua perkara yang berbeza.

Jadi, buat bakal pengantin yang sedang ligat merencana persiapan masing-masing, fikirkan sejauh mana realistiknya sifat optimis kamu semua. Daripada 10 senarai DIY kamu, berapa yang kamu mampu laksanakan secara realistiknya? (kerana saya tahu, secara optimisnya, sudah pasti kesemua 10 senarai itu kamu mampu laksanakan, kan?) Fikir sejenak, sama ada kamu perlu atau tidak menyenaraikan rancangan sandaran jika rancangan utama kamu tidak tercapai. 

Seperti yang pernah saya tulis di post-post sebelum saya berkahwin, berpijak dibumi nyata itu tetap masih indah.







16 May 2012



16 March, 2012

Solat Sunat selepas Majlis Akad Nikah



Salam dan hai

Saya baca satu artikel yang menarik untuk dikongsikan: berkenaan solat sunat selepas akad nikah

Sumber:
Harian metro

Solat sunat selepas majlis akad nikah

JIKA kita ingin melaksanakan solat sunat nikah, bilakah waktu yang paling sesuai? Adakah sejurus akad nikah atau boleh dilakukan apabila semuanya selesai iaitu selepas bersalaman dengan hadirin, solekan dan baju sudah berganti?


JAWAPAN:


Melaksanakan solat sunat nikah boleh dilakukan selepas majlis akad nikah berakhir atau pada masa yang sesuai. Waktu yang terbaik boleh dilakukan bersama isteri iaitu ketika isteri datang menemui suami.

Kedua-duanya hendaklah bersolat terlebih dulu dan seterusnya berdoa kepada Allah supaya mendapat kebaikan daripada perkahwinan serta memohon perlindungan Allah daripada sebarang keburukan.

Terdapat riwayat daripada Abu Said yang menyebutkan bahawa sahabat lain mengajarnya mengenai solat sunat nikah ini, katanya: “Jika isterimu nanti datang menemuimu, hendaklah kalian berdua solat dua rakaat. Lalu mintalah kepada Allah kebaikan isterimu itu dan mintalah perlindungan kepada-Nya daripada keburukannya. Selanjutnya terserah kamu berdua” (Riwayat Ibnu Abi Shaybah). (juga boleh baca perbincangannya di
laman web ini)

Terus saya teringat pada gambar yang
Abang Acai pernah ambil ni



Macam yang pernah saya tulis dalam
post terdahulu, berapa kerat sahaja pengantin perempuan yang akan solat berjemaah bersama suaminya selepas majlis akad nikah, macam dalam gambar tu?

Saya tidak.



Saya solat berjemaah bersama dengan D, selepas majlis bersanding selesai. Jadi saya harap, kalian boleh lakukan yang lebih baik.

P.s: bentangkan sejadah siap-siap untuk pengantin solat. Tidak la jadi macam gambar D diatas, teruja nak solat tak pakai sejadah. Hehe




16 Mac 2012

06 March, 2012

Ayat al-Quran pada Kad Kahwin Tidak Sesuai


Salam dan hai

Info menarik untuk bakal pengantin








2012/03/06

Perbuatan buang merata-rata jejas kesucian: JAKIM

KUALA LUMPUR: Perbuatan mencetak ayat al-Quran dan hadis Nabi SAW pada kad jemputan kahwin boleh menjejaskan kesucian Islam jika kad itu dibuang merata-rata, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Othman Mustapha. Beliau berkata, tindakan itu juga mungkin boleh dikategorikan sebagai menghina ayat al-Quran.



Istilah suci dalam Islam seperti Bismillah,
assalamualaikum dan sebagainya tidak boleh digunakan dengan sewenang-wenangnya kerana dikhuatiri akan disalah guna dan diletak di tempat yang tidak sewajarnya,” katanya.

Namun, Othman berkata pihak terbabit meletakkan ayat suci al-Quran dan hadis pada kad jemputan kahwin dipercayai berniat baik
iaitu ingin memberi peringatan dan berdakwah kepada orang lain, bagaimanapun ia patut dielakkan.

“Jika bertujuan untuk memberi pengingatan hanya memadai dengan menulis maksudnya saja,” jelasnya.

Beliau juga berkata pihak yang menerima kad jemput kahwin yang tertulis ayat al-Quran sepatutnya lebih prihatin dan menjaga kesucian ayat itu dengan tidak membuang bahan yang mengandunginya di merata-rata tempat.



Katanya, mengikut Garis Panduan Penapisan Bahan-bahan
Penerbitan Berunsur Islam yang dikeluarkan JAKIM, perbuatan membuang bahan yang mengandungi ayat al-Quran boleh dikategorikan sebagai perkara yang menyentuh kesucian Islam.

Beliau berkata, pelupusan bahan penerbitan yang mengandungi ayat al-Quran sepatutnya dibuat mengikut garis panduan yang telah
ditetapkan oleh Kementerian Dalam Negeri.

Sementara itu, seorang pembuat kad perkahwinan, Mohd Natasha Md Nasir berkata, pihaknya sentiasa menasihatkan pelanggan yang ingin mencetak istilah suci termasuk Bismillah supaya tidak berbuat demikian.

“Kalau ada pelanggan yang hendak cetak Assalamualaikum dalam tulisan jawi pun kita tak galakkan, sebaliknya kita cadang supaya ditulis dalam tulisan rumi,” katanya.

Seorang lagi pembuat, Nor Azli Masrudin berkata, pihaknya sediakan format standard, tapi kalau pelanggan nak juga cetak kalimah-kalimah suci kita kena ikutlah,” katanya. – BERNAMA




Sumber: Berita Harian





Kamu telah mengetahui dan diingatkan :)

Wallahualam



6 Mac 2012

10 June, 2011

Kelab Isteri Taat: Reaksi D


Salam dan hai

Saya dapat tahu tentang Kelab Isteri Taat ni daripada D semalam. Lepas solat Maghrib, D buka cerita pasal ini.

Saya dengar nama Kelab ni, saya terfikir, Wah.. bunyi kelab cam dasyat!

Kemudian, D luahkan betapa bengangnya dia dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Naib President Kelab tersebut, yang mengingatkan golongan isteri supaya patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’.

Dia tak faham, macam mana seorang yang berlatar belakangkan akademik yang bagus (dalam kes ini, penyata seorang berstatus Doktor dihadapan namanya) boleh mengeluarkan kenyataan sebegitu tohor. Sedangkan D sebagai seorang suami, tak mahu sama sekali menyamakan nilai seorang isteri setaraf dengan seorang pelacur, bagaimana seorang yang sudah tentunya wanita, boleh merendahkan martabat wanita lain sebegitu rendah.

Kadang-kadang ada betulnya juga kenyataan, hanya wanita yang boleh menjatuhkan taraf wanita yang lain. Tiada yang lebih menjengkelkan apabila wanita sendiri, merendahkan martabatnya.

Saya angguk-anguk, buat-buat faham *sedangkan saya tak tahu menahu pun pasal berita ni. Lain kali baca surat khabar ye Xora, bukan google nama anak dan senarai semak untuk bayi sahaja --thanks Fieza tolong aku Hehe.

Komen saya, kalaupun mahu melontarkan metafora, bukankah masih banyak lagi kiasan lain yang bersesuaian? Kenapa tidak samakan kepatuhan dan layanan suami seperti mana isteri-isteri Nabi Muhammad S.A.W kepada Baginda? Itukan contoh sebaik-baiknya?

Dan jika pun makna 'pelacur kelas pertama' bukan lah benar-benar bermaksud golongan perempuan geladak tersebut, namun apabila bercakap kepada masyarakat umum, tiada maksud lain yang membawa pengertian berbeza daripada perkataan 'pelacur' itu. Apabila disebut pelacur, masyarakat umum sedia maklum jenis golongan ini. Tiada siapa mahu disamakan dengan anjing, begitu juga disamakan dengan golongan pelacur.

Seperti mana saya rasa serpihan daripada Kelab Poligami yang terlebih dahulu heboh diperkata, Kelab ni pastinya mendapat reaksi campur aduk daripada masyarakat.

Reaksi anda, bagaimana? *boleh google Kelab Isteri Taat sekarang kalau tak tahu apa-apa--macam saya. Hehe


10 Jun 2011

10 May, 2011

Tu Bukan Menyibuk Lagi, Tu Dah Kira Biadap


Salam dan hai

Tajuk kena panas. Sepanas hati seorang sahabat saya pagi ini. Cik Puan Reen -- yang sedang panas hati.

Saya faham perasaan dia kerana saya pun sudah terkena, dengan orang yang sama juga. Biadap perbuatan dia yang tidak semena-mena tanpa segan silu memegang perut saya tanpa sebab-musabab, jauh lagi dengan izin.

Tujuan saya menulis topik ini, supaya kita semua, baik mantan pengantin, bakal pengantin, bakal-bakal ibu, atau ibu-ibu mahupun makcik-makcik diluar sana, supaya tolong faham tentang hati seorang perempuan yang masih menunggu rezeki Allah.

Rezeki yang saya maksudkan adalah rezeki dikurniakan anak.

Macam yang saya pernah sentuh isu ini dalam post terdahulu {
Post}, saya mahu bakal-bakal pengantin bersedia dengan soalan-soalan yang sensitif ini kerana pasti wujudnya golongan yang tidak sensitif kepada perasaan dan air muka kita.

Kadang-kadang saya kasihan dengan golongan sebegini. Golongan yang tidak tahu atau mungkin tidak pernah amik peka kesan soalan yang terpacul daripada mulut mereka, mungkin bakal mengguris perasaan orang yang ditanya. Betapa mereka dengan objektif mereka nak tahu. Atau mungkin dalam hujah mempertahankan diri mereka, mereka tak sangka yang soalan itu bikin gusar dihati penerimanya.

Saya nak ulas beberapa perkara disini.

Pertama: Sebenarnya, bukan soalan itu yang menyakitkan hati. Tapi bagaimana soalan itu diajukan yang mengubah momentum penerimaan.

Mungkin kalau kita dengar orang bertanya
"Dah ada isi ke belum?"
lebih sedap dihalwa telinga kita berbanding
"Tunggu bila lagi ni? muda2 lagi xyah la tunggu2"

kan?

Bertanya tak ada siapa melarang, tapi fikir semula olahan soalan tu. Fikir, cukup ikhas ke kita bertanya atau sekadar nak menguji, menyibuk atau menyakitkan hati pihak lain? Cukup pengalaman kah kita dengan anak kita yang berderet sedangkan kita lupa itu semua hanyalah amanah Allah kepada kita yang boleh Dia tarik bila-bila masa sahaja?

Kedua: Kadang-kadang, bukan bagaimana soalan itu diajukan sahaja menjadi isu, intonasi suara pihak yang bertanya turut memainkan peranan.

Kalau diaju
"Ko dah ada isi ye?"
lebih lembut bunyinya berbanding
"Eh, ko dah berisi ke?!" siap dengan ton suara terkejut, mata terbeliak.

Bagai merupakan satu kesalahan untuk mengandung sedangkan prosesnya halal bersama suami yang sah. Menyebabkan si mantan pengantin terpinga-pinga "Aku ngandung pun salah ke?"

Jadi kepada mereka yang sering bertanyakan soalan sebegini kepada orang lain, baik teman rapat, teman sepejabat atau sesiapa sahaja, fikirkan semula kesan soalan kita kepada penerima tu. Kalau kita layak berkongsi khabar berita gembira, biar ianya datang secara semulajadi. Biar secara lisan daripada mulut pihak tersebut atau secara hukum alam--bila kita nampak perutnya semakin membesar. Tak usah nak menggali membabi buta. Tak usah nak menyendeng bertanya itu dan ini kalau kita bukan orang yang layak untuk dikongsi.

Usah mendabik dada, "aku kan dah ada anak, apa salahnya aku tanya dia kot-kot boleh kasi tips ke apa". Pernah kah terfikir, apa pula perasaannya kalau anak tersebut diambil tuhan dan kelak ada mulut lancang bertanya "Ko ni, anak sorang pun tak reti jaga ke?"

Jangan pula masa itu baru pandai nak bermain kata "Rezeki Allah punya" sedangkan dari awalnya, diri sendiri pun tahu anak itu rezeki daripada Allah dan mempersoalkan cepat atau lewatnya kehadiran anak itu, bagai mempersoalkan rezeki Allah.

Bagai secara langsung berkata "Apasal Allah tak kasi-kasi ko anak lagi ni?"

Kenyataannya, semua yang kita ada di dunia ini, baik suami, anak-anak, keluarga, harta, pangkat dan segalanya, pinjaman daripada Allah.

Tak tahu malukah kita nak berbangga dengan harta pinjaman sedangkan Allah sentiasa mengingati kita agar sentiasa merendah diri dan jangan bongkak.

Ketiga: Kalau yang dilafaz sudah mengguris hati, usah tambah dengan perbuatan.

Tindakan bertanya merambang sudah dikategorikan menyibuk, tapi tindakan pegang perut orang yang ditanya itu-- itu sudah jatuh jadi biadap.

Pelaku sebegini, mahu sahaja kalau saya ditempat kejadian, saya terus pegang bahagian dada dia dan kata "cup berapa ni?" Tak suka kan? Tahu pun tak suka orang sebarangan pegang bahagian dada ko atau bahagian sulit ko kan??

Kena faham, tak semua perempuan mengandung atau belum mengandung suka dipegang atau diusap perutnya. Setiap individu adalah berbeza. Ada yang suka kandungannya diusap-usap, ada juga yang kurang gemar perlakuan sebegitu.

Paling tidak kalau hati meronta mahu sangat pegang, minta izin. Tak susah kan? Hormat zon selesa individu. Kalau diri kita bagai datang tak berjemput, pulang tak berhantar, usah bertindak melampaui batas susila.

Saya berharap, pada semua mantan pengantin yang sudah berbadan dua atau yang menuju ke arah itu, supaya cekal-cekal hati dengan dugaan daripada golongan-golongan ini. Saya tahu saya takkan dapat mengubah orang kerana kita semua daripada latar belakang berbeza, jarak usia yang berbeza, cuma saya berharap penulisan saya kali ini, paling tidak memberi satu ruang untuk kita berfikir, betul atau salah tindakan kita selama ini.

Tolong jangan jadikan kehidupan selepas berkahwin mantan pengantin bagaikan mimpi ngeri. Biarkan dia bahagia merencana hidup bersama suaminya.


p.s Post ini tidak bergambar kerana tiada gambar dapat mewakili betapa sungguh menjengkelkan saya rasa terhadap individu yang memegang perut kawan saya tanpa sebab tu.






10 Mei 2011



20 April, 2011

Isu Wang Hantaran



Salam dan hai

Sekeping gambar memang boleh membawa berbagai-bagai maksud tersurat dan tersirat disebaliknya

Langsung saya tak sangka, kerana beberapa keping gambar persiapan rumah kami dalam
post ini, terutamanya kabinet dapur, menyebabkan saya akan terima banyak emel yang bertanyakan tentang pengurusan kehidupan selepas kahwin kami, terutamanya daripada segi kewangan.

Mungkin disebabkan saya kurang menyentuh hal kewangan selepas majlis (yang bagi saya amat subjektif kerana setiap pasangan mempunyai perancangan berbeza), ada 1001 persepsi tentang kehidupan kami. Ada yang bertanyakan sama ada saya ada membuat pinjaman kewangan untuk berkahwin, ada juga yang bertanyakan tentang isu 'akaun simpanan bankrup' selepas majlis.

Jadi, saya mengambil ruang dalam post ini untuk menerangkan sebenar-benarnya, agar tiada pihak yang beranggapan saya dan D hidup mewah. Kami cuma kakitangan kerajaan yang kerja makan gaji yang tiap bulan jumlahnya tetap, tiada pendapatan sampingan yang lain. Kami juga sama macam pasangan baru berkahwin, masih terumbang-ambing. Tiada apa yang mewah, semuanya cukup-cukup berkatnya.

Tapi demi menghormati permintaan pengirim-pengirim emel, saya berkongsi bagaimana kami menguruskan duit untuk memperbaiki kehidupan dan keadaan rumah kami.

Semasa merancang majlis kami, saya telah tetapkan dan ingatkan pada diri sendiri, walau apa pun terjadi, saya perlu ada duit simpanan paling XX ribu dalam bank selepas majlis. Itu untuk saya, dan bukanlah jumlah kombinasi saya dan D. Alhamdulillah, Allah izinkan. Saya berjumpa dengan vendor-vendor yang amat bertolak ansur dengan budget saya, saya dikelilingi sahabat dan keluarga yang sudi menolong persiapan majlis kami dan saya tak diuji dengan dugaan yang melampau hebat. dan ya mungkin saya bertuah kerana kehidupan seharian yang tidak memerlukan baget tanggungan yang tinggi, apa tah lagi bila tinggal di rumah ibu ayah sebelum berkahwin. Itu juga antara faktornya, saya tak nafikannya

Selepas berkahwin, saya dan D tinggal di rumah ibu ayah saya hampir empat bulan dan berulang alik ke rumah mentua pada hujung minggu. Kami dapat kunci rumah kami genap sebulan pertama kami berkahwin. Tapi rumah yang kosong memerlukan banyak persiapan, jadi dalam tempoh itu la kami beli barang sikit-sikit. Tinggal di rumah ibu ayah, memang menjimatkan, tapi jangan sekali-kali memanjakan diri kita dengan kesenangannya.

Rezeki tu ada sahaja cabangnya. D buat grill rumah menggunakan wang pampasan yang dibayar oleh pemaju atas kelewatan mereka (Jadi kadang-kadang kelewatan rumah siap pun, mendatangkan faedah juga kepada kita, apatah lagi jika kita tak perlu terkejar-kejar nak masuk rumah). Barang-barang rumah antaranya seperti lampu, saya beli dengan duit bonus tempat saya bekerja. Kami buat persiapan sikit demi sikit, bergantung kepada duit gaji bulanan. Jadi barang-barang elektrik yang dilihat dalam post terdahulu, memang ada yang kami beli tetapi ada juga sumbangan daripada kedua-dua ibubapa kami. Alhamdulillah juga, kebanyakkan barang elektrik hadiah kahwin dulu memang semuanya cukup-cukup (kecuali set pinggan! Tapi tak apa, beli set pinggan makan Ikea amat best~~) , jadi kurang keperluan untuk membeli barang-barang elektrik.

Dalam hal barang rumah, saya tidak bebankan D untuk menanggung semuanya. Saya dibesarkan dengan prinsip ibu, tak kisah kalau kita perempuan sekali pun, kalau kita nak sesuatu, usahakan sendiri. Jangan harapkan ehsan orang. Atau dalam dialog ringkas ibu "Ko nak, ko usaha. Jangan menggedik nyendeng kat orang" Saya dan D masing-masing cukup peka had kemampuan kewangan masing-masing. Dalam hal perbelanjaan rumah, saya memang tidak berkira kerana yang penting bagi saya, saya nak apa yang saya nak dan saya akan usahakan sendiri walau makan masa--noktah.. hehehe.. Kan Yayang kan??

Itu cerita barang-barang keperluan rumah.

Tentang dapur saya, yang ini bukan pakai duit simpanan saya. Untuk kabinet dapur, kami guna wang hantaran kami. Menyebut isu wang hantaran, ye memang ada pelbagai kaedah penggunaan wang hantaran daripada pihak lelaki. Ada keluarga yang amik wang hantaran tu untuk wang hangus kenduri kendara disebelah perempuan, ada juga yang diserahkan kepada pengantin perempuan bulat-bulat, dan juga ada pengantin perempuan yang serahkan duit wang hantaran sebagai hadiah kepada ibuayahnya. Mana-mana kaedah pun, terpulang kepada keluarga masing-masing

Cuma untuk keluarga saya, memang tradisi keluarga saya daripada belah ibu, wang hantaran akan dipulangkan semula kepada pasangan pengantin. Bukan kepada pengantin perempuan, tapi kepada kedua-duanya.

Tradisi ni bermula, pada zaman arwah monyang saya. Dia seorang juru nikah. Dia sudah lali tengok orang bergaduh disebabkan wang hantaran. Jadi bila anak dia (arwah mak long) saya nak berkahwin, dia telah tetapkan wang hantaran akan diminta tetapi tidak akan digunakan untuk majlis belah perempuan. Sebaliknya, wang itu akan diserahkan kepada kedua-duanya selepas majlis. Wang hantaran tu perlu ditetapkan jumlahnya demi menjaga rukun sosial jiran tetangga yang memang amatlah menitik beratkan wang hantaran, tetapi tidaklah pada jumlah yang akan membebankan pihak lelaki, tetapi tidak juga memalukan pihak perempuan. Pendek kata, wang hantaran ini bagaikan simpanan selepas majlis buat pasangan pengantin dan muafakat bersama bagaimana untuk memanfaatkan duit tersebut

Masa arwah Opah saya berkahwin, dia pun melalui tradisi yang sama. Jadi bila ibu berkahwin, duit wang hantaran ibu dan ayah guna untuk beli set katil untuk rumah mereka. Dan kini, bila tiba giliran saya dan D, ayah dan ibu sudah maklumkan yang mereka tidak akan tetapkan jumlah, tetapi terpulang pada saya dan D untuk menentukannya. Kalau D mahukan kehidupan lebih stabil selepas majlis, maka dia perlu berusaha mengumpulkan ikut kemampuan dan jumlah yang dia hendak. Ibu kata, dia tak pandai nak tetapkan harga kerana diriku begitu berharga tak ternilai dengan wang ringgit--chewah~ Maka, kawan-kawan, duit itu juga la kami gunakan untuk sediakan kabinet dapur, set sofa ruang tamu + meja, dan katil bilik kami. Semuanya cukup-cukup dengan jumlah yang ditetapkan. Saya pun dah ingatkan D, kalau ada rezeki kami, kalau ada anak perempuan, dia juga akan melalui tradisi yang sama.

Nah, sekarang rasanya sudah jelas bagaimana kami menguruskan pembelian barang-barang rumah. Tiada yang mewah dan tidak pula perlu untuk kami membuat pinjaman. Semuanya biasa-biasa sahaja. Cuma rezeki tu sentiasa ada, sama ada datang berperingkat-peringkat atau dalam keadaan kita tak sangka.

Penutup post petang ni, saya selitkan gambar ni. Masa penyerahan wang hantaran. Paling best masa ini pasal wang hantaran dan mas kahwin diletakkan dalam clutch, jadi memang tiada siapa tahu jumlahnya, paling penting terpelihara daripada pengetahuan beberapa individu yang memang teramat berminat nak tahu jumlahnya hahaha. Sampai habis abang-abang saya pun dirisik oleh orang tu :P




Tak tahu ngapa muka saya masam~~tapi masa dah pegang wang hantaran tu, sengeh lebar gila!

Ni pula gambar dekat hantaran yang ada set barang kemas, wang hantaran dan mas kahwin. Wang hantaran dan mas kahwin diletakkan di dalam clutch tu.



Dugaan daripada segi kewangan selepas berkahwin itu tetap ada, cuma kita kena percaya, setiap dugaan pasti akan disusuli dengan rezeki dariNya. Jangan dikira-kira, cepat atau lewat rezeki itu datang, yang pastinya ianya akan datang pada waktu yang tepat, sama ada kita sedari atau tidak.

Paling penting,hidup dalam paksi kemampuan masing-masing. Ingat, hidup ni bukan untuk ditandingi, tapi untuk dinikmati dan disyukuri.

Lagipun,kita hidup bukan menongkat langit ye kawan-kawan


20 April 2011

18 February, 2011

Proses Pembelajaran Sepanjang Hayat


Salam dan hai

Mana-mana isteri pun akan melalui proses pembelajaran peel suami masing-masing, dan vice versa. Apatah lagi, sebelum kahwin, kita memang dah selalu dengar ayat "Nanti dah kahwin, kau tau la perangai dia sebenar". Jadi secara tak langsung, kita sebenarnya sudah tahu yang ada beberapa bahagian dirinya yang kita akan kenal selepas tinggal sebumbung.

Hidup rumah tangga ni memang pembelajaran sepanjang hayat. Bila dua orang berbeza hidup bersama, masing-masing bawa budaya dan cara hidup berbeza, yang kita dapat daripada habit, latar belakang keluarga dan faktor-faktor lain. Bila dua gaya ini bertembung, hanya akan berlaku dua perkara; sama ada ngam atau melantun.

Kadang-kadang, perkara harian yang kita dah selalu buat masa bujang, mungkin bukan perkara yang suami kita suka. Contoh, D tak suka kalau ada barang di atas katil. Saya pula memang habit daripada kerja dulu, segala file dan tas tangan saya letak atas katil. Pelik juga dalam bulan pertama saya kahwin, saya perasan tas tangan dan file saya diletakkan di tempat lain. Rasa macam ada penunggu lak dalam bilik yang mengubah kedudukan barang-barang. Sampai la satu hari saya tanya D, mengapa dia alihkan barang saya dan jawapan dia, dia tak suka ada barang atas katil pasal D suka baring terus atas katil berehat sekejap lepas balik kerja.

Sejak tu, saya tak letak lagi barang atas katil *kadang-kadang masih letak, tapi kalau dah dengar bunyi motor D, cepat-cepat alihkan barang heheh

Kadang-kadang, rutin harian yang sebelum ni tak jadi isu pada saya seperti membasuh baju, macam-macam saya akan persoalkan bila sampai pada hak milik D.

'Kenapa la D ni tak turunkan lengan baju dia dulu?'
'Kenapa la D tak check dulu poket, kot-kot ada siling ke, resit ke?'
'Kenapa la D tak tanggalkan belt siap-siap daripada seluar kerja ni'

Bila ditanya, jawapan dia mudah "Dulu, mak yang selalu buat"

Nak marah pun tak jadi, pasal saya pun antara tak sedar akan buat perkara yang sama. Kebergantungan kepada orang lain memang memanjakan kita.

'B kenapa tak check air kereta?'
'B bila nak isi angin tayar kereta ni?'
'Bila kereta ni nak kena servis B ada tengok tak?'


Jawapan saya 'Dulu, Ayah yang selalu buat tu semua.B bawa kereta aje tahu' *sambil beri senyuman paling manis pada D.

Kita ada sebab musabab kenapa kita bertindak seperti apa yang berlaku, kan? Cuma kita nak berkongsi dengan pasangan kita, itu satu tugas yang lain.

Proses pembelajaran ni berbeza untuk setiap pasangan. Macam juga kita belajar di sekolah. Ada yang mudah tangkap ilmu dengan hanya memberi tumpuan pada guru dalam kelas, ada yang perlukan kelas tambahan, ada yang suka study group, ada yang rajin buat latihan spot question. Setiap kaedah caranya berbeza dan tiada kaedah lebih baik daripada yang sebaliknya kerana setiap antara kita adalah individu, otak kita bekerja dan menilai dengan cara berbeza.

Seperti juga saya tak lut dengan bebelan ibu masa saya remaja dulu "Bilik air kena bersih selalu. Nanti dah kahwin, apa-apa hal pun orang tengok bilik air dulu", hati saya mesti persoalkan "Apa la datang rumah orang tumpang kencing je!". Saya lebih mudah belajar melalui proses pemerhatian dan perbincangan terbuka. Memang rasanya, selepas berkahwin, kita memang akan jadi lebih peka dan pemerhati yang lebih tajam. Kadang-kadang, susunan pinggan pun kita boleh cam yang mana kita susun, yang mana suami kita susun.

Tapi ada juga pasangan yang proses pembelajarannya berlaku bila tengah bergaduh. Masa tu la baru disebut satu persatu apa yang tak kena pada mata mereka. Tapi harap-harap, kita semua jangan lah macam ini ya. Kang, perkara yang sebenarnya kita tak kisah sangat, pasal dah gaduh, terus kita rasa macam kisah teramat-amat.

Mantan pengantin, korang lak macam mana? dan Bakal pengantin, dah sedia?


Nota: kepada sesiapa yang ada menghantar emel pada saya, saya tak dapat nak baca dalam dua hari ini. InsyaAllah, saya akan balas semuanya malam ini.


10 February, 2011

Rumitnya Isteri.. Payahnya Suami


Salam dan hai

Saya terima forward emel pagi ni dan suka untuk saya kongsikan sebagai post hari ini pasal rata-rata saya rasa, memang ada benarnya walau dalam lucu.

> > ----------------------------------------------------------

Laki talipon,Yang oii... Abang kat kedai mamak ni... Awak nak pesan apa-apa?
Bini jawab, Takmau bang, bini awak diet...

Laki pon balik umah, goyang tangan tak beli apa-apa...
Sampai umah, tengok bini tarik muka moncong mcm cencorot
Siap majuk-majuk... Lari tido bilik sebelah....

Bila laki query balik, Kan tadi awak yang takmau pesan apa-apa yang oiii....
Bini jawab, Memangla orang kata takmau apa-apa... Tapi belikan jerla apa-apa.... Kalau abang beli apa-apa kita makan jerrr....

Eh, bini akuni... Yang mana satu nih?
> > -----------------------------------------------------------------

Laki talipon bini,Petang ni awak nak masak apa Yang?
Bini jawab, Alaaahhh.... Hari-hari kena masak, penatlah bang! Balik keja ni Abang makan siap-siaplah

Laki pon, balik keje.. Singgah kedai mamak. Tibai nasik beriyani kari kamben baekk punya. Sampai umah, sendawa bau kamben... Tiba-tiba...

Bini jerit panggil suh makan! Bang, bini awak masak sambal tumis petai, sama sup ayam, Sama telur bistik, sama ayam goreng kunyit. Jom makan!!

Si laki terkulat-kulat pandang makanan penuh satu meja, Sedangkan perut dia dah senak, penuh dengan kamben! Merajuk lagiiii... Tido bilik sebelah lagi.....!!

Yang, awak ni ada kecelaruan mental ke halusinasi nih?

> > ----------------------------------------------------------------

Abangni, kalo dok umah asek sepah umah jerlah! Bini abang penat tau nak kemas umah semedang Awat abang tak kuar pi mancing ker... Pi main bola ke... Pegilah! Pegilah! Saya nak rilek-rilek dgn budak-budak nih

Si laki punyala seronok weeiii.... Dan-dan bangun pi tukar baju, capai talipon, capai kunci keta... Bila dah siap, kuar bilik... Tengok hanak bini dah siap-siap pakai baju lawa... Bangggg, bini awak sama hanak-hanak ikut awak eh?

> > ----------------------------------------------------------------

Bang, ujung minggu ni balik kampung nak?

Abang keja lah yang....

Abang hantar bini abang dgn hanak-hanak dah la bang, Pastu abang balik la KL balik

Lepas dah hantar hanak bini balik kampung, Esoknya, laki pon start keta... Nak balik KL. Baru sampai Taiping, talipon berbunyi...

Bini dia talipon. Abang bila nak balik ambik kitorang bang?

> > ----------------------------------------------------------------
Abang ni asyik tengok tibi jer dari semalam tau. Abang tak kesian bini abang ker... Dah kelupas-kelupas kulit jari tau.. Asik basuh kain jer. Abang tulungla lipat banjaran Himalaya dalam bilik rahsia tu bang...

Laki pon, dengan muka rebel.... Masuk bilik rahsia... Lipat kain. Sekali, bini masuk bilik nak usha line... Tetiba jer kena petir plak..

Apa awak lipat kain mcm ni banggg?
Kenapa sudut kanan tak align dgn sudut kiri nih?
Kenapa kolar baju ni awak lipat ke dalam?
kenapa spender ni awak lipat tiga?

KENAPA? KENAPA? KENAPAAAA??

> > ---------------------------------------------------------------

Nah hambik anak ni bang... pakaikan pampers, pakaikan baju...bini abang nak mandikan hanak yang sorang lagi....

Nak bagi pakai baju mana ni Yang...? <--- laki tanya
Alah abangni... kan baju anak ada 8 bakul tu...pakaikan jerlah baju mana-mana pon... bukan ada org nk tengok ponnn...
Bila bini tengok, anak dah siap pakai baju....
Apa pesen baju abang bagi budak ni pakai bangggg!
Apsal seluar kunin, tapi baju kaler merah? kalau orang tengok, nanti orang ingat anak kita sami ha...
> > ----------------------------------------------------------


Kesian lelaki... lurus sangat, x boleh bengkang bengkok sikit.


10 Februari 2011

09 February, 2011

Kalau Nasihat Saya Laku


Salam dan hai.

Curi-curi masa nak kemas kini blog. Hehe. Dah lama rasanya tak menulis post bawah label Isu Padat pasal tak ada idea. Cuma kebelakangan ini, emel yang dihantar pada saya, rasanya persoalan mereka sesuai dijadikan topik Isu Padat kali ini.

Saya suka kongsi persoalan yang sering diajukan pada saya menerusi emel daripada pembaca kerana bagi saya, kebanyakkan soalan mereka, saya sendiri pun tak pernah terfikir! Mereka memang amat kreatif dan kritis. Terus sahaja persoalan mereka jadi modal topik saya pagi ini : Nasihat untuk bakal pengantin

Huu, tak terlayak lagi diri ini nak beri nasihat, gelaran isteri baru digalas 3 bulan lebih. Bak kata orang, baru suku pertama, semuanya masih manis. Tapi mungkin ada beberapa perkara yang saya kira boleh saya kongsi sesama kita ya. Nasihat daripada orang lain, pemerhatian saya, saya gabungkan jadi satu post. Saya harap, kita sama-sama boleh tambah lagi maklumat jika ada yang saya terkurang atau tersilap. Cuma apa yang saya kongsikan disini, bukan la sesuatu yang tipikal kita baca tentang tugasan seorang isteri, tapi perkara-perkara yang bagi saya mungkin kita ada/ akan terlepas pandang selepas berkahwin.

1. Sayangkan suami, biar-biarkan dia.
Antara nasihat terbaik saya pernah dapat, rasanya daripada
Reen, yang dapat daripada orang lain (sapa ye Reen? aku yakin aku dengar ni daripada kau) Jangan terlalu manjakan suami. Konteks manjakan suami disini, bukan la bermaksud jangan panggil dia dengan panggilan yang dia suka atau jangan buat suara manja-manja dengan dia. Maksud 'manja' disini ialah jangan sesekali kita manjakan nak buat semua benda dan tugas untuk suami. Contoh, kalau suami kita dah pegang cawan dan nak buat air nescafe, kita cepat-cepat amik cawan tu daripada dia dan kata kita akan buatkan air untuk dia. Jangan ya biasakan suami kita, kita buatkan semuanya untuk dia. Mungkin kesannya tak nampak sekarang, tapi apabila tua, apabila sudah terbiasa "Bak sini sayang buatkan", bila diminta tolong, suami kita akan liat. Beranggapan kita boleh buat semua perkara. Biarkan dia buat apa yang dia nak buat. Ingat, kita isteri dan kita bukannya berkahwin dengan budak lelaki 8 tahun yang perlu ditatang segalanya. Suami kita mampu selesaikan apa yang nak dia buat sebaiknya. Biarkan dia. Mungkin korang sendiri akan kagum, bila rupanya nasi lemak dia lebih sedap daripada nasi lemak korang (ni perumpaan aje ye! :P)

2. Wajib, bukan patut.
Nafkah zahir, sila jangan kompromi. Ingat ya, nafkah zahir itu adalah tanggungjawab suami dan tanggungjawab itu sama sekali tidak akan kurang, walaupun si isteri bekerja atau si isteri berkemampuan lebih daripada suaminya. Menafikan atau meng 'tak apa' kan nafkah zahir ini, bagai kita menindakkan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah kepada kaum Adam. Ingat, nafkah zahir bukan patut, tapi WAJIB. Berapa jumlahnya, baru itu terpulang pada kemampuan dan hasil perbincangan suami isteri. Nafkah zahir ini, berbalik semula pada nasihat nombor satu tadi, jangan manjakan suami dengan memejamkan mata tentang isu nafkah zahir ini. Kalau kita beranggapan, dengan tidak menuntut nafkah zahir, kita dah menolong suami, sebenarnya kita telah menutup pintu untuk dia beribadat pada Allah. Allah S.W.T telah mengamanahkan tanggungjawab tertentu kepada pasangan suami isteri dan menunaikan amanah tersebut merupakan ibadat kepadaNya. Takmo tolong tambah pahala suami? Kata sayang suami, kaaaaaan...

3. Kita semua pasti berubah
Masa sebelum kahwin, saya paling takut kalau saya tak dapat buang habit suka sambung tidur lepas solat Subuh :P ada kawan-kawan saya yang telah melatih diri mereka beberapa bulan sebelum kahwin, untuk terus bangun dan tak sambung tidur. Tapi saya tak mahu dengan alasan nak menikmati moment terakhir bujang hehe. Lepas kahwin, automatik saya boleh tak sambung tidur lepas subuh, terus tolong ibu atau mak buat sarapan pagi. Jadi saya rasa, kita semua boleh berubah dengan syarat ada kemahuan dan kesedaran yang kita perlu berubah untuk menjadi lebih baik. Tak pandai memasak sekali pun, kalau sanggup belajar, takkan jadi masalah. Wanita ni makhluk yang mengkagumkan tapi kita bukannya sempurna. Selagi kita sedar diri dan sedar tanggungjawab kita, tiada apa pun yang mustahil untuk kita pelajari dan perbaiki.

4. Persiapkan diri dengan ilmu rumahtangga
Ada pengantin baru yang diuji oleh makcik, nenek atau mak mentua, masak resepi sekian-sekian. Selamat maju jaya la korang ye. Hehe. Saya ada kawan yang terpaksa telefon mak dia dalam bilik perlahan-lahan bertanyakan bahan-bahan resepi untuk masak mee goreng blackpepper --ok tipu, saya la orangnya yang telefon ibu tanya resepi tu. Haha. Perkara lain yang kita kena ingat, tak semua orang boleh berkongsi dapur. Maksud berkongsi dapur ni, macam buat tugas memasak ni sama-sama di dapur. Ada yang lebih selesa dia seorang memasak, tak mahu ada campur tangan orang lain. Jadi, kalau ibu mentua/ ipar duai macam tu, jangan cepat melatah ingat kita tak disukai. Bersedia juga jika cara masak mak mentua kita berbeza dengan cara mak kita selalu buat. Cuba sebaiknya ingat kedudukan dimana garam gula, minyak teh dikabinet dapur rumah mentua. Belajar cara nak cuci sotong, sayur dan ayam sebaiknya. Belajar siang ikan kecuali korang bunting pelamin dan tak digalakkan menyiang ikan tu bonus ok. Belajar kenal rupa ayam separuh masak dan masak penuh. Tak perlu nak jadi chef, tapi sebolehnya, tahu perkara asas. Jangan sesekali kata "Saya memang jarang masak", kalau boleh cuba kata "Saya masih belajar ilmu dapur ni". Sekurangnya, nampak kesungguhan nak baiki diri. Si suami juga tak terlepas. Sebolehnya, perbaiki bacaan ketika solat dan cuba la hafal banyak surah-surah untuk dibaca ketika bersolat, mana tahu bapa mentua minta imamkan satu rumah ke kan dan bapa mentua tu pulak tok imam!? kalau seminggu asyik surah yang sama (..yang dibaca dengan suara amat perlahan :P), takde variati pula.

5. Jangan halang aktiviti dia selagi tak melalaikan tanggungjawab dia
Sebelum kahwin dulu, ada juga kawan-kawan yang mengusik "Habis la dzulq kahwin dengan kau, ko kan garang mesti aku tak dapat lepak-lepak dengan dia lagi". Kita kena faham, yang ada kawan-kawan dia, dia kenal jauh lebih lama daripada dia kenal kita. Kalau saya sendiri, saya pun tak mahu jika dia meletakkan saya disituasi saya kena pilih antara dia dan Nity. Walau selepas kahwin, D masih ada aktiviti bersama kawan-kawan dia dan saya masih bebas menulis blog. Kami berdua dapat buat apa yang kami suka bersendirian. Suami yang baik dan bertanggunjawab, akan sentiasa sedar diri status dia tanpa perlu campur tangan kita. Lagipun, masing-masing dah cukup dewasa kan, bukan bagai budak sekolah yang perlu dihembat pagi Ahad untuk ingatkan basuh kasut. Namun, tetap penting bagi kita untuk saling ingat mengingati, takut-takut kita terbabas. Sedalam mana pun, sehebat mana pun cinta dan keserasian kita dan pasangan, kita tetap manusia biasa, terdedah dengan godaan dan anasir syaitan.



Rasanya cukup dulu 5 perkara diatas saya kongsikan pagi ni. Kalau ada pembaca yang nak tambah, boleh kongsi di ruang komen ya?


9 Februari 2011

02 February, 2011

3 Bulan Kena Ada Isi


Salam dan hai

Sudah genap 3 bulan saya dan D menjalani hidup suami isteri dan saya nak berkongsi sesuatu menarik yang saya perhatikan tentang corak persoalan yang ditanya.

Pemerhatian saya sepanjang tiga bulan berkahwin ini, soalan wajib ditanya bulan pertama perkahwinan kami "Sekarang tinggal kat mana?" telah berubah kepada soalan "Dah berisi ke belum?" apabila masuk bulan ke tiga.

Soalan ini merupakan soalan paling tak suka dan sukar dijawab oleh mana-mana mantan pengantin, walau sekadar nak beramah mesra menegur dan perbualan di dalam lif. Mungkin kalau yang dah ada rezeki alhamdulillah, akan seronok untuk bercerita, tapi kena ingat, kalau mantan pengantin tu pula masih berusaha, sudah pasti sedikit sebanyak dia akan rasa jengkel dengan soalan macam ni. Terfikir, apa faedahnya kalau empunya diri yang bertanya tu tahu? Nak sponsor masuk hospital ke? Nak sponsor susu bayi selama 3 tahun ke? Atau sekadar menyibuk dan ingin tahu sama macam orang lain?

Melainkan hanya jika puan empunya diri sudah menghebahkan kepada satu dunia, keadaan dirinya di status facebook atau di blog, maknanya dia sendiri sudah bersedia untuk berkongsi hal gembira ini secara terbuka. Jika tiada apa-apa datang daripada mulut puan empunya diri, tolong faham yang tak semua orang suka hebahkan berita awal kandungan mereka, maka juga tak suka jika diajukan soalan macam tu.

"InsyaAllah, kalau ada rezeki nanti, ada la. Doakan ye"

Jawapan diplomasi mungkin tak dapat nak redakan hati yang kurang selesa dengan soalan itu, tapi sekurangnya, letakkan jawapan yang cukup memadai bagi kamu dan pihak yang bertanya.

Ingat ya bakal pengantin, harus bersedia tentang senarai soalan-soalan cliche yang bakal ditanya. Jangan cepat melatah. Kalau nak melatah pun, jangan melatah dengan pihak bertanya, melatah dengan kawan-kawan paling rapat sahaja, baru best buat sesi luahan perasaan.

Kamu perlu bersedia melepasi frasa diajukan soalan "Dah berisi ke belum" sebelum mungkin selepas 6 bulan perkahwinan kamu, kamu akan ditanya

"Korang ni buat family planning ke taknak ada anak buat masa sekarang?"
"Ko ni mandul kot?"

Tersentap dengan soalan macam tu? Perisaikan diri dan hati.

.. dan apa yang tidak memeranjatkan, biasanya orang yang bertanyakan soalan-soalan begini, biasanya mereka yang paling tak rapat dengan diri kita, tapi entah mengapa boleh terfikir yang mereka perlu tahu perkembangan kita. Kerana mereka yang rapat dengan kita, tak perlu menadah-nadah bertanyakan soalan-soalan macam ini pasal semestinya, jika ada berita gembira, kita sendiri akan memberitahu mereka kan?

Nak marah-marah? Tak perlu. Kalau kamu marah sekali pun, bukan kamu akan terus mengandung esok harinya, makin tak stabil emosi, ada la..! Yang penting, cukup kamu, suami dan Allah tahu kebenarannya. Siapa la kita untuk mencampuri urusan Allah dan ketentuanNya kan?

.. Oh ya, pada mereka yang mungkin pula dipihak yang bertanya, tanya semula kepada diri sendiri, kenapa soalan itu diajukan? Sekadar nak tumpang gembira atau tumpang menyibuk? Daripada mengajukan soalan begitu, ada baiknya dilanjutkan doa agar Allah murahkan rezeki cahaya mata kepada mantan pengantin.Itu lebih afdhal dan ikhlas, kan?

Kalau la 10 pertanyaan ditukar kepada 10 doa, waaa alangkah bahagianya! *senyum sampai telinga.



2 Februari 2011




31 December, 2010

Mama dan Paparazi



Salam dan hai

Buat bakal pengantin, bersedia untuk hadapi situasi bagai selebriti.



Semua pengantin pasti akan merasa situasi seperti gambar diatas.

Terlalu banyak kamera, tapi mata cuma sepasang. Kemudian, sedar-sedar mata sudah berpinar-pinar dengan flash. Tak nampak OP kamu dimana. Tak nampak arah mana kamu nak jalan. Semua rehearsal kamu dah lupa langkah-langkahnya.

Kepada semua bakal pengantin 2011, semoga persiapan korang semua berjalan dengan lancar dan selamat ya InsyaAllah.


Nota: Maaf kerana mengambil masa untuk balas SMS dan emel yang dihantar. Saya demam 2 hari. masih dalam peringkat untuk kebah. Mungkin demam gembira Malaysia menang bola hari tu. Hehe

31 Disember 2010

27 December, 2010

Tips menjadi Seorang Blogger B2B


Salam dan hai

Kebelakangan ini, emel saya dibanjiri dengan pembaca yang baru nak berjinak-jinak untuk jadi blogger B2B yang majoriti mereka bakal pengantin 2011. Mereka ada minat untuk berkongsi perjalanan indah mereka, tapi tidak tahu bagaimana nak memulakan langkah.

Yang dapat saya bagitau disini: Saya cuma blogger picisan. Masih banyak yang saya masih dan perlu belajar.

Tapi demi menghormati permintaan mereka, saya buat juga post ini *masih banyak lagi post tertangguh sebenarnya ni. Hehe. Tidak la saya jamin tips dibawah ini pasti berkesan untuk memajukan blog kahwin masing-masing, cuma ini antara langkah yang saya buat untuk blog saya. Mungkin berkesan kepada kamu atau mungkin juga tidak.

1. Perkongsian tanpa Sempadan
Sharing is sexy.. Sharing is caring.. Apa-apa sahaja definasi perkongsian, memang bila kita berkongsi tentang artikel, idea, senarai vendor dan sebagainya, lebih ramai akan melawat dan membaca blog kita. Kebanyakkan bakal pengantin sibuk, jadi bila menjumpai blog yang mengumpulkan semua maklumat yang mereka perlukan, memang amat memudahkan urusan mereka.

2. Gunakan bahasa atau perkataan yang berkaitan dengan perkahwinan.
Bila kamu pernah buat post tentang "Bunga telur", "Baju nikah warna putih", atau "Hantaran tema merah", bakal pengantin yang google perkataan-perkataan tersebut mungkin dapat menemui blog kamu. Jadi pilih perkataan dan post yang mempunyai potensi tinggi untuk bakal pengantin lain google. Jangan pelatkan ejaan dan jangan rosakkan bahasa seperti "Munge hantaran syantekk" -- lempang sekali, mahu?

3. Menulis tentang majlis perkahwinan selebriti atau orang ternama
Fungsinya, sama juga seperti dalam point di atas. Jangan sekadar meletak gambar majlis sahaja, tapi ulas dan berikan pendapat kamu. Blogger bukan sekadar berkongsi, tapi perlu berani berikan pendapat, tanpa menjatuhkan air muka pihak lain. Mungkin kamu dan beberapa pembaca diluar sana mempunyai pendapat yang sama dan akhirnya, korang akan klik bersama.

4. Kaji dan Kongsi
Menulis blog kahwin ini berbeza berbanding blog peribadi. Blog peribadi, tiada siapa kisah kalau kamu menulis satu post khas tentang aiskrim Sundae Cone yang kekasih gelap kamu belikan kalau kamu mahu, tapi kalau kamu menulis tentang perkara melibatkan kahwin seperti pakej spa untuk bakal pengantin, harga pakej pelamin vendor X dan sebagainya, kamu perlu pastikan pakej yang tulis itu tepat dan sah sehingga sekian-sekian, tarikh dan maklumat lain seperti orang untuk dihubungi, lokasi dan waktu operasi. Paling penting, perkongsian maklumat itu dipersetujui oleh vendor. Kamu bertanggungjawab atas setiap apa yang kamu tulis dalam post kamu. Jika kamu silap, kamu boleh menyebabkan kekeliruan maklumat dikalangan pembaca kamu.

5. Tajuk post menarik
Saya pernah gunakan tajuk kontroversi dalam {
Post} "Baju Nikah Saya-- TIDAK SEPERTI YANG DIIMPIKAN", dan trafik blog saya mencanak naik hanya disebabkan post itu. Tajuk kontroversi dan menimbulkan rasa ingin tahu, boleh beri kesan positif pada trafik blog kamu. Cuma jangan terlalu kerap digunakan, sampai pembaca rasa tertipu dan sudah lali dan anggap tiada apa yang menarik, sekadar nak naikkan trafik dan kutipan nuffnang blog kamu.

6. Link kan post terdahulu
Cara ini amat penting dalam memudahkan pembaca kamu membaca post-post yang berkaitan dengan post terbaru kamu. Jangan sekadar menulis ".. Masa sebelum bertunang dulu, dah rancang nak buat hantaran macam yang saya pernah jumpa dulu". Dah jenuh pembaca nak selongkar post-post terdahulu kamu. Bila tak jumpa, mulai hilang minat nak terus membaca. Jadi ada elok kamu terus link kan post mana yang kamu maksudkan dalam perkataan "jumpa dulu" atau kamu boleh buat {Post terdahulu} pada akhir ayat.

7. Kurang widget dan lagu
Kamu mungkin ada lagu-lagu tema antara kamu dan dia, tapi cuba fikir, macam mana paniknya pembaca kamu bila terjah blog kamu, tiba-tiba lagu kuat berkumandang. Habis satu pejabat dengar. Lagi tekanan bila tiada butang nak tekan stop. Jadi, terus sahaja blog kamu dipangkah. Nak lawat lagi, mungkin tidak akibat trauma lagu tak diundang.

8. Teratur dan Mesra Pembaca
Pilih tataletak yang bersih, tulisan mudah dibaca dan tidak terlalu bewarna warni. Pemilihan dua-tiga warna berbeza untuk menyerlahkan/ menekankan pendapat kamu, itu sudah memadai. Ingat, blog bukan pertandingan Mari Mewarna. Kamu juga boleh gunakan fungsi imej untuk menarik perhatian/ memudahkan pembaca terus ke link terdahulu yang kamu telah buatkan khas. Bila kamu ada banyak sangat label post, penggunaan gambar untuk fungsi pautan pantas yang disusun ditepi adalah lebih menonjol.

9. Akui sumber dan hormati blogger lain
Kalau kamu perolehi gambar sumber daripada google images atau laman web tertentu, jangan lupa letakkan sumber dibawah gambar tersebut. Sama juga kalau kamu perolehi gambar daripada blogger lain, letakkan pautan blogger tersebut dan kalau boleh, spesifikkan pautan terus pada post yang telah ditulis olehnya. Sama juga kalau kamu nak hubungkan post kamu dengan post lain yang pernah ditulis oleh blogger lain. Pautkan jika kamu temui post tersebut. Oh ya seperkara lagi, jangan bergaduh sesama blogger bakal pengantin yang lain. Elakkan. Dunia blog kahwin ini kecil sahaja, pusing-pusing, jumpa juga orang yang sama.

10. Letakkan fungsi kotak Search
Label post kadang-kadang kurang membantu kalau pembaca tak ingat label yang mana. Jadi memudahkan pembaca, kamu selitkan ruang kotak Search dalam blog kamu. Pembaca mungkin teringat sebarang perkataan spesifik daripada post tersebut, jadi dia boleh mencari post itu melalui fungsi Search.

11. Pilih gaya kamu sendiri
Memilih gaya menulis mungkin mengambil masa bagi sesetengah orang. Untuk diri saya sendiri, saya dapat rentak penulisan saya kira-kira 6-8 bulan setelah saya mula menulis blog. Jangan paksa diri mencipta gaya penulisan sendiri. Sampai masa, kamu akan temui rentak kamu sendiri. Ada blogger yang gaya penulisannya, bila kita baca bagai dia sedang bercakap di depan kita, terasa sangat mesra bagaikan kawan, ada pula blogger yang penulisannya penuh dengan misteri dan tanda tanya, kita tak dapat duga apa yang bakal dibuatnya, ada pula yang mengambil langkah menulis satu perenggan sahaja, tapi maksudnya sampai.

12. Cuci mata
Gambar memang boleh mainkan peranan. Kadang-kadang, perkataan sahaja tak dapat nak gambarkan idea kamu, jadi letakkan gambar dapat menjadi medium alternatif. *tapi maaf post kali ini memang tiada gambar atas kemalasan tidak bertepi penulis Haha.

13. Hargai pembaca blog
Interaksi diruang komen antara pembaca dengan penulis blog memang penting. Itu saya tak nafikan. Saya sendiri kurang sempat membalas komen dan pendapat yang diberi, mana yang sempat saya akan balas. Pada blogger yang rajin membalas komen pembaca, teruskan usaha anda. Saya respek kamu semua!

14. Kritikan ada maksud
Saya rasa, rata-rata kita dapat membezakan maksud yang tersirat dalam setiap komen dan emel yang kita terima. Kritikan membina akan buat kita mahu lebih berusaha dan kritikan negatif, akan buat hati kita panas dan defensif. Maka, pilihlah untuk mendengar kritikan yang akan membawa kita pada kebaikan dan memperbaiki diri dan blog kita menjadi lebih baik. Jangan sesekali biarkan kritikan memusnahkan kita.

15. Mengalukan pembaca
Elakkan daripada meletakkan kata-kata aluan negatif yang ditujukan kepada anonymous lancang. Jangan. Sebenci mana pun kamu pada mereka, sekerap mana pun kamu terima komen negatif daripada mereka, jangan mulakan kata-kata aluan blog kamu dengan cara yang negatif. Kamu mungkin tujukan kepada 1 anonymous yang datang, tapi 10 orang pembaca yang ikhlas nak baca, turut akan tersentap.


Ini 15 perkara yang saya dapat kongsikan disini. Saya harap kita sama-sama dapat perbaiki blog kahwin masing-masing.

Jangan beri tekanan pada diri sendiri. Jangan paksa orang lain jadi pengikut blog kamu. Beri masa untuk blog kamu naik. Sedangkan bayi yang baru lahir pun, melalui frasa-frasa daripada meniarap sehingga la mampu berlari. Yang membezakan blog kahwin dan blog peribadi, blog kahwin ini ibarat arkib. Setiap tahun, pasti ada bakal pengantin merancang majlis mereka dan blog kahwin menjadi sumber maklumat mereka. Setiap kali menulis, sematkan pada diri, kita menulis sesuatu perkara dengan niat dapat memberi manfaat pada orang lain.

Sesiapa sahaja boleh menulis blog. Adik saya yang berusia 11 tahun tu pun ada blog. Cuma yang membezakannya; minat dan komitment. Itu yang boleh melanjutkan usia blog masing-masing.

Menulis jangan sekali-kali kerana nama.



27 Disember 2010

24 December, 2010

Kisah Cinta Uda dan Dara Versi Moden



Kisah Sadis Uda Dan Dara

Biasa dengar cerita percintaan Uda dan Dara, Romeo dan Juliet dan sebagainya yang sanggup buat apa saja demi cinta mereka yang kononnya cinta sejati.

Ini Dara, awek yang sedang mekar


Ini pula Uda, pakwe kepada dara


Mereka sedang kemaruk bercinta


Biasalah tengah kemaruk bercinta. Mereka tak endahkan pesanan Sohaimi Mior Hassan – .
.jangan pegang-pegang, duduk renggang-renggang.Pergi clubbing setiap malam



Mamat ini pula ialah Sumardi iaitu kawan kepada Uda yang jeles melihat kawannya bergembira.


Sumardi sudah report kepada ayah si dara. Ayah si dara hangin satu badan tidak merestui percintaan mereka..


Kerana ayahnya sudah ada calonnya sendiri iaitu si Ajoi anak orang kaya tetapi merupakan samseng Kg Dusun.


Ayahnya terus mengahwinkan Dara dengan Ajoi


Uda frust giler dan mengikut kata syaitan dan membuat keputusan bodoh, membunuh diri


Si Dara yang tak berapa nak dara tadi pun rasa bersalah dengan kematian si Uda.
Dia pun membuat keputusan nekad juga…
:
:
:
:



Terjun ke kuali yang penuh minyak panas…

Berakhirlah riwayat mereka . Inilah kisah sadis Uda dan Dara..macam cerita drama-drama Melayu, sinetron, hindustan dan sebagainya samada nak jadikan happy ending atau sad ending dan orang-orang kita pun berair-air mata menghayati cerita ini dan memollow cerita ni setiap hari dari episod 1 hingga ke episod 49.


-----------------------------------------------------------

Selingan cerita lucu untuk pagi Jumaat! terima kasih K.Ana yang forwardkan cerita ini pada saya.


24 Disember 2010

13 December, 2010

Inspirasi



Salam dan hai

Minggu lepas saya terima emel daripada Ira. Dia ceritakan sedikit pengalaman majlis pertunangan dia baru-baru ini.

Kemudian dibawah emel tu, dia kepilkan gambar ini.


Tujuan dia emel untuk memaklumkan yang dia ambil idea pose asal saya ini dan untuk itu, dia minta maaf.


Dik, akak sikit pun tak marah. Jangan risau. Ni takde copyright pose ni. Hehe. Kamu dah emel ni pun, akak dah rasa berbesar hati sudi berkongsi dengan akak.

Kadang-kadang, perkara macam ini la yang buat saya nak terus menulis. Waktu bila otak rasa macam tak dapat nak berkarya atau malas nak menulis, tapi ada perkara sekecil-kecil ini memberi inspirasi pada orang lain, tu yang menjadi nadinya.

Banyak emel yang saya terima, berterima kasih kerana blog saya memberi mereka inspirasi, tapi sesungguhnya, samada ada sedar atau tidak, saya rasa bakal pengantin yang memberi saya lebih berinspirasi untuk menyumbang lebih banyak idea dan pendapat agak majlis mereka lebih jauh sempurna dan cantik.

Majlis perkahwinan hari ini terlalu dikomersialkan ke tahap melampaui batas. Sudah tiba masa, kita kena saling tolong menolong, tanpa kenal latar belakang, tanpa pernah bersua muka, garap idea yang tak memerlukan kos terlalu tinggi, idea-idea yang praktikal dan kita sendiri boleh usahakan tanpa perlu mengupah sesiapa. Memberi pendapat yang mungkin takkan dapat diperolehi daripada pembacaan mana-mana buku pengantin diluar sana. Memberi inspirasi kepada satu sama lain.


13 Disember 2010

22 November, 2010

Katakan TIDAK kepada 20 Perkara Ini


Salam dan hai

Merancang sendiri majlis perkahwinan kita memang menyeronokkan, penat, teruja, stres, dan kadang-kadang mengecewakan. Tapi tak apa, pengalaman sekali seumur hidup (atau mungkin berkali-kali kalau kamu merancang pula majlis adik-beradik atau kawan-kawan).

Kali ini saya nak kongsi beberapa perkara yang saya kutip daripada pengalaman tempoh hari, saya kira mungkin dapat membantu bakal pengantin yang rata-ratanya sekarang, memilih dan mencari vendor masing-masing.

Untuk majlis kami, kami sendiri memilih vendor-vendor kami, kecuali untuk katerer. Yang lain, semua kami berdua usahakan, dengan bantuan maklumat daripada kawan-kawan rapat.

Ini la senarai 20 perkara yang mesti kamu perlu katakan tidak kepada diri sendiri apabila melibatkan berurusan dengan vendor.

Kamu tidak

1) TIDAK .. akan menempah dewan/ masjid/ hotel tanpa melihatnya dengan mata kepala kamu sendiri. Kamu boleh merujuk pada gambar-gambar di lokasi yang sama, tapi apa pun cuba usahakan untuk ke tempat itu sendiri. Kadang-kadang, sudut dalam gambar, menjadikan lokasi itu kelihatan cantik. Tak kira lagi editing yang dibuat oleh OP dan pencahayaan. Ambil kira sekali jika berlaku sebarang renovasi pada lokasi. Jadi elok kamu ke tempat itu sendiri dan dapatkan tanggapan pertama kamu.

2) TIDAK .. akan bekerjasama dengan sesiapa tanpa perincian yang jelas, walaupun vendor tu kawan-kawan atau saudara mara. Jika kawan nak sponsor sesuatu, pastikan kamu dan dia jelas tentang apa yang dirancangkan. Pastikan ada hitam putih pada setiap perjanjian. Kalau ada perubahan, pastikan kamu bersetuju. Setiap kos tersembunyi kamu perlu tahu.

3) TIDAK .. akan merancang atau bertanya kepada vendor tanpa mengetahui baget sebenar kamu. Tanpa tahu sempadan baget kamu, kamu bukan sahaja membuang masa kamu dan vendor tu, tapi juga kelak akan mengewakan diri kamu sendiri. Mengetahui harga caj vendor tu, satu perkara lain. Perkara paling utama--mengetahui baget kamu sendiri.

4) TIDAK .. akan melupakan temu janji dengan vendor kamu. Walaupun dia ada kecenderungan untuk terlupa, tapi kamu tidak akan tertinggal hari untuk fitting, hari untuk ukur dewan, hari untuk bayar deposit dan sebagainya. Kamu juga tidak akan segan silu, untuk sms dan ingatkan temujanji kamu dengan dia. Jika ada perubahan hari, maklumkan pada vendor. Jangan amik langkah berdiam diri.

5) TIDAK .. akan takut berbincang, memberi pendapat dan bertelagah (jika perlu) dengan vendor kamu. Contoh, jika OP janjikan outdoor percuma selepas majlis, tanyakan dia apa akan jadi pada shoot tu jika petang majlis kamu nanti hujan? Adalah lebih baik kamu tahu awal dan sempat nak buat sebarang perubahan daripada menyesali tidak bertanya lebih lanjut.

6) TIDAK .. akan percaya bulat-bulat apa yang kamu nampak di butik atau di pameran pengantin, komen daripada bekas-bekas pelanggan atau apa yang kamu lihat di media televisyen. Mungkin itu rezeki mereka, kamu punya belum tentu. Jadi jangan lepas tangan sebelum tiba masanya.

7) TIDAK.. akan memaksa diri kamu memilih rekaan baju semata-mata ianya cantik dalam gambar (..belum tentu ianya cantik pada badan kamu) dan menghantarnya ke kedai yang tukang jahitnya belum pasti dalam merealisasikan rekaan yang kamu mahukan. Setiap tukang jahit mempunyai skill dan pengalaman berbeza. Maka, fikirlah dan buat pilihan terbaik.

8) TIDAK.. akan pilih vendor yang tiada skil komunikasi, yang buat kamu rasa rendah diri dan tertekan, tidak boleh dibawa berbincang, tidak menepati janji dan tidak menghormati kamu sebagai pelanggannya.

9) TIDAK.. akan menghebah-hebahkan siapa vendor kamu sebelum kamu lihat hasilnya. Pengiklanan percuma mungkin akan memudaratkan orang lain yang mungkin terpengaruh dengan perasaan teruja kamu. Hanya kongsi siapa vendor kamu selepas majlis. Ketika ini, kamu dapat mengulas khidmat mereka dari kaca mata profesionalisme. Ingat, dalam majlis perkahwinan, vendor sama sekali tidak patut menenggelamkan kamu. Jangan sampai orang lebih teruja nak tengok hasil vendor, berbanding mahu melihat kamu.

10) TIDAK.. akan berkira-kira dalam perihal OP. Bayaran mahal bukanlah penentu, tapi memadai jika OP tu mempunyai skill, bakat, komunikasi dan ketekunan untuk menghasilkan gambar yang kamu idamkan. Cantik itu subjektif, jadi usah gusar apa pandangan orang, asalkan kamu lihat gambar tu, kamu senyum sampai ke telinga.

11) TIDAK .. akan pilih katerer tanpa merasa masakan mereka. Food testing mungkin boleh, tapi kamu kena ingat, ada kalanya, masakan yang dimasak dalam kuantiti yang sedikit, sedap. Tetapi apabila dimasak dalam kuantiti yang banyak, rasanya berubah. Jadi, kalau kamu berkesempatan pergi ke majlis yang menggunakan katerer yang sama, cuba rasa setiap juadah yang diberi. Ingat juga, semuanya tertakluk pada rezeki masing-masing. Walaupun katerer yang sama, boleh jadi pada hari majlis, rasanya berbeza.

12) TIDAK .. akan menempah bunga tanpa tahu gubahan dan konsep yang kamu mahukan. Kamu juga tidak segan jika kamu perlu datang ke kedai bunga dengan contoh gambar di tangan atau keratan suat khabar untuk cari ukuran span H20 yang betul. Walaupun pekerja kedai tu pasti akan membantu kamu, tapi kamu perlu tetapkan apa yang kamu mahukan.

13) TIDAK.. akan melayan vendor kamu seperti kuli atau tempat kamu melepas marah atau stress. Ingat, keep your enemy close, keep your vendor even closer.

14) TIDAK.. akan membalas SMS vendor dalam keadaan hati yang panas. Kesudahannya, akan ada pelbagai rentetan SMS demi SMS.

15) TIDAK.. akan menahan bayaran yang diminta vendor dengan niat memastikan mereka akan muncul dan menjalankan kerja mereka. Jika kamu pilih mereka daripada awal, atas kepercayaan kepada reputasi mereka, jadi tiada apa perlu dirisaukan. Tapi ingat, bertindak la kamu mengikut keperluan situasi.

16) TIDAK.. akan berjumpa dengan vendor tanpa ditemani. Pergi solo boleh menyebabkan kamu akan mengikut telunjuk vendor atau tenggelam dalam pilihan yang ada. Jadi kamu perlukan sahabat yang berani mempertahankan kamu, atau ibu ayah yang mahukan terbaik untuk kamu atau si dia yang akan memastikan kamu berbelanja mengikut baget.

17) TIDAK.. akan memberi kata putus secepat mungkin. Setiap keputusan, kamu perlu ambil masa untuk berfikir dan berbincang. Keputusan membabi buta akan merugikan kamu kelak. Oleh itu, jika ada idea baru, minta setengah hari atau 1 hari untuk kamu berfikir dan berbincang dengan mereka yang terlibat, kemudian hubungi semula vendor untuk bagi kata muktamad

18) TIDAK.. akan bertangguh memaklumkan kepada vendor untuk sebarang perubahan. Dalam merancang majlis perkahwinan, setiap saat bernilai! Jangan kelak, kamu sesali sikap "Tak apa" kamu kemudian hari!

19) TIDAK.. gusar jika pilihan kamu tidak dapat menggembirakan semua pihak. Setiap majlis perkahwinan adalah gabungan pelbagai idea daripada pelbagai pihak. Tugas kamu, memastikan semuanya dapat diterapkan tanpa mengekecilkan mana-mana pihak atau menyebabkan kamu makan hati. Setiap orang mempunyai citarasa berbeza dan adalah mustahil untuk kamu memenuhi semua citarasa tu.

20) TIDAK.. akan membanding-bandingkan vendor A dengan vendor B. Semata-mata kamu tidak dapat perkhidmatan si vendor A, tak bermakna vendor B tidak dapat menjalankan tanggungjawab yang kamu amanahkan. Sesungguhnya, ada masanya, pilihan kedua itu lebih baik daripada yang pertama. Ingat, rezeki bukan kita yang tentukan.




22 November 2010

16 November, 2010

'Jangan 13" yang B2B Perlu Tahu


Salam dan hai

Saya nak berehat sekejap daripada cerita tentang majlis saya. Nanti kita sambung lagi ya?

Saya nak menulis post yang saya harap dapat membantu mana-mana B2B diluar sana. Ini daripada pengalaman saya dan mungkin mantan B2B yang lain, mempunyai pengalaman yang berbeza.

Saya kongsikan 13 Perkara Jangan yang saya rasakan B2B perlu tahu.

1. Jangan.. teruskan tempahan tanpa ada anggaran tetamu dalam tangan kamu.



Biasanya kita memang tak dapat nak jangkakan dengan tepat jumlah tetamu, tapi anggaran sudah memadai. Jumlah tetamu kamu akan memberi kesan sangat besar kepada katerer, lokasi majlis, kad jemptan, jumlah buah tangan, dan macam-macam lagi.

Contoh, kamu kena bincang dengan bakal suami, untuk majlis bersanding, berapa banyak rombongan yang akan ikut supaya kamu boleh sediakan meja rombongan dengan jumlah yang betul. Tidak la nampak cela dibelah kamu yang bertindak sebagai tuan rumah jika ada masalah tentang meja rombongan kan?

Komunikasi adalah amat-amat penting! Baik kepada vendor, ibubapa, saudara mara dan belah sana. Besar atau kecilnya jumlah tetamu, yang penting, kamu kena bersedia hadapi sebarang perubahan dan bertindak segera menangani pengurangan atau penambahan bilangan tetamu.


2. Jangan -- takut dengan perubahan rancangan.


Seperkara tentang majlis perkahwinan, kita kena sentiasa terbuka dengan perubahan yang tidak dijangkakan. Jangan takut kalau disaat akhir ada perubahan daripada segi warna centerpiece atau bunga telur atau baju pengapit. Perkara kecil macam tu, orang jarang-jarang perasan. Kecuali la kalau perubahan itu terlalu besar, seperti baju kamu dan pasangan berbeza warna. Itu budak umur 5 tahun pun akan persoalkan.

Sentiasa terbuka untuk menerima perubahan. Kena ingat, tak sentiasa tetamu boleh fikir apa yang kamu fikirkan. Perubahan yang sedikit tak mengapa. Tak semuanya perlu sedondon. Sesuatu yang terlalu sedondon, nampak seperti terkongkong. Ingat, kamu nak berkahwin dengan suami kamu, bukan scallop pelamin kamu.


3. Jangan.. penuhkan status Facebook kamu dengan perihal persiapan majlis kamu


Tiba-tiba saya berpendapat, gambar diatas ini boleh dijadikan "Pose wajib" untuk bakal pengantin! Ada tak sesiapa nak realisasikan??

Yang ini agak sensitif. Pasal saya percaya ramai yang selalu kemaskini status FB mereka dengan hal persiapan mereka. Kita perlu sedar, realitinya, tak semua orang berminat dengan persiapan majlis kita. Ada antara mereka dalam list kawan kita, tak amik peduli jika kamu sedang marah, kamu membandingkan harga bunga di kedai A dengan kedai B, yang bezanya cuma sepuluh sen. Tapi terpaksa baca pasal status kamu muncul dalam page home mereka.

Memang tak salah sekali sekala kemas kini status berkenaan persiapan kamu, cuma mungkin pemilihan platform yang betul adalah lebih bersesuaian. Satu-satunya pihak yang berminat adalah B2B sendiri. Jadi, bina blog tentang kahwin-- jadikannya medium yang paling sesuai untuk kamu luahkan apa-apa. Jadi mereka yang berminat, boleh terus mengikutinya.


4. Jangan.. tidak meletakkan kepercayaan kepada vendor kita



Bakal pengantin memang cerewet. Cerewet sehingga sampai masanya, kita rasa, pilihan dan selera kita la yang paling betul dan sesuai. Sampai pendapat semua vendor kita, dibakulsampahkan. Jangan lupa sebab utama kita pilih vendor-vendor kita. Kita memilih mereka atas kepercayaan; kepercayaan mereka dapat merealisasikan apa yang kita impikan. Mana-mana vendor pun, pasti mahu kamu berpuas hati dengan perkhidmatan mereka. Dan kamu, bakal pengantin, mahukan hanya yang terbaik untuk majlis kamu kan?

Kita boleh memberikan arahan dan permintaan kepada vendor, tapi kita tetap kena redha dengan hasilnya. Kita tak boleh jangkakan apa-apa. Apa yang terjadi kat orang lain, mungkin tidak terjadi pada kita, dan sebaliknya. Oleh itu, kita kena tahu had kita sebagai pelanggan, jangan sampai vendor naik jelak dengan kita.


5. Jangan.. rasa bersalah jika tidak menjemput si polan untuk ke majlis kamu, atau bersedih si polan tak dapat datang


Peraturan pertama untuk kegembiraan hakiki, jemput mereka yang kamu ikhlas menjemput dan jangan sesekali rasa sedih bila ada tetamu yang tak dapat hadiri. Sentiasa ada peraturan "Siapa dapat datang, datang. Siapa tidak, Tak apa. Takde Rezeki". Jangan semakkan emosi kamu, fikir, huu tak meriah la majlis aku dia takde. Jangan. Satu-satunya orang penting dan semua orang nak jumpa, adalah kamu--Raja Sehari.

6. Jangan.. tak cuba DIY


Majlis perkahwinan sekarang ni, rata-rata memerlukan vendor. Tapi, kamu sebagai bakal pengantin, harus mencuba sekurang-kurangnya satu projek DIY. Kalau kamu kata 'tangan tak bedung, pasal tu keras nk buat kraf', tak apa. Pilih projek yang paling senang kamu nak buat, seperti ikat riben pada kad atau pada buah tangan. Kalau tak reti reka kad kahwin sendiri, pilih seseorang yang reti dan terangkan rekaan kad yang kamu nak. Mungkin pada kamu DIY ni menyusahkan dan makan banyak masa, tapi selepas hari majlis, bila kamu tengok semula TQ tag kamu, mesti akan terdetik dalam hati kecil kamu "aku yang buat tu!. 2,000 kotak aku lekatkan!". Duit memang boleh selesaikan banyak benda, tapi masih ada banyak perkara kat dunia ni, tak terbeli dek duit.


7. Jangan.. Tak makan lauk pengantin


Memang dalam setengah majlis, akan ada penanggah yang akan memberitahu tetamu untuk membenarkan pengantin menjamah dahulu, tapi kita sebagai pengantin, kita pun pernah datang sebagai tetamu dan ada masa, kita perlu bergegas ke majlis kedua. Jadi tujuan nak jumpa pengantin, untuk tunjuk muka "aku datang!!"

Jadi, untuk mengelakkan kamu terbayang-bayang "apa la agaknya rasa ayam golek hari tu?", tugaskan seseorang untuk tapaukan lauk pengantin untuk kamu. Itu yang saya buat--belajar daripada pengalaman majlis abang saya dulu. Pastikan sudah ada bekas kosong untuk simpan lauk-lauk tu dan penanggah segera kemas lauk apabila pengantin beredar daripada meja beradap. Oh, bukan lauk di meja beradap aje. Jangan lupa kek pengantin. Sila bawa balik sikit untuk kamu jamah!

Biasanya, lauk pengantin jika tidak dituntut, akan diedarkan kepada tetamu-tetamu dan saudara mara (atau kadang-kadang, budak katering yang bedal!). Jadi terpulang kepada kamu untuk buat keputusan

Nota: Ayam golek kami sedap! :P

8. Jangan .. mengarah majlis kamu sendiri.

Idea terbaru untuk Bridal Shower.! Comel kot!!

Kamu merupakan pengarah majlis kamu SEBELUM majlis bermula. Pada pagi majlis, kamu perlu bangun dengan otak yang lapang dan kata "Aku seorang pengantin hari ini". Cuba kamu fikir, jika sepanjang masa majlis, kamu sibuk memastikan OP dapat amik semua perincian majlis atau memastikan flower girls menaburkan bunga ikut rentak yang kamu nak, kamu akan terlepas saat manis yang tak mungkin boleh diulang. Perasaan jalan berpimpin tangan dengan dia, wajah ibuayah kamu pertama kali lihat kamu didandan dengan cantik. Itu lebih penting daripada memastikan kelopak bunga jatuh betul-betul di atas karpet merah.

Kalau pun majlis kamu nanti tiada perunding perkahwinan, kamu tugaskan seseorang yang kamu percaya untuk memastikan apa yang kamu rancang, dapat dilaksanakan dengan lancar. Pastikan orang tersebut tahu tugasnya, tahu had tugasnya dan faham apa yang kamu nak daripada dia.

9. Jangan.. membesar-besarkan perkara kecil.


Bila kita sendiri merancang majlis kita, kita akan mudah tenggelam dalam angan-angan kita. Kita jadi obses dengan perkara kecil yang tiada siapa perasan, dan kita jadi marah bila perkara kecil tu, tidak dilakukan mengikut kehendak kita.

DJ pasang lagu yang bukan dalam senarai lagu kamu? Dengan senyuman, minta pengapit kamu panggilkan abang/ adik kamu dan minta mereka pergi ke DJ dan berhentikan lagu itu dengan kadar segera. Kalau pun bunga centerpiece katerer yang tidak diminta telah menutupi bunga centerpiece kamu yang kamu reka dan perah otak selama 6 bulan, tak apa. Senyum sahaja (Kan Nity?). Yang penting, akhirnya tetap manis.

10. Jangan.. tak jaga tingkah laku.


Kamu adalah ratu/ Permaisuri pada hari majlis kamu. Setiap langkah, tindakan, tutur bicara kamu akan menjadi tumpuan orang. Cuba kamu tengok permaisuri/ ratu, mereka sentiasa mengawal diri, sentiasa tersenyum dan sentiasa nampak 'mahal' daripada tingkah laku.

Tolong jaga perangai. Jangan melompat tak tentu pasal, jangan melempar makanan tak tentu pasal, jangan menarik orang tak tentu pasal, jangan menjerit pada kawan-kawan kamu walaupun kamu teruja mereka datang. Walaupun kamu akan kata, "tak apa, kawan-kawan aku tahu perangai aku macam ni", kamu pastikah perangai kamu tu dapat diterima oleh keluarga mentua dan saudara maranya? Tahu dan menerima adalah dua perkara berbeza. Mungkin mereka tak kisah dengan perangai kamu, TAPI mungkin pada hari-hari biasa dan BUKAN pada hari kamu bersanding.

Jaga perangai. Biar nampak anggun dan santun. Tak perlu lama, 6 jam aje pun paling lama kamu berperangai semenggah. Tahan la sikit, boleh kan?


11. Jangan.. tidak merancang


Rancang apa yang kamu mahu, selari dengan kemampuan kamu. Merancang majlis perkahwinan bukanlah semudah kita menghadiri majlis perkahwinan. Banyak pihak terlibat, banyak drama dijangka berlaku dan banyak perkara yang tak dapat dikawal. Oleh itu, persediaan dan perancangan daripada pelbagai sudut amat penting!


12. Jangan.. biarkan orang jadikan majlis kamu, majlis mereka

Abang, Akak saya amik gambar ni bukan tanda korang tak reti nyanyi. Tapi cuma gambar ini sahaja sesuai saya jumpa di google images

Ada masa, kamu perlu mengalah apabila melibatkan perbezaan pendapat antara kamu dan ibubapa kamu; mahupun keluarga mentua.Keluarga nak kan silat, walaupun kamu takut silat pasal takut mereka tercampak keris kat kamu; tak apa. Terima sahaja. Keluarga mahu pakai sedondon dengan kamu, walaupun kamu mahu mereka pakai baju sedikit kontra warnanya; Tak apa. Kita mengalah.

Cuma ada beberapa perkara yang kamu perlu letak hitam putihnya. Perkara yang bagi kamu, tiada toleransi. Seperti dalam majlis saya tempoh hari, ada permintaan untuk Karaoke. Reaksi kami: KATAKAN TIDAK PADA KARAOKE!!

Kalau kamu ada beberapa perkara yang bagi kamu dalam senarai tidak boleh dimaafkan; maka sila bertindak dan jangan ubah fikiran. Walaupun majlis perkahwinan merupakan majlis perkongsian dimana banyak pihak terlibat, tapi sebagai pengantin, sebagai RAJA SEHARI, kamu berhak untuk menolak apa yang RAKYAT JELATA mahukan :p Sudahnya pun, itu adalah majlis kamu.



13. Jangan.. simpan dalam hati kritikan orang


Apabila kamu bersedia menjadi seorang pengantin, kamu perlu juga bersedia menerima sebarang kritikan dan cakap belakang tentang majlis kamu. Serba serbinya orang akan bercakap. Kalau kamu mempunyai blog dan orang membacanya, jangkaan orang akan lebih tinggi ada majlis kamu. Saya tahu, Saya alaminya sendiri.

Nasihat saya cuma satu, berfikiran terbuka. Jangan jadi defensif yang keterlaluan. Kelak kamu akan jadi pendendam kepada si pengkritik. Biarkan apa yang dicakap masuk di telinga kanan kamu, keluar melalui telinga kiri. Orang yang mengkritik itu juga sebenarnya, sama ada dia akui atau tidak, dia sedar yang majlis sudah lepas dan apa pun juga kritikan dia, sudah tak laku saat itu.

Seeloknya, cuma balas "Tak apa. Majlis dah selamat Alhamdulillah. Terima kasih ye sudi datang hari tu".


Rasanya cukup 13 perkara yang saya kongsikan ini. Harap B2B yang membacanya, dapat ambil sedikit, kalau tak banyak sedikit pengalaman saya, supaya kamu boleh kekal senyum sentiasa sepanjang majlis.

Tiada yang lebih menyedihkan daripada pengantin yang tidak dapat menikmati kemanisan majlis mereka sendiri, yang rata-ratanya tetamu gembira dapat hadiri.



16 November 2010

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates