Salam dan hai
Ok. Memang tipu, Kalau dikira daripada hari ini, mana genap seminggu perintah berkurung. 5 hari sahaja rupanya. Haha. Nak buat macam mana, masih ada urusan disaat akhir yang perlu diselesaikan. Sabtu dan Ahad, memang masih ke hulu hilir selesaikan beberapa perkara penting. Jadi perintah berkurung mula hari Isnin ni.
1. Fitting baju sanding
Selamba sahaja saya pergi buat fitting kat orang lain. heheh. Takde, ikutkan dah ok, tapi rasa gatal nak buat kecikkan lagi, jadi hantar kat kedai amoi depan tu sahaja. Saya berkenan dengan jahitan dia buat untuk baju adik saya, jadi yakin sahaja la (walau sebenarnya langsung tak yakin). Gila sahaja cari pasal kan? Kalau la apa jadi, memang tak berbaju sanding saya! Tapi alhamdulillah, semua OK walau hati asyik risau. Pantang tapak tangan kiri gatal, dah fikir bukan-bukan. Bila dah amik, ok puas hati.
2. Aksesori
Amik rantai, brooch tengkolok, dan tiara. Tapi tudung, abang vendor tu tertinggal pulak, jadi cuma boleh ambil hari Isnin. Nampaknya, D la yang kena ambil daripada KL. Saya suka rantai yang diberi pasal simple tetapi tetap cantik. Brooch di tengkolok tu, rasanya kami pakai yang kami punya, tu yang belah kiri. [post dahulu]

Tapi tiara.. erm ermm.. Ingat tak post saya yang dulu ini. Walaupun ramai yang galakkan saya pakai tiara, tapi sebenarnya saya tetap segan nak pakai tiara ni pasal rasa cam ada benda atas kepala saya yang besar dan berat. Tapi bila tanya pada famili saya, semua kata OK dan cantik, sesuai dengan kepala saya yang besar ni. D memang suka, jadi tak apa la, pakai sahaja la. Dah alang-alang sewa kan?
InsyaAllah, ini la tiaranya. Segan nak pakai~~

3. Kemas bilik pengantin
Luang sehari untuk kemas bilik pengantin. Selama ini rasa macam sudah tinggal bawah jambatan. Memang teruk sangat bilik bersepah.

Nak kemas pun, tahan 10 minit awal sahaja. Kemudian bersepah semula. Ni dah kemas betul-betul, jadi hari Rabu nanti InsyaAllah, cuma perlu kemas sikit-sikit dan mop sahaja. Ayah dah pasangkan katil, jadi best boleh kuasai katil sorang-sorang.
Semua barang simpan dalam stor. Barang-barang yang penting sahaja ditinggalkan diluar. Cadar katil pasang sehari sebelum majlis nikah. Tiada apa sangat nak dibuat dengan bilik pengantin pasal perabot bilik ni jenis kabinet terbina dalam. Jadi memang tak dapat buat apa-apa pun.
Ni meja mekap bilik.Memang sengaja kosongkan meja tu pasal senang nanti MUA nak letak barang mekap dia. Sedikit gubahan bunga disudut meja. Dah, siap. Langsir pun simple putih sahaja.

4. Memenuhi Jemputan
Saya tak dapat penuhi jemputan seorang silent reader yang melangsungkan majlisnya di Putrajaya. Maaf sangat, memang tak sempat. Tapi saya yakin, majlis dia insyaAllah semuanya selamat dan baik-baik sahaja. Saya cuma sempat penuhi jemputan perkahwinann abang kepada seorang sahabat baik, Ibzani dan seorang kawan daripada sekolah rendah, Azeem.
Ni majlis abang Ib. Suka pelamin yang bersih macam ini.

Arch tu pun molek. Tanpa perlu pakai bunga, lampu kelip-kelip ni pun menjadi sahaja.

Buah tangan daripada Ib sekeluarga. Penuh ha!! Dapat epal hijau. Amat suka.

Majlis Azeem saya tak sempat ambil gambar pasal sibuk mengedarkan kad jemputan. Sebelah tangan pegang kad kami, sebelah lagi pegang kad daripada kawan lain yang nak kahwin juga.
Tapi kami tunggu sampai pengantin sampai. Perkara mesti buat : Tunjuk muka 'ha.. aku datang tau ko kahwin". Perkara paling menarik dalam majlis ni, tentang telu ni untuk buah tangan tetamu. Memang sangat ekonomi dan saya rasa amat praktikal untuk mana-mana bakal pengantin yang mahukan sesuatu yang lebih ringkas dan kemas. Dah lama tak dapat bunga telur macam ini. Paling akhir, saya dapat masa kat kampung, pakai napkin, membalut telur. Amat praktikal.


5. Cuti Kahwin
Cuti saya bermula hari Rabu 27hb ni. Sudah tetapkan yang hari Rabu, mahu kemas bilik pengantin sehabis-habisnya. Khamis erm.. Buat keputusan cari pasal -- tapi nak juga buat. Saya nak buat muffin dalam bekas kecil-kecil. Nanti boleh buat tambah lagi kat meja kuih-muih nanti. Kalau tetamu dah kenyang pun, boleh tapau balik.. Ok air tangan pengantin yang kedua. Tapi tak banyak pun buat, dalam 200 biji lebih sahaja. Orang Jawa (walaupun saya tak reti cakap Jawa tapi budayanya saya boleh teruskan), harus la makanan perlu sebanyak-banyaknya.
OK. Sehingga saya menulis lagi. Kena pulun kerja bagi habis sebelum cuti ni.
Nota: Sebab musabab saya letak semua gambar aksesori diatas ini, pasal saya tak mahu selepas majlis, saya sibuk-sibuk cari gambar daripada kamera OP dan tiada gambarnya, saya rasa kehilangan. Jadi baik saya amik gambar siap-siap kan? Sentiasa berdoa semuanya dipermudahkan olehNya InsyaAllah
24 Oktober 2010
NOTA: Semua post bermula hari ini, telah dijadualkan. Segala komen dan pendapat saya akan baca kemudian. Terima kasih.
Saya paling tak berminat nak hias bilik pengantin. Sebab?
Majlis nikah di masjid, majlis sanding di dewan, jadi tiada siapa nak sibuk tengok bilik pengantin~~~ atau mungkin kah masih ada yang sibuk nak tau??
Tapi pasal ibu bertegas nak gak bilik pengantin dihias (ayat ibu : Nanti orang mengata!) jadi ikutkan sahaja. Ibu nak bilik pengantin dihias tapi dia suruh saya pandai-pandai deko.
Saya tak minat bilik pengantin. Noktah.
Tapi pasal fikir , 'Oh nanti mekap di bilik pengantin, harus la cantik' merupakan antara sebab yang buat saya mengalah.
Ringkasan cerita:
1. Siling ayah dah buat pengubahsuaian [post dahulu]
2. Almari semua memang jenis terbina dalam (cupboards built in) jadi satu-satunya perabot yang kena beli, cuma katil sahaja. Itu ayah uruskan. Baik daripada segi design, tilam dan semuanya. Saya tak berminat nak amik tahu. Saya cuma cari cadar katil [post dahulu]. Amik yang praktikal untuk kegunaan harian.

3. Kain ela untuk scallop dah beli [post dahulu] Kemudian ayah dah mula pasang scallop[post dahulu.
Hasilnya
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
. Amik gambar pakai kamera telefon memang tak best. Dengan sudut camera tak best, memang hasilkan gambar tak best. Harap OP dapat amik gambar lebih cantik.

Idea kristal ni saya dapat masa pergi cari barang di kedai Fah Lean, Balakong. Ada banyak idea deko juntaian kristal macam ni kat siling kedai. Jadi terfikir, ok gak buat macam ni. Tapi kat kedai tu lagi cantik la, memang mewah dengan deko macam ni. Idea scallop ni, dapat masa tengok pergi Muzium Negara + internet.
Tak tau macam mana ayah buat. Pasal elok balik kerja, dah siap. Saya tak perasan dah siap pasal tak pandang siling. Hehe. Juntai kristal tu, beli di SinYin, Semua House. Ada 3 jenis kristal saya beli. Kemudian ayah pisah-pisahkan ikut kesesuaian panjangnya. Warna pink (Geli!) dan putih. Semuanya DIY. Ayah pakai dawai kot.. ke besi.. entah. Tak amik tahu pasal tak berminat. Sebenarnya kristal tu untuk tutup suis wayar kipas. Nak pakai bunga, nanti berhabuk. Jadi pakai kristal. Google cara pasang scallop, kemudian bagitau ayah caranya.
Dulu, saya nak buat deko macam ini masa abang saya kahwin, tapi pasal kipas memang dah pasang jadi takut orang tertekan suis, habis deko semua terbang. Jadi, majlis saya ni, kipas tak dipasang lagi. Tunggu selesai majlis baru dipasang.
Lepas majlis, kain ni boleh digunakan semula untuk rumah kami. Jadi takde la rasa membazir sangat.
Ok. ibu suka, tu aje yang penting. Kalau saya, malas nak amik tahu bilik pengantin. Hehe. Nak sahaja saya pakai bilik abang saya dulu. Tapi ibu dah bagi amaran awal-awal "Nak ibu kena umpat??!!!" . Ok. Nahhh Bilik pengantin ye bu?
22 Oktober 2010
Salam dan hai
Cerita pendek
1. Berjaya naikkan berat saya sebanyak 1Kg. Ok. Cukup. Jaga makan. Baju dah fitting. Jangan gatal nak makan Mekd ciken mekdulak blekpeper yang baru masuk iklan kat tv.
2. Tak sangka ayah dapat realisasikan deko bilik pengantin yang saya nak. Kagum dengan ayah sendiri. Sekarang, cuma tinggal nak kemas meja mekap. Langsir pun dah siap, cuma kena tanggalkan semula pasal kena sterika dulu
Soalan hari ni: Cuba teka ini apa.

3. Berbaki 18 hari lagi dan saya gatal tangan pergi buat projek biskut coklat chip. Kerja gila. Tapi pasal sudah separuh jalan, kena habiskan. Kenapa tiba-tiba ada kewujudan biskut ini? Nanti saya akan ceritakan penuh. Kisah 'Saya sekeping biskut'

Kata azimat daripada abang saya tentang majlis saya "keep it simple, but never too simple."
Baik, sematkan dalam fikiran.
Nota: Aqasha pilih kuning, walaupun bukan warna kegemaran dia. Sama macam kami.
12 Oktober 2010
Salam dan hai
Kali pertama dapat ke pameran kraftangan ni. Pergi dengan ibu ayah pasal D ada kenduri kahwin.
Tak tau macam mana nak ulas pameran ni dalam perkataan, jadi saya letakkan gambar sahaja ye?
Idea untuk pelamin


Arch yang tinggi


Idea untuk meja beradap.


Idea door gift





Idea bunga manggar


Dalam sibuk-sibuk saya ke sana, sempat juga singgah muzium kraftangan. Saya suka tengok bahan-bahan pameran macam ni. Leka sangat-sangat.

Saya sempat ke booth Mrs.Carft Collection, milik bonda Hana. Tapi masa saya sampai, Hana tiada jadi bonda dia (rasanya kot) yang layan saya. Nak tengok buku guestbook tu, tapi rupanya dah diletakkan kat dalam ruang pameran. Tapi sempat la amik pamplet dan business card *senyum
Walau hampir 3 jam berlegar-legar kat sana, kami cuma beli 1 barang sahaja tapi barang itu memang saya nanti-nantikan sangat ---Bekas tembaga untuk meja beradap yang dicari-cari selama ini[post penuh]
Alhamdulillah *senyum lebar. Harga rasanya boleh dapat lagi murah kalau terus ke Kelantan atau Terengganu. Tapi tak apa, pasal ayah pun dah menawar, jadi suka juga! Kami beli 8 bekas tembaga sahaja, pasal ayah kata, untuk meja beradap ayah cadangkan cuma 8 orang sahaja yang duduk pasal kalau 10 orang, nak makan pun susah, berlaga-laga siku. Lega sangat bila famili D pun setuju dengan cadangan ni.

Gambar penuh tunggu majlis nanti ya? Sekarang ni, tengah google image kerap-kerap pasal nak cari idea untuk deko bekas tembaga ni. Nity, kita kena deko nanti ok, masukkan dalam task! *tambah lagi kerja kau. benci tak kat aku sekarang??? ;p
Walaupun cadangan asal nak isi coklat, tapi ayah secara halus memang nak kasi telur pindang. Pasal tu daripada awal, dia asyik cadangkan bekas tembaga yang muat untuk isi telur. Jadi tak apalah, ikut sahaja la kehendak ayah.
Yang penting, saya puas hati sangat dapat pilih sendiri bekas tembaga tu!
Kami balik dan terus ke Kamdar Prima Saujana. Kain di Kamdar murah dan puas hati membeli, nak nya pada waktu tengah jualan murah macam ni. Dapat kain harga semurah RM2/ meter. Reaksi= Suka!
Rembat kain untuk langsir bilik, projek DIY ni [post penuh] dan deko bilik pengantin.

Fuuh.
Ok, tiba masa untuk kemas kini belanjawan saya!
2 Ogos 2010
Salam dan hai
Semalam hari Sabtu. Sabtu hari yang padat buat saya dan D! Jadi nak kemas kini pun, secara ringkas sahaja. Cukup untuk kenangan masa hadapan.
1. Bilik pengantin
Ni pemandangan siling bilik saya pada hari khamis. Masa ni kontraktor belum datang.
Hari Jumaat- Mereka dah mula buat kerja.Gelap sangat bilik pasal wayar semua belum disambung.
Hari Sabtu- Mereka sudah siap buat siling baru. Kat tengah tu nak pasang kipas nanti. Tapi buat masa sekarang, kipas tak pasang pasal ada rancangan lain untuk bahagian tengah tu. Tunggu la, insyaAllah kalau menjadi.
Ok, Ibu dah boleh senyum lebar tengok siling dah siap. Haha. Memang penat gila nak kemas. Habis berhabuk satu rumah! Sekarang, tinggal beberapa perkara minor sahaja yang perlu diuruskan lagi.
Saya sakit mata mungkin disebabkan alahan pada renovation ni kot. Mungkin habuk atau siling atau debu.. tapi mata kena jangkitan mengikut kata doktor. Huhu
2. Ukir nama kat cincin
Akhirnya, siap juga ukiran nama pada cincin lepas menunggu dengan teruja. Saya fikir, pasal sudah alang-alang ukir nama kat cincin nikah, saya minta sekali ukir nama kat cincin risik. Maka, bawah ni la hasilnya pada cincin risik kami, ukir ikut nama panggilan. Kena caj RM45. Cincin risik ni cincin belah rotan, jadi banyak sikit ruang nak menulis. Ukiran lebih jelas, berbanding dengan ukiran kat cincin nikah saya. Cinonet aje kat cincin nikah, tapi takpa. Cukup syarat. *senyum

Sebelum keluar daripada kedai emas tu, D kata "Ok, Jumpa lagi" kat salesperson tu. Saya cepat cuit D, kata "oh ada potensi la kita nak gi beli barang kemas lagi lepas ni?? " D nye response "GULP!"
3. Kasut Nikah
Terima kasih ye B2B semua yang banyak kasi kata-kata semangat mencari kasut nikah saya! Ok alhamdulillah, jumpa juga yang berkenan. Walaupun bukan 100% ikut spesifikasi yang saya nak, tapi tetap ada cantik pada kurangnya. Tak tau berapa banyak kedai saya masuk, sampai la ke kedai yang saya tak pernah dengar namanya pun, jumpa, belek sikit, minta saiz, kemudian bayar.

Saleperson kedai ni best. Pasal dia siap suruh saya berdiri sebelah D, nak tengok ketinggian tumit ni akan merosakkan penampilan kami atau tak, tapi nasib la D memang tinggi, walau kasut setinggi 10cm pun , tetap saya katik kat sebelah dia. Kasut nikah ni, rasanya tingginya dalam 5 cm. Jadi ok aje elok-elok.
Oh ya, saleperson ni orang pertama yang wish kami "Selamat Pengantin Baru"
Reaksi saya --GULP! *Tak tau nak response apa
Berkenaan kasut nikah ni, yang boleh saya kata, spesifikasi kasut ni banyak tak sama macam spesifikasi yang saya berangan nak. Tapi saya sudah malas nak layan sifat cerewet ni.
Sekarang, kasut sudah ada. Cuma keyakinan diri nak pakai sahaja yang perlu dicari! Pasal bukan senang nak yakinkan diri sendiri, yang kita boleh bawa style macam kat bawah ni.
Sumber: Google images
Saya impikan nak pasangkan warna kasut dengan warna bunga tangan, macam gambar kat bawah ni


Sumber: Google images
Kasut boleh dicari, keyakinan diri tiada dijual di kedai ok! Macam mana la boleh terlepas pandang yang ini!
Hari ni hari Ahad. Saya sakit mata semula! Tak tipu.
Mungkin penghapus dosa kecil.
18 Julai 2010
Salam dan hai
Harap hujung minggu ni bernasib baik, jumpa kasut yang saya berkenan.
Saya hanya mahukan pose ini aje.

Stoking D pun nak beli ikut warna kasut saya lah.
D tak paham, kenapa warna stoking dia pun jadi isu. Tapi rasanya, dia fikir, tak berbaloi untuk bertegah hanya pasal stoking, jadi layan kan aje kerenah saya.
Harap dapat jumpa kasut saya.
Yakin, pasti ada sepasang kasut diluar itu untuk saya!
Misi mencari kasut nikah esok di Sunway pula!
Aja aja fighting!
KEMAS KINI PERSIAPAN: hari ni, orang buat siling dah datang pasang siling. Tapi tak tau diorang pasang siling yang mana dulu, kat ruang tengah ke, kat tempat makan ke, tapi saya harap mereka siapkan bilik saya dulu. Kemudian, Fara staff kedai emas tu dah telefon, bagitau cincin dah siap engrave. Mode: Teruja. Jadi esok akan jadi hari yang sibuk, daripada Sunway ke Ampang! Erm. bila ni kad nak siap. Mesti minggu depan kot ni.
16 Julai 2010