Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Ulasan Majlis: Vendor. Show all posts
Showing posts with label Ulasan Majlis: Vendor. Show all posts

29 November, 2010

Reviu: Baju Sanding Kuning Idaman



Salam dan hai

Baru kebah daripada demam. Reen yang kahwin, saya yang demam urat. Haha.

Sedikit sorotan post akan datang tentang majlis Reen.















Kali ni saya nak menulis tentang baju sanding kuning kami. Saya jarang-jarang berkongsi perjalanan nak buat baju ini secara terperinci. Mungkin belajar daripada pengalaman lepas, selagi hasil belum selamat sampai ke tangan saya, selagi tu saya akan lebih berahsia dengan siapa saya berurusan.

Selepas tak jadi amik vendor yang pertama, saya terus hubungi Nity dan minta dia cadangkan mana-mana vendor yang dia kenal. Dia cadangkan A.Roy daripada Roy Busana Anggun, Semua House.

Saya memang tak pernah dengar nama dia. Satu-satunya kerja dia yang saya pernah tengok, masa saya hadiri majlis Amyrah.Saya amat sukakan kerlipan baju Amyrah bila disirami cahaya dewan. Jadi, memandangkan saya malas nak cari lagi dan mahu vendor yang boleh bekerja dengan saya, jadi saya pun setuju aje.

Kali pertama jumpa A.Roy, pada bulan Februari, bersama Nity {
Post}

Tapi saya tetap kena bawa D untuk jumpa A.Roy, jadi bawa D pada bulan Mac. Sekadar berborak kosong sahaja, nak kenal hati budi A.Roy macam mana, hasil kerja dia sebelum ini dan sekadar nak bina keserasian dengan dia. Kami bagitau apa yang kami mahukan, warna kuning tetap tak berganjak dan harga yang kami persetujui. Yang buat saya memang muktamad nak ambil dia, pasal dia akan sediakan baju sanding untuk kami yang memang kami akan ambil terus, bukan sahaja baju, tapi termasuk tengkolok, kasut dan veil. Jadi pada harga yang kami berdua mampu, terus sahaja setuju. Tapi, masa tu kami tak bayar deposit langsung pun. Selamba aje kan, kalau vendor lain mesti kami dah kena tinggal kot :P

A.Roy minta datang semula bulan enam nanti untuk bincangkan rekaan yang kami nak dengan muktamad. A.Roy masa tu cadangkan kami buat baju kebaya labuh macam Erra Fazira tu. Saya masa tu sudah termagu-magu pasal saya rasa baju nikah saya sudah rekaan baju kebaya labuh, jadi tak mahu la rekaan yang sama. Cuma masa tu, saya diamkan sahaja pasal tiada baju nikah di tangan untuk ditunjuk.

Bila bulan Jun tiba, saya datang semula ke butik A.Roy, bersama-sama dengan baju nikah saya.{
Post}. Jadi, lepas fikirkan balik, kami setuju untuk buat rekaan baju kebaya pendek sahaja. A.Roy yang cadangkan guna material songket penuh, berbanding songket tabur. Songket tu dijadikan dress labuh, kemudian buat baju lace potongan kebaya dipakai diluar. Memandangkan baju ni hak kami, jadi a.Roy nak rekakan sesuatu yang kami boleh pakai kemudian hari. Pasal tu dia jadikan dress songket dan kebaya lace saya dua bahagian yang bercerai dan tak dijahit sama. Jadi nanti saya boleh padankan dengan koleksi saya sendiri. Dress songket tu pun memang tak meleret. D pula, boleh pakai baju kuning melayu tu bila-bila dia mahu (Oh, tolak tepi jaket songket itu hehe) Kami ikut sahaja, asalkan kuning. Warna kuning kami, kami serah bulat-bulat untuk dia pilihkan. Kami cuma ambil tahu tentang rekaan baju sahaja.

Sejak itu, kami tak hubungi A.Roy. Saya sendiri tak pernah SMS dia tanya perkembangan. Memang serah bulat-bulat kat dia. Mungkin saya sendiri malas nak fikir dan cerewet. Dalam bulan Oktober, baru saya SMS dia bertanyakan tentang fitting baju. A.Roy dah jadualkan kami untuk datang fitting selepas bulan puasa, jadi kami pun ikut sahaja.

Datang ke butik A.Roy dalam keadaan bercampur baur. Masa ni la, baru nak ragui bakat A.Roy haha. D pun dah bosan saya asyik bebel dalam kereta, takut A.Roy salah pilih warna dan rekaan.

Tapi bila kami sampai dan lihat baju kali buat kali pertama {
Post} memang satu perasaan yang sukar diungkap. Berbeza dengan baju yang kita dah nampak pada mata dan tunggu untuk fitting, baju tempah baru sentiasa berisiko. Tapi bila hasilnya seperti yang kita mahu, senyuman lebar jangan cakap la!

Memang rasa puas hati sangat, bersyukur sangat-sangat warna kuning yang dipilih, cukup cantik. Memang tak dapat sorokkan rasa teruja kami. Banyak sebenarnya gambar saya ambil masa fitting, tapi cuma kongsikan tiga keping pun cukup la. Hehe







Secara keseluruhan, memang kami berpuas hati dengan baju sanding kami. Cuma kain saya senteng sedikit dibahagian depan, jadi A.Roy tambahkan patching lace. Hal manik saya tak seimbang {
Post}, memang dah tak kisah sangat pasal manik yang ada dibaju memang sangat-sangat saya suka. Penuh, tapi tidak terlalu sarat. Cantik, tanpa perlu beria-ria menjerit untuk perhatian.







Veil saya pun ditukar kepada yang lebih simple dan tak terlalu sarat {
Post}

Ini yang diberi.



Dapat yang lebih simple. Saya suka!


Untuk rekaan ini, saya diberi anak tudung. Tapi seperti yang saya sudah kongsikan dalam post yang ini {
Post}, akhirnya pada hari majlis, K.Nurin ubahsuai penggunaan tudung dan anak tudung saya, lalu menghasilkan sesuatu yang istimewa untuk majlis saya {Post}.



Walaupun sedikit kekurangan apda baju sanding saya, tapi dalam 'waktu kecederaan' macma ini, saya dah tak kisah. Lagipun, bila tengok dalam gambar dan video, betapa berkelipnya manik pada baju saya (D kata, macam lampu LED), saya syukur dan berterima kasih kepada A.Roy yang dapat merealisasikan baju sanding kuning idaman kami.



Kepada mereka yang berminat nak mendapatkan perkhidmatan A.Roy, berikut maklumat yang kamu perlu tahu

Dato Roy Azman daripada Butik Roy Busana Anggun
Lokasi: Semua House G15, Berhampiran dengan Habib Jewel.
Hubungi: Dato Roy Azman
{Prof
ile Roy Busana Anggun}

Saya doakan mereka yang ingin mendapatkan khidmat A.Roy, bakal turut berpuas hati dengan perkhidmatan beliau. Saya tidak la berani menjamin hasilnya, tapi saya sentiasa mendoakan semua yang baik-baik untuk bakal pengantin. Maaf, saya tak dapat dedahkan berapa caj yang kami bayar untuk A.Roy atas permintaan beliau. Jadi, saya harap pada B2B, sila gunakan skill berunding kamu ya?




29 November 2010



25 November, 2010

Plat Kereta Pengantin



Salam dan hai

Atas permintaan saya terima dalam emel saya, saya akan buat post khas tentang plat kereta pengantin kami.

Saya ada cerita serba sedikit tentang ini dalam post ini {
Post} dan ditunjukkan secara rasmi dalam post ini {Post}





Pada mereka yang berminat nak dapatkan plat kereta macam ni, boleh hubungi Kucam Spike melalui Facebook dia {
FACEBOOK}. Saya tak berani nak jadi orang tengah pasal takut ada maklumat yang saya tertinggal ketika dalam proses penyampaian. Jadi ada elok kalau pada mereka yang berminat, terus PM Kucam Spike ini. Sebarang harga dan spesifikasi, boleh terus berunding dengan beliau. Dia ni mudah dibawa berunding, jadi korang bincang la sendiri baik daripada segi jenis tulisan, apa yang nak ditulis, warna papan plat dan semua yang korang terfikir la ye. Tapi kurang pasti la kalau dia masih ada masa untuk buat projek ini lagi. Tak apa, cuba aje hubungi dia, tak salah.


25 November 2010

24 November, 2010

Reviu: Tudung Sanding Saya




Salam dan hai

Saya tak terfikir saya perlu buat post khas untuk tudung sanding saya.

Tapi lepas saya masukkan post sewaan untuk layah sanding, banyak pula emel yang saya terima, tapi kebanyakkan bertanyakan tentang bagaimana saya pakai tudung ini untuk majlis sanding saya. Jadi untuk jimatkan masa, saya buat post ini supaya semua soalan terjawab.

Boleh baca dulu dalam post terdahulu {
Post}, saya ada tunjukkan alternatif yang saya ada.



Kisah panjangnya begini. Anak tudung (gambar bawah) ini saya ambil daripada A.Roy 6 hari sebelum majlis. Memang daripada awal, dah diberitahu yang saya akan diberi anak tudung ini cuma saya tak dapat bayangkan macam mana rupanya. Bila dah dapat, saya cam kurang pasti sama ada saya boleh bawa ke tidak gaya tu. Saya faham, anak tudung tu dibuat sebegitu rupa untuk serlahkan manik pada bahagian leher baju saya, tapi saya tak pernah pakai anak tudung begitu sahaja, tanpa apa-apa menutup bahagian leher, jadi saya memang berbelah bagi nak pakai, walaupun manik nya dah cukup cantik.



Jadi paksa juga diri pergi Ariani Bangi beli tudung awning kosong. Tak tau nak cari kat mana. Kali pertama beli disana dan lepas ni kalau boleh tak mahu pergi lagi pasal mahal. Hehe. Tapi jurujual yang melayan saya memang bagus, sampai sanggup ke stor cari tudung yang warna paling hampir.

Pada hari majlis, saya tunjuk kat K.Nurin kedua-dua tudung saya. Saya bagitau, saya nak pakai yang Ariani nye pasal saya tak selesa terlalu semak kat kepala saya kalau pakai yang anak tudung punya. Tapi k.Nurin ada idea lain~~~

dan hasilnya, seperti yang kamu semua lihat dalam gambar-gambar sebelum ini.



K.Nurin gabungkan kedua-dua tudung. Mula-mula dia pakaikan saya tudung awning kosong, kemudian baru pakai anak tudung di atasnya. Masa mula-mula dipakai, saya macam kurang suka pasal saya nampak pelik. Tapi selepas pakai layah dan tiara, semuanya nampak memang jatuh pada tempatnya. Lebih-lebih lagi bila layah tu kedudukannya dibelakang badan saya.



Keputusannya: Saya suka dan yang paling penting, saya selesa dengan penampilan saya. Kudos kepada K.Nurin hasil kreativiti beliau! Kemas sangat dia buat! Ikatan anak tudung tu pun dia buat sangat kemas (tapi bila saya dah gerak sana sini, pusing situ sini, memang la dah tak kemas jadinya. Haha) Saya cuma tukang pakai aje (walaupun sebelum tu dah meracau-racau, tak mahu pakai anak tudung dan tiara pasal takut jadi cam Lady Gaga)



Jadi pada mereka yang emel saya bertanyakan tentang kaedah tudung majlis sanding saya, harap info saya ni membantu ya. Saya jawab secara pukal melalui post ya?



Nota: Antara soalan lain yang kerap saya terima dalam emel: macam mana saya dapat kemas kini blog sampai 2-3 post sehari. Jawapan saya, saya jadualkan post saya terlebih dahulu. Semua post yang dibaca, kebanyakkan sudah ditulis sehari atau dua hari awal. Jadi, saya cuma tambah dan edit sikit-sikit sahaja dari masa ke masa.



24 November 2010

15 November, 2010

Vendor Pelamin Kami



Salam dan hai

Saya terima banyak juga emel bertanyakan tentang pelamin saya, jadi rasanya baik saya kongsi terus di blog.

Saya dapatkan perkhidmatan
Vendor: Eightyeight Concept Wedding Design ( Co. No. 001962319-K)
Hubungi: Farid (017-3303607;
eightyeighty_c@yahoo.com)
Perkhidmatan: Pelamin, 6 walkway dan arch menggunakan bunga hidup. Pentas untuk gamelan dan scallop belakang meja makan berdamai dapat FOC atas ihsan Farid. Terima kasih Farid!

Kami dapat tahu pasal Farid daripada Fieza. Farid yang pasangkan pelamin
Fieza. Fieza kata, kalau berurusan terus dengan Farid, lagi murah. Tapi pasal Fieza melalui butik, jadi kena caj orang tengah. Saya tiada pelamin idaman pasal kami memang tiada ongkos jika diketuk lebih daripada budget kami. Jadi, kami setuju amik sahaja pelamin panel macam biasa yang kita lihat.

TIPS 1: Tiada yang lebih elok daripada terus hubungi orang pelamin terus daripada menggunakan orang tengah. Kadang-kadang bila gunakan orang tengah (butik one stop center biasanya), ada perkara yang tidak disampaikan daripada satu pihak ke pihak yang lain. Itu terjadinya ada yang kita minta tak dapat dan sebagainya. Nampak kesalahan pada pihak yang pasang pelamin.

Kami pilih sendiri pelamin kami, ikut apa yang dia dah sedia ada {
Post}. Awalnya, kami ada rancangan nak kubah khas untuk potong kek, tapi disebabkan faktor kos, kami batalkan dan mencukupi potong berlatarbelakangkan pelamin.

TIP 2: Sentiasa simpan sebarang lakaran yang kita dah persetujui. Mungkin kita tak dapat elakkan perkara yang tak diingin seperti apa yang kita dapat, bukan seperti mana yang kita minta, tapi sekurangnya, kalau kita dapat berdebat atas hitam putih.

Ikutkan nak fairy light di semua panel tapi Farid kata, memang daripada mata cantik, tapi dalam gambar, takut kawan-kawan yang camera biasa-biasa ni, tak dapat nak tangkap gambar pasal cahaya kuat sangat. Jadi saya pun, ok la. Ikutkan sahaja. Warna bunga dan sebagainya, kami serah sahaja pada dia untuk buat keputusan.

Farid datang ukur pentas untuk pelamin dalam post ini.Ini kali pertama Farid pasang pelamin di Dewan LLM, jadi dia nak tengok dulu pentas macam mana. Farid yang mencadangkan letak scallop dihadapan pentas dan dia yang cadangkan pentas untuk pasukan gamelan. Dapat dua-dua pun FOC. Memang amat berterima kasih pada dia!

TIPS 3: Mana-mana pengantin pun akan suka kalau dapat sesuatu FOC. Tapi jangan sampai peringkat menjelikkan vendors. Mana-mana peniaga, kalau dah nama berniaga, pastinya nak untung, walau sedikit. Jadi jangan tekan vendor dengan harga yang mereka sendiri tidak setuju. Kami tahu kami tiada hak untuk menawar apa-apa dengan budget yang ketat. Kami dapat FOC tu pun, atas ihsan Farid. Jadi amat syukur!

Dia pasang pelamin ni pada malam sebelum majlis sanding. Masa tu, saya, Nity dan D pun tengah sibuk siapkan deko meja beradap. Memang sebelum 11 malam, dia dah siap semuanya. Memang tiada apa lebih lega daripada lihat pelamin kita sudah siap. Saya kadang-kadang ngeri juga pasal pernah terbaca banyak kali di blog mantan B2B yang ada pelamin belum siap atau disiapkan pagi sebelum majlis. Takut sangat kalau jadi pada saya, tapi alhamdulillah, semuanya OK.

Gambar ni diambil pada pagi majlis sanding, pakai telefon sahaja jadi gambar memang tak dapat nak buat apa. Hihi.

Pelamin.



6 Walkway.


dan Arch.


Scallop depan pentas (.. tu Deko DIY Meja beradap kami. Terima kasih Nity!)


TIPS 4: Ada elok kalau kita dapat pergi ke gudang/ tempat mereka simpan semua peralatan pelamin ni.Macam saya dan D, kami pergi ke tempat Farid simpan barang-barang pelamin. Kami tengok sendiri semua peralatan dia, boleh pilih kerusi mana kami nak (siap test duduk :P) arch mana yang dia cadangkan, dan macam-macam lagi. Jadi rasa lebih puas hati pasal dapat sentuh sendiri barang-barang tu, tengok ada kerosakkan ke tidak dan sebagainya.

Atas sebab kerahsiaan, saya tak dapat kongsi berapa caj Farid untuk semua perkhidmatan ini. Lagipun, kami dah booking dia daripada tahun 2009, jadi dapat harga pun harga 2009, jadi tak adil nak bandingkan dengan harga bagi tahun 2010.

Berurusan dengan Farid ni, mudah sahaja. Pada peringkat awal, saya memang sedikit saiko dan gila. Pasal saya tak pernah dengar nama dia, jadi pastinya la saya takut. Semua pun saya nak tetapkan. Semua benda pun nak diletakkan kat pelamin tu. Sampai sumber bunga dia daripada mana pun, saya nak tahu.

Sehingga beberapa bulan sebelum majlis, saya sudah rileks dan tak kisah sangat apa jadi. Biar la, kalau menjadi alhamdulillah. Kalau tak, redha aje la.

Ni rupa pelamin dipagi majlis persandingan



Rumusan: Kami berpuas hati berurusan dengan Farid. Dia dapat penuhi permintaan kami yang dengan budget ketat ni. Kami bukan la orang ada-ada yang tak perlu fikir panjang campak 10K hanya untuk pelamin. Setiap sen adalah bernilai bagi kami. Kami langsung tak pernah idamkan jadi trend setter untuk apa-apa sekali pun, maka kami pilih sahaja yang sesuai dengan poket kami. Kami hanya nak kahwin. Alhamdulillah, semuanya mengikut apa yang dirancang. Langsung tiada tekanan daripada segi emosi dan psikologi, tu lebih bernilai daripada wang!

TIP 5: Jangan ambil mudah soal pembayaran. Kadang-kadang vendor ada pengalaman pelanggan lari daripada bayar selepas dapat barang. Kita pula nak tunggu mereka beri servis dan tengok apa yang kurang. Jadi bincang elok-elok dengan vendor.


Kami berdua memang sukakan pelamin kami. Kami duduk kat situ hampir 2 jam bergambar dengan tetamu yang tak henti-henti naik ke pentas. Rasa seronok sangat pasal berbaloi dengan bayaran kami. Buat apa kan bayar banyak-banyak untuk pelamin, tapi tetamu tak berani naik ke pentas bergambar, hanya memandang daripada bawah. Sekurangnya, kes kami tidak la terjadi bayar beribu, duduk tak sampai 10 minit :P

Post mendatang, saya akan masukkan pula vendor baju sanding kami.


Amat berpuas hati, walaupun ada cerita lucu berkenaan manik dibaju saya {Post}. Yang penting, walau kami lepas tangan, tapi vendor kami masih dapat memilih baju songket bewarna kuning yang cantik pada harga yang sangat-sangat berbaloi bagi kategori baju terus ambil. Ye, dengan tengkolok, bengkung, anak tudung, veil, kasut--semua hak kekal milik kami. Pasal tu juga kain bajunya saya tak buat meleret pasal boleh dipakai lain kali.

Kadang-kadang, pilihan kedua itu lebih berbaloi daripada yang pertama :D Jadi pada B2B yang tidak berjaya mendapatkan vendor idaman mereka, jangan kecewa. Sentiasa ada hikmah disebaliknya.


Satu-satunya, baju songket penuh kami. Tahukah anda: tiara saya tersangkut masa nak keluar daripada kereta. Sangat ngeri. Dah kata taknak pakai tiara.~.~ Tapi kalau tak pakai, nampak katik disebelah D
Sumber: Facebook Awang

Untuk kami, memang amat banyak hikmahnya bila memilih pilihan kedua. Sentiasa dengar kata hati kita. Baik untuk vendor atau untuk warna pilihan majlis.

15 November 2010


13 November, 2010

Gamelan Kami



Salam dan hai

Antara emel paling kerap saya terima berkenaan vendor saya, adalah pasukan gamelan yang bermain hari tu.

Pada mereka yang berminat, boleh hubungi Pasukan Gamelan A.G.I.M

Along: 019-346 6664
Harga:
Kami kena RM650 termasuk kos pengangkutan. Caj mungkin berbeza mengikut lokasi majlis. Kurang pasti juga sama ada, selepas ini harga mulai naik atau tidak berubah pasal kami booking gamelan ini hampir setengah tahun sebelum majlis.



Sesuatu yang menarik tentang gamelan ini, mereka ada kepelbagaian warna persalinan.

Mereka pakai persalinan warna ungu-emas masa majlis Yazid dulu {
post}


Ni pula masa kenduri berhampiran dengan rumah D, pasukan gamelan yang sama bermain seminggu selepas majlis kami. Mereka masih boleh cam kami rupanya. Hihi.



Pada hari majlis kami, saya memang amat suka teramat amat suka giler kot, bila mereka datang segak berbaju melayu hitam dengan ada-benda-tak-tau-apanama-tapi-letak-kat-bahu atau kain simpang (boleh?) bewarna emas, sepadan dengan tengkolok dan samping mereka. Saya suka pasal budak lelaki yang bawa bunga manggar masuk ke dewan pun, berpakaian seperti mereka, tapi bersongkok. Jadi nampak macam sepadan semuanya.



Saya amat suka gamelan ini. Tak henti-henti ucap terima kasih pada mereka. Memandangkan baju mereka pun amat amat segak masa majlis sanding kami, sempat juga la abadikan gambar dengan mereka. Rasa cam ada hulubalang mengelilingi kami. Hehe. Gambar kena tunggu A.Rashdi juga.


Oh ya, kami dapat sijil penghargaan menggunakan perkhidmatan mereka daripada pihak pengurusan gamelan ni. Siap berbingkai! Memang kami akan letak di rumah kami nanti InsyaAllah.



Pada mereka yang berminat, boleh cepat-cepat hubungi Along. Dia ok, senang berurusan dengan dia dalam telefon. Masa kali pertama telefon dia, dia kata gamelan mereka adalah gamelan paling murah di Malaysia --pemasaran harus bijak!Hihi/

Alhamdulillah, pendek kata, keputusan ambil gamelan ni memang keputusan yang amat-amat memuaskan hati kami. Sangat berpuas hati dengan perkhidmatan mereka, baik daripada penampilan dan lagu gamelannya. Mungkin harga pasukan gamelan lebih mahal berbanding MP3 tapi tetap kami usahakan pasal kami yakin, momentum gamelan dalam majlis kami dapat memberi impak yang berbeza kepada keseluruhan tema majlis kami. Lagipun, elok untuk ditontonkan kepada sepupu saya yang kecil-kecil yang mungkin kurang peka tentang gamelan ni. Kalau tengok dalam video di atas, berderet mereka beratur di tangga tengok gamelan tu.

Warisan kita, kalau bukan kita yang meneruskannya, siapa lagi kan?


13 November 2010


10 November, 2010

Resepi Muffin Majlis Sanding Saya



Salam dan hai

Kali ni saya nak berkongsi resepi, cara nak buat muffin yang enak, dalam majlis sanding saya dulu.

Saya pernah tulis tentang muffin ni dalam
Post ini dulu.







Resepinya amat mudah!

1. Gunting
2. Tabur
3. Pukul
4. Masak!


Ok, serius tak tipu. Saya pakai pek segera muffin nak buat muffin majlis sanding saya. Pengsan oo kalau nak buat pakai resepi original buat muffin ni. Harus la pengsan. Jadi memudahkan kerja dan yang penting, dan paling utama--pastinya sedap.

Saya tak tahu kalau tempat lain ada jual, tapi saya pergi ke Bangi, kedai Yummies (ejaannya camni ke? Tak pasti. Tapi signboard warna merah putih). Kedai ni lokasinya selang dua kedai daripada kedai Al-Ikhsan Bangi. Kiranya blok bersebelah dengan Klinik Az-Zahra, atau seberang jalan dengan stesen Petronas.

Sila google Map, mungkin ada kot.

Peknya ada dua; 500g atau 1kg. Perasa ada blueberry, strawberi (ni rasa cam plastik sikit. Tapi tak tau la kalau rasanya dah ok), vanila, coklat dan coklat chip. Hari tu ada Banana dan Kiwi juga. Tapi tu perasa yang kurang popular, jadi jarang ada.

Harga dalam RM8.00++ utk 500g dan kurang RM15 untuk pek 1Kg--kalau tak silap. Tapi kalau 500g, boleh dapat bekas muffin sederhana (besar sedikit daripada bekas muffin saya masa majlis sanding) dalam 40 bekas, ikut kita nak isi penuh mana.

Cara nak buat, pun ada pada pek dia. Cuma tambahkan tepung muffin tu dengan telur, minyak jagung dan air. Pukul sampai sebati, kemudian sudah siap untuk diisi dalam bekas dan dibakar. Tak silap suhu nya 180 darjah selama 25 minit (atau sehingga kekuningan --untuk blueberry)



Jadi pada B2B yang nak alternatif lebih murah dan mampu dibuat, boleh pergi ke kedai Yummie ni untuk beli. Kalau untuk berniaga, pek segera ni agak mahal. Tapi kalau untuk buat sendiri jadikan tambahan makanan/ doorgift/ sponsor untuk majlis rumah terbuka/ tunang/ nikah atau sanding ke, berbaloi daripada segi penat dan duit kalau tempah kat orang. Kalau nak buat dan bawa ke rumah mentua atau bakal mentua pun boleh :)

Cuma kedai tu kadang-kadang terlalu ramai sangat orang, jadi tempat letak kereta dan ruang memang jadi masalah. Nak pergi, elok hujung minggu pada waktu pagi atau malam, betul-betul sebelum 8 malam. Kat kedai tu, macam-macam ada. Nak buat kek span segera pun ada, pizza pun ada. Jadi jengah-jengah la ke sana, mana tahu terjumpa bahan-bahan lain yang boleh tolong korang kurangkan kos katerer, kan?


Walau ini bukan air tangan pengantin yang sebenar-benarnya, tapi saya pukul adunan dengan penuh kasih sayang .. Hihi. Ok selamat mencuba!


10 November 2010


Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates