Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Intai. Show all posts
Showing posts with label Intai. Show all posts

05 November, 2010

Intai: Kasut Nikah


NOTA: Ini adalah post berjadual.




Salam dan hai

Saya memang mahukan gaya ni sebelum saya ada baju nikah sekalipun!
[
post penuh disini]

Mencari kasut memang cabaran!

Sehingga la akhirnya, alhamdulillah, berjumpa juga dengan kasut yang warnanya dalam kategori Shocking pink atau Pink terang. Kali pertama saya tunjukkan sedikit gambar kasut ni dalam post ini.

Saya beli di Sunway Prymid. Kedai yang saya tak pernah perasan pun namanya.

Blay Concept.



Made in Malaysia --tertulis kat tapak kasut! Walau dibuat di Malaysia, harga takmo Malaysia juga! Walau selepas potongan harga dapat bawah seratus, masih dalam kategori mahal bagi saya. Pasal saya sedikit berkira bab kasut, terutama kalau yang jarang dipakai macam kasut ni *gelak. Tapi syukur juga. Kasut ni terlalu banyak arahan kat bawah tapak nya ni, bagi pelindungan untuk manik dan tumitnya.



Macam mana kasut tu kelihatan dengan kain nikah saya?

Macam gambar kat bawah ini lah!



Saya suka bahagian tumit kasut ini! Sesuatu yang berbeza dan lebih kukuh.

Harap kamera OP dapat tangkap gambar lebih cantik daripada percubaan saya tangkap gambar sendiri *Hihi.





5 November 2010

02 November, 2010

Intai: Buah Tangan di Meja Beradap



Salam dan hai

*Ini post automatik. Saya masih sibuk siapkan beberapa perkara persiapan majlis kami InsyaAllah

Daripada dulu lagi, saya memang nak bekas tembaga untuk tetamu, tetapi kos menjadi penghalang.

[
post penuh disini]

Tapi demi nak puas kan hajat saya, saya amik keputusan, bagi hadiah tembaga kepada tetamu di meja beradap sahaja.

Tiada niat nak membezakan tetamu, cuma dalam mengimbangi impian dan kemampuan saya, hanya itu sahaja yang saya mampu-- 8 orang.

Mula-mula, ayah sudah tempah daripada kawan dia di Kelantan. Tapi lama benar proses nak tunggu. Saya pula jenis tak reti bersabar.

Kemudian, masa Pameran Kraftangan & Promosi Kerja Kahwin [
Post penuh disini], ada banyak jualan tembaga dan alhamdulillah, ayah setuju nak beli masa tu. Jadi yang order daripada kawan dia, dibatalkan.

Kami borong 8 biji (.. ke ketul?? betul ke penjodoh bilangannya ni? Rasanya penjodoh bilangannya bekas kot.), tapi ada juga dugaan nak beli bekas tu. Pasal orang kedai tu pun tak jangka yang akan ada orang datang dan beli terus. Biasanya dalam pameran macam ni, orang cuma nak datang tengok. Jadi bila kami nak beli, dia sudah menggagau mencari stok. Demi nak cukupkan 8 bekas, yang bekas display pun dia rembat terus.

Pratonton bekas tembaga. Tada!


Saya berharapkan warna lebih.. erm.. tembaga, berbanding macam warna emas. Tapi tak apa, asal dapat yang berkenaan pada harga yang munasabah. Walau kecil, tapi berat juga. Dah nama pun tembaga hihi.

Muat letak telur pindang sebiji. Bekas tembaga saya tak mahu kacau dengan deko. Saya nak cantik tembaga tu terserlah sendiri dan biarkan bekas tu berdiri seadanya. Cuma telur pindang, nampaknya kena deko sikit supaya takde la kosong sangat.

Teruskan dengan operasi DIY saya untuk buah tangan meja beradap.

Saya pilih riben warna pink. Pasal deko di meja beradap, ada unsur warna pink juga.


Warna pink tu, saya 'kahwin'kan dengan riben warna putih pudar.


Kemudian, saya gam kan bunga ditengah-tengah, untuk tutup bahagian diikat tu.



Tak suka dengan benda jurai-jurai tu, jadi saya potong. Semua nak jurai, rasa semak juga

Ok, inilah projek DIY saya untuk buah tangan meja beradap. Net tu belum dikemaskan lagi. Tu sudah macam singar kembangnya.



Walau bahagian belakang ni macam kosong, saya rasa tak perlu la nak letak tag terima kasih atau apa-apa. Biarkan sahaja. Kurang kerja sikit. Hihi.


Semua riben dan net saya dah potong siap-siap, ikut ukuran yang saya nak. Jadi malam sebelum majlis, terus ikat sahaja.

2 November 2010

30 October, 2010

Intai: Baju Nikah


NOTA: Ini adalah post berjadual. Segala komen dan pendapat saya akan baca kemudian. Terima kasih.


Salam dan hai


Saya sudah beberapa kali berceritakan tentang baju nikah saya.
Dalam proses pencarian design:
Post ini
Dalam proses mencari kain: Post ini
Dalam proses menerima hasilnya:
Post ini

Cuma sekali saya tunjuk sedikit pecisan gambar baju nikah saya dalam post ini
[post penuh disini]

Selebihnya saya simpan sahaja ceritanya--- Sehingga hari ni.

Untuk post ni, buat kali pertama-- saya tampilkan baju nikah saya.

Tapi maaf ya, watermark ni saya buat masa dalam keadaan sangat malas.











NOTA: Gambar ni saya amik masa mula-mula dapat baju nikah. Kemudian bulan terakhir sebelum majlis, berat turun mendadak. Baju sudah tak cantik pada badan dah..

Gambar kat bawah ni pula, masa saya cuba selendang dengan tudung.





InsyaAllah, pada waktu post ni dibaca, kami sedang bersiap untuk majlis pernikahan kami. Doakan ya semuanya selamat InsyaAllah.

Mungkin saya tidak dapat kemaskini blog saya dalam waktu terdekat. Jika mahu mengetahui persiapan majlis pernikahan saya, mungkin boleh merujuk kepada blog Reen atau Laling . Mungkin jika mereka sempat, mereka akan muatnaik gambar-gambar dan reviu majlis nikah saya. Atau mungkin OP saya A.Rashdi akan muatkan gambar saya dalam album dia. Kita tengok ya bagaimana.


Nota Kaki: Pada beberapa pembaca yang meminta fail excel tu, saya akan cuba balas dalam waktu terdekat. sabar ya?

30 Oktober 2010

08 October, 2010

Intai: Bantal Hantaran



Salam dan hai

Nak tulis tentang bantal hantaran saya pula kali ni. Kalau imbas kembali,post-post terdahulu.

Daripada peringkat awal proses merealisasikan idea.
[
Post ini] dan [Post ini]

Sampai la bantal ni siap.
[post penuh disini]

Sekarang ni, pada waktu post ini dibaca, kesembilan bantal hantaran, semuanya sudah siap berjahit.

Dengan rendah hati, saya persembahkan bantal hantaran saya. Macam saya pernah sebutkan dulu, tidak la segebu bantal daripada koleksi Arma, leper macam lempeng. Ni dah boleh dianggap sebagai tapak hantaran, berbanding bantal hantaran. Tapi bila dibuat daripada 0 oleh ibu saya, tak ternilai ! Bantal Arma sebelah mata pun dah tak pandang. Hihi.



Abaikan satu bantal takde butangnya lagi. Gambar ni diambil masa mula-mula ibu berjaya siapkan 3 bantal dahulu. Teruja, tahu?! Tak menyempat, nak tangkap gambar juga! Berbulan-bulan dahulu. Pasal tu gak watermark tak cantik. Masa edit gambar ni, saya baru belajar menggunakan semula Adobe.

Kain bantal tidak menggunakan satin pasal ibu kata, satin licin dan susah nak kemaskan pada penjuru. Lagipun, satin licin, takut pula hantaran tergelincir. Jadi kami beli kain di Kamdar, jenis kain tidak diketahui, tapi seakan-akan velvet + baldu. Murah sahaja, kurang RM5/ semeter. Kamdar memang berbaloi. Bucu untuk sudut bantal beli di kedai Riben Bunga (ke namanya Bunga Riben??), ibu jahitkan disetiap sudut bantal. Jurai-jurai beli di SSF. Span dalam bantal, memang sudah dibeli lama, daripada warna putih span tu, tukar ke warna kuning pasal lama benar simpan. Tak tau ayah beli kat mana, tapi span biasa yang jenis cam span bahu baju kurung tu kot. Takda nak pakai kekabu. Kekangan kos. Dalam bantal ni, kami letak cupboard, untuk kukuhkan kedudukan bahagian bawah bantal. Ni idea Nity, thanks dear!

Saya tak tahu macam mana ibu buat semua bantal-bantal ni. Saya cuma kasi idea saya, ibu buat dan tunjuk, saya puas hati, selesai.

Bab ni memang saya tak cerewet sangat pasal saya sendiri memang tak pandai menjahit. Buat apa nak berlagak pandai tentang sesuatu yang saya langsung tak tau.


Ok, sehingga saya menulis lagi ya!



8 Oktober 2010

04 October, 2010

Intai DIY Boutonniere Kami



Salam dan hai

MOOD: sakit gigi. Kalau Harzharun ada, boleh dapat rawatan gigi percuma :D balik kerja, nak gi jumpa doktor gigi.

Takde mood nak menulis. Jadi saya publish saja post draft yang sudah ditulis setelah sekian laaaama!

Ok, selamat membaca
-----------------------

Disebabkan terlajak kata [
post terdahulu], saya kena DIY boutonniere/ rozek/ corsage.

Walaupun tugasan ini takde la terlalu membebankan sangat, cuma iye la, mesti la saya mahukan hasil yang terbaik, walau langsung tak pernah terfikir untuk DIY. Saya DIY dalam keadaan terpaksa rela hik hik.

Saya tak dapat buat keputusan nak yang macam mana jadi saya cetak semua gambar yang saya berkenan, kemudian tanya pendapat Laling. Dia bagi pendapat yang berpijak dibumi nyata-- pilih mana yang paling mudah dibuat.

Jadi, yang ini paling mudah. Bunga yang putih tu! (Thanks Laling!)



Kami kena pilih warna putih untuk sesuaikan dengan semua. Adik beradik saya pakai warna pink, ibu ayah pakai warna gold, dan famili D campur-campur warna, jadi pilihan paling selamat adalah putih. Kami sepakat, untuk kedua-dua famili, pakai bunga yang sama. Dah nama pun majlis bersama, jadi sebolehnya, biar la nampak sekata sahaja keduanya.

Tugasan terpenting D--pilih bunga. Ini pilihan dia *tepuk tepuk. Bunga orkid putih, ada kuning sikit-sikit dibahagian dalamnya. Kami beli 4 tangkai, setiap tangkai ada 12 kuntum bunga. Rancangan saya, 1 boutonniere ada dua kuntum bunga. Maka, jumlah boutonniere ada 24-- 12 untuk famili saya dan 12 lagi untuk famili D.


Tugas saya, buat design paaaaling mudah! Jadi saya gunakan 2 kuntum bunga untuk 1 boutonniere. Daun-daun tu, saya cuma gunakan semula daun-daun sedia ada kat rumah ni. Tak perlu nak beli baru.



Nah, 20 corsage (.. ke boutonnieres?). Imej dibawah ni masa belum siap, belum letak riben lagi. Siap dibuat dalam tempoh 2-3 jam rasanya.



Walau pada awalnya, cuma mahu sediakan 12 rozek untuk setiap belah. Tapi bila kira-kira, rasanya tak cukup. Jadi saya beli bunga ros span ni di SinYin, ada 10 kuntum. Jadi setiap belah dapat 5 kuntum tambahan, maka satu famili ada 17 rozek.



Saya mulakan operasi DIY untuk ros span ni pada hari Merdeka, sambil-sambil tengok sambutan di TV, sambil tu tangan ligat gam itu dan ini. Dawai di bunga ni dah berkarat. Biasa la, beli barang nak habiskan stok. Jadi buangkan aje.


Buat punya buat-- siap juga akhirnya lebih kurang 2 jam, 10 kuntum boutonniere bunga ros. Boutonniere yang ini, lebih simple pasal ianya cinonet. Tak mahu terlalu sarat. Biar manis sahaja. Bunga kecik warna kuning dan putih, serta daun tu, saya kitar semula penggunaan, tibai bunga palsu ibu yang tak digunakan lagi. Jimat, tak perlu beli baru. Selebihnya semuanya saya gam! Kemudian, kemaskan pakai material-macam-selotape-tapiwarna-hijau di bahagian tangkai bunga.


Rancangan awal, nak kasi penanggah yang kena bagi buah tangan kat tetamu yang pakai bunga ni. Pasal tu ingat nak letak siap-siap dalam pek dengan nama. Memudahkan pembahagian.



Boutonniere bunga orkid pulak macam ni. Ini untuk adik beradik dan saudara mara yang jadi penanggah.




Untuk ibubapa kedua belah pihak, kami pakai bahagian pangkal bunga orkid dalam boutonniere ni.

Hasilnya begini.




Oh ya, saya benci riben tu, tapi tak apa la. Redha sahaja. Riben yang asal sudah habis, kena la beli yang baru. Tapi malas nak ke Balakong, jadi pergi sahaja ke Minlon. Tapi sudah pujuk hati, pejamkan sahaja mata. Pasal macam tak berbaloi pergi jauh-jauh semata-mata nak beli segulung riben. Tu memang betul-betul bridezilla.

Memandangkan daun, bunga-bunga kecil dan dawai tu saya pakai semula daripada apa yang sudah sedia ada, jadi tiada kos terlibat. Kos cuma pada harga bunga, riben dan pin. Maka anggaran kos:
Boutonniere Orkid: RM 1.50
Boutonniere ros: RM 0.70

Memang boleh sahaja dapat rozek riben-riben pada harga yang lebih murah, cuma saya nak gunakan bunga dan walaupun ada rozek bunga lain, tapi kami tidak berkenan. Ok.. sebenarnya bukan atas alasan tu semua. Tapi atas alasan,-- saya nak buat, jadi saya akan buat. Alhamdulillah, Allah izinkan. Itu sahaja yang penting ;D

Walaupun sedikit kurang puas hati dengan hasilnya, tapi ingat-ingat semula cakap abang saya "Takde hal cantik ke tidak. Ni kan sebagai tanda sahaja."






4 Oktober 2010

22 September, 2010

Intai: Kad Jemputan



Salam dan hai

InsyaAllah, dalam minggu ini saya akan mulakan operasi mengedar kad jemputan pakai tangan untuk kawan-kawan setaman. Untuk aktiviti mengepos kad-kad jemputan, saya mulakan minggu hadapan. Pada siapa yang dah terima kad saya, jemput datang pada hari majlis InsyaAllah.

Drama kad kahwin saya ni, boleh dikatakan hampir tiada. Semuanya OK alhamdulillah. Kecuali kes saya silap letak GPS haha

Cuma pada fasa mencari rekaan dan proses draft tu, memang la ada ding-dong sikit
[
post disini] [post disini] [post disini] [post disini] [post disini]

Satu-satunya drama berlaku bila orang printer, print kad lebih 1,000 [
post disini] Mungkin rezeki. Mungkin Allah tau yang saya akan buat silap dalam pemilihan riben.

Riben ni memang memainkan peranan penting dalam kad jemputan saya ni. Bukan sekadar hiasan. Riben ni yang pegangkan kad jemputan ni. Saya siap gamkan bow tu pasal takut tercicir.

Kita semua melalui proses cuba-cuba dan hasil percubaan pertama saya: Kurang cantik (Maaf watermark gila buruk pasal masa ni malas nak tukar font dan malas nak adjust.. Haha.Tak apa. Nanti korang dapat kad, korang snap gambar molek-molek. Jangan ikut saya ;p)


Saya dah buat hampir 30 keping kad pakai riben ini. Lepas tengok esok harinya, rasa macam ada sesuatu tak kena, tapi tak dapat nak pastikan apa. Jadi, terus tanya pendapat beberapa kawan rapat. Lepas masing-masing kasi pendapat, saya pun tukar kepada riben organza pula.



Hasil lebih baik daripada hasil pertama--Walau r
iben ni mengingatkan saya kepada riben Minnie Mouse

Perbandingan antara keduanya


Sekian, nantikan kehadiran kad jemputan yang serba sederhana ini ya?! Kecik benar, jadi hati-hati takut terselit bawah tempat duduk kereta ke apa ke *ha jangan gelak. Ini kisah benar. Jari jemari ku gigih nak keluarkan kad yang terselit kat bawah tempat duduk. 10cm x 14cm aje besarnya. Kalau ada riben tersenget sikit, fahami la, sesungguhnya saya sorang menggamkan kad, pastinya ada yang terlepas pandang.


Oh ya, idea asal kad ni, saya adaptasi daripada idea kad kawan UiTM saya. Saya memang suka kad dia. Simple dan comel. Jadi saya pun minta kebenaran dia nak guna rekaan yang hampir sama. Cuma idea riben ikat dibahagian atas kad, orang LH yang cadangkan. Kad kawan saya, ribennya mengelilingi kad. Kad kawan saya bewarna, tapi kami punya hitam putih, untuk kurangkan kos. Jadi, kami pilih riben warna kuning, sebagai selitan warna tema majlis nanti.

Baki kad yang lebih tu, cadangnya, mahu buat centerpiece untuk meja tetamu. Nanti siap satu contoh, saya masukkan ya. Tungggguuu! Centerpiece jimat lagi menjimatkan *hihi

Sudah boleh mula edarkan kad--dimulai dengan Laling!!



22 September 2010

10 September, 2010

Video Save the Date Kami


Salam dan hai



Untuk membaca post Pre Wedding kami, sila klik disini [PRE WEDDING]

Suka untuk saya mulakan dengan rasminya, operasi mengumpul alamat B2B dan Mantan B2B, yang sudi dan ada kelapangan pada hari tersebut untuk hadir ke majlis kami.

Jangan dambakan apa-apa dekorasi dewan yang mengkagumkan. Tiada dayang-dayang manis berpakaian sedondon, tiada perarakan mewah dan unik bakal mencuri perhatian, dan tiada juga nama-nama besar yang menjadi vendor kami.

Kami cuma impikan majlis yang selamat dan menggembirakan, pada paksi kami sendiri. Majlis perkahwinan kami, bukan medan untuk kami dan famili puaskan hati semua tetamu, jauh sekali sebagai medan berlumba majlis siapa lebih hebat. Kami selaku tuan rumah, akan cuba jalankan tanggungjawab dan layanan sebaiknya.

Sesungguhnya, kami orang biasa-biasa sahaja, dengan majlis biasa-biasa sahaja.

Sebiasa video Save the Date yang telah saya DIY ini [bantuan teks oleh Nity. *hugs] Siap pixel pecah atas kesilapan set quality video dan lagu tak fade dengan elok masa penamat tapi malas nak edit semula pasal nanti tak tau bila saya nak upload semula jadi pejam sebelah mata.




Ok. dah tau dah kan, rupa bakal pengantin macam mana ;D

Nota: Mungkin ada yang tak dapat tengok video ni kalau YouTube kena block di opis

Jadi kawan-kawan, sila emel saya [diaterimanikahnya@gmail.com]

1. nama

2. alamat rumah/ pejabat

3. url blog

kamu untuk memudahkan saya mengecam korang. Kalau silent reader (bukan stalker ya) tiada blog pun tak apa. Emel pada saya juga alamat kawan-kawan ya?


*Nyatakan juga sama ada kamu mahukan kad atau e-kad (praktikal dengan harga stem yang sudah melambung tinggi ni)


InsyaAllah majlis akan berlangsung di Dewan LLM (sederet dengan Uniten dan KLIUC) pada 31 Oktober 2010.

Pesanan: Saya sudah setkan, komen tiada untuk post ini bagi mengelakkan ada yang tulis butiran peribadi mereka di sini. Bahaya, takut orang salah gunakan maklumat korang tau.



2 September 2010

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates