31 December, 2010

Mama dan Paparazi



Salam dan hai

Buat bakal pengantin, bersedia untuk hadapi situasi bagai selebriti.



Semua pengantin pasti akan merasa situasi seperti gambar diatas.

Terlalu banyak kamera, tapi mata cuma sepasang. Kemudian, sedar-sedar mata sudah berpinar-pinar dengan flash. Tak nampak OP kamu dimana. Tak nampak arah mana kamu nak jalan. Semua rehearsal kamu dah lupa langkah-langkahnya.

Kepada semua bakal pengantin 2011, semoga persiapan korang semua berjalan dengan lancar dan selamat ya InsyaAllah.


Nota: Maaf kerana mengambil masa untuk balas SMS dan emel yang dihantar. Saya demam 2 hari. masih dalam peringkat untuk kebah. Mungkin demam gembira Malaysia menang bola hari tu. Hehe

31 Disember 2010

29 December, 2010

Dua Idea Ringkas



Salam dan hai

Post pendek: Berkongsi idea.

Dua gambar dibawah ini mungkin boleh beri idea kepada bakal pengantin.

Gambar di bawah ini, merujuk pada post saya yang dulu {
Post} .Kalau mahukan kelainan, ini mungkin boleh digunakan.


Sumber: Google images


Mahukan shoot pre wedding yang simple tapi amat sweet? Lihat gambar dibawah.

Pose hidung tu tak perlu la buat *slap. Sila beri tumpuan pada kotak biru tiffany yang dipegang oleh si jejaka, dibawah meja. Ok. salji tu pun bagi kesan romantik dalam gambar. Mungkin kalau nak praktikkan di bumi Malaysia yang tidak bersalji ini, mungkin boleh buat candle light dinner.

Sumber: tengok kotak tu pun, dah tau ~~ tiffany & Co.


29 Disember 2010

27 December, 2010

Tips menjadi Seorang Blogger B2B


Salam dan hai

Kebelakangan ini, emel saya dibanjiri dengan pembaca yang baru nak berjinak-jinak untuk jadi blogger B2B yang majoriti mereka bakal pengantin 2011. Mereka ada minat untuk berkongsi perjalanan indah mereka, tapi tidak tahu bagaimana nak memulakan langkah.

Yang dapat saya bagitau disini: Saya cuma blogger picisan. Masih banyak yang saya masih dan perlu belajar.

Tapi demi menghormati permintaan mereka, saya buat juga post ini *masih banyak lagi post tertangguh sebenarnya ni. Hehe. Tidak la saya jamin tips dibawah ini pasti berkesan untuk memajukan blog kahwin masing-masing, cuma ini antara langkah yang saya buat untuk blog saya. Mungkin berkesan kepada kamu atau mungkin juga tidak.

1. Perkongsian tanpa Sempadan
Sharing is sexy.. Sharing is caring.. Apa-apa sahaja definasi perkongsian, memang bila kita berkongsi tentang artikel, idea, senarai vendor dan sebagainya, lebih ramai akan melawat dan membaca blog kita. Kebanyakkan bakal pengantin sibuk, jadi bila menjumpai blog yang mengumpulkan semua maklumat yang mereka perlukan, memang amat memudahkan urusan mereka.

2. Gunakan bahasa atau perkataan yang berkaitan dengan perkahwinan.
Bila kamu pernah buat post tentang "Bunga telur", "Baju nikah warna putih", atau "Hantaran tema merah", bakal pengantin yang google perkataan-perkataan tersebut mungkin dapat menemui blog kamu. Jadi pilih perkataan dan post yang mempunyai potensi tinggi untuk bakal pengantin lain google. Jangan pelatkan ejaan dan jangan rosakkan bahasa seperti "Munge hantaran syantekk" -- lempang sekali, mahu?

3. Menulis tentang majlis perkahwinan selebriti atau orang ternama
Fungsinya, sama juga seperti dalam point di atas. Jangan sekadar meletak gambar majlis sahaja, tapi ulas dan berikan pendapat kamu. Blogger bukan sekadar berkongsi, tapi perlu berani berikan pendapat, tanpa menjatuhkan air muka pihak lain. Mungkin kamu dan beberapa pembaca diluar sana mempunyai pendapat yang sama dan akhirnya, korang akan klik bersama.

4. Kaji dan Kongsi
Menulis blog kahwin ini berbeza berbanding blog peribadi. Blog peribadi, tiada siapa kisah kalau kamu menulis satu post khas tentang aiskrim Sundae Cone yang kekasih gelap kamu belikan kalau kamu mahu, tapi kalau kamu menulis tentang perkara melibatkan kahwin seperti pakej spa untuk bakal pengantin, harga pakej pelamin vendor X dan sebagainya, kamu perlu pastikan pakej yang tulis itu tepat dan sah sehingga sekian-sekian, tarikh dan maklumat lain seperti orang untuk dihubungi, lokasi dan waktu operasi. Paling penting, perkongsian maklumat itu dipersetujui oleh vendor. Kamu bertanggungjawab atas setiap apa yang kamu tulis dalam post kamu. Jika kamu silap, kamu boleh menyebabkan kekeliruan maklumat dikalangan pembaca kamu.

5. Tajuk post menarik
Saya pernah gunakan tajuk kontroversi dalam {
Post} "Baju Nikah Saya-- TIDAK SEPERTI YANG DIIMPIKAN", dan trafik blog saya mencanak naik hanya disebabkan post itu. Tajuk kontroversi dan menimbulkan rasa ingin tahu, boleh beri kesan positif pada trafik blog kamu. Cuma jangan terlalu kerap digunakan, sampai pembaca rasa tertipu dan sudah lali dan anggap tiada apa yang menarik, sekadar nak naikkan trafik dan kutipan nuffnang blog kamu.

6. Link kan post terdahulu
Cara ini amat penting dalam memudahkan pembaca kamu membaca post-post yang berkaitan dengan post terbaru kamu. Jangan sekadar menulis ".. Masa sebelum bertunang dulu, dah rancang nak buat hantaran macam yang saya pernah jumpa dulu". Dah jenuh pembaca nak selongkar post-post terdahulu kamu. Bila tak jumpa, mulai hilang minat nak terus membaca. Jadi ada elok kamu terus link kan post mana yang kamu maksudkan dalam perkataan "jumpa dulu" atau kamu boleh buat {Post terdahulu} pada akhir ayat.

7. Kurang widget dan lagu
Kamu mungkin ada lagu-lagu tema antara kamu dan dia, tapi cuba fikir, macam mana paniknya pembaca kamu bila terjah blog kamu, tiba-tiba lagu kuat berkumandang. Habis satu pejabat dengar. Lagi tekanan bila tiada butang nak tekan stop. Jadi, terus sahaja blog kamu dipangkah. Nak lawat lagi, mungkin tidak akibat trauma lagu tak diundang.

8. Teratur dan Mesra Pembaca
Pilih tataletak yang bersih, tulisan mudah dibaca dan tidak terlalu bewarna warni. Pemilihan dua-tiga warna berbeza untuk menyerlahkan/ menekankan pendapat kamu, itu sudah memadai. Ingat, blog bukan pertandingan Mari Mewarna. Kamu juga boleh gunakan fungsi imej untuk menarik perhatian/ memudahkan pembaca terus ke link terdahulu yang kamu telah buatkan khas. Bila kamu ada banyak sangat label post, penggunaan gambar untuk fungsi pautan pantas yang disusun ditepi adalah lebih menonjol.

9. Akui sumber dan hormati blogger lain
Kalau kamu perolehi gambar sumber daripada google images atau laman web tertentu, jangan lupa letakkan sumber dibawah gambar tersebut. Sama juga kalau kamu perolehi gambar daripada blogger lain, letakkan pautan blogger tersebut dan kalau boleh, spesifikkan pautan terus pada post yang telah ditulis olehnya. Sama juga kalau kamu nak hubungkan post kamu dengan post lain yang pernah ditulis oleh blogger lain. Pautkan jika kamu temui post tersebut. Oh ya seperkara lagi, jangan bergaduh sesama blogger bakal pengantin yang lain. Elakkan. Dunia blog kahwin ini kecil sahaja, pusing-pusing, jumpa juga orang yang sama.

10. Letakkan fungsi kotak Search
Label post kadang-kadang kurang membantu kalau pembaca tak ingat label yang mana. Jadi memudahkan pembaca, kamu selitkan ruang kotak Search dalam blog kamu. Pembaca mungkin teringat sebarang perkataan spesifik daripada post tersebut, jadi dia boleh mencari post itu melalui fungsi Search.

11. Pilih gaya kamu sendiri
Memilih gaya menulis mungkin mengambil masa bagi sesetengah orang. Untuk diri saya sendiri, saya dapat rentak penulisan saya kira-kira 6-8 bulan setelah saya mula menulis blog. Jangan paksa diri mencipta gaya penulisan sendiri. Sampai masa, kamu akan temui rentak kamu sendiri. Ada blogger yang gaya penulisannya, bila kita baca bagai dia sedang bercakap di depan kita, terasa sangat mesra bagaikan kawan, ada pula blogger yang penulisannya penuh dengan misteri dan tanda tanya, kita tak dapat duga apa yang bakal dibuatnya, ada pula yang mengambil langkah menulis satu perenggan sahaja, tapi maksudnya sampai.

12. Cuci mata
Gambar memang boleh mainkan peranan. Kadang-kadang, perkataan sahaja tak dapat nak gambarkan idea kamu, jadi letakkan gambar dapat menjadi medium alternatif. *tapi maaf post kali ini memang tiada gambar atas kemalasan tidak bertepi penulis Haha.

13. Hargai pembaca blog
Interaksi diruang komen antara pembaca dengan penulis blog memang penting. Itu saya tak nafikan. Saya sendiri kurang sempat membalas komen dan pendapat yang diberi, mana yang sempat saya akan balas. Pada blogger yang rajin membalas komen pembaca, teruskan usaha anda. Saya respek kamu semua!

14. Kritikan ada maksud
Saya rasa, rata-rata kita dapat membezakan maksud yang tersirat dalam setiap komen dan emel yang kita terima. Kritikan membina akan buat kita mahu lebih berusaha dan kritikan negatif, akan buat hati kita panas dan defensif. Maka, pilihlah untuk mendengar kritikan yang akan membawa kita pada kebaikan dan memperbaiki diri dan blog kita menjadi lebih baik. Jangan sesekali biarkan kritikan memusnahkan kita.

15. Mengalukan pembaca
Elakkan daripada meletakkan kata-kata aluan negatif yang ditujukan kepada anonymous lancang. Jangan. Sebenci mana pun kamu pada mereka, sekerap mana pun kamu terima komen negatif daripada mereka, jangan mulakan kata-kata aluan blog kamu dengan cara yang negatif. Kamu mungkin tujukan kepada 1 anonymous yang datang, tapi 10 orang pembaca yang ikhlas nak baca, turut akan tersentap.


Ini 15 perkara yang saya dapat kongsikan disini. Saya harap kita sama-sama dapat perbaiki blog kahwin masing-masing.

Jangan beri tekanan pada diri sendiri. Jangan paksa orang lain jadi pengikut blog kamu. Beri masa untuk blog kamu naik. Sedangkan bayi yang baru lahir pun, melalui frasa-frasa daripada meniarap sehingga la mampu berlari. Yang membezakan blog kahwin dan blog peribadi, blog kahwin ini ibarat arkib. Setiap tahun, pasti ada bakal pengantin merancang majlis mereka dan blog kahwin menjadi sumber maklumat mereka. Setiap kali menulis, sematkan pada diri, kita menulis sesuatu perkara dengan niat dapat memberi manfaat pada orang lain.

Sesiapa sahaja boleh menulis blog. Adik saya yang berusia 11 tahun tu pun ada blog. Cuma yang membezakannya; minat dan komitment. Itu yang boleh melanjutkan usia blog masing-masing.

Menulis jangan sekali-kali kerana nama.



27 Disember 2010

Napkin


* Ini adalah post berjadual. Saya akan cuba luangkan masa menulis artikel-artikel yang sudah lama saya tinggal sepi. Ruang dan masa--itu yang saya perlukan.



Salam dan hai

Napkin ni, kalau ada banyak idea, dah boleh buat macam-macam jenis rekaan.. Baik bentuk kipas atau apa sahaja.

Tapi kalau tiada skill pun tak apa.

Guna idea ini sahaja.




Gulungkan sahaja dan pakai gelang tangan bermanik-manik macam ini untuk secure gulungan. Padankan dengan warna tema majlis.

Selesai. Tak perlu pening-pening. Gelang tangan tu pun boleh dijadikan buah tangan tetamu.



27 Disember 2010

25 December, 2010

Victoria's Secret Angels pun Kalah



Salam dan hai

Hari Natal ni ada pertunjukan Victoria's Secret kat tv. Perempuan cantik pakai kepak besar-besar.

Tapi secantik mana pun mereka, tak boleh lawan kemanisan budak perempuan di bawah.



Gambar saya jumpa di Google. Hak milik seperti tertera pada gambar.

Yup
, little angel.


Kalau majlis tema kayangan, boleh pakai prop macam ini. Rasanya Qistin pernah tulis tentang kepak kecil ini dalam post dia yang lama-lama


25 Disember 2010

24 December, 2010

Warna Seberani Ini


Salam dan hai

Cantik kombinasi warna ini. Walau nampak terlalu terang, tapi cantik tu (pada mata saya). Kalau tema hindustan, memang masuk kan?

Tengok bunga tangan pun sepadan dengan warna gaun.



Cuma berani atau tidak aje.
Ada bran?


24 Disember 2010

Kisah Cinta Uda dan Dara Versi Moden



Kisah Sadis Uda Dan Dara

Biasa dengar cerita percintaan Uda dan Dara, Romeo dan Juliet dan sebagainya yang sanggup buat apa saja demi cinta mereka yang kononnya cinta sejati.

Ini Dara, awek yang sedang mekar


Ini pula Uda, pakwe kepada dara


Mereka sedang kemaruk bercinta


Biasalah tengah kemaruk bercinta. Mereka tak endahkan pesanan Sohaimi Mior Hassan – .
.jangan pegang-pegang, duduk renggang-renggang.Pergi clubbing setiap malam



Mamat ini pula ialah Sumardi iaitu kawan kepada Uda yang jeles melihat kawannya bergembira.


Sumardi sudah report kepada ayah si dara. Ayah si dara hangin satu badan tidak merestui percintaan mereka..


Kerana ayahnya sudah ada calonnya sendiri iaitu si Ajoi anak orang kaya tetapi merupakan samseng Kg Dusun.


Ayahnya terus mengahwinkan Dara dengan Ajoi


Uda frust giler dan mengikut kata syaitan dan membuat keputusan bodoh, membunuh diri


Si Dara yang tak berapa nak dara tadi pun rasa bersalah dengan kematian si Uda.
Dia pun membuat keputusan nekad juga…
:
:
:
:



Terjun ke kuali yang penuh minyak panas…

Berakhirlah riwayat mereka . Inilah kisah sadis Uda dan Dara..macam cerita drama-drama Melayu, sinetron, hindustan dan sebagainya samada nak jadikan happy ending atau sad ending dan orang-orang kita pun berair-air mata menghayati cerita ini dan memollow cerita ni setiap hari dari episod 1 hingga ke episod 49.


-----------------------------------------------------------

Selingan cerita lucu untuk pagi Jumaat! terima kasih K.Ana yang forwardkan cerita ini pada saya.


24 Disember 2010

23 December, 2010

Kotak Putih Polos



Salam dan hai

Saya suka idea dibawah ni.

Hanya menggunakan kotak putih polos, riben satin biasa, namun buah tangan ni tetap nampak menarik. Tak perlukan hiasan bagai dipermukaan kotak, tapi cukup sekadar, satu bahagian pada kotak tu, ditebuk dan dalam situasi ini, ditebuk menggunakan imej tertentu.



Kalau dapat jumpa puncher yang sesuai, macam bentuk hati ke, atau sekadar bulat sahaja, pun saya rasa tetap cantik. Warna barang didalamnya yang menaikkan warna pada buah tangan.


23 Disember 2010

Centerpiece Terapung



Salam dan hai

Saya rasa, idea asal gambar dibawah ini adalah menjadikan bunga-bunga tu sebagai centerpiece yang tergantung dan berada diawang-awangan.



Mungkin tahun baru ini, boleh mulakan dengan trend bunga terapung-apung, sebagai ganti pomander ball atau lanthern. Ada beberapa jenis bunga yang tak perlukan bekas kaca macam dibawah untuk diisi air. Ada bunga yang dapat bertahan tanpa air buat beberapa jam.. Atau boleh buat bunga ros menggunakan kertas, macam {Post} saya dahulu kala tu.



Sumber:
Foodflowerstyle

Selamat mencuba~


23 Disember 2010

22 December, 2010

Kasut Flat



Salam dan hai

Pemakaian kasut tumit mempengaruhi cara berjalan yang lebih anggun oleh pengantin. Tapi, bila bercakap pasal kasut tumit, tak bermaksud kena ada ketinggian 3 inci atau lebih. Cukup kalau ada tumit sedikit, pun memadai. Memang kasut tumit tinggi memainkan peranan untuk menyerlahkan pakej dari hujung rambut ke hujung kaki, tapi kalau diri sendiri tak biasa dengan kasut setinggi tu, kalau terseliuh, sudah merana. Esoknya ada pula majlis bersanding/ bertandang. Tak ke haru..!

Mungkin kasut flat secantik dibawah ini jadi alternatifnya.


Sumber: Google images





Nota kaki: tengah layan tengok gambar majlis Reen di blog A.Acai. Suka sangat tengok gambar-gambar dia. Oh ya Reen terasa bagaikan artis hari ni :P




22 Disember 2010

Pelamin pakai Light Bulb



Salam dan hai

Edisi: Mesti kongsi!

Kali pertama tengok pelamin macam ini.
Pakai light bulb

Majlis Fauziana Fauzi dan suami. Gambar saya ambil daripada Facebook Hafizah Che Ramli. Mengikut Ahli Mesyuarat Tingkap ini (yakni Fizah), idea pelamin ni rekaan pengantin sendiri dan direalisasikan oleh vendor pelaminnya. Harap info yang diberi oleh ahli tersebut tepat dan sahih.





Unik kan? Simple tapi idea yang segar.

Ni pula si Hafizah Che Ramli yang pagi-pagi lagi sudah mengendeng bagitau saya tentang pelamin ini, minta saya masukkan dalam blog ini.

Ha tepek muka kau satu.



Terima kasih gemuk untuk perkongsian gambar pelamin!


22 Disember 2010

Kombinasi Putih dan Merah


Salam dan hai

Nota pagi: Terima kasih kepada Zie dan Fia yang emel pada saya yang menegur kesilapan perkataan antara 'korset' dan 'rozek' dalam {post} terdahulu, dan terima kasih juga kepada anonymous Kirana yang menegur. Cuma kamu juga tersilap, saya sudah berkahwin dan bukan lagi bakal pengantin.

Jom, cuci mata pagi Rabu dengan warna tema putih dan merah.















Sumber: JL Design; Cinderellaproject


Menyerlah..! Sedang berkira-kira mahukan kombinasi warna ini untuk majlis perkahwinan kamu?


22 Disember 2010

21 December, 2010

Balutan DIY



Salam dan hai

Semakin suka pembalut hadiah yang personal macam ini.


Sumber: Style me pretty


Sekarang ini, saya rasa macam kemaruk nak balut hadiah kawan-kawan dengan cara saya sendiri. Lebih rasa dekat dihati :)



21 Disember 2010

Siapa Perlukan BLING, Kalau Ada Ini



Salam dan hai

Saya rindu nak menulis post panjang-panjang, terutama post dalam kategori Isu Padat. Sudah ada beberapa topik yang saya nak ulas, tapi kekangan masa. Terima kasih kepada pembaca yang emel pada saya, berkongsi idea dan topik!

Walau saya jarang menulis, tapi saya takkan biarkan blog ini mati begitu sahaja. Saya akan tetap kongsi idea-idea yang saya terjumpa dalam Internet untuk tatapan bakal pengantin. Mungkin coretan lebih ringkas. Mungkin lebih tertumpu pada gambar. Tapi blog ini takkan terhenti InsyaAllah.

Pada penyewa-penyewa barang-barang saya --layah, bantal nikah, bantal hantaran, terima kasih sangat-sangat, kerana berurusan dengan saya dan menjaga barang-barang itu dengan baik! Iye, saya tahu, rupa saya lain di luar berbanding yang kamu-kamu tengok di dalam blog. Mungkin Kak Nurin telah melakukan transformasi yang dasyat pada saya, tapi kekalkan sahaja imej saya kahwin ye, daripada imeje realiti saya. Haha.

Hutang umumkan pemenang bongkah kayu. Saya tahu saya tahu *tunduk. Saya ambil masa bukan pasal tak dapat amik keputusan pemenang, tapi saya dalam usaha untuk menghadiahi bongkah kayu ini kepada dua orang pemenang. Jadi saya dalam usaha menyiapkan set bongkah kayu lagi satu. Dua orang pemenang sekali gus pasal saya nak tengok macam mana hasil mereka nanti dengan projek DIY masing-masing. Tunggu ya.

Ok, cukup la intro post yang panjang. Kali ni nak tulis tentang kasut pulak. Dah banyak kali tengok kasut ada bling bling. Dah ada banyak pengantin dan bakal pengantin yang DIY kasut mereka, letakkan kerongsang.

Tapi, idea yang macam gambar dibawah, belum pernah jumpa.


Sumber:
thecherryblossomgirl

Tiba-tiba teringat riben bentuk bunga ros yang boleh dibeli dikedai-kedai tu

Jadi, apa keputusan mata yang melihat ni semua?
Pendapat korang?



21 Disember 2010

20 December, 2010

Pakai Sahaja Gelas Katerer



Salam dan hai

Bahan-bahan diperlukan

1. Bunga
2. Air
3. Batu sungai
4. Gelas rembat daripada katerer punya
5. Lilin *jika ada



Dah siap deko untuk meja beradap DIY kan?


20 Disember 2010

Kartun Suami Isteri


Salam dan hai

Post pagi Isnin: Sayangi la suami kita.





Saya tak tahu sumber gambar ni daripada mana pasal saya dapat daripada emel forward.

... Dan gambar ini memberi inspirasi..



Saya suka kartun terakhir. Buat saya bersemangat nak jual biskut masa majlis saya tu. Masih memikirkannya.

Saya tahu, saya sepatutnya umumkan pemenang untuk bongkah kayu saya tu pagi ini. Tapi, saya dalam perkiraan mahu buat sesuatu yang lebih, jadi saya akan umumkan pemenangnya esok ya InsyaAllah.


20 Disember 2010

18 December, 2010

Dari Dapur ke Majlis




Salam dan hai

Siapa tahu fungsi objek dibawah, sila angkat tangan...



Ye, (walaupun saya tak tahu apa namanya) fungsinya untuk letak dihujung beg aising dan sebagai saluran aising keluar.

.. atau mungkin boleh digunakan lebih daripada itu.



Sebagai pemegang signage. Bukan sekadar nama tetamu, tapi boleh juga pemegang untuk nama menu ke kan?

Tak terfikir? Saya pun tak pernah.


18 Disember 2010


Nak Serah Ini Pada B2B


Salam dan hai

Ingat lagi tak post nak serahkan bongkah kayu ni kepada B2B [
Post]



Saya nak serahkan bongkah ini kepada mereka yang berminat



Tapi untuk berlaku adil kepada penerima, saya rasa kena serahkan mengikut penghakiman. Jadi kepada mereka yang berminat nak bongkah kayu ini, sila emel saya di diaterimanikahnya@gmail.com dan ceritakan bagaimana kamu rancang nak gunakan bongkah kayu ini untuk majlis kamu. Kalau susah nak cerita, boleh lukis. Kalau tak reti nak lukis, boleh kepilkan gambar yang kamu rasa boleh gunakan bongkah kayu ini jadi ganti. Kalau nak tambah hiasan kat bongkah ini ke, atau apa-apa sahaja idea, kamu sertakan.

Memandangkan kami dah guna bongkah kayu ini untuk dijadikan signage di meja berdamai kami, jadi idea ini sudah tidak boleh diterima pakai ye. Tapi kalau nak jadikan hiasan di meja buku tetamu ke, nak letak gambar ke apa ke, yang tu masih diterima.

Selamat mencuba ya? Emel saya SEBELUM 17hb (Jumaat) Disember

Nota: saya ada permintaan daripada pembaca yang mohon saya buat pertandingan cop mohor saya {Post} diberikan pada B2B FOC.


Kena tanya pemegang mohor besar (iaitu D ku Yayang) boleh ke tak boleh. Nanti saya bagitau di blog ya?



17 December, 2010

Ikan Duyung



Salam dan hai

Saya tengok gambar ini, terus teringat ikan duyung, ala-ala Maya Karin.


Sumber: Poupee Couture

Kalau majlis tepi pantai, tema pantai dan paling penting, ada potongan badan macam model tu, memang menjadi gaya ini.




17 Disember 2010

Lagi Besar, Lagi Bagus



Salam dan hai

Rasanya trend patching kuntuman bunga ros ini, menjadi trend selepas majlis Umie Aida, kemudian Elyana yang tak berkasut pula pun buat perkara yang sama

Tapi saya rasa mungkin trend akan datang, bunga ros akan menjadi semakin besar.




dan bukan setakat dibaju sahaja. Mungkin juga untuk dekorasi majlis







Sumber: Samuel Lippke

Korang rasa macam mana?



17 Disember 2010

Pomander Ball Tak Perlu Gantung



Salam dan hai

Saya suka tengok bagaimana pomander ball ini digunakan untuk deko meja tanpa perlu menggantungkannya seperti kebiasaan.


Sumber:
brendasweddingblog

Saya pun ada bekas empat segi porselin macam diatas. Beli akhir tahun lepas di SSF, harga 45 sen. Penghabisan stok berbaloi~


Walau sudah terlambat untuk majlis sendiri, masih boleh guna untuk deko rumah kalau rajin haha.



17 Disember 2010

16 December, 2010

Nota Dalam Botol



Salam dan hai

Nak sesuatu berbeza untuk buku tetamu?

Mungkin ini boleh.

Sumber: google images


Kalau majlis dibuat di hotel/ dewan/ rumah di tepi pantai, memang lagi masuk dengan tema.



16 Disember 2010

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates