Salam dan hai
Semalam, saya jadi penaggah. Cuma kali ni, tugasan kurang sikit berbanding masa majlis abang saya dulu. Dalam majlis anak kawan ibu saya ni, saya cuma jaga flow ketibaan pengantin, sampai la selesai upacara potong kek. Jadi senang sikit.
Ada terkurang sana sini sikit. Tapi teruskan sahaja.
Tiada gambar sempat diambil kecuali gambar anak buah yang comel ini, latar belakangnya pelamin bertema warna peach atau dalam bahasa melayu, warna oren lemak ketam.
Selesai saja tugasan saya petang tu, terus ke LH Creative, untuk amik kad kahwin kami. Pasal tarikh nak amik kad kahwin pun, saya dan D boleh pulak nak gaduh-gaduh. Ok tipu, saya cari gaduh dan D cuma pertahankan diri sahaja *Sayang D.
Masa amik kad tadi, tiada pulaerasaan takut macam masa saya amik baju nikah dulu.
Sampai LH Creative,tunggu kejap dalam hujan renyai-renyai di luar sana, baru kad diambil daripada kedai printer berdekatan.
Tak sangka, boleh pula tersenyum simpul tengok kad kahwin sendiri. Leka, sampaikan orang kedai tu tayang bunting kami depan-depan tu pun, kami boleh tak perasan. *malu
Angkut kotak semua masuk kereta, terus pecut balik rumah. Sampai rumah, teruja nak tengok semuanya betul-betul. Buka bunting, Ok boleh diterima. Walau warna latar belakang bunting sudah nampak macam hitam, sedangkan yang saya minta coklat, macam dalam post ini Tapi, yang saya dapat macam kat bawah ni.
Masa untuk bertukar menjadi Bridezilla? Tidak. Takpe, tak kisah. Asal ejaan nama betul, sudah. Yang penting, saya nak tetamu nampak nama kami dengan jelas dan mudah, walau daripada jauh. Lepas majlis nanti, InsyaAllah, boleh potong dan bingkaikan terus.
Tips: Jangan sia-siakan bunting korang dengan mencampakkannya ke dalam stor. Baik korang bingkaikan elok-elok dan letak kat rumah--Sebagai reminder buat suami supaya jangan lupa tarikh kita kahwin
Riben kuning kat atas tu, akan digunakan untuk ikat kad kami.
Tiba masa nak buka semua kad tu. Bila saya buka kotak kad tu, tengok dapat ni lebihan 100 keping Kad! Alhamdulillah :D Sampul ada lebihan 30 keping. Tapi tak apa. Pasal sampul boleh beli murah dan banyak kat Pudu tu.
Lepas tu, saya tergerak hati nak kira jumlah kad jemputan pula. Asyik teringat beberapa post daripada B2B yang pernah ngadu, kad tak cukup dan ada yang sampul pula tak cukup. Kami tak terfikir nak periksa jumlah kad tu semua masa tu. Pasal rasa macam atas kepercayaan dan profesionalisme, kami tak periksa kat kedai tadi.
Mangsa tukang kira--adik saya! Jadi untuk pemeriksaan kualiti secara rawak-- Ambil satu pek dan kira semuanya, cukup jumlahnya 500 keping.
Argh! Sudah..
Belah saya cuma perlukan 500 keping sahaja. Kalau 1 pek ada 500 keping, pek dalam kotak ni ada---
3 pek!????!!!
500 kad x 4 pek= 2,000 keping.
Jumlah kad diperlukan = 1,000 keping

Jumlah kad berlebihan = 1,000 keping (+100 kad percuma)
Kesimpulannya: Orang printer dah salah print kad saya. Mereka terlebih print 1,000 keping. Tambah dengan kad percuma diberi, jumlah kad berlebihan 1,100 keping kad!
Dua ribu kad semuanya, pada harga seribu kad.
Saya tak tahu la salah siapa. Pasal masa saya dapat draft tu, saya dah tanya pada staff LH tu, kenapa tertera 2,000 keping pasal saya rasa, sepatutnya jumlah tertera 1,000 sahaja. Tapi dia terangkan dan saya faham, 2,000 tu jumlah 1,000 kad set 1 (muka depan kad dan peta) + 1,000 set 2 (jemputan daripada belah D dan saya), dan bukannya 2,000 setiap set. Jadi saya pun Ok, ikut sahaja cakap mereka. Saya cuma ubah jumlah sampul kad sahaja, kepada 1,000 keping.
Tup-tup, sekarang, saya dan D sudah 'bermandi' kan kad jemputan
Macam mana?
Ibu kata, anggap sahaja rezeki. Boleh la jemput semua tetamu pakai kad, tak perlukan e-kad ke apa ke. Lagipun, berdasarkan dua pengalaman majlis lepas, cuma 70% sahaja tetamu yang akan datang. Jadi baik jemput lebih.
Erm.. serius, tak terfikir perkara macam ni boleh terjadi pada kami, atau pada sesiapa sahaja.
Lebihan kad seribu keping, nak buat camna?
Nity suruh buat deko -- Ko semakin sinis sekarang!
Tak apa la, layan sahaja. Mungkin rezeki kawan-kawan dan B2B, dapat kad kahwin saya kan?
Nasib kad kami murah sahaja. Bayangkan kalau mereka tersilap print kad yang harga sampai RM10/ sekeping?!
1 Ogos 2010

29 comments:
wah2..trlebih 1100pc..kte xcukup 17pc..xpe..dats ur rezeki..heehee
wah..itu yg dinamakan kad kawen terpijak.hehe...rezeki tu xora, trima je dgn hati yg gumbira.hehe
wow! meh la kirim kat i satu..hehe
Huwah! Lebih byk tu! Yela anggap rezeki jela dear.
waah ini lah dikatakan rezeki kan :)
orang tua2 selalu pesan kalo niat kita untuk kahwin baik, rezeki akan murah =) Alhamdullilah :)
x pe la..kire nye rezeki la tuh..
nasib baik terlebih...kalau terkurang..lg parah..
kad sy dah siap..2 minggu awal siap nye..takot pulak nak amik!
wah... seronoknya.. rezeki betul ni... ^_^
boleh la jemput sume blogger. hee~ (x malu kan)
hai. hahaha. lucu je dorg tu kan. hm... sy yg terlebih 100 ni pun suh si pembuat kad tukar kpd banting. tp takpe kot kalau mmg nk jemput ramai org. tp kene ingat tau dear. budjet utk mkn pun kne lebihkan juga.
hehe.lebih 1.1k.bole thn byk tu. Naseb terlebihkan,kalau terkurang mau haru.. Hehe.
Dear all, balas secara pukal. Memang rejeki ni.. rejeki terpijak ;p tapi tu la, saya pun tak berani nak gunakan semua kad lebih ni. Tapi InsyaAllah, akan dikirim kepada B2B ye?
wah!xora, ini mmg betul2 durian runtuh.haha.lau durian jatuh ke riba, boleh juga nak mknkan.hehe.eh, maybe u boleh jadikan sebagai decoration g lebih tu..=)
best giler...rezeki nk kawen la tuuu..aritu, kakak sy kawen, tk cukup kad..terpaksa photocopy je...:(
waaa.. org kata rezeki jgn ditolak tau! terima je dgn hati riang gembira~ heheh..
xpe...rezeki..lebih, bg mia 1 ye...:-)
alhamdulilah...betul la kata mak xora.. itu nama nya rezeki :)
saya pulak, kad kawen ngam2 cukup seribu tp kotak doorgifts pula terlebih 600 kotak :) haha
wah rezeki2..
waaaa...begitu banyak yang terLebih...!!!! sungguh untung...!! :) yeah..as ur mom said..anggap jer tu rezeki u key... besh ok... :)
mmg reszeki pengantin baru..huhu..
walauweyh..1100 kad lebih tuh..boleh buat utk jemputan 1 lagi majlis! huhu..rezeki rezeki..
wow.. mmg rezeki org nak kahwen tue.. pergh.. leh hantar kt semua readers blog nie.. ;p
mak ai..seribu kad lebih..hehe..ni bley mintak 1 nie..hik3..
salam. hehe... rezeki B2B dapat kad kawen Xora ni... ngee...
xora, sudah lebeh kah?? apa lagi..bak 1! ngehehehe...
Dear all, ye saya pun rasa mmg rezeki B2B kot! InsyaAllah nnt saya akan pos kan ye?! byk lebih ni! :D
Salam Xora,
nak jugak boleh? :D :D
selama ikut baca blog Xora menarik juga ada evidence hardcopy ;)
Nanti 2 bulan sebelum majlis, saya akan mulakan operasi mendapatkan alamat rumah B2B semua ye! * on mood teruja
wawawa...sangat berlebey2 itu kad..apa lagi..sila la jemput saya ya.. :)
xora..wedding katner? xmau invite sy kah? hehehe
Post a Comment