Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

09 January, 2010

Kemas Kini Laju-laju


Salam dan hai.

Walau ini post cepat-cepat taip, tapi tetap nak alukan pembaca tegar ke 81, Hana! Terima kasih Hana. Saya tengok di blog Hana, dia ada masa lebih 11 bulan untuk merancang. Harap Hana dapat buat yang terbaik ya!
Dari pagi ke petang menguruskan hal persiapan majlis perkahwinan kami. Update ringkas, langsung takde gambar pasal terlupa nak amik semua moment.

Mula-mula pagi ke rumah Fieza. Terasa cam terharu lak tengok Fieza dah kahwin. Ok, memang dia dah lama kahwin, tapi tengok rumah dia, tetiba rasa "wah, kawan aku dah besar. Dah ada rumah, dah leh deko deko deko"

Tujuan jumpa Fieza pasal nak cari rekaan baju. Dia pernah emelkan saya satu rekaan yang saya tengok boleh tahan cantik juga. Tapi dalam gambar tak jelas. Jadi saya datang untuk pinjam majalah tu.

Jadi rekaan baju dah ada :) InsyaAllah kali ni memang mahukan rekaan ini untuk baju sanding. Kebaya labuh. Warna masih pending pasal nak bincang dengan OP dulu. Mungkin akhir bulan ni baru boleh tetapkan keputusan.

Kedua: sudah jumpa dengan tailor untuk baju nikah. Mula-mula sekadar ingin survey, tapi layanan mereka best sangat (saya mudah dipengaruhi). Walaupun saya dan D datang tegar takde bawa kain apa-apa pun untuk tempah, tapi mereka tetap bagi khidmat nasihat percuma.

Ingat tak jubah yang saya mahukan tu? Ohhhoo.. Telah bertukar rancangan. hihih.. Baju kebaya labuh juga. Sifon pun tak jadi digunakan, tapi ganti dengan French lace. Baju melayu pun sudah bertukar fabrik!

Sila jangan marah kawan-kawan.

Oh ya, vendor mana yang saya amik, nanti saya akan update selepas saya beli kain dan hantar ke kedai tailor tu. Seperti mana-mana vendor, saya pun pernah dengar cerita positif dan negatif tentang kedai ni. Tapi memandangkan tailor saya kat Bangi yang cadangkan kedai ni, saya rasa mungkin saya kena redha aje lah.

Saya rasa, bila majlis ni semua telah selesai, saya akan tengok balik semua perjalanan saya dan ketawa. Kenapa? Pasal saya adalah pengantin yang tak dapat tetapkan dengan pilihan :P Asal cantik, saya mahu juga!

Ok, nanti saya update lagi.

Masih mengejar vendor untuk pelamin pula.

Harap rancangan korang semua lebih stabil daripada saya ya :P Jangan buat peel macam saya, kecuali bakal suami korang ada tahap kesabaran amat tinggi. Hihi.

p/s: To Along Firdaus: Ye aku faham sekarang kenapa ko asyik tukar keputusan :P Ye ye.

9 Januari 2010


14 comments:

ashekeyn on January 9, 2010 at 6:40 PM said...

tunang sy mmg penyabar..at least lbih sbr drpd sy..tp yg x bestnye..sorang kat s'ngor, sorang kat jb..situasi yg sgt tidak mmberangsangkn utk mmbuat persiapan..:(

MaZNi PutERi on January 9, 2010 at 8:50 PM said...

Xora, selagi majlis tak selesai, selagi tu akn berlaku mcm2 perubahan...

Xora said...

Ashekeyn: hua.. betul mencabar nak uruskan persiapan ya. takpe, akhirnya semua akan bahagia kan?

Gnie: Tu la, skrang cuba menjadi fleksibel, sehabis boleh :P

ashekeyn on January 9, 2010 at 9:44 PM said...

actually sgt kagum dgn smgt cik xora..tht is why i follow blog ni..utk dptkn inspirasi..hopefully everything will be according to the plan..good luck cik xora!! :D

Elly Anaille on January 9, 2010 at 11:46 PM said...

ye la..saya pun mcm awak. skali tengok, nak mcm tu. tengok yg lain, nak mcm ni lak. fickle minded. tunang saya? layankan jela. seskali naik angin gak die. ingat kite ni cop duit katanye. hihi.

zielalala... on January 10, 2010 at 10:35 AM said...

bgsla..sy ni plak ada ms 6 bln je lg..tp 1 ape pn xbuat lg..tarikh pn xfix btol2 lg..haih

Xora said...

Ashekeyn: Terima kasih. Tapi takde apa pun istimewa sangat persediaan saya ni. Asyik merangkak then tergolek.. eheheheh. Tapi apa-apa pun harap Ashekeyn dapat inspirasi dari semua blog B2B yg lain ya! Kita sama2 usaha.

Elly: pasal tu la kot, execute plan ni cuma boleh buat sekali seminggu. if hari2 bincang pasla kawin, mahu dia meletop kan?

Zielala: Wah, kamu nye situasi lagi mencabar!Semoga semua selamat ya

Moose on January 10, 2010 at 4:12 PM said...

i pula jenis yang once i made up my mind,susah nak ubah fikiran. keras hati & kepala. hihi. kalau i nak A, I usahakan sampai dapat A jugak!

mama affan on January 10, 2010 at 4:27 PM said...

hehe..ryna seminggu nak kawen pun masih nak ubah pelamin..tp bila kedai andaman pasang simulasi..oh..baru sedar mmg pilihan yg sedia ada adalah yg plg cantik..dan tidak menyesal utk tidak merubah pilihan..moral nya..pilih dulu..pastu dok diam2..haha..

xora said...

Moose: wah.. kalau ini mahu seantarooo dunia gi cari yg berkenan ni :P tapi kalau dapat tetapkan pilihan bagus kan, kurang sikit drama :P

Fik: tu la. saya ni pun kena dok diam2 gak. if tak hari2 nak ubah semua plan :P thanks for the tips dear.

Mrs.Qarlista on January 10, 2010 at 7:52 PM said...

Xora..actually nad pun mengalami masalah yang same..asyik tukar2 keputusan..especially tang baju..hehe..kejap nak pakai yg tu, kejap nak pakai yang ni. kejap rase mcm baju tu cantik, kejap rase baju tu tak cantik. ohhh stress. in fact, baju nikah tu sebenarnye nad nak tuka sebab krim die tak sepadan ngn krim baju melayu husband. i just found out a day before majlis. terus gi umah mak andam ingat nak mix n match..last2 tersuke pulak baju biru tuh. seriously, sebenarnye nak pakai baju biru tu for nikah, ok. bayangkan, sehari sebelum majlis nad buat mende giler camtu. nasib baik mak andam penyabar. hehe

Xora said...

Nad: Terima kasih utk cerita tu. atleast takde la terasa diri sendiri aje dalam situasi ni :D

GummY BeaR on January 11, 2010 at 3:58 PM said...

huh name aku nek arr...
ssh kan ixa nk wat kptusan..
sabar itu penting...
majlis aku xlame lg je..hehehe

hana yoriee on January 12, 2010 at 1:47 PM said...

hehe..yea..hana 11bulan lg..slow2 wat preparation..thanks xora..seronok tgk awknye preparation.all d best for ur big day!!

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates