Salam dan hai
Semalam Hari Malaysia. Jadi curi-curi hari selesaikan urusan sikit, sambil pergi beraya.
1. Sudah tunjuk kat D bahagian dalam buku tetamu. D suka dan sudah luluskan.

Cuma dia rasa, buku tu terlalu tebal. Jadi saya pun kurangkan jumlah kertas. Rasanya, baki kertas yang siap ada border ni, nanti nak jadikan freebies la selepas kahwin. Sayang pula nak dibuang macam tu sahaja.

InsyaAllah, sudah boleh hantar kedai binding esok pagi.
2. Semalam, pergi tempah bunga hidup untuk kegunaan barang hantaran, bunga tangan dan deko untuk bilik pengantin, meja potong kek, meja buku tetamu, tempat bunga rampai dan meja beradap. Nampak macam banyak sangat, tapi sebenarnya deko bunga tu simple sahaja. D pun dah setuju dengan ideanya, jadi boleh teruskan.
3. Kad-kad jemputan yang perlu dipos sudah siap berstem. Tunggu akhir bulan ini, baru mulakan operasi pos. Kad jemputan yang kena bagi pakai tangan, tengah tunggu masa yang sesuai, seperti majlis kahwin kawan-kawan yang lain. Boleh bagi masa tu.
4. Semalam SMS dengan vendor baju sanding. Dia tengah tekun jahitkan manik. Nanti dia akan telefon untuk panggil fitting dalam waktu terdekat. Perasaan: PANIK! Perasaan D: Bosan, pasal saya buat pe'el sama macam masa amik baju nikah dulu ;p
5. Sudah emel pada MUA, bagitau nak bayar separuh dulu sebelum majlis dan baki selepas majlis. Pasal takut nak letak duit banyak-banyak pada hari majlis. Dia pun setuju, jadi akhir bulan ni boleh masukkan duit dalam akaun dia.
6. Lakaran hantaran pun telah saya lukis pakai Power Point. Haha. selitkan juga gambar hantaran yang berkenan jumpa kat Internet. Abang saya pun dah beli bekas tembaga untuk sireh junjung.. Erm.. tak boleh panggil sireh junjung pasal saya buat renek aje. Dah nama DIY, harus ukur kemampuan sendiri. Jadi buat renek sahaja, asal ada. Bekas nak letak span H20 tu, dah tanya pada orang bunga, dia dah tunjukkan span mana yang sesuai. Mungkin nak pergi beli span tu akhir bulan ni.
OK. Sekian sahaja post kali ini.
17 September 2010
Salam dan hai
Tengah hari tadi korang makan tengah hari apa?
Mesti sedap kan?
Saya tak makan. Mungkin pasal pagi tadi sudah makan nasi impit, rendang, nasi lemak dan dan goreng di kafe. Nyums! Pasal tu tengah hari masih kenyang.
Tapi aktiviti tengah hari tetap ada ---Susun kandungan buku tetamu.
Gementar ni. Nak kena tunjuk kat D petang ni. Saya buat dua versi, satu yang dah siap print atas kertas dan satu lagi set, tampal kepingan gambar atas kertas. Tengok apa pendapat D.Oh ya, berharap D belanja saya mekd Ciken MekDulak (ye Laling, aku tahu aku dah makan semalam. Tapi macam ko yang kemaruk daging, aku juga kemaruk ayam. haha)
Untuk buku tetamu kami, saya dan D amik keputusan, untuk letak gambar kami masa kanak-kanak, sambil selitkan gambar prewedding kami. tapi sikit-sikit sahaja. Banyak gila koleksi gambar zaman kanak-kanak D, tapi pasal saya mencari gambar kami yang sama tapi tak serupa, macam dalam post yang dulu ini, dapat dalam 5-6 keping sahaja. Gambar zaman kanak-kanak saya memang la amat sikit, pasal tu kot susah nak cari padanan. (Terima kasih Nity, tolong scan kan gambar-gambar aku ni. Dah lama gila, mesti ko pun dah tak ingat ko scan kan)
Gambar kat bawah ni, pakai pembaris pasal saya tak pandai lekatkan dengan betul dan tegak. Mesti senget nanti.

Sama gak saya tak pandai tulis tegak. Mesti naik turun tulisannya. Pasal tu saya pakai sticker untuk tulis nama pada kad kahwin ;p Buat malu, dah besar panjang, tulisan senget-senget. Haha.
Saya sebenarnya mati akal, nak letak apa sebagai seperator dalam buku tetamu ni.
Tengok kat Internet, macam-macam idea orang putih ni.
[Semua gambar ihsan daripada Google images]
Ada yang pakai lirik lagu

Ada yang jadikan gambar sebagai seperator


Isu seterusnya, kertas paling hadapan nak letak apa? Gambar macam kat bawah ni ke?

Susunan gambar pula macam mana? Nak tunggang langgang

.... atau tersusun molek?

Erm.. Dalam banyak-banyak maklumat ini, saya pun dah berbelah bagi nak yang mana satu--TAMAK! Bila saya pakai puisi, rasa cam jiwang, lalu geli. Bila pilih lagu, rasa cam geli juga pasal tak pernah layan lagu tu, tapi nak pasal sesuai kononnya.
Timbang punya timbang, akhirnya berbalik semula pada apa yang sememangnya sudah saya berkenan dan sesuai dengan jiwa saya.
Pantun menjadi pilihan saya dalam menyampaikan maksud:-

Kenapa ye saya pilih pantun? Kerana majlis saya sederhana dan tradisional. Jadi pengisian pantun ini yang saya rasa sesuai dengan majlis. Lagipun, saya tak tahu cara bagaimana nak tulis, yang orang membacanya, pun tak geli ;p
Setiap bahagian, saya pakai pantun yang berbeza, membawa maksud penceritaan kepada gambar-gambar kami.
Nak lagi??
Nanti saya kongsi selepas majlis ya?
Datang kan? *senyum! Ann, jangan la shy shy cat. Emel saya alamat rumah kamu. Kang saya geget kang!
15 September 2010
Salam dan hai
Nak buat kemas kini persiapan kami.
Walau dalam bulan Ramadhan, tetap sempat selitkan persiapan majlis, dalam sibuk buat kuih (OK tipu,dalam sibuk bayar duit order kuih dengan kawan-kawan).
1. Bantal nikah
Terima kasih Laling sponsor kekabu untuk bantal nikah. Ibu dah beli dulu, tapi tak cukup pula kekabunya. Nak mencari sudah satu hal. Jadi akhirnya, minta tolong Laling beli kekabu pasal ibu kata dia ada nampak orang jual kekabu kat highway masa pergi kenduri Laling dulu. Tapi pasal ibu tak ingat kat mana dia nampak orang tu jual, Laling pun demi mak angkat dia tu, dia beli la bantal kekabu. Boleh tahan banyak juga la dia beli. Terima kasih Laling!

Ibu kata, projek bantal nikah ibu akan mulakan selepas raya.
2. Rozek
Selesai siapkan rozek. Fuh.. amat lega. Walau riben yang sama tak jumpa, kami pakai beli sahaja riben baru, yang paling dekat dengan warna riben pertama. Yang penting sudah siap (walau hati meronta kata tak cantik.. haih). Cuma nak pastikan kedudukan pin baju tu sesuai atau tak. Pasal tengok, ada yang senget-senget dan terlentuk sikit rozeknya. Susah juga, pasal rozek saya jenis memanjang ke atas, jadi susah juga. Tak apa, boleh betulkan lagi.
Intai sedikit bunga ros rozeknya, yang masa ni masih dalam plastik. Ni bunga tambahan, untuk penanggah cilik.

3. Misi Sulit V
Kira sudah hampir selesai pasal contol idea sudah siap dibuat. Walaupun perancangan awal nak spray botol tu pakai warna putih, tapi akhirnya, saya rasa baik kekal dengan sedia ada pasal lebih cantik. Tapi pasal sekarang, botol Innershine baru ada dalam 25++, jadi kena tunggu bulan depan untuk dapat 75+ biji botol.

Sudah tunjukkan botol contoh pada K.Ana, mudah untuk dia teruskan dengan projek tu. Semua riben pun sudah dipotong dan dibakar hujung. Nanti sehari dua sebelum majlis, K.Ana dan K.Rina akan teruskan misi ni.
4. Buku tetamu.
Sudah siap buat corak dalam buku tetamu. Puas hati, walau hampir sejam juga la buat malam tadi. Tu la penangan kalau tiada asas Adobe Photoshop tapi gatal nak juga cuba main hentam kromo. Tapi tataletak gambar dalam buku tetamu ni, masih perlu diperbaiki. Macam ada yang tak kena lagi pada mata saya.

Oh ya, baru tahu harga kertas A4 hampir RM10 juga untuk 400+ keping. Selama ni guna untuk kerja percuma kat pejabat, tak tahu pun harganya. Ni dah beli sendiri, baru tahu. Terima kasih D, sponsor kertas buku tetamu ni.
OK, sekian sahaja kemas kini persiapan saya.
Saya cuti raya pada hari lusa dan Khamis sahaja. Isnin dah masuk kerja macam biasa. Cuti sejemput aja, jadi kena sedar diri.
Selamat hari Raya, maaf zahir batin. Kalau ada penulisan saya yang menyinggung perasaan dan emosi, kalau ada balasan yang tidak setimpal, harap maafkan ya.
Yang akan memandu pulang ke kampung halaman, amalkan pemanduan berhemah. Rehat bila perlu. Ikut had kelajuan yang ditetapkan. Paling penting juga-- SILA JAGA DIET MASING-MASING!!! saya tahu ramai sudah sukses dengan berat badan terkini, maka harus beringat ye kawan-kawan (ingatan untuk diri sendiri juga ;p)
7 September 2010
Salam dan hai
Saya tengah tengok gambar-gambar D dan saya masa kecil.
Tiba-tiba perasan, kami ada gambar basikal roda tiga yang sama!

Perasan: Teruja tanpa sebab
Kuiz: Dapat agak tak projek DIY seterusnya ini?
28 Ogos 2010
Salam dan hai
Kepada mereka yang hantar komen atau hantar emel, minta saya emelkan excel file untuk belanjawan dan tentatif persiapan, minta maaf sangat-sangat pasal hari ni baru dapat buka. Modem Internet kat rumah dah kena sambar petir, jadi sementara nak ganti yang baru, memang hujung minggu tanpa Internet la saya. Saya cuba hantar excel file tu kepada semua ye hari ni.
Saya pun tak sempat nak singgah blog kawan-kawan lain nak baca perkembangan terkini korang. Kat pejabat, tak boleh sangat nak lompat-lompat blog. Tunggu ye Internet rumah sudah OK, saya datang singgah.
Disebabkan hujung minggu tanpa Internet, maka banyak pula aktiviti boleh diteruskan diluar alam siber. Minggu ni nak beli barang-barang yang saya nak di Ikea, lepas dah pergi cuci mata dengan Nity beberapa minggu lepas. Tapi memang kami kejar masa pasal tengah hari ada walimatulurus di Putrajaya.
Pagi ni saya cerita pasal tangkapan kami di Ikea dulu. Petang nanti baru cerita pasal majlis perkahwinan di Dewan Seri Seroja, Putrajaya ye?
10 pagi, lepas sarapan, kami terus ke IKEA. Merealisasikan apa yang saya nak beli untuk bilik pengantin. Walau majlis nikah dan sanding tak dibuat dirumah, tapi ibu tetap desak nak hias bilik pengantin. Jadi ikutkan sahaja.
Pasal saya rasa tak perlu nak cat bilik dengan cat yang baru, jadi saya beli langsir ni untuk jadikan backdrop belakang katil. Dah siap berjahit, siap dah ruang untuk letak rod langsir, jadi mudah. Tak mahu ibu pening-pening fikir nak jahit langsir lagi.

Tapi saya tangguh beli rod langsir dulu pasal nak dapatkan ukuran untuk lebar dinding dulu. Banyak range harga dan size untuk rod langsir, tapi saya suka rod langsir yang ini, tak terlalu mahal, design pun simple sahaja. Tapi kena balik bincang dengan ibu dulu.

Tengah berjalan-jalan, terjumpa bekas comel ni. Size paling kecil. Ada yang lebih besar dan sederhana. Saya suka pula tengok. Cantik untuk hiasan. Terfikir untuk hiasan meja beradap, tapi rasa cam tak berbaloi pula. Ketepikan dulu.

Berjaya sambar frame gambar yang saya nak dalam post ini
Tak tau siapa yang baik hati, tolong betulkan grammar kat bawah ni.

Rumusannya, ini la hasil tangkapan kami.

Tak rancang pun boleh selesaikan deko untuk meja Guestbook tapi lepas sambar frame panjang dan satu bekas kaca, buat famili meeting sekejap dengan D, kemudian rasa cukup la. Simple sahaja memadai.
Lagipun barang-barang tu boleh pakai lepas majlis.
Jadi, dah boleh keluarkan 1 item daripada list kami.
Selesai—Hiasan meja Guestbook.
Balik rumah lepas majlis, terus teruja nak tunjuk kat ibuayah. Dapat lampu hijau daripada diorang. Terperasan macam sudah buat keputusan yang paling bijak dan berbaloi, walau tanpa diorang temankan.
Walaupun tujuan nak pergi IKEA untuk beli barang bilik pengantin, tapi tup-tup, yang dapat diselesaikan, meja Guestbook pulak.
Layankan aje la.! Asal dah selesai satu perkara.
10 Mei 2010