10 February, 2011

Rumitnya Isteri.. Payahnya Suami


Salam dan hai

Saya terima forward emel pagi ni dan suka untuk saya kongsikan sebagai post hari ini pasal rata-rata saya rasa, memang ada benarnya walau dalam lucu.

> > ----------------------------------------------------------

Laki talipon,Yang oii... Abang kat kedai mamak ni... Awak nak pesan apa-apa?
Bini jawab, Takmau bang, bini awak diet...

Laki pon balik umah, goyang tangan tak beli apa-apa...
Sampai umah, tengok bini tarik muka moncong mcm cencorot
Siap majuk-majuk... Lari tido bilik sebelah....

Bila laki query balik, Kan tadi awak yang takmau pesan apa-apa yang oiii....
Bini jawab, Memangla orang kata takmau apa-apa... Tapi belikan jerla apa-apa.... Kalau abang beli apa-apa kita makan jerrr....

Eh, bini akuni... Yang mana satu nih?
> > -----------------------------------------------------------------

Laki talipon bini,Petang ni awak nak masak apa Yang?
Bini jawab, Alaaahhh.... Hari-hari kena masak, penatlah bang! Balik keja ni Abang makan siap-siaplah

Laki pon, balik keje.. Singgah kedai mamak. Tibai nasik beriyani kari kamben baekk punya. Sampai umah, sendawa bau kamben... Tiba-tiba...

Bini jerit panggil suh makan! Bang, bini awak masak sambal tumis petai, sama sup ayam, Sama telur bistik, sama ayam goreng kunyit. Jom makan!!

Si laki terkulat-kulat pandang makanan penuh satu meja, Sedangkan perut dia dah senak, penuh dengan kamben! Merajuk lagiiii... Tido bilik sebelah lagi.....!!

Yang, awak ni ada kecelaruan mental ke halusinasi nih?

> > ----------------------------------------------------------------

Abangni, kalo dok umah asek sepah umah jerlah! Bini abang penat tau nak kemas umah semedang Awat abang tak kuar pi mancing ker... Pi main bola ke... Pegilah! Pegilah! Saya nak rilek-rilek dgn budak-budak nih

Si laki punyala seronok weeiii.... Dan-dan bangun pi tukar baju, capai talipon, capai kunci keta... Bila dah siap, kuar bilik... Tengok hanak bini dah siap-siap pakai baju lawa... Bangggg, bini awak sama hanak-hanak ikut awak eh?

> > ----------------------------------------------------------------

Bang, ujung minggu ni balik kampung nak?

Abang keja lah yang....

Abang hantar bini abang dgn hanak-hanak dah la bang, Pastu abang balik la KL balik

Lepas dah hantar hanak bini balik kampung, Esoknya, laki pon start keta... Nak balik KL. Baru sampai Taiping, talipon berbunyi...

Bini dia talipon. Abang bila nak balik ambik kitorang bang?

> > ----------------------------------------------------------------
Abang ni asyik tengok tibi jer dari semalam tau. Abang tak kesian bini abang ker... Dah kelupas-kelupas kulit jari tau.. Asik basuh kain jer. Abang tulungla lipat banjaran Himalaya dalam bilik rahsia tu bang...

Laki pon, dengan muka rebel.... Masuk bilik rahsia... Lipat kain. Sekali, bini masuk bilik nak usha line... Tetiba jer kena petir plak..

Apa awak lipat kain mcm ni banggg?
Kenapa sudut kanan tak align dgn sudut kiri nih?
Kenapa kolar baju ni awak lipat ke dalam?
kenapa spender ni awak lipat tiga?

KENAPA? KENAPA? KENAPAAAA??

> > ---------------------------------------------------------------

Nah hambik anak ni bang... pakaikan pampers, pakaikan baju...bini abang nak mandikan hanak yang sorang lagi....

Nak bagi pakai baju mana ni Yang...? <--- laki tanya
Alah abangni... kan baju anak ada 8 bakul tu...pakaikan jerlah baju mana-mana pon... bukan ada org nk tengok ponnn...
Bila bini tengok, anak dah siap pakai baju....
Apa pesen baju abang bagi budak ni pakai bangggg!
Apsal seluar kunin, tapi baju kaler merah? kalau orang tengok, nanti orang ingat anak kita sami ha...
> > ----------------------------------------------------------


Kesian lelaki... lurus sangat, x boleh bengkang bengkok sikit.


10 Februari 2011

27 comments:

~~zaa~~ on February 10, 2011 at 9:07 AM said...

best! tapi maksud tersirat yang paling penting..kita isteri pun tak boleh terlalu cerewet sangat. nanti langsung laki tak nak tolong baru padan muka.

"cikkin" on February 10, 2011 at 9:22 AM said...

dalam lawak ade betulnye..
perlu amik pengajaran ni..
thanks xora for sharing..=)

nuruljannah sukhri on February 10, 2011 at 9:24 AM said...

tersenyum2 baca ni...

Puan T on February 10, 2011 at 9:33 AM said...

senang citer:

1. lelaki adelah tidak rumit malahan depa adelah straight forward. tiada kias2, tiada di sebalik tabir.

2. isteri selalu kias2. dan mengharapkan lelaki akan paham kias2 terkuis2 itu.

oh harapanlaa nk depa neh paham. oleh itu aku jua lesson learned, nk ape ckp straight forward. xder dah istilah kias2 kuis2 ng laki aku.

CIKU on February 10, 2011 at 9:34 AM said...

best artikel entry nih,,tq tq amik iktibar

CIKU on February 10, 2011 at 9:35 AM said...

gud gud..best atikel ni..tq tq..hiks

Byzura Mj (By) on February 10, 2011 at 9:37 AM said...

teringat kata ustaz, si isteri perlu terangkan jelas kepada suami. Sebab lelaki ni kadang-kadang lurus. hahaha itu bukan By cakap, ustaz! :P

Jang on February 10, 2011 at 9:40 AM said...

menarik.. =)

Sue Zaman on February 10, 2011 at 9:57 AM said...

hehehe...

Sue Zaman on February 10, 2011 at 9:58 AM said...

hehehe... menarik topic nie...

farahfatihah on February 10, 2011 at 10:15 AM said...

kannn..pompuan ni mmg rumit sket..tp lelaki pk lurus saja huhu

y.o.n.g.n.a.n.a.1.8.8.1. on February 10, 2011 at 10:27 AM said...

Macam ada part terkena kat batang idung sendiri jek..hahaha..neway thanks xora for sharing..=)

mizzunderstood on February 10, 2011 at 10:46 AM said...

hahaha..nice!!
sgt kelakar.gelak sorg2 kt ofis ms bc entri ni..hehe..
2 la..lelaki ni straightforward sgt..
xphm bile pomwan kias2.pomwan pun jgnla kias2 sgt..
laki mmg confirm xphm bhs punye!!hahaha

hana yoriee on February 10, 2011 at 10:48 AM said...

tergelak terbahak2 baca post ni..nnt satu hari bila lalui mesti teringat xora..hahahaha

Missyanz on February 10, 2011 at 11:09 AM said...

hahaha.. memang klako..

Leonora Halim on February 10, 2011 at 1:30 PM said...

saya suka yg nak gi main bola tuh... ahahhahah....

cik senah on February 10, 2011 at 2:14 PM said...

:) Entry yg sangatttt best dan memberi manfaat yg secukupnyaa.. :)

Thanks Xora.. :)

MIZZ SUE on February 10, 2011 at 2:58 PM said...

ASSALAMUALAIKUM

HAI..SAYA MIZZ SUE,
NAK MINTA ALAMAT RAKAN BLOGGER YANG PALING SAYA SAYANG BOLEHKAN?

SAYA NAK MENJEMPUT NI.

PLZ,HANTAR DI
sue_546@yahoo.com

SERTAKAN,

NAMA:
ALAMAT SURAT MENYURAT:
ALAMAT BLOG:
NAMA ANDA DI BLOG:


pssstt: su pernah dtg majlis xora mase kat LLm..hee

Daleela on February 10, 2011 at 4:41 PM said...

lawaks...no 1 tu betul tau...

Mia-Ina on February 10, 2011 at 5:15 PM said...

pengajarannnya...sesekali kena biarkan lelaki tlg kte gak..cuma jgn cerewet sgt2x....kang lelaki lari x mau tlg...tp mujur suami mia tolong kena cara..dia cekap dr mia..huhu

2H Garden on February 10, 2011 at 8:30 PM said...

hehe... siannya kat dia... hehe... tp takpe... kadang2 benda camni yg jadi sweet... sometimes jerla... jgn wat selalu. hehee...

hi blog walking

Anonymous said...

Ish..ish..ish...kesian si lelaki...Aku kesian kat member baik aku tu, sbb jiran aku kat serdang buat member baik aku mcm tu...hahaha..Ia ixa, aku ni..

Xora on February 11, 2011 at 8:21 AM said...

En. Anonymous (merangkap pengapit). c u tomorrow... gi wedding tu kan? aku sligi ko sedas dua..

.:Mrs. Engineer:. on February 11, 2011 at 9:10 AM said...

ha3...lawak lh...

Mohd Azinuddin Ahmad Mokhtar on February 11, 2011 at 12:50 PM said...

cane kalu laki ckp tp pempuan lak x paham???ha....

iza.rahman on February 18, 2011 at 12:28 PM said...

lawak gler tapi penuh dgn mesej :)

mas on February 20, 2011 at 9:38 PM said...

just wanna share artikel ni..related dgn post xora:
http://www.mynewstory.net/lain-menarik/sifat-lelaki-memang-berbeza-dari-wanita.html

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates