Kat bawah ini, beberapa koleksi gambar hantaran saya yang mungkin boleh jadi rujukan pada mereka yang nak menggunakan idea yang sama. Kami cuma cucuk membulat semuanya pasal tak reti nak gubah. Pasal itu juga kamu gunakan satu warna sedondon sahaja untuk hasilkan imej yang kami selesa. Tak perlu guna bunga gemuk macam dalam hantaran untuk kasut dan minyak wangi jika tak perlu. Kamu boleh jimatkan penggunaan bunga dengan cara kamu tabur kelopak bunga ros untuk tutup bahagian aluminium foil di atas tu. Lagi satu, span yang tinggi akan menyebabkan kamu menggunakan bunga yang banyak. Memang nampak cantik, tapi ingat kos yang kamu perlu tanggung. Jadi pilih span yang rendah jika ada.
Hasil gambar tangkapan OP










Pada sesiapa yang mahukan
layout hantaran saya seperti dalam Langkah Keempat diatas tadi sebagai rujukan, boleh emel saya ya.
Ingat ya, peraturan DIY yang paling penting, ukur kemampuan diri sendiri. Kalau kita rasa susun bunga macam ini lagi memudahkan kerja kita, buat la. Kalau kita ada banyak masa untuk main banyak warna pada gubahan, buat la begitu. Yang penting, pilih jalan kerja yang memudahkan kita dan atur masa sebijaknya. Kita sepatutnya kena menikmati setiap saat kita DIY. Baru kita rasa seronok dan tidak stress.
Selamat mencuba! Yakin pada diri sendiri, InsyaAllah kamu dapat hasilkan hantaran cantik-cantik!
Nota 1: Saya baru sekali buat hantaran, itu pun dengan bantuan kawan jadi tak mungkin boleh lawan pengalaman mereka yang dah berpuluh kali buat hantaran. Saya cuma mahu menolong bakal pengantin dengan idea dan pendapat saya. Kekhilafan saya, saya dahului dengan maaf. Kita sama-sama perbaiki diri ya.
Nota 2: Kalau pembaca berminat nak tahu apa-apa tentang projek DIY saya, boleh emelkan pada saya. Saya tak tahu apa yang korang berminat nak tahu dan baca. Saya akan cuba tunaikan post sikit demi sikit ya.
Nota 3: Kalau nak baca kisah kami membuat hantaran sehari sebelum majlis, klik {
Post} ini.
16 Disember 2010