Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Persiapan: Kad Jemputan. Show all posts
Showing posts with label Persiapan: Kad Jemputan. Show all posts

19 October, 2010

Tips Mengedarkan Kad Jemputan di Pejabat


Salam dan hai

Kali ini saya nak tulis berkenaan tips. Tips bagaimana kita nak edarkan kad kahwin di pejabat. Saya spesifik maksud di pejabat pasal bila nak edar kad dipejabat ini la, soalan-soalan peribadi bertalu-talu diberi. Maka terjadinya la insiden 'terBedahkan' dirinya tanpa sedar. Niat dihati orang bertanya, sekadar meringankan mulut berbual, tapi si penerima pula rasa kurang selesa. Saya pun masih juga jadi Cik Bedah dalam tak sedar. Tapi kita sama-sama perbaiki diri ya.


1. Satu lawan satu
Cara yang paling berkesan adalah bagi kad jemputan berdua dengan dia. Maksudnya, bagi kad hanya untuk dia sorang. Saya perasan, kalau saya bagi kad serentak pada dua orang, salah seorang akan ada masa berfikir nak tanya soalan, ketika saya menjawab soalan sorang lagi. Maka, mula la soalan macam "honeymoon berapa lama", "wang hantaran berapa", "bakal suami kerja kat mana" semua ditanya. Kalau kita bagi kad sorang-sorang, dia cuma akan sempat tanya, majlis di mana dan bila. Jadi soalan-soalan yang tak memenuhi piawaian bakal pengantin tidak sempat otaknya proses. hehe

2. Kejutan
Bagi kad ketika dia tak menjangkakan. Jangan la telefon dulu, bagitau nak hantar kad jemputan. Pasti dia sudah fikir nak tanya apa. Datang kubikel orang tersebut, terus sahaja bagi kad. Pasti dia pun tak sempat bertanya apa-apa selain tarikh dan tempat majlis.

3. Mulakan perbualan
Perkara lain, ketika serahkan kad jemputan, terus terangkan majlis di mana, bila. Mesti penerima tak sempat bertanya apa-apa pasal semua yang perlu ditanya telah dijawab. Pastikan minta diri cepat-cepat dengan alasan perlu edarkan kad lagi.

4. Datang, Letak dan Lari
Ini alternatif terakhir. Kalau mahu elak daripada ditanya itu dan ini, letak kad jemputan siap-siap di meja jemputan. Kemudian lari~~ Hihi.. Tapi ingat, susuli dengan emel pemberitahuan. Teknik ni juga sesuai, kalau kita nak jemput spesifik tetamu. Kadang-kadang, ada situasi kita rapat dengan A, tapi B yang duduk disebelah A, kita kurang bergaul. Jadi untuk elakkan situasi aneh ketika menghantar kad, gunakan teknik ini.

5. Hanya yang dijemput
Jangan sesekali bagi kad ikut jabatan atau bahagian. Ada risiko daripada segi jumlah tetamu. Kita sendiri tak dapat anggarkan bilangan tetamu daripada jabatan tu yang akan hadir. D hari tu pernah nak cadangkan nak letak kad jemputan di notice board pejabat dia, terus la saya bangkang. Kita jemput spesifik orang, memudahkan diri sendiri nak anggarkan tetamu. Kalau kes kad tak cukup, emel kan ada. Lebih personal daripada letak di notice board, ntah siapa yang akan baca, nanti haru jadinya.


Itu la lima tips yang saya perasan daripada pengamatan saya sepanjang proses mengedarkan kad jemputan. Tapi, bersedia la, kadang-kadang, kalau terjumpa orang-orang ni diluar, mereka masih sempat akan bertanya tentang itu dan ini tentang majlis kita. Bersedia sahaja la ye daripada mental dan emosi. Cuma kita sebagai bakal pengantin, cuma kena beringat, bukan hari-hari orang nak tanya kita soalan macam tu. Dah kahwin nanti, tiada siapa dah nak amik tahu. Hihi. Jadi, enjoy sahaja saat ini ok? Stress sifar!




19 Oktober 2010



29 September, 2010

31 Hari Lagi



Salam dan hai

1. Kad jemputan
30% sudah dihantar, lagi 70% belum lagi. Tetamu jemputan nikah, asingkan dengan letakkan
wax seal tu. Kelakar bila ada kawan-kawan yang takut nak buka pasal takut terkoyakkan wax seal tu. Ada orang tu kata (baru aku tauuuu, ko baca senyap-senyap ye blog haaaku! ;p ) "aku takut nak buka ni pasal aku tau banyak effort ko buat untuk benda ni". Reaksi lain "Huuish, apa ni?", "Ni nak buka kad macam mana?", "Aku bukak kat tepi sampul la", "Aku takmo buka. Takpa pasal dah tau tempat". Sukati korang~

Masa berhari raya minggu lepas, dapat kad jemputan daripada kawan sekolah. Tertera ini


Saya kata kat D, "Dia silap tulis ke?". Ooh rupanya dia kahwin selepas majlis kami. Hehe. Kali pertama dapat kad macam ini. Melangkaui waktu. InsyaAllah, harap semuanya selamat.

Iklan: Kentang sesuai dimakan dengan apa sahaja, termasuk nasi ayam.



2. Lagu tema potong kek
Sebenarnya, tiada rancangan nak buat lagu khas mengiringi masa potong kek. Tapi semalam abang saya SMS, suruh saya dengar satu lagu ni, sesuai untuk majlis kahwin saya. Bila saya dengar betul-betul liriknya, tiba-tiba rasa nak nangis depan komputer. Tak tahu kerana terharu atau pasal saya demam semalam. Motif tidak diketahui. Jadi, terus rasa nak jadikan lagu tu mengiringi upacara tersebut. Thanks Am! Lagu apa, tunggu hari majlis ya?

3. Gula-gula si cilik
Menggunakan idea dalam majlis abang saya yang dulu. Pakai sahaja bungkusan macam ini. Jimat sangat! Dapat kurang kos pada pembungkus, lebihkan sikit pada bahagian dalamnya.


Semalam MC tapi sempat singgah Balakong beli pembungkus ni. RM7.00/ sepeket yang ada 100 pembungkus. Saya beli dalam 3 peket. Mudah dan murah. Saya pilih warna keemasan. Gula-gula ayah dah beli minggu lepas. Pasal tu nak sudahkan cepat-cepat. Boleh teruskan dengan perkara lain.



Dah siap lebih kurang 170+ buah tangan. Bakinya boleh sambung hari ini, buat bersama K.Rina dan Icik.


Kami cuma sediakan 300 buah tangan tangan untuk tetamu cilik ni. Rasanya petang ni atau esok insyaAllah dah siap. Bungkus dan letak ubat semut mengelilingi kotak. Siap.




Itu sahaja kot kemas kini persiapan.

Mood: Semakin hari semakin malas.


29 September 2010

E-Kad Tangkap Muat Kami


Salam dan hai

Pemberitahuan 1: tadi saya private kan blog saya. Ada la dalam 5 minit (ok tipu. ada la hampir setengah jam). Pasal nak tukar layout. Tapi jadi ngeri gila, layout entah tercampak kat mana-mana, blog list tepi semua hilang. Jadi saya pakai semula layout lama. Haha. Harap hal private tadi tu tak bagi kejutan pada mana-mana pihak.

Pemberitahuan 2: Terima kasih untuk yang menegur kesilapan maklumat pada kad saya! terima kasih-- tu tanda orang gatal nak kawin, cuma ingat hari Sabtu aja. haha. Sudah saya betulkan. Macam mana la kerja editor boleh tak perasan typo macam tu.


Mempersembahkan: Ekad tangkap muat kami (yang telah melalui beberapa 'pembedahan' pembetulan. Terima kasih untuk emel korang)



Dah nama pun tangkap muat, takda nak letak fancy-fancy font ke, ornament dasyat-dasyat. Tak de nak tengok allignment betul ke tak.

Yang penting --ada nama bakal mempelai dan tarikh majlis. Peta kami kepilkan bersama dengan emel. Baik pakai yang original, puas dan senang nak tengok besar-besar. Saya tertinggal nak tulis waktu majlis pada awalnya. Nasib baik KukuPanjang bagitau saya yang saya tertinggal bahagian itu. Baru tambah.


Dah ada kenalan siber yang dah sampai kad jemputan ya? Jemput datang ye.. InsyaAllah kalau tiada aral, kita berjumpa.


Mood: Masih malas + tekanan di pejabat = hilang fokus + tua sebelum waktunya.


29 September 2010

28 September, 2010

Intai: E-kad Kami



Salam dan hai

Intai sedikit e-kad saya.



Baru mula reka dan siap semalam dan pagi ni terus emel pada mereka yang nakkan e-kad. Tak ramai rasanya, ada dalam empat orang sahaja.

Ikutkan boleh sahaja hantar soft copy yang LH emelkan, tapi saje nak rasa mereka e-kad sendiri. Tak da la cantik gila, letak kat blog pun buat malu aja. haha. Tapi pasal hasil kerja sendiri, jadi rasa tetap istimewa dihati saya.

Tema, masih kekalkan damask dan warna kuning. Cuma e-kad ni tak formal. Tiada ayat bunga-bunga. Terus terjah kepada maksud.

Nanti saya pos e-kad saya macam mana. Tapi hari ni, keistimewaan kita kasi pada empat orang ni dulu ya; June, Kuku Panjang, Ai Ann dan Hasila Sapiri.



28 September 2010

22 September, 2010

Intai: Kad Jemputan



Salam dan hai

InsyaAllah, dalam minggu ini saya akan mulakan operasi mengedar kad jemputan pakai tangan untuk kawan-kawan setaman. Untuk aktiviti mengepos kad-kad jemputan, saya mulakan minggu hadapan. Pada siapa yang dah terima kad saya, jemput datang pada hari majlis InsyaAllah.

Drama kad kahwin saya ni, boleh dikatakan hampir tiada. Semuanya OK alhamdulillah. Kecuali kes saya silap letak GPS haha

Cuma pada fasa mencari rekaan dan proses draft tu, memang la ada ding-dong sikit
[
post disini] [post disini] [post disini] [post disini] [post disini]

Satu-satunya drama berlaku bila orang printer, print kad lebih 1,000 [
post disini] Mungkin rezeki. Mungkin Allah tau yang saya akan buat silap dalam pemilihan riben.

Riben ni memang memainkan peranan penting dalam kad jemputan saya ni. Bukan sekadar hiasan. Riben ni yang pegangkan kad jemputan ni. Saya siap gamkan bow tu pasal takut tercicir.

Kita semua melalui proses cuba-cuba dan hasil percubaan pertama saya: Kurang cantik (Maaf watermark gila buruk pasal masa ni malas nak tukar font dan malas nak adjust.. Haha.Tak apa. Nanti korang dapat kad, korang snap gambar molek-molek. Jangan ikut saya ;p)


Saya dah buat hampir 30 keping kad pakai riben ini. Lepas tengok esok harinya, rasa macam ada sesuatu tak kena, tapi tak dapat nak pastikan apa. Jadi, terus tanya pendapat beberapa kawan rapat. Lepas masing-masing kasi pendapat, saya pun tukar kepada riben organza pula.



Hasil lebih baik daripada hasil pertama--Walau r
iben ni mengingatkan saya kepada riben Minnie Mouse

Perbandingan antara keduanya


Sekian, nantikan kehadiran kad jemputan yang serba sederhana ini ya?! Kecik benar, jadi hati-hati takut terselit bawah tempat duduk kereta ke apa ke *ha jangan gelak. Ini kisah benar. Jari jemari ku gigih nak keluarkan kad yang terselit kat bawah tempat duduk. 10cm x 14cm aje besarnya. Kalau ada riben tersenget sikit, fahami la, sesungguhnya saya sorang menggamkan kad, pastinya ada yang terlepas pandang.


Oh ya, idea asal kad ni, saya adaptasi daripada idea kad kawan UiTM saya. Saya memang suka kad dia. Simple dan comel. Jadi saya pun minta kebenaran dia nak guna rekaan yang hampir sama. Cuma idea riben ikat dibahagian atas kad, orang LH yang cadangkan. Kad kawan saya, ribennya mengelilingi kad. Kad kawan saya bewarna, tapi kami punya hitam putih, untuk kurangkan kos. Jadi, kami pilih riben warna kuning, sebagai selitan warna tema majlis nanti.

Baki kad yang lebih tu, cadangnya, mahu buat centerpiece untuk meja tetamu. Nanti siap satu contoh, saya masukkan ya. Tungggguuu! Centerpiece jimat lagi menjimatkan *hihi

Sudah boleh mula edarkan kad--dimulai dengan Laling!!



22 September 2010

21 September, 2010

Jemputan Menerusi Facebook



Salam dan hai

Na'ilah teruja nampaknya bila saya bagitau dia, saya nak buka event dalam Facebook. Siap dia "yeay" lagi.

Percubaan pertama: gagal.

Walau berjaya buat, tapi ada pulak senarai tetamu kat belah kiri tu. Saya tak mahu memperlihatkan senarai tetamu. Biar saya seorang sahaja tahu siapa datang, siapa tak dapat datang.

Nasib si
Bakal Puan T, walaupun tak buka event di Facebook, dia tahu selok belok untuk realisasikan matlamat saya!

Akhirnya berjaya juga!

Terima kasih B.P.T!



Senarai Semak

Masukkan event dalam Facebook -- DONE



21 September 2010

11 September, 2010

Senarai Tetamu Siber



Bloggers/ silent readers, tolong semak nama kamu buat kali terakhir, tak kisah sama ada kamu nak e-kad atau kad. Buat masa ini, sudah dua nama saya terlepas pandang. Nasib diberitahu. *maaf. InsyaAllah, semua kad saya akan hantar secara pukal. Stem, kata pejabat pos 70 sen, harap betul la. Ngeri kalau tiba-tiba penerima kena bayar baki yang tak cukup!


Warna ungu, saya baru kemas kini

Amelyn
An
Ai Ann
Anis
Ainey Suryany
Asna Cute
Bai
Belle
Elyaelmo
Fazlina Rosli
Hamizah Samad
Hana Yoriee
Harzharun
Hasilah
Hasril Husni
Hazlynda
Ikey
Jaja Butterfly
June

Kay kamal
Kuku Panjang
Lala
Masniza
Mieza Isa
Mysarah
Myra
Nadira
Nora aira
Noorhana
Norfarasila
Norhafizah
Nor Shakina Farhan
Nurhidayah
Nurnasrah
Nur Mazni
Nur Hidayah
Nur Hidayah Jamaludin
Nur Iryani
Nurul Ain
Nurul Farihah
Nurul Nazreena
Nyomel
Rohaya
Sabrina
Syazana Aqilah
Syazwani
Suhaida
Siti Arnizah
Siti Khadijah
Qaseh Qidzizie
Qistin

Kalau ada emel yang saya terlepas pandang, tolong maklumkan. Kadang-kadang emel yang masuk bertindih dengan emel yang minta fail excel untuk belanjawan dan tentatif program. Jadi mungkin saya terlepas pandang.

Terima kasih

Nota 1: Post ini juga telah saya setkan, tiada komen boleh ditulis. Boleh emel saya untuk apa-apa perkara berbangkit ya?
Nota 2: Selepas/ Pada 21 September, semua jemputan saya akan hantar menggunakan e-kad sahaja. Harap maklum.




24 August, 2010

67 Hari Lagi



Salam dan hai

67 Hari lagi menjelang majlis kami InsyaAllah.

Status saya (tiada idea nak karang panjang-panjang, cuma letak gambar sahaja)

1. Corsage atau Rozek atau Boutonniere (atau apa sahaja nama ia)

Siap buat 20 set. Tinggal lagi 4 set belum bersentuh, ni khas untuk ibu ayah pengantin. Masih belum ada idea jadi tunggu dahulu. Buat masa sekarang, teruskan dulu operasi nak lilit dengan riben dan gamkan pin dibelakang rozek ni (pin belum beli. Macam mana boleh terlupa!)

Pandai kan D pilihkan bunga :D

2. Kad kahwin
Kad untuk belah D yang siap lengkap, sudah 60%. Lagi 40% harap dapat diselesaikan minggu ini juga pasal cuma tinggal nak gamkan dan bakar hujung riben sahaja lagi. Kad belah saya, 50 keping yang urgent untuk diberi masa balik kampung beraya, sudah siap. Baki boleh disiapkan dengan tenang.



3. Misi Sulit RS (Raja Sehari) VI
Siap! Hasil gagal =10 keping. Hasil lulus=10 keping.
Cemerlang (iye la tu)



4. Buah tangan meja beradap
Bekas tembaga dah beli dulu. Idea pun memang dah ada, cuma nak jalankan operasi sahaja. Saya dah potong siap-siap ukuran kain organza dan panjang riben yang diperlukan. Jadi insyaAllah, sehari sebelum majlis sanding, kakak ipar saya cuma teruskan lagi 50% kerja.


Telur tu telur hidup. Haha. Pegang dengan penuh berhati-hati saya! Hari majlis nanti InsyaAllah akan pakai telur pindang *jeling ayah.

5. Hantaran
Barang-barang hantaran semua sudah selesai alhamdulillah.. kecuali manisan dan sirih junjung. Ok. Lega. (tapi tak ingat simpan kat mana.. mana ye barang-barang tu saya letak~)

Misi jangka panjang: Mahu siapkan projek DIY sebelum raya. Agar raya saya akan lebih menyeronokkan tanpa perlu fikir hal persiapan kahwin langsung! Kena bekerja dengan tekun untuk tempoh dua minggu ni!


Nota:Buat yang bertanya, Misi Sulit saya hanya cukup sampai 10 misi sahaja. 6 sudah dicoretkan, lagi 4 misi. Tak banyak mana pun :D


Selamat berpuasa ya!



24 Ogos 2010



14 August, 2010

Rehat Sabtu



Salam dan hai

Hari ni saya tak sentuh pun DIY kad kahwin saya. Saya mahu rehat dulu daripada hanya tengok riben-gam-kad.

Lagipun 'pasukan bantuan' yang tiba
Jumaat lepas, dah sangat-sangat banyak membantu!





Yang penting--Memang kerjasama! Dah booking khidmat mereka lagi untuk minggu depan. Suka suka!

Pagi tadi sempat jumpa D. Temankan dia untuk urusan Tabung Haji (Tipu aje, sebenarnya saya yang ngedik nak temankan dia. Dia tak kisah pun). Kemudian, kami ke kedai kahwin -- dan terus dapat idea baru untuk Misi Sulit seterusnya!

Juadah berbuka cuba resepi ayam goreng berempah.Kombinasi lauk yang serba tak kena, tapi kena pada perut.



Saya paling suka hujung minggu, mesti akan makan kat lantai pasal ahli keluarga dah ramai. Macam makan ramai-ramai kat kampung!


Abang-abang saya kata, tahun depan puasa dah tambah lagi satu pinggan ;D -- Untuk D.

InsyaAllah (yeay!)



14 Ogos 2010


13 August, 2010

40.5% Lagi



Salam dan hai

Juadah berbuka puasa semalam--masak nasi tomato. Lauk, bantai sahaja dengan rendang, dendeng, salad dan acar. Tak tau la betul ke tak kumpulan hidangan nasi tomato ni, tapi bantai sahaja. Asal selera.

Sikit kan saya amik nasi? Kata nak diet nasi ;p Ikut diet 1 sudu makan nasi sahaja.



Ok, cukup hal juadah berbuka semalam.

Kemas kini persiapan majlis: Masih gigih ikat riben.

Kad dah siap: 29%
Kad dah siap tapi belum gamkan riben & bakar hujung riben: 22.5%
Kad reject pasal riben dah gam tapi tak cantik: 8%
Kad belum diletak riben: 40.5%


Kad dalam kotak ni, bahagian D. Asingkan siap-siap

Walau persiapan kad macam siput, tapi syukur juga, sekurangnya sudah makin pantas disiapkan. Tambah-tambah lagi, bila ada 'tangan-tangan halus' yang sudi menolong walau saya segan sangat susahkan orang.

Mekacih Nailah & K.Nadzrah!

Hari ni hari Jumaat. Rehat tengah hari 2 jam. Mungkin lagi banyak boleh disiapkan, InsyaAllah! Hujung minggu, baru boleh gamkan kad-kad tu serentak.



Nota: Masih mencari deko apa yang boleh dibuat dengan kad yang berbaki banyak ni. Barangkali nak dijadikan centerpiece. Sesiapa ada idea lain?




13 Ogos 2010



07 August, 2010

Sikit-sikit, Lama-lama akan Selesai


Salam dan hai

Jumaat lepas, sanggup saya gunakan masa rehat 2 jam hari Jumaat, untuk gunting riben kad kat surau. Nasib cuma ada sorang aje di surau, jadi tak segan sangat.



Sambung semula di rumah.



Akhirnya, selesai juga potong riben. Yang satu tu, saya tinggalkan dulu pasal warna ribennya berbeza. Stok riben saya nak dah habis kat kedai. Jadi, beli warna lain yang paling dekat.


Penuh satu paper bag dengan riben yang masih belum dijadikan bow.


Adik saya menolong, tapi tahan 5 minit sahaja. Lepas tu, dia terus tertidur. Bagus sangat *geram


Selepas beberapa jam menggunting riben ikut panjang, selepas berjam-jam ikat riben jadi bow ---takde yang lebih puas hati, bila tengok hasil riben yang dah siap!


Iye, memang saya akui kalau buat dengan kawan-kawan, lebih cepat habis. Tapi hujung minggu macam ni, kawan-kawan mesti dah ada rancangan masing-masing. Jadi tak patut la saya dan kad saya ni, menjadi penghalang pula. Lagipun, majlis lambat lagi.

Tak kisah macam mana ia bermula, tapi yang penting, macam mana ia berakhir. Kan?

Sikit-sikit, lama-lama akan selesai juga.

Lepas ni, boleh mulakan operasi gam riben kat kad pula. Nampak gaya, mungkin minggu depan pun InsyaAllah boleh siapkan 1,000+ kad.

Aja aja fighting!!



7 Ogos 2010

04 August, 2010

87 Hari Lagi



Salam dan hai

Status saya: Gigih ikat riben pada kad jemputan


Siap 30 keping. Tinggal lagi.. erm.. erm.. 970 keping kad *haha.

Takpe. Sikit-sikit, lama-lama nanti habis juga. Naknya dalam bulan puasa ni, rasanya tangan lagi pantas buat kot.

Bulan puasa InsyaAllah nanti nak mulakan operasi minta alamat rumah daripada B2B lain (.. Dan juga mantan B2B & silent reader --kena tulis nanti Zaa merajuk ;p) *yeay!

Petang ni nak buat HIV test. Kena siapkan borang kebenaran nikah dalam minggu ini InsyaAllah.



Gerak pantas, pantas!


4 Ogos 2010

01 August, 2010

Drama Mengejut Kad Jemputan Saya



Salam dan hai

Semalam, saya jadi penaggah. Cuma kali ni, tugasan kurang sikit berbanding masa majlis abang saya dulu. Dalam majlis anak kawan ibu saya ni, saya cuma jaga flow ketibaan pengantin, sampai la selesai upacara potong kek. Jadi senang sikit.

Ada terkurang sana sini sikit. Tapi teruskan sahaja.

Tiada gambar sempat diambil kecuali gambar anak buah yang comel ini, latar belakangnya pelamin bertema warna peach atau dalam bahasa melayu, warna oren lemak ketam.



Selesai saja tugasan saya petang tu, terus ke LH Creative, untuk amik kad kahwin kami. Pasal tarikh nak amik kad kahwin pun, saya dan D boleh pulak nak gaduh-gaduh. Ok tipu, saya cari gaduh dan D cuma pertahankan diri sahaja *Sayang D.

Masa amik kad tadi, tiada pulaerasaan takut macam masa saya amik
baju nikah dulu.

Sampai LH Creative,tunggu kejap dalam hujan renyai-renyai di luar sana, baru kad diambil daripada kedai printer berdekatan.

Tak sangka, boleh pula tersenyum simpul tengok kad kahwin sendiri. Leka, sampaikan orang kedai tu tayang bunting kami depan-depan tu pun, kami boleh tak perasan. *malu

Angkut kotak semua masuk kereta, terus pecut balik rumah. Sampai rumah, teruja nak tengok semuanya betul-betul. Buka bunting, Ok boleh diterima. Walau warna latar belakang bunting sudah nampak macam hitam, sedangkan yang saya minta coklat, macam dalam
post ini Tapi, yang saya dapat macam kat bawah ni.



Masa untuk bertukar menjadi Bridezilla? Tidak. Takpe, tak kisah. Asal ejaan nama betul, sudah. Yang penting, saya nak tetamu nampak nama kami dengan jelas dan mudah, walau daripada jauh. Lepas majlis nanti, InsyaAllah, boleh potong dan bingkaikan terus.
Tips: Jangan sia-siakan bunting korang dengan mencampakkannya ke dalam stor. Baik korang bingkaikan elok-elok dan letak kat rumah--Sebagai reminder buat suami supaya jangan lupa tarikh kita kahwin

Riben kuning kat atas tu, akan digunakan untuk ikat kad kami.

Tiba masa nak buka semua kad tu. Bila saya buka kotak kad tu, tengok dapat ni lebihan 100 keping Kad! Alhamdulillah :D Sampul ada lebihan 30 keping. Tapi tak apa. Pasal sampul boleh beli murah dan banyak kat Pudu tu.

Lepas tu, saya tergerak hati nak kira jumlah kad jemputan pula. Asyik teringat beberapa post daripada B2B yang pernah ngadu, kad tak cukup dan ada yang sampul pula tak cukup. Kami tak terfikir nak periksa jumlah kad tu semua masa tu. Pasal rasa macam atas kepercayaan dan profesionalisme, kami tak periksa kat kedai tadi.

Mangsa tukang kira--adik saya! Jadi untuk pemeriksaan kualiti secara rawak-- Ambil satu pek dan kira semuanya, cukup jumlahnya 500 keping.


Argh! Sudah..

Belah saya cuma perlukan 500 keping sahaja. Kalau 1 pek ada 500 keping, pek dalam kotak ni ada---


3 pek!????!!!

500 kad x 4 pek= 2,000 keping.
Jumlah kad diperlukan = 1,000 keping
Jumlah kad berlebihan = 1,000 keping (+100 kad percuma)

Kesimpulannya: Orang printer dah salah print kad saya. Mereka terlebih print 1,000 keping. Tambah dengan kad percuma diberi, jumlah kad berlebihan 1,100 keping kad!

Dua ribu kad semuanya, pada harga seribu kad.

Saya tak tahu la salah siapa. Pasal masa saya dapat draft tu, saya dah tanya pada staff LH tu, kenapa tertera 2,000 keping pasal saya rasa, sepatutnya jumlah tertera 1,000 sahaja. Tapi dia terangkan dan saya faham, 2,000 tu jumlah 1,000 kad set 1 (muka depan kad dan peta) + 1,000 set 2 (jemputan daripada belah D dan saya), dan bukannya 2,000 setiap set. Jadi saya pun Ok, ikut sahaja cakap mereka. Saya cuma ubah jumlah sampul kad sahaja, kepada 1,000 keping.

Tup-tup, sekarang, saya dan D sudah 'bermandi' kan kad jemputan

Macam mana?

Ibu kata, anggap sahaja rezeki. Boleh la jemput semua tetamu pakai kad, tak perlukan e-kad ke apa ke. Lagipun, berdasarkan dua pengalaman majlis lepas, cuma 70% sahaja tetamu yang akan datang. Jadi baik jemput lebih.

Erm.. serius, tak terfikir perkara macam ni boleh terjadi pada kami, atau pada sesiapa sahaja.

Lebihan kad seribu keping, nak buat camna?

Nity suruh buat deko -- Ko semakin sinis sekarang!

Tak apa la, layan sahaja. Mungkin rezeki kawan-kawan dan B2B, dapat kad kahwin saya kan?

Nasib kad kami murah sahaja. Bayangkan kalau mereka tersilap print kad yang harga sampai RM10/ sekeping?!




1 Ogos 2010


29 July, 2010

Save The Date: Bila Waktu Nak Letak?


Salam dan hai

Dengan detik majlis berbaki 3 bulan saja dalam lagi ni, persoalan yang saya tengah fikir: Dah kena Save the Date kah?

Mulanya, rancang nak letak video Save The Date ni dalam pertengahan bulan 9 tapi bila baca post
Lynda,Belle , Zara dan beberapa B2B lain, buat terfikir juga-- Dah kena letak ke?

Video STD memang dah
lama siap (terima kasih Nity!) cuma tunggu tarikh sahaja untuk upload dalam FB dan blog.

Tapi, kalau saya letak sekarang, tidak kah terlalu awal? Ia la, kita cuma merancang, Allah yang Esa menentukan. Takut-takut, ada dugaan, ada cabaran, kita tak tau kan? Tapi saya doa, InsyaAllah, harap semuanya selamat.

Tapi kalau tak letak sekarang, kawan-kawan ramai dah dok tanya, bila mereka nak RSVP. Dah banyak kali kena tanya ni. Walaupun tarikh saya bukan tarikh panas atau cuti sekolah, tetap bahangnya terasa juga.

Macam mana ya? Kebiasaan yang B2B tengok daripada blog B2B yang lain, mereka letak seawal bila?

Bercakap tentang video Save The Date saya ni, kad jemputan saya pun alhamdulillah sudah siap, cuma tunggu diambil sahaja daripada kedai. Harap sangat D akan cuti esok, jadi boleh la kami pergi amik kad tu, tapi nampak gayanya D macam nak amik hari Ahad nanti aje *marah marah!

Sabtu ni kena jadi penanggah. Kena jadi floor manager (nama nak gempak lagi, tapi sebenarnya cuma orang suruhan) untuk majlis kahwin anak kawan ibu. Tapi budaknya, tak datang-datang jumpa saya lagi, bincang apa yang dia nak, apa dia nye rancangan. Haiish! InsyaAllah kalau sempat saya amik gambar, saya akan ulas majlis ya?




29 Julai 2010

27 July, 2010

Hal Remeh


Salam dan hai

Saya nak balas emel pertanyaan secara pukal ya--berkenaan akaun FB saya. Ada beberapa reader yang bertanyakan emel saya pasal mereka nak cari saya di FB.

Tapi, maaf ya.

Saya memang khaskan akaun FB hanya untuk keluarga dan kawan-kawan yang kenal saya dalam hidupan harian. Bukan di alam maya. Isu sombong bukan penyebab, tapi saya putuskan atas sebab peribadi. Saya mahukan kehidupan peribadi saya, kekal peribadi. Itu sahaja.

Saya bukanla 'orang ada-ada' yang perlu diketahui setiap pergerakan, apa yang saya pakai, ke mana saya telah pergi, apa yang saya fikir.

Boleh jadi, saya seorang yang canggung dan membosankan, baik di emel atau chat. Tak rugi pun tiada saya alam senarai kawan korang. Album pun tak sampai 5, dan setiap album pun, gambar tak lebih daripada 30 keping. Kawan cuma dalam 200 sahaja, tu pun masih rajin nak delete. Kemudian, suka untagged diri sendiri daripada gambar merepek-repek.

Erm... maybe i'm socially retarded.

Tapi, serius, tak rugi pun takde saya.

OK, kembali tentang persiapan majlis saya.

1. Kad sudah siap dan boleh diambil! alhamdulillah. Tapi perasaan malas datang. Rasanya hari Ahad ni kot baru pergi pasal Sabtu tu kena jadi penaggah majlis kahwin.

2. Saya terjumpa gambar-gambar ni dalam laman heatherkincaid.com (Sangat suka tengok gambar-gambar dalam laman ni. Cantik-cantik!)

Nampak gambar kasut ni dan berharap kasut ni boleh ditarik keluar daripada monitor! Tengok tapak kasut yang bewarna pink terang tu!


Stoking ni adakah sesuai untuk D??


OK, lupakan sahaja niat.

Kadang-kadang koordinasi warna yang remeh ni, tak perlu sangat nak tekankan! Nanti, kita yang tertekan.

Cukup la, nak abadikan post ni dalam memori. Hihi


Terkini: baru dapat emel daripada BFF yang merangkap WP saya nanti. Dia sudah mula naik 'sheikh' pasal saya masih rilek-rilek sedangkan hari dah dekat. hahaha. Dia dah bagi senarai apa yang saya kena buat *aku malas la Nity! tau tak aku ni pemalas!*, rancang perjalanan waktu majlis saya, dan perkara-perkara lain (serius, kalau korang rasa saya detail, dia lebih detail gila babi) Memang semua itu perlu, tambahan dengan tenaga kerja yang sejemput aje daripada pihak saya. Jadi memang kena merancang betul-betul. Iye, iye nanti aku buat ye senarai tu Nity. Love *hugs!


27 Julai 2010

13 July, 2010

Idea Selain Riben



Salam dan hai

Rasanya, macam sudah beberapa kali juga saya ada sebut kat sini, yang kad kahwin saya kena diikat, pasal ianya dua kertas yang tak bergam.

Saya google untuk imej-imej kad yang pakai riben. Nak cari idea untuk jenis riben apa yang sesuai.

Memang jumpa beberapa contoh, macam kat bawah ni.


Lompat punya lompat, termasuk pula dalam
website yang ini

Oh, rupanya ada banyak lagi idea, selain daripada pakai riben.


Boleh baca lebih lanjut
di sini.

Entah macam mana, tiba-tiba ada bisikan pula "Entah-entah, kad aku ni orang kedai ni lupa nak tebuk??!! "

Fuuh! Fuuh!!


13 Julai 2010



10 July, 2010

3 Bulan, 2 Minggu, 6 Hari


Salam dan hai

Tajuk post ni dah menunjukkan yang post ni hanya post kemas kini persiapan saya.

1. Kad Kahwin
Sudah sign off dah LH sudah hantar ke kilang untuk print. Mungkin dalam minggu depan sudah boleh dapat. Ada sedikit perkara kecil yang saya tak perasan, tapi terlambat untuk betulkan. Tapi tak apa. Abaikan. Tak berbaloi untuk buat saya tertekan pun *tipu, sedangkan tadi lepas perasan, gila tak de mood. tapi nasib baik jumpa cadar katil cantik. Terus beli dan mood OK kemballi* Kemudian baru sesi mengikat riben dan rasanya hal remeh dan teliti macam ni, sesuai buat dengan ibu. Nanti kad yang sudah beriben, baru bagi kat D. Anggaran masa sehingga akhir bulan ni--paling lewat.

2. Set cadar katil pengantin
Cadar katil biasa sahaja tapi rasanya sesuai nak digunakan untuk bilik tidur saya nanti. Saya memang tak berminat dalam hal bilik pengantin ni. Tapi untuk ibu, layankan aja. Ibu dah pesan, cari cadar katil yang dibuat daripada cotton 100% kalau boleh. Sudah risik harga dengan kawan-kawan yang dah berkahwin, memang kena tunggu ada sale, baru la dapat dalam kadar RM200 cam tu untuk design yang cantik. Jadi masa singgah ke Parkson, berkenan dengan satu design, warna pink *geli gila tapi itu sahaja yang sesuai dengan warna cat dinding dan design cantik* harga dalam budget, jadi terus sambar. Selesai. Dapat pulak free gift comel ni dua!


3. Barang kemas untuk hantaran
Sudah amik! Cantik. Saya suka *senyum lebar. tapi ruang untuk engrave di cincin tu terlalu kecil pulak. Kang buat rugi nak engrave. Tapi bagi juga, cuma buat singkatan nama "D & B" sahaja. Tapi cincin merisik hari tu, pun kami amik keputusan nak engrave. Yang tu, tulis nama kami *mode suka. Tapi minggu depan baru boleh amik. Haiih. Jadi, bawa balik dulu gelang.

4. Baju untuk famili
Baru amik baju ibu untuk majlis saya daripada tailor. Baju kurung biasa sahaja. Ibu memang seorang yang simple. Tapi asal dia suka, saya pun suka. Ayah punya baju dah lama amik, daripada bulan 3 hari tu pun dah siap. Baju untuk abang saya yang kedua, k.Rina cakap dah hantar kat Kimie Kajang. K.Ana, Awi dah dapat terima tak kena pakai baju warna pink?? *gelak guling

5. Siling baru

Terima kasih untuk pembetulan ejaan *mod malas nak semak ejaan hihi**. Ayah nak juga renovate siling bilik saya, jadi layankan sahaja. InsyaAllah, kerja bermula 17hb, nanti katil lama saya dikeluarkan dan selepas selesai kerja renovate tu, saya tidur di atas tilam sahaja. Huhu, berlapikkan tilam, tidur di atas lantai. Pasal terlalu awal nak pasang katil baru. Semuanya selepas raya, baru katil dipasang.

6. Kemas kini lagi
Kemas kini lagi belanjawan dan tentatif perjalanan kami. Sekarang, semuanya saya simpan dalam pendrive ni. Huu, sunguh cepat masa berlalu!


7. Video Save the Date
OK, lega !! Alhamdulillah, sudah selesai! Terima kasih Nity datang tolong aku *hugs & kisses. Sabar ye B2B, nanti sebulan sebelum majlis, InsyaAllah saya akan masukkan.



Ok, sekian sahaja kemas kini hujung minggu.

Sangat penat dan terhidrat!



10 Julai 2010

08 July, 2010

3 Bulan, 3 Minggu, 1 Hari



Salam dan hai

Erm. Mata memang sakit, tapi masa nak tulis blog, tau sahaja tak sakit *hihi

Tapi post kali ni jatuh dalam kategori syok sendiri, pasal saya cuma nak buat kemas kini persiapan saya. Saya rasa nak namakan setiap post saya yang saya buat untuk kemas kini persiapan saya--berdasarkan jumlah hari yang tinggal sebelum majlis kami InsyaAllah.

Nota: Saya tulis disini sebagai kenangan saya selepas majlis kami nanti InsyaAllah. Harap penulisan saya lebih menjurus ke arah itu, dan bukannya untuk berlagak ke atau menunjuk-nunjuk.

1.Senarai tetamu


Alhamdulillah. Sudah selesai menaip senarai tetamu ayah. Yang masih tinggal tu, ibu kata tak perlu sticker pasal cukup setakat tulis nama sahaja pasal nak kasi pakai tangan. Kat bawah ni gambar kertas stickernya. Memudahkan kerja, tak perlu gam lagi, tak perlu gunting. Cuma tanggalkan saja.


Senarai kawan-kawan sekolah dan pejabat saya dan D, buat peringkat pertama, sudah siap ditaip. Yang tinggal, kawan-kawan yang kami kena pos kad kahwin. Jadi untuk itu, masih dapat proses mencari alamat rumah diorang.

2. Bantal hantaran

Oh, saya memang sangat suka bantal hantaran saya! Bukan la kerana secantik, segebu macam bantal hantaran Arma, tapi mungkin pasal DIY pertama yang berjaya--walaupun bukan saya yang buat. Terima kasih ibu! Ibu buat daripada 0. Daripada gamkan span, jahitkan sarung bantal. Memang kerja yang amat leceh, tapi perlukan ketekunan macam Ibu. Nasib juga ada tutorial daripada Amirul Syafique. Sudah siap 9 bantal semuanya alhamdulillah. Ibu nak teruskan dengan projek jahit langsir dia pula, sebelum ke projek bantal nikah saya selepas raya. Nampaknya ibu monopoli projek DIY semua! Ibu hebat!

3. Kad Kahwin

Alhamdulillah, sudah boleh tarik nafas lega dengan draft kad kahwin dan bunting saya. Tengok daripada bunting ni, dah dapat agak kan kad saya pun memang simple. Menerapkan tema yang sama. Terima kasih pada Yatie LH Creative ni. Melayan email saya, hantar draft tiga kali (post ini dan yang ini), sampai saya puas hati. Nampak efisyen LH ni, rasanya sebelum akhir bulan ni pun InsyaAllah sudah boleh dapat kad kahwin dan boleh teruskan misi mengikat kad dengan riben pula.


Gambar atas ni, bunting majlis kami. Sangat simple, tiada gambar apa. Sekadar tulisan nama kami besar-besar dan jelas-jelas, supaya senang tetamu nak nampak. Gambar pun memang tak mahu letak. Ada sebabnya. Nanti selepas majlis, saya akan kongsi kenapa saya buat bunting kahwin simple yang amat macam ni, InsyaAllah. Hujung minggu ni nak ke LH Creative, nak terus sign-off dan double check dengan staff tentang bilangan kad kami.

4. Kek hantaran
Ayah daripada bulan lepas suruh saya kasi gambar kek fondant yang saya nak, jadi dia boleh kasi kepada kawan dia untuk buatkan. Tapi saya selalu lupa pasal saya malas. Hari ni baru teringat nak kasi. Saya nak kek simple macam ni aje, tak perlu warna apa-apa pada badan kek. Tapi saya ingat nak buat permintaan, minta dia sapukan glitter kat corak kek tu (saya suka kilat-kilat). Tapi tengok la macam mana hasilnya. Permintaan dan harapan saya tak tinggi melangit pun. Asal ada.

Sumber: Google images

5. Tudung nikah
Tudung nikah hari tu sudah cari di Ariani. Tapi mereka tiada stok untuk tudung putih kosong. (Diorang ni sorok stok tudung putih plain ke apa!) Tudung putih banyak gila manik diorang ada. Jadi saya rasa, saya akan beli online sahaja. Buat masa ini, semuanya sudah berjalan. Dalam dua minggu lagi, baru saya boleh hubungi puan tu untuk bertanyakan khabar tudung saya. Rasanya, tak sukar mana kot pasal saya cuma nak tudung yang simple, tiada langsung manik walau sebutir.

6. Post atau Pre honeymoon

Ni memang pembelian mengada-ngada, selepas pembelian yang pertama dulu. Voucher daripada Cyberview Lodge lagi, tapi kali ni untuk pakej 2 hari 1 malam, beserta beberapa layanan lain tapi tak boleh tulis di sini. Nanti staf HR cekik saya! Hihi. Selepas majlis, harus la berehat di spa sambil diurut. Wah.. segar segar!


7. Barang kemas hantaran
Alhamdulillah. Sudah dapat panggilan telefon daripada staff kedai tu, bagitau barang kemas sudah boleh diambil hujung minggu ni. Sempat bertanya pada dia, kalau nak engrave, boleh ke tak. Dia kata boleh, tapi kena bayaran RM30. RM30 pun RM30 la, asal dapat engrave. Baik Laling, aku ingat pesanan ko, engrave pakai style italic. Noted! Thanks Laling@

7. Bunga pahar
Dalam post saya yang ini,saya ada bagitau yang saya perlu fikirkan idea lain untuk ganti tempat tingkat bunga rampai yang saya pernah pakai masa majlis abang saya dulu. Sudah dapat jawapannya dan bukan saya yang bagi. Tapi ayah ibu yang fikirkan. Untuk majlis kami, insyaAllah semua tetamu memang kami akan bagi kek. Ayah memang nak buat telur pindang tapi tak semua orang suka rasa telur pindang. Jadi pilihan pada tetamu yang suka telur pindang, ayah ibu nak cari pasu untuk bunga pahar, diletak kat tempat yang sama masa bunga rampai dulu. Kalau tetamu nak amik, terus sahaja amik. Saya pernah nampak orang buat macam tu kat majlis kawan ibu. Jadi pakai idea yang sama.

Tapi idea ayah ibu mati kat situ sahaja pasal tak tau macam mana nak buat pasu bunga pahar tu-- sehingga la semalam, masa kami berjalan ke Nilai 3. Mata sahaja sakit, kaki tak * senyum. Ayah ternampak kedai yang buat contoh set bunga pahar yang ayah nak, terus ayah terjah.



Ni sesi penerangan orang kedai kepada ayah, tentang macam mana nak buat. Rupanya amat la senang!! Beli/ guna pasu yang bersesuaian tinggi, masukkan polisterin yang bulat tu. Jumlah polisterin bergantung tinggi mana kita nak. Kemudian balut dan lilit dengan dawai untuk kukuhkan kedudukan polisterin tu semua. Kemudian, cucuk!!

Gambar ni ada kena mengena dengan rancangan bunga pahar kami. Siapa dapat teka, memang hebat!


8. Majlis nikah
Ingat tak, dulu saya pernah post berkenaan karpet bulu kucing idaman saya tu? Saya mencarinya di Nilai 3 semalam. Misi gagal. Tapi saya berkenan pula satu karpet warna merah jambu! Besar juga, rasanya boleh muat dua bantal nikah. Saya suka pasal karpet pink semua, tanpa ada warna lain. Ringan pun iye, mudah untuk dibawa ke masjid.

Terus lupakan angan karpet bulu kucing tu. Terus amik yang pink ini. Ni idea ibu juga. Selepas difikir-fikir, hantaran D pada saya bunga warna pink InsyaAllah, saya kepada dia bunga warna merah hati. Jadi karpet kami warna pink, bantal nikah warna maroon. Rasanya kami yang serba putih ni, akan timbul di tengah-tengah karpet tu--membayangkan. Lantak! Aku kahwin, takde nya tok kadi nak tengok karpet aku tu match ke tak dengan bantal nikah! Sengal~ Ok, Lepas ayah tawar, dapat dalam RM50.


Fuuuh! Penat juga maraton kemas kini ni, untuk masa berbaki 3 Bulan, 3 minggu, 1 hari. Korang yang baca ni pun, mesti terasa penat kan? Saya melawan masa! Bukan apa, kalau boleh InsyaAllah, berhajat nak selesaikan mana yang boleh sebelum bulan puasa. Bulan puasa nak buat aktiviti yang pasif sahaja, seperti mengikat riben pada kad kahwin dan e-kad.

Ingat kan petang ni nak pergi ke Midvalley, mencari kasut nikah yang amat susah mencapai piawaian saya. Tapi malangnya, sakit mata saya semakin teruk pula. Sudah berjangkit ke sebelah lagi. Jadi kena batalkan rancangan petang ni. Ingat kan, nak nyelam sambil minum air, sambil cari kasut, boleh jumpa D. Tapi kang, D sakit mata, dah satu hal. Jadi kena hibernasi dalam rumah.

Nak taip keyboard ni pun tak nampak *sedih .. Ok tipu, saya nampak lagi, tapi ibu saya sudah bising, kata "sakit mata pun nak blogging gak ke!"

OK. jadi kena pura-pura tak blogging.





8 Julai 2010

04 July, 2010

3 Bulan, 3 Minggu, 5 Hari



Salam dan hai.

Lagi kemas kini.

1. Bilik pengantin
Semalam pergi dengan ibu ayah, cari idea untuk bilik pengantin. Saya berkenan dengan deko yang dibuat kat dalam satu kedai ni, jadi bawa la ibu ayah pergi tengok kedai tu dan amik idea daripada dekorasinya. Diorang pun suka dan setuju. Tapi masa tu cuma tengok sahaja, belum beli. Sekadar bertanya ongkosnya dengan orang kedai. Sudah minta ayah tolong belikan keperluan untuk dekorasi tu minggu depan. Ok lega, idea untuk bilik pengantin sudah selesai. Sekarang cuma nak realisasikannya secara berperingkat.

2. Kad kahwin
Belum sempat emel lagi kat LH. Esok saya akan emelkan semua pembetulan. Sudah bincang dan dapat persetujuan (walaupun ada konflik heheh.. Ini la nasib bila kad kahwin satu, jadi kena dapatkan persetujuan bersama). Rasanya dengan kepantasan bekerja mereka, sebelum akhir minggu depan pun, sudah boleh dapat draft kedua.


3. Penuhi jemputan
Minggu ni agak lapang jadi sempat penuhi jemputan kenduri
Ziela. Tapi tak sempat nak tunggu sampai habis pasal kena berkejar ke tempat lain dengan ibu ayah.


Huuuh! Minggu terkejar-kejar sikit, tapi rasanya boleh lagi kalau nak dipadatkan.

Mungkin minggu depan, buat aktiviti lain pula. Kena kejar dateline senarai semak.


4 Julai 2010

03 July, 2010

3 Bulan, 3 Minggu, 6 Hari



Salam dan hai

Kemas kini ringkas tentang perjalanan saya.

Draft kad sudah dapat! Alhamdulillah.

Saya suka draft kad saya pasal LH Creative dapat hasilkan kad yang amat simple, seperti yang saya nak. Tiada ayat menjela yang orang mesti takkan baca, nama saya dan ahli keluarga besar dan jelas fontnya, tiada border kad yang terlalu melampau kerawangnya; cuma yang saya rasa perlu dibetulkan.

a. Muka depan kad. Saya tak pernah guna nama pertama saya. Sedangkan masa tunjuk draft ni kat famili, abang saya kata "Oi, apasal nama ko, ko pakai *****?!!" Perhatian: Tiada siapa panggil saya dengan nama pertama saya, termasuk keluarga saya sendiri. D akan panggil nama pertama saya kalau dia nak menyakat saya. Tapi bukan salah orang kad pasal kad contoh yang saya bagi, memang pengantinnya pakai nama pertama dia jadi mungkin pasal tu orang kad tu buat macam tu.

Imej hati tu (*nganga) harus dihapuskan. Tak mahu gambar. Sedangkan gambar kami pun saya tak letak, apa tah lagi gambar yang bukan gambar kami :P



b. Sampul kad. Lagi sekali, tak mahu ada tercetak nama kami berdua. Biar orang tertanya-tanya, gerangan siapakah yang mengutus. Tak mahu rama-rama.


c. Saya dambakan bunting yang simple. Masa designer telefon saya tanya "nak letak gambar tak?". Saya kata taknak. Tiga kali dia tanya, tiga kali saya jawab taknak. Tup-tup, diletakkan gambar kartun. Tapi tak apa. Bagus untuk usaha mereka menghasilkan sesuatu yang lebih daripada yang pelanggan inginkan. Saya percaya setiap orang ada citarasa sendiri, tapi mungkin rekaan ni bukan untuk saya. Jadi nanti mahu email mereka contoh bunting yang saya nak. Amat simple pasal yang penting, nama kami dapat dibaca sekali imbas dengan terang, nyata dan jelas. Rasanya mesti orang kad tu pun pelik-- ada ke orang nak design simple macam ni *angkat tangan


Esok baru nak balas emel mereka. Kena bincang dengan D dulu macam mana. Tapi bagus perkhidmatan LH pasal kurang daripada 10 hari yang dijanjikan, sudah hantar draft pertama dengan pembetulan yang amat minimum. Pembetulan hanya disebabkan citarasa saya dan bukan silap orang kedai. Semuanya OK buat masa ini Alhamdulillah *senyum*



3 Julai 2010

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates