Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Idea Tema dan Warna. Show all posts
Showing posts with label Idea Tema dan Warna. Show all posts

21 December, 2012

Tema Romantis Komedia Seram


Salam dan hai

Buka gambar ni dalam window baru.. 
Scroll gambar ni sampai bawah..



Pre wedding photoshoot bertemakan: Romantis Komedi Seram




21122012

13 June, 2011

Kisah Asam dan Ikan



Salam dan hai

Peribahasa hari ini:
Asam di darat ikan di laut, bertemu dalam belanga juga
Maksudnya: Perempuan dan lelaki, kalau sudah jodoh, bertemu juga akhirnya.

Peribahasa lain yang sama makna: Garam di laut, asam di gunung, bertemu dalam belanga juga).

Ingat lagi tak iklan TV yang gunakan peribahasa ini? *Saya tak ingat iklan apa dah tapi saya pasti, saya tahu peribahasa ini daripada iklan di televisyen.

Peribahasa itu lah perkara pertama saya terfikir bila tengok gambar-gambar dibawah ini.

Walaupun mungkin peribahasa tersebut tidak relevan kepada orang barat ini, tapi bila saya tengok ada gambar ikan (patung ikan yang amat lah comel!!) automatik saya teringatkan peribahasa tu.

Mudah sahaja, menjadikan satu aktiviti hobi bertukar menjadi sesi bergambar yang cantik dan comel. Saja berkongsi gambar-gambar dibawah ini, mana tahu dapat jana idea pada bakal pengantin di luar sana yang masih mencari-cari tema sesi bergambar masing-masing. Mungkin selain pancing dan patung-patung ikan, boleh juga bawa belanga dijadikan props dan pada bingkai gambar tu boleh masukkan peribahasa diatas tu. Pasti kronologi ceritanya dapat difahami. Lokasi? Banyak kawasan air terjun dan sungai yang cantik di Malaysia ni, tak perlu risau. Selebihnya, terpulang pada kreativiti dan interpretasi masing-masing.

Sumber:
Green Wedding Shoes















Tapi gambar macam ni tak mahu haaa..




13 June 2011

01 February, 2011

Tema Kaktus


Salam dan hai

Masa bercuti dengan D tempoh hari, saya cukup berkenan amati pokok kaktus yang renek dan comel-comel ni.



Kemudian terfikir, kalau saya kongsikan idea majlis perkahwinan bertemakan kaktus, mana tau mungkin ada yang berminat. Dengan cuaca tempat kita yang memang sentiasa panas, pemilihan bunga hidup memang berisiko dan sedikit leceh dalam memastikan kesegarannya. Mungkin idea penggunaan kaktus ni dapat dijadikan alternatif pada mereka yang sukakan kehijauan dan mahukan kelainan, pada kos yang lebih murah dan tahan lama.

Bunga tangan




Deko meja beradap






Centerpiece/ hiasan tengah meja tetamu







Kad jemputan


Buah tangan tetamu






Tapi untuk kek pengantin, pelamin dan sebagainya, saya rasa elok kalau kekal seperti kebiasaan. Cukup tema kaktus ni digunakan dengan minimum pada contoh-contoh yang saya beri. Kita tetap perlu kekalkan imej klasik dalam perkahwinan. Tak perlu terlalu beria-ria nak selarikan semuanya. Benda yang sikit tu la biasanya yang akan ketara.

Minimum itu masih menyerlah.



1 Februari 2010

31 January, 2011

Puteh


Salam dan hai

Membayangkan perincian majlis yang serba serbi putih bak salju?








Sumber: Alahai lupa la pulak!!


Tema warna yang suci dan boleh menjadi tapi dengan syarat, baju pengantin jangan lah sekali warna putih. Biar warna terang sikit, baru menonjol dalam gambar.



31 Januari 2011

11 January, 2011

Mini



Salam dan hai

Selama ini, saya dah banyak kali tengok hiasan tengah (Centerpiece) bunga, gula-gula, cupcakes, kertas dan macam-macam lagi.

Tapi kali pertama tengok hiasan tengah yang gunakan model kereta.







Mungkin kalau:

1. pengantin diarak dengan kereta sport
2. pengantin memang berminat dengan kereta sport
3. pengantin mempunyai beberapa koleksi model kereta dengan percuma disebabkan dapat masa servis kereta di Shell atau beli masa promosi Shell.

maka, hiasan tengah ini boleh digunakan.



11 Januari 2011

05 January, 2011

Idea Wedding Feather



Salam dan hai

Perkongsian idea praktikal.

Rujuk semula post pelamin pakai lampu bulp {
Post}.

'Kahwin'kan konsep ini dengan bulu-bulu ini.


Maka jadi la seperti ini!





Kalau nak terapkan konsep yang sama pada keseluruhan majlis, mungkin idea dibawah boleh.

Untuk flower girls atau pengapit


Aksesoripengantin


Buah tangan


Kad jemputan


Rozek


Centerpiece






Arch


Bunga manggar


Bunga tangan


TQ tag


Meja buku tetamu



dan akhir sekali-- kek pengantin


Semua gambar adalah ehsan google images


OK, mungkin kek tu berlebih-lebihan sangat :P

Tapi korang dapatkan idea wedding feather ini macam mana. Seimbangkan penggunaannya. Biar sedikit-sedikit diterap, tapi ketara.




5 Januari 2010

24 December, 2010

Warna Seberani Ini


Salam dan hai

Cantik kombinasi warna ini. Walau nampak terlalu terang, tapi cantik tu (pada mata saya). Kalau tema hindustan, memang masuk kan?

Tengok bunga tangan pun sepadan dengan warna gaun.



Cuma berani atau tidak aje.
Ada bran?


24 Disember 2010

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates