Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Bridal Shower. Show all posts
Showing posts with label Bridal Shower. Show all posts

21 October, 2010

Hadiah TET (Ditapis)



Salam dan hai

Semalam, lepas waktu kerja, makan-makan dengan
Reen dan Laling.



Sedikit mengesyaki sesuatu--pasal dulu masa Laling nak kahwin pun, saya dan Reen pakat nak bawa dia makan. Kemudian bagi dia hadiah yang 'dasyat' tu. Hiho

Tapi takmo la syaki apa-apa, nanti takde apa-apa, kang keras saya disitu.

Kemudian, Laling tiba-tiba beredar. Saya syaki sesuatu. Tapi tak pa, fokus pada Reen. Kemudian dengar tapak kaki jalan, saya toleh belakang nampak Laling bawa kotak.

Dalam hati 'ah sudah, mesti aku yang kena kali ni!'

Suka suka la dapat hadiah.!

Kemudian buka, OK dah dapat agak apa hadiahnya.. Sangat erm ...'
praktikal'. Terima kasih OK Reen dan Laling *lempang kiri kanan pipi pau mereka



Pasal hadiah mereka kategori 'nakal-nakal', jadi saya amik gambar coklat ini sahaja.

Sengal korang!! Reen, ko jangan nak riang sangat. Masa ko akan tiba. Awas ya kau~~ Aku akan pastikan ko kena berdiri atas kerusi sambil berucap. Haha


Terima kasih Reen dan Laling untuk hadiah. Lepas ni, InsyaAllah kita semua akan jadi mantan B2B pulak.



21 Oktober 2010

27 September, 2010

Meraikan, bukan 'Mandikan'



Salam dan hai

Shower: party at which a woman who is about to get married or have a baby receives presents, majlis utk meraikan: a baby ~, majlis utk meraikan bakal ibu; a bridal ~, majlis utk meraikan bakal pengantin (perempuan)
Sumber: Dewan Bahasa dan Pustaka

Dalang: Nity
Rancangannya:

Nity bagitau Fieza, nak buat Bridal Shower untuk saya.


Nity bagitau saya, nak buat Baby Shower untuk Fieza.


Hasilnya: Dwi tema. Rebut props (Fieza sibuk nak pegang kayu saktiku itu!) Ratu malam itu ada dua orang. Yang pakai tiara kertas tu, dayang aje tu *jeling Nity. Tapi apa- apa pun, seronok!!



Tak perlu tulis banyak-banyak. Cukup letak gambar. Gambar pun dah boleh terangkan perjalanan majlis ni. Sederhana, tapi amat bermakna!

Proses nak buat Kek Napkin untuk Fieza.



Serius, amat terkocoh-kocoh nak buat pasal saya dan D datang lewat. Nak siapkan sebelum Fieza sampai.



Tapi tak sempat sangat nak kemas elok-elok pasal Fieza dah sampai, 20-25 minit selepas saya tiba. Riben pink tu pun tak terletak dengan cermat.

Biasanya, dia selalu lambat. Daripada zaman sekolah lewat, sedangkan rumah dia paling dekat dengan sekolah. Kena kutip sampah kat padang pasal datang lewat pun tak serik-serik.

Tapi entah kenapa malam hari tu, cepat pula sampai!.

Nasib rozek puting dapat saya disiapkan. Khas untuk Fieza.



Fieza pulak, dah belikan saya masquerade, kayu sakti dan tiara. Kalau tahu majlis ini juga untuk saya, baik saya pakai lawa-lawa sikit. Cis.



Fieza siap beli penyembur nak sembur kat saya. Tapi nasib tak jadi pasal saya sampai dahulu. Haha. Ko dah boyot pun ada hati nak buat jahat kat aku kan??!!

Biasanya orang sambut bridal shower, bakal pengantin perempuan aje ada.

Tapi majlis kami berbeza sikit. Dua-dua bakal pengantin disambut!



Mereka adalah mangsa keadaan.


Percaya la, mereka pakai 'mahkota' tu, hampir sejam. Langsung tak tanggal, sporting gila!--mungkin sebagai tanda sokongan pada kami.

Nity masakkan mee kari dan saya bawakan nasi impit, rendang dan kuah kacang.
Saya buat doorgift, tapi pasal semuanya terkocoh-kocoh, tak sempat nak balut. Main bagi macam tu aje dalam bekas.

Tengok. Kad ucapan untuk Fieza pun kena tulis depan dia! Haha



Bakal ibu yang teruja.


Hadiahkan kek napkin untuk Fieza.



Malam yang sederhana. Tak perlukan hadiah apa-apa, tapi cukup kata-kata nasihat daripada bakal ibu ni tentang kehidupan lepas kahwin.

Tips:
1. Jangan tinggi suara depan D.. termasuk depan kawan-kawan dia.
2. Jaga perut dan jaga nafsu dia
3. Blla bllaa.. ZZZzzz.. (saya sangat ngantuk masa ni. Tak ingat apa Fieza nasihatkan)

Hari yang penat. Masing-masing balik kerja terus buat persiapan.

Risau gak dengan baby shower ni. Iye la kita tak tau masa hadapan apa yang akan terjadi, tapi InsyaAllah, kita doa-doakan semuanya yang selamat untuk Fieza.

Kita tak dapat duga masa hadapan. Yang penting, kami dapat berkumpul dan berborak macam dulu-dulu, memang sangat berbaloi.

.. Dan saya balik bawa belon. Yeay! Habis penuh kereta D dengan belon saya. haha.



Tak tahu nak buat apa dengan belon tu. Tapi tu belakang cerita. Yang penting, rembat dulu!


Terima kasih Nity, Fieza, Kerol n A.Ejad yang meraikan kami! Shima, tengok gambar puas-puas tau :P



27 September 2010

25 September, 2010

Baby Shower vs. Bridal Shower


Salam dan hai


Baby shower..



dan

Bridal shower




Serentak!!

Topik pagi Isnin nanti InsyaAllah


25 September 2010

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates