Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Kertas Kerja. Show all posts
Showing posts with label Kertas Kerja. Show all posts

03 December, 2010

Skrip Emcee Majlis Kami



Salam dan hai

Ok, saya memang tak suka emcee majlis saya. Noktah. Erm.. mungkin perkataan 'tak suka' tu terlalu kuat kot momentumnya. Ok, saya rasa emcee majlis saya boleh buat lebih baik daripada apa yang dia jalankan pada majlis kami tempoh hari (atau mungkin kah standard saya terlalu tinggi?), tapi tak apa la. Perkara dalam pakej dan diluar kawalan kami, jadi tak apa.

Setakat ni, penceritaan majlis saya sudah selesai ke makan beradap {Post} dan upacara memotong kek selepas ucapan daripada pengantin {Post}. Maka, post kali ini, saya nak kongsi skrip majlis kami bulan lepas. Dah ada beberapa email bertanyakan tentang skrip majlis kami, jadi memudahkan kerja, saya post terus skripnya disini ya.

Original skrip ni, saya ambil daripada skrip lama majlis abang saya dulu {
Post} kemudian saya ubah ikut majlis saya. Saya kurangkan penggunaan pantun berbanding dulu pasal saya tengok, emcee tak dapat nak selarikan skrip dengan pergerakan pengantin disebabkan pantun yang panjang.

Jadi pada sesiapa yang berkenan nak guna skrip yang sama, dipersilakan. Antara perkara perlu tahu tentang skrip ini:

1. Saya dah edit skrip ini mengikut penggunaan umum. Jika majlis dibuat untuk belah perempuan, nama pengantin perempuan dan ibu bapanya didahulukan. Jika bertandang, sebaliknya.
2. Kalau diantara slot majlis ada persembahan silat, tarian atau gamelan, masukkan mengikut keperluan majlis.
3. Skrip ini tiada slot menepung tawar kerana majlis saya tiada upacara itu.

-----------------------------------------------------------------

---------------
ALUAN JURUACARA
---------------

Pengumuman Juruacara:

SIREH BERLIPAT SIRI PINANG
SIREH DARI PULAU MUTIARA
PEMANIS KATA, SELAMAT DATANG
AWAL BISMILLAH PEMBUKA BICARA

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM

ASSALAMUA’LAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA

MERAFAKKAN RASA KESYUKURAN KE HADRAT ALLAH KERANA DENGAN IZINNYA, KITA DAPAT BERKUMPUL BERSAMA-SAMA PADA HARI INI.

SAYA BAGI PIHAK TUAN RUMAH, KELUARGA (Nama ibu dan ayah pengantin) DENGAN BERBESAR HATI MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN.

-----------
BACAAN DOA
-----------

Pengumuman Juruacara:

DIIRINGI PALUAN KOMPANG, PASANGAN PENGANTIN YANG SEGAK LAGI BERGAYA, YANG CANTIK LAGI MENAWAN, PASANGAN RAJA SEHARI; (Nama penuh pengantin perempuan) DENGAN PASANGANNYA (nama penuh pengantin lelaki)

TETAK BULUH PANJANG SEPULUH
MARI JOLOK SARANG PENYENGAT
ANGKAT TANGAN JARI SEPULUH
DOA DIMINTA BIAR SELAMAT

BAGI MEMOHON SERIBU BERKAT KE ATAS, DIPERSILAKAN ( Nama individu yang akan membacakan doa) BAGI MENGETUAI BACAAN DOA SELAMAT.

*Tamat bacaan doa

Pengumuman Juruacara:

MAHA SUCI ALLAH, PERKENANKANLAH PUTRA PUTRI KAMI UNTUK MENGIKUT SUNNAH RASUL, MEMBENTUK KELUARGA MUSLIM YANG BERPEGANG KEPADA AL-QURAN DAN AS SUNNAH.

-------------------------
TIADA MAJLIS TEPUNG TAWAR
-------------------------

DALAM MENCANAI SIBESI WAJA
DIBANDING SEGALA MALAH DIJAGA
MALAM BERINAI ADAT SAHAJA
BERSANDING PUN SAMALAH JUGA

MAJLIS MEMPERSILAKAN PASANGAN MEMPELAI BERANGKAT MENINGGALKAN PELAMIN UNTUK MAJLIS MAKAN BERDAMAI. DIPERSILAKAN.

----------------------
UCAPAN WAKIL KELUARGA
----------------------

* Juruacara teruskan dengan skrip selepas pengantin sudah duduk selesa.

Pengumuman Juruacara:

TAK MOLEK JIKA ADA ALU TIADA LESUNGNYA
TAK BERGUNA JIKA ADA DAYUNG TIADA PERAHUNYA
TAK LENGKAPLAH MAJLIS JIKA TIDAK ADA YANG BERBICARA

DENGAN ITU, MAJLIS INGIN MEMPERSILAKAN (Nama wakil) SELAKU WAKIL BAGI KELUARGA PENGANTIN UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN. DIPERSILAKAN.

* Wakil tampil untuk berucap

Pengumuman Juruacara:

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA (NAMA WAKIL) YANG MERUPAKAN (HUBUNGAN DENGAN KELUARGA PENGANTIN) DI ATAS UCAPAN YANG TELAH DISAMPAIKAN SEBENTAR TADI.

--------------
MAKAN BERDAMAI
--------------

Pengumuman Juruacara:

TUAN PUTERI TERSENYUM-SENYUM
MELIHAT LAKSAMANA BERMAIN RODAT
SENYUM-SENYUM JANGAN TAK SENYUM
SUDAH SEMPURNA SEGALA ADAT

SEMERBAK BUNGA SEROJA
DIBELAI DARA PINGITAN
LAUK PAUK PENUH SEMEJA
JEMPUT MEMPELAI MENIKMATI HIDANGAN

* Makan berdamai lebih kurang 30 minit

* Jika ada persembahan, tetapkan anggaran waktu persembahan dimulakan dan bila ianya akan tamat.

----------------
BIODATA PASANGAN
----------------

Pengumuman Juruacara:

SAMBIL TETAMU-TETAMU DAN PASANGAN MEMPELAI KITA MENIKMATI HIDANGAN YANG DISEDIAKAN, MARI KITA SINGKAP BIBIT-BIBIT PERKENALAN PASANGAN PENGANTIN INI.

(Nama penuh pengantin), BERASAL DARIPADA (nama negeri), MERUPAKAN ANAK (ke berapa daripada berapa) ORANG ADIK BERADIK. MERUPAKAN GRADUAN (pendidikan tertinggi jika ada) DAN KINI, BELIAU BERTUGAS SEBAGAI (jawatan) DI (Nama tempat kerja), ( Tempat/ Negeri).

PASANGAN BELIAU, (nama penuh pengantin)PULA BERASAL DARIPADA (nama negeri), MERUPAKAN ANAK (ke berapa daripada berapa) ORANG ADIK BERADIK. MERUPAKAN GRADUAN (pendidikan tertinggi jika ada) DAN KINI, BELIAU BERTUGAS SEBAGAI (jawatan) DI (Nama tempat kerja), ( Tempat/ Negeri).

KEDUA-DUANYA MERUPAKAN (cerita ringkas bibit perkenalan; kenalan siber ke, kenalan atas kenalan ke, rakan sekolah, rakan universiti)

SETELAH MENGENAL HATI BUDI MASING-MASING DAN MENDAPAT RESTU KELUARGA, MAJLIS (Merisik atau bertunang jika ada, beserta tarikh) DAN PADA HARI YANG PENUH BERMAKNA INI, JANJI SEPAKAT YANG TELAH DIBUAT TELAH DITUNAIKAN DI DALAM MAJLIS YANG PENUH BERBAHAGIA INI.

ALHAMDULILLAH, KEDUA-DUA MEMPELAI INI TELAH SELAMAT DIIJABKABULKAN PADA (tarikh nikah dan lokasi)

BUAT (nama pengantin ) DAN JUGA (nama pengantin ),
INGAT PESAN DALAM KHUTBAH NIKAH,
SENTIASA WARAS DALAM SUSAH
RAHSIA DI RUMAH JANGAN DI BAWA KE TANAH
DIDENGAR ORG JADI FITNAH
BANYAK SABAR BANYAK TABAH
INSYAALLAH RUKUN DAMAI SERUMAH-RUMAH.
SAMA BERINGAT PESAN DAN NASIHAT
PESAN ORG TUA MEMBAWA BERKAT
INSYAALLAH

* Tamat bacaan biodata mempelai, juruacara bebas mengacara majlis. Tapi perlu buat pengumuman dari semasa ke semasa berkenaan:

- Surau dan tandas (jika dibuat di dewan)
- Mengingatkan tetamu untuk tidak lupa menandatangan buku tetamu (jika ada)
- Warna baju tema keluarga pengantin
- .. dan lain-lain

-------------
SEKALUNG BUDI
-------------

Pengumuman Juruacara:

SEKAPUR SIRIH, SEULAS PINANG

MAJLIS SETERUSNYA, MEMPERSILAKAN KEDUA MEMPELAI UNTUK MENYAMPAIKAN SEPATAH DUA KATA.

* Pengantin berucap

MAJLIS MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA PASANGAN MEMPELAI KITA DI ATAS UCAPAN ITU TADI.


-------------------
MAJLIS MEMOTONG KEK
-------------------

Pengumuman Juruacara:

SIANAK DARA MEMAKAI LOKEK
LOKEK TERSANGKUT DIHUJUNG JULAI
UNTUK MAJLIS MEMOTONG KEK
JEMPUT PERSILAKAN KEDUA MEMPELAI

DENGAN INI MAJLIS MEMPERSILAKAN KEDUA MEMPELAI UNTUK MEMOTONG KEK.

* Pengantin berangkat ke meja potong kek

* Lagu pilihan pengantin dimainkan semasa majlis memotong kek
(Tajuk Lagu: XX)

---------
BERSURAI
---------

Pengumuman Juruacara:

HADIRIN YG DIMULIAKAN, KITA BERTUKAR KE ACARA TERAKHIR IAITU SESI BERGAMBAR. DIPERSILAKAN KEDUA MEMPELAI BERANGKAT KE PELAMINAN SEMULA BAGI MENERUSKAN SESI BERGAMBAR BERSAMA KELUARGA DAN SANAK SAUDARA DAHULU.

* Wakil keluarga masing-masing kumpulkan ahli keluarga untuk sesi bergambar

PARA HADIRIN YANG BERHAJAT MENGABADIKAN GAMBAR BERSAMA PASANGAN MEMPELAI, JANGAN MALU JANGAN SEGAN. SILA TAMPIL KEHADAPAN.

MAJLIS BAGI PIHAK TUAN RUMAH MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK MERAKAMKAN SEKALUNG TERIMA KASIH KEPADA SEMUA TETAMU DI ATAS KESUDIAN MERAIKAN KEDUA MEMPELAI. SEMOGA MAJLIS DIBERKATI ALLAH S.W.T DAN TERSEMAT DI INGATAN SEPANJANG HAYAT.

SAYANG SELASIH DI BUKIT DULANG,
DIPUTIK SEDULANG LAUT SEBANDI,
TERIMA KASIH BERULANG-ULANG,
SUDI BERSAMA KAMI DI SINI.

* Juruacara bebas mengendalikan majlis
* Masa ini kadang-kadang emcee ada nak buat sesi karaoke, jadi terpulang la pada kamu.

----------------------------------------------------------

Kalau mereka yang selalu baca post-post saya terdahulu, mesti perasan yang saya tak ada kongsi tentang layout majlis berbanding abang saya dulu {
Post}Sebenarnya, dalam kertas kerja yang sama, saya ada sediakan skrip ini beserta aturcara majlis, siap dengan siapa yang bertugas. Jadi dah tak perlu layout bagai. Lagipun layout tu sesuai untuk project manager majlis sahaja untuk memudahkan sekali imbas tentang tugasan yang ada. Memandangkan saya la project manager majlis sendiri, jadi saya tulis dalam skrip, memudahkan semua penanggah tahu dan peka dengan perjalanan majlis (walaupun ada tunggang langgang tapi tak apa).

Kertas kerja ini bukan asal daripada saya. Saya dapat daripada blogger lain yang juga terjumpa kertas kerja ini daripada Google. Skrip majlis kami diolah semula oleh seorang rakan baik, Jamali. Dia selalu jadi emcee untuk majlis-majlis, jadi pengalaman dia yang menyusunkan majlis kami untuk lebih teratur.



Pada sesiapa yang mahukan kertas kerja ini, boleh emelkan pada saya.

Post akan datang: Wajah ceria tetamu-tetamu kehormat majlis!





3 Disember 2010

20 September, 2010

40 Hari Lagi


Salam dan hai

40 Hari lagi.

1. Sudah siap cetak lakaran hantaran yang saya berkenan sebagai rujukan untuk gubahan. Memang kena redah sahaja pada masa nak gubah nanti. Tak boleh teragak-agak lagi. *amatur alert!*




2. Masih dalam proses nak siapkan perincian deko dewan sementara idea masih segar. Nanti boleh kasi kepada abang-abang saya dan isteri mereka untuk jadikan rujukan pasal saya harapkan mereka untuk deko (K.Ana, bersedia!). Nasib saya memang ada habit setiap kali buat sesuatu atau beli barang, mesti saya akan amik gambar. Jadi gambar tu yang saya letakkan sekali dalam slide tu, lagi mudah untuk mereka cam barang yang mana satu.



3. Senarai jemputan sudah selesai untuk kawan setaman dan kawan pejabat. Tunggu awal bulan 10 baru akan pos kan kad. Harga stem lebih mahal daripada kad. haha. Macam situasi upah jahit baju lagi mahal daripada harga kainnya. Nasib la memang teramat jarang gunakan khidmat Pos Malaysia, jadi tak terasa sangat harga naik.

4. Sudah bincang dengan ibu. Hantaran akan dibuat di bilik ibuayah. Bilik pengantin tak mahu ganggu. Barang-barang lain, sumbat kat bilik belakang.


Itu sahaja kemas kini buat masa ini. Lepas siap deko, baru nak buat senarai tugas penanggah dan jadual kami 2-3 hari sebelum majlis.

Maaf, akan jarang-jarang post berkenaan idea baru daripada Internet. Tengah fokus majlis sendiri.

40 hari lagi InsyaAllah.. 62% bayaran sudah dilakukan.


20 September 2010

26 August, 2010

Senarai Semak - Berjaya!



Salam dan hai

Lagi 65 hari menjelang hari bersejarah itu InsyaAllah, dan saya telah berjaya menyiapkan senarai semak! tepuk untuk diri sendiri*

Semalam ada majlis berbuka puasa di opis, jadi memandangkan saya masuk kerja 730am-430pm, jadi memang 3 jam menunggu waktu berbuka saya sempat siapkan senarai semak saya. Macam tak percaya. Agaknya, memang kalau sudah dalam mood, apa perkara dan kerja pun, lancar sahaja kan?

Tengah leka isi senarai semak-- tiba-tiba terkantoi pula dengan seorang kawan daripada Finance. Teruk saya kena gelak. Kantoi dengan orang Finance ni memang tak best. Cepat sahaja mereka kesan belanjawan 'apa' tu. Haih...

Tak apa. Cabaran ;p

Ok, saya tahu memang saya amat bergantung dengan format excel. Mata lebih selesa dan otak cepat tangkap tengok senarai tu. Suka Excel pasal boleh masukkan nota kecil kat kotak, tanpa mengganggu susunan perkara.

Walaupun sudah siap, tapi masih ada lagi yang saya rasa kena baiki sana sini. Rasanya, banyak perkara lagi saya masih lupa. Untuk perbandingan, kena semak semula fail belanjawan saya kot, baru dapat pastikan apa yang dah diatur.

Yang ni salinan untuk diri saya, bukan untuk diletak dalam blog. Kalau la format ini boleh terus dikemas kini daripada blog, memang dah lama saya letak.



Pada mereka yang pernah minta file excel Belanjawan dan Tentatif Persiapan, korang mesti tahu macam mana saya susun hal-hal majlis. Kalau tak biasa lihat, memang boleh menimbulkan kepanikan dan kekusutan--daripada gaya, nampak macam seorang yang amat teliti tapi realitinya, sesuai untuk orang malas nak baca banyak macam saya ;p Benda ni simple sahaja tapi susunan sahaja melebih-lebih sikit. Pendek kata: Poyo!

Kalau ada B2B yang nak buat perbandingan, seperti biasa boleh emel saya atau tinggalkan komen. Akan dihantar tanpa prejudis.

Esok Selangor cuti untuk Nuzul Alquran! Sangat best!!!!


Nota 1: Terima kasih SiKecil yang sama-sama kemas kini senarai semak majlisnya. Disebabkan senarai semak dia la, saya pun terpanggil nak buat senarai semak juga. Boleh rujuk senarai semak
dia disini


Nota 2: Ayah baru bagitau, orang buat kek ovennya meletop! Jadi tak boleh amik order. Erm. Sekarang saya mencari vendor buat kek yang harga bawah RM100 pasal saya nak kek amat simple untuk hantaran. Macam kat bawah ni. Tak perlu bunga apa-apa atau hiasan apa-apa pasal saya sendiri akan letak bunga hidup. Sesiapa ada contact, hargai sangat-sangat kalau boleh majukan nombor telefon mereka kepada saya (kalau ada website lagi best)



26 Ogos 2010


25 August, 2010

Senarai Semak


Salam dan hai

Percubaan pertama nak buat senarai semak.

1. OP -done (nikah & sanding)
2. MUA - done (nikah & sanding)
3. Gamelan - done (sanding)
4. Katerer - done by ayah (nikah & sanding)
5. Pakej persalinan sanding - Done (50% deposit. fitting pertama selepas raya)
6. Kumpulan kompang - done
7. Pelamin - done ( dah bayar 10%. 50% dua minggu sebelum majlis)
8. Bunga untuk deko bilik, pelamin dan bunga tangan - Apa??
9. .. Apa aje lagi?
10. Apsal macam banyak??


Erm..

Erm...

Rasanya, bukan macam ni B2B lain saya tengok mereka buat senarai semak..

Erm..

Erm..

Ok, angkat tangan. Saya memang tak reti buat senarai semak majlis sendiri dalam bentuk post..

Otak berfungsi dan melihat semua perkara dalam bentuk file excel.

Petang ni ada jamuan berbuka kat pejabat. Mungkin boleh buat senarai semak, sementara tunggu waktu berbuka. Sementara waktu ni, nak pergi terjah blog B2B lain yang dah ada senarai semak. SiKecil pun baru buat gak rasanya ni..

Terjah!



25 Ogos 2010



01 April, 2010

Alihbahasa Pantun Melayu



Salam dan hai

Kadang-kadang, emel dengan pembaca senyap (silent readers) ni menyeronokkan juga. Banyak perkara yang mereka tanya saya, topik diluar jangkaan saya. Secara tak langsung, pertanyaan mereka yang bagi saya idea untuk menulis :D

Bukan calang-calang soalan kadang-kadang diajukan. Yang mana saya tak tau nak bagi jawapan, memang sudah dari awal saya angkat tangan serah kalah. Tapi yang mana saya rasa, masih boleh lagi saya bagi pendapat, saya dan dia akan buat sesi perbincangan kecil kami :P

Baru-baru ni, ada seorang pembaca senyap ni bertanyakan tentang skrip emcee saya (ada kat ruang Mungkin Membantu). Dia minta izin nak salin skrip tu (pada sesiapa yang nak amik skrip tu, tak perlu minta izin saya. Amik aja. Saya pun dapat dari Internet, saya gabung-gabung, maka terhasil la skrip yang ala kadar tu)

Kemudian dia bertanyakan tentang pantun. Banyak bahagian dalam skrip tu menggunakan pantun. Saya cadangkan pada dia, kurangkan penggunaan pantun yang banyak. Jangan buat cam skrip saya pasal biasanya kalau pantun dibaca, intonasinya tetap akan ada, walau siapa pun membacanya. Maka, pantun yang banyak akan memakan masa. Takut nanti pengantin dah nak bersantap, emcee masih baca pengantin nak turun dari pelamin :P Itu silap saya masa buat skrip tempoh hari. Terlalu terbawa-bawa dengan pantun hihi

Jadi saya cadangkan dia amik pantun yang penting untuk sampaikan niat majlis. Pantun tujuannya untuk menarik perhatian tetamu. Tak perlu meleret sangat.

Istimewanya, majlis pembaca senyap ni akan dikendalikan dwi bahasa; Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Dia tiada masalah nak tukarkan skrip tu ke dalam bahasa Inggeris, cuma dia tanya pendapat saya, samaada perlu untuk dia tentang alihbahasa pantun atau menggunakan puisi Inggeris.

Semestinya jawapan saya, tak mahu guna puisi Inggeris.

Hihih..Entah, lain orang mungkin lain pendapatnya.

Bagi saya, kalau majlis dwi bahasa, apa yang disampaikan dalam bahasa Melayu sebaiknya dialihabahasa ke Bahasa Inggeris dengan garapan yang cukup bersahaja dan tak mahu kedengaran seolah-olah pelat sangat.

Memang la jiwa boleh runtun mendengar puisi dari William Shakespeare, tapi jangan pandang sepi impak pantun kita orang Melayu.


Sumber: Google images (adika-fajar)

Bagi saya, tak perlu pantun yang terlalu gembar (maksud: bombastik)

Sebagai contoh, pantun usikan di bawah ini:

Tinggi tinggi si matahari
Anak kerbau mati tertambat
Sudah lama saya mencari
Baru kini saya mendapat


Terjemahan versi Inggeris yang mudah tapi tidak lari maksudnya

Up in the sky the sun is shining
Little buffalo died strapped to the twine
It’s been a while I've been searching
As up till now had I gotten mine


Kalau nak perdengarkan pantun nasihat buat mempelai:

Apa guna pasang pelita?
Kalau tidak dengan sumbunya
Apa guna bermain cinta?
Kalau tidak dengan sungguhnya

Masih boleh diterjemah ke dalam versi Inggeris

What is the use for lighting candle?
If it is not with the candle's wick
What is the use with love you meddle?
If it is not cradle full of wits


Pantun usikan pun boleh diselit

Kalau padi katakan padi
Tidak saya tertampi-tampi
Kalau jadi katakan jadi
Tidak saya ternanti-nanti

Versi Inggeris pun masih sedap didengar
If it is paddy say it is paddy
So that I won't be kept sifting
If you agree say that you agree
So that I won't be kept waiting



Tapi jangan bacakan pantun kat bawah ni pulak! Impak dia sama dengan lagu orang putus cinta dinyanyikan dalam majlis kawin~!

Anak punai anak merbah
Hinggap di tonggak membuat sarang
Anak sungai lagi berubah
Inikan pula hati orang


Terjemahan versi Inggeris

A little dove and a little pigeon
Perch on a branch nest on the making
Even the stream changes direction
What so ever more of human feelings


Mahupun pantun ini, memang nak kena!

Asap api embun berderai
Patah galah haluan perahu
Niat di hati tak mahu bercerai
Kehendak Allah siapa yang tahu

Terjemahan versi Inggeris

Smokes of fire and dews droplet
A broken oar diverting sampan
My instinct desire not be separated
Almighty's power known to no one


Jangan ye buat kerja gila macam tu. Kelat muka tetamu karang.

Kalau untuk penamat majlis, boleh la emcee perdengarkan pantun tradisional melayu ni:

Kalau ada jarum yang patah
Jangan disimpan di dalam peti
Kalau ada silap dan salah
Jangan disimpan di dalam hati


Versi Inggeris pun masih mendukung maksud yang sama.

If there ever be a broken needle
Don't ever keep it inside a handcart
If there ever be insignificant blunder
Don't ever keep it deep in your heart


Ok, saya ada teka teki ni! Cuba teka pantun kat bawah ni asal daripada pantun tradisional Melayu yang mana?

Two or three cats are running on land
The cat with stripes is the one superior
Two or three (ladies) I can easily find
But not the same as having you, my dear.



Ada sesiapa dapat teka dengan tepat???

"Kucing"

Tak banyak pantun popular yang ada "Kucing"

Iye tepat!!! Pantun tradisional daripada

Dua tiga kucing berlari
Manakan sama kucing belang
Dua tiga boleh kucari
Manakan sama cik adik seorang


Tak ke comel bila emcee seorang lelaki, seorang perempuan, saling berbalas pantun cam tu (mungkin rangkap terakhir tu, kalau emcee perempuan, boleh la diubah kepada .."cik abang seorang"..

Cantik kan bahasa Melayu ni!!
Ke saya aje berlebihan sangat?? :p Hihih.. Tak apa la, yang penting, saya dapat berkongsi info ni dengan kawan-kawan yang lain.


Semua pantun di atas diambil daripada laman web
http://www.pantun.com.my/




1 April 2010



09 December, 2009

Prosedur Perlu Tahu



Salam dan hai.

Selama ni saya asyik tulis perincian tentang majlis, termasuk la kenduri, hantaran, baju, pakej itu dan ini.

Tapi perasan tak saya tak pernah sentuh pasal prosedur perkahwinan?

Sebabnya, saya tak tau macam mana prosedur perkahwinan.

Saya takde pengalaman menguruskan hal tu. Masa abang saya kahwin, yang tu saya memang tak sentuh dan tak amik tau pun. Biarkan dia uruskan.

Walau saya ada juga bertanya pada kawan-kawan yang sudah berkahwin, tentang prosedur dan perkara yang mesti buat, termasuk lah borang itu dan ini, booking tok kadi la, HIV dan segala protokol; tapi saya tak dapat bayangkan bagaimana prosesnya.

Perlu menempuh baru saya dapat tulis.

Kali ni, saya nak kongsi satu post dari blog
CursingMalay (abaikan tajuk kontroversi tersebut. Blog ini memang kontroversi, tapi jujur) Saya ubah sedikit bahasa dan penyampaian, supaya bersesuaian dengan pembaca blog saya yang kebanyakkanya perempuan.

Langkah Yang Perlu Anda Penuhi Jika Anda Bujang Yang Ingin Berkahwin Mengikut Undang-Undang Malaysia!

Perkara Tak Rasmi

1. Carik pasangan mahu hidup bersama.
2. Kumpul duit dan simpanlah ikut kemampuan dan keperluan masing-masing. Bincang dengan pasangan tentang pengurusan belanjawan untuk majlis perkahwinan nanti, seperti siapa bayar apa, yang mana dibahagi dua dan sebagainya.
3. Dapatkan persetujuan keluarga masing-masing secara lisan untuk upacara merisik. Bincang dengan pasangan kamu tentang tarikh yang sesuai untuk merisik. Jangan meracau macam lipas kena sembur Sheldtox kalau tarikh yang diminta oleh keluarga lelaki, berlainan dari tarikh yang kamu harapkan (seperti tarikh ulangtahun couple ke, tarikh hari jadi kamu ke). Biasanya merisik ni cuma ada kehadiran ibubapa pasangan kita dan mungkin keluarga paling tua.
4. Bila dua2 pihak dah bersetuju,bolehlah ditetapkan tarikh untuk bertunang dan bernikah. Tetapkan juga wang hantaran, dulang, segala apa yang nak dibincangkan. Ada kes macam saya, merisik dan bertunang terus dijalankan pada hari yang sama. Tapi sekarang, biasanya merisik dan bertunang dibuat secara besar-besaran. Apa-apa pun, terpulang pada penerimaan keluarga masing-masing. Jangan panik kalau apa yang kamu rancang tak sama macam yang telah orang tua bincang. Semuanya masih terbuka untuk perubahan rancangan.

Protokol dan Undang-Undang

1. Untuk urusan borang-borang wajib, dinasihatkan diuruskan 3 bulan sebelum tarikh nikah. Sebabnya:
a. Sesetengah keperluan dalam borang ada tarikh luput sah, seperti HIV test yang cuma sah 3 bulan sebelum tarikh nikah.
b. Kadang-kadang, akan ada perubahan tarikh nikah (mahupun nama bakal pengantin!). Perkara ini diberitahu oleh salah seorang penceramah masa saya hadiri Kursus Kahwin dulu.
c. Ladies, sila pastikan si dia selesaikan borang dia (you know how man's brain works kan?) sebab borang perempuan hanya boleh diuruskan selepas mendapat borang dari pihak lelaki.

2. Pergi kursus kahwin. Biasanya harga kena bayar RM80. Ada sesetengah tempat boleh cecah RM200 sebab melibatkan harga untuk buffet, keperluan keselesaan lain (kiranya memang pakej manja :P) Boleh cari tempat yang berhampiran dengan kamu. Boleh klik di
laman web syokkahwin ni untuk dapatkan senarai tempat. Biasanya kursus kahwin ni 1 hari setengah. Sabtu, waktunya dalam 2.30pm-6.30pm, Ahad dari 8.30am-6.30pm. Pesanan saya berdasarkan ingatan dan pengalaman saya:

a. Kepada muslimah, sila bawa telekung siap-siap untuk solat.
b. Jaga kod pemakaian. Yang free hair, sila pakai tudung dengan sopan. Seeloknya, pakai baju kurung.
c. Sila bawa shawl yang tebal (untuk tempat berhawa dingin, takut sejuk sangat)
d. Bawa air mineral dan gula-gula sebab keadaan akan jadi super ngantuk!
e. Buat salinan IC depan belakang, sekurangnya 3 salinan. Biasanya pihak pengurusan cuma nak 1 keping, tapi buat saja lebih mana tau terconteng ke, terhilang ke. Tapi kalau terlupa, biasanya pihak pengurusan akan buat salinan untuk kita, tapi cam tak best la bagi kad pengenalan kita pada orang yang kita tak kenali, kan?
f. Kalau yang berpasangan, boleh bawa pasangan masing-masing. Yang masih single, boleh pergi bersama BFF masing-masing pasal tempoh sah sijil ni adalah seumur hidup.
g. Jangan nak berkepit dengan pasangan masing-masing. Masa pendaftaran pun, meja peserta lelaki dan perempuan diasingkan. Jadi masa makan lunch dan minum petang, jangan gatal nak duduk sebelah pasangan. Duduk kat meja semua perempuan.
h. Pastikan masa mula-mula sampai, tanya pada pihak pengurusan di mana surau dan tandas. Takde la kamu terkial-kial.
i. Jangan nak lancang mulut komplain itu dan ini pasal makanan dan tempat.
j. Biasanya, kursus kahwin ni boleh daftar awal melalui sms, email dan telefon. Tapi kalau tak daftar pun tak apa pasal kebanyakkan adalah walk in kursus. Asal bawa RM80 dan salinan IC.
k. Pastikan tunggu kursus sampai habis untuk kedua-dua tarikh pasal masa ni, nanti akan diberitahu oleh pihak pengurusan, waktu bila sijil kursus kahwin siap dan boleh diambil. Jangan fly awal sangat. Nanti tak tau.
l. Sila simpan buku-buku yang diberi dan rajin-rajin la baca, terutama di saat-saat akhir menjelang majlis nanti.

3. Saringan HIV
a. Hanya keputusan dari Klinik Kesihatan Kerajaan yang diterima.
b. Keputusan sah untuk tempoh 3 bulan.
c. Ada sesetengah hospital dan klinik kena buat temujanji dulu. Jadi pastikan kamu jangan terus amik cuti membabi-buta. Telefon siap-siap tempat yang kamu nak pergi, tanya dia paling awal pukul berapa tempat tu dibuka dan hari apa boleh buat ujian saringan HIV sebab biasanya sistem saringan adalah "First come first serve" disebabkan test kit tu adalah terhad. HIV test dijalankan hanya pada hari Selasa dan Khamis, dari pukul 2 sampai 4.30 petang.

4. Mengikut kata
Mantot, (saya kurang pasti jika proses adalah sama untuk lelaki dan perempuan --saya amat tak tau apa2, tapi kita baca aje la dulu) jika kamu menetap di daerah berlainan dengan alamat IC, pergi ke Jabatan Agama negeri dan mintak borang "Kebenaran Untuk Berkahwin" dan pastikan menerima "Borang Pengesahan Pemastautin" Isi borang itu selengkap mungkin.
Tips: Jika tidak pasti bila dan dimana akan berkahwin,biarkan kosong ruangan tu. Jika kamu seorang perantau, cari penghulu/ketua kampung/pengerusi JKKK mukim. Berikan borang "Pengesahan Pemastautin" tadi dan pastikan dapat cop beliau.

5. Selepas semua borang sudah pun diisi, bawak semua borang dan jumpalah Jurunikah atau Imam Masjid Bertauliah kawasan kamu. Jika tak kenal siapa, pastikan tanya dengan ketua kampung,dia mesti kenal (tips: sila la rajin-rajin ke masjid ya) Jurunikah ni perlu untuk mengesahkan semua butiran dalam borang adalah sah. Dia pun akan cop jugak. Jika tempat bakal kamu tiada jurunikah bertauliah, pergi ke Jabatan Agama Daerah anda. Kat situ ada jurunikah. Antara perkara kena tau:

a. Macam Selangor,perlu bawak dua orang saksi untuk sain borang tu depan Pegawai Jabatan Agama. Pastikan anda memintak IC saksi dua orang untuk difotostat terlebih dahulu.
b. Surat Akuan Bujang perlu disediakan dan boleh dapatkan dari Human Resource Department tempat kamu bekerja .

6. Langkah penamat
Bila semua benda tu dah siap,pegi ke Jabatan Agama Negeri dan hantar semua borang tadi. Tanya juga pada pekerja bertugas, bila boleh datang amik balik. Takde la kamu buat dua kali kerja :) Kesudahan akan dapat sepucuk Surat Kebenaran Berkahwin.

Perkara Tambahan

Mantot ada tulis;
1. Pegi kedai gambar dan amik gambar memakai SONGKOK. Wajib ada 5 keping untuk simpanan.
2. Fotostat semua borang yang ada 4 keping. 1 salinan untuk pihak lelaki simpan. Semua yang original dan 3 salinan bagi dekat pihak perempuan. Kenapa kena bagi yang original? Lain negeri, lain requirement. Kalau Jabatan Agama Negeri kita nak tengok yang original, kita ada dan boleh tunjuk. Takyah nak mintak dengan bakal suami.


Sekian, prosesnya mengikut kata Mantot

Kepada kawan-kawan yang pernah melalui proses yang sama, boleh la tinggal komen. Saya pun kurang pasti tentang prosedurnya.

InsyaAllah, dapat beri manfaat kepada kawan-kawan yang lain.



9 Disember 2009

30 November, 2009

Belanja Kahwin Berbaloi-baloi



Salam dan hai

Saya baru baca
entry dari PAT (Singkatan untuk PineAppleTart). Entry terbaru, dia bincangkan tentang peningnya dia dengan kos perbelanjaan majlis perkahwinan dia.

Minggu ni pun, kawan opis saya insyaAllah akan berkahwin hujung tahun depan, pun sedang stress. Dia ada impian mahukan majlis perkahwinan yang sempurna, tidak perlu menjadi 'wedding of the year', tapi cukup la memenuhi impian dia.Tapi dia pun tak tau dari mana nak mula.

Saya pun tak tau nak tolong dia bagaimana, cuma tadah mata baca email dia.

Saya bagi dia excel budget saya. Kalau tak dapat tolong sponsor, tolong dia buat budget pun jadi la.

Saya pun gunakan excel sheet yang sama untuk merancang majlis saya nanti. Sebenarnya, sebelum ni, saya sudah ada "Buku Project" saya sendiri.

Saya dah sediakan buku ni awal tahun ni (Giler semangat kan?)

Buku ni saya amik dari buku training opis. Siap hardcover dan ada ring, jadi cam sayang kalau tak guna. (gambar ni semua diambil dari bulan 5 hari tu :p tapi saya simpankan aje dalam memory camera)

Siap ada pendrive (konon senang nak save apa2 file bila jumpa vendors)


Pen yang melekat kat ring (pasal saya suka selalu tertinggal pen)


Gigih tampal kertas dan gambar-gambar yang saya suka.


Gadget cam sticky pad, kelip kertas, kertas penanda-- mana tau kot2 ada nak tampal apa2 nota.


Tempat letak business kad vendors (senang nak cari)


...

Tapi buku tu saya tinggalkan di bawah katil.

Saya rasa cam kurang selesa untuk menggunakan buku tu. Entah la. Mungkin belum warm up lagi kot dengan persiapan, jadi rasa cam semak tengok buku ni. Mungkin lepas dah 'mula kegarisan', barulah rasa lebih senang nak aturkan semuanya dengan buku ni.

Mungkin lah.

Saya pun lebih selesa menaip semuanya di sini. Boleh akses di mana-mana, asal ada internet akses.Lagipun, saya lebih suka membaca apa yang saya taip (pasal tulisan saya buruk yang amat sampai diri sendiri pun tak dapat baca!)

Ye, Mungkin itu la penyebabnya.

Tapi apa-apa pun, suka untuk saya kongsikan dengan kawan-kawan blogger yang lain tentang hal perihal budget ni. Tiada niat nak besar diri atau menunjuk-nunjuk, sekadar berkongsi dengan kawan-kawan diluar sana yang mungkin boleh membantu mereka secara langsung.

Kos yang termaktub dalam belanja kawin saya nanti terdiri dalam kategori.

1. Katering and Deko dewan (termasuk kompang, bunga manggar,sewa dewan)


2. Hantaran (kos barang hantaran, dulang, hiasan dulang)


3. Bilik Pengantin


4. Pakej Pengantin


5. Kad Jemputan


6. Foto dan Video


7. Buah Tangan


8. Rawak


Gambar-gambar kat atas ni saya print screen dari excel. File yang original sudah ada formula, jadi masukkan aje figure, nanti sistem akan kira total. Pengiraan jadi mudah, terutama kalau masih dalam peringkat awal untuk merangka belanjawan. Kalau ada yang request nak file yang original, sila tinggalkan email di komen. No question ask. Nanti saya akan emailkan.

Terima kasih

p.s Kepada Fara: ngapa saya tak dapat nak komen page kamu? nak komen pasal dulang dari Langkawi tu :)

30 November 2009

21 November, 2009

Tentative Persiapan



Salam dan hai

Mari buat ombak untuk
Faratul yang menjadi pembaca tegar yang ke 42 blog ni! Ombbaaakkkk

Sedar tak sedar, post ni adalah post yang ke 140!! terima kasih semua atas kesudian membaca repekan saya :P OK, Kali ni mari kita menyusuri kekalutan ibu saya.

Rasanya dalam minggu ni aje, hampir setiap hari, dua kali sehari, dia mesti akan tanya ini

"Nanti majlis tu, siapa yang akan uruskan ye?"

tak pun, dia akan olah ayat

" Siapa akan uruskan majlis tu nanti ye?"

Erti kata lain, ibu tengah risau takut takde sapa yang akan tampil untuk jadi project manager. Mungkin ibu trauma dengan kes 'mak andam tambahan' tu. Jadi dia menggelupo takut akan ada 'The return of Mak andam tambahan' pada majlis saya nanti.

Saya tak bagitau dia apa rancangan saya, pasal saya takmo ibu stress untuk benda yang dia tak perlu stress. Saya tau, dia cuma risaukan untuk perjalanan majlis nanti. Saat dari menunggu ketibaan pengantin sehingga ke sesi fotography.

Sejujurnya, sekarang, memang tak de senarai pendek untuk project manager majlis saya. Seorang sahabat telah setuju untuk jadi kaunselor, tapi saya faham dia juga ada komitmen lain dalam kehidupan dia, jika tidak, sudah pasti dia orang pertama yang saya akan pujuk rayu untuk jadi project manager nanti. Nity yang saya harapkan, sudah pasti la menjadi pengapit saya hari tu insyaAllah. Mana mungkin dia hendak berlari ke sana sini.

Jadi sekarang, yang terbaik adalah-- rancang untuk kurangkan rancangan.

Tu aje penyelesaiannya.

Maknanya, tak perlukan pembabitan terlalu banyak pihak dalam satu masa.

Sebagai contoh, kalau dulu saya gunakan flower ladies untuk 'pagar' laluan pengantin, mungkin kali ni saya perlukan budak-budak kompang untuk 'pagar' laluan pengantin.

Sebab yang sama juga, kenapa saya takmo ada perarakan pengantin. Tak mahu terlalu banyak pihak terlibat, nanti tak keruan. Nak jaga masa berarak lagi.

Kurang meriah?

Takpe, kita sama-sama tengok nanti ya InsyaAllah :)

Ibu ada juga risik-risik, tanya tentative persiapan saya. Saya katakan, "belum buat lagi. Rilek, lama lagi.."

Padahal, saya memang dah buat sikit. Tapi takut nak tunjuk kat Ibu, pasal saya takut dia menggelabah tak pasal2.



Ni cuma draft pertama. Jangan lah ada yang mencebik ya. Biar la saya rancang majlis ni, semampu yang diizinkanNya :) Jangan pulak tunggu saat saya tersungkur pula.

Nota: Sesiapa yang nak saya emelkan file excel untuk persiapan ni, boleh tinggalkan komen atau terus hubungi saya di email tertera. nanti saya emelkan ya?

21 November 2009

05 November, 2009

Kertas Kerja


Salam dan hai

Terima kasih pada eyra yang menjadi pengikut ke 34 blog ini *tepuk tepuk*

Semalam, ibu minta salinan kertas kerja majlis abang saya. Pasal dia nak tolong kawan dia yang kena uruskan majlis perkahwinan pertama dalam keluarga tu.

Saya tension! bukan pasal kena tolong orang, tapi pasal pendrive yang simpan semua maklumat telah ilang!! geram sangat!! tak tau kat mana letak masa kat dewan, tak tau kot ada orang amik dalam bilik tu, tapi pendeknya, pendrive tu ilang tanpa dikesan.

Tapi nasib saya ada simpan hard copy. Jadi memang dua kali kerja kena edit semula file paling last pernah saya ada dalam computer rumah.

Sabar aje la..

Nasib tak banyak amendments sangat.

Jadi sudah alang-alang edit, saya rasa, baik terus masukkan aje dalam blog ini, dah alang-alang. Mana tau, boleh bantu bakal-bakal pengantin di luar sana.

Macam ni la kertas kerja saya. Bukanlah professional punye, tapi cukup untuk saya faham. Jadi cadangan saya, edit dan ubah ikut kesesuaian masing-masing. Sebab setiap orang cara berfikir dan menafsirkan sesuatu berbeza. Jadi ikut kesesuaian masing-masing.

Kalau ada typo, abaikan aja.. hihih

1- Aturcara Majlis


Ini untuk mudahkan saya check timelines perjalanan majlis dengan sekali imbas. Tak perlu details sangat pasal hal-hal details di muka surat lain.

2- Visual Kedudukan Dalam Dewan

Copy yang ini saya bagi pada Katerer bagi memudahkan kerja dari pihak mereka. Dari maklumat ini, kami susun kedudukan ikut kesesuaian majlis. Sebelum majlis, kami rancang meja buffet di letak di bahagian tepi dewan, tapi selepas susun meja, tak sesuai disebabkan ruang yang terhad jadi kami ubah ke belakang. Begitu juga dengan DJ dan slideshow.


3 - Visual Kedudukan Penanggah

Sebelum ni, list penanggah ramai tapi lepas apa berlaku pada hari majlis, saya keluarkan orang yang tak berapa membantu dan saya meletakkan nama orang yang betul-betul bekerja. Kedudukan ayah dan ibu patutnya di dalam dewan, tapi ayah dan ibu amik keputusan untuk diri di luar supaya memudahkan tetamu nampak mereka. Kami punya penyambut tetamu sikit punye ramai pasal kawan-kawan yang kena jadi flower ladies takmo makan dulu pasal nak tunggu kawan-kawan yang lain. Maka diorang pun berkumpul di tempat nak bagi door gift. Jadinya, mereka pun terus jadi tukang bagi doorgift.

4- Visual Perjalanan Majlis

Yang ini telah saya ubah sedikit ikut apa yang berlaku pada hari tersebut. Terdahulu, saya letak bunga manggar di ruang lobi, tapi pada hari tu, saya rasa tak praktikal pasal bunga manggar tinggi dan susah untuk dibawa masuk melalui pintu yang rendah. Jadi bunga manggar sudah siap-siap di bahagian dalam dewan.

5- Visual Tugas Penanggah Semasa Perarakan

Visual tugas penanggah semasa perarakan pun ada perubahan dengan ketiadaan rombongan perempuan. Yang lain-lain masih sama. Cuma konvoi GSR ikut berarak sampai abang saya naik pelamin, baru mereka berpecah cari meja makan yang kosong. Kedudukan pembawa bunga manggar dan pengapit memang di luar red carpet. Saya suka kedudukan itu pasal jelas nampak muka pengapit dan tak tersorok di belakang pengantin. Cuma ada sedikit konflik kedudukan bila mereka bertembung dengan flower ladies :P

6- Butiran Penanggah

Butiran penanggah ni ikut kesesuaian. Kadang-kadang ramai yang jadi runner secara tetiba. Nampak cam banyak tapi sebenarnya takde pun pasal ada tugasan yang hanya dilakukan pada awal majlis, ada yang ditengah majlis.

Ok, saya harap kali ni lebih terperinci. Di post yang lain, nanti saya akan masukkan budget excel macam mana saya buat ok?

Kalau korang ada apa-apa pertanyaan, sila sudi-sudikan. Kalau mampu saya jawab, saya akan jawab.


5 November 2009

04 November, 2009

Lima Langkah Penting



Salam dan hai

Baru-baru ini ada kawan yang bertanya, macam mana nak mulakan langkah merancang untuk majlis perkahwinan dia tahun depan.

Macam mana pulak nak jawab ye soalan dia pasal pada saya, saya sendiri pun belum kahwin! lagipun tak semua apa yang saya aplikasi pada majlis abang saya, boleh untuk dirinya. Dia kan perempuan dan biasanya, perkahwinan belah perempuan lagi azab!

Tapi bagi memudahkan dia merancang, saya bagi dia 5 list ni. Saya kongsikan di sini juga. Tapi sila amik perhatian yang berikut adalah senarai peribadi saya dan mungkin tak berkesan pada orang lain.

1. Date
2. Budget
3. Tetamu
4. Vendors
5. Kertas Kerja


1. Perkara pertama adalah menetapkan tarikh majlis nikah dan sanding. Selepas kedua belah pihak sudah dapat persetujuan tarikh, baru la hal-hal lain boleh dimulakan.

2. Budget itu penting. Tulis semua kategori yang akan terlibat dalam majlis ni. Untuk majlis abang saya, saya buat belanjawan dalam excel bagi memudahkan pengiraan. Gambar di bawah ni adalah contoh worksheet. Saya buat dalam 7 kategori berbeza iaitu
a. Dekorasi dan katering
b. Barang Hantaran
c. Hal Pengantin (termasuk pakej butik, baju nikah, etc)
d. Kad jemputan
e. Rakaman (video dan OP)
f. Buah tangan (dewasa, kanak-kanak, VIP)
g. Rawak (belanja perjalanan dan 'tol' jika ada)

Kemudian dalam worksheet tu, saya buat jumlah anggaran vs. jumlah sebenar. Biasanya jumlah anggaran lebih daripada jumlah sebenar. Sekurangnya, jumlah anggaran adalah jumlah maksimum untuk perbelanjaan. Kemudian catatkan juga bayaran deposit jika ada.


3. Tetamu kami biasanya hanya kawan-kawan dan sedara mara ibuayah dan abang saya. Saya pun cuma menjemput kawan-kawan yang kenal abang saya sahaja. Daripada list tetamu ni, kita dapat agak berapa jumlah kad yang perlu ditempah. Walau ada sesetengah tetamu suka cara lebih formal dengan kad, tapi amik kira juga dengan tetamu yang tak mahu kad dan hanya mahu e-kad. Kira sekali tetamu yang akan dijemput berdasarkan satu kad tapi mungkin beberapa orang dari department itu yang akan datang.

4.Mencari vendors terbaik adalah tugas yang amat rumit. Kadang-kadang sampai takleh buat keputusan, kadang-kadang sampai tak de keputusan boleh diambil. Jadi rajin-rajin mencari dan yang penting, kena allign dengan budget kita. Kita boleh refer maklumat dari majalah, promosi dari mulut ke mulut, atau dari internet. Buat juga nota untuk tulis bila tarikh kita hantar kain nikah (sebagai contoh) dan bila tarikh janji siap. Bila tarikh fitting. Bila tarikh briefing dengan OP. etc etc.

5. Kertas kerja ni penting bukan sahaja untuk rujukan di hari-hari terakhir sebelum majlis, tapi bagi memudahkan vendor mana kita bekerja. Saya bagi salinan yang sama kepada OP dan Katerer, bagi memudahkan kerja mereka. Lagipun, untuk katerer, sebagai bahan bukti apa yang kita minta, telah mereka laksanakan. Untuk OP, sekurangnya dia tau kedudukan penanggah yang bertugas pasal saya bagitau, saya mahukan gambar penanggah juga.

Saya cadangkan, kertas kerja ni dibuat dari saat awal lagi bagi memudahkan pembetulan dan kemas kini. Dalam kertas kerja majlis abang saya, antara perkara penting yang saya letak:
a. Visual kedudukan di dalam dewan (meja beradap, pelamin, meja VIP, buffet, etc)
b. Visual kedudukan penanggah ( siapa bertugas di kedudukan mana)
c. Visual perjalanan majlis (pukul berapa rombonga tiba, kompang tiba, etc)
d. Visual tugas penanggah masa perarakan (tugas kompang, emcee, escort, etc)
e. Visual konvoi pengantin (contact number marshall konvoi, waktu bertolak, etc)
f. Butiran terperinci tugas penanggah

Gambar kat bawah ni, contoh untuk item a. visual kedudukan di dalam dewan.



Kalau sudah set up a, maka yang seterusnya, boleh guna slide yang sama dan masukkan nama-nama penanggah.

Kat bawah ni pulak, visual perjalanan majlis. Waktu yang tertera ni cuma anggaran waktu. Macam kes majlis abang saya, semua waktu ke laut. Pengantin sampai pun dalam 1 lebih. Jadi semua pun ke adjust semula. Tapi asasnya, ni la rancangan yang saya simpan.



Abang saya yang sulung suruh saya sediakan timelines dari sehari sebelum majlis kepada hari majlis. Jadi boleh tengok sapa PIC untuk tugasan2. Seperti contoh, siapakan yang bertanggungjawab untuk beli bunga hidup, untuk cacak papan tanda arah, buat bunga rampai, etc etc. Jadi dari situ, tau berapa lama masa yang diperlukan untuk selesaikan tugas.

Nampak cam rumit kan? Tapi untuk diri saya, kalau takde benda ni lagi rumit dan semuanya semak dalam kepala. Mungkin ini majlis pertama, maka tak satu pun lekat kat kepala. Lebih selesa untuk rujuk pada kertas kerja :P Malas nak ingat semua benda!!

Jadi saya harap, post ni kalau tak banyak, cukup la sedikit dapat membantu bakal pengantin.

4 November 2009

30 October, 2009

Skrip Untuk Emcee


Salam dan hai

Skrip untuk emcee telah siap.

Saya tak sangka payah rupanya menyediakan skrip ni, walaupun dengan bantuan google. Pada waktu nak tulis skrip tu, membayangkan sekali perjalanan majlis.

Saya bukan pandai berkata-kata, jadi susah untuk saya cipta skrip emcee. Oleh itu, saya gunakan banyak pantun bagi menyampaikan maksud majlis. Terima kasih pada sahabat baik di opis saya yang telah susah payah menggodeh segala file dia, demi mencari salinan skrip yang pernah dia baca ketika menjadi emcee. Berpandukan salinan dia, saya bina sikit demi sikit skrip untuk majlis ini.

Sudah pasti, saya bagi kebebasan untuk emcee mengatur majlis, tapi pada saat ketibaan pengantin,dia harus ikut skrip yang telah diberi.

Nak tau hasil skrip untuk majlis ini?

Tada-----

p/s memandangkan saya amik skrip ni pun cebisan dari google dan blog orang lain, jadi saya tak kisah kalau ada yang mahu copy bulat-bulat skrip ini. Sharing is caring kan?
____________________________

Masa: 11.00 pagi ; Ketibaan tetamu

[MAINKAN SELEKSI LAGU]
[EMCEE BEBAS MENGATUR MAJLIS]

Masa: 12.30 petang; Mengalukan kehadiran tetamu

Tali perahu terap belaka
Tali kuah mengayuh sampan
Salam perkenalan pembuka kata
Eratkan siratulrahim tanda persahabatan

Assalammualaikum Warah Matullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan selamat datang ke majlis perkahwinan Encik Muhamad Hambali Bin Saaman dan Puan Maziana Binti A.Ghani.

Yang jauh diundang dengan surat
Yang dekat diundang dengan tepak
Kini yang diundang sudah tiba
Yang dipesan sudah datang
Yang dipanggil sudah disahut
Yang duduk sudah bertemu lutut
Yang berdiri sudah bertemu bahu

Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurniaNya, dapat kita berkumpul pada hari yang permai ini untuk meraikan majlis menyambut menantu oleh Tuan Haji Saaman dan Puan Hajah Sabariah.

Atas nama yang empunya majlis
Atas nama yang empunya hajat
Atas nama kaum kerabat
Ketibaan jemputan yang mulia
Kami sambut dengan adat

Majlis ingin berterima kasih kepada para tetamu yang hadir pada majlis yang berbahagia ini.

[MAINKAN SELEKSI LAGU]
[MENANTI KETIBAAN PENGANTIN]

Masa: 1 petang; Ketibaan Pengantin dan Rombongan

[PENGANTIN TIBA DI PERKARANGAN DEWAN BERSAMA ROMBONGAN]
[SUSUN ATUR PERARAKAN PENGANTIN]
[EMCEE TUNGGU SIGNAL DARI WAKIL KELUARGA]
[MUZIK GAMELAN DIPASANG]

Para hadirin, kini tibalah masanya untuk kita untuk meraikan pasangan mempelai ini.

[EMCEE TUNGGU SEHINGGA PENANGGAH BUNGA MANGGAR MASUK DAN BERJALAN DI KARPET MERAH SEBELUM TERUSKAN UPACARA]

Bunga disanggul seri wajahnya
Wajah pula umpama ratu
Penuh adab kami terima
Dua jiwa dapat bersatu

Para hadirin, dengan segala hormatnya, majlis meraikan ketibaan pasangan raja sehari kita, Encik Mohamad Hambali Saaman dan Puan Maziana A.Ghani, dengan diiringi paluan kompang dari Persatuan Kompang Ummatul Falah dari Taman Seri Andalas, Serdang.

[MUZIK GAMELAN DIHENTIKAN]
[KOMPANG DIPALU]
[PENGANTIN MASUK KE DEWAN]
[PERARAKAN PENGANTIN DAN ROMBONGAN]
[PENGANTIN NAIK KE PENTAS DAN DUDUK DI PELAMIN, DIIRINGI PENGAPIT]
[ROMBONGAN PEREMPUAN DUDUK DI MEJA ROMBONGAN]
[KUMPULAN KOMPANG BERKUMPUL BERDEKATAN DENGAN MEJA EMCEE. KOMPANG TERUS MAINKAN DUA-TIGA LAGU]
[KOMPANG TAMAT]

[EMCEE PANDANG KE ARAH PENGANTIN]
Tanam serai berumpun-rumpun
Disiram air setiap hari
Lamah gemalai hayun tersusun
Maklumlah kan dipanggil raja sehari

[EMCEE PANDANG KE ARAH ROMBONGAN PEREMPUAN]
Buah pauh si bunga rampai
Kilauan bintang sungguh mengasyikkan
Orang jauh sudahlah sampai
Selamat datang kami ucapkan

Yang dihormati Tuan Haji Saaman bin Haji Mohamed dan Puan Hajjah Sabariah Binti Mt. Thani, selaku tuan rumah kepada Majlis Perkahwinan kita pada hari ini

Yang diraikan pasangan mempelai; Encik Mohamad Hambali Bin Saaman dan Puan Maziana Binti A.Ghani.

Yang dihormati ahli keluarga, saudara-mara, keluarga dari sebelah pengantin perempuan dari Kuala Terengganu, rakan-rakan dari jauh dan dekat, hadirin dan hadirat para tetamu yang diRahmati Allah S.W.T. sekalian, majlis mengalu-alukan kehadiran tuan/puan semua.

Sekali lagi sanjungan kasih kami abadikan.

Masa: 1.15 petang; Bacaan Doa
[EMCEE PANDANG KE ARAH TETAMU]

Buah rambai tumbuh dihutan
Dihujung ranting buahnya lebat
Mari beramai kita doakan
Semoga majlis mendapat berkat

Bagi memberkati majlis pada hari ini, majlis mempersilakan Muhamad Shahrul Hanif Bin Mohamad Rasedi untuk bacaan doa. Dipersilakan.

[BACAAN DOA]
[TAMAT BACAAN DOA]

Terima kasih Hanif di atas bacaan doa sebentar tadi.

Mawar merah harum mewangi
Jambangan digubah berseri-seri
Doa restu kami iringi
Baik berpakat suami isteri

Masa: 1.30 petang; Makan Beradab

[PASANG SEMULA MUZIK GAMELAN SEBAGAI LATAR]

Dalam mencanai sibesi waja
Dibanding segala malah dijaga
Malam berinai adat sahaja
Bersanding pula samalah juga

Majlis seterusnya menjemput pasangan Raja Sehari, dengan diiringi pengapit, untuk turun dari pelaminan ke santapan beradap. Dipersilakan.

[TUNGGU SEHINGGA PENGANTIN DUDUK DI MEJA BERADAP, DISISI PENGAPIT]

Rendang kambing memanglah sedap
Ketupat palas jual di pekan
Duduk pengantin makan beradab
Suap berbalas makan sepinggan

Bagi menyempurnakan upacara makan beradap, majlis menjemput Yang Berbahagia, Datuk Abdullah Thalith dan Datin Kamisah, ayahanda dan bonda saudara kepada pengantin lelaki ke meja beradap.

[TUNGGU SEHINGGA JEMPUTAN DUDUK]

Seterusnya, dipersilakan, Encik A.Ghani Bin Omar dan Aminah Binti Ali, ayahanda dan bonda kepada pengantin perempuan.

[TUNGGU SEHINGGA JEMPUTAN DUDUK]

Dipersilakan Encik Hanapi dan Puan Rahimah, besan kepada keluarga pengantin perempuan untuk ke meja beradab.

[EMCEE BACAKAN BIODATA PASANGAN]

Adinda Hambali dan Adinda Maziana, majlis mengucapkan selamat pengantin baru kepada adinda berdua.

Sambil tetamu-tetamu dan pasangan mempelai kita menikmati hidangan yang disediakan, majlis ingin menyingkap bibit-bibit perkenalan pasangan pengantin ini.

Mohamad Hambali Bin Saaman, berasal dari Serdang, merupakan anak kedua daripada empat orang adik beradik. Beliau kini bertugas di Multimedia Universiti.

Pasangan beliau, Puan Maziana A.Ghani, berasal dari Kuala Terengganu merupakan bekas pelajar Universiti Melaya dalam bidang bahasa dan lingustik. Beliau kini bekerja di Bandar Sunway.

Mereka mula berkenalan pada Ogos 2007. Perkenalan yang tidak disengajakan itu, akhirnya memutikkan rasa cinta dalam hati kedua-dua pasangan ini.

Setelah mengenal hati budi masing-masing dan mendapat restu keluarga, kedua-dua mempelai ini telah selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz, pada 24 Oktober 2009 di Kuala Terengganu.

Buat Hambali dan juga Maziana,
Janganlah risau jangan gundah,
Ambik senang ambik mudah
Pesan tok imam dalam khutbah nikah,
Sentiasa waras dalam susah
Jangan seperti retak menunggu belah
Rahsia di rumah jangan di bawa ke tanah
Didengar org jadi fitnah
Banyak sabar banyak tabah
InsyaAllah rukun damai serumah-rumah.
Sama beringat pesan dan nasihat,
Pesan org tua membawa berkat.

[TAMAT ACARA MAKAN BERADAP]
[TAMAT LAGU GAMELAN]

Masa: 2.00 petang; Memotong kek
Hadirin yg dimuliakan, kita bertukar gelanggang sekarang ke acara seterusnya iaitu upacara memotong kek. Dipersilakan kedua mempelai berangkat ke sudut kiri bersebelahan dengan meja beradab untuk upacara memotong kek. Atas permintaan pengantin, upacara ini akan diiringi oleh lagu “Sketsa Sebuah Cinta”.

[EMCEE PASANG "LAGU SKETSA SEBUAH CINTA" DARI KUMPULAN MAY]
[PENGANTIN MEMOTONG KEK]

Masa:2.15 petang; Sesi Bergambar
Majlis mempersilakan pasangan mempelai, sambil diiringi pengapit, sekali lagi untuk duduk di pelamin bagi sesi bergambar bersama keluarga.

[TUNGGU SEHINGGA PENGANTIN DUDUK DI ATAS PELAMIN DENGAN SELESA]

Dengan hormatnya, majlis menjemput Tuan Haji Saaman dan Puan Hajah Sabariah, ayahanda dan bonda kepada pengantin lelaki untuk ke atas pentas bagi sesi bergambar bersama mempelai.

[PENGANTIN BERGAMBAR BERSAMA TUAN HJ. SAAMAN DAN PUAN HJH. SABARIAH]

Seterusnya, majlis menjemput Encik A.Ghani Bin Omar dan Aminah Binti Ali, ayahanda dan bonda pengantin perempuan, untuk naik ke atas pentas bagi sesi bergambar bersama mempelai dan keluarga besan yang baharu.

[TUAN HJ. SAAMAN DAN PUAN HJH. SABARIAH KEKAL DI ATAS PENTAS PENTAS]
[PENGANTIN BERGAMBAR BERSAMA KEDUA-DUA IBUBAPA]
[TUAN HAJI SAAMAN DAN PUAN HAJAH SABARIAH TURUN DARI PENTAS]
[SESI BERGAMBAR DENGAN ENCIK A.GHANI DAN PUAN AMINAH]

Masa: 2.30 petang; Bersurai

Dengan berakhirnya sesi bergambar bersama kedua-dua ayahanda dan bonda pengantin, selesai la sudah majlis yang berbahagia ini. Majlis seterusnya menjemput pasangan mempelai untuk bertemu sua dengan para jemputan. Para hadirin yang berhajat mengabadikan gambar bersama pasangan mempelai, jangan malu jangan segan. Sila tampil kehadapan.

Buat pasangan mempelai, majlis ingin berpesan,
Kalau lautan sama direnangi
Kalau lurah sama dituruni
Kalau sampan sama berdayung

Kalau lesung sama menumbuk
Cubit peha kiri
Peha kanan sakit juga
Susah sama susah
Senang sama senang
Adat orang bersuami isteri,
Pahit manis sama dirasa

Kalau sedikit, sesudu seorang,
Kalau banyak, sesenduk seorang
Tikar sehelai, sama ditiduri,
Selimut satu, sama dikongsi

Majlis ingin berterima kasih kepada para tetamu yang hadir pada majlis yang berbahagia ini.

Bukan lebah sebarang lebah
Lebah bersarung di pohon buluh,
Bukan sembah sebarang sembah
Sembah bersusun jari sepuluh

Jikalau ada terdapat silap dan salah, bagi pihak tuan rumah, majlis meminta berbanyak ampun dan maaf.

Kalau ada wajah yang tersalah pandang,
Kalau ada nama yang tersalah sebut
Kalau ada gelar yang tersalah ucap,
Kalau ada yang duduk di salah tempat
Kalau ada hidangan yang salah bekas,
Kalau gelas tersalah letak
Kalau nasi tersalah tambah

Bak kata orang,
Kalau memanjat, sudah sampai ke puncak,
Kalau menurun, sudah sampai ke lembah,
Umpama belayar sudah sampai ke pulau,
Umpama berjalan sudah sampai ke batas.

Yang termimpi-mimpi sudah terjadi
Yang terbayang-bayang sudah dipandang.
Adat sudah diisi
Lembaga sudah dituang.

Semoga persuraian kita ini dipelihara oleh Allah S.W.T. dan akan diberkati dgn pertemuan selanjutnya pada masa ketika yg diizinkanNYA. Dengan ini, saya sudahi dengan Wabilah Hitaufik Wal Hidayah, Assalammualaikum Warah Matullahi Wabarakatuh.
Terima Kasih
[SELEKSI LAGU]


30 Oktober 2009

22 August, 2009

Pantun Majlis Bertandang


22 Ogos 2009

Salam dan hai

Tali perahu terap belaka.
Tali kuah mengayuh sampan
Salam perkenalan pembuka kata
Eratkan siratulrahim tanda persahabatan

Bukan lebah sebarang lebah
Lebah bersarung di pohon buluh,
Bukan sembah sebarang sembah
Sembah bersusun jari sepuluh

Bunga disanggul seri wajahnya
Wajah pula umpama ratu
Penuh adab kami terima
Dua jiwa dapat bersatu

Barulah kini batangnya rebah.
Rebah pula menyembah bumi
Baru sekarang diizinkan Allah.
Agar dapat menyatu dua hati

Banyak dapat ikan tembakul.
Ikan tembakul dikerat-kerat
Yang kami doakan sudah terkabul
Biar sampai dunia akhirat

Untuk artikel penuh bagi rujukan bakal pengantin semasa majlis persandingan/ makan beradap berlangsung, boleh klik di sini

Oh ya, pantun di atas tu adalah hasil meng'google, terjumpa beberapa pantun yang amat molek dipersembahkan sepanjang majlis berlangsung! :)

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates