Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Nikah: Akad. Show all posts
Showing posts with label Nikah: Akad. Show all posts

09 November, 2010

Akad Nikah



Salam dan hai

Sebelum rombongan bergerak ke Masjid UPM, kami ada buat bacaan doa sikit. Lepas doa, semuanya bagai berterabur. Semua orang nak bercakap serentak. Pasal tu saya kata, sedikit orang pun sudah memadai :p




Rombongan belah perempuan tiba di masjid 10 minit sebelum pukul 10pagi. Tipikal keluarga kami, kalau pukul 10 janjinya, sampai sana pukul 10, bukan bertolak pukul 10. Tapi saya dah cakap awal-awal, saya tak mahu turun dulu. Saya tak mahu menunggu. Saya nak orang yang tunggu saya *diva. Jadi pesan pada Shima, kalau rombongan lelaki dah tiba, semuorang dah duduk, miscall Nity pasal Nity akan bersama dengan saya.

Dalam tempoh menunggu, sempat pulak Nity bagi nasihat sebakul dua pada saya. Hihi.. Kemudian saya nampak Cik Halim, Juru nikah kawasan saya tiba di perkarangan masjid. Tapi rombongan belah lelaki belum tiba. Saya fikir, ni mesti confirm D kena denda ni. Pasal lewat. Hampir 5 minit kemudian, saya nampak rombongan lelaki tiba. Tapi sedikit keliru pasal nampak ada hantaran warna merah, tapi tema mereka pink. Rupanya, dalam masjid yang sama, ada dua majlis akad nikah dijalankan. Cuma untuk akad nikah kami, abang-abang saya dengan bantuan Laling dan Reen dah kedepankan kedudukan kami dan akad nikah lagi satu, dijalankan di bahagian saf perempuan. *Abang saya hebat!

D lalu betul-betul disebelah kereta Nity tapi sorang pun tak perasan kami pasal cermin kereta Nity amat gelap. Lambai-lambai, jerit-jerit pun, sorang pun tak perasan. Hihi.. Lepas tengok mereka hilang daripada pandangan, baru Nity suruh saya keluar dan terus ke masjid.

Nity kata, kena selawat sebelum masuk masjid dan mulakan langkah kaki kanan. Masuk sahaja, nasib Shima datang iringi pasal saya dan Nity masing-masing tak tahu kedudukan bantal nikah. Shima dah bagitau, kedudukan bantal nikah saya dan D dekat-dekat. Memang masa masuk sahaja diruang tu, terus cari di mana bantal nikah.Orang lain dah tak terpandang. Nity asyik pesan "Jalan ayu sikit" . Saya pulak jangan macam orang nak kena kejar anjing!

Kemudian terfikir, macam mana nak duduk ni. Jadi saya pijak bahagian tengah bantal, baru duduk. Tapi tak bersimpuh pun, duduk gaya orang Jepun. Nity tanya selesa ke, saya rasa selesa, jadi Ok la.

Tips 1: Pengapit perlu sentiasa ingatkan pengantin untuk senyum dan sentiasa peka di mana kedudukan kamera OP- macam yang Nity buat. Lagi, pengapit kena ingatkan pengantin untuk bernafas! Serius tak tipu, kadang-kadang kita boleh terlupa untuk bernafas!

D kena denda maaacam-macam. Dia kena baca itu dan ini. Takpe, D dapat harungi dengan selamat. Alhamdulillah, sekali lafaz, kami sah sebagai suami isteri. Saya tak nangis. Saya memang dah sematkan dalam diri, saya tak mahu menangis. Saya nak nampak gembira. Nity kat sebelah, saya pegang tangan dia kuat-kuat bila saya rasa sebak.


Sumber:
Acai

Semua berlalu dengan pantas tapi saya dapat menikmati semua saat tanpa risaukan apa-apa. D bangun untuk solat, saya salam kaum keluarga. Masa salam ibu, baru menangis. Tapi tak menitik pasal takmo rosakkan mekap :p A.Rashdi tak puas hati pasal dia tak dapat nak tangkap gambar saya tengah nangis pasal saya sorokkan muka saya ;p Saya nak nampak gembira. Bila saya gembira, semua orang pun akan gembira.




Tips 2: Memandangkan kita tak dapat nak agak karpet di masjid bewarna apa, jadi ada elok kalau bawa lapik dan letak hantaran diatasnya. Kalau terlupa, boleh jadikan sejadah sebagai alternatif.



Saya tiada gambar hantaran daripada belah lelaki. Nanti kalau dapat gambar, saya akan uploadkan.

Lepas akad nikah dan upacara sarung cincin, kami selitkan upacara potong pulut kuning. Terima kasih K.Nadz yang bagi pinjam kaki kek kristal adik dia!

Ibu buat pulut kuning ni dengan penuh kasih sayang. Hehe. Saya tak kisah dekonya macam mana pasal yang saya tahu dan mahu, hanya pulut kuning.

Oh ya, mak D ada kasi jambangan bunga yang besar sebagai hadiah kepada saya. Suka sangat dapat bunga!!!

Ni gambar Shima tengah pegang bunga tu!


Tips 3: Kalau majlis di masjid/ surau, dan jika kamu ada beberapa barang yang hendak dibawa ke masjid, pastikan ada orang yang ditugaskan untuk membawa dan mengemas barang-barang ini. Pastikan juga, kesemua barang yang hendak dibawa, diletak berdekatan atau satu bekas. Macam majlis nikah saya, saya satukan plastik karpet nikah pink, bantal nikah, kaki potong kek kristal dan pulut kuning dalam satu bekas, jadi abang saya terus bawa ke masjid. Ini memudahkan kerja dia dan mengurangkan kalut dikemudian hari.

Ruang dalam masjid dah lengang pasal masa ni, semua tetamu sudah ke beranda masjid untuk sedikit jamuan tengah hari. Ni juga antara cara kami menjimatkan perbelanjaan. Tanpa sebarang khemah didirikan, kami jemput tetamu makan di ruang beranda masjid yang cukup luas. Semua makan bersimpuh dan bersila. Memang daripada mula merancang majlis kami, saya memang dah tekad nak buat majlis di masjid, tidak mahu dirumah. Ini bukan isu sentimental value atau hal peribadi, cuma saya memikirkan praktikaliti ruang rumah saya dengan jumlah tetamu yang bakal ditampung. Tambah lagi, kawasan kejiranan yang majoritinya bukan Islam dan bukan rakyat Malaysia. Jadi lebih mudah buat dimasjid. Rumah pun tak perlu selerak bagai.

Kami ada buat outdoor sikit dengan A.Rashdi, tapi tak lama. Kira-kira sejam sahaja pasal petang tu, kami sendiri nak bergegas ke dewan untuk buat deko DIY kami.

Tapi, tumpuan outdoor kami lebih kepada kasut dan bunga tangan saya. Hihi. Kalau sampin D warna lebih kuat, mesti akan amat sepadan. Tapi tak apa, kalau nak padan sangat, takut kemudian hari, tak terpakai pula sampin tu pasal D ni orangnya simple sahaja.




Lebih gambar, telah saya masukkan dalam
post ini.

Tamat sudah episod majlis pernikahan kami. Yang saya terharu, ada seorang kawan rapat saya yang sanggup juga datang ke masjid walau meja buffet semua sudah di kemas. Memang tiada orang dah kecuali saya dan D, termasuk beberapa kawan rapat kami. Dia tak dapt nak hadir pasal ada pembentangan di kelas. Tapi serius, memang terharu sangat dia sempat datang walau tiada apa yang saya boleh sajikan.

Post seterusnya, saya akan kongsi tentang majlis persandingan. Yeay, majlis persandingan ada terlalu banyak yang saya suka untuk kongsikan. Yang sumbing dan yang molek, semua saya akan cuba kongsikan, setakat mana yang saya ingat ya?

Nota: Saya memang ada perancangan untuk menyewakan veil nikah, bantal nikah dan bantal hantaran saya. Nanti saya akan buat post khas untuk ini.

9 November 2010

Kecoh di Pagi Nikah


Salam dan hai

Sekarang, bercerita tentang keadaan pagi pada hari Sabtu, 30 Oktober-- hari D terima nikah. Takde kejadian kecoh pun, cuma kami sekeluarga memang kecoh. Jadi kecoh jadinya Hihi.

Bangun 6:30 pagi, terus sembur bunga hantaran. Baru nampak segar. Kemudian saya terus mandi dan sarapan. Nity memang tak tidur rumah saya, tapi dah janji 7:30 dia akan tiba. Pagi tu agak sibuk nak letak dan balutkan macaroon kat pinggan putih. Tak tahu sama ada memang susah atau tengah panik nak kejar masa. Tapi apa-apa pun, selesaikan masalah. Sudah la susah nak tanggalkan selotape pasal saya tidur dengan inai dijari.

Saya paling suka suasana pagi di rumah saya pada pagi tu. Amat tenang. Mungkin sesetengah pengantin sukakan suasana meriah dan bising, tapi untuk saya, saya lebih sukakan suasana yang tenang dan nyaman, dikelilingi mereka yang paling rapat dengan saya. Hujan rahmat pula pagi tu, memang syiok tidur ehehe

Kak Nurin dah pesan SMS dia sehari sebelum majlis. Jadi bila saya SMS ingatkan dia, dia minta saya siap-siap sarapan dan mandi terus. Dia pesan perlukan dua kerusi untuk dia menjalankan tugas. Pagi tu, elok saya makan mee goreng, elok pakai jubah mandi pengantin saya {
post}, terus dapat SMS K.Nurin, dia dah sampai.

TIPS 1: Tanya kepada vendors (MUA, OP, atau siapa sahaja) jika mereka perlukan apa-apa keperluan tambahan pada hari majlis. Tanya juga makan minum mereka. Walau kebanyakkan mereka biasanya sudah makan sebelum tiba, tapi ada eloknya kita bertanya. Walau kita yang membayar perkhidmatan mereka, tapi mereka pun tetap manusia biasa ada hati dan perasaan. Mereka bukan kuli kita.

Terkocoh-kocoh keluar. Sambut K.Nurin. Kali terakhir saya jumpa dia, bulan Mac hari tu dan sekarang, dia sudah mengandung. Sangat comel perut dia! Masuk dalam bilik, K.Nurin terus mulakan kerja dia. Dia rupanya ingat salah rumah pasal takde khemah, takde orang keluar masuk. Macam takde kenduri berjalan. Gelak besar la saya! Jiran sebelah rumah saya, Uncle Singh pun siap tanya abang saya, saya jadi kahwin ke tidak pasal tiada orang keluar masuk rumah. Ayah siap berkain pelikat, rilek sahaja berdiri depan pagar. Tapi saya memang suka suasana yang tenang macam ni.

Tak tunggu lama, terus sahaja K.Nurin siapkan work station dia.


Saya pulak tengah risau A.Rashdi tak disambut pasal pagi tu memang cuma ada mak ayah sahaja. Takpe, teruskan mekap. Saya tak ingat, siapa sampai dulu, Nity atau A.Rashdi. Tup-tup kedua-duanya sudah ada.

Sepanjang saya bersiap, Nity yang pegang video cam kami. Kalau nak suruh abang saya, nanti dia bosan rakam saya tengah mekap.

Oh ya, kongsi sedikit deko bilik pengantin serba sederhana. Ni bunga sudut meja mekap. Ni pun kami buat malam sebelum nikah, saing-saing dengan hantaran dan bunga tangan. Kertas aluminium tu kena guna untuk lapikkan span H20. Tapi bila sesi bergambar, terus buang lapik tu. Hehe


Curi gambar daripada Fesbuk Nity! :P Kebanyakkan gambar-gambar berikut daripada Fesbuk Nity dan phone saya. Ni pula, deko kecil di sudut kaca meja solek juga.


TIPS 2: Kalau dapat hadiah kenduri, bekas kaca isi telur, jaga bekas kaca tu elok-elok. Boleh gunakan untuk deko. Saya pakai pros masa Bridal Shower dulu {
Post} untuk deko salah satu ruang kaca di meja solek saya. Mudah dan jimat! Sempat posing dengan jubah mandi saya.

Ecece.. Deko simple minit terakhir!


Nasib sempat beraksi dengan juban mandi ni!



Kak Nurin mekapkan saya dengan sangat cermat. Walaupun saya degil (diminta tutup mata, sebelah sahaja ditutup, sebelah lagi saya buka) dan banyak cakap, tapi dia tetap tekun dan senyap sahaja buat kerja. Cuma sekali sekali dia bertanya itu dan ini. Tapi memang selesa sangat dimekap oleh K.Nurin.



K.Nurin amat rilek walau saya sikit-sikit, nak bergambar-sikit-sikit nak bergambar. Sikit pun kerja dia tak terganggu. Saya nak masukkan satu video nanti, kita boleh tengok K.Nurin beraksi. Selingan dengan perincian baju nikah saya dan diakhiri dengan Echa menjerit "CANTIK". Bila budak kecil kata cantik, memang cantik!! Nanti saya cuba masukkan, pasal video tu hampir 5 minit, jadi lambat sangat nak upload.


Saya memang sengaja gantungkan baju nikah saya dan tunjukkan bunga tangan saya pasal masa buat mekap trial dulu {
Post}, K.Nurin ada bagitau yang dia perlu tahu warna bunga tangan saya untuk tentukan mekap yang macam mana.

TIPS 3: Gantung baju nikah/ sanding dan keluarkan bunga tangan kamu siap-siap diluar. Selain untuk OP ambil gambar, elok untuk rujukan MUA kamu dalam menentukan warna yang akan dioles pada wajah kamu.

Lepas Nity datang, Shima, Izzah, Reen dan Laling pun tiba. Suami Shima, Am siap tolong racikkan bunga rampai untuk saya. Heheh. Reen dan Laling pun bawa racikkan bunga rampai. Memang saya dah minta awal-awal pada mereka, tolong racikkan bunga rampai siap-siap kat rumah masing-masing.


Saya memang tak jemput ramai untuk majlis pernikahan kami. Saya nak majlis yang kecil dan terkawal. Suara saya sorang sahaja boleh menyebabkan 'pencemaran bunyi' yang dasyat. Tak henti bercakap. Bila abang-abang saya sampai, lagi la bising. Dengan Am asyik kata "Butang baju melayu aku kat mana pahhhh" --mengulangi dialog Madu Tiga.

TIPS 4: Beli sticky pad dan tampalkan to-do list untuk hari nikah dan sanding. Ini bukan masa nak lihat senarai semak lagi atau untuk menguji ingatan diri. Tapi pastikan, buang siap-siap sebelum OP sampai atau kesudahannya, OP akan ambil gambar to-do list kamu.. haha

Tu nampak? To do list saya kat almari tu?

Iklan: Suka gambar ni. Nampak tumit kasut saya. Sangat sukakan kasut ni!


Kak Nurin selesai mekap sebelum 9:30. Jadi apa lagi, kami pun berposing sakan dalam bilik, sementara nak tunggu gerak. Secara keseluruhan, saya memang amat berpuas hati dengan perkhidmatan K.Nurin. Amat mudah berbincang dengan dia. Sebelum mula mekapkan saya, dia tanya sama ada saya kuat berpeluh atau tidak. Dia kongsi tips nak hilangkan garisan di bibir pasal selalu senyum dan macam-macam lagi tips. K.Nurin pun ok bila saya bagitau, tak mahu sanggul rambut tinggi sangat pasal ayah dan D memang tak berkenan saya buat macam tu. Memang mudah berbincang dengan K.Nurin! Saya tak cerewet tentang bagaimana mekap yang saya nak. Saya cuma nak cantik, tu aje. Jadi memang saya serah bulat-bulat apa warna yang dia pilih. Walau warna gincu nampak sedikit pucat, tapi saya tak kisah pasal asal OP kata dalam gambar OK, saya pun OK. Kalau ada duit lagi, nak hantar muka kat dia, mekapkan saya bagi cantik.

TIPS 5: Masukkan duit bayaran vendor siap-siap dalam sampul dan tulis berapa jumlah di dalam dan nama penerima (vendor). Mungkin jika kamu sibuk atau tak sempat, orang kepercayaan kamu boleh lanjutkan bayaran bagi pihak kamu, tapi pastikan vendornya orang yang betul. Takut tersalah orang, naya! Saya sedikit kurang suka jika bayaran di bagi tanpa sampul. Memang tiada peraturan tentang ini, cuma saya rasa lebih molek dan cantik budinya, kalau duit bayaran diletak dalam sampul angpow sebelum diserahkan pada vendor.

Kawan-kawan terapat saya semua hadir, kecuali Fieza. Dia tak dapat nak hadir pasal ada majlis akikah anak dia pada minggu yang sama dengan majlis saya, jadi daripada sehari sebelum nikah, sentiasa MMS dia persiapan saya. Biar dia rasa dekat sikit dengan kami. Memang credit macam air! Dia pun sempat telefon Nity (pasal dia kata kalau dia telefon saya, nanti saya marah-marah dia hahaha) dan ucapkan selamat untuk semua.

Post seterusnya, tentang kami di masjid UPM! Oh ya, Reen pun ada buat post tentang majlis pernikahan kami {Post}

Rumusan: Persiapan saya di pagi nikah memang amat lancar alhamdulillah. Tiada saat meracau. Dengan bantuan ahli keluarga dan kawan-kawan, semuanya berjalan dengan lancar dan seperti dirancang, baik daripada hantaran, baju nikah, OP dan mekap. Kita sebagai pengantin perlu sedar, kita perlukan bantuan orang disekeliling kita untuk bantu dan merealisasikan apa yang kita mahu. Pengantin bukan manusia super dan kita tak boleh bergerak solo selesaikan semua perkara. Benar, kadang-kadang perkara kecil seperti terlupa nak gosok tudung nikah, atau tak ingat dimana letak kasut nikah--perkara macam tu yang akan merosakkan mood pengantin di pagi akad. Nanti saya akan kongsikan perkara-perkara kecil yang orang tak perasan orang tak endah, tapi boleh membawa kesan besar kepada diri kita.

9 November 2010

31 October, 2010

Intai: Majlis Nikah


Salam dan hai

Boleh ye saya tinggalkan blog ini dengan sedikit gambar majlis pernikahan kami? Sekejap sahaja, sementara masih berkesempatan. D dah pesan, lepas kahwin jangan tinggalkan blog ni. Saya menulis ni, sambil D kat sebelah tengah tension kat rumah ASTRO takde siaran sukan, cam rumah dia :P

Ini daripada gambar jurugambar rasmi kami: A. Rashdi daripada
Peveyheck. Semua gambar yang telah di edit. Nampak berbeza sikit.








Yang ni pula, gambar daripada
A.Acai. Saya jemput dia sebagai tetamu majlis sanding, tapi dia tak dapat hadirkan diri, jadi dia hadir ke majlis nikah.








Bunga tangan ni Nity buatkan. Saya cuma menyumbang daripada segi trim kan pokok sahaja.



Pengajaran hari ini: Cari kawan yang boleh DIY kalau diri kita tak boleh buat. ehheheheh..

Terima kasih pada yang sudi datang ke majlis sanding. Nampak macam semuanya OK sahaja kan? Tunggu ye.. Saya akan kongsi kurang dan sumbingnya di mana.. Saya hanya tahu selepas balik daripada outdoor majlis sanding, daripada abang-abang saya.

Bila kita redha dan redah, kita dapat menikmati setiap saat yang indah ini


Mekap: Nurin Makeover
Bunga tangan: DIY oleh Nity
Kain baju nikah Perempuan dan Lelaki: Jakel
Tukang Jahit baju nikah: Dzull de Classique
Sampin: @ Terengganu


31 Oktober 2010

Saya Segan


Salam dan hai

Saya ni mungkin ada kecenderungan untuk tidak upload gambar kahwin sendiri di blog ni. Segan nak tengok muka sendiri dalam blog ni banyak-banyak.Jadi pada sesiapa yang nak tengok gambar kahwin saya, mungkin boleh pergi ke laman facebook OP saya, Rashdi Amin

Dia seorang yang bersemangat! Belum 24 jam, sudah upload gambar saya. Rasa pelik bila gambar kahwin jadi tatapan semua orang. Sebelum ni, suka pulak tengok gambar kahwin orang lain, tapi bila giliran sendiri, terus jadi keras.\

Suka gambar ni :)



Kasut: Blay Concept @Sunway Lagoon


Nota: insyaAllah, jumpa kamu dan kamu dimajlis!


31 Oktober 2010

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates